Friday, April 29, 2005

Detektif Conan (Edisi 49) - RM 4.50
Masking Tape - RM5.90
(harga 7-11)

"Berapa?"

"RM 10.40"

"Beli buku untuk anak ke dik?"

"Huh?"

"Tu... (Conan).. buku anak?"

"Saya takde anak.."

"Oh!...untuk diri sendiri?? Hhehehe.."

Aku senyum. Ambil barang-barang dan terus keluar dari 7-11 tu. Ceh! Ceh! Dan ceh! Dahlah ramai kat dalam 7-11 tu, dia pulak tanya kuat-kuat. Malu tau takkk!!

Dah boleh jadi mak budak pun ada hati nak beli Conan. Heh! Ala.. ini dah buku ke 49 tau. Dah 49 kali aku beli si Conan tu, yang kali ke 49 baru ada yang gatal mulut nak bertanya. Sebelum ni takde pun! Dan nak masuk 4 tahun aku beli, kumpul dan simpan Conan-conan yang comel dan baik hati itu, tak pernah pun bersoal jawab dengan tuan punya kedai/ gerai majalah?

Ah. Pedulikan. Janji aku hepi. :P

Thursday, April 28, 2005

Baru telefon ayah. Hari terakhir aku bekerja kat sini 13 Mei 2005. Ayah datang KL 12 Mei 2005. Akan bertolak balik ke Terengganu pada 14 Mei 2005. Akan konvoi dengan ayah dan Kak Yong yang nak balik Terengganu juga masa tu. Hehehe. Terasa macam VIP pun ada. Meriahnya mereka nak hantar aku balik kampung hahaha. Bakal memulakan hari pertama di tempat baru pada 16 Mei 2005. Bagus. Aku mula kerja hari guru tuuu hehehehehe.

Memang takde rehat langsung. :P Takpelah, diorang minta aku mula secepat mungkin. Lagipun aku dah janji masuk situ 16 Mei. Tak boleh tidak, mesti mula 16 Mei juga.

Kejap aku kira hari.

[28] [29] [30] [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13]

Tinggal 16 hari lagi. Dan dalam 16 hari ini aku harus selesaikan urusan-urusan di sini.

Aku ada 3 saman parking yang harus di bayar (hehehehe), satu di Subang Jaya, dua di Klang. Adus. Duit lagi! Kalau satu parking RM30, tiga parking sudah RM90!

Perlu juga buat acara lelong untuk aset-aset yang aku kumpul sebelum ni; meja jepun, dapur, peti sejuk, periuk nasi, blender, tilam, almari plastik, seterika, rak kasut (a.k.a rak buku), langsir.. banyak juga yang perlu dilelong kepada kawan-kawan.

Juga harus kemaskan barang-barang untuk diangkut pulang ke kampung halaman. Berkira-kiranya cuma mahu bawa baju-baju dan kain-kain, juga buku-buku. Buku-buku yang berat itu saja dah nak masuk 3 kotak. *Menggaru kepala*. Belum kemas baju-baju. Rasanya lebih pada 3 kotak tu.. dah terlampau lebih dari 3 kotak..

Harta karun 2 1/2 tahun kat ofis ni pun belum sentuh apa-apa lagi. Fail-fail peribadi dalam pc pun belum kemas apa-apa. Rasa-rasa macam nak pinjam USB dari Kak Yong. Ok la memang teringin nak beli pun tapi kalau tak sempat pinjam dengan Kak Yong dululah. MP3 dalam pc bukannya sedikit. Gambar-gambar dalam simpanan pun bukannya sekeping dua. Semuanya harus di simpan elok-elok, untuk aku transferkan dalam pc di rumah nanti. Atau mungkin pc di ofis hehe.

Aah. Eli cakap nanti dapat pc, tapi tak sure share atau dapat satu untuk aku seorang. Dan Insya Allah, dapat bekalan Internet juga. Yeay! Macam tahu-tahu saja aku tak boleh hidup tanpa Internet hehe. Tak berharap sangat, cuma kalau dapat senanglah aku nak update blog tiap-tiap hari. Kalau tak, terpaksa struggle dengan pc di rumah yang masih guna line TMnet curi. Itupun tengah-tengah malam saja boleh online. Habislah ronggeng che kiah aku dengan kawan-kawan. Hehe. (Sedang pujuk ayah masukkan streamyx kat rumah)

Wednesday, April 27, 2005

Menapak jalan yang menjauh
Tentukan arah yang kumau
Tempatkan aku pada satu peristiwa
Yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sandung matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku bergetar tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa
Aku junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya dulu berlayar kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

Di dekat engkau aku tenang
Sandung matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku bergetar tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya dulu berlayar kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

Cinta biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagaimana pun hidup hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan

Image hosted by Photobucket.com

This is my current wallpaper. The song (I wish Wishlist - Pearl Jam) was introduced by a dear friend, Tita (yes Tita, I was in love with the song too!!). I was hooked to the song the moment I read the first line of the lyric - "I wish I was a neutron bom, for once I could go off" Hahahhahahahahahahahahah.

