Sunday, August 28, 2005

"Doh ni bakpe yang gabra sangat ni."
"Huh? Gabra? Hehehe.... tak dok ehh..."
"Muka stress tuu.. relek je Miyyah, jangan panik."

Ok. Aku panik.

Sejam sebelum aku ok. Releks di bilik. Setengah jam sebelum bila Kak Jijah ketuk pintu bagitau suruh ready, aku gagap kejap. Kejap aje. Dan tiba-tiba macam rasa sakit perut. Agaknya ramai banyak I suck at penjodoh bilangan beribu-ribu rama-rama dalam perut. 15 minit selepas itu aku ok balik. Tapi 10 minit sebelum segalanya bermula, aku tba-tiba panik. Panik. Panik. Dan panik.

Panik.

Aku baru sedar yang silibus yang seharusnya aku kepilkan bersama fail tiada. Bukan setakat tiada dalam fail, tapi memang tak pernah ada langsung! Tak pernah wujud! Sebab aku tak pernah ingat nak buat pun!

Oh tidak.

Dan kerana sekeping kertas berharga itu aku berkejar/melayang/terbang ke tingkat atas. Menggigil-gigil menaip dengan paniknya. Baru sempat satu muka (ya begitu lajunya aku taip) sekali lagi Kak Jijah telefon, bagitahu giliran aku sudah tiba!

Oh tidak.

Nekad. Lantaklah apa nak jadi. Aku berkejar/melayang/terbang turun ke tingkat bawah.

"Doh ni bakpe yang gabra sangat ni."
"Huh? Gabra? Hehehe.... tak dok ehh..."
"Muka stress tuu.. relek je Miyyah, jangan panik."
"Tengok tu, berpeluh-peluh.."
"Takde aah.. panas je."
"Releks. Jangan tunjuk dia awak tu panik. Dia bukan makan orang."
"Hehehe... ok... saya ok.."
(Ayat penyedap hati)

"Ok. Masuk sekarang. 3 orang sekali."

Aku dah lupa berapa jenis ayat yang aku baca sebelum melangkah masuk. Meminta agar puan di dalam moodnya baik. Miminta agar puan di dalam lupa-lupa minta silibus. :P

"Boleh perkenalkan diri?"

"Errr.. nama saya Miyyah. P*nsyar*h Bah*sa ** (bukan bahasa sebenar)"

"Nak panggil apa ya?"

"Najmiyyah"

"Taraf pendidikan?"

"Err.. err.. Bachel.. err.. Kursus... err... Bachelor in Eng eh! Bachelor in HSc. majoring BENL"

"Semester ini mengajar berapa masa kredit?"

"20"

"Tak banyak ke tu?"

"Hehe. Sebelum ni 23. Tapi sekejap je, sekarang dah 20."

"20 tu pun berat lagi tu. Boleh handle?"

"Insya Allah, takat ni boleh lagi. Lagipun bukan semua subjek berat."

"Berapa subjek mengajar?"

"Empat termasuk subjek ni."

"Berapa kelas mengajar?"

"8 kelas."

"Dalam satu kelas berapa orang?"

"Dalam 25 ke 30 orang."

"Uih. Ramai tu. Mampu handle ke?"

"Insya Allah.."

"Dah lama mengajar?"

"Err... kat sini baru 3 bulan.."

"Pernah ada pengalaman mengajar sebelum ni?"

"Takat jadi guru ganti sekejap je la."

"Ooo.. ok. Hmm... setakat ni subjek awak takde masalah lagi. Yelah, subjek bahasa.. takde masalah sangat. Ok."

Dan itu sahaja. Fail yang aku siapkan terkocoh-kocoh sebelum ni langsung dia tak pandang. Silibus yang aku risau macam nak pengsan tu pun langsung dia tak sentuh! Itu sahaja.

Aku boleh ok. Sebelum-sebelum ni pergi interview ok je. Ramah tamah je. Cuma jangan kejutkan aku last minute. MEMANG aku panik. Panik sampai nak pitam. Ini baru interview dengan LAN, yang tak sampai 10 minit pun boleh buat aku kecut perut, bayangkan interview lain hehehe.. biasalah.. darah gemuruh ;P

Dan tiba-tiba perut terasa lapar. Kenapa masa-masa macam tu aku sentiasa lapar?

(soalan tak relevan)

Friday, August 26, 2005

Afdlin Shauki : Inside My Head

Image hosted by Photobucket.com

This is something I have to blog about hehe.

