Friday, March 31, 2006

Now, where do I start? :)

My life has taken a drastic turn last year. I'm no longer in KL, decided to left the hustling KL for a quiet life in Terengganu. Yeah. I sacrificed my MPH -Kino -Times -Juscos -Kenny Rogers -Secret Recipe - Starbucks etc for an x-files life in KT hehe.

The married siblings are busy with their lives, and the unmarried ones with their studies, and that left me, the one who's not married nor studying, to take care of my parents at home. Dad was diagnosed with diabetes (+high blood) last year, and I won't forgive myself if anything happen to him and I was not around. Plus, I got a better job offer at home. Its a total contrast of what I did in Klang, but I like it much better.

Its a tough decision to make, but still, no regrets. :)

And the past few months were even tougher. Mum was diagnosed with coronary heart failure and spent most of her days at the hospital bed. Alhamdulillah, she's getting better now, but is still scheduled for a heart surgery at IJN on the 10th. Its a difficult time for us, but we're hanging on. Just pray for her too, kay! :)

I just came back from KL this morning. Went to visit mum at my sis house and of course, for the bookfair. Spent hundreds on books (I found this one cheap booth that sells 1 book for RM15, and 2 for RM25.) And MPH has 15% discounts for all books! Whoooahh! Pearson's too (books for work). I went there on Wednesday, and again on Thursday hehe. Who could resist such temptation? Considering my car was safely parked at home in Terengganu, I have no choice but to take taxis and LRTs from Puchong to PWTC. .. all in quests for books. I'm not insane, am I?

Its not even April yet, and I'm already overbudgeted for next month! *Sigh*.

Since this week's 2 days trip to KL was spent wholly at PWTC, I plan to spend next week's trip on quests for food hehehe. Will spend the whole week in KL (IJN mostly). Its been ages since I last take sips of a Frappuchino, bites of Secret Recipe's Choc Banana, tales at the Bread Story, and even Kenny Rogers muffins! Yeah, we only have KFCs, A&Ws and Pizza Huts in KT hahahaha. Well I did enjoy my Trg food - they're the best food in the world+cheap+deliciousss (you should try when you're in Terengganu) but hey, I've spent 9 years of my life in KL hehe.

You're not a huge fan of food, are you?

Miyyah.

Saturday, March 25, 2006

There are too many things to settle by this week. I've booked tickets KT - Shah Alam this Tuesday, balik on Thursday. Kejap je gi, pegi jenguk mak dan jenguk bookfair @ PWTC. Balik untuk akad nikah Salwa on Friday then a week after akan pergi lagi jenguk mak. IJN confirmed her operation on the 10th. 9th masuk wad. I might be there for the whole week.

Dan aku lupa tentang borang Masters yang dah lama diisi tapi tak terhantar lagi. Semalam tergerak hati tengok duedate hantar borang, and its on this FRIDAY!!! Ya Allah, gambar pun aku takde lagi. Certs pun belum photocopied, verified. Adoooiiii, makin serabut aku camni. Its either aku hantar latest by tomorrow/ Monday, or hantar by hand on Wed/ Thursday. Tu pun kalo sempatlah. Jap gi nak gi hantar curtains + conforter + some other clothes for dobi, sebelah kedai dobi ada kedai photostat. Petang ni kena gi ambik gambar passport. Did one at school last week, tapi rasa2 memang lambatlah nak dapat. Nak selamat kena ambik gambar lagi.

Oh. Pegi draw some money first.

Oh. Dan pegi cari sandal baru for school. Sandal yang sekarang dah macam sandal hippies dah, berambu ramba sana sini.

Oh. Dan pegi hantar kain kat Kak Na untuk jahit. Kain dari tahun lepas tak hantar2 lagi, dah berbukit dalam almari.

Oh. Bila nak hantar kereta pegi carwash?

Oh. Bila nak pegi bayar hutang Maxis?

Oh. Kena buang sampah juga.

Oh. Ayahku pulang dari kota petang ni.

Oh. Damn the new doorrrrrrrrr. Patah tangan aku lama2 camni. Takpun cukup seminggu tangan aku kuar muscle. Kaki aku juga (menendang-nendang pintu sebelah lagi).

Oh. Pinggan mangkuk kena cuci.

Oh. Aku belum mandiiii...

Tuesday, March 21, 2006

* Mum's in KL for 3 days' IJN appoinment + to set date for operation.

* Will be going to KL next week for International Book Fair. Wont miss it for the world! Will also be in KL early April.

* My 2nd nephew is officially called Ahmad Afif Nazmi bin Ahmad. :)

* Belated congrats to Eli & Haini, for their wedding last week. Eli, if u read this, I am glad to be there. Hope you're still around for mine. :)

* My house is in renovation process. So its kinda messy right now. (which add in the misery)

* I've pc on my table now, so my YM will be on again.

* I'm apologising to all for not being able to reply to your mails now. Just hang in there, k!

Its a difficult time right now. A lot had happened lately. With mum's condition, the upside-down house, pending work, a serabut personal life etc, just hope for stronger strength. Pray for me.

Friday, March 10, 2006

Image hosting by Photobucket

Ini baby baru dalam keluarga. Cute kan? :P Merah lagi, masa ni baru sehari dua melihat dunia. Rambut lebat juga, muka dia iras Afiq dan pipi tembam dia dapat dari mak dia ahahahah. Nama yang official belum diberi, tapi nama unofficial dah tahulah.