Monday, April 25, 2005

Diorang suruh aku isi borang. Aku isi borang. Diorang suruh aku isi kad. Aku isi kad. Diorang suruh aku timbang berat badan. Aku timbang berat badan. Dah naik 49 hehe. Bagus! Bagus! Dia suruh aku check darah. Aku pegi check darah. Nurse tu cucuk jari aku, picit keluar darah. Aku masih lagi berjenis A+ hehe. Diorang suruh aku pegi jumpa doktor perempuan yang bertugas. Aku pergi jumpa doktor perempuan tu. Doktor tu belek-belek borang yang aku isi tadi. Kemudia dia tanya..

"Awak pernah derma darah dulu?" Tanya doktor tu.

"Pernah. Tahun... 1998"

"Awak pernah sakit herpes zoster ni? Bila kena?" sambil merujuk kepada tulisan aku di bahagian Penyakit-penyakit lain yang pernah anda hidapi or sumthin like that soalan dia.

"Err.. ha'ah. Tapi tahun lepas. Dah lebih 6 bulan doktor."

"Ooh.. kiranya pernah derma sebelum sakitlah. Lepas awak sakit awak pernah derma darah?"

"Tak pernah. Ini baruuu nak masuk kali ke 2.."

"Penyakit ni jarang orang kena. Awak tahu macamana awak kena dulu?"

"Err.. saya pun tak pasti. Tiba-tiba je serang. 2 minggu jugalah terlantar.. tapi dah lama la jadi.. awal tahun lepas kena benda tu.."

"Ermm.. saya tak berapa pasti.. tapi saya rasa awak ni tak boleh derma darah ..permanent"

"Huh?? Kenapa pulak doktor?"

"Sebab virus tu virus ada lagi dalam badan awak. Dalam darah awak sebenarnya. Cuma dia tak aktif je. Tapi recurrency untuk jadi tu tetap ada. Macam kalau awak ada masalah besar ke, lepas tu stress teruk.. dia boleh naik balik. Ataupun kalau immune system awak terlalu lemah. Pun boleh jadi balik jugak. Tapi jarang berlaku lah."

"Memang tak boleh derma darah ke doktor?"

"Saya rasa untuk langkah keselamatan, awak tak payahlah derma."

"Ada effect lain ke doktor? Virus ni tak merebak ke? Effect kulit ke, makan daging saya ke apa?"

"Tak. Dia cuma kekal dalam darah awak je. Tak aktif. Selalunya pun herpes zoster ni kena sekali je. Macam chicken pox."

"Hmm.. tau.. dulu doktor yang refer saya dulu pun cakap camtu. Kalau virus tu naik balik kat badan, dia serang tempat sama ke tempat lain? Simptom sama ke?"

"Mungkin tempat sama, mungkin tempat lain. Bergantung pada nerve system awak, antibodi awak.. dia boleh naik kat tempat lain. Tapi recurrency camni memang jarang sangat-sangat jadi."

"Habis tu.... memang tak boleh derma la saya ni?"

"Tak boleh. Permanent."

"Memang langsung tak boleh?"

"Tak boleh.."

"Langsung?"

"Takpelah.. awak dah ada niat nak derma, itu pun dah cukup.." akhiri doktor perempuan tu dengan lembut.

Aku tahu virus tu tetap ada dalam badan. Aku tahu sebab doktor yang rawat aku dulu pernah cakap. Benda tu takkan hilang. Cuma dia tak aktif. Macam gunung berapi. Ada yang aktif, ada yang pendam, ada yang mati. Virus ni macam gunung berapi pendam la kot. Boleh meletup walaupun recurrency jarang berlaku. Aku tahu itu. Awal-awal dulu lagi aku dah psychokan diri aku yang benda alah tu akan tetap bersatu dengan darah aku sampai bila-bila.

Tapi aku tetap terkilan bila doktor tu cakap aku tak boleh derma darah. Terkilan sangat-sangat. Berkobar-kobar niat di hati nak menderma. Kecewa sedikit ada juga. Tapi nak buat macamana, doktor tu cakap tak boleh. Terpaksalah tengok dari tepi je.

Alah... takpelah. Macam doktor tu cakap.. niat tu dah ada.. :)

(sambil sambil kat tepi tu sempat mengusha K, budak marketing baru yang peramah dan manis hehe. ala.. lagi sebulan je aku kat sini, jadi masanya sesuai sangat untuk aku buat benda mengarut2 macam ni hehehehehhhe)

Saturday, April 23, 2005

Image hosted by Photobucket.com



Hehhehehehehehheheheheheh.... Esok derma darah:

Venue: Peugeot showroom, Bangsar branch (opposite BP station/ walking distance to Mc D & MPH hehe)
Time: 11.00 a.m - 4.00 pm.

Esok aku berkobar-kobar nak derma darah. Dulu dah derma sekali, masa zaman Matrik dulu. Dah tahu darah A (ikut darah ayah hehe, mak darah O). Sekarang nak derma lagi. Mana tahu kalau-kalau darah aku bertukar jenis ke apa hehehe.

Nak heret sekali kawan-kawan, kalau tak derma pun, temankan aku menderma. :P Dapat makan, dapat T-shirt lagi untuk penderma-penderma berhati mulia macam aku hehehehe.

Friday, April 22, 2005

Image hosted by Photobucket.com



They lost. Amir and Dani lost. Argh. Nevermind, they're still the coolest among 'em all. hehehehehe... Love the part when Amir threw up on ther way to KLCC, after the eating task at Dome Bukit Bintang. Hahahahhaha. That was so grossed! Penuh satu plastik hahahaa. Eewh! And I seriously have to tabik spring at Dani for his coolest attitude - eating the hot stuff (and also the squib on last Korea episode) macam makan cokelat je hahaha. Selamba jek. Orang lain semua muntah dia sorang mantain macho hahahahah.

