Sunday, November 13, 2005

Its been a long day. I'm tired+upset+devastated+sad+confused+fed up+bored+stressed.

Sekarang baru 10 malam tapi rasa macam lambat gila nak habiskan hari ni. Urgh. Awal 3.30 pagi dah terjaga, pastu tido balik pastu woke up again at 5.15 am (I was in Puchong). My flight was at 7.15 so asalnya abang Amad nak hantar sampai ERL Putrajaya je. Tapi sebab semua bangun lambat dan aku pun siap dah 5.45 am terpaksala dia hantar sampai KLIA. Dengan letih semalaman beropen house kat rumah orang, imagine kena bangun pagi2 buta nak catch flight. Sampai KLIA terus check in at 6.15 am. Perut dah meradang so terpaksa gagahkan diri makan kat kedai cekik darah kat KLIA tu. Botak aku kalo hari2 camtu. Makan nasi lemak lauk ayam dengan Fresh Orange je dah RM20. Gilo betul. Dahlah sakit perut plak lepas tu. Sia-sia betul.

Sampai di airport Sultan Mahmud, Ayah Sir dah tunggu. Terus balik rumah Teh Lah kejap, ambik kuih for open day college hari ni dan dengan sakit2 kepala tu aku drove sampai Setiu. Memang penat gila.

Sampai ofis, semua orang tengah sibuk hias gerai for open day tu. Aku sampai2 terus moody. Memang terbakar-bakar rasanya jiwa raga dapat ketua-jabatan-mangkuk macam tu. Ada aku nak sumpah orang ni. Nama je us*az tapi perangai ntah apa2. Memang rasa teraniaya betul jadik macam kuli dia. Suka-suka hati lepas tangan camtu je, tak cakap apa2 tiba2 tau nak arah2 je. Mana semua orang tak berapi2. Minggu lepas kitorang tanya dia buat derk je, hari ni baru kelam kabut cari itu ini. Memang berapi2 gila aku skarang ni. Yelah, gerai kitorang je gondol takde hias apa2. Gerap dept lain kan main lagi beria2. Dahla tu, baru pagi tadi nak tanya... ini bawak tak?... itu bawak tak?.. Ya Allah, memang sakit betul hati. Yang kelam kabutnya aku dengan Wa. Yelah, orang lain semua nak lepas tangan je. Siap turun rumah Wa ambil pinggan mangkuk, alas meja etc. Bayangkanlah, majlis nak start kul 12, kul 12 tu aku tengah drive macam orang gila atas jalan. Nyaris2 tak accident dengan lembu plak tu. Bayangkan jugak aku speed up dari Setiu-KT 1/2 jam je. Fuh. Memang gila.

Lagi tersirap bila dah penat2 pergi ambik barang kat umah wa, sampai2 kat gerai semuanya dah ada. Pinggan semua dah tersedia. YA ALLAH.... rasa masa tu... nak meletup je. Tapi fikirkan ramai orang kat situ. Rasanya muka aku dah macam rimau+singa+dinosaur+kingkong dah. Tebalnya tak payah cakap la sebab gerai kitorang ampeh. Tambah pulak tiba2 yang tadi lepas tangan bila ramai orang kat situ buat2 sibuk plak. Rasa kalau dah bleh tukar rupa, dah lama aku jadi Hulk. Staf2 lain semua macam takut2 nak tegur. Takut kena sergah kot. Tak pun sebab dah lali dengan perangai so-called-ketua-jabatan tuh. Dah selalu sangat dia aniaya orang camni. Ampeh betul.

Aku pastu lagi la teruk moodnya. Dahla ada student langgar masa tengah ambik air, habis baju aku bau air limau. Sepanjang gerai tu aku minum je, makan langsung takde selera. Nak sejukkan api besar kat dalam.*Sigh*. It should be a good day, (hari ni birthday Naza) + open day for the students etc, but it turned to be worse than I thought.

Plus, hati lagi la membara2 bila someone tried to set me up with a "long-LOST friend" (that if I can still consider him as a friend). Dahlah masa dia cakap tu encik sepet (yang comel) tu ada kat belakang. How embarassing! Dahla dia senyum2 je pasang telinga! Adohai! Habis chance aku (muahahah).

Btw, she said he's been looking. HAH! So what?? I'm not interested. NOT HIM. NEVER. Dulu kat skolah langsung tak kenal aku. Kenal pun buat2 tak kenal. Dah satu uia pun buat2 sombong. Dah satu kelas pun macam tak pernah kenal. Aku takkan lupa dulu sekali aku betul2 termengadap dia, dia boleh buat derk je. Kita plak nak kena tegur dulu. Dahlah aku dah tegur (dengan ikhlas jujurnya), dia balas nak x nak je. Ntah pape ntah. Sekarang boleh pulak tanya pasal aku. "Kenal tak W N*jmiyyah?". Tau pulak nama penuh aku tuu! (now thats a miracle!). Poyolah. Doa-doakanlah that she won't go ahead with that stupid idea. Tak boleh aku bayangkan kalau member2 dapat tau, mahu gelak guling2 kluar air mata darah ni.

Balik awal dari ofis. Lepas kemas2 terus blah. Tak taula aku, letihnya separuh pjalanan ngantuknya kan main. Tersengguk2 dalam kete. Nyaris tak cium kereta orang. Bahaya betul kalau dah letih ni.

