Monday, February 28, 2005

The dinner was great! I just love every moment of it hehehe. Great food, great time... memang gila2 enjoy. Gambar x scan lagi so nanti dah scan (petang2 kot lepas ofis hour) aku postkan gambar tu kat sini...hehe.

Aku sampai Holiday Villa Subang kul 7.30 so kitorang maghrib kat sana je. Aku, Shima & Hairul satu kereta. Masa baru sampai telefon melalak2.. semua orang cari kitorang tanya bila nak sampai haha. Bila dah masuk dewan tu, b tunggu betul2 depan pintu masuk, ushered us to our table. Meja kitorang dekat belakang, tengah2 so boleh nampak semua orang.

When the dinner's served, budak2 laki cam serbu makanan macam dah kebuluran gila, and b even knocked down piring kicap sampai tumpah masa nak ambil makanan. Clumsy giler! Hahaha. (ok that reminds me of me hahaah)

Lagi best, aku tak payah ambil makanan langsung. Suddenly ada orang sanggup layan aku macam vip hahahaha. makanan untuk aku semua dia ambilkan, siap tengah makan dia boleh tanya..."nak tambah lagi?", or "saya ambilkan lagi ya? tak cukup ni..".. memang aku tak payah bergerak langsung! Aku memang x biasa orang ambilkan aku makanan sebab aku suka ambil sendiri...(sebab boleh ambil banyak2 hahaha... ) but macam best la pulak orang layan camtu hahahaha. Dari appetizer sampai dessert dia ambilkan. Gila punya best!

The whole table kecoh giler.. sampai budak hotel yang bawakkan makanan tu pun senyum2 pasal letak je makanan terus hilang hahahha..!!! Memang ketawa dari awal sampai habis dinner hahahahaha... enjoy giler!!!

Ambil gambar pun cam gila2 bergambar... semua orang cam sporting gila n berebut2 nak bergambar! Dari kat meja, sampai depan sampai ke luar ambil gambar heheh. Kecoh lak tu. Memang semua orang cam nak lepas tension so memang cam nak enjoy dinner betul2. And we did enjoy the whole night..

Anyway b tak jadi baca my poem sebab start pun dah lambat (8.30 instead of 8) so cancel diornag cancel dia punya poem recitation. Bagus gak ah camtu, takde aah meleret dinner tu nanti (without the poem pun habis kul 1 pg). Aku gurau gak ngan dia cakap cam rugi aah jugak, penat2 kitorang pecah kepala buat poem sampai balik lambat malam2.. then he said "takpe.. tak jadi takpe. nanti saya nak tampal poem ni dalam bilik hehhehe." Aaawwwwhhh... isn't that sweet???

After the dinner, kitorang gi minum ramai2 kat ada restoran mamak kat luar hotel. Best gak aah sebab ada tv 29" kat situ tayang man utd lawan p'mouth. sempat tengok rooney's first gol. (yeay! aku letak rooney jadi captain team fantasy football aku) hehe. then balik klang (still aku, shima and hairul). sampai rumah dekat kul 3 pagi hahahaha. lama gila tak buat keje camni hahaha.

Overall, memang enjoy sangat2. I love the whole dinner thingy and memang enjoy giler ah.

hehe. am still in the happy mood, tho dah masuk keje. Pagi2 dah kena serbu sebab gambar dinner dah siap and sambung ketawa lagi. Petang ni xde meeting and my boss might be going to other meeting at pj so cam lagi best. hahaha. walaupun aku baru je lepas marah budak marketing hq pagi tadi sebab tanya soalan mencabar minda, tapi mood aku tetap ok. hehe.

Saturday, February 26, 2005

damn the phone. nak tukar pun budget dah lama lari. dan masa2 nazak macam ni dia buat hal lagi. argh.penat berlari ke sana sini. penat mengejar dan di kejar. dek dinner yang satu semua buat aku kelam kabut.

sekejap pegi sana.
eh. tak jadi.
patah balik.
eh. tukar balik.
eh. tukar rancangan.
balik plan asal.
eh. cancel lagi.
pegi sana balik.

aku dah penat berlari-lari. dan bos aku yang masih tak puas hati tu nakkan perubahan lagi dalam skrip MC tu. aargghhh. baru semalam aku bagitahu b, selagi malam dinner tu tak sampai, percayalah, skrip tu tetap akan diubah-ubah sesuka hati. dia tak percaya tapi sekali lagi aku berjaya buktikan bahawa aku dah terlampau masak dengan perangai bos yang m*ngkuk itu.