To Narin & Hanif (if they happens to bump into this site hehehehehe),you guys really deserved the winning money heheh. And Narin, I respect you for willingly giving up the holiday package. That's so sweet of you!

To the mums, you guys rocked! You guys stayed strong till the last bit! You proved to everyone that mums can really do the unthinkables hahahah!

And last but not least, to Dani and Amir, thank you for making Explorace 2 laughable, enjoyable and memorable. If not to all, but to me it is :) Keep up the good work guys!

Wednesday, April 20, 2005

MIYYAH
PUCHONG PERMATA APARTMENT,
TAMAN PUCHONG PERMAI,
47100 PUCHONG, SELANGOR. (alamat rumah Kak Yong)

16th April 2005

BOSS,
General Manager,
N*s*m Sdn Bhd,
41400 Klang, Selangor.

RESIGNATION LETTER
This is to inform you that I sincerely wish to tender my resignation as the kuli of N*s*m Sdn Bhd by giving one month notice, with effect from 16th April 2005.

I have decided that it is time to move on and I have accepted a position elsewhere. This was not an easy decision and took a lot of consideration. However, I am confident that my new role will help me to move towards some of the goals I have for my career.

I wish to express my sincere gratitude for having given me the chance to work with N*s*m Sdn Bhd and successfully harnessed invaluable experiences.

Your consideration is highly appreciated. Thank you.

Best Regards,
MIYYAH


Dan diterima. Surat perletakan jawatan aku dah diterima. Hari terakhir aku di sini seharusnya pada 15 May 2005. Tapi selepas ditolak baki cuti tahunan yang bersisa 6-7 hari lagi tu, tarikh akhir berkerjaya di sini mungkin diawalkan lagi beberapa hari. Akan di confirm dengan HR lagi esok.

Dah 9 tahun aku bermastautin di Kuala Lumpur. 1 1/2 tahun di Matrik IIU, 1/2 tahun di IIU PJ, 3 1/2 tahun di IIU Gombak, selebihnya sekejap2 di rumah Cik Yah di PJ, di rumah Kak Yong di Puchong dan di rumah sewa di Klang. Sesekali balik ke tanah tumpah darah di Terengganu.

Jadi bukan mudah aku ambil keputusan ini. Keputusan untuk tinggalkan semuanya di sini dan pulang ke Kuala Terengganu. Untuk seumur hidup. Keputusan untuk buat transformasi kerjaya besar-besaran. Keputusan untuk tinggalkan dunia mewah di sini untuk kejarkan hidup kecil di Terengganu. Risau memang ada. Siapa tak risau. Mampu ke aku. Betul ke keputusan aku. Tindakan nekad aku.

Ayahbonda bukan sekali bertanya. Nahar pun dah beberapa kali cuba merisik tidak percaya. Betul ke aku ni? Betul ke aku nekad ni? Tak percaya yang buat keputusan itu adalah aku! AKU? MIYYAH? Kawan-kawan ofis pun beberapa kali cuba meneka. Nak kawin ke kau Miyyah sampai balik Terengganu? Kau confirm ke kau boleh hidup dekat Terengganu macam kau hidup kat KL (cumulative of KL + Selangor) ni? Sure ke? Nekad ke? Tak dalam dilema ke?

Aku betul nekad. Pasti. Yakin. Dan tidak ada sebab kenapa aku harus merubah keputusan aku. Aku dapat better offer with better pay (I was not expecting that haha, I was ready to take the job even with less pay), better benefits, plus its in Terengganu. Kalau darah kau darah Terengganu macam aku, pergilah ke rantau orang beratus tahun sekalipun, tetapi darah Terengganu, tetap darah Terengganu juga. Dan sementara masih single mingle dan tidak ada commitment dengan sesiapa lagi, aku tak mahu lepaskan peluang macam ni. Lebih baik aku lari tinggalkan sini yang senang sangat untuk buat aku tergelincir, dan singgah di tempat baru yang boleh bagi ketenangan pada aku. Ya. Aku yakin. Ketenangan. Doakan aku juga.

rokawasan : awk ingat gini je..
rokawasan : dlm kelas awk nati, sparuh dr student tu ANOK YATIM
rokawasan : 80% student hidup susoh
rokawasan : walau seteruk mane pun diorg, awk kena faham, bkn diorg nok jd gitu, tp keadaan memaksa diorg
rokawasan : so, awk kena sayang diorg dan KESIAN..
rokawasan : cuba jd 'kakok' diorg.. insyaALLAH awk akn bleh ngajor dgn hepi
miyyah : debor gok sbenor nyer.. sebab dok biasa..
rokawasan : kalu awk pandai layan diorg, diorg akan sayang awk giler2.. mcm kakok
rokawasan : sbb anok yatim ni mmg x cukup kasih syg.. kalu ade org ambik berat, diorg akn happy sgt2
rokawasan : masalah yg paling besar kat kolej tu, ramai lecturer yg x ikhlas mengajor
rokawasan : diorg anggap ngajor tu sbg kerja je. so diorg takmboh involve dlm life student
rokawasan : harap2 awk x gitu ah
miyyah : :)
miyyah : insya Allah.. tak kot haha
rokawasan : sediakan minda anda utk masuk ke alam kebajikan..


