Thursday, March 31, 2005

Memory Lane 2.

MASASHIBA TAKAGI.

Masashiba Takagi itu aku. Nama klasik aku di kalangan teman-teman rapat zaman sekolah. Zaman Form 5. Zaman itu zaman gila cerita Jepun. Kalau tanya aku dulu, aku boleh senaraikan semua nama-nama jepun dan nama-nama cerita jepun yang aku tengok. Yang aku tak pernah miss dari tengok. Haha.

Masashiba Takagi wujud di waktu-waktu kebangkitan drama bersiri Jepun dulu. Oleh kerana Masashiba Takagi terlalu panjang untuk disebut, selalunya aku pendekkan jadi Shiba. Hahahaha. Tanyalah kawan-kawan rapat dulu, semuanya kenal siapa Shiba. Siapa Masashiba Takagi. hehehehe. Dan sampai sekarang aku masih menggunapakai nama ini. Sampai sekarang aku masih rasa nama ni adalah nama jepun paling best dalam dunia.

Nama ni diambil dari cerita2 Jepun yang aku gila masa Form 5 dulu. Dari satu watak antagonis yang namanya Dr. Shiba - doktor paling jahat di Jepun dalam drama He Is Always There (drama bersiri Jepun). Dr. Shiba adalah seorang doktor yang kejam, jahat, tak berhati perut, kasar dan tak pernah senyum dalam cerita tu. Memang jahat gila. Samseng pulak tu. Hehe. Exactly my dream guy at that time. Dr. Shiba seorang pakar bedah yang berjaya, and tak pernah lagi pesakit yang dia bedah mati waktu pembedahan. Sebab tu dia angkuh dan riak takbur gila. Memang jahat gila ah. Semua orang memang benci gila dengan dia. Last-last dia jadi baik, tapi mati kena bunuh dengan sorang mamat sorang yang anti dia. Hahahahhaa. Cool eh.Dulu aku pun memang gila punya suka watak orang jahat. Hahahahaha (Biasalah, zaman2 suka memberontak).

Dan sebahagian lagi nama Masashiba Takagi diambil dari nama Takagi, atau Masashi Takagi, watak hero hensem yang takde perasaan dalam drama bersiri Tokyo Cinderella Story, drama Jepun paling popular di kalangan budak-budak terencat macam aku masa tu. Hahaa. Takagi merupakan hero baik yang tak ada perasaan, berhati batu dan degil. Dan tetap hensem. (No, he's not exactly my taste, but ok la.. hensem la jugak hahah)Jadi bila digabungkan nama " "Shiba" dan nama "Masashi Takagi", maka lahirlah Masashiba Takagi.

Nama Masashiba Takagi banyak bagi kenangan manis pada aku masa tu. Kawan-kawan pun semuanya gila-gila, semuanya ada nama samaran juga. Elok-elok mak bapak bagi nama Che Rohana, tiba-tiba jadi Kotaro Minami a.k.a Suria Black. Hahahaha. Itu ok lagi. Kalau Siti Norazira tiba-tiba jadi Cybercop, atau Nazirah tiba-tiba jadi Flashman, tak ke pelik tu? Hahahahha.. diorang ni pun..sama la terencatnya dengan aku heheheeh.

Gilanya aku pada nama Masashiba Takagi tu memang terlampau. Buku-buku, meja, alatulis, kertas, lukisan... semuanya mesti ada nama Masashiba Takagi, walau sekecil manapun tulisan yang aku tulis tu haha. Siap pernah buat buku scrap pasal Shiba. Confirm gila aku dulu. Hahahhahahaha. Siap mencari serata Malaysia dan akhirnya berjumpa kaset Chage & Aska, penyanyi latar Tokyo Cinderella Story di Makro Selayang awal 1996. Dan percayalah, aku sampai boleh hafal lagu tema drama Tokyo Cinderella Story tu. Haha. Ye. Begitu gilanya aku. (err.. aku pernah cakap kan, aku ni cepat obsess hahaha).

Nak tengok gambar Dr. Shiba tu? Nak tengok gambar original Masashi Takagi? Aku baru godek2 google dan terjumpa website Yuji Oda (nama betul Dr. Shiba) dan beberapa website pasal Toshiaki Karasawa (Masashi Takagi). Hahahhahahahaha. Ok la. Aku pun baru tahu nama betul diorang masa surf hahaha.

Ini dia Dr. Shiba a.k.a Yuji Oda, pelakon dan juga penyanyi popular di Jepun zaman 90an.

Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com


Dan ini gambar Masashi Takagi a.k.a Toshiaki Karasawa, model merangkap pelakon di Jepun juga. Hehe.

Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

Muka jahat kan Encik Yuji Oda ni? Hensem kan Encik Toshiaki Karasawa ni? Hahahhahaha. Kali ini memang confirm hormon aku zaman belajar tak betul hahahaha.

Wednesday, March 30, 2005

Memory lane 1

Zaman remaja aku banyak aku habiskan dengan angan-angan. Dengan impian dan cita-cita yang bukan-bukan. Juga penuh dengan cerita-cerita angau budak sekolah hingusan. Haha.

Meh aku bukak cerita lama.Meh aku cerita pasal Encik M. Hehhe.

Namanya panjang, tapi panggil Encik M je dahlah. Sempena nama pertama (Mohd) dalam nama panjang dia tu. Hehe. Encik M tinggi orangnya. Kalau aku lalu sebelah dia tu, taraf bahu je la. haha. Dia memang tak hensem. Sawo matang, tak berapa pandai, tak glemer, suara pun tak best. Cuma mata dia cantik. Dan senyum dia.

Memang gila punya aku minat dia ni dulu. Dari Form 2 dok mengayat sampai habis SPM. Gila! Entah apa yang aku nampak pada dia pun aku tak tahu. Hahhahahaah. Tapi biasalah, sebagai seorang perempuan yang cuma kecoh di kalangan member2 rapat tapi penakut bila jumpa orang lain, aku cuma berani minat dari jauh je la..hehe. Dan sebagai seorang perempuan yang juga teramat kuat menyimpan rahsia, memang confirm la tak ada sorang pun kawan-kawan aku tahu. Hahahahahaha. Ni kira angau sorang2 je la ni.

Tapi yang bestnya, Encik M tu aku rasa macam perasan la jugak aku admire dia. Pastu aku pun apa lagi, macam perasanlah jugak dia perasan aku. Haha. Maunya tak, dari Form 2 aku asyik mengendap dia. Alah, aku pun perasan dia selalu mengintip aku jugak hahaahaha. Selalu kalau berselisih tengah jalan, memang aku jeling punya la. Pastu mesti dia pandang balik. Hahahaa. Selalu jugak aku terpandang dia mengintai aku dari kelas dia, atau waktu beli makanan di kantin sekolah. Hahahahaha. Gila punya perasan. :P

Kelakarnya bila teringat waktu pagi-pagi baru sampai sekolah. Dulu kalau datang lambat masa pengawas tengah baca Quran, semua orang kena berhenti. Sampaila bacaan tu habis. Dan disebabkan aku memang spesis manusia paling lambat gi sekolah untuk 5 tahun berturut-turut (juara!), memang muka wajib la kat depan pagar hari-hari. Atau tepi bangunan. Atau atas tangga belakang. Hahaah. Dan selalunya aku mesti jumpa muka-muka yang sama berkeliaran di tempat-tempat yang disebutkan. Sebab selalunya memang muka-muka sama je yang datang lambat ke sekolah. Hahhhahaha. Dan di antara muka-muka wajib lambat tu, muka Encik M pun mesti ada. Itu yang bestnya. Hahahahahahahaha. Kira sehati sejiwa laa ehehehehehehe.

Aku paling suka masa balik sekolah. Selalunya aku tunggu makcik aku kat pondok kereta cikgu. Dan selalunya pondok tu jadi laluan utama untuk budak-budak yang naik basikal dan motor. Sebab dekat sangat je dengan tempat parking motor dan basikal. Hehe. Dan ye, Encik M dulu selalu naik basikal @ menumpang basikal kawan baik dia. Hahhaa. Dan jadi macam habit jahat bila aku mesti berkejar ke kereta tiap kali lepas Zohor/ balik sekolah, sebab nak tunggu Encik M lalu. Hahahaahahahahah. Kadang-kadang siap bet dengan diri sendiri, kalau Encik M lalu, dia pandang tak? Hahahhahaah. Selalunya aku menang la.. hehehe.

Kadang-kadang bila tiba hari Sabtu, aku cukup suka. Sebab hari Sabtu aku selalunya ada kelas tambahan 1119 kat sekolah. Selalunya Encik M ada kelas tuisyen kat bandar KT. Dan selalunya dia mesti pegi lepak rumah kawan baik dia dulu sebelum pegi tuisyen, yang terkebetulan rumahnya satu laluan dengan bas yang selalu aku naik. Dan kebetulan waktu aku balik dari sekolah naik bas, mesti terclash dengan waktu dia tunggu bas yang sama dekat depan rumah kawan baik dia tu. Hahahaah. Jadi selalu ambil kesempatan ngintai dia dari dalam bas. Dan kalau nasib baik lagi, naik satu bas. hahahahaa. Lagi la best usha.

Masa Form 4 tu aku cam kecewa banget, sebab tiba-tiba dapat tahu ada sorang lagi budak perempuan lain minat dia. Ceh. Confuse betul. Sebab Encik M tu kira antara yang tak berapa hensem, dan tak berapa glemer dah. Macamana ada orang lain boleh admire dia selain aku? Yang aku lagi heran tu, budak perempuan yang minat dia tu kira spesis lawa plak. Ramai peminat lagi. Mau aku tak tension. Sebab budak perempuan tu confirm la lagi lawa dari aku. Hahahaha. Cuma nasib baik juga, sebab budak perempuan tu wujud masa Form 4 je... hehehehehehe.

Encik M ni juga suka melukis. Memang lawa sangat-sangat lukisan dia. Tulisan dia cantik, selalunya memang kalah tulisan aku. (Agaknya ni la sebab aku admire sangat dia kot hihihihi)Dan memang hantu bola juga. Sebab selalu nampak dia conteng2 nama pemain2 bola mana2 ntah zaman Piala Dunia '94 dulu. (Ok la.. ini jugak satu lagi influence kuat aku start minat bola :P) Kalau terkebetulan aku menyinggah di kelas dia, (dan selalunya waktu dia/semua orang tak ada), aku selalu singgah meja dia. hahaha. Siap pernah tolong kemaskan meja lagi. Of course, tu lepas aku selongkar la. Paling gila pernah aku buat, curi timetable atas meja dia. Hahahahaha. Lawa time-table tu dia buat. Tulisannya cantik sangat, aku tempted gila! (dan percayalah, time table tu dengan tak sengaja masih ada dalam diari '95 aku. hahahahahaa) :P Gila betul aku dulu! Memang gila! Hahhaahhaha!

