Tuesday, May 31, 2005

Mogoknya aku.

Kebelakangan ini hati dirudum-rudum rasa serba salah dan tidak selesa. Emosi yang tidak tentu arah macam berjangkit-jangkit pada attitud dua tiga menjak ni.

Tunggulah sampai emosi pulih sediakala.

Kejap lagi nak pegi bayar hutang kereta dan berniat jujur juga nak mendaftar diri sebagai ahli library haahha. Tunggu lepas lunch nanti baru boleh pergi. :P Sofa baru masuk rumah jam 11 nanti Insya Allah.. dan lepas tu tunggu Diari AF3 jam 12 nanti haha.

Sedang demam AF lagi. :P Demam tengok, bukan demam mengundi. :P

(Simptom mouth ulser menyerang lagi. Dan sekarang sedang MC dua hari diterjah sakit mata yang menyebabkan mata sepet sebelah.)

Argh. Merapik-rapik. Macam cerita tak lengkap saja rasanya.

Saturday, May 28, 2005

Image hosted by Photobucket.com



This entry is dedicated to Ms. Noorizani Muhammad. Happy 27th birthday and wishing you the very best of life. And THANK YOU for being such a GREAT friend for the last 13 years of my life. (ko pindah jadi budak sheikh masa kita form 2 kan? :P)

Thursday, May 26, 2005

i·so·la·tion (s-lshn)n.

The act of isolating or the state of being isolated.


Source: The American Heritage® Stedman's Medical Dictionary
Copyright © 2002, 2001, 1995 by Houghton Mifflin Company. Published by Houghton Mifflin Company.



Main Entry: iso·la·tion
Pronunciation: "I-s&-'lA-sh&n
Function: noun
1 : the action of isolating or condition of being isolated
2 : a segregation of a group of organisms from related forms in such a manner as to prevent crossing
3 : a psychological defense mechanism consisting of the separating of ideas or memories from the emotions connected with them

Source: Merriam-Webster's Medical Dictionary, © 2002 Merriam-Webster, Inc.


isolation

n 1: a state of separation between persons or groups 2: the act of isolating something; setting something apart from others [syn: closing off] 3: a feeling of being disliked and alone 4: preference for seclusion or isolation [syn: reclusiveness] 5: (psychiatry) a defense mechanism in which memory of an unacceptable act or impulse is separated from the emotion originally associated with it 6: a country's withdrawal from internal politics; "he opposed a policy of American isolation"


Source: WordNet ® 2.0, © 2003 Princeton University



Isolation period.

Baru activate GPRS.

Lepas ni kalau aku malas+takde mood nak menulis dan menaip, aku cakap guna gambar je.

Wednesday, May 25, 2005

Moody.

Lain kali cakap.

Tuesday, May 24, 2005

Semalam budak IT tanyakan nama id yang aku nak letak untuk email baru di tempat baru. Mula-mula ingat nak letak "miyyah" jugak tapi fikir balik itu untuk acara-acara balas membalas email secara rasmi jadi perlu ada nama rasmi jugalah hehehe. So instead of "miyyah" aku cakap nak letak nama "najmiyyah" hehehe. Barulah nampak formal kan! Lagipun Najmi kat depan tu mana boleh tinggal! :P

Aku cukup-cukup puashati dengan proses untuk dapatkan email baru tu. Kalau dulu aku harus tunggu hampir 1-2 minggu semata-mata nak dapatkan alamat email dari IT Dept, itupun aku yang sendiri harus ambil inisiatif, sekarang orang IT yang datang cari aku muahahahaha. Bagus kan?

Mulanya ingatkan cuma dapat email, rupa-rupanya dapat Cube (Personal Page) sendiri. Ada shared network dengan warga-warga kolej yang lain beserta nama penuh dan email semua orang yang dah tersedia lengkap dalam direktori (termasuk nama aku). Ada juga forum perdana hal ehwal islam untuk warga2 kolej yang sama. Juga boleh postkan gambar-gambar dan artikl-artikel peribadi for sharing purposes. Lagi menarik, ada juga disediakan ruang untuk personal website, juga weblog.

Haha. Tak taulah kalau aku gatal tangan lagi untuk free weblog tu. Rasanya dah tak larat kot. nak jaga 2 blog (yang satunya cuma update sebulan sekali secara terpaksa- friendster punya). Sekarang aku lebih banyak menaip di sini. Apa-apapun semua di sini. Merapik-rapik pun tetap di sini. Hahaha. Sampaikan untuk tulis dalam buku-buku kosong macam dulu pun aku dah tak buat lagi. Dah terlalu selesa menulis online barangkali. Haha.

Oh. Berbalik kepada cerita tadi.

Ya. Aku memang impress dengan IT Department kat sini muaahahaha. Memang efisyen. Dulu sampai boleh tidur bangun balik pun attachment tak lepas-lepas, sekarang pejam mata bukak balik je dah boleh hantar email. Bagus! Bagus! Barulah betul kolej berteknologi namanya. Riang gembira aku dapat Cube baru. Tapi belum war-warkan kepada dunia. Nanti-nantilah. :P
Kuharap... kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap... kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Tiada balasan
Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawapan
Yang ada hanyalah persoalan

Di manakah kejujuran
Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan
Di manakah kejujuran

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan... cinta

Kuharap... kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Kuharap... kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap... kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Di manakah kejujuran
Di manakah keikhlasan
Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan... cinta

Apa juga yang dah jadi, sedang jadi dan akan jadi semuanya dah ditetapkan. Walau sekuat atau selemah manapun rasa, masih perlu akur pada kehendak Yang Esa. Setiap yang DIA tetapkan itu hikmah. Perlu faham dan perlu yakin tentang itu. Tak mampu memikul beban harap sesarat beban di bahu. Juga tak mahu menanggung resah yang makin membukit di dada.

Lari ke hujung dunia mencari tenang setenang air, biarpun dihujung laut ribut gelora. Lari ke hujung waktu walaupun saatnya sedikit terpinggir.

Terkulai kelopak mata tanda harus berundur dan jumpa lagi di kemudian hari. (ayat orang tengah mengantuk dan sudah hampir terpejam matanya..)

