Monday, December 26, 2005

Andai Kau Bukan Untukku

Andai kau bukan untukku
Kenapa bahagia ini terlalu menghantui
Andai kau bukan untukku
Kenapa rasa ini terlalu mengiringi

Andai kau bukan milikku
Kenapa hatimu masih aku miliki
Andai kau bukan milikku
Mampukah aku untuk terus di sini?

Esok belum tentu hadir untuk cinta ini
Selayaknya hari ini masih bersama kita
Akan kita harungi onak duri
Dan satukan cinta hingga akhir usia

Aku tidak mahu lari dari cinta ini
Tapi aku masih tidak mengerti
Dan keliru dengan hati sendiri
Andai aku bukan tercipta untukmu
Kenapa cinta ini pasak kukuh di jiwaku
Masih adakah ruang untukku di sisimu?

Andai aku tidak memerlukanmu
Kenapa sering jiwa ini merintih
Andai aku tidak memerlukanmu
Kenapa namamu tetap kekal mengguris

Andai kau bukan untukku
Kenapa rindu ini mendesak pilu
Andai kau bukan untukku
Kenapa kumimpikanmu sebagai isteriku?

Aku tidak mengerti kenapa cinta harus dilukai
Kuyakini kasih ini kasih abadi
Akan kita harungi onak duri

Dan satukan kasih kita hingga akhir usia
Dan simpulkan rasa kita hingga hujung nyawa
Dan doakan mahligai cinta ini kita bina selamanya

Aku mahu menyayangimu seakhir nafas ini

Aku tidak mahu lari dari cinta ini
Tapi aku masih tidak mengerti
Dan keliru dengan hati sendiri
Andai aku bukan tercipta untukmu
Kenapa cinta ini pasak kukuh di jiwaku
Masih adakah ruang untukku di sisimu?

Kerana aku merinduimu
Rindukan jasad dan cintamu
Hingga menyentap nafasku
Dan aku pasakkan cinta itu ke luhur jiwa
Dan mahu terus kekal selamanya

Kerana aku terlanjur menyintaimu
Sejauh jasad kita bertamu
Sekukuh itu hati kita bersatu

Aku tidak mahu lari dari cinta ini
Tapi aku masih tidak mengerti
Dan keliru dengan hati sendiri
Andai aku bukan tercipta untukmu
Kenapa cinta ini pasak kukuh di jiwaku
Masih adakah ruang untukku di sisimu?

Miyyah. 26th December 2005.



Tak. Aku bukan angau. Aku masih waras. :P

Masa sekolah dulu aku memang perasan budak genius tiap kali tiba kelas bahasa (kecuali Bahasa Arab). Kalau dalam kelas dulu dengan angkuhnya aku sentiasa jadi antara yang paling beria-ria tiap kali ada ujian/exam/test/presentation/debate/speech/pantun/puisi etc yang berkaitan dengan bahasa hehe. Tiap kali lepas exam BM atau BI, paper aku mesti jadi bahan rujukan di kelas, boleh dikatakan kat kelas Daud tu aku memang antara manusia2 yang kononnya taiko la 2 subjek tu. Ye la, 2 subjek tu aje yang aku interested pun, subjek2 lain memang x pernah tersenarai pun nama aku muahahahhaha.

Dan memang agak biaslah jugak kalau aku cakap aku suka semua cikgu-cikgi BM dan BI aku. Terima kasih kepada Cikgu Hamid (yang selalu ugut nak rotan aku sebab dulu ayah aku selalu rotan dia) , Cikgu Aziz (the weird teacher who introduced me to the beauty of Malay lit esp. poetry), Cikgu Yusof (wpun dia teramatlah sensitif dengan gurauan dan selalu ugut tak nak masuk kelas, terima kasih buat aku dapat A for PMR) dan Cikgu Ruhaimi (the best BM + Form 5 class teacher in the world!)

Also to Mrs. Flora (I was really addicted to Anne Frank, mam!), Pn. Halimahton (my Form 2 class teacher) and Teacher Noraziah (who always think I'm good :P)

Paling penting, habit minat bahasa ni mula lahir masa Darjah 6 di SKGK, dan kepada cikgu Hj Md Zin yang sangat-sangat yakin dengan aku, dan arwah Cikgu Syed yang mulakan minat aku pada Bahasa Inggeris.

Jasa-jasa mereka aku tetap kenang sampai bila-bila.

Erk. Macam menang award lor ahahhahahahaha. Btw, back to my point, aku start jadi minah jiwang sastera masa skolah menengah. Form 4, aku start tulis poems di masa lapang (yess I'm a freak) dan antara hobi aku masa tu (dan melekat sampai sekarang) ialah translate lagu. Yeah, its a weird hobby, tapi tu la. Since aku minat sangat languages, dan tak suka study, dan malas nak membaca buku (masa tu), aku selalu habiskan masa translate lagu BM - BI and lagu BI - BM. Mostly masa tu selalu dengar lagu Melayu je, so in a way, aku banyak improve language skills aku through the translation. Walaupun ntah apa2 aku translate. Kadang-kadang buku pun aku translate suka hati. First book and last book aku pernah translate cover to cover (about 30-50 pages) ialah buku pasal "Know Your Handwriting" hehehe. Yeah. Weird.