(oh. aku ada bagitahu ke semalam b cerita pasal gf dia?? hahahaha. ye. dia dah mula percaya kami boleh simpan rahsia dan buat pengakuan eksklusif hahaha.--err.. aku pulak yang curious nak tahu birthdate gf dia hahahahaahahhaha!)

kasihan juga tengok budak kecik yang tak berapa kecik tu pecah kepala buat macam2. aku bagitahu dia, bila kerja sini, perlu kuat semangat, kalau tidak stress cepat aje datang. aku nasihat dia, kerja, kerja juga tapi jangan sampai mati kerana company.

aku pesan pada dia, bila kerja di sini, banyak korban yang perlu dibuat. bila mereka tahu kita boleh buat kerja, macam-macam yang dia akan kerah kita buat. aku bagitahu lagi, dulu aku lagi teruk. semua aku buat sorang-sorang. business plan yang tebalnya mengalahkan thesis phd tu pun aku mati hidup balik pun buat sorang-sorang. bila ada nak buat speech ke, script ke, report ke, essay ke... aku tunggang terbalik sorang-sorang. tak tidur malam tu dah jadi lumrah. sama ada siapkan kerja sampai tak tidur, atau terlalu penat sampai tak boleh tidur. sekarang dia dah join the club. haha. lepas ini aku dah tak payah pecah kepala sorang-sorang lagi. aku dah ada geng hahah. lepas ni boleh sama-sama pecah kepala! :P

aku cakap lagi... "welcome to n*za". kami bagitahu dia, dia paling cepat dapat greeting tu. sebab masuk-masuk je terus ada event. dan mana-mana event kat company ni semuanya boleh buat orang gila. hahaha. dan untuk sebab itu kami dah mengalu-alukan kedatangan dia secara besar-besaran.

selamat datang. selamat menjadi sebahagian dari kami yang boleh mati kerana company.

Friday, February 25, 2005

Ringan rasanya kepala bila beban speech MC untuk Dinner tu ditarik dari hidup aku. Siapkan semuanya petang tadi dan sempat ketawa-ketawa dengan kawan-kawan ofis yang dilanda ketagih ym beberapa hari ni.

Esok malam ada Dinner yang ditunggu-tunggu. B dah masukkan nama aku dalam speech MC. Dia akan baca puisi yang aku buat tu nanti. Dan MC akan war-warkan pada seluruh isi dewan itu nanti bahawa puisi itu aku yang tulis. B beria-ria nakkan nama aku, dia cakap penat-penat buat mesti beri kredit. Terharu! Kalau dibaca, Alhamdulillah.. sebab acara untuk B baca puisi tu nanti dah di penghujung rancangan. Kalau masa tak mengizinkan, dia mungkin langsung x payah baca.

Minta pendapat Tita. Dan Tita bagitahu mungkin dah sampai pun masanya aku war-warkan pada dunia. Ya lah, sebelum ni semua puisi-puisi aku terperap dalam buku hakmilikperibadi. Cuma rakan-rakan rapat saja yang aku bagi baca. Aku tak pernah ada kekuatan nak hantar ke mana-mana sebab aku tak pernah rasa apa yang aku tulis tu orang akan baca pun. Sesekali terharu juga bila Hafiz pernah minta puisi dari aku untuk di baca masa waktu sekolah dulu, atau teman sekelas pernah gunakan puisi hakmilikperibadi aku tu untuk masuk pertandingan. Hahaha. Memang la kalah... orang lain semua baca puisi-puisi hasil karya orang ternama.. aku ni siapa? Hahaha.

Mungkin dah sampai masanya aku cuba-cuba hantar puisi-puisi tu ke mana-mana. Untung-untung ada yang hargai walau sekelumit kan. Kalau tak dapat pun tak apa... kurang-kurang aku cuba. Masalahnya sekarang.... berani ke aku ni???

Thursday, February 24, 2005

Can't update now. still in the office. too busy to write. i'll try to write when I'm free -- err.. next few days kot. try to write by sat aah.

Wednesday, February 23, 2005

“Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa”


Bait nyanyian senada
Seirama penuh makna
Paksi kecekalan hati
Tanda setia yang abadi
Se gah namanya di mata Malaysia
Mekar bersama seiring masa

Dari kepayahan waktu
Hingga redup hujan berlalu
Dari sukarnya masa
Sehingga cerah mentari tiba
Atas usaha tanpa jemu
Dan pimpinan jitu
Kejayaan pasti datang bertamu.

Terima kasih sekalung budi
Atas kukuhnya paksi empayar ini
Tanda tiada gunung yang tak dapat di jejaki
Tiada lautan yang tak mampu diharungi
Tiada yang mustahil di sini
Impian hanya untuk di kecapi
Dan kerana N*z* kita masih di sini.


Idea oleh: B
Nukilan oleh: Miyyah

I can't believe I was writing the poem to the company I hate most. Urrgh. The was the most pathetic poem I've ever made. And the rest of the office laughed like hell when they first read it. Ceh. Buat malu aku je heheh. But B said its ok.. still, can't wait to hear response from the big boss and kak syikin. Hahah.

Yeah. B wrote down the whole points for the poem, and I transformed the words into the above. have to say that it turned out quite well eh. So we decided to give credits to ourselves by writing down our names hahahahahahaah.