Apa-apa pun, cuma mahu mendoakan yang terbaik untuk hidup.

Saturday, May 21, 2005

Baru lepas tengok konsert prelude Akademi Fantasia. Semua orang macam tak puas hati Mawi x dapat masuk top 12 AF3 walaupun memang clear cut suara dia best giler kalau nak banding dengan suara budak-budak lain. Memang boleh nampak sangat-sangat.

Tapi bila diumumkan dia x dapat masuk AF3 tu semua macam keciwa. Kak Yong, Chudah, Nahar, Mak + aku sekali frust abis bila dia kena keluar. Chudah awal-awal sms Nahar bagitau Mawi juara baru AF hahah, tapi last2 tak boleh masuk gak hahaha.(aku dah berpaling tadah sokong Reza lak hahhahaha!)

Spekulasi kenapa Mawi tak berjaya jadi top 12 AF3:

1. Bagus juga dia x masuk. Memang sayang dia tak boleh masuk, tapi sayang lagi kalau dia masuk.

2. Suara sesedap dia rasa macam tercemar je kalau masuk AF tu. Dah elok-elok nyanyi Nasyid, berzanji, musabaqah tiba-tiba nak suruh berjoget2 huha huha atas pentas. Tak rugi ke?

3. Nahar cakap diorang nak selamatkan dia. Sebab dia baik sangat bukan tempat dia di AF tu. Haha. Betul juga. Macam tak sesuai je jadi dunia dia tempat camtu. Hehe.

4. Kenapa tau awal2 dia tak sesuai tak masukkan dia terus dalam top 20? Kenapa tak buang awal2 lagi? Kontroversi nih..

5. Mungkin diorang sayangkan bakat dia, bagi pendedahan top 20 supaya orang lain boleh nampak bakat dia walaupun diorang dah confirm dia xkan boleh masuk AF3.

6. Kalau dia masuk pun belum tentu menang. Kalau menang pun terikat-terjerut-tersimpul mati dengan ASTRO. Hehehehe... lagi kesian..

7. Kalau dia masuk dan tak menang, entah-entah jadi macam budak2 AF1 & AF2 yang lepas-lepas.. rugi bakat je..

8. Aku macam yakin je dia akan naik lepas ni sebab semua orang dah boleh dengar dan nampak talent dia, mungkin rezeki dia akan lebih besar lepas ni. Siapa tahu?

9. Kalau dia jadi penyanyi nasyid.. aku confirm beli album dia hahahaha! :P

Doakan jelah. Kepada adik Asmawi Ani, rezeki anda bukan di sini. Ada kat tempat lain la tu... ;)
Introducing the newly born Nokia 7260 a.k.a MINE. :P

Image hosted by Photobucket.com


"An exceptional thing of beauty.

Intensely striking. Dramatic yet dynamic. It could only be the dashing Nokia 7260. It's bold, confident and sleekly flamboyant with its silvery art deco highlights - a true reflection of your distinctive character. Create a stir wherever you go and make a powerful statement about who you are with the Nokia 7260." - www.nokia.com.my

PERFECT for ME kan? ;P

Friday, May 20, 2005

Mogok internet 2-3 hari. Dah terlalu mabuk bangun tido-tengahari-petang-malam-tengah malam-tido asyik nampak skrin komputer. Sampai tengok pc pun dah rasa menyampah. Tambah lagi keletihan hari-hari berulang-ulang dari Kuala Terengganu-Setiu-Kuala Terengganu seorang diri. Beberapa hari kebelakangan ni asyik tidur awal. Entah berapa malam cuba gagahkan mata update blog tapi tak larat sangat-sangat. Cerita tertangguh banyak, tapi macam mabuk internet jadi terpaksa hold dulu.

Sekejap lagi ke Primula Beach Resort check in untuk semalaman. Ayah dapat voucher penginapan di Primula dalam satu majlis anjuran JPN Terengganu lama dulu, tarikh tamat tempoh 31 Mei ini. Jadi malam ni gatal-gatal nak tido sana hahahahaah.

Ok. Sebelum kena jerit dengan mak suruh siap cepat (belum sarung tudung), aku brief sikit je.

Semalam Menteri Besar Terengganu datang melawat kolej. Besar-besaranlah juga sambutan. Dapat makan free lagi ok la hehehe.

Dah masuk first class Rabu lepas. Belum masuk berdebar sakan, mula-mula cakap dalam kelas pun gagap jap pastu ok hehe. Budak-budak ok, banyak cakap dan peramah semuanya. Masih berkobar-kobar dengar aku membebel kat depan hahaha. Harap-harap kekal sampai akhir. :)

Masih cuba adapt dengan evironment baru di tempat baru. Perlu ambil masa untuk sesuaikan diri. Tak boleh hyper terlampau macam dulu hahaaha. First impression, diorang baik-baik. Ramainya lembut-lembut dan sopan dan tak ganas macam budak-budak tempat kerja lama ahahahaha (termasuk aku). Lawak pun lawak sopan je. Hahahaha. Jadi aku harus belajar jadi budak lagi baik juga hahaha. Insya Allah, takde masalah lagi takat ni. Harap-harap oklah sampai bila-bila. :)

See you guys later ok. Havta go. :)

Wednesday, May 18, 2005

Hari kedua berlalu dengan baik juga semalam. Sedikit bosan sebab kelas aku belum start (hari ni baru ada kelas) dan belum mesra bertepuk bertampar lagi dengan semua orang. Masih perlu tersengeh-sengeh dan tersenyum-senyum macam kerang busuk. Dan masih perlu jadi bahan tontonan dari jauh dan dekat dan bahan bisik-berbisik. Lama-lama nanti hilanglah!

Petang balik rumah 5.15 terus menyerbu pc, onlinekan ym dan gembira-gembira-gembira sakan bila boleh bergurau senda dengan kawan-kawan di Klang. Baru terasa rindu kat budak-budak tu. :P

Aku tak boleh lama. Nak gi kerja ni. Nanti lambat aku balik lambat lagi. Chow!

Tuesday, May 17, 2005

Aku dah taip separuh lepas tu letih dan tertido dan terjaga semula jam 4..45 pagi hahaha.
Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia!