Dan tadi, baru dapat sms from a friend, another friend's father passed away today. Takziah Suhaili.

And now, here I am. Walaupun rasa macam rimau+singa+dinosaur+kingkong dah kurang, tapi masih berapi2 kecik lagi la ni. Hopefully esok dah sejuk la ni.

I need to get some sleep. Good night.

Thursday, November 10, 2005

My fav. class for the semester officially ended today. The kids will start sitting for their finals next Monday. And next Friday for my paper.

I'm definitely going to miss those kids.

I'll miss Din's eagerness to learn. I'll miss the look on Izad's face when I made jokes in class. I'll miss Johan participative attitude. I'll miss the annoyed Nini. I'll miss Loba's ways of seeking attention. I'll miss the Fizul's gothic stories. I'll miss the always-on-time Mira. And the best buddies Kathy and Fati. I'll miss Kaha's adoring smile everytime I walked into the class. And Fahmi's cute look haha. I'll miss Nashriq's perfect answers. I'll miss the thoughtful Zura and her sidekick Fiza. I'll miss Hafiz's day dreaming in class. I'll miss Jijo's cute answers. And Izad's excuses everytime he missed class. I'll miss Norul's sweet look and Nik's dressing style. I'll miss Fadil's "Adik" nickname and Azman's unexpected essays. And I'll also miss the shy Yati and Liza and Azila and Hasrah.


I have no idea teaching could be interesting until I met these kids. (And bcoz they gave me GREAT remarks in the evaluation form haha)

Good luck guys.

Tuesday, November 08, 2005

Aku mahu tawa kita bersama
seperti tangis kita juga seiring
mahu jadi yang tersetia
tersimpul mati pada denyut nadi
mahu jadi yang terkasih
dalam alur darahnya

Aku mahu jadi yang terakhir
pada cintanya
dan pada nafasnya.

8 November 2005.

Monday, November 07, 2005

Image hosted by Photobucket.com
Canon Digital IXUS i5


Perrgh. Priceless. And it costs me only RM500 muahahahahahaa.

(Still lari budget bulan ni)

Asalnya ini Hafiz's new digicam. Dia nak beli yang lain, tapi kena tipu dengan salesman, dia terbeli yang ini. Later baru sedar functions digicam ni sama je dengan dia punya digicam satu lagi. So daripada wasted camtu je, he offered me the cam for half price. He bought at RM1300, and willing to sell at RM650. Tapi sebab ini jualan tanpa keuntungan, lump sum aku cuma perlu bayar RM500. Muhaahhahaa.

Dah rezeki. Usia digicam tu baru je seminggu, kalau tolak kedai pun boleh lebih pada tu lagi. Tapi tu la, rezeki aku. Dah lama sangat dah mengidam nakkan kamera sendiri... sekarang dah dapat, Alhamdullillah...

Lepas ni nak buat projek photopages plak. Hehe.

Thursday, November 03, 2005

Berhimpitkan sesak kerja yang terkejar-kejar untuk disiapkan, ditambah kesibukan bersiap-siap untuk Syawal, aku terpaksa sisihkan sebentar ketagihan untuk menulis walaupun tiap-tiap hari berdepan dengan komputer.

Cinta aku pada kerja melebihi cinta aku pada blog ni heh.

Sekarang dah 1 Syawal. Mak di dapur tengah bersiap-siapkan juadah untuk pagi esok. Kerutub ayam dimakan dengan lemang dan ketupat daun palas. Juga akan ada beehun goreng tomyam special mak. Isi rumah sudah penuh sejak 2-3 hari lepas. Kak Yong sekeluarga dan 3-4 hari berkampung di hadapan tv. Hafiz yang hampir 6 tahun tak bersama menyambut Syawal yang terdahulu, tahun ini pulang dari perantauan bersama isteri tercinta. Nahar masih lagi nanar dengan baju kurung hitam setiap kali Syawal menjelang (macam tak ada warna lain dalam dunia ni). Ayah baru pulang dari Duyong, lunaskan zakat fitrah untuk tahun ini.

Cuma terasa juga kehilangan Asyraf yang saban minggu menelefon (akhir2 ni saban hari) dari jauh. Hari ini saja dah berkali2 aku tersasul sebutkan nama dia dengan Hafiz. Yelah, selalunya dia yang paling sibuk malam raya. Gantungkan langsir, angkat kerusi meja, bersihkan rumah dll. Bila dia takde ni rasa rindulah pulak hahaha.

Hafiz & Lisa sampai pagi semalam, berbekalkan 3 beg besar. Aku gembira ye ye bila dapat buku idaman kalbu, Harry Potter and the Half-Blood Prince. Juga dapat handbag lagi haha. Boleh melaram raya ni.. hehe. Harry Potter belum sempat baca (walaupun dah 2 hari asyik belai2 kulit depan dia haha) sebab sekarang bukan masa yang sesuai. Tengah sibuk2 mana boleh concentrate. Bukan best pun kalau baca sekejap2. Aku bukannya boleh sabar nak tahu ending diaa..

Baju raya warna kuning/ krim air dari awal malam tadi dah siap bergosok. Tudung saja yang belum ready. Dan tak pernah2 beli kasut raya, tahun ni buang tebiat beli kasut baru haha. Betapa nak bagitahu gembiranya aku nak sambut Syawal tahun ini walaupun puasa tak pernah nak cukup haha.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Sepuluh jari aku susun andai ada terguris mana-mana rasa. :)