Among songs that I've translated are rock kapaks- Isabella (Search) , Masih Aku Terasa (Gersang), Umpama Mimpi Dalam Mimpi (Damasutra hahahaha) , pop songs - Aku Cinta Padamu (Mak Siti waaaaahahhahaha- this is by far the easiest song to translate), Rembulan Kesiangan (Umbrella- hahahha aku gila kat Zarul dulu!), freak song Mahligaimu Dari Air Mata (Lestari), English songs - 25 Minutes (MLTR), Right Here Waiting (Richard Marx), Seasons In The Sun (I've posted it in the blog years ago)... errr.. I lost counts. Dah tak ingat..

Dan... yang kat atas tu aku baru sudah translate dari pagi sampai petang tadi. Its a bit difficult sebab lagu2 before this tak banyak rhyme sangat, but this song banyak sangat rhyme, so nak kena ikut la juga sket2. Dan macam biasa, aku belasah je tukar2 ayat suka2 hati. Asal sampai makna je. Tapi tambah-tambah potong-potong suka hati lagi banyakkk...!

Kalau pandai tekalah lagu apa? Hahhahahahah! Clue = lagu slow.

Friday, December 16, 2005

Okay, these are the reasons why I said I was busy these days and need to neglect my blogging career a little while...

I've been running here and there since early Dec. Been to Ancasa Hotel last 2 weeks for UPM paper marking, just got back from UUM last Tuesday for another introductory of new courses for next semester and will be going to Langkawi this 22nd for a so-called motivational course organised by the course. Even my mum complained that I spent too much time outdoor. Ye la, gi KL seminggu, balik rumah baru 2-3 hari dah berlari gi UUM, bila balik dari UUM parents plak lari gi KL. Balik-balik nanti aku nak kena gi Langkawi plaks. *sigh* Nasib baik keturunan aku kuat jalan muahaha!

Secondly, I've been really busy with my modules. I have to prepare teaching modules for 2 subjects in order to get my teaching status confirmed next May. And since the new semester will start about few weeks from now, I'd better suffer now then suffer later (with the classes and stuff). Since everytime bukak pc teringat kat module, blogging had been downgraded to 2nd priority now. Sorry guys, but i need to sacrifice somethin for work.

A new engl lecturer will report for duty this Sunday so we (me and my roommates) spent last Thursday arranging the room for another table to fit in. Dah macam tin sardin dah bilik tu. Tin sardin atas tongkang pecah.

So, I'm sorry my dear friends, if I'm not able to return your calls, smses, yms, emails etc on time. I will, Insya Allah, try to find time for you guys. Just hang on there.

Wednesday, December 07, 2005

Sebelum aku tangguh lagi dan lupa lagi dan hilang mood lagi aku gagahkan juga jari-jari untuk entry ini. Dah lama benar aku tak menulis. Keinginan itu ada, cuma diri saja yang tak cukup gagah untuk menaip.

Budak2 masih bercuti panjang lagi. Akhir Disember nanti baru semester baru mula. Jadi hari-harian aku sekarang ini masih bebas dari kelas dan tugasan budak2. Minggu lepas seminggu berkampung di Hotel Ancasa, Pudu untuk selesaikan kertas2 jawapan final budak2 semester sudah. Sabtu ini menjelajah ke Kedah pula, untuk kursus wajib di UUM tiap kali semester baru menjelang. Seminggu selepas tu harus ke Langkawi, untuk kursus motivasi kolej (yang sebenarnya lebih kepada kursus membeli belah). Sangkakan hari-hari tanpa kelas boleh berlenang-lenang di bilik, rupanya jadual masih sesak dengan kursus itu ini. Mujurlah kaki ni suka berjalan-jalan, goyah macamanapun tetap rajin menapak ke situ sini hehe.

Semalam ada Annual Dinner untuk kolej di Park Royal Primula. Meriah juga walaupun aku tak kenyang sangat makan chinese food. Sesal juga tak beli burger lepas tu, taklah tidur kelaparan semalam. Dan seperti tahun-tahun sudah di company lama, aku jadi manusia bertuah lagi. Dapat kipas meja hahaha. Bayangkanla keluar dari hotel dengan kebaya pink ayu berkain batik berkasut tumit bersama kipas di tangan. Hahahahahha. Cita-cita tinggi nak jadi Queen of The Nite, bukan nakkan title tu, tapi nakkan set perfume Bodyshop yang jadi hadiahnya. Tapi awal2 lagi dah memang confirm kalah nak buat camne. Kipas pun jadi la haha.First time pegi dinner hadiah perfume. Kiranya lagi bestlah dinner kat sini compared to dinner kat kl nun. Huh.

Gambar-gambar aku dah upload di fotopages baru aku. Dan lepas ni kalau rasa-rasa blog ni bersawang-sawang tak dibersihkan, jenguk2lah fotopages tu juga. Insya Allah aku cuba upload gambar2 lain lagi. Ada gambar hantaran ulung hasil kerja tangan aku untuk adik ipar Kak Yong, Mak Teh yang nak bertunang 25/12 ni. Perrghh.. terharu gilos aku berjaya siapkan hasil nukilan aku sepenuhnya. Excited sangat2. Not bad for my first try! Lepas ni bolehah buka untuk tempahan hahaha. Ada juga gambar-gambar Afiqah dan Afiq yang fotogedik sangat2. :P Insya Allah, tengah2 malam nanti aku upload.

Sekarang cuma curi masa sebelum sambung buat module for one of my subjects. Requirement untuk confirm lepas satu tahun. Sekelip mata je rasanya, dah nak masuk 7 bulan aku kat sini. Aku ada 3 bulan lagi untuk siapkan module aku. :)

Daa!