Oh. we're still in the office. The Group will be having its Appreciation Dinner this Saturday and me and B are in-charge to prepare the speech for the MC, and the background testimonials for the award winners. Memang pecah kepala giler. (But at least I have the chance to get to know B more hahaha!)

Am going back now. So I'll leave the day with the poem to read, and to laugh, as there's no way anybody would believe I worte the poem in the first place haahhahahahaha. Enjoy.

Tuesday, February 22, 2005

Aku perlukan kerja part time.
Kalau boleh nak start bulan depan 1 hb.
Aku nak buat part time weekdays & weekend.
Weekdays lepas habis kerja.
Aku habis kerja pukul 5.30 tapi selalunya balik pukul 8.
Jadi aku kena cari kerja part-time yang boleh mula pukul 8.
Dua-tiga jam sehari cukuplah.
Hujung minggu pun aku nak kerja.
Aku perlu berkorban apa saja.
Aku perlu cari duit lebih.
Dah makin banyak tanggungan sekarang.
Kereta nak kena bayar.
Sewa rumah nak kena bayar.
Insurance nyawa aku pun nak kena bayar.
Belum campur minyak kereta.
Dan makan hari-hari.
Sekarang PTPTN pun dah nak kutip balik pinjaman.
Sebelum aku kena kejar, aku perlu bayar sekarang.
Tolak-tolak gaji, nak menyimpan pun macam nak sesak-sesak nafas dah.
Simpanan pun dah makin menipis.
Macamana kalau ada kecemasan nanti?
Dari mana aku nak cekau duit?
Kalau simpanan pun nyawa-nyawa ikan?
Macamana kalau tiba2 aku terbuka hati nak kawin ke.
Nak sambung belajar ke.
Nak buka bisnes ke.
Mana nak cari duit?
Haiiiii... ini belum kawin lagi.
Dah macam-macam nak kena guna duit.
Kalau dah kawin tak tau la macamana.
Tapi sementara tak kawin lagi ni la aku perlu buat macam-macam.
Aku masih bebas buat macam2 tanpa perlu izin suami.
(Izin ayahbonda saja yang aku perlu)
Aku perlu kerja part time mulai bulan depan.
Ada kerja untuk aku?
Ingat nak cari kerja dekat pusat tuisyen area klang/ shah alam.
Sekurang-kurangnya boleh juga praktik ilmu.
Boleh mengajar budak2 sekolah Bahasa Inggeris.
Atau mengajar komputer pada yang buta IT ke.
Sikit2 bolehlah.
Tapi nak ke diorang ambil budak ingusan macam aku?
Aku dah ada senarai no. telefon pusat2 tuisyen sekitar ini.
Kalau aku cuba rasanya diorang layan tak?
Aku sungguh-sungguh ni.
Itu prioriti.
Kalau tak dapat, aku nak cuba kat kedai-kedai.
Asal dapat kerja halal cukuplah.

Doakan aku.

Monday, February 21, 2005

Masih di ofis dan masih keletihan juga. Dah tak daya rasanya dan dah tak larat rasanya nak berfikir lagi. Separuh hari berkabung dalam bilik conference yang rosak aircondnya, dan terpaksa bersesak-sesak hampir 15 orang di dalamnya untuk mesyuarat mingguan dan bulanan yang dibuat serentak tengahari tadi. Keluar2 dah 6.00 petang. Dengan rasa mengantuk yang terpaksa ditahan, dan kepala yang masih berdenyut untuk hari ke 3, aku terpaksa gagahkan juga mata dan kepala daripada layu. Sempat juga dijeling manja oleh P.A Dato' yang datang sebulan sekali tu. Hehhehe. Aku buat bodoh je la..

Aku harap aku ok. Dua tiga bulan terakhir ni memang letih teramat. Rasa dah macam kena sindrom workaholic yang terlampau. Mujur masih mampu tersenyum dan ketawa lagi. :) Dan aku harus bangga kerana dari awal tahun dulu sampailah ke hari ini, 21hb Februari, aku masih mampu ketawa tiap-tiap hari. Tertekan macam manapun, aku nekad tetap mahu jadi manusia gembira. Menangis air mata darah sekalipun, aku tetap harus kuat untuk diri sendiri. Aku sudah 27 26 1/2 tahun, dan seusia itu aku sudah harus mampu gembirakan diri sendiri. Aku selalu gembirakan orang lain, dan aku harus berupaya untuk gembirakan aku juga.

Terima kasih Tuhan, kerana Kau masih di sisi saat aku hampir goyah berdiri... Terima kasih ya Rabbi, kerana masih mahu mengizinkan aku bertumpang kasih di sini. Kusyukuri kekuasaanMu ya Allah, kerana masih mahu menggagahkan aku untuk terus berteduh di bumiMu ini...

Kusyukuri rahmatMu ya Rabbul 'Alamin...!