Faham maksud aku?

Sunday, April 17, 2005

Tak boleh lama. Bas bertolak balik ke KL jam 10.30 malam ni. 9.45 malam keluar dari rumah ke Stesen Bas Tanjung, KT. Sekarang dah hampir 9.30 malam. Aku tak punya banyak masa. Ada benda penting aku nak beritahu. Penting sangat-sangat.

Aku mahu blog ini jadi saksi pertama selain kaum keluarga. Aku tak boleh sms kawan-kawan sebab takde kredit lagi. Tak sempat nak reload pun. Maaf, aku tak sempat bagitahu lagi.

Aku tahu berita ni akan kejutkan banyak orang. Kaum keluarga sendiri pun macam tak percaya dengan keputusan aku. Nahar beberapa kali berulang soalan yang sama, tanyakan letak duduk perkara. Ye ke? Boleh percaya ke aku nak buat camtu? Yakin ke?

Aku dah nekad. Esok pagi pergi JB hari Selasa baru balik mungkin tak sempat. Jadi hari Selasa bila dah masuk ofis balik, aku nekad hantar surat perletakan jawatan.

Ya. Surat LETAK JAWATAN. Aku confirm nak berhenti kerja.

Aku cerita hari Selasa nanti. Atau tak sempat, aku bercerita panjang lebar. Kena pegi sekarang.

Saturday, April 16, 2005

Sedang pakai baju putih berbunga-bunga ros yang cantik dikejar rama-rama berwarna-warni. Juga bertudung putih seperti gadis ayu ahha. Hati pun terasa berbunga-bunga macam baju di badan hehe.

Derita semalam dah berkurang dan aku harap boleh sambung cerita hari ni sampai habis sebab Isnin nanti aku tak masuk ofis lagi. Harus berkejar ke Johor Bahru dengan kawan-kawan ofis. Entah angin apa yang datang melanda bos aku tak tahulah.. sampai semua orang dipaksa turun JB untuk meeting minggu ni. Hah! Dahla malam ni nak balik Terengganu, esok balik sini balik. Tak ke penat tu?? (tapi tiket tak ambil lagi nii hehe)

Sebelum aku bertangguh lama lagi, sambung dulu cerita Bangkok yang tak habis-habis tu hehe (sementara aku masih berkobar-kobar nak bercerita)

9 April 2005.

Pagi bertolak ke Nonthaburi, Bangkok untuk ke Koh Kret (Kret Island). Menunggu di jeti Wat Sanam Nua sebelum bot penambang datang. Terhibur juga dengan penyanyi jalanan dengan gitar kapak yang menyanyi lagu Thailand di tepi sungai hehe. Tunggu di jeti tu terasa macam di jeti penambang Kuala Terengganu hehe. Macam tunggu bot penambang nak balik ke rumah Pulau Duyong dulu hehe. Waktu dah naik bot dan menyusuri Sungai Menam Chao Phraya pun rasa macam menyusuri Sungai Terengganu hahhahaha. Ya, Koh Kret letaknya di sisi Menam Chao Phraya! Rasa macam dah masuk dalam buku Geografi pun ada. Hehehhehehe. Seronok kan?

Koh Kret letaknya cuma 10 minit dari Wat Sanam Nua. Berjalan sepanjang hampir 2 km untuk ke tempat/ kilang buat tembikar/pasu/ lilin wangi. Sepanjang 2 km tu sesak dengan gerai2 peniaga kecil Koh Kret. Dari sayur-sayuran, buah-buahan, sampailah ke barang-barang kraftangan, lilin-lilin wangi, bakul anyaman, tembikar etc. Macam kelabu mata kejap tengok barang-barang hahahaha. Sesekali terjerit kecil bila jumpa anjing-anjing macam besar gajah berkeliaran. Ceh.

Sampai ke kilang tembikar tu, sempat tengok demonstrasi buat pasu dari tanah liat. Teringat arwah Ayah Su yang dulunya pun suka buat pasu guna tanah liat. (Arwah Ayah Su dulu belajar buat kraf guna tanah liat di New Zealand, masa temankan Chu Dah kerja kat sana.) Banyak juga pasu-pasu yang dah siap. Lilin-lilin wangi dalam pelbagai bentuk juga ada. Murah-murah semuanya. Ayah borong sampai penuh satu beg tolak (beg AF kitorang panggil haha), itu belum campur mak yang sarat dengan 2 plastik besar lilin wangi. hehe. Kak Yong pun dua plastik besar. Aku cuma satu. Singgah di gerai sebelah menyebelah pun borong lilin yang bermacam bentuk lagi hehe. Dan sempat merasa air buah dalam bekas tembikar tanah liat yang dijual oleh seorang gadis Thai yang cantik dan bertatu di lengan. Dengan harga cuma 20 baht. RM2 ringgit! Gila-gila murah. Hehe.

Penat berborong sakan, kami turun balik ke jeti. Habiskan masa hampir 1 jam di jeti menunggu 2 orang yang hilang entah ke mana. Letihnya memang terasa sangat2. Lepas semua orang dah cukup dalam bot, baru bertolak ke Ta ik Island, perkampungan Melayu Thai berhampiran dengan Koh Kret. Singgah di masjid Ta ik untuk Zohor/ Asar. Lepas tu terus bertolak balik ke sesak bandar Bangkok. Makan tengahari di Hayati Nangphya lagi dengan set menu yang berlainan tapi tetap lazat-lazat hehe.