Dan percaya atau tidak, aku telah menjadi sebahagian daripada mereka hari ini. :P(walaupun belum rasmi masuk kelas mengajar).

Suasana di tempat baru berbeza macam langit dengan bumi kalau aku nak bandingkan dengan di Klang dulu. Segala-galanya baru, wajah-wajah aneh menghiasi segenap pandangan aku dan entah berapa kali aku masih teragak-agak dan mengingatkan diri sendiri yang tempat baru ini bakal mengumpul sejarah baru dalam hidup.

Cuba meramahkan diri walau sesekali terasa macam terpaksa haha, dan hari pertama dikejutkan dengan serbuan 'megasale' jubah yang dijual salah seorang staff yang sebilik dengan aku. Haha. Aku terpaksa mendengar tawar menawar dan soalan-soalan daripada bakal pengguna sampai mengantuk. :P Kelakar betul. Yelah, setiap yang datang bertanyakan soalan yang sama. Berapa harga? Saiz lain ada? Cantik tak? Warna lain ok tak? Tak kecik sangat ke? etc.. Bayangkan kalau kumulatif seorang : 10 soalan. Dan bayangkan lebih dari 10 orang yang keluar masuk bilik tu. Boleh bayangkan macamana aku mengangguk, senyum, ketawa dan mengangguk lagi pada soalan-soalan tersebut hahahahahahahah (mereka cakap aku kena culture shock hahah).

Dalam bilik yang berisikan 4 meja itu kini dihuni 3 orang termasuk aku. Seorang yang dikenali sebagai Wa dan nekad mahu panggil aku MI walaupun sudah berkali-kali aku cakapkan nama aku Miyyah. Dan pertama kali juga ada orang cakap nama Miyyah tu panjang sangat nak sebut hahahahaha. Kalau macam tu la panjang, belum dia tengok nama betul aku lagi :P Seorang lagi kami panggil Naza (yeah, irony kan! :P), gadis comel kiut miut dengan mata bundar yang cantik dan meriah dengan suara gurauan senda. Bertemu juga seorang kawan lama dari SHAMS, Nor yang dah bertahun-tahun tak jumpa di bilik sebelah. Ingat-ingat di kepala si Nor dulu pakai spek. Sekarang dah advance, pakai contact lense hheeh. Yang lain datang juga introduce diri tapi errr... anggap saja aku masih perlu masa untuk ingat semua nama! :)

Wa dan Naza banyak tolong aku sesuaikan diri. Naza yang semulajadi peramah banyak kenalkan aku dengan bakal kawan-kawan baru, (dan menjadikan projek makan2 tak lekang dari hidup aku hahaha) dan Wa banyak tolong explain pada aku tentang syllabus subject yang langsung aku blur sebab dah lama sangat tinggal dunia pendidikan hahahaha! Diorang sempat juga kenalkan aku dengan bank BCB terdekat di Kampung Buloh yang letaknya hampir 5 km dari ofis. Dulu guna Maybank jadi sekarang terpaksa buka account baru lagi.

Dulu waktu di Klang hari-hari aku terpaksa naik tangga sampai tingkat 3 yang melelahkan jiwa raga, kat sini pun sama. Tingkat 3 juga! :) Cuma kat sini tangganya takdela tinggi macam tangga dekat ofis lama, jadi takdela semput sangat hahahahaa!

Dalam bilik aku tu ada 2 komputer yang akan dishare ramai2. Ada Internet dan dah selamat diinstall dengan YM sekali hahaa. Tapi tak privacy la so nanti-nantilah. Awal-awal ni takkan nak tunjuk belang kot. Segan ler hehehehe :P

Apa-apapun, tunggu hari ke 2.

Sunday, May 15, 2005

Esok mula hari baru. Haha dan aku tiba-tiba takut nak tidur. Kalau boleh nak berjaga sampai pagi esok. Supaya esok lambat datang.

Aku tak pasti macamana aku nak hadap esok hari. Dari rumah esok sendirian sampai ke kolej yang aku cuma singgah sekali sebelum ini. Bukannya kenal sangat jalanpun, sebab masa pertama kali dulu, perginya sesat separuh jalan, baliknya aku yang tertidur separuh jalan. Apa-apapun harus nekad ke sana juga esok. :P Sesat pun sesatlah. Janji sampai!

Dah macam-macam tips, nasihat, motivasi, lucky-lucky wishes, provokasi pun banyak keluarga dan kawan-kawan beri hehe, tapi resah menunggu hari pertama esok tetap ada. Esok sedar tak sedar aku harus berhadapan dengan watak-watak aneh yang baru-baru dalam episod terbaru cerita hidup aku ini. Semasa tinggalkan Klang Jumaat lepas taklah terasa sangat janggalnya. Dah 2 hari baru nak terasa resahnya. Baru Jumaat lepas aku masih riang gembira hari-hari berhadapan dengan wajah-wajah sama yang mewarnai hidup aku selama hampir 3 tahun sudah. Dan esok, sekelip mata wajah-wajah itu akan bertukar ganti dengan wajah-wajah baru yang lain. Cepat sangat kan?

Berapa kali cuba tenangkan diri tapi resah masih berbaki. Doa-doakan hari pertama aku di tempat baru esok berakhir dengan baik. Dan segembira mungkin. Insya Allah.

(masih cuba bersengkang mata supaya esok lambat tiba :P)

Friday, May 13, 2005

A BIG THANK YOU.

To my bos, thank you for making my life miserable heheh. Good luck with your upcoming new girl (hope you find that soon!). Do make sure she feeds your new fish on time eh. (oh the last one died today. I swore I did nothing to the fish!!)

To Shima & Hairul, my dear sis and bro, thank you for everything. I know I can't survive here without you. Love you guys so much. Kawin nanti jangan lupa jemput. Shima I will definitely miss your mum's nasi lemak and mee kari and soto. Kim salam kat ayahanda awak yang baik hati juga. Hairul, rentikan aje tabiat tengok cermin awak tu. Orang hensem lama2 tengok cermin pun boleh pecah cermin tu! You guys keep in touch k!

