Monday, July 18, 2005

Gerabak keretapi yang dingin dan sunyi itu memang mengasyikkan. Sesekali terdengar suara-suara ketawa kecil dari kerusi di hadapan. Suara ria beberapa pemuda dengan beg sarat di tempat duduk. Terarah mata ke luar tingkap, tapi hati masih kosong. Perasaan masih berbuar-buar di jiwa. Masih berjuta soalan yang perlukan jawapan dari diri sendiri. Fikiran mula terawang-awang dan lena mula membuai. Ditambah lagi dengan redup cuaca di luar tingkap.

"Boleh duduk sini?"

Tersentap sebentar dari lena yang baru mahu dibuai mimpi. Tiba-tiba sahaja suara garau yang langsung tidak dikenali menyapa.

" Huh?*" Masih terpinga-pinga.

"Boleh saya duduk sini? Duduk sana pening." sambil dia menuding jari pada kerusi pemuda-pemuda berbeg besar tadi.

Hah! Alasan! Aku tak bagi izin pun memang confirm dah duduk.

"Err.. nak balik mana? Balik kampung?" Dia meramahkan diri. Sesekali mencuri-curi pandang pada teman--temannya di kerusi hadapan.

"Hm. Balik." Aku dahlah ngantuk. Tak nampak ke?? I'm not in the mood to flirt with anybody right now!

"Balik mana?"

"Terengganu."

"Ooh.. saya pernah kerja kat Kuala Terengganu dulu. 6 bulan kat sana. Dekat Bank Negara Malaysia..kenal?"

"Oo. Kenal." I don't care! Aku tak tanya pun sibuk-sibuk bagitahu kenapa?

"Balik bercuti ya?"

"Taklah." Dia ni tak nampak ke aku tengah stress. Tak perasan ke muka aku muka orang yang tak nak diganggu. Tak faham-faham ke aku berat mulut nak bercakap dengan orang?

Dia memang tak faham. Kalau dia faham dia takkan paksa aku menjawab macam-macam soalan yang mencabar minda. Kalau dia faham, dia takkan ganggu emosi aku yang memang tak stabil. Beberapa kali aku cuba berlapik-lapik memberitahu yang aku letih, lelah dan penat. Tapi dia masih tak faham-faham. Nak diherdik, aku tak berani. Aku seorang, dia dan rakan-rakan berenam. Apa-apapun aku harus cuba menjawab soalan dengan tenang.

"Kenapa macam stress saja muka? Dia bertanya tiba-tiba.

"Huh. Taklah. Biasa je."

"Betul ke? Tak sakit apa2 ya?"

"Tak. Penat saja. Baru habis kenduri."Haha. Memang pun. Aku memang penat. Letih. Tak larat nak buat apa hatta nak berfikir sekalipun. Tak faham2 ke??? I don't know who you are, and I don't even care! Tolong jangan tambah masalah. Ini bukan masa yang sesuai nak bersuaikenal. Bila-bila pun bukan masa yang sesuai nak berkenal-kenal!

"Kenduri siapa?"

"Sepupu."

"Habis tu kenapa balik seorang? Keluarga yang lain dah balik?"

"Esok kerja. Diorang yang lain tak kerja." Tak faham-faham dia ni. Aku tak larat nak bercerita tentang kenduri tu. Aku dah terlampau penat nak bercerita tentang apa saja. Penat, faham?

"Meriah kenduri tu?"

"Bolehlah." Memang meriah. Meriah sangat-sangat. Semua orang datang. Letih-letih pun berbaloi. Aku jatuh sampai sakit pinggul pun berbaloi juga. Lebih-lebih lagi bila jatuh di dapur, tempat orang sarat lalu lalang. Bagus kan? Tambah-tambah best bila tiba-tiba terjumpa "ex-crush" lama masa sekolah dulu. Lepas dah berapa tahun tak jumpa. Menarik kan??

Dan biarpun entah berapa kali aku cuba memendekkan ayat. Merumuskan jawapan panjang kepada cuma satu perkataan. Tapi dia masih tak penat membuka cerita. Sampailah tiba-tiba lagi dia bertanya..

"Tak sewa rumah di Setiu dengan suami? Suami kerja mana?"

Hhaahhahahaha. Ayat perangkap!

"Tak. Tinggal kat KT. KAMI tinggal dengan keluarga." Hhahahahahaha, Tanyalah lagi! Tanyalah lagi! Boleh aku ceritakan hikayat baru!

Wajahnya sedikit berubah. Tapi masih mampu bertanya satu dua soalan lagi. Soalan berbasa basi. Dan kemudian dia diam sepanjang perjalanan.