Saturday, February 19, 2005

Saatnya ku berkata
Mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
Kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau
Bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa
Itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi
Satu pintaku
Jangan kau coba
Tanyakan kembali
Rasa yang ku tinggal mati
Seperti hari kelmarin
Saat semua di sini

Dan bila hatimu termenung
Bangun dari mimpi mimpimu
Membuka hatimu yang dulu
Cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau
Bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa
Itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi
Satu pintaku
Jangan kau coba
Tanyakan kembali
Rasa yang ku tinggal mati
Seperti hari kelmarin
Saat semua di sini

Tak usah kau tanyakan lagi
Simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari
Semua rasa yang kau beri


Sedang mengulang-ulang lagu ini di Real Player. Hari Sabtu hari lagu-lagu Indonesia (ngetop di pc miyyah hahahaah) jadi setengah hari ini aku asyik mengulang lagu Mungkin Nanti dari Peterpan ini dan juga lagu Setia dari Jikustik. Hahaha.
Takziah untuk Nora atas pemergian ayahanda tercinta petang semalam. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...

Dan tahniah untuk Azam & Yat atas kehadiran orang baru dalam keluarga malam semalam. Semoga hidup kalian lebih bahagia dan bermakna...

Amin.

Dua berita di awal pagi yang menjadikan rasa aku bercampur baur. Mahu bersimpati dengan Nora yang kehilangan ayahanda tersayang, dan mahu tumpang gembira untuk Azam & Yat. Dua berita yang aku terima dengan tangisan.

Ya Allah. Aku akur pada kekuasaanMu...

Friday, February 18, 2005

Marah aku dah kurang. rasa bersalah yang kekal. budak tu langsung tak berani tegur. Tegur sekali saja, itu pun agaknya terpaksa sebab kerja. Selalu dialah juara kepala2 bising di sini. Hari ni kalau boleh depan aku pun dia tak nak lalu.

Entahlah. Bila dah boleh kawal rasa macam ni, terasa bersalah sikit pun ada. Mungkin aku tak patut marah dia. Mungkin dia tak sengaja. Mungkin dia ingat aku tak kisah. Salah aku pun ada juga sedikit di situ. Belas juga tengok muka dia serba salah.

Miyyaaahhhhhh..... tengok apa emosi kau dah buat.....
Kita datang dengan mood baik, saja-saja je dia cari pasal. Mana aku tak naik angin. Aku dah lama tak melompat, jangan cari pasal dengan aku. Tak pasal-pasal mood aku dah berapi semacam. Satu ofis tak berani tegur aku. Pandang aku pun jeling-jeling je. Dan berbisik-bisik takut kena hambur dengan aku juga.

Memang aku tengah berang. Marah. Geram.

Mungkin apa yang aku marahkan orang lain anggap benda sepele. Lantaklah. Aku memang berbuku gila sekarang ni. Dah tahu aku tak suka, dah tahu memang aku pantang orang buat macam tu kat aku, dia buat jugak. Aku memang pantang sangat-sangat kalau orang ambil barang aku tanpa kebenaran. Sentuh barang aku tanpa izin. Buat harta aku macam harta dia. Dari masa sekolah, aku memang pantang orang ambil apa-apa kepunyaan aku tanpa izin. Ceroboh hak aku tanpa permisi. Aku marah sangat-sangat dulu bila buku-buku dan diari2 aku diselongkar dan dibaca sesuka hati oleh adik aku, aku memang geram sampai menangis bila tulisan-tulisan aku diciplak adik sendiri tanpa izin, aku memang marah bila ada yang pinjam cd-cd aku tapi tak bagitahu, aku memang pantang sangat-sangat! Dan aku boleh stress kalau pantang tu orang langgar.

Aku dah nak menangis tadi. Budak tu ambil mug aku yang memang aku tak pernah kasi sesiapa pun guna selain aku. Mug yang aku beli di Seaworld, Jakarta. Yang satu-satunya tinggal sebab gelas satu lagi dah pecah hari pertama sampai dari Jakarta. Satu-satunya mug yang aku guna kat ofis ni. Mug kesayangan aku. Yang aku tak pernah bagi orang lain guna langsung. Memang aku sayang sangat2...

Tiba-tiba pagi ni bila dapat tahu dia guna mug aku, siap lepak dalam conference room, dan paling aku sakit hati bila aku marah dan bising, dia boleh gelak-gelak dan senyum-senyum. Macam benda tu takde hal langsung pada dia. Marah sangat-sangat aku! Aku hempas pintu conference, satu ofis diam. Dengar mereka bisik-bisik, tapi seorang pun tak berani dekat. Memang aku tengah marah. Aku diam kat tempat sendiri, dan dengan rasa geram yang teramat sangat, aku tiba-tiba rasa nak menangis. Aku tahu ada yang pandang, aku tahu mereka nampak aku dah lain macam, aku tahu mereka pun takut nak tegur, takut kena sergah dengan aku juga.