To Yati, we've been through lots of things together since the start of this company (remember? I'm the first woman of N*sim and you're the second haha). Dari kau belum kawin sampai dah anak sorang! Send my regards to your mum (tell her I'll miss her cooking!), Abang Zul, adorable Edlin and all your kakaks and abangs. Dan sekarang secara rasmi jugak Kelab Gossip kita terbubar since kau sebagai Presiden pun dah letak jawatan, dan aku sebagai Naib Prest pun dah resign hahaha. (Biar Shima & Bob gila kuasa 2 orang :P) Nanti jalan-jalan sampai Terengganu datang rumah aku tau!

To Bob, adinda kembarku tercinta hahahaha, though I just knew you for a short stint, its definitely an honour. :P Stop bullying people around (especially Shima- dahlah tu, penat dengar hari-hari dia menjerit), get yourself some speakers (hi-fi lagi ok) instead of hijacking people's pc for mp3s haha! - yes you will have total control of the mp3s after this and won't be forced to listen to Indo songs anymore! Proud to share the same 3rd Oct with you. :)

To Sab & Ipin, (see sini tempat cari jodoh hahaha) I wish you guys all the best in your future. Sab, great to know you. You've been such a great sis! Terima kasih temankan kita tengok Tentang Dia kali ke 2 hahaha, and to Ipin, sorila Pin aku ajar makwe kau bahasa Indon. Thank you so much for being great companions and friends.

To the rest of the gang, Aslam, Ami (blah la Arsenal wooi!), Halim, Wan, Man etc, thank you guys for being part of my 2 1/2 years worth of life. You've been great assistance and friends. To all of you, 0-0 ok. Aku dah insaf dah. Aku dah tak marah-marah orang lagi. Dan aku pun dah maafkan korang semua hahahahaha. Tunggu je la replacement aku. But I promise u guys it would never be the same without me around hehehehhehe..! Will miss you guys.

To my friends Tita, Syaer, Feeda, Iza, Yan, Ina etc.. yeah, keep in touch aa. Don't worry, I'll be around. Ni nanti bulan 6 aku turun KL lagi, bulan 7 karang pun aku turun lagi.. so sama je. See you guys later ok. Iza balik kg jangan lupa call aku. My turn to belanja you :P

Thank you all. For everything.


Signing off from this wonderful wpun sekali sekala bengong pc. See you guys later at home. :)

Thursday, May 12, 2005

Cuma tinggal esok. Dan Sabtu nanti akan berangkut-angkut pulang ke Kuala Terengganu. Barang-barang banyaknya dah packing, cuma tinggal baju-baju yang dah dilipat tapi belum dikotakkan, dan aset-aset tinggalan untuk diagih-agihkan kepada kawan-kawan.

Pening tak sudah hinggalah ke akhir-akhir masa berangkat seperti ini. Petang ni balik Puchong, dan perlu angkat dalam 4 kotak dulu untuk di hantar ke Puchong. Ayah dah telefon awal pagi tadi, dah selamat sampai rumah Cik Yah di PJ. Hari ni baru singgah rumah Kak Yong.

Semalam lepas ofis terus ke Banting hantarkan Tafsir Quran yang dia pesan. Lepas ambil kereta baru service jam 5.30, campur-campur jammed tengah jalan, berhenti isi minyak lagi, hampir 7.30 malam juga baru sampai ke Kolej Mara Banting tu. Solat Maghrib di surau kolej dan jumpa Asyraf sekejap. Mujur juga Yan temankan, kalau tak susah jugalah aku nak mencari jalan yang bila malam jadi gelap gelita tak nampak apa tu. Baliknya lalu ikut Putrajaya sebab dah tak berani nak lalu jalan sama balik Klang, gelap sangat2. Singgah di Prescint 8 makan malam sambil usha-usha keliling dan kemudian ambil angin malam di Dataran Putra berhadapan Masjid Putrajaya yang indah menawan tu. :)

Dulu pernah pergi, tapi cuma sekejap-sekejap. Semalam dengan ayu berbaju kurung hijau rasa seronok sangat-sangat dan tenang sangat-sangat. Angin bayu lembut dan menyenangkan jiwa raga yang dah semulajadi pening. Berhadap tasik buatan yang penuh lampu kelip-kelip dan angin bertiup sejuk buat aku rasa macam tak nak balik dan nak duduk kat situ lama-lama. Rugi rasanya.. dah bertahun-tahun di Kuala Lumpur, baru terdetik hati nak singgah di situ. Kalau tahu awal-awal, dah lama Putrajaya jadi port untuk tenangkan hati dan fikiran!

Sempat juga ambil gambar sekeping dua untuk kenangan haha. Habiskan filem kamera Yan yang tinggal beberapa keping. Hehe bayangkan aku dengan baju kurung ayu berwarna hijau posing di tengah dataran Putrajaya di malam gelap. :P

Hampir jam 10.00++ malam kami berdua bertolak balik ke Klang. Letihnya bukan main seharian ke situ ke sini. Barang-barang yang seharusnya aku kemaskan semalam masih tak tersentuh. Aduhai.. dah berapa hari macam ni. Rasanya dulu pindah-pindah rumah sampai 6 kali sebelum ni pun tak seletih ini.

Takpelah. Cuma tinggal sehari lagi. Dan kemudian berletih untuk balik ke Kuala Terengganu tempat tumpah darah dan kemudian Insya Allah hidup boleh stabil balik. Insya Allah!

Wednesday, May 11, 2005

"HOI! PINGGAN KAT SINGKI TU TAK NAK BASUHHH KE HAAAH?? NAK TUNGGU CINDERELLA DATANG BASUH KE???!!!?!!

PANG!

Pintu toilet dia hempas dengan kuat.

"Pinggan tu baru sekejap kat situ. Bilik belakang kucing ko yang busuk tak basuh berbulan-bulan tu ada aku bising?? Karpet depan tv yang kucing ko kencing berak ada ko basuh? Ko ingat lap-lap je bersih ke? Ko tak tau bau busuk ke? Ke ko takde deria bau hah?? Kitorang yang terpaksa tahan. Ko boleh hidup ke macam ni?? Lagi nak bisingkan pinggan sekeping tu!"