Proud to say that tak sia-sia aku tengok Buli 3 kali (tengok vcd berkali2) dulu. Hehehe. Tak rugi rasanya minatkan Afdlin Shauki gila-gila since zaman dia jadi hero Pujangga (tv prog. on malay poetry), and that was the first time I fall in love with literature & him. ;P Yes I'm a huge fan of him. Ye la, semua movie dia aku pegi tengok, vcd dia Kelibat pun aku ada hehe, Fuyyo apatah lagi, satu Lembah Klang pun aku sanggup cari. Memang mabuk betul hehe. Entries kat blog ni pun dah berapa kali ntah jadi tribute to Afdlin Shauki haha.

So here we go:

CONGRATULATIONSSSSSSS MR. AFDLIN SHAUKI!!!!!

For:

Lakon Layar Terbaik
Pelakon Filem Terbaik dan
Pengarah Filem Terbaik


Anugerah Skrin TV3 2005.

Afdlin has a blog (haha imagine my excitement when I found that out :P). His current project AFDLIN SHAUKI DAH HILANG AKAL had received tremendous responses from the Internet community. Its basically about him promoting his FUYYO album online. Read more. I've already bought the Angkasawan Terlampau album masa panas-panas atas rak lagi so bolehlah nak kasi testimonial pun. Being a bias me, of course its a good album. Oh. No. Its not a good album. Its a GREAT album full of love and passion for music. Worth buying lor. Apalagi, support AFDLIN SHAUKI DAH HILANG AKAL PROJECT!


(waiting impatiently for Buli 2 & Baik Punya Cilok)

For a flashback, this is what I wrote about Buli the 2nd time I watched the film on screen. Berbaloi tulis review hehe.

24 March 2004.

Aku tak pernah tengok filem Melayu dua kali sebelum ni. Aku tak pernah tengok filem Inggeris dua kali. Filem Cina je aku pernah tengok dua kali. Gen X Cop. Bukan sebab cerita tu best, tapi sebab aku kena paksa tengok kalau tak aku kena tinggal. Hehhehe.

Tapi aku dah pecah rekod kali ni. Aku pergi tengok filem melayu dua kali kali ni. Buli. Ye. Aku pergi tengok dua kali dan aku tak heran kalau aku pergi tengok kali ke tiga, empat, lima dan seterusnya. Sebab aku suka cerita tu. Sebab bagi aku, itulah filem komersil Melayu paling menarik pernah aku tengok. Komedi yang tak memeluatkan orang.

Lupakan sekejap tentang Afdlin Shauki yang aku minat tu. :) Aku tak nak bias! Dari perspektif penonton, aku rasa filem tu ada impact kuat. Penonton dibawa bersama ke dalam filem tu. Itu impak paling besar pernah aku temui dalam sesebuah filem Melayu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku sendiri ada dalam wayang tu, dan aku sendiri boleh rasa apa penonton rasa. Rasa-rata penonton berpuas hati dengan hasil tangan pertama Afdlin Shauki. Sampai habis cerita dan sampai aku dah keluar dari pintu keluar pun penonton di kiri kanan aku masih tak lepas dari bercerita tentang Buli. Bermaksud apa yang Afdlin cuba sampaikan tu berjaya. Bukan sekadar lawak slapstik yang hanya buat orang ketawa tapi dalam 5 minit, orang dah lupa semua.

Aku rasa aku tak perlu cerita sinopsis cerita tu sebab bahan tu boleh dapat merata-rata dalam Internet ni. Aku cuma nak cerita apa aku rasa. Sebagai penonton. Dan apa aku nampak berlaku pada penonton-penonton lain.

Aku melangkah masuk dalam panggung risau sikit sebenarnya. Aku takut apa yang aku harap dari filem tu mengecewakan. Aku takut sebab aku bagi high expectation pada filem tu. Dan aku yakin bila aku katakan yang aku tak kecewa. Mungkin filem tu masih ada cacat cela di situ sini, masih ada scene yang agak meleret, masih ada plot yang agak kurang meyakinkan, tapi keseluruhan filem tu berjaya buat penonton berfikir. Itu lagi penting bagi aku. Sebab bukan semua penonton yang datang itu belajar pasal filem, atau sastera, atau drama. Ada penonton yang datang menonton semata-mata untuk berhibur. Sebab filem tu filem komedi. Stereotype filem Melayu, filem komedi tidak boleh menjadi filem yang serius. Dan filem serius tidak boleh menjadi filem komedi. Tapi Buli berjaya menidakkan pendapat tu.