Aku tak tahu kenapa aku freaked out sampai macam ni. Boleh membentak marah seolah-olah itu masalah besar. Tapi aku tak boleh. Aku memang tak boleh terima. Aku tak boleh terima dia buat macam tu. Itu barang aku. Harta aku. Hak kesayangan aku. Dan dia langsung tak hormat hak orang lain. Dan aku memang sangat-sangat pantang itu. Sangat-sangat.

Dulu bila ada yang baca diari2 aku, aku memang marah sangat. Aku marah dan aku tak sanggup tulis dalam diari tu lagi. Aku rasa macam hak aku diragut, dan dihina sesuka hati. Rasa macam hak privacy aku macam dicampak ke hujung kaki. Bila cd aku yang aku simpan di'pinjam' tanpa izin, aku geram sangat-sangat. Aku geram sampai menangis dan bila dapat balik cd tu, aku simpan elok-elok dan memang tak guna lagi. Susah sangatkah nak minta izin?? Aku memang tak kisah barang aku mereka nak guna sesuka hati. Dan aku tak pernah marah kalau yang mereka guna tu rosak ke apa. Sebab aku memang tak kisah. Tanyalah kawan2. Tanyalah saudara mara. Tanyalah mak aku. Dia lebih arif tentang aku. Tapi untuk hak-hak kesayangan aku, yang aku jaga dan simpan, yang aku sayang sangat-sangat, tolonglah. Aku tak boleh. Aku boleh jadi manusia yang dibenci hanya kerana benda sepele macam tu. Aku boleh jadi manusia tertekan bila ada mereka-mereka yang langsung tak hormat hak aku.

Pedulilah apa orang nak kata. Aku memang marah. Geram. Dan nak menangis.

Thursday, February 17, 2005

Alhamdulillah ayahbonda selamat tiba di KLIA jam 1.40 pagi semalam. Aku habiskan separuh cuti mengqada' balik tidur hahaha, dan petangnya ke rumah Cik Yah lagi menghabiskan saki baki nasi dagang. Hehehe. Malamnya Pak Su Chen datang menziarah ke Puchong, dan kami semua makan Sate Kajang yang lazat, yang masih panas-panas Pak Su Chen beli di Hj Samuri, Kajang. Nyum.. nyum...aku makan sampai sakit perut hahahah! *tak senonoh punya perempuan*

Dalam aku sedang mengkhatam Harry Potter & The Goblet of Fire (again!) sambil menonton CSI LA yang baru (Greg dah keje field!), sempat juga ketawa-ketawa seisi keluarga dengan lawak pak Su Chen. Hehe. Aku memang pakar buat 3 kerja dalam satu masa ni.. hhehehee.

Petang hari nanti perlu berhijrah ke Puchong lagi hahahha. Aku akan jadi manusia pindah randah sampailah hari Sabtu selepas ayahbonda berangkat pulang ke Terengganu. Hahhaha. *Aku anak yang baikk*. Hari Ahad mungkin ke Library Shah Alam dengan Ina, nak mendaftar jadi ahli. Lama gila tak pegi library hahaha. Paling best sudah tentu la library UIA. The best library in Malaysia! Aku dah kemaruk buku.... hahahahahahaa. Kurang-kurang kalau tengah pokai, boleh pinjam je kat sana kan? :P

Dan oh. Aku perlu jimat sekarang. Tak boleh beli buku banyak2 lagi untuk 2-3 bulan ni. Dan perlu simpan lebih duit. Hehe. Semalam satu family dah bagi nama pada Pak Su Chen. Insya Allah, dalam bulan 4 @ 5, kami nak jelajah Bangkok. Yippie Yey! Yey! Budget rendah mampulah aku. Untung Pak Su Chen selalu buat acara-acara menghabiskan beras camni hahaha. Boleh la dapat pegi walaupun budget ciput hahaha. *Aku perlu belajar cakap Siam lepas nih hahahaha*. Bulan 6 nanti ayah, mak dan Nahar ke Galway untuk Hafiz punya konvokesyen (dah nak habis adik aku...!) Dan aku juga perlu menyimpan dengan lebih tekun sebab aku dah berura-ura nak bagi list buku untuk Nahar beli di Ireland nanti hahahahaha!! *Perempuan gila buku*

Nak kena temankan Shima ke klinik dekat ofis. Kalau aku rajin aku tulis/taip lagi...

Tuesday, February 15, 2005

Menyambut ketibaan ayahbonda yang teristimewa...

