Tuesday, January 24, 2006

"Don't wanna wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
All I need is to know it's for sure
Then I'll give... all the love in the world.."

*All the Love in the World - The Corrs

Aku tampal lagu ni kat tepi almari, sebelah katil dalam bilik hostel. Ditulis dengan tulisan tangan atas kertas warna hijau. Balik kelas guling-guling atas katil mesti terpandang lagu ni. I was so into The Corrs that time. :) Dahtu masa ni memang tengah krisis diri hahhahaha. Tiap kali dengar lagu ni sekarang, mesti ingat masa tengah enjoy single life kat uia haha, konon zaman takde orang nak muahahahahaha.


"Desperate for changing
Starving for truth
Closer to where I started chasing after you
I'm falling even more in love with you
Letting go of all I've held onto
I'm standing here until you make me move
I'm hanging by a moment here with you.."

*Hanging By a Moment - Lifehouse

Masa ni memang tengah kemaruk gila. Kemarukkan Lifehouse, Nickelback, The Calling, Hoobastank etc. Hahaha. This time memang gila punya suka vocal lead singer lagu ni. Lagu ni jugak jadi lagu wajib tiap kali nak exam. Lepas geram tengah-tengah malam best betul..


"The smile on your face lets me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me wherever ever I fall
You say it best when you say nothing at all.."

*When You Say Nothing at All - Ronan Keating

Hahahahhaha. I was not into Notting Hill at all. But I really like the song. :) Antara lagu yang selalu decorate diaries and journals and books and rough papers and walls etc. Kalau lagu ni ada mulut, dah lama dia muntah hahaha. Dulu kalau dengar mesti menung. Tak menung mesti mata terkelip-kelip. Tak terkelip-kelip mesti buat muka confuse. Yeah. The song meant THAT much. :P


"Never opened myself this way.
Life is ours...we live it our way.
All these words...I don't just say.
And nothing else matters.."

*Nothing Else Matters - Metallica

Dari menyampah, dari tak kenal satu ampeh pun lagu Metallica, aku boleh beli original cd Metallica- Live in Woodstock just because of this song. Lagu lain x dengar pun. Hari-hari pasang cd kat pc. Pening kepala budak bilik aku. Yelah, dari Ronan Keating boleh tukar Metallica. Sape tak heran heheh. Confuse betul. Tengah tido nyenyak-nyenyak pun boleh bangun kalau dengar lagu ni kat radio bilik sebelah. Pastu tengah mamai boleh bangun dok tepi pintu bilik dia mencangkung+sengih-sengih dengar lagu. Mabuk betul.


"Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terfikir tuk kembali
Walau beda akan ku jalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi"

* Jika - Melly Goeslaw & Ari Lasso

Lagu yang pernah memegang rekod paling lama dalam carta aku. Lagunya sampai boleh memualkan orang lain yang mendengar. Aku boleh melalak hari-hari biarpun hari-hari hujan lebat.Ringtonenya pernah bertakhta dalam henset aku hampir setahun lamanya. Menjadi ringtone wajib untuk projek tembak-menembak orang (sebab aku suka bila orang tembak mesti ringtone tu sampai "nana nanana nananana.." which means "Jika teringat tentang dikau.." It sounded good, coz i assumed orang yg tembak tu mesti tengah ingat tentang aku :P. Ringtone tu kekal sampailah lepas tu kalah dengan ringtone Ghostbusters hahaha.


"Akan ku simpan kenangan cinta kita
Yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cintamu masih aku terasa
Sepert baru selama kita berpisah.."

* Masih Aku Terasa - Gersang

Hahahahaa. The funniest song in my list. Selalu teringatkan Kemat bila dengar lagu ni. Lagu ni la aku paksa dia nyanyi sambil main gitar kat tepi KLCC dulu. Tapi hampeh dia belasah gelakkan aku guling-guling cakap aku ni jiwang terlampau dan dia tak sanggup nyanyi hahahahahahahhahaha. Bengong betul. Dah dia asyik belasah lagu lama, aku pakai sebut je la lagu ni. Sudahnya sampai habis uia dia tak abis2 kutuk aku minah jiwang. Siap lagu tu kuar kat Era dia sanggup telefon perli aku. Hampes betul. :)


"It's only words
And word are all I have
To take your heart away.."