"HOI! PINGGAN KAT SINGKI TU TAK NAK BASUHHH KE HAAAH?? NAK TUNGGU CINDERELLA DATANG BASUH KE???!!!?!!

PANG!

Pintu toilet dia hempas dengan kuat.

"Suka hati aku la nak basuh pinggan tu bila. Ko boleh hidup berbulan-bulan tak basuh tahi kucing dalam bilik belakang tu kenapa plak susah-susahkan pinggan sekeping yang baru sehari dalam singki tu? Sebelum ni ada aku bising ko masak nasi sampai basi pun tak basuh2 periuk nasi lagi? Ada? Ada aku kacau hidup kau?? Kenapa nak kacau hidup pinggan aku yang sekeping tuuu?????"



"HOI! PINGGAN KAT SINGKI TU TAK NAK BASUHHH KE HAAAH?? NAK TUNGGU CINDERELLA DATANG BASUH KE???!!!?!!

PANG!

Pintu toilet dia hempas dengan kuat.

"Hah! Macam bagus gila. Ko ingat aku budak kecik takde otak tak boleh fikir ke? Aku tahulah bila nak basuh pinggan tu. Orang bujang, biasalah lambat sket basuh pinggan. Yang ko tengking-tengking tak tentu arah macam orang gila apahal?? Aku taula ko tengah tension. Tak payah la nak lepaskan baran ko tu kan sini! Ada masalah sendiri settle la woi. Jangan aaa orang lain takde kena mengena plak yang kena. Lagipun tak boleh cakap elok-elok ke? Mak bapak ko tak ajar cara bercakap dengan orang ke dulu? Pintu bilik air tu apsal ko hempas? Apsal ko tak pecahkan aje terus kan senang??"




Tersentak aku bila tiba-tiba dia menengking sekuat hati. Dan menghempas daun pintu bilik air macam nak pecah. Simbol kemarahannya pada aku yang berapi-api. Tak ada angin, tak ada bayu, tiba-tiba ribut datang.

Dua tiga menjak kebelakangan ni dia jadi perengus, pemarah. Baran. Sikit-sikit nak lazer orang, cakap kasar-kasar macam dia seorang hidup dalam dunia ni. Aku tahulah dia ada masalah peribadi, tapi kenapa pula kami yang lain yang jadi mangsa tempat dia lepaskan kemarahan. Dahlah tak boleh terima nasihat orang. Buat benda ikut suka hati.

Aku tak suka campur hidup orang. Dan aku pantang kalau ada orang suka campur hidup aku tanpa aku mintak. Dah lama aku sabar. Dah lama aku tenangkan diri tiap kali suara-suara bagus dia keluar, mengarah itu ini. Aku sabar.

Dan semalam bila dia menengking-nengking mengherdik macam aku ni tunggul kayu, aku betul-betul tersentak. Betapa aku nak sangat ungkapkan ayat-ayat di atas, sayangnya aku bukan macam dia. Aku bukan manusia yang suka menjawab macam dia. Nak aje sebenarnya aku menjawab dan otomatik melancarkan perang dunia ke 3 dengan dia. Pedulikan kalau aku cuma ada 3 hari saja lagi sebelum balik kampung. Perang tetap perang!

Tapi aku tak boleh. Aku tak mampu nak cakap apa. Sebab macam biasa-biasa terjadi, aku cuma diam tak menjawab. Aku teringatkan nasihat-nasihat mak ayah. Aku dididik dari kecik bukan untuk berlaku kurang ajar dengan orang. Marahkan satu dunia sekalipun, bukan senang suara mahu keluar dari mulut aku. Bercakap hari-hari biasa mengalahkan orang lain, tapi bila marah aku memang marah sampai tak mampu bersuara sekalipun.

Tangan aku menggigil-gigil. Jantung aku berdegup laju dan seperti mahu keluar. Nafas pun terasa sesak. Air mata cepat sangat bergenang di mata. Ditanya-tanya Yan, aku langsung tak boleh bersuara. Perlu ambil nafas sekejap sebelum tersekat-sekat keluar perkataan dari mulut aku. Begitu marahnya aku. Berangnya aku Tuhan saja yang tahu. Yang aku cuma mampu buat, istighfar panjang-panjang. Ingatkan mak ayah di kampung. Mengamuk mengherdik menengking bukan cara aku. Mak ayah aku ajar didikan akhlak sopan, bukan berlaku biadap maki hamun orang.

Dan sudahnya, aku langsung tak berkata apa. Macam-macam aku nak jawab, tapi langsung tak terkeluar. Biarlah dia dengan cara dia. Nak mengamuk apa sekalipun, lantaklah. Aku tak hidup dengan puji orang. Tak mati juga dengan umpat keji orang. Aku cuma ada 3 hari sebelum balik. Dan selepas tu aku tak perlu susah-susahkan diri fikir tentang masalah orang lagi.

Tuesday, May 10, 2005

Semalam diraikan dalam majlis kegembiraan perpisahan secara besar-besaran di ofis. Heheheh. Tercapai juga hajat aku nak melangkah keluar dari sini secara meriah. :P Mereka jemput sekali budak2 ofis bawah, branch managers yang datang meeting, eric sebagai wakil marketing dan kawan-kawan ofis semua.

Seharusnya majlis semalam untuk aku dan Yatee, tapi Yatee EL terkejut sebab anakanda tercinta tiba-tiba demam jadi tinggallah aku seorang conquer majlis heheehhe. Seronok juga jadi orang penting ni kan. Cuma aku yang tak habis-habis lagi gugup. Dah lama tak berucap depan orang hahahaaha. :P

Semalam acara makan pun secara besar-besaran. Selalunya kalau ada acara makan2, akulah ketuanya; ketua cari barang, pilih resepi, order makanan, angkut pinggan mangkuk, arah mengarah budak2 etc. Sekarang sebab aku yang dah berhenti, tugas macam tu dah aku serahkan pada adinda pengganti aku, Shima.