Bila semua orang sanggup tak nak balik hotel walaupun letihnya bukan kepalang, kami semua lebih sanggup ke China Town untuk jalan-jalan. Hehe. Tak lama di China Town, cuma 2 jam. China Town, penuh dengan masyarakat Cina. Makanan yang di jual juga banyaknya makanan cina. Lagi usus b*bi yang aku jumpa di jual di tepi jalan. Kali ni dia potong pendek2 dan rebus dan campur dalam mee sup. Yek. Geli tekak hahaha. Kami cuma beli buah berangan yang masih panas2 dan sedap. Singga di Tesco berdekatan beli air Milo dan minum mochacino di satu kafe kecil di sebelah Tesco. Pulang awal ke hotel sebab dah bosan pusing2 China Town yang dah nak tutup (tutup pukul 6).

Sampai ke hotel, sempat pusing2 dengan mak jap di gerai2 luar hotel lagi. Bila dah naik bilik dah rasa malas nak keluar lagi haha. Tidur awal sebab keletihan satu hari berjalan.

Cerita hari terakhir kalo aku sempat aku cerita kat Terengganu hehe. Aku nak gi sambung buat resume kejap nak bawa balik Terengganu. Ada orang dah memekak tanya bila lagi aku nak hantar resume tu... hahahaah! :P

Friday, April 15, 2005

Menggigil-gigil dan tak lena tidur malam dah 3 hari. Sesak nafas lagi rasanya hari ini. Bangun awal pagi tadi pun rasamacam ada orang sedang melompat atas perut aku.

Aku sedang menderita. Bila rasa penderitaan ini dah berkurang nanti, aku sambung menaip balik.

Wednesday, April 13, 2005

Jom sambung cerita Bangkok. hehe. Masuk hari ke 2.

8 April 2005

Pagi-pagi bangun awal dikejutkan ayah (manja kan muahahahahahaha!). Lepas Subuh yang agak lambat kat sana, terus naik ke tingkat 43 untuk breakfast.Tingkat 43 bangunan Baiyoke Suite Hotel pada siangnya adalah tempat makan-makan dan malamnya jadi lounge. Buffet stylenya biasa-biasa saja, taklah banyak sangat makanan. Dan ada section makanan halal. Yang tak bestnya, tanda halal tu betul2 sebelah je dengan letak duduk bekas yang bertulis "ham" dan "pork sausage" haahah. Tak pasal2 aku terpaksa tahan nafas tiap kali cross situ. Aku macam biasa, banyak makan telur ayam. Telur goreng, telur dadar, telur separuh masak etc. hehe. Dan juga roti. ada juga dia hidangkan lauk pauk untuk orang2 vegetarian.. macam bubur+sayur, sayur goreng, nasi goreng sayur, mee goreng kosong etc.. aku makan nasi goreng je la sebab sayur dia je yang mix veggie, yang lain semua sayur hijau hahahhahaha.

Lepas makan terus bertolak ke Ayuthia, yang letaknya kira-kira 40 minit dari bandar Bangkok. Tapi disebabkan van yang aku naik overheated dan tersadai di sebuah stesen minyak Caltex dalam perjalanan, terpaksa menunggu van yang satu lagi datang.. kira lebih sejam jugala berasap dalam 2 van haha. Sampai di Damnosaduang Floating Market, Ayuthia hampir-hampir matahari tegak di kepala. Cuma lihat2 dari tepi sungai yang penuh dengan perahu2 kecil yang sarat juga dengan barang2 jualan. Kawan2 Pak Su Chen semua pakat2 turun naik perahu berlayar ke sepanjang sungai.. aku dan famili memilih untuk pegi shopping dekat gerai-gerai jualan yang bersepah kat tepi haaha. Ayah cakap kitorang dah lali dah naik bot dari kecik dulu, bagi la orang lain rasa plak hehe.

Berjaya influence mak untuk beli 2 lampu tidur yang berukir kayu. Harga letaknya 600 baht.. tapi tawar menawar dapat 350 baht.. ok lah tu.. kalau kat Malaysia lampu camtu harga lebih seratuss..Kak Yong pun sempat ambik satu lagi.. yang harga asalnya 350 baht tapi dapat 150 baht je hahhahaha. Mana nak dapat?? Lepas hampir 2 jam bersiar-siar di gerai-gerai kecil yang cantik dan kiut tu, kami bertolak balik ke bandar Bangkok. Disebabkan Bangkok famous teramat dengan jammed yang teruk, memang confirm tersangkut laa. Letihnya memang terasa. Dengan lapar tak makan lagi.. masa tu dah nak pukul 4 rasanya.. waktu Malaysia. Jadi semua macam pancit dan ambil kesempatan tido dalam van.

Aku terjaga bila dah masuk bandar Bangkok. Di tengah kesesakan dan Nick sedang mencari jalan pintas sampai ke tempat tujuan. Bagusnya traffic di Bangkok ni... sepanjang 4 hari kat situ, boleh kira dengan jari berapa kali dengar bunyi hon. Kalau kat Malaysia, jam macam tu confirm memanjang je la bunyi hon.. kat sini agaknya kereta semua takde hon kot hahahahaha.