Sampai lepas SPM, aku sesekali masih terserempak dengan dia. Selalunya musim-musim raya waktu budak2 sekolah lama aku bersepah-sepah di Kuala Terengganu atau waktu reunion sekolah. Masa zaman aku kat UIA dulu, pernah jumpa dia sesekali bila terserempak waktu menghabiskan musim cuti semester di Terengganu. Makin berisi. Kali terakhir jumpa dia masa reunion sekolah beberapa tahun lalu. Waktu aku baru-baru habis belajar. Encik M makin kurus. Dan makin tinggi. Dan mata dia tetap cantik macam dulu. Dan bila sesekali terjumpa, sesekali juga kami masih berpandangan. Tanpa suara. Macam dulu-dulu. Heheheheh.

Zaman sekolah dulu memang zaman hormon tak stabil agaknya. Hahah. Tak tahulah aku hormon orang laim macamana, tapi hormon aku memang confirm tak stabil. Terencat. Hahahaha.

*semalam terbaca jurnal '95... masa Form 5.

Tuesday, March 29, 2005

Pagi tadi ofis suram dengan manusia yang cuma tinggal beberapa kerat. Bos aku sampai Khamis takde. Assistant aku pun MC hari ni. Budak-budak admin semua takde. Budak stock pun 2 orang masih bercuti. Cuma tinggal beberapa orang sisa untuk meneruskan perjuangan kerja hari ni hahaha. Agaknya semua mogok, macam tahu-tahu gaji yang kononnya masuk pagi ni sampai sekarang tak masuk2.

Pagi tadi juga kecoh dengan berita satu semenanjung bergegar impak dari gegaran 8.7 skala Richter di kepulauan Nias di Sumatera, Indonesia tengah malam semalam. Selalunya jarum jam melangkah pukul satu pagi aku belum tidur, semalam belum jam 12 aku dah lena di tilam. Dan waktu semua orang sibuk bertempiaran dan terkejutkan gegaran lebih kurang 5 minit tu, aku masih lena dibuai mimpi. Ya. Aku tidur. Dan tak terjaga langsung. Agaknya betullah apa mereka semua cakap, aku tidur mati. Gempa bumi pun masih tak terjaga.

Dan tengahari tadi, ofis tiba-tiba terasa bergetar kecil. Mula-mula ingat aku yang pening.. sekali semua orang cakap benda yang sama. Kami letak segelas air yang 3/4 penuh atas meja depan aku. Dan gelas tu sampai sekarang masih di situ. Risaukan gegaran datang lagi.

Bumi baru bertitip salam. Belum lagi menyentak marah seperti ombak tempoh hari. Magnitude cuma tinggal 0.3 skala Richter saja lagi.
"Eh eh. dia ni suka kat miyyah ya!"

Kakak cleaner Indonesia tu tiba2 cakap kat aku. Haha. Tengah2 mengantuk terus segar. Hahahahaha. Lawak apa la pulak petang-petang ni..

"Apa dia kak??"

"Ini.. dia ni.. tengoklah.. gambar semua dekat-dekat miyyah. Mana miyyah ada, kat situ dia ada. ehehe."

"Aahh! Akak ni... macam-macam! Ada-ada je!"

"Eh eh. Betul. Tengok ni. Miyyah berdiri, dia kat sini. Miyyah kat sini, dia pun kat sini. Dekat-dekat aje."

Aku tepuk dahi. Hahhahaahah. See.. bagus betul ofis ni. Memang pakar gosip. Tengok gambar pun boleh buat gosip hahahaahahah.

"Betul tak Shima? Hari tu dia ada bawa nasi goreng.. katanya separuh untuk Miyyah!"

"OOoooo... patutlah sekarang x beli breakfast lagi... ada orang bawakkan makanan rupanya.. hahahaha. Akak tau...masa tu (tunjuk gambar).. romantik abis... siap nak makan pun tolong ambikkan makanan... perrghhh.!!"

"Laaaaa....! Suka2 hati je buat gosip dia ni! Hahahhahahahahahah!! Pepandai je!"

"Alah. Betullah.. Miyyah kan banyak tolong dia buat kerja..mestilah dia banyak tolong Miyyah juga. Akak gurau-gurau. Petang-petang macamni gurau-gurau tak mengantuk!"

Aku dah agak dah. Patutla kakak tu selalu pandang kitorang semacam je dua tiga menjak ni. Hahahhahahaha. Nak buat gosip rupanya! Hahahahahahaha. Kak, saya ni dengan semua orang saya baik. Sebab tu saya selalu kena gosip dengan semua orang hahahahahahahahaha.

Cerita kat Iza best ni. Hahahahahahahahhaha *gelak jahat*. :P

Monday, March 28, 2005

Ya Tuhan...
Kurniakanlah kesihatan yang baik untuk nendaku. Dan kekuatan berpanjangan untuknya agar terus mengingatiMu. Jauhkanlah dirinya dari derita, permudahkanlah usahanya untuk kembali sembuh sediakala. Tabahkanlah hati ayahanda juga Ya Tuhan...agar dia terus kuat menempuh dugaan ini..Amin.
"Dengan izinmu Ya Allah, temukan jodohku dengan seorang lelaki yang baik. Yang boleh membimbingku ke jalanMu. Yang boleh menjadi imam solat-solatku. Yang boleh menyintai ayahbondaku sebagaimana aku menyintai mereka. Yang boleh menyayangi saudara-saudaraku sebagaimana aku menyayangi mereka. Dan yang mengizinkan aku untuk mengasihi ayahbonda dan saudara-saudaranya. Yang boleh menerima diri seadanya. Untuk kutaati dan kusegani, hingga akhir hayat ini. Amin."

Saturday, March 26, 2005

As usual.... hari ni aku teramat sibuk. Sibuk dengan menampal, melipat dan memfotokopi invitations untuk 2 dan 3 Apr ni. Then tengah aku kalut2 ni, ada plak minah mana yang called aku..alamak!!!!!!!!!!!! Aku lupa, Iza dah sampai rupanya.... hmm, aku terpaksa menjemput dia nampaknya.

Nasib baik Iza ada... boleh jugak dia menolong aku.. tolong aku melipat semua invitiations tu. Dalam masa yang sama, Iza sempat jugak menyakat kawan lama kitaorang si Eli yang sibuk dengan thesis..

miyyah: hi yang, bz lagi ker????
rokawasan : untuk you, terus i free
miyyah : oooo....
miyyah : kasanova....
miyyah : oittt!!!!!!!!!!!! eli...
miyyah : akulaaa iza...
miyyah : bukan miyyahlaaa...
rokawasan : aiyyyaaaaaa mung ni
rokawasan : nasib baik dok kantoi aku nok jiwang nge miyyah
miyyah : hahahah!!!!!!!!!!!!! dah kantoi pun...
miyyah : aku kat ofis miyyah ni...
rokawasan : oitttt
rokawasan : mung kat opis miyyah ke
miyyah : jadi kuli import...
miyyah : yelaaaa...
miyyah : dia import aku hari ni...
rokawasan : laaaaa ade guna jugok la mung ni rupenye deh?
miyyah : aku nak makan pizza ngan miyyah ni...
rokawasan : bangga aku
rokawasan : bagusla kalu jd manusia berguna
miyyah : nok ikut dok???
rokawasan : wehhh aku nok balik kapong minggu depang
rokawasan : 1 aribulang
rokawasan : rindu bedo'oh doh ke mok aku
rokawasan : lame doh dok tido celoh tiok dia
miyyah : miyyah kata nak balik akhir bulan...
miyyah : aku dok sure lagilaaa..
rokawasan : akhir bulan depan ke?
miyyah : oitt!!!!!!! nak makan pizza dok ker???
miyyah : insyaAllah..
miyyah : akhir bulan depanlaaa..
miyyah : hehehh!!!!!!!!!!!
rokawasan : ok berehhh akhir bulang depang aku bleh balik lagi yea! yea!
miyyah : oitt!!!! dok sure lagilaaaa...


Hancur!!! Kitaorang tak sure lagi samada nak balik kampung akhir bulan depan, but mamat sorang ni... serius nak balik plak!!! Nak buat macamana... kitaorang kena planning semula nampaknya.

Actually, blog Miyyah ditulis dan diganggu oleh virus yang bernama IZA. Miyyah terlampau busy hari ni, so Iza pun sibuklaaa menggatal nak menaip selepas merayu-rayu dan berguling-guling kat office Miyyah ni. Miyyah tak sampai hati melihat si Iza yang dah naik gila nak menaip, terpaksalaa mengalah. (Sebenarnya, Miyyah yang paksa si Iza menaiplaaa...)

Friday, March 25, 2005

Masa untuk berkorban apa saja lagi dengan company. Memulakan hari anda dengan kerja-kerja buruh percuma.

Print sticker: 4000.
Kira sticker: 4000.
Quality check sticker: 92.5%. Production hold. Out of sticker stock.

Kira envelope: 4000
Tampal sticker atas envelope: 50% of the production.
Quality check envelope: 95.8%

Print surat: 4000
Photocopy surat: 1.3% from 4000 production
Quality check surat: Production hold. Unable to proceed. To be continued by Saturday.

Lipat surat: On hold.
Masuk surat dalam envelope: On hold.
Gam: On hold.
Quality check envelope 2: On hold.

Lepas gam baru hantar pada Marketing untuk proses tampal setem: pun on hold.

Kekurangan tenaga kerja. Nisbah 1:2000 terlalu besar. Esok perlu ambil tenaga kerja import. Atau aku perlu seludup buruh-buruh asing untuk siapkan semuanya ke angka 4000 sebelum Isnin tiba. Haha.

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, March 24, 2005

Bila angin datang menyapa, atau bertitip dari utara, apa yang kau rasa? Redup angin menyamankan diri, dan bayu lembut melenakan hati. Tapi angin bukan sentiasa di situ untuk kita. Datang juga secara tiba-tiba. Mahu muncul, muncul sahaja. Mahu pergi, pergi tanpa suara juga. Tapi angin tetap angin. Datang meribut atau lembut tetap angin. Cuaca gelap atau terang, angin tetap angin. Cuma sesekali mengejutkan dengan sapa kerasnya, atau sesekali membelai diri dengan lembut bayunya. Atau diam menunggu rentak cuaca seterusnya.

Kau percaya pada takdir? Aku juga percaya pada takdir.

Tahu betapa sukarnya nak berhadapan dengan peluang kedua?

Hahaha. Ini bukan kedua lagi. Ketiga, keempat, kelima.. entah..dah banyak kali sangat peluang muncul dalam hidup aku. Aku je yang tak pernah-pernah sedar. Dan tak pernah-pernah mahu faham.

Aku tak nampak. Aku buta. Atau sengaja butakan mata pun aku tak tahu. Dulu bila selalu muncul depan mata, susah sangat aku nak terima. Agaknya sebab aku bukan spesis yang suka ambil kesempatan hahaha. Walaupun peluang tu dah menadah tangan terbuka cuma tunggu aku yang nak sambut, aku juga yang tolol selalu biarkan ianya pergi.

