Thursday, June 23, 2005

Image hosted by Photobucket.com

Pernah jumpa game ini?

Ini computer game pertama yang aku main. Dan paling pintar hingga boleh sampai THE END of the whole game. Aku dah tak ingat sampai level berapa, yang pasti, aku orang pertama kat rumah yang berjaya pecahkan kod-kod sampai habis!

Pertama kali ayah kenalkan dengan komputer meja masa aku Tingkatan 4 (1994). Wah. Masa tu kiranya advance la jugak sebab masa tu bukan semua orang ada komputer. Zaman-zaman menaip guna MS Dos lagi. Bukan macam sekarang. Umur 2 tahun pun dah kenal komputer.
Aku tak pernah join Computer Club apa-apa dari dulu sampai sekarang. Dan program pertama yang ayah perkenalkan pada kami adik-beradik gunakan komputer baru tu, program Amipro.

Kiranya masa tu Windows baru awal2 penakhlukan, Words pun baru diperkenalkan. Aku tak biasa guna Words. Apa-apa yang perlu kami taip, semuanya guna Amipro. Amipro lebih kurang Words je fungsinya.. cuma kureng sket je functions dia.. aaa.. lepas Amipro, blajar guna Pagemaker (godek-godek sendiri).

Dan Chip's Challenge adalah salah satu game yang installed dalam komputer baru tu. Kira sekali dalam perisian Windows tu la. Dah tak ingat dah komputer tu cap apa haha. Rasa-rasanya cap gempak jugak la.. hehehe tapi lepas pc tu rosak, pc2 seterusnya semua cap ayam sampai skarang muahahahaah! Speaker kat sebelah ni pun cap Tsumawi Tsunami... :P

Ok. Chip's Challenge ni bukan macam game terup, game pinball, minesweepers atau game bejeweled 2 haahahaha (game-game ketagih la ni). Chip's challenge puzzle game. Kena kutip cukup chips sebelum boleh naik level. Dan ada banyak bongkah2 kotak yang perlu ditolak, bara2 api, gempa bumi, air dan ais yang perlu guna kasut khas untuk lalu. Dan memang dulu aku ketagih gila dengan game ni. Bukan aku je, Kak Yong & Hafiz pun. Hari-hari bukak pc main Chip's. Haaa... satu lagi Pipedreams. Hahaha. Itu lain kali aku cerita. Yang pasti, sebab game2 camni la, aku lebih rela menghadap pc dari ngadap buku untuk SPM hahahahahaha. Nasib baik lepas jugak cukup2 makan pun. :P

Aku terjumpa balik Chip's Challenge di Internet petang tadi. Dan berjaya download dengan jayanya. Cuba refresh memories, sampai juga level 18 :P. Entah berapa puluh level lagi ada (ke ratus?) Dan ketagih pun datang balik la hehehehe. Lepas ni nak cari game Pipedreams pulak. Game yang aku juga taiko dulu. :P

Mungkin game2 sekarang dah advance gila, tapi game2 zaman kuno yang lama dulu juga yang menambat jiwa!

Sunday, June 19, 2005

I've got flu. AAAACHHHOOOOO!!!! Aahh... dah merah cam badut dah hidung ni...

Back from UUM on Thursday morning and reached the college on the evening. Brought back durians from Jeniang, Kedah haha and salaks from Bukit Bunga, Kelantan. A very enjoyable journey hehe. Met few sweet old memories from my past. Macam flash back on pastlife pun ada muahahaha! Chewah. Tq Liza. Tq Bai. Tq Aida. Also met few new friends form other colleges and overall, I think the whole experience of being there was priceless. :) Yeah. I should do this more often huh!

Spent the weekend at Teh Lah's housein Gong Kapas (hehe, another part of Terengganu thats full with MY memories) while waiting for Asyraf to come back from KL (arrived safely this morning).