Sampai di Petchaburi, kami singgah di restoran kecil Hayati Nangphya untuk makan tengahari. Makan buffet style dan untuk tengahari itu sahaja, aku tambah 3 pinggan! Semua orang terkejut hahahaha!! Memang sedap gila makanan dia.. dari udang masak merah, ikan siakap kukus, ayam masak merah, sayur campur, tomyam (+ santan style) dan aiskrim kelapa untuk dessert... perrrghhh.. memang confirm la aku telan semua! Memang puas hati! Memang sedap! Recommended to all!! Seriously! Rugi siapa x cuba!

Sampai di hotel hampir 5.30 waktu Malaysia (4.30 Thai - aku guna jam h/phone Malaysia hehe), rehat-rehat sembahyang di bilik hotel barang seminit dua, dan kemudian turun lagi... hehehe... ye la... kedai keliling hotel tu banyakk.. jalan-jalan dengan mak.. aku beli beg thaisilk kecil yang di jual di kaki jalan.. harga selepas ditawar cuma 40 baht. Ye. RM4 je.. begnya bukan main cantik! Aku beli 6.. dah berkira-kira nak bagi siapa hahhaha. Pusing-pusing kedai, berkenannya macam-macam; dari jacket jeans yang dah lama aku mengidam (harga dia letak cuma 390 baht, itu belum tawar), baju bola yang cukup menarik depan pintu hotel (bayangkan, harga cuma 100 baht! RM10! Jersi bola! Tapi sayang, takde baju Man Utd. Baju AC Milan pun takde. Takkan aku nak beli baju Chelsea kot.. hampeh aah), dan kasut futsal yang cuma 290 baht. Tapi tu la.. berkenan macam-macam tapi tak beli-beli jugak.. hehe. Cuma sempat belikan kain sutera Thai yang Iza pesan. Aku pun ambil satu. Yang aku punya mak bayar heheheh. Lega kejap, barang orang dah beli. Cuma tinggal t-shirt yang encik b pesan belum beli hehe.

Lepas maghrib, bertolak ke Seafood Supermarket, kat mana ntah. Nama penuh dia aku tak ingat, dan kalau tak salah Pak Su Chen ada cakap letaknya di Soi 23? 24? Entah. Dah lupa. Aku pernah tengok kat Travel Channel (Astro-11) dalam rancangan "A Cook's Tour" masa Encik Bourdain pergi Thailand dia ada singgah situ. Hehe. Slogan restoran besar tu "If it swims, we have it". Kira pergi sana, pilih sea creatures dalam akuarium, bayar dan bagi tukang masak. Masak dan makan di situ. Aku tak pegi pilih.. aku tunggu makan je hehehehehe. Yang boleh aku cakap, sini pun best gakk, cuma aku rasa masa makan dekat Hayati Nangphya tu lagi best.. heheheheh, lagi menjilat jari. :P

Menghantar semua orang balik ke hotel, dan kemudian aku, ayah, mak, Pak Su Chen dan Nick keluar lagi.. in quest for Nahar's Hard Rock T-Shirt. Dari malam pertama lagi dah dia dok sibuk bagi address HRC tu.. cuma malam ke dua baru sempat pegi cari tempatnya. Tak jauh sangat dari hotel, dalam 10 minit tak sampai naik van. Kalau tak jam la. Hehe. HRC Bangkok jauh lagi besar dari HRC Jakarta. Aku rasa la. Bukan masuk pun. Sebab HRC Jakarta macam kat tingkat atas bangunan, HRC Bangkok satu bangunan terus. Macam kat area Starhill laaa kawasan tu. Aku turun dengan ayah, jadi memang confirm tak sempat telek baju pun. Tahulah ayah aku, capai, bayar, tak payah cakap banyak. Ambil 2 t-shirt, satu untuk Nahar, dan satu mak suruh beli untuk Asyraf. Hehe. Aku tak minat t-shirt2 HRC ni.. apa kelas. Hahahhahaha. Lepas dapat selesaikan satu lagi pesanan/ request dari orang Malaysia, kami balik ke hotel. Dan aku terus lena bila kepala sentuh bantal yang tak berapa lembut tu. :)

Hhahahaha.. panjangnya. Baru masuk hari ke dua. Ada lagi 2 hari untuk aku habiskan novel bersiri ni. :P Esok aku sambung cerita hari ke 3 yang lebih menarik! :)
Letihnya main netball ni. Untuk orang kaki tangan bangku macam aku lelahnya mengalahkan orang lain. Main cuma 20 minit, tapi tersandar macam main 2 jam haha. Yang lain takde pulak pancit macam aku hehehe. Semalam first training netball kat padang MPK. Ikut plan asal, setiap hari Selasa dan hari Khamis. Jadi hari Khamis nanti lepas waktu ofis berangkat-angkatlah semua orang ke padang netball yang besar gajah di mata aku tu. hehe. Semalam aku main cuma 20 minit, selebihnya aku tengok2 dari gerai sambil minum 100 Plus dengan Hairul & Wan. hahaha. Cuma masuk balik masa exercise akhir tu. Hehe. Seronok juga. Esok aku bercadang-cadang nak main sampai 40 minit. Oklah tu. Last time aku bersukan masa sekolah rendah dulu. Main netball seumur hidup cuma 2 kali. Eh. Campur semalam 3 kali laa... hehehee. Cumulative time played pun tak sampai 2 jam lagi hahahahahaha.