Haha.

Sekarang bila peluang muncul lagi, harus ke aku masih rabunkan mata, pekakkan telinga dan butakan hati? Atau aku harus rebut segera sebelum peluang itu pergi lagi. Dan kalau peluang itu pergi lagi kali ini, aku tak yakin ia akan kembali lagi lain kali. Tak mungkin. Aku pasti ini yang terakhir datang menyapa.

Tapi betulkah peluang itu benar-benar untuk aku? Atau datang menyapa sekadar berbahasa angin?

Kau percaya pada takdir? Aku pun percaya pada takdir. Percaya. Percaya. Percaya. Yakin.

Tuesday, March 22, 2005

Tadi aku dinasihatkan pegi buat medical check-up.
Dan dinasihatkan juga untuk ambil cuti merehatkan diri.
Atau buat apa-apa juga aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengurangkan ke'confuse'an aku dua tiga menjak ni.
Lama aku kena torture dengan bos semalam.
Lama juga aku kena lecture dengan HR tengahari tadi.
Memang stress.
Memang aku boleh betul-betul sakit jiwa macam diorang nak.

Tapi aku masih yakin dan percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dan baru sekejap tadi Kak Yong telefon, tanya nak ikut pegi Bangkok tak 7-10 April depan. Oh-ho sudah tentu la aku terus confirm! Hikmah kan. Dalam aku tercari-cari space untuk bernafas, tiba-tiba Kak Yong datang dan bagi idea menarik. Macam yang aku pernah tulis dulu, rancangnya ke Bangkok dalam bulan 5 @ 6 nanti... tak sangka pulak secepat ini! Bagus juga kan!

Lepas aku dah confirm, baru teringat Dinner N*za 9 April tu. Alahai. Aku dah siap beli kain nak tempah baju dinner. Melepaslah Anita Sarawak dan Senario yang jadi artis undangan malam tu nanti. Melepaslah aku nak makan banyak2 macam selalu. Dan sayang juga kalau perlu lepaskan masa untuk enjoy dengan kawan-kawan. Melepaslah juga aku nak melaram hahaha.

Dan teringat juga budget pegi Bangkok nanti. Kena cukup juga. Kalau tak lari dari budget asal, ok lagi. Kalau lari, habislah. Jawabnya hujung bulan April aku makan pasir lagi. Dan ada la jugak nanti orang nampak aku macam orang sakit lagi hahaha.

Lantak la. Yang penting ini peluang aku nak rehatkan diri. Dan ia hadir di waktu yang aku benar-benar perlukan. :)

Terima kasih, Tuhan!
miyyah : baru lepas kena psycho dengan hr
miyyah : tension. semalam bos aku panggil tanya macam2. hari ni hr. benci. dah jadi besar la pulak kes ni...
iza : apahal plak ni???? tetiba jer involved hr???
iza : ko bukannya ada masalah kat ofis....

miyyah : bos aku suruh hr tanya.. aku ada masalah ke
miyyah : bos aku ckp prestasi keje aku degrading
miyyah : dia ckp aku mcm ada masalah besar
iza : kenapa plak ni????
miyyah : aku dah stress giler ni
miyyah : dia ingat aku sakit jiwa ke apa?
iza : ko ada masalah besar ker??????????
miyyah : aku mana ada masalah besar
miyyah : diorg cakap ramai perasan aku lain macam.. pucat, mcm org sakit, mcm org ada masalah
miyyah : now semua org suggest aku pegi medical check up
iza: dia buat assumption apa plak ni............
miyyah : hr lagi best, dia suruh pegi check up.. siap propose suruh aku gi kaunseling
miyyah : sakit jiwa aku
iza : ko cuma letih jerkan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
miyyah : penat aku nak bagitau semua orang aku ok
miyyah : aku tak apa2
miyyah : aku normal
miyyah : but it stressed me out bila semua org tak nak percaya
miyyah : makcik aku ckp aku pucat. sepupu aku ingat aku makan pil diet.
miyyah : gila!
iza : ko letih .... sebab tu pucat semacam jer...
iza : jiwa ko pun sihat...

miyyah : aku sampai menangis td ko tau
miyyah : dari last week, macam2 jadi
iza : kes pun simple jer...
miyyah : ko bz aku tak sempat cerita
iza : aku tau ko stress.. aku dah baca blog ko...
iza : terkejut gila ..
iza : terkedu aku...
iza : aku pun x tau nak cakap apa...
iza : boss ko pun satu...
iza : sampai buat assumption yang bf pukullaa...masalah jiwalaaa..

miyyah : dahla aku kena ulcer lagi ni.. 4 dalam mulut
miyyah : sakit giler.. nak cakap pun x boleh
iza : mandi n banyakkan minum air suam...
iza : maybe ko rindu kat kg kot...
iza : aku rasalaaa..
iza : tanpa ko sedari...
iza : ko rindu kat kg... maybe....
iza : or him???
iza : sapa tau kot....

miyyah : no
miyyah : penat aku fikir 2-3 hari ni
miyyah : hr tadi pun tanya gak,..
miyyah : aku cakap kat dia, aku tak rasa aku sakit
miyyah : tpi bila semua orang tiba2 tanya macam2 soalan, aku jadi fed up. nak marah pun ada.
miyyah : bila soalan yang sama diulang2.. lagi la aku stress. stress pikir kenapa. aku jadi tension gila, sebab aku tak tahu apa jadi. aku tak tahu apa nak jawab pada semua orang
miyyah : kalau pegi jumpa doktor pun, aku nak cakap apa?
miyyah : aku takde masalah.. tak rasa sakit.. kenapa nak pegi jumpa doktor?? kenapa suggest pegi jumpa kaunseling when i don't even think i need one?? ingat aku sakit jiwa ke???
iza : aku pun x tau...
iza : lagipun... last week.. ko ditimpa masalah bertubi2...
iza : sebab tu boss ko assumed ntah hapa2..
iza : ko xder masalah... buat apa nak pegi kaunseling????????
iza : bodoh btul!!!!!!!!!!!!!
iza : diaorang xbleh dengar cakap boss ko jer..

miyyah : ko tak tau berapa gelen air aku telan hari ni..
iza : relaxlaaa..
miyyah : macam orang dok padang pasir
iza : jangan fikir benda2 ni bleh x...
miyyah : ni tengah minum vit. c doktor bagi
miyyah : eyy
miyyah : sabtu ni jom gi pc fair
miyyah : lepas antar baju kita terus gi pwtc
miyyah : aku nak cari usb laa
iza : ok...aku x kisah..
iza : aku nak cuti sabtu ni...
iza : baper hah???? aku pun kena carik jugak ni!!!!!!!!!!!!
miyyah : budget aku rm70 je
miyyah : pc fair ni nak cari bawah rm50
iza : murah lagi xder ker????
miyyah : murah buat sendiri la
iza : cheh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
iza : kalau dapat buat sendiri...
iza : dah lama aku bukak kilang, tau x!!!!!!!!!!!!!!!

miyyah : sakitnyaa mulut akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
iza : sabar...
iza : biasalaaa ulcer...
iza : nak cepat baik..taruk garam..
iza : kalau ko tahan sakitlaaa..

miyyah : ulcer kat mulut aku lain dr yang lain... aku dah letak garam laa
iza : biasanya... aku buat cam2...
miyyah : dulu lagi aah, letak garam lagi teruk jadinya
iza : plak dah!!!!!!!!!!!!!!!
iza : apa jenis ulcer plak ni???????????
iza : degil sangat ni..

miyyah: aku dulu x suka letak pape pun
iza : habis tu??? ko biar cam2 jer???
miyyah : skarang dah tak tahan sangat ni... banyak atas lidah
miyyah : doktor bagi vit. c, ubat kumur n ubat sapu
miyyah : aku dah selalu sangat kena.. dah lali..
miyyah : ye la.. paling kurang sebulan sekali mesti ken. bulan ni je dah 3 kali...
iza : mesti x tahan panas ni....
miyyah : biasa laa.. puteri lilin mana tahan panas hahaha
iza : cheh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
iza : perasanlaaa plak...


*disconnected*.

iza : sorry...
iza : aku terdc tadi...nasib baik aku perasan...
miyyah : aku pun kena tengahari tadi
miyyah : tiba2 je dc. mangkuk tul
iza : bengong!!!!!!!!!!!!!!! tetiba jer...
miyyah : tengah chat ngan eli tiba2 je ym aku tutup sendiri.. misteri nusantara betul
miyyah : hahahahaha
iza : hahahh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
iza : mesti jeles ngan kita ni...

miyyah : tak bagi aku buat jahat time ofis la tu
miyyah : hahhahahahaa
iza : heheheh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
iza : baru hari ni.. aku nak buat jahat..dengki btul...
iza : sapalaaa jaga server ni...memang jenis xbleh tengok orang senang..

miyyah : eli bagitau aku ajak balik kampung skali hahaaha.. suruh ajak hang skali
miyyah : mcm ko ckp smlam
miyyah : dia series aahh
miyyah hahahahahahaha
iza : hahah!!!!!!!!!!!
iza : last week pun ajak aku...
iza : cheh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

miyyah : dia kata dah lama gila tak balik
miyyah : sejak raya cina
miyyah : aku cakap aku dari raya pose x balik
miyyah : hahahahahahahahaha
miyyah : pastu dia cakap aku anak durhaka
miyyah : ceh
iza : hahahah!!!!!!!!!!!!!!!
iza : aku dah selalu kena title tu...
iza : kes dah lama x balik kg...
iza : bila nak balik...
iza : nxt mth ekk!!!!!!!!

miyyah : aku paling awal pun bulan depan
miyyah : tu pun kena tengok weekend mana, takut aku ada appointment
iza : mimpi apa dia ajak kita balik sama ni???
miyyah : ntah... mabuk
iza : aku plak x sure lagi...
miyyah : siap cakap dia drive.. nanti dia bawak co-pilot sorang la apa la
miyyah : aku ok je.. tapi...
miyyah : mak ayah aku tak tau la ok ke tak hahahahahaha
iza : sekarang ni bz gila...
iza : hangin aku..xbleh rehat langsung kepala otak aku ni...
iza : mak n ayah aku x kisah.. hehhehe...
iza : cuma aku x sangguplaa ...
iza : hahaah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

miyyah : aku mana penah balik ngan kete tu
iza : keta tu penah jalan jauh x???
miyyah : kete tu memang dah sampai mana2 dah masa kakak aku dulu
miyyah : lepas aku pakai, paling jauh pun nilai 3 je ahahahahaha
miyyah : teringin gak nak bawk balik kg, tapi dulu ayah aku x kasi aku drive dari kl.. dia x caya
iza : cheh!!!!!!!!!!!!!!!
iza : ko mana kenal jalan...
iza : hahah!!!!!!!!!!!!!!!!

miyyah : ceh
miyyah : aku kenallll laaaa
miyyah : jalan bas aku kenal laa
iza : jalan bas aku pun kenal!!!!!!!!!!!!!!!!
miyyah : raya hari tu kan aku plan nak balik drive.. ayah aku x bagi, suruh naik flight
iza : hahaha!!!!!!!!!!!!!!!!!!
miyyah : ko tau tak..... semenjak new pantai timur highway ada... sekali pun aku x pernah lalu lagi tau!
miyyah : aku x cakap ler kat orang hahahaha... buat malu je..
iza : biasalaaa..ayah ko bimbang tu...
iza : hahahah!!!!!!!!!!!!!!
iza : aku dah acapkali lalu..
iza : naik keta pun selalu jugak..
iza : tapi ayah aku drivelaaaa..

miyyah : ye ke? holeh percaya ke? Heheheheh....
iza : hheheh..