Ada bihun goreng special dari kedai nasi ayam belakang ofis, ada ayam goreng rempah yang menggoda perut, ada buah tembikai dan honeydew yang manis (yang aku pilih di Klang Parade dengan Shima haha), ada kacang cap Ngan Yin, ada air limau merah yang lazat dan ada kek Chocolate Lady dari Angel Cake walaupun aku demand Chocolate Banana dari Secret Recipe hahahah. Dan aku makan-makan-makan-makan sampai semua orang dah berhenti dan balik aku masih makan-makan-makan-makan sambil ym. :P

Harusnya pagi tadi hantar kereta untuk service untuk jalan jauh sabtu ni, tapi cancel sebab takde orang nak ikut jadi driver balik aku. Driver yang aku dah book awal-awal tiba-tiba sibuk terlampau dan cancel last minute. Esok kalau dia cakap dia bz jugak aku nekad balik jalan kaki. Patah kaki pun patahlah.

Petang ni niatnya nak ke PKNS Shah Alam. Kalau Yan jadi ikut, adalah peneman. Kalau tak pergi sorang-sorang. Nak cari Al-Quran tafsir untuk Asyraf (English translation). Cari kat Klang Sabtu lepas ada, tapi semuanya hardcover. Aku nak cari yang kulit nipis je. Dulu selalu ada dijual di UIA tapi bila kat luar ni susahlah sikit nak cari. Dah beli satu, nak cari satu lagi. Esok mungkin harus ke Banting hantar Tafsir tu pada Asyraf.

Hai. Untungnya jadi anak bongsu yang ada kakak-kakak yang baik hati macam aku hahahaha.

Monday, May 09, 2005

Hujung minggu terakhir yang penuh dengan acara. Sabtu malam berdondang sayang seafoofd dengan Syaer & keluarga (+ Jamal + Wildan yang montel) di Shah Alam. Balik dari Shah Alam sempat mendera jiwa bersengkang mata nonton Man U vs Wes Brom yang ntah apa-apa. Ceh. Buat sakit jiwa je.

Esok petangnya beronggeng dengan Feeda dan Tita di IOI Mall. Plan asalnya ke Alamanda tapi kemudian terpasa bertukar tempat ke IOI Mall. Melepak hampir satu jam (atau mungkin lebih) di A &W sambil ketawa-ketawa dan terkuat suara sampai dijeling orang keliling. Disampaikan berita terkejut Feeda nak kawin yang lebih terkejut dari berita aku bawa diri balik kampung. Heheh. Sambil-sambil makan waffle panas + 2 scoops vanilla ice-cream + strawberry sauce.

Dan oh. Baru dapat gambar dari Tita. :)


Image hosted by Photobucket.com


Ini gambar waffle sebelum dimakan. Deliciousssss kan?? Hhehehe..

Image hosted by Photobucket.com
Ini gambar sedang melantak hahaha

Image hosted by Photobucket.com
Ini gambar selepas ditelan habis2 heheheh

Lepas kenyang-kenyang dan dah dapat jelingan manja dari orang keliling, kami turun tingkat bawah, pusing2 sekejap di Jusco dan kemudian aku lapar lagi hahaha. Craving for cake tapi sabor je la... baru makan waffle nak makan kek lagi :P. Sudahnya ikutkan kaki Feeda ke Starbucks. Meneguk Choc Frappucino yang lazat yang dah berbulan-bulan tak rasa hehehe. Habis lari budget aku.. nasib baik dah nak balik kg hehe.

"So? How do you feel? Going back.."

"Happy.. excited hahahahaha. Tak tahulah, tapi sekarang ni aku rasa cam excited giler, tak sabar2 nak balik. Rasa macam... I don't care dah. Aku dah let go everything, semua yang kat sini, yang aku tahu sekarang aku nak balik je. Aku rasa aku dah takde apa nak buat kat sini, macam dah penat sangat, sekarang nak settle down je. I mean, kat sini, except for you guys, my family semua, aku dah tak ada apa lagi.. rasa macam.. dah takde life kat sini. Its time to go back."

Malamnya nonton F1 yang akhirnya Raikkonen menang juga hahahah. Takpela, bagi chance untuk kali ini. Lepas ni Alonso sambung menang balik ;P dan kemudian diikuti Tru Calling yang makin ketagih, The Apprentice musim baru sambil diselang seli dengan Indo Top 10 dekat channel Prima heheheheh. Letih. Tapi takpelah. Bukan selalu. :)
Feeda's getting married!

OUR FEEDA is getting married. Feeda who didn't even believe in marriage, Feeda who didnt' believe in love, Feeda who never believe anyone would ever fall for her, Feeda who believe that she has too many responsibilities to take care of and would never found anyone who could understand that. Feeda with whom I share the same passion for theatres, movies, and were always there for each other whenever I need someone to go out with especially when Tita cancelled last minute hahah . We always partner up during weddings when everybody else came with spouses. We hang out with each other at shopping complexes whenever we want to, regardless time or day.

Feeda, who even plan to be single for the rest of her life is getting married.

Yes. THAT Feeda is getting married! To a mysterious man we've never met! How can I not cry?

I'm happy for her anyway :) Glad that she finally found someone who sees the beauty in her. Who would love her and care for her. Someone she can bring during weddings and our get-together sessions. Someone she can show off to us the-singles-who-still-have-no-idea-what-marriage-is-all-about haha.

Now there will be only 2 of us left. *Sigh*.

Seharusnya aku yang mengejutkan dia dengan berita aku. Sebaliknya dia yang lebih kejutkan aku dengan berita dia. Sampai aku menangis haha. Cengeng.