Bagus juga. Kurang-kurang aku boleh praktis dulu, sebelum rancangan main futsal lepas ni. hehehe. Kalau tak fit camne nak main?

Tuesday, April 12, 2005

Aku tak tahu mana nak mulakan. Semuanya cerita-cerita gembira yang aku seret dari Bangkok. Semalam aku tambah cuti satu hari lagi untuk rehat, keletihan yang teramat sekembalinya dari KLIA jam 1 pagi. Ayahbonda berangkat pulang ke Terengganu jam 1 tghari, menghantar mereka ke KLIA juga.

Mari aku mulakan hikayat 4 hari 3 malam aku yang berwarna warni. Gambar-gambar akan dipos kemudian..

7 April 2005

Semua berkumpul di KLIA jam 11.00 tengahari. Ada 16 orang semuanya. 7 dari keluarga aku dan selebihnya Pak Su Chen dan kawan2. Beli bateri, top up card dan suratkhabar penghibur hati lara dalam kapal terbang (aku tinggalkan Dumas sebab berat haha). Late breakfast di Eden Restaurant kat sebelah McD KLIA. Hehe. First time makan dim sum dan aku SUKA!!! Ahaks. Dan disebabkan kesukaan aku itu, aku habiskan saki baki yang orang lain tak habis makan. Hehehehhehe...

Flight ditukar ke Air Asia last minute. Dulu plannyer nak naik MAS, tapi last minute cancel. Flight delayed dalam1/2 hour sebab kapalterbang tu isi minyak dulu hehe. Sepatutnya bertolak 1.40 tghari, sudahnya dekat 2.30 baru bertolak. Perjalanan aku di langit biru ditemani cd V.E For You, sambil2 curi dengar celoteh ketua pramugara yang paling peramah pernah aku jumpa dan juga diselang seli dengan suara pelat Afiqah yang melalak-lalak menyanyi lagu Terhangat Di Pasaran (KRU) dan Semoga Abadi (Misha Omar). Hehe. Yeah, she's very good at singing both songs! Sesekali melayan mengantuk tidur lambat malam sebelumnya.

Tayar kapal terbang mencecah tanah lapangan di Don Muang Bangkok International Airport hampir-hampir 4.30 waktu Malaysia (Thailand 3.30). Tak rasa sangat jauhnya berjalan banding dengan KLIA yang rasa macam dari hujung dunia ke hujung dunia yang lain hehe. Nick, tourist guide berbangsa Siam yang tahu sikit2 berbahasa Inggeris sudah menunggu di pintu masuk. Terus di bawa ke hotel penginapan yang letaknya di Pratunam, area tengah-tengah bandar Bangkok.

Tiba di Baiyoke Suite Hotel (pronounce as bai-yok) dengan keadaan letih teramat sebab jammed teruk tengah jalan. Tapi segar bila nampak hotel tu letaknya dikelilingi gerai-gerai dan kedai-kedai yang sarat. Hehe. Penuh! Jalan yang lorong asalnya muat untuk 2 kereta pun terpaksa beralah jadi satu lorong sahaja. Memberi laluan kepada gerai-gerai kecil di tepi-tepi jalan.

Berkongsi bilik dengan ayahbonda (twin sharing), dan yang bestnya katil single aku betul-betul mengadap tv dan peti sejuk. Ada juga meja makan dan kabinet dapur kecik. Seronoknya boleh baring-baring sambil tukar-tukar channel tv thai dan menonton Art Attack yang dialihbahasa ke bahasa Tagalog hehe (sambil2 hantar sms riak kat kengkawan heheh). Bagusnya BSH ni sebab dia ada sediakan arah kiblat. Juga diletakkan tanda halal pada makanan waktu breakfast esok paginya.

Lepas dinner di sebuah restoran islam berdekatan hotel, Pak Su Chen ajak keluar jalan-jalan di Pat Pong. Shopping di kedai kraftangan Naraya yang menjual macam2 hasil kraftangan yang diperbuat daripada kain. Kak Yong & makbonda dah mula bershopping sakan hehe. Aku cuma tengok-tengok dan tolong angkat-angkat barang mak je la hahaha. Budget beb!

Gerai-gerai di Pat Pong macam kedai2 di Haadyai juga. Petaling Street versi lama. Dan barang-barang yang dijual kat situ banyaknya yang pelik2. Err.. takla pelik sangat, baju t shirt, key chain, seluar, kraft etc... cuma hehehe... kalau baju tshirt tu... macam2 ayat explicit la yang ada. Key chain pun. Macam2.. kalo kat Malaysia confirm dah kena censored lama dah hahaha. Contoh: Tshirt yang seharusnya bertulis DUNKIN DONUT.. tiba-tiba jadi F*CKIN DONUT. Gilos. Dan selepas berpusing-pusing baru aku faham. Rupanya Pat Pong juga kawasan orang belit tiang (ayat pakcik aku haha). Tiger dance ler tu. Menakutkan.

Di tepi-tepi ada kedai-kedai yang bertutup pintunya dengan bingit muzik yang hampir-hampir nak pecah gegendang telinga aku. hehe. Dan waktu nak berpatah balik ke arah jalan utama yang kami lalu, ada laaa pulak satu kedai tu dia bukak pintu seluas-luasnya. Hehe. Dan ternampak la manusia-manusia yang sedang teguk busa air setan yang menggelikan tekak sambil terpaku pada stage depan pintu yang ada banyak tiang. Tiang ada orang pulak tu. Orang pakai tutup syarat je plak tu. Aku tengok sekali imbas je pastu dah takut dah. hahahaha. Cuma sempat ternampak kain tutup syarat tu pun jalur-jalur macam tiang jugak. heehehe...