* ayat seterusnya terpaksa dipotong hahaha.*

iza : hmm...
iza : ko dah ok ker blum ni????

miyyah : ntah
miyyah : kira ok la tuuu.. tak yah pk2
iza : aku nak offline ni..
iza : cya on saturday...
iza : bye

Monday, March 21, 2005

Here's my schedule for this week.

Monday - Friday - Working as usual.
Saturday - Iza's coming to Klang, bagi buku Spellbound by Jane Green n nak ajak dia teman aku gi tailor hantar baju.
Sunday - will be going to Melaka for Nadiah's wedding (her husband's side) somewhere in Ayer Keroh.

So far next weekend I'm still free la. Takde orang book lagi. Last few weeks memang full of occcassions to attend le. We're supposed to have a community service at one of the orphanage house in Klang (office nyer project) this week, tapi postponed to next week, tapi x sure weekdays ke weekend. Kalau x kacau weekend aku ok la.

And one of these weekends my housemates nak buat makan-makan (plan on Sunday la) tapi pun tak confirm bila. Aku ajak Iza, and if you're available, I extend my invitation to you to, tapi still x confirm bila lagi...

And I'm going to start playing futsal in April. Early plan dulu main hari Sabtu, after office hour. Pun x confirm. Sekarang tengah kumpul kroni la ni. Netball practise weekdays so x kisahla. (aku tak main ok, aku jadi tukang bancuh air je hahaha - was, is and will never be good at netball!)

Nanti aku confirm pasal next week. For G's wedding, since its in April, aku boleh book awal2 ah weekend tu. Itu bleh confirm skarang ah.

Hmmm.....Gila punya banyak weekend plan aku.. bila masa aku nak cari boyfriend ni hahahaha!

7.15 pm.

Baru balik dari klinik. Tengah aku tulis kat ko tadi, bos aku panggil. Dia tanya kenapa dengan aku skarang. Dia cakap aku mcm ada problem, and aku punya kerja pun dia cakap slow & merosot. Memang tension giler. Dahlah last week macam2 orang tanya, then macam2 jadi sampai aku betul2 depressed gila, then when I thought at least today cam ok sket.. takde problem pape, suddenly bos aku panggil and cakap camtu. Tertekan gila ko tau.

He was questioning bout my lifestyle, my family, housemates, if I have any problem with anyone and other qs yang lebih kurang cam orang lain tanya.. on medication ke, ambil ubat ke, jamu ke etc. Aku dah fed up gilaaaaaaaaaaaa. Memang aku dah mcm nak nangis kat depan dia tadi. I told him that people been asking me the same qs, and how my auntie suruh aku gi medical check up etc. I told him next week aku pegi. This week was full of events so memang xde masa langsung nak pegi. Plus memang aku diam je pun, because I was not in a very good mood last week, so memang cam malas nak buat apa2 pun. So maybe next week kot... kalau jadi.

Then dia suruh aku pegi klinik depan ofis, buat blood test, urine test. Keluar-keluar pintu, one of the managers tegur, pun cakap aku nampak pucat. Aku rasa macam nak melompat pun ada. Nak marah pun ada. Macam geram sangat2. Aku cam tension gila n depressed and frustrated and stresssed sebab semua orang cakap aku macam-macam, walhal aku rasa aku ok. Aku tak rasa sakit. Letih, mungkin. Sakit, tak!

And I'm very confused u know. Veryy-very confused. Aku confused sangat222222 sebab aku pun tak tahu reason kenapa aku macam ni. They said I was losing weight, but I eat a lot. I felt sooo depressed these few weeks, and stressed. Dan aku tak tahu apsal. Aku takde masalah kat rumah, dengan famili jauh sekali. Memang langsung xde problem. Dengan colleagues kat ofis pun takde problem. Dan reason aku gi ofis walaupun aku stressed ngan kerja pun bcoz of my colleagues. I have so much fun at the office because of them. Kalau tak memang lagi teruk. At least sekarang aku masih boleh ketawa hari2 dengar joke diorang. Walaupun kat sini memang gila stress keje, semua orang agreed, tapi office environment memang best. Takde problem. At least I still laugh kan.

And the confusion leads to stress, and depression. And anger. And sometimes, insomnia.

So I went to the clinic, but the doc said I'm normal. Haha. Aku cam tak confident dengan doc tu, sebab lain macam je aku tengok. Check pun nak tak nak. Tak buat blood test pun, buat urine test je. Tu pun dia cakap takde pape pun. Of course le takde pape, dari pagi aku makan bubur nasi + air kosong je, sebab aku kena mouth ulcers lagi.. 3 atas lidah, satu dekat gusi/ gigi geraham sebelah kanan. Memang x boleh makan langsung... pedih giler. Even mula2 aku cakap aku ada ulcer pun dia x caya. Dia boleh tak nampak ko tau tak?? And bila aku ckp aku selalu kena pun dia buat tak endah je. Tak confident betul aku doktor tu.

Tak puas hati betul.

Doctor tu suruh datang balik on Saturday morning... tak tahulah. Aku cam malas nak pegi lagi. What's the point? Aku pun tak confident.. better aku gi other clinic for second opinion. I was thinking of the clinic kat Puchong yang aku pegi masa aku kena kayap dulu, because that's the only clinic yang aku confident sket. I've experienced with few clinics in Klang, memang aku susah nak percaya betul. Dah berapa kali aku nyaris salah ubat. Gila ke apa!

Ntahlah. Hari ni better sket dari previous week, and hopefully, getting better for the rest of the week. Aku nak cerita apa ntah tadi, tapi dah lupa.

Oh. Anyway, b baru cakap dia nak cari kerja lain. Kat sini birokrasi melampau. Dia memang slalu kena dengan my boss, kesian jugak tengok dia. Kerja teruk sampai malam tp langsung x appreciate. Masa kitorang buat skrip tu, sorang pun takde appreciate. Boss aku siap boleh complain macam2. Yg sakit hati, his boss and my boss siap boleh ambil kredit gi apa yang kitorang buat. Sape tak terkilan.

Itu baru sikit. Aku dah lalu dah dari dulu lagi selalu kena camtu. And I dunno why, apa je mamat tu buat, ada je tak kena dengan bos aku. Nanti aku cerita panjang lebar. Panjang ceritanya. Aku jumpa ko aku citer.

And when he said he wants to leave, cam sedih la jugak. Sebab kitorang cam rapat. Baru je 2 bulan dia kat sini, dah rapat rasa cam adik aku dah. Dia nampak aku depressed ke, stress ke, dia tegur. Kalau aku tak layan, dia YM. Selalu tanya condition aku etc. Baru ni buat farewell lunch untuk sab, dia teman gi beli barang. Dia cakap kat aku shima sibuk, but later shima cakap dia yang beria2 nak ikut aku. Haha. Sweet kan! Hari sabtu baru ni pun, dia bawak nasi goreng dia masak, siap share dengan aku. Siap cakap kalau aku tak makan, dia nak hidang kat atas meja aku..ehhehe.. And when somewhere last week, we officially cam admit share sama birthday, dia cakap nanti birthday kitorang celebrate skali. And he was so excited sebab dia cakap dia x pernah jumpa orang sama birthday dengan dia. Haha. Macam aku. Dia selalu cakap orang Libra faham orang Libra. Especially yang sama hari hehe..

Aku tengah depressed ni. So memang sensitif sket skarang. Bila dia cakap camtu, aku lagi la tension. Now I know how you feel when I told you I wanna move back to Terengganu. *Sigh*.

Ok la. Lain kali aku hantar email lagi.

Saturday, March 19, 2005

This must be the worst week of my life. The worst series of unfortunate events.

Aku dah tak tahu nak cakap apa. Ini yang jadi pada aku semalam.

Image hosted by Photobucket.com

Dugaan untuk aku minggu ni memang bertimpa-timpa.

Nasib baik dekat situ ada lori. Ada ramai orang tengah makan kat gerai sebelah. Ada rumah orang. Nasib baik memang selalu ada. Dan atas rahmat itu, TAA selamat di tarik kurang 15 minit dari waktu kejadian. Syukur tak ada parut lagi pada kereta. Nasib baik tak terlanggar benda2 keras. Cuma tenggelam dalam longkang yang bersemak je.

Dah jatuh ditimpa tangga. Dengan perut lapar tak makan, badan yang lemah longlai, tangan kaki menggigil nak pengsan, kemudian sesat terkial-kial, bila dah jumpa jalan, aku terus terjun semak. Apa lagi lepas ni?

Dugaan ini memang ajar aku jadi manusia penyabar...

JANGAN tanya aku apa dah jadi. Aku pun tak tahu di mana nak mula. Aku dah terlalu letih nak bercerita. Nantilah. Bila emosi dah stabil aku cuba cerita. Badan masih sakit-sakit. Letih pun masih berbaki. Letih yang dah seminggu aku tahan. Terpaksa gagahkan diri untuk terus habiskan sisa-sisa hari untuk minggu ini. Cuma tinggal hari ni dan esok untuk minggu ini berakhir.

Semalam tidur dengan perut lapar. Pagi tadi menggigil lagilah tangan kaki. Lambat ke ofis, langsung tak sempat beli breakfast. Nasib baik ada orang yang baik hati bawak nasi goreng special dan nak share dengan aku. Hehe. Pedas pun pedaslah. Dua gelas air pun dua gelaslah. Janji perut aku berlapik. Terima kasih ya, sebab selamatkan aku dari pengsan pagi ni. Moga-moga murah rezeki.

Friday, March 18, 2005

Letih semalam masih berbaki.

Sunyi rasanya pagi-pagi tak dengar suara Sab. Hahha. Selalu suara dia la yang paling kecoh. Tak pun ada masa je datang menyinggah tempat aku. Mintak buatkan resume, buatkan cover letter, buatkan q & a untuk interview etc. Hari ni sunyilah pulak takde suara dia hehe. Macam tak best pun ada hilang kroni. Semalam dia last day (kontrak), jadi kami ramai-ramai buat makan-makan ayam kentaki dan pizza. Nyum-nyum..