Now here I am, still at the office, at this hour. Hahahaha. Dulu baliksebelum kul 5 itu miracle, sekarang balik selepas kul 5 itu lagi miracle hahahha. Ironic giler!

Being a nice and dedicated and committed and macho (haha can't help that!) l*cturer as usual , I have night class with my beloved students. :P Okla, ni first time aku buat kelas malam, before this x pernah pun. So many classes were cancelled lately (kes Musabaqah la, cuti la, aku kursus la), so I was a bit worried that I couldn't finish the whole syllabus on time. Kira kelas ganti la ni.

Will be staying at Salwa's room for tonite since I don't think I'll ever manage to drive back to KT in the middle of the night!

AAACHOOOO!!

Argh. Aku dah tak tahan. Nak kena gi cari ubat. Juga makanan untuk dinner aku. Hmmm... apa khabarlah si Asyraf kat rumah.. makan apa dia hari ni aku takde. Haha. Alah, anak lelaki mesti boleh hidup punya. Kereta ada hehehe..

Sunday, June 12, 2005

Masih penat berbaki letih semalaman tersengguk dalam bas KL- KT. Belum hilang lelah, perlu bersiap untuk ke UUM esok pagi. Pagi tadi lagi ada yang mengetuk pintu bilik mahu confirmkan kehadiran aku. Haha! Kalau namanya perlu berjalan-jalan, sudah tentulah aku confirm pegi hehe.

Bengkel aku cuma ada hari Selasa dan Hari Rabu. Mungkin balik sini hari Khamis kot sebab bengkel semua habis petang Rabu. Mintak-mintak la sempat beronggeng ke mana-mana. Niat di hati nak telefon Bai, walaupun tak sure dia masih mengajar di UUM atau dah bertukar kerja ke tempat lain. Harap-harap masih di situ. Senang sikit aku nak menular nanti hehehe.

Waaarghhhh.. ngantukknya..

Barang nak di bawa ke Sintok satu apapun belum sentuh. Kotak buku dari KL yang bawa balik pagi tadi pun masih kat rumah Teh Lah di Gong Kapas. Belum sempat angkut ke rumah.

Pagi tadi Ayah Sir & Teh Lah datang ambil di stesen bas Tanjung. Oh. Aku lupa lagi nak cerita. Asyraf kursus BTN di Meru esok sampai Jumaat depan. Ayah, Mak & Nahar dah selamat di Dublin (hari ni turun Galway) untuk konvokesyen Lisa & Hafiz dan kemudian pusing-pusing Europe. Jadi aku seorang terpaksa bertumpang malam di rumah Teh Lah barang sehari dua (tolak trip to Sintok), sampailah Asyraf balik Terengganu sabtu nanti.

Waargghhh...masih ngantuk. Perlu lelap mata seminit dua sementara tunggu Salwa habis kelas nak lunch sekali.

Oh. Tadi Aida datang interview di sini. Tak sempat jumpa, cuma sempat SMS. Harap-harap dapatlah dia kerja sini. Boleh tambah kroni Gong Kapas nanti hehehehehe...

Thursday, June 09, 2005

PECAH.

Mug kesayangan hamba dah pecah! Dengan hati aku sekali dah hancur berkecai bila tengok serpihan-serpihan kaca berderai atas karpet. Terkilannya bukan kepalang! Sedihnya tak terkata. Tiba-tiba tak semena-mena mug itu terlepas dari pegangan aku. Dan aku terpaksa menahan rasa hancur bila di hadapan mata mug itu pecah berderai.

Perlukah aku ulang? ITU MUG KESAYANGAN AKU!

Image hosted by Photobucket.com
Pandangan depan

Image hosted by Photobucket.com
Pandangan belakang (Waaaaa!!!!!!)

Mug yang aku beli di Seaworld Jakarta tahun lepas. Asalnya ada 2, sepasanglah, satu tinggi dan satu gemuk. Yang tinggi pecah bila sampai rumah Cik Yah dari airport, yang tinggal cuma gelas gemuk ini. Satu-satunya tanda kenangan yang terukir, dan sentiasa setia di meja.