* Words - Boyzone

Aaahhhh.. lagu favourite sampai sekarang. Antara lagu famous time jiwang malam-malam dengan kawan-kawan hehe. Selalunya bilik Tita jadi mangsa. Satu katil sampai 3-4 orang guling-guling layan blues hahaha. Sambil tutup lampu. Layan jiwang sorang-sorang ntah pape. Pasang plak stesyen radio wajib Mix FM (Love Song Dedication). Hari bengong lagi telefon Mix buat dedication sama sendiri sampai satu blok menyampah hari-hari dengar suara sama dedicate lagu. Tak pun gayut dengan DJ tengah-tengah malamhahahahaha. Remember Kevin, midnight Mix FM DJ yang kita siap hantar emel n dia balas tu? Hahaha. Ingat aku lukis drawing kat pc (with caps letter "WE LOVE KEVIN"), signed by semua orang then Feeda hantar emel kat dia hahahahaa. Gila!


"Selamat tidur kekasihku gelapku
Semoga cepat kau lupakan aku
Kekasih sejatimu takkan pernah
Sanggup untuk melupakanmu.."

* Sephia - Sheila On 7

Bermulanya era kegilaan pada musik Indonesia. Mula-mula dengar kat cd Kak Shita, lepas tu gi CM cari kaset So7. Aku jatuh cinta pada "Sephia" dulu baru sukakan balik "Dan". So7 masa tu baru nak famous kat Malaysia. Dan lepas tu jadi penanti setia setiap album-album seterusnya. Hari pertama cd masuk kedai, aku jugaklah jadi antara orang pertama yang membelinya. Dari Sheila On 7 mula kenal Dewa, Gigi (semua ehsan Kak Shita) pastu tak ingat dah sampai zaman Marcell, Adaband, Glen Fredley, Peterpan, Jikustik, Ari Lasso etc. Sampai tahap jadi registered user di laman-laman web musik indonesia hahahaha. Semuanya bermula dari lagu ini. Hebat kan.


Ini antara lagu-lagu yang masih lekat di kepala zaman-zaman kanak-kanak riang di uni. Lagu-lagu yang tiap kali didengar di radio, atau tv akan mampu buat aku tersenyum sampai ke telinga. Petang tadi tiba-tiba tergerak hati pasangkan cd campur2 (english satu, malay satu) yang aku buat hampir 4 tahun dulu. Masa mula-mula habis belajar kat rumah Cik Yah. Dah lama sangat-sangat aku lupa tentang cd tu. Dan tadi selongkar cd case dan jumpa dan terus pasang. Dan terus ingat bila lagu-lagu yang aku ceritakan tadi bergema ke segenap ceruk bilik sempit di ofis. Rindunya!

Thursday, January 19, 2006

Aku langgar ayam. Semalam. Entah ayam sape ntah tiba-tiba je ada kat tengah jalan. Aku memang tak sempat nak elak. Dahla jalan one lane je, kiri ada orang naik basikal, kanan kereta laju-laju. Takkan aku nak langgar orang semata-mata nak elak ayam kot. Dah tak boleh nak elak. Aku brek mengejut kang kereta belakang yang rapat dengan aku plak yang kiss kereta. Ayam tu yang nak bunuh diri. Bukan salah aku!

Dah hampir-hampir nak langgar ayam tu kat tengah jalan, tiba-tiba ayam tu melompat atas cermin kereta aku. Habis patah wiper sebelah kiri. Hilang getahnya. Tinggal rangka saja. Dan tinggal sisa bulu ayam dan cebisan kulit ayam (uggrghhhh! ngeri!!!). Dahla aku sorang-sorang aje petang semalam. Terjerit-jerit aku dalam kereta. Yalah. Aku LANGGAR ayam. Lagikan nampak ayam mati tengah jalan pun aku dah terjerit-jerit, inikan pulak bila aku langgar ayam.

Pagi masa nak pegi keje tu dah langgar ayam lain. Pun dok tengah-tengah jalan jugak. Tapi ayam tu hidup lagi, boleh jalan-jalan lagi. Nyaris-nyaris jugak nak langgar monyet yang tiba-tiba keluar dari hutan mana ntah tiba-tiba aje relek-relek kat atas jalan. Ampeh betul. Sepagi aku mengutuk ayam dan monyet. Hah! Petangnya terus aku dapat badi ayam.