Siapa lagi kalau bukan muka wajib aku yang kena pegi rompak ayam KFC dan Pizza tengahari tu. Selalu tag team dengan Shima, semalam Shima sibuk wrap hadiah, jadi b temankan. Bagus jugak. Ada jugak orang tolong angkat barang. Kalau dengan Shima, mau terkial-kial jugak macam selalu. Hehe.

Mula-mula singgah KFC. Hangin sekejap dengan budak KFC yang ambil order. Sejak bila order tak boleh cancel pun tak tahulah aku. Siap buat ayat perli tu. "Tadi saya dah suggest ini.. ini.. tak nak. Tak boleh cancel dah. Dah key in banyak ni." Siap cakap 2-3 kali lagi ayat tu. Mau aku tak berapi. Aku dah start nak argue dah.. err.. dah memang tengah argue pun, tapi b cakap tak payah, dahla nak cepat kejar masa.. ada hati nak gaduh dengan orang lagi. Argh. Tak puas hati betul. Budak KFC tu buat muka bodoh je. Lagi sakit hati. Tapi sabar je la. Sempat jugak tengok name tag dia. Siap la. Aku tau la apa nak buat. Lepas tu baru singgah Pizza Hut & The Store beli pizza dan sunquick oren merah. Makan-makan tu buat simple je, tapi cukuplah meriahnya. Macam biasa, diorang cuma tinggalkan tulang ayam dan kotak pizza, dan botol sos kosong lepas makan. Memang budak-budak ni pelahap betul. Hehe.

Petangnya terus bergegas ke PJ rumah Cik Yah, ada makan-makan lagi satu keluarga. Sepupu-sepupu saudara mara rapat memang dijemput. Teh Lah sekeluarga + menantu dan cucu, Ayah Man sekeluarga + menantu + cucu, Chor sekeluarga, Mak Ngah Ayah Ngah, Abang Mat sekeluarga, famili aku, famili Cik Yah... campur tolak dalam 50+ yang ada semalam. Itu pun belum cukup korum lagi. Keluarga di Terengganu ramai lagi yang tak ada. Yang datang ni pun baru takat keluarga adik beradik mak. Dua pupu rapat pun belum dijemput. Sudah lebih 50. Bayangkan betapa besarnya keluarga aku.

Kalau memang rapat dengan saudara-mara, memang seronok bila berjumpa. Riuh rendah rumah dibuatnya. Solat Maghrib berjemaah, Solat Sunat, Bacaan Yasin dan terus Solat Isyak berjemaah. Lama tak berkumpul ramai-ramai macam ni. Selalu kalau buat tahlil kat Terengganu. Aku jarang ada. Lepas Isyak, semua serbu meja makan. Mak Ngah Ayah Ngah masak Nasi Bukhari paling best dalam dunia. Aku sorang tambah dua pinggan hahaha. Ada juga kek dan buah-buah. Memang best gila. Sampai akhir majlis, semua habis. Licin. Inilah seronoknya kalau ada majlis dengan keluarga. Seronoknya bila makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku memasak. Semuanya expert. Peerghh. Seronok kan ada keluarga yang sukakan makanan? :)

Dan oh. Najwa (anak Chor), sepupu aku yang kerja di KFC Shah Alam (Asst. Mgr) pun datang juga. Tayang Kelisa baru lagi. Aku teringat kes tengahari tadi, jadi terus aku cerita kat dia. Hahah. Tak puas hati betul. Dan ya, aku memang betul. Memang la order boleh cancel, saja dia malas Wa cakap. Aku pun apa lagi. Cerita detail terus aah. Siap bagi nama staff KFC yang perli aku tu lagi. Hahahaha. Wa cakap sepatutnya staff tu tak boleh buat macam tu, kira rude la tu. Dia tanya kenapa aku tak panggil je Manager dia. Aku cakap tak sempat nak gaduh pun hahahahah. Wa cakap nanti dia cakap dengan Manager KFC kat situ. Tak boleh main-main dengan customer complaint katanya. Hah! Habislah budak tu. Memang patut kena tegur pun. Ada ke patut cakap dengan customer macam tu.

11.30 malam bertolak dari PJ ke Puchong. Bayangkan letih aku macamana semalam. Pagi struggle dengan grill bodoh, petang struggle balik PJ, malam struggle balik Puchong. Memang letih. Bawak kereta ke Klang pagi tadi pun rasa macam susah gila nak tahan mata dari tertutup. Ngantuknya Tuhan je tahu. Pagi tadi bangun awal, tapi itupun sebab mak kejut hahah. Subuh aku pun dah 6.45 tadi ahhaha. Tanya Afiqah sebelum pegi kerja, "Cik Miyyah nak pegi kedai balik kerja nanti. Afiqah nak pesan beli apa?" Haha. Lama budak kecik tu fikir haha. Aku expect dia nakkan aiskrim ke, Mc Donald ke.. sebab selalu itu yang dia sebut. Sekali dia cakap... "Fiqa nak cd Power Puff Girls." Hahahha. Abislah aku. High taste la pulak budak kecik tu. Lain kali confirm tak nak tanya lagi hahahahaha.

Thursday, March 17, 2005

Tragedi pagi Khamis.

This must be the worst week of my life. You will never believe what happened to me just now.

I arrived at the office at exactly 10.07 am. Yeah. I was, of course, an hour late. None of you would ever guess what I've gone through for the last hour. I'm short of breath. I need to take a deep breath in telling the tale.

T-a-k-i-n-g a d-e-e-p b-r-e-a-t-h.

Safely arrived at the office with everyone kept looking at me with shocked.

"WHERE HAVE YOU BEENNNNN????"

"BOSS WAS LOOKING FOR YOUUU!!!"

"MIYYAH WHAT HAPPENED TO YOU???"

"MANA KO PEGIII????"

"BOS SURUH SAB DENGAN SHIMA PEGI CARI KO TAU TAK???"

Its a long story. I left my phone at the office yesterday afternoon, kecoh nak gi management meeting kat PJ. So I can't call the office this morning to tell that I'm gonna be late. And the next thing I know, the whole world was searching for me.

Met Shima & Sab on their way to look for me at home.
The office called Cik Yah's house in quest to locate me.
They said the boss was very worried and asked them weird questions (such as do I have boyfriend(again!), did he used to beat me up etc - yeah, he never get the idea!)
Kak Yong called twice asking what had happened as Cik Yah called her.
And Rapie bombarded me with questions at YM, curious why I was not online for two days. Haha. He would never understand that I was in my worst mood these few days and refused to talk to anyone for any matter.

Haha. Gila punya kecoh aku datang lambat. And I just told boss that my car broke down. Even if its not. He won't understand what had happened. Its too complicated to explain haha.

I woke up very early in the morning, to do final touch for Sab's greenish farewell card (Today's her last day. Sab loves green, just like me and we always argued on who'd get married first as we both want green for our wedding theme hahah).

Ni aku fedap ni. Semua yang lalu depan meja aku tanya kenapa aku lambat hari ni. Argh!

Lets cut the story short.

I was late to the office because I was locked in my own house.
I left my keys in the car.
One of the housemates decided that someone might broke into our house with me in it.
She then took the idea seriously and locked the grill while I was still in my room.
I spent 1/2 an hour struggling to find keys for front & back door but failed.
I spent another 15 minutes trying to find someone to get my keys from the car.
Finally found two boys to help out, but they also failed to find the keys in the car.
I managed to unlock the dapur door (mangga je) but failed to unlock the grill. Aargh!
I hurt my fingers trying to unlock the grill with different sets of keys. Still failed.
I hate cats. Manja and her kids (Julian, Juliet, Baby) were miauuuing every second and I had goosebumps every time they shrieked. Aargh! Did I ever tell that I'm allergic to kittens? Geli.
So finally I did this.

This is how the original grill looked like.
Image hosted by Photobucket.com

This is what I did to the grill.
Image hosted by Photobucket.com

This is how the altered version of the grill looked like.
Image hosted by Photobucket.com

This is how the grill looked like when I finally managed to sneaked out from the evil house and altered back the grill to its original version.
Image hosted by Photobucket.com

Tadaa!! Magic I tell u hahahaha. Cool eh. Boleh jadi Mc Gyver aku ni. Penat gila kau tahu tak. Itu belum masuk sakit jari, tangan, lengan kaki nak alter grill tu lagi. Usah ditanya tentang tension, sakit hati, risau, bosan yang memang confirm lagi merosakkan mood aku. Aargh. Bos aku pun satu. Ingat kes dia ingat aku kena belasah dengan bf aku tu? Aku rasa dia tak puas hati la jawapan aku hari tu. Sebab tadi aku lambat dia kecoh tanya Shima aku ada boyfriend ke tak. Dia ingat jadi apa2 kat aku ke.. ingat aku kena belasah lagi ke apa. Gila! Dia ingat muka aku macam muka orang kena belasah apa? Lagi best pada makcik aku ni. Kurang-kurang makcik2 aku ingat aku sakit je... bos aku ingat aku kena belasah terus. Hahhahahahahaha.

And oh. Aku lupa nak cakap. Kunci tu sebenarnya ada dalam kereta. Budak2 yang aku suruh cari tu tak jumpa.

*Sigh*. Wat a bad-bad day.

Wednesday, March 16, 2005

Kalau aku bising-bising, itu tandanya aku bising-bising. Aku tak marah.
Kalau aku jerit-jerit, itu tandanya aku jerit-jerit. Bukan aku marah.
Kalau aku bertekak-tekak, itu tandanya aku bertekak-tekak. Aku tak marah.
Kalau aku dah rupa macam singa lapar, itu baru aku marah.
Kalau aku diam tak bercakap, itu baru aku marah.
Kalau aku buat bodoh bila orang tanya, betul aku marah.
Kalau aku cuma jawan sepatah bila ada soalan, itu betul aku marah.
Kalau aku senyum ketawa-ketawa tapi tangan aku menggigil, itu memang aku marah.
Kalau aku dengan tangan menggigil terus menaip pagi-pagi dah masuk entry blog walaupun beban kerja menggunung di meja, itu aku betul-betul tengah menahan sabar.

Tahu tak sabar itu memenatkan? Penat nak melayan kerenah manusia yang tak reti bahasa dan masih perlu sabar. Letih nak berlakon masih senyum senyum ketawa ketawa walaupun badan aku dah menggigil menahan sabar. Penat tau tak. Penat.

Sabar aku bukan macam sabar orang lain. Sabar aku makan diri sendiri. Marahkan orang, diri sendiri yang tertekan. Pressure dengan orang lain, diri sendiri yang jadi mangsa. Sabar orang lain macam gunung berapi. Lama-lama meletup. Sabar aku agaknya gunung berapi mati. Tak meletup-letup. Agaknya larva tak keluar, dia pendam dalam gunung. Sebab tu dia panggil gunung berapi mati kot. Entah. Agaknya aku pun nak jadi macam gunung berapi. Mati.