Mug yang aku jaga dan aku sayang sepenuh hati. Yang aku tatang bagai minyak penuh. Mug yang diharamkan ke atas budak-budak lain minum kecuali aku. Mug yang pernah Mug yang gila boleh buat aku obsess dan tension dan menangis semata-mata ada orang lain minum guna gelas tu.

Mug yang kenangannya beribu-ribu bersama aku. Kenangan di Jakarta, dan paling tak boleh lupa, kenangan di Klang. Terlalu banyak kenangan bersama mug itu. Mug yang setia menunggu milo ais yang hari-hari dicurah ke dalamnya. Mug yang setia menunggu air suam panas pagi-pagi untuk memanaskan badan tuannya.

Itu mug kaca murah, tapi mahal sangat dengan emosi aku yang terkumpul di situ. Kecewanya aku tadi tak terkata rasanya. Sayu hati sewaktu menyapu-nyapu dan mengelap-lap karpet di lantai.

Mug apa lagi yang aku ada?

Yang tinggal cuma mug kuning yang gemuk pendek dan masih terperap dalam almari sejak 3 tahun dulu. Perlu bergantikah?

Tuesday, June 07, 2005

Mari belajar Cube.

Tadi seharian berkurung di dalam Lab D. Sehari suntuk semua orang berkerah peluh (air cond tak berapa rasa) menghadap komputer. Sampai aku pening-pening pinar-pinar dan pusing-pusing kepala silaukan skrin komputer. Argh. Buat pertama kali aku rasa nak muntah bukak internet haha.

Ingat aku pernah cakap dulu tentang Cube baru yang menarik? Tentang online cube baru aku yang jauh lebih advance dari company lama dulu? Ingat?

Image hosted by Photobucket.com

Inilah dianya. Seharian ini ada bengkel M*techsoft Cube System itu. Sistem yang berjaya menunggang terbalikkan hidup aku hari ini hah!

Macam aku cakap sebelum ni, Cube yang baru ini ada personal Webpage, Weblog, Community Forum & Shoutbox, News, Calendar etc. Ada jga L-Cube yang maksudnya lebih kurang main centre for e-learning. Itu je yang aku faham, sebab masa dia explain aku tersengguk-sengguk menahan mengantuk hehehe.

(The thing I like about Cube is that its GREEN in colour hehe!)

Menarik memanglah menarik. Cuma personally, rasa macam a bit complicated sket system dia. Very detailed, especially on L-Centre (most probably means Learning-Centre kot). Aku tak nak bersangka negatif pasal sistem baru ni (tengok! baru masuk 2 minggu dah pandai komplen hahaha!), masih banyak yang perlu mereka baiki.

Teringat masa ambik subjek Computer Application In Language Learning dengan Mr. Mazlan dulu hahaha, buat assignment on Online vs. Onground Classroom. L-Centre yang diperkenalkan pada aku tadi macam nilah. Cam ambik subjek Introduction to E-Learning pun ada hehe. Tapi bagus juga, dah namanya kolej berteknologi, perlulah cukup ilmu teknologi di dada kan heehhe.

Tadi diajar juga tentang cara buat e-portfolio, buat e-exam questions, e-quizzes, e-giving grades, e-notes etc. Waarghh... sampai aku ngantuk sebab banyak sangat nak kena klik. Mungkin Mitechsoft perlu ambil perhatian dengan komen aku. Maksudnya, kalau dah terlalu komplicated, pening la jugak. Perlu ambil masa untuk faham. Aku nak je cadangkan supaya diorang tak buat belit-belit dan terlalu banyak klik. Confuse cepat. Lagipun rata-rata lecturer yang guna kecuali lect. Sains Komputer la (yang merungut pada aku tadi) mostly untuk menaip. Kira aku advance sket aa tahu guna powerpoint ngan excel dengan jayanya hahaha (ayat unsur riak takbur tak sedar diri :P). Jadinya memang kena ambil masa untuk guna. Kenapa tidak mudahkan saja situasi?