Dahla tu, pagi tadi jumpa orang gila. Pun tercegat kat tengah simpang. Aku yang nak masuk simpang terpaksa berenti tengah jalan. Bila orang gila tu tengok aku berenti, tiba-tiba dia datang dekat. Dia tengok aku sengeh-sengeh. Pastu tiba-tiba dia pegi depan kat enjin and kiss it. AAaaaarghhhhhhhhhhhhhhhhhh... ORANG GILA CIUM KERETA AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Memang gilalah!!!!!! Aku apa lagi, dah tak kira dah, terus pecut masuk lorang. Terhuyung hayang aku pecut takut orang gila tu kejar, nak nangis pun ada. Apalah malang nasib kereta aku. Dahlah ayam langgar. Eh. Dahlah langgar ayam. Kena cium dengan orang gila pulak tu. Tension tul.

Susah betul bila jalan-jalan utama laluan ke ofis penuh dengan ayam itik lembu kambing monyet. Letihlah sikit-sikit kena brek mengejut. Dulu pernah tengah pecut laju tiba-tiba lembu berlari ke tengah jalan. Macam nak gila aku brek. Abis berasap bau getah kereta tu. Nasib baik kereta ayah. Hahahah (Aku cilok buat gi keje masa ayah gi KL). Dan sekarang terus jadi phobia dengan segala binatang-binatang yang suka sangat nak bunuh diri. Terutamanya, ayam.


Aku rasa kereta aku kena badi ayamlah.

Saturday, January 07, 2006

I found this website and I think everyone else should give it a try. Just for fun.

Image hosted by Photobucket.com


I think I have a very nice house. A sweet one too. Hehhe. Thats me in green. I wanted to colour my house in green, but then decided to have white instead. It looks more pleasant to live with :P

Lets see what my house says about me.

"Based on your drawing and the 10 answers you gave this is a summary of your personality:
You are sensitive and indecisive at times. You are a freedom lover and a strong person. You love your house and family. You are a gifted artist as well. Once you have a problem, you need a friend with you. Your life is always full of changes. You are very tidy person. There's nothing wrong with that because you're pretty popular among friends. Your life is always full of changes.

When it comes to love, you shut yourself off. It's difficult to win your heart because you have decided to keep your feelings deep inside. You see the world as it is, not as you believe it should be.

You added a flower into your drawing. The flower signifies that you long for love. It also safe to say that others don't see you as a flirt. You don't think much about yourself."



Hahahhahhaha. Cool eyh.

And to have your own house, and on my street, just follow THIS LINK.
Image hosted by Photobucket.com

Yeah! Congrats to Kamal and Azwan! You guys deserved the spots more than others. :) Fulham here they come!


Image hosted by Photobucket.com

I'm sooooo excited! I've been rooting for Kamal since day 1 at Soccastars Malaysia! And he got thru! Congrats Kamal! You're going to Fulham!!!! And Azwan of course. Heheh. Puas hati.

I was rooting for Kamal and Sukor for the final 2. They both showed great attitude, skilled and determination. Especially Kamal. He really amazed me, especially since kakak dia nangis rayu2 mintak adik dia diterima masa 2nd day training kat KT, sebab lambat sampai. Respect ah sama orang Terengganu haha.

Even masa training ground kat MSN, masa friendly matches against various teams, the coach -and his cute assistant - always put him in the best 11 for the games. Yang last lawan Selangor Reserve Team tadi je Kamal masuk 2nd half.

Apa-apapun, puas hatilah Kamal dapat gi Fulham. Memang puas hatilah. Tak sia-sia kakak dia nangis. Tak sia-sia dia pegi MSN. Tak sia-sia jadi orang Terengganu haha. Tak sia-sia jugak aku sokong dia ahha. Go Kamal!


Image hosted by Photobucket.com

And Azwan. He's not bad, I guess (since he won the 2nd spot). He played well, he's in most of the games, won few Samsung phones by viewers choice, he talked a lot, showed a lot of emotions masa kat MSN... apa lagi..oh, he's a good friend to everybody. I think semua orang suka dia kot. I'm not into him tho. Maybe bias sket kot, sebab aku sokong Sukor lagi dari dia haha. And I still think he won the phones because of his face instead of his talent hahaaah (wpun aku tak nampak pun hensem dia kat mana). Btw, congrats too, Azwan. :) Good luck in Fulham!