Malam ini harus ke KLIA menyambut kepulangan ayahbonda tercinta. Penerbangan dijadualkan pada jam 12.20 pagi, tapi kami perlu bersedia untuk menunggu lebih lama. Dua-tiga menjak ni, selalu sangat flight delayed. :)

Mak Teh Lah khabarnya dah di rumah Cik Yah di PJ, jadi malam ni semua berkumpul di sana. Mak Teh Lah nak masak nasi dagang special untuk mereka yang teristimewa. Kali terakhir aku balik kampung masa musim Raya lepas. Rindunya pada masakan Terengganu tak payah cakap. Lebih menyedihkan bila stok keropok lekor/ keping kat rumah Kak Yong dah lama habis. Mana boleh orang Terengganu hidup tanpa keropok lekor? Hahhaha

Seronoknya menjadi manusia-manusia yang suka makan macam aku. Tak ada makanan paling sedap di dunia selain makanan Terengganu. Tak ada masakan paling sedap di dunia selain masakan dari air tangan bonda tercinta. Aku rasa mungkin sebab-sebab misteri aku semakin kurus sudah terjawab. Aku makin mengecil mungkin kerana tak cukup makanan dari Terengganu. Hahahahah.

Mak adalah pakar masak paling best di dunia. Untungnya bila punya keluarga yang suka makan dan suka memasak. Bila ada acara-acara makan seperti ini, seronoknya tak tergambar, dan yang paling pasti, makanan memang confirm penuh 2-3 meja hahahaha. Bayangkan semuanya pakar professional masakan2 tradisional Terengganu.. sebut saja roti jala, Teh Lah'snasi dagang special , Kak Yong's nasi minyak terengganu special, Mak Ngah's nasi bukhari special, Ayah Ngah's sup tulang special, Cik Yah's barbeque special, kuih muih jala mas, buah tanjung, tahi itik hati kesuma, kuih cara manis, cara berlauk.. atau makanan2 extra special seperti murtabak biskut Chor, popia pisang Kak Ju, mak's rojak mee special, mak's beehun goreng tomyam special... err.. and the list goes on and on and on...

Oh tidak... aku dah mula lapar.... hahahahahahahahhha..

Monday, February 14, 2005

Sailing
Pop Ye Ye - V.E
Sad Movies
Tell Laura I Love Her
To Sir With Love
Smoke Gets In Your Eyes - The Platters
Your Song - Elton John
Sorry Seems To Be The Hardest Word
I Will Survive - Gloria Gaynor
Kiss From A Rose - Seal
Something Stupid
More Than Words - Extreme
How Deep Is Your Love - Bee Gees
Tears in Heaven - Eric Clapton
Epilog Cinta Dari Bromley - Kaer
If You're not the one - Kaer
Biarlah Bulan Bicara - Broery Marantika
Cobalah untuk Setia - Kris Dayanti
Standing at The Edge of The Earth - Blessid Union Of Soul
Pupus - Dewa
Setia - Jikustik
Januari - Kaer
Say A Little Prayer For You - Aretha Franklin
Aku Cinta Padamu - Mas
Cinta Seorang Teman - Bob
Kembali Bersama - Kaer
Mengapa - Farah
Tenda Biru - Farah
Kerna Sayang - V.E
Antara Anyer Dan Jakarta - Sheila Majid
Manusia Bodoh - Ada Band

Ini antara lagu-lagu yang selalunya dalam ranking pilihan mp3 aku. Terutamanya Setia - Jikustik dan Manusia Bodoh - Ada Band.. itu lagu wajib dalam mp3 aku.

Hahahaah. Percayalah. Dari dulu sampai sekarang aku lebih suka lagu-lagu depressed kalau nak dibandingkan denga lagu-lagu jiwang/angau. Hahahhahaha. Oklah. Itu lagu jiwang la jugak hahahahahahahaha. Ada orang tanya aku, "Aik.. hari-hari Valentine macam ni pasang lagu-lagu frust jeek?? Macam keciwaa je." dan juga soalan ini "Sepatutnya masa ni tengah bersiap pegi dating, ini siap stayback sampai malam... hahahaha.. takde boyfriend ke??"

Maaf ye. Aku tak sambut Valentine. Takde dalam list sambutan aku. Aku sambut Maal Hijrah baru ni je hahahahahahahaha.

p/s: Aku bosan tahap maksimum kat ofis ni.. takpe aah. Esok je keje. Lusa cuti pegi ambil ayahbonda di KLIA. Yey! yey! Cepatlah 16 February datang...muncullah segera ya!
Aku punya 2 rak kasut dalam bilik di rumah Klang. Rak-rak kasut yang satu di beli di Makro Shah Alam dan satu lagi di IKEA Damansara itu aku jadikan rak buku untuk buku-buku yang bersepah-sepah dalam bilik. Aku asingkan rak-rak tersebut untuk buku2 bahasa Inggeris dan buku2 bahasa Melayu. Antara yang dalam koleksi; Harry Potter, Jane Green, novel-novel Inggeris klasik, novel-novel Melayu, komik terjemahan Detektif Conan (sedang mengumpul dari siri 1-48), majalah-majalah yang cuma sesekali aku beli sekarang (budget lari!), dan juga diari-diari dan jurnal-jurnal lama aku dari 1995 hingga 2004. Aku punya satu buku untuk satu tahun. Tahun-tahun terawal dalam koleksi penuh sesak dengan tulisan, tahun-tahun terakhir ini agak jarang-jarang. Aku dah terlebih banyak menulis di sini hehee. Dan akibat sudah terlalu lali dengan keyboard, aku jadi kekok memegang pen. Sudahnya tulisan yang memang semulajadi macam ayam tu dah jadi macam itik sekarang hehehe.