Lakonan Afdlin memang aku tak sangkal. Sebagai pelakon berpengalaman, dia berjaya bawa watak dengan baik. Dan Hans, aku tabik betul. Dia membuktikan yang dia boleh menjiwai semua watak. Sebabnya, dia betul-betul membuatkan orang meluat dan benci pada watak Roy. Percaya atau tidak, ada penonton yang menjerit marah-marah pada Roy sewaktu Nordin dibuang kerja. Aku sedikit terkejut sebenarnya. kerana sepanjang aku menjadi penonton filem melayu, aku tak pernah tengok reaksi penonton macam tu. Marah-marah, menjerit-jerit. Mungkin aku yang tak berkebetulan. Tapi lagak penonton wanita itu betul-betul mengesankan aku. Dan membuatkan aku respek cerita tu. Macam aku kata, filem tu membawa penonton ke dalam watak cerita. Penonton ketawa, simpati, terharu, kecewa dan marah bersama Nordin. Penonton ada dalam diri watak. Penonton menghayati. Dan aku rasa itu adalah satu kejayaan yang cukup memberangsangkan. :)

Aku terlalu memuji sebenarnya. Aku tak menafikan, masih ada kelemahan-kelemahan kecil yang masih wujud dalam filem tu. Plotnya yang masih longgar di satu dua tempat, sejumlah kecil lawak yang kurang digelakkan penonton, kecacatan lagak ngeri masa lori accident dengan kereta, special effect yang masih kurang teratur, lakonan Nasha yang aku rasa masih boleh diperbaiki dan lain-lain. Tapi, untuk aku, kekuatan sesebuah filem itu bukan sahaja terletak pada siapa yang berlakon, bagaimana ianya dilakonkan, tapi kekuatan filem itu jega terletak pada reaksi penonton dan bagaimana sesebuah filem itu 'sampai' pada penonton.

Buli bukan saja membariskan pelokon2 popular, tapi juga mempertaruhkan pengarah/ penulis skrip/ pelakon yang pertama kali buat banyak kerja dalam satu masa. Dan dia berjaya. Pedulikan apa komen orang pasal filem ni. Setiap dari kita berhak mengadili sesebuah filem dari kita punya point of view sendiri. Dan apa yang aku lahirkan ini, ikhlas dari dalam diri.

Congrats to Afdlin Shauki and team.
Aku dah tinggalkan segala masalah-masalah lama di Kuala Lumpur. Kenangan-kenangan zaman berdarah muda remaja pun dah lama aku simpan dalam hutan batu KL. Segala resah gelisah, pahit manis ketenteraman hidup dulu dah aku kunci rapat-rapat supaya takkan terbuka lagi. Takkan sezarahpun mengganggu gugat hidup ini lagi.

Aku cuma bawa pulang pengalaman yang harganya tidak ternilai. Pengalaman yang takkan dapat aku cari di mana-mana. Dipuji, dijulang, disanjung. dicaci, dimaki, diherdik, dihina. Semuanya pernah aku rasa. Emosi sudah lama kalih dengan pelbagai jenama perasaan. Sampaikan sudah lali, sudah muak dengan segala rasa yang singgah di raut wajah.

Hidup bukan lagi atas belas orang. Hidup, perlu tegas dengan hati sendiri. Hidup, untuk kita empunya diri, bukan untuk mereka yang hanya tau berbasa basi.

Harap-harap masalah dulu tidak lagi menjengah hati. Tolong kawan, jangan nilakan belanga susu. dan harap-harap jangan juga tambah garam. Sudah seadanya ia sempurna.

Sunday, August 21, 2005

Sakit kepala ini makin menjadi. Berpusing-pusing dan menekan-nekan. Inilah padahnya kalau degil untuk berjaga malam lagi semalam. Temankan pengantin baru, Nadzir dan Zareena ke gerai Air Buah Gelas Besar di Gong Badak walaupun jam dah merangkak jam 11 malam dan mata makin layu. Tapi gagahkan juga, bayangan jus mempelam satu gelas besar lebih kuat daripada panggilan katil.

Di mana harus aku mulakan cerita ini?

Dengan rasa banggakah? Atau harus resah gelisah? Atau menerima sebagai satu cemuhan? Aku bosan bercerita tentang ini lagi. Bosan dan bosan.

Ranking aku dah naik nombor satu dalam list saudara-mara. Ranking dalam list kawan-kawan pun dah lama top of the chart. Masa aku seharusnya dah tiba. Dah lama tiba. Kereta Renault aku seharusnya dah melewati garisan penamat lama dulu, tapi sekarang dah makin ramai memintas. Dah makin banyak kereta-kereta lain yang memotong kereta ini. Sukarnya nak temui garisan penamat.

"Miyyah? Awok bila lagi. Kitorang dah selamat. Dah ada belum?"

Macam biasa aku cuma senyum. Dan geleng-geleng.

"Aaa.. Belum ada dalam perancangan terdekat."

"Tengok tu. Hisshhh!! Dari dulu kuat sangat berahsie! Macam dok tau!"

"Hahahaaa.. tau apa??"

"Tau.. awok memang ada doh. Dok logik tak dok lagi.."

"Ya Allah... bakpe susoh sangat orang nok percaye mende saya kata. Saya nok kata guane lagi? Perlu ke kata dah ada?"