Image hosted by Photobucket.com

And to Sukor. Damn I was frustrated he's not in the final 2. Hehe. I really think he's a good player with good physic, good attitude and great skills. I still think he's one of the best around. Even Shebby pernah cakap camtu.. "Awak punya level terlalu bagus untuk Soccastars". Maybe dia bagus, tapi mungkin part lain dia kurang. Inconsistence kot. And the plus point is he's cute too. Hhaahahaha. He looked so comel in the pic hahaha. Tembam. Dalam tv dah kurus and he looked even better. :P Plus, I only saw him cried on tonight's episode, while at his father's grave, and not because of football. Now thats a macho man for me. :)

So to Kamal and Azwan, good luck at Fulham boys! Looking forward to see u guys in EPL, Insya Allah...! To Sukor, you're still a great player to me, so don't waste your talent. Try to achieve your dreams. Not going to Fulham is NOT the end of the world. Kaka tak pegi Fulham pun survive what. (handsomely lagik hehe)

To the rest of the Soccastars, Pendi (SATU kampung ngan aku, glemer jap Bukit Kubang Jambu hahahahaha!, Sham (orang kampung sebelah haha), Safib, Jory, Farid, Yus, Boy, Shale, Baim (at least dalam frame jersi tu ok la), Aliff, Chris, Wan dll (yang aku ingat takat malam ni), good luck to the rest of you guys. You did well, cuma takde rezeki je lagi. At least you guys were the last men standing, so be proud of yourself! Dan err... kurangkanlah airmata-airmata tu.. heheheh.

Now I can't wait for :

Image hosted by Photobucket.com

2006 World Cup! (Still supporting Italy!)

Sunday, January 01, 2006

2006 RESOLUTIONS

1. Be a good lecturer to the students.
New semesters, new subjects, new students (some old ones too). Time to improve your skills, Miyyah!


2. Send out resumes to nearer colleges if the gas price hikes again.
There's rumour said the gas price would hike again this year. I seriously can't survive anymore if the rumour is true. *Sigh* Now I spend nearly RM20 per day just for gas, at least RM 50 (carpool) to RM100 (no carpool) per week. If the gas hikes again, I need to find nearer place to survive.


3. Finish my English modules by March.
Whether I'm still in or out of the college by then, I still have to finish up my modules. Kesian kat English lecturers, asyik tukar ganti je module tak pernah nak siap. At least if I left the modules with my successors, ada jugak nama aku terpahat jadi orang berbudi. :)


4 Send out my Masters application by February/ March.
Am filling in the forms right now. I plan to apply for few local unis (my UK dream need to be put on hold). Trying very hard to look for sponsorship, or else I have to self-sponsored myself (or rely on FAMA punya bank!)


5. Enrol for a good Masters degree by June/ July.
Insya Allah.... doakan aku tak tangguh cita-cita ni lagi tahun ni. I really want this.


6. Have a great trip outside Malaysia (at least once) before year end.
I dream of going to Jakarta again, but it will still depend on the availability, parents' permission, time and of course, money. If its not Jakarta, I still insist on having holidays outside Malaysia this year.


7. Organise a reunion (class/ unimates)
Arrgh. I've been planning the reunions since last year but hardly get any support from anyone. Ramai nak tolong datang je, tolong organise semua liat. I missed my friends, and Insya Allah, even if I can't get help from anybody, I'll organise the event by myself. Kalau aku sorang je datang pun takpe.


8. Update blog regularly.
Now this is a challenge. I want to update this blog regularly like I used to. I'll find time to write even one single line. Its gonna be 4 years next February. This blog will still survive! Yeah!


9. Finish hutang for TA'A by year end.
Insya Allah, according to schedule, the hutang will end by December 2006. Then I'll have a hutang free life! Err.. hutang free TAA. Life belum free. PTPTN belum abis bayar hahaah! But at least beban RM500++ per month dah ringan. Boleh la guna the money to sponsor my Masters kan!


10. Find maself a boyfriend :P
Make yourself fall in love again Miyyah.