(Buku-buku yang lain masih bersepah-sepah di rumah Kak Yong, rumah Cik Yah (dan dalam stor belakang) dan rumah Terengganu.)

Dan di bawah salah satu rak kasut yang menjadi rak buku itu aku sisipkan penimbang yang bergambar sebiji epal yang berulat (sedang tersenyum). Penimbang yang aku beli dengan harga RM10.00 di Econsave di suatu hari dalam tahun 2004 itu gila-gila sedikit. Kadang-kadang dia boleh jadikan aku terlampau berat, kadang-kadang dia juga mampu buat aku jadi terlampau kurus. Cuma ada sesekali dia jadi normal dan tunjukkan berat aku yang sebenar. Hehe.

Pagi tadi aku tiba-tiba teringin nak naik penimbang. Nak tahu berapa berat aku sekarang? 105 lbs. Hahaha. Peeergh. Berat normal aku yang dulunya di sekitar 110-113 lbs tu sekarang dah turun di sekitar 104-105 lbs. Waahhh.. jauh tuuu.. heheheh. Dari hampir-hampir nak tergelincir ke arah 'terlebih' berat, sekarang dah hampir-hampir nak 'terkurang' berat hahahaha. Dan sebab itu juga bila mereka-mereka yang dah lama tak jumpa tiba-tiba terserempak balik... semua serang dengan soalan bertubi-tubi; kenapa kurus sangat ni? Diet ke? Frust bercinta ke? Banyak masalah ke? Stress kerja sampai teruk macam tu sekali ke?

Dan aku yang selalunya punya jawapan kepada semua soalan-soalan orang tiba-tiba tak tahu apa yang nak dijawab. Sebab aku pun tak ada jawapan untuk soalan-soalan itu. Kenapa? Entah. Aku betul2 tak tahu. Diet memang tak pernah wujud dalam kamus aku (sesiapa pun terkejut tengok kuantiti makanan yang aku ambil setiap hari), aku tak ada boyfriend jadi masalah2 cinta sepele tu boleh juga tolak ke tepi, nak dikata stress kerja atau masalah sampingan, itu masih normal. Dulu pun stress tetap ada. Tapi badan naik juga macam di pam-pam. Hahahahaha. Entahlah. Sekarang makan banyak pun badan asyik menurun beratnya. :P Seronok kan jadi aku? Hahahahahhahaha.

Sabtu lepas ke kenduri Diha di Bukit Jelutong. Sempat beraya sakan dengan kawan-kawan BENdits yang dah lama tak jumpa. Dari pukul 2.45 sampailah 4.30 kami masih kecoh-kecoh di kenduri orang. Dari suara perlahan sampailah volume suara dah habis pitch, seronoknya berbual macam dulu-dulu. Bertanya khabar kawan-kawan lama, bertukar-tukar cerita, ada yang datang dengan anak-anak masing-masing, ada yang mengendeng perut yang makin buncit dan ada yang masih dalam mood honeymoon. Hahaha. Cuma kami bertiga (aku, Tita dan Feeda) yang masih single mingle. Hahhahaaha. Dan terpaksa lagi buat-buat bodoh/ tak faham/ pekak telinga bila diorang tanya, bila lagi boleh buat gerombolan ke Terengganu pula? Hahahahhahaha.

Kalau ini karangan untuk Bahasa Malaysia kertas 2, dengan perenggan yang tunggang langgang dan point-point yang lintang pukang, agaknya dah lama aku lingkup. Hahahaha.

Tuesday, February 08, 2005

"Miyyah, no. telefon Sh**m**a P.A Dato' berapa?"
012-3******

"Miyyah, no. telefon Citylink Klang berapa?"
03 3168 31*8

"Miyyah lagu Mp3 tu mana dapat?"
Internet.

"Miyyah, lagu Perancis dalam Moulin Rouge tu ada?"
Takde... ada Come What May satu jee

"Miyyah, lagu Broery Marantika Widuri tu ada?"
Takde. Belum download.

"Miyyah, Shima kat mana?"
Belakang kot.

"Miyyah, networking ni nak buat camne?"
Aku pun x tau.. dah penat cuba.

"Miyyah, toner fotostat ni kat mana?"
Kat stor belakang, tak pun kat depan.. mari aku carikan.

"Miyyah, apa address nak check saman tu?"
www.rilek.com.my

"Kak Miyyah, macamana nak kecikkan size kertas ni?"
Tekan reduce ke 0.8 pastu start.

"Miyyah, nampak Ami turun bawah tak?"
Ntah, tak tau.

"Miyyah, bos balik tak hari ni?"
Tak.