Masa menunggu van Nick yang sedang berpusing-pusing dalam bandar, sempat meneguk air mangga+susu+madu yang first time aku minum. Rasa macam yogurt sket2. Haha. Mak & Kak Yong takut nak minum, sudahnya aku habiskan yg mak punya dan Abang Amad habiskan yang Kak Yong punya. Hehe. Banyak juga orang berniaga makanan macam-macam. Ada satu gerai tu, dia jual semuanya benda2 bergoreng. Aku tengok dekat, hahahahaha... ada lipas goreng, lipan goreng, belalang goreng, ulat goreng.. usus b*bi goreng pun ada.. hahaha! Geli tekak aku. Nasib baik dah minum masa tu.

Balik hotel dengan badan yang penat seharian tak rehat. Tak larat sangat aku terus tumbang. Tak larat nak mandi pun. Basah badan gitu-gitu, tukar baju terus tido sambil pasang tv. Hehe. 3 malam aku tido dengan tv yang bercakap thai sampai pagi. Hehehe. Hari pertama ni aku masih mampu menahan dugaan tak shopping hehe. Esok aku sambung cerita hari ke dua plak. Lagi menarik. :P

Wednesday, April 06, 2005

Sayonara people!!!

Another 16 hours to go hehe before our departure to Bangkok. Hooooohuuuuu!! Today's the last day at the office before having a great 4-days leave for Bangkok trip ahhaha!

Busy settling few things at the office before the long leave, at the same time having to pack things to bring for the trip. Hahahaha being the absent minded person I am, I wrote down a long list that also include V.E cd, batteries for discman, Alexander Dumas' The Count Of Monte Cristo, my shocking red flowery bag, a small notebook and a pen ahahahaha. The VE cd, batteries and the Dumas book will definitely come in handy when the plane takes flight haha. Aku ni cepat bosan, and takkan aku nak tido sampai 2 jam kot haha! Nak kacau pramugara kat atas langit tu pun takat buang masa aku ada la hehehehehe.

Semalam dengar berita pasal extra precautions took by Thailand gov due to recent bombing at Haadyay Airport. Cuak seh. Tapi fikir2 balik, ajal maut semua di tangan Tuhan. Berdoa dan tawakkal je la. Aku bukan nak gi buat keje jahat cam borong-cd-blue ke.. aku gi holiday je. heheh.

Ada keje lagi sebenarnya nih tapi biaq pi la. Pi mampuih la aku tak kisah. Aku tau aku nak rehat je skarang ni. Apa-apa pun pikir hari Isnin karang hahaha.

Orait then. See you guys on Monday!.. I'll try to find any cyber cafe there (kat hotel ke) and update live from Bangkok ke apa ke nanti.. Insya Allah.
Till then, see ya!

Tuesday, April 05, 2005

Manusia boleh berubah. Manusia sentiasa berubah. Bukan semua orang baik tu akan baik sampai bila-bila. Pun bukan semua orang jahat akan jahat sampai mati. Takdir tuhan bukan kita tahu...

Ya Allah.. aku akur pada kekuasaanmu!
Image hosted by Photobucket.com

Monday, April 04, 2005

Gila kerja. *Sigh*. Aku gila kerja. *Sigh*. Tak larat lagi nak menaip. Buntang mata, terbalik kornea aku asyik bertentang mata dengan skrin sehari suntuk. Dah jam 11 malam, dan aku jadi anak dara yang pulang lambat lagi hari ini. Argh.

Teruknya. Nasib baik belum ada ikatan apa2. Kalau ada boyfriend, confirm tak tahan lama. Siapa mahu tahan dengan perempuan gila kerja macam aku? Kalau ada suami, dah lama suami aku makan hati. Isteri banyak habiskan masa di ofis bukan di rumah sendiri. Berapa lama boleh sabar?

Aku pun entah berapa lama lagi boleh bersabar. Beku.

Image hosted by Photobucket.com


Not in the right mood.

Friday, April 01, 2005

Image hosted by Photobucket.com



Cuti approved. Thursday the 7th - Saturday the 9th. Hahahahahahahaha. Bangkok! Here I come! Tinggallah dinner N*za, tinggallah kerja sejuta, tinggallah semua masalah-masalah dunia aku! Tunggu aku di Bangkok!

Countdown: 6 days to Bangkok. :P

And oh. Tengok Explorace 2 semalam? Yeayyyyy!!!!!!!!!!!! Amir & Dani dapat masuk final!!!! Hahaha. i've been rooting for those 2 since Explorace started hahahaha. Dapat jugak masuk akhir. Terjerit-jerit aku tengok dengan Sab semalam hahahhaa. Sesak nafas jap bila tengok diorang race neck to neck last tu. Perghhh. Nasib baik Amir & Dani menang. Yeayyyyyyyy!!!!!

Aiseh. Baru teringat. Next week Explorace last kerrr??? Jangan la lagi. Kalau last habislah. Tak sempatlah aku tengok. 7hb malam tu dah selamat shopping kat Bangkok dah... ish.