On a personal note, weblog page harus ada variasi templates untuk dipilih. Sebab diorang cakap masih develop software untuk bagi buat template sendiri, jadi tolonggglaa buat banyak sket variasi auto-templates tu. Ceh. Macam aku nak blog lagi. Hehe. Disuruh cuba juga tadi hehe. Terasa juga macam kena perli suruh update blog kat sini..heheheh.

Ntahla. Diorang yang suka belitkan keadaan atau aku yang suka sangat komplen macam terer sangat! :P

(Panjang tak? Panjang tak? Hehehe)

Monday, June 06, 2005

Ingat tarikh ini:

9 Jun 2005 - 11 Jun 2005
25 Jun 2005 - 26 Jun 2005
7 Julai 2005 - 10 Julai 2005
14 Julai 2005 - 17 Julai 2005


9 Jun 2005 - 11 Jun 2005
Bakal menghabiskan masa di Kuala Lumpur rindukan kawan-kawan hehe. Sambil-sambil boleh berlagak betapa hepinya aku di KT berbanding di KL hehe.

25 Jun 2005 - 26 Jun 2005
Tarikh ini belum diconfirm. Mungkin ada perubahan saat akhir. Asal rancangan harus ke UPM Serdang untuk bengkel apa ntah yang UPM anjur. Tapi itulah, belum tetap tarikhnya. Ini cuma tarikh sementara.

7 Julai 2005 - 10 Julai 2005
Bakal menetap di Petaling Jaya untuk kenduri akad nikah Nadzir. Perlu tolong Cik Yah untuk preparation. (+ its Jay's wedding and I won't miss it for the world!)

14 Julai 2005 - 17 Julai 2005
Sekali lagi juga membawa diri ke Petaling Jaya untuk kenduri sambut menantu belah lelaki. Cuma sempat majlis di Dewan Taman Tun, sebab kenduri di rumah 18 Julai, tak sempat.

Risau juga sedikit. Belum confirm cuti ayah dah cepat sangat book Air Asia. Hehe. Tapi ok juga, pergi balik disponsor yang best ni hehehehe. Sayang ayah!

Risau juga sedikit lagi nak tinggalkan kelas untuk Ahad-Ahad yang aku peru bercuti. Risaukan budak-budak kelas yang masih berkobar-kobar menunggu aku masuk :P Mungkin harus buatkan kelas ganti untuk budak-budak tu. Sayang sangat kalau tinggal membazir macam tu.

Anyway, so far hidup masih biasa-biasa yang masih juga tenang dari gangguan minda :P. Cuma sekarang mata belah kanan pula sepet sebelah. Baru baik dari sakit mata sebelah kiri, sekarang yang belah kanan pula yang mengada-ngada.

Aku jatuh tergolek dalam bilik air 2 hari lepas. Bukan tergolek lagi dah rasanya, dah terlantar terus. Redah tergelincir kaki dan bada yang tak seimbang tu menghempap bahagian sebelah kanan badan. Mujur sempai menahan kepala dengan tangat, kalau tak, mau bergegar kepala otak aku. Nasib baik tak terburai.

Cuma kesannya masih terasa yang amat. Sipi di hujung mata kanan masih nampak bengkak padah accident itu. Pipi macam pipi orang baru sudah kena tampar. Leher terasa kejang dan masih terasa sakit bila cuba di tekan-tekan tempat lubang. Bahu kanan pun masih terasa sengalnya. Dada pun macam tutup sket saluran pernafasan aku. Kalau bernafas kuat sket ke, bersin ke... sakit dadanya sampai menurun ke tulang rusuk.

Jadi masih pening-pening dan berpinar-pinar di mata walaupun dah dua kali insiden gitu-gitu.

aku ngantuk sebenarnya. tak larat nak baca balik apa yang aku taip.