Aku depressive. Emosional. Sensitif. Tertekan. Tapi orang tak nampak. Orang nampak aku hari-hari gembira. Ada orang pernah cakap bila dengan aku cepat hepi sebab aku macam orang takde masalah. Hah! Kelakar. Orang nampak hari-hari aku bercakap tak berhenti. Orang nampak kalau aku tertekan pun aku masih boleh bergelak ketawa macam tak ada apa-apa. Orang nampak kalau aku cerita masalah pun aku boleh senyum-senyum ketawa-ketawa juga. Bestnya jadi aku.

Yang orang tak tahu bila aku tertekan, aku marah diri sendiri. Aku tak marah orang lain. Bila aku emosional, aku menangis dalam bilik, dalam toilet, depan cermin, tengah baca buku, sebelum tidur, bangun tidur, depan komputer. Semua tempat aku boleh jadi gila kecuali bila depan orang.

Cubalah jadi aku untuk sehari. Baru tau langit tinggi rendah.

Tuesday, March 15, 2005

Image hosted by Photobucket.com


Cantik kan?

Dah berkenan gila-gila dah dengan baju ala kimono ni. Kalau lengan tu aku kecilkan sikit (supaya kalau aku nak makan tak menyusahkan hidup), dan adjustkan bawah dia jadi senget sebelah sikit.. dan mengikut saiz aku..ok kan? Takdelah grand melampau-lampau.

Cantik.

Aku ingat nak cari baju macam ni. Kalau tak jumpa, aku beli je kain hantar jahit. Lagi jimat. 2 minggu lagi company buat dinner lagi.. tak tahulah.. hari tu dah sekali, ini ada lagi. Diorang cakap dinner lepas untuk budak2 sales & stock sahaja patutnya, dinner kali ni untuk semua. Dan kalau dulu kitorang dipaksa dan terpaksa pakai baju t-shirt company, dinner kali ni berpeluang untuk melaram habis-habisan. Haha.

Bukan kebiasaan aku cari baju tiap kali ada occassion. Selalunya aku beli baju simple yang boleh pakai pegi ofis. Sayang kalau beli baju mahal-mahal dan bersinar-sinar penuh glemer murahan kalau cuma pakai sekali dua. Rugi. Pergi kenduri kawin pun aku recycle baju sama je hahaha. Tapi kena pastikan yang datang wedding tu bukan orang yang sama dah laa.. hehee. Dah lama jugak tak buat baju baru. Baju terakhir yang aku beli di Reject Shop bulan lepas. Hahhaha. Warna putih yang nampak mahal padahal aku beli dengan harga reject termasuk lepas diskaun 20%. Bagus kan?

Aku dah berkenan baju ni. Sebab baju ni cantik. Hitam itu menawan. Bunga-bunga kecil dia manis dipandang. Dan sebab perempuan dalam gambar ni tengah duduk. Sebab tu gambar ni cantik (walaupun dia duduk tak beradab haha). :) Sebab bila dia duduk dan tetap nampak cantik boleh jadi bukti bahawa orang-orang pendek macam aku pun boleh pakai baju macam ni hahaha (dan sebab tu juga aku harus kecilkan lengan dia). Dan lepas tu boleh pakai pegi ofis juga.

Cantik tak?

Tak tahulah. Perempuan tu lawa. Orang lawa pakai apa-apapun lawa. Aku tak lawa. Pakai apa-apa pun tetap tak lawa. Pakai kasut 3-4 inci pun kalau pendek, pendek juga. Pakai baju labuci penuh satu badan pun, kalau hodoh, hodoh juga. Kalau muka macam orang sakit, muka orang sakit juga. Pakai mekap sepuluh inci pun tetap muka orang sakit.

Sasau aku hari-hari macam ni.

Monday, March 14, 2005

Kau kenal aku kan. Kau tahu aku macamana kan. Kau tahu aku kuat makan kan. Kau tahu aku tak boleh hidup tanpa makanan. Kau tahu kan tak pernah seumur hidup aku diet dari makan. Kau tahu macamana aku makan. Kau tahu banyak mana aku boleh makan. Kau tahu semua kawan-kawan cakap perut aku macam perut dinasour. Macam-macam aku isi. Bila orang lain dah berhenti makan pun aku masih tetap mengunyah. Kau tahu macamana kan. Kalau kau baca balik apa yang pernah aku tulis dari dulu sampai sekarang, kau tahu aku macamana kan. Kau tahu selera makan aku tak setaraf dengan saiz badan aku.

Kalau masih tak percaya tanya kawan-kawan sepejabat dengan aku. Tiap-tiap hari ada saja yang geleng kepala bila tengok aku mengunyah dari pagi sampai malam. Lepas breakfast makan biskut. Lepas tu siap curi breakfast orang lain. Tengahari makan lagi. Lepas makan nasi, aku mengunyah goreng pisang lagi. Dan kuih-muih lagi. Petang tak ada makanan pun aku sanggup makan biskut. Balik rumah makan lagi. Sambil tengok tv pun aku makan lagi. Kalau makan nasi di rumah, sekurang-kurangnya 2 pinggan aku punya seorang.

Tak cukup lagikah????

Air pun bukan aku kurang. Mereka cakap perlu minum 8 gelas air sehari. Aku minum pun dah berbelas-belas gelas sehari. Air manis, air kosong, air barli, len che kang.. semua air aku boleh minum. Kalau pegi kedai makan, aku wajib order 2 gelas air. Satu air manis dan satu air kosong. WAJIB. Tak boleh tidak. Itu pun selalunya tak cukup. Selalu curik air orang lain. Itu kalau pegi kedai. Kalau kat ofis, kat rumah, kau tak tahu berapa gelen air aku telan setiap hari.

Tak cukup lagikah?????????

Aku dah penat nak cakap pada mereka yang aku tak apa-apa. Aku pun tak boleh buat apa-apa kalau mereka tak mahu percaya. Aku cukup makan. Terlebih cukup makan adalah. Air pun cukup rasanya.

Bila isu aku makin kurus diperbesar-besarkan, aku jadi rimas. Tak selesa bila Mak Ngah cakap dia terkejut tengok muka aku pucat, walaupun masa tu aku pakai lipstik. Takut bila Mak Teh Lah bagitahu Kak As risau tengok aku makin mengecil, dia ingat aku makan pil diet. Cik Yah dah 3-4 kali bersoal jawab dengan aku, tanya betul ke aku cukup makan. Atau aku telan pil. Atau aku dalam medication. Atau aku muntahkan balik apa aku makan.

Berapa kali aku nak cakap??? Aku OK. Aku cukup makan. Aku cukup air. Aku tak muntahkan balik apa aku makan. Dan untuk seorang W N*jmiyyah, semua orang tahu mustahil aku diet. Ever. In fact, I really enjoy food. And everybody knows that! Berat aku berkurang pun, tak sampai tahap membimbangkan lagi. Ini masih normal untuk ketinggian aku sekarang. M

Tapi aku harus mengaku yangg aku jadi takut, jadi risau bila suara-suara tu menegur. Mata aku lesulah. Muka aku muka orang sakitlah. Dan bila Cik Yah tanya, berapa kali sehari aku buang air besar... aku jadi cuak. Aku ke tandas sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Normal sekarang 3-4 kali. Hari ni, sampai pukul 6.30 petang ni dah 3 kali aku ke toilet buang air besar sahaja. Dan sekejap lagi rasanya harus ke toilet lagi ni.

Erm.
Ok. Lepas tu aku dah panik.

Aku panik bila Cik Yah cakap itu tak normal. Aku panik bila semua orang cakap aku bukan kurus biasa. Aku panik bila semua cakap muka aku macam muka orang sakit. Aku panik bila Cik Yah & Ayah Cik mintak permission aku nak bagitahu ayah. Dan nak ajak ayah bawak aku jumpa specialist bila ayah datang 16hb nanti. Aku panik bila mereka cakap macam betul-betul nak bawak aku jumpa doktor. Gila! Bila masa pulak aku sakit???? Aku makan ok. Minum ok. Tidur ok. Ok lah, tidur mungkin ada jugak sesekali aku skip waktu asal, tapi stil ok wat.. Letih memang biasalah. Itu normal lagi rasanya. Aku balik kerja malam pun rasanya tak stress teruk. Masalah kecik-kecik tu biasalah. Jadi bila masa aku sakit????

Aku panik sampai tak boleh tidur malam semalam. Sampai aku berpusing-pusing merata ceruk rumah. Sampai aku menangis sambil nak tunggu mata mengantuk. Dan terbawa-bawa emosi sampai ke hari ini. Dan dengan beban masalah yang bertimpa-timpa datangnya, aku jadi tertekan sangat-sangat. Dan takut. Dan risau. Dan cuak. Dan aku jadi extra sensitif lagi hari ini.

Pressure.
Stress.
Depressed again.

Friday, March 11, 2005

Aku mula menaip pada 7.46 malam. Masih ada 6-7 orang yang masih setia menjadi penunggu ofis. Aku baru siapkan weekly meeting minutes jadi sebelum aku fotokopi dan fakskan kepada semua yang terbabit, aku ambil masa untuk masukkan entry blog. Lepas ni nak terus ke Puchong. Kak Yong & keluarga ke Penang jadi malam ni aku perlu temankan Kak Yatmi sorang-sorang kat rumah.

Esok ada kenduri. Lusa pun ada kenduri. Esok kenduri kawin Kak Nina Mak Ani di Kelana Jaya. Hari Ahad pun harus berkampung di rumah Cik Yah untuk majlis bertunang Nadzir. Pun berangkat ke Kelana Jaya juga.

Dan untuk dua hari ini, aku perlu siapkan diri dengan segala perisai yang ada. Aku perlu bertarung sendirian kali ini. Ayah dan Mak di Terengganu untuk kenduri Nadiah. Cuma aku dan Asyraf wakil keluarga untuk kenduri di sini. Tanpa ayah mak, siapa lagi nak pertahankan aku kalau kena serang dengan saudara mara lagi?