Haha. Aku tenang kembali. Cuma tidak lagi boleh lelapkan mata. Tren sudah tiba di tempat tujuan. ;)

Monday, July 11, 2005

Dulu petang-petang di PJ, kita selalu jalan rama-ramai pergi ke gerai makan kat Seksyen 17. Sambil2 ngorat budak UM, usha2 pasar malam juga. Mesti singgah gerai abang Kelantan di celah lorong bangunan tu. Hahaha. Ingat? Abang Kelantan yang minat gila kat Diha. Ingat camne dia ngorat Diha, tiap2 kali beli makanan, kita semua harga normal, Diha punya mesti ada diskaun. Tak puas hati betul haha. Kelakar abang tu, siap tulis nombor telefon atas kertas order hahah. Sampai Diha cuak tak nak pergi lagi gerai tu. Kalau pergi pun Diha mesti tunggu jauh-jauh hahahahaha.

Dulu kau ingat, zaman-zaman masa kita kat PJ masa first year dulu? Zaman-zaman baru belajar internet? Baru belajar chatting MIRC? Zaman-zaman kau berani maut keluar blind date ntah dengan sape2 ntah. Hahaha (apa jadi dah dengan encik askar, encik budak um, encik l*ki orang tu? Hahahahhaha). Aku la yang ajar kau main chat. Siap rela bagi nick awal aku kat kau haha. Ingat? Bila cuti je balik rumah chat sampai tengah malam. Kita siap boleh terchat dengan budak2 UM yang satu rumah lagi kan. Hahahaha. Aku pun sama je. Sampai internet kat rumah aku kena ban. Internet kat rumah kau pun hahaha. Masa tu aku tak berani maut macam kau. Hahaha. Blind date2 bukan kerjaya part time aku. Selalunya bila kau dah start buang tebiat dan kemaruk pergi blind date, aku la manusia yang selalu jadi penasihat tak bergaji. Penasihat yang selalu resah gelisah tunggu kau balik dari blind date. Kau bukan dengar kata aku pun... kalau dah degil tu memang degil! Heh!

Dulu masa filem Titanic meletup, dengan kita-kita semua terasa impaknya. Ingat masa kita pergi One Utama pastu singgah jumpa encik Mc Donald dan dapat 2 tiket wayang pergi tengok Titanic free? Ingat? Tak kisahlah kita kena duduk seat no 2 dari depan sampai teleng2 kepala pun, asal dapat tiket free hahaha. Itu first time aku tengok wayang malam hahaa. Punyalah cuak bila wayang abis pukul 11 dan kita kena rush balik kampus lepas tu. Curfew pukul 11, sampai kolej dah hampir 11.30 haha. Nasib baik kita buat muka selamba derk macam takde pape masa kat depan Pak Guard (nasib baik bukan Hamzah yang jaga haha!) walaupun masa tu lutut aku dah menggigil :P. Permulaan kepada kerja-kerja balik tengah malam kita sampailah final year hahaha.

Dulu kalau petang-petang mendung, mesti kita-kita kelam kabut. Kelam kabut bersiap-siap pergi Jusco Wangsa Maju. Pantang hujan renyai, pantang langit mendung, memang akan bergegas-gegas dan berkejar-kejar dengan bas LRT. Semata-mata nak kejarkan payung Giordano yang harganya jadi separuh bila cuaca hujan. Hahaha. Masa tu kita semua gila payung Giordano. Masing-masing mesti ada payung spesis yang sama. Aku je tak payah cakap la, rasa-rasa 3-4 kali jugak bertukar beli payung yang sama, sebab selalu sangat hilang/tertinggal hehe. Kiranya masa tu payung Giordano dah jadi macam fesyen dah. Semua orang wajib ada hahaha.

Dulu masa Feeda ada kereta, selalu keluar makan malam kat Sri Gombak. Alah, takde kereta pun kalau gian nak keluar sanggup je sewa kereta haha (ingat lagi kereta sewa abang Rahim?). Pergi makan-makan dan usha2 orang. Kalau musim durian sanggup berhenti beli durian, share2 sebab takde duit. Kalau hari2 ada duit, jadi orang mewah pergi tengok teater di Istana Budaya atau di Actors' Studio. Harga tiket students memang murah sikit. Dan kalau tak sampai pukul 11 malam memang jangan harap kita akan balik haha. Terlajak masa pun selalu juga :P. Dah tak terkira nama aku ditulis mak guard (especially kak Esah haha), ntah dah berapa kali naik nama kat college office hahahahaha. Memang aku selalu kena blacklist dengan pengetua, dengan musyrifah tak payah cakap lagi laa hahhaha. Ntah dah berapa kali kena warning menyalahguna kuasa hahahaha.