Saturday, May 07, 2005

nahar : wei
nahar : keje ke?
miyyah : keje
nahar : o ok
nahar : rumoh masuk streamyx doh
nahar : hahaha
miyyah : yesssss
miyyah : awk gi buat biler
nahar : baru wak masuk kmaring
nahar : hahahaha
miyyah : awk gi buat ngan ayoh ke buat sndri
nahar : wak ngan ayoh a
nahar : saya dok bunyi pon
nahar : ayoh tetibe nok masuk streamyx
nahar : mula2 tu dia mcm kompius
nahar : tapi sy pon pujuk2 a
nahar : hehehe
miyyah : so skarg buleh buka bila2 masa aah? ke ada limit time lagi
nahar : tadok doh
nahar : 24 hrs
nahar : tapi kalu mlm nok tido sy off a komp
miyyah : laju aah lening..pc tu
nahar : mmg puah hati gle a
nahar : beli dok lg hadiah hok asyraf pesan?
miyyah : tanya doh dia hari tu... dia kata nnt dia kabor balik guane
miyyah : hari ahad ni sy nok gi alamanda..
nahar : o ok
miyyah : ayoh masuk ym ke?
miyyah : hahahahaahha
nahar : dia suh saya wak ke dia
nahar : dia kata kekgi bosan2 leh chat
nahar : tapi sape je hok dia buleh add
nahar : hahaha

dengar tu?? DENGAR?

Rumah kami dah masuk STREAMYX! STREAMYX! Hehehehehehehe.. bermaksud lepas ni boleh online hari-hari dan setiap saat dan ketika. Dah dapat green light daripada ayahanda tercinta oklah tu. Nahar pernah cakap dulu dia mintak ayah masuk Streamyx kat rumah ayah tak bagi. Dia cakap bukan selalu ada orang kat rumah buat apa masukkan. Frust minah tu haha. Sekarang tak cakap apa2 pun ayah tiba-tiba bagi izin. :) Naharlah yang paling seronok.

Dulu zaman TMNet (cheh, duluuu.. baru masuk streamyx smalam TMNet dah jadi zaman dulu hehehe) kami cuma boleh online tengah-tengah malam (ayah cakap tengah malam je takde orang guna telefon rumah :P). Itupun ikut turn, kalau yang pertama dalam list start online pukul 11.00 malam, yang kedua boleh log on dalam pukul 1 @ 2 pagi hahah. Selalunya aku jadi yang no. 3, jadi kira-kira sajalah dulu aku selalu online pukul berapa hahahhahaha. Bagus jadi no. 3, takde time limit. hahhaha. Musim-musim raya selalunya macam nilah yang jadi. Bagus juga. Sambil-sambil tunggu turn online, boleh juga aku bakar2 kuih hahhahahahhaaha.

Ayahanda pun dah belajar-belajar YM hehehe. Dulu aku dah ajar, dah lama, 1998 dulu, dah lupalah tu. Yalah. Sebelum ni pun cuma tahu hantar email. Kira advance apa ayah aku hehehe. Celik IT! Mak tak terbuka hati lagi nak belajar hehehe. Mak cakap semua orang dah expert buat apa nak ajar dia lagi. Dia nak apa2 pun arah-arah je kan lagi senang :P

Friday, May 06, 2005

Sakit badan-badan padah main netball dan terus mandi dan terus berkejar ke Bukit Raja nonton Tentang Dia untuk kali ke 2 haha. Sempat juga singgah membeli Bintang Di Surga Peterpan hehee. Dan padah berkejar-kejar itu, hari ini aku datang kerja dengan rasa sakit-sakit seluruh badan. :P

Tentang Dia kali ke 2.(Maaf. Aku sedang ketagih Tentang Dia. Jadi faham-faham sajalah. :P)

"Sudah ketemu mas, apa dicari?"
"Belum. Besok kali."
"Mas..kalau kita cuma ada hari ini, dan esok belum pasti ada gimana?"


Itu seharusnya ayat yang betul. :) Bila nonton untuk kali ke dua, rasanya sedikit berubah dari rasa yang pertama. Mungkin kerana sudah tahu babak apa yang seterusnya, atau sudah arif tentang penyudahnya. Yang harus aku katakan, cerita ini tetap kuat emosinya. Masih berupaya membuai-buai rasa penonton. Masih berjaya membuai rasa aku untuk kali ke 2 hehe. (atau aku yang memang cepat cengeng hahaha).

Harus aku katakan juga emosi penonton di KLCC tempoh hari lebih kuat, tapi semalam mereka masih ketawa pada babak yang sama, sedih pada ketika yang sama. Cuma kualiti penonton yang lebih kecil jumlahnya berbanding di KLCC. Terdengar kata-kata penonton di barisan atas aku.. "Eh..eh! Ramainya lelaki!" Dan ya! Pertama kali aku rasa menonton wayang purata penontonnya lebih ramai lelaki dari perempuan hahahahahahhahaha.

Aku menjadi lebih berhati-hati mendengar tutur kata Gadis, Randu dan terutamanya Rudi. Tak pastilah sama ada skrip mereka yang terlalu tersirat atau aku yang suka membelitkan ayat hahaha. Susah betul kalau dah gila bahasa hahahahahahaha.

Tuhan,
Hari ini aku merasa baik-baik saja.
Boleh kan?


Ah. Sukarnya jadi manusia pemurung. Untuk rasa gembira itu salah. Untuk rasa bahagia itu juga satu dosa barangkali. Bila rasa kelam itu menguasai segenap ruang hati, rasa-rasa lain seolah-olah tidak layak untuk di situ. Untuk rasa tenang sekalipun tidak layak. Sukarnya bila hati sudah menolak segala rasa dalam diri.

Penyakit hati sebenarnya lebih derita. Sesak rasa di jiwa itu sebenarnya lebih menyakitkan. Dan padah untuk mereka yang terlalai mengawal arus emosi sendiri itu sebenarnya lebih melukakan.

Tuesday, May 03, 2005

"Kamu boleh tidak percaya kepada orang yang mencintai dan menyayangimu. Tapi tidak percaya kepada orang yang menyayangimu dengan tulus, itu sama saja dengan pengkhianatan, rasanya menyakitkan."

Image hosted by Photobucket.com

Seawal minit pertama Tentang Dia, mata aku disajikan dengan latarbelakang yang suram dan hampir kehilangan warna. Cerita duka Gadis yang dikecewakan cinta dan sahabat menjadi penyebab kemurungan Gadis yang terlampau. Ditolakkan pula cerita sabar lelaki bernama Randu yang tidak penat-penat dan tidak lelah-lelah kejarkan cinta Gadis.