"Ye ke? Shahir ngan Shakir cakap awok dah ada."

"Huh?"

"Dia cakap nama ..... "

"Hah? Hahahhahahahahahaha? Bukanlah. Itu kawan tak jadi. Dah kawin pun. Percayalah budak2 tu!"

"Diorang kabor. Kata jumpa awok tengah makan."

"Memanglah jumpa. Makan ramai2. Bukan ada apa2 pun."

Terasa macam artis sedang menepis gosip cinta. :P

Saturday, August 20, 2005

Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, August 17, 2005

17th August 1998, Monday

Baru start nak sentuh nota sciences of Hadith. Entahlah aku ni... suka buat kerja last-minute.. teruk betul (upaya upacara mengutuk diri sendiri)

Petang, Tita called. Tanya pasal Test esok. Malam tu, tengok Vanishing Son. Hensem ooo... hero dia... chinese look... Robin Hood dah end last week -- Conan boring giler!!! Tension jer tengok!


And this is me 7 years ago. Tests - tv programmes - gorgeous heroes - comic books. Tests - tv programmes - gorgeous heroes - comic books. Test - tv - heroes - books. Dan tak payah fikir tentang yang lain-lain.

Dulu aku risaukan test/mid term/ final setiap semester, selalunya merungut-rungut bilalah nak habis belajar supaya tak payah mengadap buku lagi. Dalam fikiran cuma ada cerita-cerita bersiri di tv (yes I used to be addicted to Robin Hood a.k.a Matthew Poretta), kecewa bila cerita2 tamat tempoh. Yang aku menyampah cuma tentang komik dan kartun lakaran jepun tu. Menunggu-nunggu bila episod seterusnya akan bersambung.

Seronoknya kalau dapat aku undur masa. Sekejap pun jadilah.

Sekarang pun aku masih risaukan test/ mid term/ final setiap semester. Masih sukar tidur malam macam dulu2. Dulu bersengkang mata siapkan nota dan assignment, sekarang pun masih bersengkang mata siapkan nota dan soalan assignment. Dan risaukan soalan-soalan bila mahu aku sediakan, dan bila homework mereka-mereka yang rajin itu mahu aku siapkan, sebelum deadline yang ditetapkan. Huh. Ironi.

Sekarang pun aku masih hantu tv. Masih tengok cerita-cerita bersiri di tv. Cuma lebih moden dengan dunia tv realiti. Menatap bukan hero-hero pujaan macam dulu2. Kalau dulu entah sape2 pun aku boleh minat asalkan dia hero , sekarang nonton tv sekadar lepaskan gian. Dan cubaan-cubaan untuk belajar bahasa baru a.k.a Bahasa Indonesia hehe. (Hikmah).

Dan masih lagi ketagih Conan. Cuma itu yang belum berubah.

Sekejapnya masa berlalu.

Monday, August 08, 2005

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

Josh Groban - You Raise Me Up


Received the above from one of my fav. students today. As part of the assigned homework given to them last week (identify nouns found in the song/poem). Of all the songs in the world I asked them to choose, he picked this one. Haha. Macam tau tau aje. Dahlah hantar dengan muka tersenyum2 dan gentleman habis haha!

And he's sooo cute I think I coul fall in love with him haha. Series hensem. My colleagues cakap kalau berlakon dia boleh jadi "doktor muda yang hensem" hahaha. Tulisan pun dah macam tulisan doktor. ;P

This song is dedicated to you, my faithful readers and friends. Thank you, for being there when troubles come and my heart burdened be.

Thursday, August 04, 2005

Kepada mereka yang tercari2 akan kehadiran bintang yang satu itu.. yes, w n*jmiyyah (err, i AM allowed to say your full name aren't I???) dengan ini izinkan wakil rasmi beliau membuat pengumuman bahawasanya cik miyyah kita is currently on "sabbatical leave". I am being assigned to fill in temporarily tapi ilham tulisan lagi masih belum memperkenalkan diri.

But I do think I want to share this. Specially dedicated to the owner of this blog.. jgn biarkan bintang yang bersinar bertukar malap nescaya masih ada yang menanti sinar itu muncul kembali..

Masih ku merasa angkuh
Terbang kenanganku jauh
Langit kan menangkapku
Walau kan terjatuh

Dan bila semua tercipta
Hanya untukku merasakan
Semua yang tercipta
Hampa hidup terasa

Lelah tatapku mencari
Arti untukku membagi
Menemani langkahku
Namun tak berarti

Dan bila semua tercipta
Tanpa harus ku merasakan
Cinta yang tersisa
Hampa hidup terasa

Bagai bintang di surga
Dan seluruh warna
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata
Oh bintang di surga
Berikan cerita
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata

Cerita-ceritamu pasti dinanti
Bintang, bersinarlah kembali!