Dulu ingat masa kita sama-sama fail kertas Semantic? Hahahahahhahaha. Gila betul! Padan muka kita main-main lagi. Mak ayah antar suruh pi belajar, kita sibuk masuk persatuan itu ini hahaha. Memang terpesong akhlak betul. :P Dahlah repeat kelas tu masa final year, final semester pulak tu. Siap ada 2 subjek lagi terpaksa ambil dengan lecturer yang sama haha. Kalaulah dia failkan aku lagi, tak pasal2 kena postpone graduation huh. Nasib baik dia lepas kan kita kan. Aku dapat B for both subjects kalau tak silap. Kelakar tak? Lagi ironi, bila last2 keluar UIA, dia la lecturer yang bagi aku kerja hahahhahaha.

Dulu kita tak glemer kan awal2 masuk main campus! Tapi lepas tu kita la manusia paling famous kat sana hahaha! Tiap-tiap hari semua orang mesti dengar punya suara kita kat mana-mana. Hahahahhaa. Ingat? Hari-hari kau jerit nama aku kat atas dari bilik kau kat bawah. Hari-hari mesti satu blok akan dengar suara merdu kita berborak-borak - aku kat tingkat 3, kau kat tingkat 2 (ground) haha macam takde orang keliling. Antara skrip2 yang dah boleh mereka2 yang lain hafal ialah skrip ini..

"MIYYYAHHHHHHHHH"
"YYERRRRRRRRRRRRRRRR"
"WEEEIII! NAK G MEETING KUL BAPERRR MALAM NIII???"
"KUL 8.30 CAM BIASA LAAA"
"BUKAN MEETING START KUL 8.30 KEEEE?? AWAL SKETT???"
"ALAH. DATANG AWAL PUN BUKAN START LAGIIII! KO TAU LA DIORANG TUUU, CAKAP JE LEBIH..(*NGUMPAT-NGUMPAT*) "
"HA'AH KAN. OK LA KUL 8.30. KO TURUN BAWAHHHHHHHH!!"

dan juga skrip ini..

"SYAERRRRRRRRRRRRRR!!"
"YEERRRR"
"KO NAK PAKAI BAJU APA GI JUSCOOO??"
"AKU PAKAI BAJU MERAHHHHH DENGAN SELUAR SLACK"
"ALA... AKU TAK DE BAJU LAAAAAA. PINJAM KO PUNYA BAJU LAAA!"
"OKK. TURUN BAWAH AMBIK!"
"ORAIT!"


I had a good laugh today. Refreshed memories zaman-zaman belajar. Bila jumpa kawan-kawan lama di jamuan Feeda, zaman dolu2 tiba2 je terimbau dengan sendirinya haha. Seronok juga sesekali bercerita dengar Syaer sampai sakit perut dan berair2 mata. Dulu banya jadi partner-in-crime dengan dia, jadi macam banyak jugalah kenangan2 yang tiba2 wujub balik.

Wednesday, July 06, 2005

lapar.

itu saja yang aku boleh fikir sekarang.

Monday, July 04, 2005

Jam dah 4.55 petang dan markah pinball aku dah 2 juta haha bila dia tiba-tiba tanya soalan mencabar minda. Dia memang suka tanya soalan mencabar minda di waktu-waktu yang memang selalunya mencabar minda juga hahahaha.

"Miyyah, tanya sket boleh?"

"Ye?"

"Ermm.. Miyyah letak kriteria tak untuk calon boyfriend?"

"Huh?? Apa dia? Tak faham.." (sambil terpinga-pinga. adakah soalan ini sedang bersangkut paut dengan markah 2 juta pinball aku?)

"Macam ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang calon, dia perlu kerja macam ni, gaji macam ni etc.."

(Mula2 tak faham sangat sebab mata dan minda masih tersekat pada pinball di skrin komputer, tapi lepas tekan F3 dan mengulang soalan baru faham hahahaah)

"Hmmmmmmm... ntah..."

"Contohnya lah kan, kalau dapat someone yang kerja cikgu Miyyah boleh terima tak? Ke dah set kena terima orang yang kerja macam ni-macam ni je.." (what's wrong with teachers anyway? part ni masih tak faham lagi sampai sekarang)

"Hmmm... for me la kan, susah nak cakap. Sebab tak tau. Dulu memang pernah letak kriteria, nak orang macam ni, macam tu, tak nak yang gini2 etc, tapi sekarang.. tak tahu lagi."

"Oooo.."