Gadis amat rapuh sifatnya. 'Fragile' dan tidak mampu hidup tanpa sokongan. Bila emosi mengawal perasaan, nak menolak kekuatan akal dan hati, maka sifat-sifat kemurungan senang benar menyentuh jiwa raga. Pada aku Gadis masih belum matang, sedikit kebudak-budakkan dan mudah terpengaruh dengan persekitaran. Terlalu taksub pada masa silam dan jelas mudah menyerah pada tekanan.

Dan sifat-sifat ini bersatu dengan jayanya bila berlaku krisis dalam hidup Gadis. Trauma mengheret beliau untuk terus hidup dalam ketakutan. Takut untuk kecewa. Takut untuk kehilangan. Ketakutan itu sentiasa menghantui Gadis, menjadikan beliau hidup dalam kerisauan. Risau untuk menyayangi sesiapa juga, kerana baginya, sayang itu virus yang boleh mengheretnya ke lembah duka lagi.

Sesekali terharu melihat kesungguhan Randu pada Gadis. Terharu pada kesabaran lelaki ini yang tidak jemu-jemu menunggu Gadisnya. Terharu pada kedegilan lelaki ini yang tidak pernah tahu malu walaupun hari-harinya penuh cerita kecewa diperlaku hambar oleh Gadis. Terharu melihat kesungguhan dan keyakinan lelaki ini pada cintanya. Randu menjadi watak pelengkap kepada watak Gadis. Bila Gadis menjadi manusia yang langsung tidak pernah berharap lagi setelah kecewa pada cinta, Randu menjadi manusia yang tidak pernah putus harap walaupun cintanya ditolak. Dua watak yang bertemu pada cerita cinta yang sama. Ironi bukan?

Perhatikan cara mereka melepaskan beban masalah di kepala. Gadis memilih untuk menulis, meluah rasa terpendam melalui komputer (bodoh sikit sebab letak file kat desktop hahaha). Dan Gadis juga punya hobi menerbangkan kapal terbang kertas dalam bilik tidurnya yang tertutup. Dan kapal terbang kertas tersebut akhirnya menjadi sarat di sudut bilik. Ibarat masalah yang mahu disisihkan keluar, tapi tetap terkurung.

Dan Randu? Menarik pada aku apabila Randu memilih gerai jalanan tempatnya bertamu. Tempat lalu lalang. Riuh pekuk dengan suara manusia berulang alik. Ketenangankah? Bolehkan terhilangkah masalah di celah riuh manusia? Randu barangkali cuba mencari kekuatan melalui aura-aura manusia di sekelilingnya. Melupakan masalah melalui ceria orang lain.

"Belum ketemu mas, yang dicari?"
"Belum, besok kali.."
"Gimana kalau ternyata tidak ada besok bagi kita?"


Rudi muncul dalam hidup Gadis sebagai watak yang cukup kontra. Rudi juga pernah kehilangan, seperti Gadis. Bezanya Rudi tidak serapuh Gadis, dan kekuatan Rudi itulah yang cuba dicari Gadis. Rudi hidup sebagai manusia cekal, yang telah melalui hari-hari kelam dalam hidupnya. Dan bagusnya Rudi bila beliau menjadi gadis yang berani. Berani untuk terus hidup dalam dukanya sendiri. Dan Rudi juga pelengkap kepada hidup Gadis yang rapuh. Oh. Aku dah ulang ayat yang sama lagi. Berapa kali agaknya harus aku katakan Gadis tidak mampu hidup tanpa sokongan hahaha.

Aku boleh bercerita panjang lebar lagi, tapi rasanya cukup di sini sebelum aku bocornya kesudahan ceritanya hahaha. Kesimpulannya, Tentang Dia bagi aku kisah remaja yang agak berat, tentang kehilangan, harapan dan hidup. Aku tak peduli tentang orang lain. Yang pasti, aku tersentap di akhir cerita.

Perlu nonton lagi untuk kali ke 2. :)
"Hello? Miyyah?"
"Yes?"
"Betul ke aa Miyyah?"
"Huh? Betul apa??"
"You tak mahu cakap dengan I lagi?"
"Hah? Hahahahhaha.. kalau I tak nak cakap dengan you lagi I dah letak telefon ni.."
"Ya la. I ada dengar berita kurang baik lor.."
"Berita apa yang you dengar? Hahaahhaha!!"
"Ala. I sudah tahu. You sudah tahu tak payah tanya-tanya lagi laa.."
"Hahahahahahaha... how do you know? Cepatnya berita sampai sana!"
"Hello! I'm Marketing maa.. of course I know. Marketing sini pasang antenna lor.."
"Hahahahhaha..ye la tu."
"So after this you buat apa? You get better offer aa?"
"I mau balik kampung la hahahahaha"
"Aiyya. You mahu buat apa? Tanam jagung ke?"
"Tanam jagung, tanam anggur, tanam epal.."
"I tanya serious la.."
"Betul la. Nanti sudah berbuah I panggil you makan lor.."
"Hahhaha! So? When's your last day?"
"This 13th.."
"You dapat better offer aa?"
"..hmm... boleh laa.."
"You sudah berapa lama dekat N*za?"
"Hmmm... nearly 2 1/2 years.."
"Wow. That long aa. So now its time to move on-lah?"
"Hahhahaa. Yes it's time to move on Chris. I've been here for 2 1/2 years. Of course I don't want to be stucked here for the rest of my life lor!"
"Haaa..betul.. betul.. you're right.."
"So nanti before you leave, you mesti call I punya!"
"Of course I will.."
"Bila you punya farewell dinner.. party..?"
"Hehe.. nanti I jemput you lor.."
"Yeah! Don't forget to invite us! Me and Eric sure will come lor!"
"I will.."

Ayyah! I was dying to say "invite khairul along lor!" but hold my tongue hahhahaa.*Gatal jap* Confirm si khairul yang bagitau diorang pasal cerita aku hahahaha. After all, he's the only one from Marketing who knew about the news. Heh!

And thank you Chris, for the call. Previously whenever he called, it always meant trouble a.k.a Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die! a.k.a perang dunia ke 3 a.k.a aku wajib hempas phone lepas cakap dengan dia etc eheh. Tapi dah nak resign ni harus berbaik-baik dengan semua orang hehehehehehe..