Aku perlukan perisai yang kuat yang boleh menangkis semua soalan-soalan mencabar minda dari mereka yang aku tahu tetap akan muncul esok lusa. Aku perlukan kapas penyumbat telinga yang tebal supaya boleh bertahan dengan suara-suara yang menyakitkan dan aku juga perlukan mekap yang tebal untuk cover ekspresi muka aku. :P Berperang habis-habisan ni. Hahahahah

Aku dah tak tahu apa lagi nak dicakapkan kalau mereka tanya. Aku dah terlalu penat nak menjawab soalan-soalan "Bila lagi" mereka tu. Dan rasa macam mereka seolah-olah tunggu masa je nak biarkan rasa serba salah menghantui diri. Sukarnya kan? Tak boleh nak salahkan mereka juga... selagi aku masih bebas dari ikatan, selagi aku masih bermaharajalela seorang diri, selagi itu aku harus hidup dengan soalan-soalan "Bila Lagi" mereka. :)

Dan doakan aku masih tak tercedera terkena tembakan2 berbisa tu. Sebelum2 ni boleh juga aku tepis-tepis, tapi lama mana stamina tepis-tepis aku boleh bertahan? Doakan sajalah... :)

Thursday, March 10, 2005

rokaw*san : duk KL ni mcm takdok kehidupang
rokaw*san : xdok life
miyyah : lepas belajor dulu beria nok keje kl
miyyah : dapat keje sini.. baru rasa nok balik kg
rokaw*san : idup utk kije cari pitih je dok
miyyah : betul.. xdok life langsung
miyyah : gi keje.. balik malam
miyyah : esok gi keje balik..
rokaw*san : kalu duduk tranung, lega raser
rokaw*san : rasa sehari tu, byk benda buleh buat
rokaw*san : duduk KL, rasa mcm skejap je masa berlalu
rokaw*san : kesimpulan? balik la mekk..
rokaw*san : ehheehe..
miyyah : hahahahaa
rokaw*san : ujang emas dinegeri org, ujang batu di kapung kite..
miyyah : macam bunyi ayat mok saye je
miyyah : suruh balik jaga rumoh hahahaha

Mungkin betul apa dia cakap. Hujan emas di negeri orang. Hujan ribut taufan kat kampung sendiri pun, kampung sendiri juga yang jadi pilihan. Mengembaralah jauh mana sekalipun, bermastautinlah di rantau orang lama mana sekalipun, tapi kampung halaman sentiasa di hati. Bila ada yang bertanya asal usul aku, ada semacam rasa bangga mengaku yang aku ini orang kampung. Kampung aku di hujung bandar Kuala Terengganu. Aku orang pulau. Darah aku darah orang pulau. Bangga kau tahu...

Biarlah kampung aku tak semewah Kuala Lumpur, biarlah kampung aku tak sebesar Petaling Jaya atau Shah Alam, biarlah kampung aku tak ada KLCC atau Mid Valley.. tapi keseronokan hidup di bandar besar macam KL ni tak pernah sama dengan keseronokan tiap kali pulang ke kampung. Jauh sangat bezanya.

Kuala Terengganu bukan bandar besar. Pembangunan pun tak seberapa. Apa ada di bandar Kuala Terengganu? Shopping complex paling besar pun cuma ada satu escalator.. itu pun kalau nak turun tetapi kena turun tangga. Panggung wayang tak ada. Mc Donald pun tak ada. Kedai-kedai buku pun memang tak banyak pilihan. Kereta-kereta pun tak banyak atas jalan.

Untuk aku yang suka berjalan merewang-rewang ke shopping complex tanpa arah tuju, aku yang suka keluar masuk panggung wayang kalau ada cerita baru keluar panggung, aku yang suka berkabung berjam-jam lamanya dalam MPH atau Kinokuniya.. seharusnya bandar sekecil itu tak sesuai untuk aku.

Aku tak tahu. Kau tahu apa rasanya bila rindu pada kampung halaman? Rindu pada rumahku syurgaku yang tak seberapa untuk orang lain tapi mahligai untuk aku. Rindu pada bilik aku yang dah macam stor baju dan tilam dan bantal. Rindu pada kerusi bulat yang besar di ruang tamu. Rindu pada toilet belakang yang selalu tersumbat. Rindu pada bunyi-bunyi senapang yang sedang menembak tupai. Rindu pada kesegaran udara pagi yang kemudiannya harum dengan bau lembu yang sedang melepas di rumah depan. Rindu pada rimbun buluh yang masih teguh berdiri di seberang jalan dari awal kami pindah ke situ. Rindu nak bagi salam pada ahli kubur di belakang rumah. Rindu pada jalan-jalan yang berhabuk dan berlopak digilis lori ayam yang keluar masuk kampung. Rindu pada van ayah yang mengaum kuat tiap-tiap kali aku nak start. Rindu pada kedai Happy Time sebelah masjid tempat kami beli barang-barang dapur. Rindu nak pegi rumah Mak Teh Lah di sebelah pagar sekolah Gong Kapas tempat aku membesar menjadi perempuan sihat dan kuat. Rindu pada Sabasun hypermart yang popularnya mengalahkan My Din. Rindu pada sekolah lama di Jalan Budiman. Rindu pada bandar kecil Kuala Terengganu.

Sehebat manapun Kuala Lumpur, nafas Kuala Terengganu masih kukuh dalam jiwa aku.

Wednesday, March 09, 2005

aku rasa muka aku dah pucat tak berdarah.
rasa nak pengsan pun ada.
rasa nak pitam pun banyak kali.
mintak-mintak dia tak nampak.
mintak-mintak dia tak nampak.
mintak-mintak dia tak nampak.
mintak-mintak dia tak nampak.
mintak-mintak dia tak nampak.
mintak-mintak dia tak nampak.
mintak-mintak dia tak nampak.
mintak-mintak dia tak nampak.
mintak-mintak dia tak nampak.
mintak-mintak dia tak nampak.
ya Allah janganlah dia nampak.
ya Allah kalau dia nampak pun mintak-mintak dia tak tahu apa-apa.
mintak-mintak dia tak perasan.
mintak-mintak dia tak faham.
mintak-mintak dia tak ingat apa-apa.
mintak-mintak dia tak tahu apa-apa.
kalau tak aku tak tahu apa aku nak buat lepas ni.
macamana aku nak berhadapan dengan dia hari-hari.
macamana aku nak cakap dengan dia lagi.
rasa macam nak pitam.
nak pitam.
nak pitam.
nak pitam.
mana aku nak campak muka ni kalau dia betul dia tahu.
oh tidakkkkkkkkkkkkkk.
malunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aku nak balik awal hari ni.
5.30 terus balik.
pertama kali aku balik awal dalam 3-4 bulan terakhir ni.
cepatlah 5.30 sampai!

Tuesday, March 08, 2005

Image hosted by Photobucket.com


Ini hidup aku 10 tahun dulu. Hidup yang cuma risaukan kerja rumah yang tak siap, ujian yang akan datang, cinta monyet, dan hidup memberontak cari kebebasan dari ayahbonda. Hidup yang hari-harinya penuh dengan hari ceria.

Macam yang dapat dilihat, aku terselit di hujung sebelah kiri pintu belakang, seorang diri. Kelas aku (5 Daud '95) ada 31 orang semuanya, 12 lelaki dan 19 perempuan. Aku yang ke 19 jadi aku jadi gadis pingitan hahaha. Meja sebelah jadi tempat aku letak barang aku. Kurang-kurang dapat satu meja extra hehehe. Itu juga tempat budak2 datang mintak kaunseling kalau gaduh dengan partner meja masing2 ehehe.

Inilah kehidupan aku dulu. Seronoknya bukan main sebab baris aku semuanya budak2 pandai (kecuali aku hahaha) jadi kalau buat kuiz ke apa, selalu cikgu bahagikan kumpulan mengikut barisan. Selalunya barisan aku menang la. Hehe. Budak no. 1 dalam kelas kat depan sekali hhehehehe. Selalunya kalau kelas Akaunlah paling seronok. Dengan cikgu Zainal yang best, selalunya kitorang selalu selamat dari kena rotan hahaha.

Sekarang masing-masing dah dewasa. Masing-masing dah bawa diri. Zaman dulu bukan zaman email atau zaman internet jadi impaknya sekarang sukar bebenar nak terus berhubung. Tadi bila tia-tiba semuanya muncul balik dalam hidup aku... seronoknya lain macam. Suka hati sangat-sangat. Sekurang-kurangnya mengurangkan rasa tertekan sekarang. Semalam Rapie muncul, hari ni Eli. Maunya aku tak seronok. Asyik ketawa je hari ni. :)

Dah 10 tahun berlalu. Sekarang bila jumpa balik macam2 cerita yang perlu diupdate. Seronok juga dengar kejayaan kawan2. Berkongsi juga cerita duka mereka yang telah pergi.

Suhaili sekarang dah kerja di KL, Accounts jugak dan Rapie cakap dah jadi kasanova yang berjaya hahah.

Aswadi dah balik dari Mesir, dah jadi ustaz.

Duyong sekarang di Petronas, Melaka.

Ashrouf pun dah kerja di PJ, Accounts jugak.

Kak Nor dah jadi cikgu.

Che Ana pun dah jadi cikgu.

Rapie dah ada business batik sendiri. Dah nak dapat anak pun.

Pa dah jadi careerwoman yang berjaya. Dah ke Korea dan mana2 dah.

Eli sambung buat masters. Inilah kawan aku yang paling lama dari sek. rendah, menengah sampai masuk u pun sama2. Lepas grad 2 tahun baru jumpa dia balik. Seronok kan?

Yang lelakinya cuma Rapie dah kawin. Yang perempuannya dah makin ramai berumahtangga. Yang lain masih mengejar cita-cita. Seronoknya kalau dapat jumpa semua orang balik. Aku betul2 rindu. Jumpa Rapie & Eli pun ada dah buat aku gembira sangat-sangat... apatah lagi kalau jumpa orang lain...

Rindunya zaman sekolah!

(esok aku edit gambar jadi lawa)

Monday, March 07, 2005

Cuaca sekarang panas terik. Tapi kadang-kadang bila kita tak jangka, tiba-tiba je petang hujan. Bila kita tunggu-tunggu hujan, sampai 2-3 hari pun langsung tak nampak bayang. Tapi bila kita tak tunggu, di luar jangkaan pun hujan boleh datang mencurah. Sekejap pagi, sekejap petang, sekejap malam. Sekejap tak ada langsung. Berubah-ubah. Sekelip mata kau berubah kata lagu Lestari masa aku Tingkatan 5 dulu.

Bila keadaan cuaca sukar dijangka, kita boleh cepat sangat jatuh sakit. Suhu badan pun cepat terkejut dan kadang-kadang keliru sampai boleh buat kita demam.

Macam aku. Panas terik yang darjahnya sampai 40 darjah pun tiba-tiba sekejap saja boleh hujan. Dan tiba-tiba boleh panas balik. Suhu dalam diri aku cepat sangat berubah sekarang sampai aku keliru dan tak tahu apa lagi yang aku rasa. Atau yang perlu aku rasa.

Satu hujung minggu yang berubah-ubah rasanya.

Untuk Elin, terima kasih atas majlis Khilfi yang meriah dan yang penuh dengan makanan Terengganu yang aku dah lama tak makan. I luurrrvee the party so much! Terima kasih kerana buat kami semua kekenyangan di petang Sabtu. :)

Untuk Tita, terima kasih kerana temankan aku. Tapi aku tetap hangin pasal email tu. Dan ko masih belum jawab kenapa email aku susah sangat ko nak antar sedangkan email orang lain boleh. Hangin lagi ni. :P

Untuk Daun, Khalil, G & fiance, terima kasih kerana buat aku ketawa terbahak-bahak di petang Sabtu. Dah lama gila aku tak gelak terlampau macam tu. Seronok jumpa korang. Kalau nak berparti liar lagi, jangan lupa jemput aku jadi tukang makan. Heheh. Looking forward to meet u guys again!