"...sebab datanglah orang berkriteria macamanapun, kalau kita dah suka kat seseorang, kita akan bagi sejuta alasan sebab apa kita pilih dia. Dan kalau kita tak suka, kita pun akan bagi berjuta alasan sebab apa kita tak nak dia.."

Dan dia diam sambil mengangguk2. Dan aku continue main pinball hahahaha..!


Dulu aku pernah menyenaraikan bermacam2 kriteria untuk "perfect person" aku: botak, sawo matang/hitam manis, kurus kering, soft-spoken, boleh jadi imam, pendiam, pelik (ok. mysterious in a way), aaa apa lagi... jap aku pikir balik... hmmm... dulu nak orang suka masuk hutan sebab ayah aku suka masuk hutan, nak yang tak romantik sebab aku geli dengar ayat jiwang2, family-man, a leader, yang penyabar gila, tak merokok, part-time psikiatris dan guru kaunseling hahaha. Seperti biasa, banyak kriteria2 tu selalunya ada pada ayah aku (yeah, he's my hero!), dan dulu, kalau boleh aku nak the "ONE" cukup sifat dan perangai macam ayah juga. (Influence kuat kan hehe!). Seperti orang lain, aku list macam-macam lagi. Dan macam orang lain juga, takde satu pun sikap negatif yang aku senaraikan. Memang "PERFECT" gila lah orang yang aku nak cari tu!

Bila aku mencari dan terus mencari "manusia sempurna" itu untuk diri sendiri, dalam pencarian aku jumpa berjenis-jenis spesis manusia. Ada yang menepati ciri, ada yang kurang satu, ada yang terlebih itu terkurang ini. Dan untuk perfectionist macam aku, bila ciri-ciri yang dicari kurang menepati kehendak (permintaan melebihi penawaran haha), terus aku reject bulat-bulat. Haha.

Tapi bila semakin dewasa dan semakin matang (haha, aku dah matang!), aku ingatkan diri untuk terima hakikat bahawa "Sempurna" itu tidak wujud. Tiada manusia yang sempurna, yang perfect. Aku juga harus ingatkan diri, bahawa aku juga langsung jauh dari sempurna, jadi jangan terlalu "selfish" pada diri sendiri juga orang lain.

Bila sesekali hati terusik pada mereka yang tidak langsung memenuhi "kriteria", aku waraskan diri untuk menerima setiap kriteria baru yang sebelum ini tidak wujud dalam list aku. Dan kriteria baru itu termasuklah sikap2 negatif yang sebelum ini tidak pernah layak masuk carta hehe.

Dan bila pengalaman-pengalaman mencari "kriteria sempurna" itu aku kumpul, aku mula sedar yang sepanjang pengalaman itu, kriteria aku untuk seseorang sentiasa berubah. Contohnya, kalau aku terminat pada seorang gemuk, rambut panjang, panas baran dan kasar, aku akan memujuk diri menerima kriteria "gemuk, rambut panjang, panas baran dan kasar" itu walaupun dalam list asalnya ciri-ciri itu tidak pernah ada. Dan aku rasa bukan aku sorang macam ni, orang lain begitu juga barangkali.

Kenapa ya? Kenapa aku (dan mungkin orang lain) boleh terima mereka yang tidak langsung menepati kriteria aku sebelum itu dan sanggup "compromise" dengan kriteria2 baru dalam diri mereka. Kenapa?

Untuk aku sekarang kriteria-kriteria itu tidak perlu wujud lagi. Sesiapa pun yang aku cari, sesiapa pun yang berjaya singgah di hati, sudah tentunya dia teristimewa. Sudah tentu akan menepati segala ciri2, baik yang ada mahupun yang tiada dalam senarai. Tidak perlu sempurna. Cukup dengan dia dan aku seadanya. Insya Allah.

"...sebab datanglah orang berkriteria macamanapun, kalau kita dah suka kat seseorang, kita akan bagi sejuta alasan sebab apa kita pilih dia. Dan kalau kita tak suka, kita pun akan bagi berjuta alasan sebab apa kita tak nak dia.."

Sunday, July 03, 2005

Dulu aku suka buat kerja gila. Tanya kawan-kawan, mereka pun akan cakap dulu aku suka buat kerja gila. Haha.

Dulu aku Stalker Professional.

Dulu aku pernah jumpa seorang kawan sekolah lama aku (cam biasa: aku kenal dia tak kenal aku ahha) di Hentian Putra. Aku ikut dia sampai dia masuk The Mall, dating dengan awek dia haha. Ikut dia sampai tingkat atas sekali lepas tu turun balik. Tak tegur pun. Dia jeling2 je kat aku haha. Agaknya dia syak dari Hentian Putra sampai The Mall asyik jumpa muka aku hahahaa.