Tuesday, March 07, 2006

Alhamdulillah, Kak Yong selamat bersalin pagi semalam. Bertambah lagi seorang hero dalam keluarga. Bertambah lagi anak saudara jadi bertiga. 2.5 kg, ringan sikit dari Afiq dulu. Ceasarian juga. Kak Yong masih di hospital, doktor cakap baby ada sikit paru2 berair. Sikit je, so kena tahan wad dulu. Insya Allah, doa-doakan semuanya selamat.

Nama baby baru belum diberi. Nanti-nanti dah diberi nama aku bagitahu. :)

Sunday, March 05, 2006

Dengan rasa kagum dan hormat yang tidak berbelah bagi, saat ini aku akur betapa hebat dan mulianya insan-insan yang bergelar doktor.

Aku tak dapat bayangkan betapa sabarnya mereka melayan 1001 perangai pesakit setiap pagi, tengahari, petang, malam, tengah malam - rutin yang lali dibuat tiap-tiap hari. Aku yang kat hospital tu 2 minggu pun tak sanggup. Yelah, bayangkan, tiap-tiap hari ada orang nazak, meninggal, tiap-tiap hari ada jenazah diusung keluar dari wad, ada pesakit yang picit tiub darah sampai menitik2 di lantai, ada yang mengamuk-ngamuk sampai terpaksa diikat tangan kaki, yang lari keluar hospital dengan wayar berselirat masih di tangan, ada yang terlebih pandai menilai penyakit dari doktor sendiri, itu belum masuk kerenah pelawat2 lagi - yang pengsan, yang meraung, yang mengamuk, yang degil, yang tak dengar kata... tak tahulah aku macamana mereka boleh sabar dengan kerenah-kerenah ini. Memang aku respek betul. Itupun senyum masih dibibir, tutur kata masih lembut macam biasa. Aku memang kagum.

Bayangkan doktor2 ini sanggup menghabiskan malam siang di hospital, melayan kerenah entah siapa-siapa. Jalan balik ke rumah pun kadang-kadang ingat lupa. Dahlah masa belajar perlu tinggi-tinggi, habiskan bertahun-tahun untuk sekadar pegang degree, bila kerja siang malam setengah mati. Mulianya mereka. Mengabdikan sepenuh jiwa raga dengan kerja. Hebat kan?

Aku memang kagum bila tiap kali doktor-doktor ini datang buat rutin harian di katil mak. Baik masa mak kat CCU, atau masa kat Wad 8 atau sekarang di Wad 7. Mungkin nasib kami baik, doktor-doktor kat situ semuanya baik-baik, ramah-ramah, hensem-hensem, rajin-rajin. Tak pernah lupa tanya khabar pesakit, khabar anak-anak pesakit, makan minum pesakit... semuanya ditanya. Bayangkan dalam satu wad tu ada 40 pesakit, dan tiap-tiap pesakit diorang tanya soalan yang sama, tak letih ke? Belum masuk ayat memujuk nak cucuk jarum tiap-tiap pagi, atau ayat menenangkan jiwa raga pesakit yang memang dah sakit. Dan rutin-rutin ini diulang setiap hari!

Kagum kan?

Aku kagum. Dan kagum. Dan kagum. Betapa mulianya mereka, memuliakan orang lain daripada diri sendiri. Betapa hebatnya mereka, tiap saat mengumpul pahala. Tiap masa ada yang mendoakan kesejahteraan mereka. Tiap detik Yang Esa beri peringatan insafi diri. Aku kagum, dan kagum dan kagum lagi.

Untuk doktor-doktor dan misi-misi wad CCU, doktor-doktor hensemdan misi-misi wad 8CD dan doktor-doktor dan misi-misi di Wad 7AB sekarang, terima kasih daun keladi - untuk wayar-wayar pacemaker dan mask oksigen yang berbudi, untuk senyum tawa dan bicara manis, dan untuk budi dan harapan yang diberi.

Wednesday, March 01, 2006

Dah hampir 2 minggu hospital jadi rumah kedua aku. Dah hampir dua minggu aku menghampar conforter di lantai dan lena di susur koridor. Dah hampir dua minggu aku menjadi penanti setia setiap malam. Dah hampir 2 minggu juga aku cuba usha doktor muda di wad tapi tak layan.

Sudah kering si air mata. Sudah sebu duka di dada. Saat mula mak terlantar di sejadah di rumah, hingga saat dia sedar di hospital tanpa ingatan di minda, aku sudah lama gagah. Tika sarat wayar membalut seluruh tubuh lemahnya hinggalah tika mesin menjadi penyambung degup jantungnya, aku sudah lama kuat.

Itu kali terakhir aku menangis. Bila Kak Yong yang sarat anak ketiga balik, aku sudah boleh menadah senyuman. Bila Nahar di Johor menerjah pulang, aku sudah boleh menyusun kata. Bila Hafiz dan Lisa menjelma bimbang, aku sudah boleh ketawa.

Hari ini, mak sudah mula belajar melangkah. Ulas bibirnya merah merekah tanda ceria semakin bertambah. Tutur katanya juga makin petah. Selera makan juga mula bertambah. Cuma jantungnya masih belum pulih sempurna. Masih perlukan ubat-ubatan hari-harian. Masih perlukan rawatan setiap malam siang.

Ketakutan waktu menerima berita itu masih ada. Oh Tuhan! Kami belum sedia untuk kehilangannya. Masih belum sempurna jasanya untuk kami balas. Masih belum sempurna cintanya untuk kami tanggung.

Dan kami harus kekal gagah untuk ini. Episod cerita ini baru bermula. Dan kami harus kekal kuat untuknya!

Mak,
Sembuhlah segera.