Untuk Syaer & Muhammad Afif Wildan yang lincah, terima kasih kerana temankan aku cari kekuatan aku balik dalam kau tak sedar. Walau aku tak pasti dah jumpa ke belum, terima kasih kerana kau banyak tolong aku. Terima kasih kerana mampu luahkan apa yang aku tak mampu katakan. Terima kasih.

Untuk Azam, Yat & Muhammad Nizar Raif yang comel, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada hidup aku. Terima kasih kerana masih izinkan aku jadi sebahagian daripada hidup kalian. Terima kasih kerana masih mahu berkongsi bahagia ini.

Untuk Jack & adinda tercinta, nanti kenduri jangan lupa jemput. Kita mesti pegi walau kat manapun kenduri awak buat.

Untuk Mak, kita mahu jadi anak yang baik Mak. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Kita tak nak bantah apa mak cakap. Kita tak nak buat apa-apa pun yang boleh lukakan hati Mak.

Untuk Ayah, kita susun sepuluh jari mohon ampun pada Ayah. Kita nak jadi anak Ayah yang baik. Kita tak nak jadi anak derhaka.. kita sayang Ayah. Sayang sangat-sangat.

Untuk Rapie, terima kasih kawan kerana muncul balik dalam hidup aku. :) Dah lama giler aku tak jumpa budak-budak 5 Daud 95. Terima kasih kerana ceriakan pagi Isnin aku!

Untuk Iza, terima kasih kerana masih setia hantar ym pada aku, walaupun dalam 10 ym yang kau hantar aku baru balas satu hehe. Dan terima kasih juga kerana benarkan aku susahkan hidup kau dengan bagi yahoo id ko kat Rapie hehehe.

Untuk budak-budak ofis aku, terima kasih kerana memahami mood aku yang bersimpang siur hari ini. Terima kasih juga kerana masih merelakan aku untuk menyusahkan hidup korang lagi. :)

Untuk mereka-mereka ini, terima kasih kerana mewarnakan hujung minggu aku dan hari ini.

Saturday, March 05, 2005

Pagi-pagi buta bos dah panggil aku masuk dalam bilik dia. Mula-mula dia tanya nombor N*za Bikes di PJ, lepas tu dia tiba-tiba pandang aku semacam. Cuak jugak. Dan tiba-tiba dia tanya...

"Are you going out with your boyfriend Miyyah?"

Confuse kejap aku. Dalam hati aku ni melaram sangat ke hari ni? Tak rasa pulak.. aku pakai normal macam hari2 biasa. Agaknya lipstik aku terrrterang sikit kot sampai ingat aku nak keluar dating hari ni.

"Huh?" Aku jawab. Tak faham soalan dia, dan tak faham kenapa dia tanya.

"Do you have boyfriend Miyyah?"

"No."

"Are you going out with someone?"

"Err... yes"

Haha. I have no idea why I said that but that time aku ingat dia tanya aku nak kuar dengan sape2 ke hari ni. Memang le hari ni keluar dengan Tita nak gi birthday party Khilfi. Hahahahahah. Lepas tu baru aku teringat dan dah paham tapi lantak la. Hahahahah. Bagus jugak kalau dia tahu aku dah ada boyfriend. Nanti nak mintak cuti ke apa senang sikit nak kelentong ke apa kan ahnahahahahhahahahaha!!!!! Lepas tu dia tanya lagi...

"Has he beaten you up?"

"HUH????"

Gila punya soalan! Apa bos aku ni????

"Has he beaten you up??"

"Noo. Of course not!"

"Are you sure he hasn't beaten you up? You really sure? Don't lie to me."

"No-lah bos!"

"Then why is your mouth swollen??"

"Ooohh. No-lah bos. I have ulcers in my mouth."

"Are you sure??"

Berapa kali daaa mau tanya. Penat aku menjawab tak tapi dia macam tak percaya. Dan memang bibir aku bengkak sikit kat tepi atas sebelah kiri sebab ulcer besar kat tepi tu. Baru pagi tadi letak garam yang pedihnya macam nak menangis, siap kumur air garam lagi pulak tu. Pedih giler mulut!

"You really sure he hasn't beaten you up? This is not the first time I've seen your mouth swollen."

"I have problem with mouth ulcers, bos. I memang selalu kena ulcers."

Yang kelakarnya, aku siap tunjuk ulcer dalam mulut tu haahahhahaha. Dia macam tak percaya tapi aku nak buat macamana lagi nak convincekan dia?? Hhahahahaha. Nak tergelak pun ada. Keluar-keluar bilik aku terus cerita kat Sab, mengekek kitorang ketawa. Mulut aku bengkak pun boleh jadi isu haahhhaha.

Aku memang selalu sangat kena ulcer. Dari zaman sekolah sampai sekarang, aku dah macam lali dah dengan ulcer yang tak serik-serik singgah kat mulut aku. Boleh katakan tiap2 bulan memang aku kena. Kalau kena ulcer tu bukannya satu, kurang-kurang pun dua dalam mulut. Rekod ulcer terbanyak dalam mulut aku.. 8. Hhahaahahaha. Orang lain kena satu ulcer pun susah giler nak bercakap, aku belasah je. Hhahhahaha. Cakap tetap cakap. Sakit ke, pedih ke.. itu jatuh nombor dua. Hhehehe.

Bayangkan tiap2 kali kena ulcer nak kena kumur air garam (aku tak suka letak bonjela! aku cuma kumur air garam). Penat giler. Pedihnya tak payah cakap la. Tu kadang-kadang aku belasah je. Malas nak letak. Duduklah kau dalam mulut aku. Peduli apa aku.

Agaknya sebab badan aku yang sentiasa panas kot. Panas dalam. Dalam aircond orang lain menggigil, tangan aku selalu jadi mangsa kena pegang, sebab tangan aku yang masih panas hahahaha. Kalau musim-musim cuaca panas yang tak menentu... lagilah. Macam cendawanlah ulcers tu tumbuh dalam mulut.

Hmmm... macamana ah nak buat? Aku dah penat struggle dengan ulcers dalam mulut ni. Dari kecik sampai besar.

Thursday, March 03, 2005

Semalam tak sempat masukkan entry blog sebab aku sibuk makan petang dengan enaknya. hehehe. Untungnya ada kawan-kawan yang suka makan macam aku. Dah macam kedai runcit dah ofis ni. Semua makanan ada. Semalam bergoreng pisang lagi. Siap panaskan dalam oven, ye la... makan panas-panas sedap. Aku keluar lunch lambat semalam. Pukul 3 baru balik ofis. Lepas Zohor, diorang hidangkan goreng pisang. Silaplah kalau letak depan aku hahahahaha.

"Miyyah bukan dah makan ke tadi?"
Aku angguk.
"Lunch kan?"
Aku angguk lagi. Aku senyum.
"Lunch makan apa?"
"Nasi..."
Dia geleng kepala.
"Baru makan nasi, ini makan goreng pisang lagi???"
Aku sengeh. Hehe.
"Kesianlah siapa kawin dengan Miyyah nanti..."
"Kenapa pulak?"
"Lari budget... budget makan je kurang-kurang RM 500.."

Aargghhh. Ada ke patut dia buat lawak macam tu?? Adilkah??? Tak baik betul..Hheheheh...

Semalam juga sibuk menyenaraikan jenis-jenis makanan dan kuih muih untuk dibeli. Hari ini ofis ada buat makan-makan, dan seperti biasa, akulah tukang beli, tukang sponsor kereta, tukang pilih makanan dan tukang makan juga hahahah. Ada orang cakap kat aku...

"Sekarang pukul 2... kalau miyyah makan... pukul 5 karang baru dia reti stop haahahha".

Tak. Sekarang dah pukul 5. Aku dah lama stop dah. Dari tadi lagi hehe. Cuma ada saki baki tembikai yang mereka letak atas meja depan aku hehehehe. Macam perli je... heh!

Budak2 kecoh kat belakang, sibuk cari geng nak main sukan-sukan macam zaman sekolah dulu. Yatee sibuk cari geng netball. Dah kumpul-kumpul budak-budak bawah dan budak-budak perempuan workshop untuk main netball. diorang ajak aku masuk geng. aku cakap kalau main netball, aku jadi pom-pom girl bolehlah. Netball pun tak tau main camne. Yang aku tau campak2 bola pastu jaring gol. Tapi nak jaringkan gol pun bukan aku pandai. Tiang gol tu terlalu tinggi untuk orang macam aku hahahaha.

Budak-budak lelaki sibuk juga kumpul-mengumpul hahaha. Diorang siap telefon kawan-kawan lain nak ajak main futsal. Hahaha. Aku pun kena ajak sekali. Muahahahaahahhaa. Futsal bolehlah aku cuba main. Sepak-menyepak ni aku pandai la. Dah selalu sangat menyepak orang hahahahahahahahah! Tapi bila tanya-tanya, tak cukup korum hahaha. Aku, Sab & Yatee je yang sanggup main hahaha. Yatee pun belum tentu lagi Abang Zul kasi. :P Diorang ajak main Sabtu ni, main dengan budak2 ofis je. Kalau ada geng perempuan bolehlah. Kalau main campur, aku seram. Hehe. Lagipun aku baru nak belajar main bola. Kalau kena belasah macamana? Hehe. Lagipun Sabtu dah janji dengan Tita nak pegi rumah Elin for Khilfi's birthday party . :)

Aah. Dan mengingatkan aku untuk email Tita tentang Sabtu ini, telefon Syaer untuk appointment ke rumah Adinda-Adinda tercinta Ahad ni, dan oh. Aku kena telefon Feeda untuk wish birthday dia hari ni. Happy 27th Birthday Feeda!

Tuesday, March 01, 2005

Aku nak bukak kedai aiskrim. Atau aku bukak kedai buku lepas tu buat Ice-kereng Corner.. perrrghhh nama klasik tu.

Best juga kan. Kedai buku merangkap kedai aiskrim. Aku sediakan semuanya home-made recipes- ice cream based. Hehe. Akan ada:

Miyyah Special Banana Split
Special Fruit Tale Ice-cream
Fried Ice-cream with Strawberry/Choc/Honey/Vanilla Sauce
Home Made Milkshake with Fruits/Biscuits/Sweets etc
ABC Special with Ice Cream Floating Ice Cream
Breadstick Ice Cream
Original Terengganu Ais-kreng Roti
Ice Cream Hot Cake
Extra special Ice Cream with hot baked muffins
Muffin Ice Cream Original

errr... list aku memang akan terus memanjang kalau aku teruskan hahahaa.

Aku kempunan nak makan ice-cream sebenarnya... balik ni nak gi bank lepas tu nak gi shopping ice-cream, pisang, choc rice etc untuk buat banana split... perrghh! Baru makan je Ahad baru ni kat rumah Kak Yong.. aiskrim pun tak habis lagi.. tapi teringin gila sekarang ni..! Aku tak kira... nak makan aiskrim jugak.. perghh!

Jangan lupa datang kedai aiskrim aku nanti tau...!