Dulu tiap kali pergi KLCC dengan kawan-kawan aku suka cuci mata. Kalau datang angin gila, nampak kelibat manusia yang menarik, aku ikut sampai turun naik escalator sampai aku puas hati haha. Stalk dari jarak yang tak berapa dekat la. Semata-mata nak tengok ke mana arah tujuan manusia itu. :P

Dulu kalau berjalan-jalan dalam library pun macam tu. Gila aku ni. Sambil-sambil usha buku, aku usha sekali orang hahaha. Tapi takdelah sampai orang perasan. Semulajadi aku spesis penakut, jadi macam biasa, stalk dari jarak2 yang terkawal sahaja hahahah.

Dulu pernah angin gila tu datang masa aku naik LRT. Asalnya aku nak turun di KLCC (masa ni sorang2). Tapi pernah terikut orang berenti di Ampang Park. Hahaha. Tak taulah, dulu curiousity aku terlampau sangat kot. Sakit jiwa betul. Haha.

Dulu selalu ke mana-mana seorang diri. Dulu ada habit jalan-jalan cari buku sambil jalan-jalan tanpa arah tujuan, jadi aku lebih selesa jalan seorang diri. Bebas ke mana-mana ikut gerak kaki. :P Kawan-kawan selalu marah, cakap bahaya aku suka jalan sorang2. Hahahaha. Biasalah, waktu tu berani mati. (Sekarang pun!)

Satu hari macam biasa aku jalan-jalan di The Mall balik dari beli tiket bas kat Hentian Putra. Macam biasa aku berjalan-jalan tanpa arah tujuan. Aku sanggup mendaki escalator kat dalam Shopping Complex tu sambil2 window shopping. Selalunya pergi tangan kosong, balik pun tangan kosong hahahaah (sekarang habit tu dah improve, pergi tangan kosong, balik tangan penuh plastik sampah air minuman haha). Ingat-ingat dah 2 kali aku tawaf tingkat 3 baru terperasan ada 2 makhluk yang sentiasa ada kat belakang aku. Mana-mana aku pergi. Mereka gelak-gelak, dan sekali tu berselisih dengan aku, usik-usik. Seram jap. Aku turun escalator. Diorang turun sekali. Aku naik escalator. Diorang pun ikut sama. Aku jalan pusing-pusing, pun diorang jalan pusing2. Gila! Dahlah sorang-sorang, spesis penakut pulak tu. Mau tak freaked out haha.

Lama-lama agaknya diorang penat, dan aku berjaya larikan diri dari diikut lagi. Cepat-cepat blah naik lrt balik Gombak! Hahahaha.

Selepas kena bebel dengan kawan-kawan dan keinsafan dari dalam diri, aku serik nak ikut2 orang lagi kat shopping complex haha. Biarpun diorang tak pernah tau pun aku ikut diorang, aku rasa kalau diorang tahu mesti freaked out macam aku gak haha. Kira dah terkena, insaf la kejap.

Memang insaf kejap je pun. Hahaahahahaha.

Lepas tu stalk orang balik, cuma lebih berhati-hati. Dan cuma stalk dari jauh, takde sampai ikut-ikut atau ekor-ekor orang lagi. Masa terencat dulu bolehlah! :P

Soalan cepu emas: Adakah aku sudah insaf sekarang? Hahhahahahaha...

Friday, July 01, 2005

Entah sebab apa aku rela menghadap pc berjam-jam tapi tak rela update blog yang dah berhari-hari pun aku tak tau. Aura menaip sekarang makin berkurang, agaknya sebab hari-hari sibuk menaip nota budak-budak jadi macam malas nak menaip nota untuk diri sendiri lagi. Heh.

Nak katakan aku sibuk dengan tugas2 harian, rasanya biasa-biasa saja. Cuma seminggu dua ni bz untuk exam budak2, orientasi budak2 baru dan kursus situ sini yang aku harus ikut serta sekali. Dah oh, pening2 sikit masa buat schedule untuk semester baru mula 2 minggu lagi haha.

Kalau sekarang kdt hour cuma 3 jam seminggu pun aku dah macam malas gila nak update sini (alasan!), nanti dengan kdt hour 23 jam seminggu gimana ya? (hahaha alasan lagi). Tengoklah. Susah2 sangat aku copy paste je nota untuk budak2 tu kat sini muahaaha.

See.. baru taip 2-3 perenggan virus malas datang balik. Nanti-nantilah aku menaip lagi. Nak g makan. Bye!