"Kak Miyyah, pukul berapa sekarang"
Takde jam.

"Miyyah, buah limau ni manis tak?"
Manis... (walaupun masam hahahahaha)

"Dik Miyyah, susu dengan kopi dah habis. Kakak beli ya?" (dalam pekat Jowo)
Ya kakkkk.. Akak beli laa..

Hahaha. Aku memang kaunter pertanyaan kat sini. Mereka-mereka ini terlalu sukakan aku hahaha. Dari soalan senang sampai soalan susah sampailah soalan tak relevan, semua diorang tanya aku. Dan aku bagaikan punya jawapan kepada semua pertanyaan mereka. Hebatnya aku sampai semua orang berlumba-lumba bertanya pada aku tentang apa saja hahaha. Aku juga hebat menjawab semua soalan dengan penuh yakin atas jawapn-jawapan aku. Hahaha. Aku memang punya jawapan untuk semua soalan. Kecuali soalan dari kepala sendiri.

"Miyyah, no. telefon Marketing berapa?"
"262*7**7"

"Wahhh. No. telefon Esso kat jalan depan tu tau?"
"Itu melampaulah tu!"

Sepanjang hari aku pasang MP3 (speaker aku curi dari Zack yang dah berpindah ke HQ bulan lepas hahaha), dah mula gila download lagu banyak-banyak haahhaha. Hari Sabtu aku bingit dengan lagu-lagu Indon, hari ini aku agak relax dari pagi sampai ke petang melayan lagu-lagu slow hahahahaha (Sedang mendengar - Come What May by Ewan Mc Gregor & Nicole Kidman (Moulin Rouge Soundtrack). Lebih tenang lagi bila kerja-kerja berjaya disiapkan mengikut tempoh.

Ramai bertanya khabar aku hari ini. Hehe. Masih ada yang sayang rupanya hahaha. Mereka risau bila lihat emosi aku tiba-tiba macam angin; sekejap sepoi-sepoi bahasa yang mampu melenakan, sekejap seperti taufan datang menyerang. Hahaha. Seronok juga bila ada yang bertanya "Kenapa ni... ada masalah ke?" atau "Muka risau semacam je.. problem ke?". Itu tandanya aku masih punya mereka yang ambil berat tentang aku. Jangan bimbang. Aku ok. Aku dah berjanji pada diri sendiri mahu jadi manusia gumbira tahun ini dan aku mahu kotakan janji itu, walau apa jadi.

Sesekali melayan rasa ok juga. Cuma perlu kawal dan benteng perlu lebih kuat. :)

(p.s: B baru wish Happy Holiday & CNY kat aku.. hahahah.. dia tak wish kat orang lain pun muahahahahaha. Dia nak balik Melaka dan aku pesan makanan lagi... hahahahahahahaha!*Gila evil nyer gelak...)

Monday, February 07, 2005

Aku dilanda virus selesema terkejut. Hahaha. Dari hari Sabtu lepas sampai sekarang, selesema terkejut aku masih tak kebah-kebah. Hahaha.Ya, aku terkejut sampai terus selesema. Hahaha. Dan malam semalam tak dapat tidur sebab batuk tiba-tiba datang menyerang. Sepanjang malam aku tak lena, cuma tidur-tidur ayam.

Dan sekarang aku masih di ofis, bertungkus lumus siapkan kerja-kerja terbengkalai.. walaupun hidung aku dah macam hidung badut, dan mata aku dah macam mata hantu.

Semalam berjalan-jalan seharian bersama kawan-kawan di IKEA Damansara dan Makro Shah Alam. Kononnya cuma nak tengok-tengok.. sudahnya penuh juga boot belakang kereta hahaha. Dengan emosi yang masih tak stabil, dan kesihatan yang semakin mengendur prestasinya, 2 kali aku hampir-hapir babaskan kereta, satu ke arah kereta lain, dan satu lagi ke arah tembok. Hahaha. Nasib baik Tuhan masih sayangkan kami...

Oh tidak. Aku dah tak larat. Mungkin pesakit selesema terkejut ni perlu ke doktor ambil ubat. Dia cuma telan 4 biji panadol yang ntah apa-apa. Sejak bila selesema ubatnya panadol pun dia tak tahu.

Sukarnya jadi manusia cepat terkejut. Macam-macam penyakit yang cepat juga singgah. Doakan aku sembuh cepat ya.

Saturday, February 05, 2005

miyyah : *aku nak demam*
miyyah : hahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahhaha
miyyah : dia camne skarang?
iza : ok....
iza : sihat jer...
miyyah : dia baik kan
miyyah : sweet..
iza : yup...
iza : orangnya baik...
miyyah : muka cam orang jahat tapi hati baik
iza : selalu senyummm...
iza : hahahah!!!!!!!!!!! nak sampaikan apa pesanan2???
miyyah : tak nak
miyyah : tak ready gi
miyyah : nanti bila aku ready aku cakap
miyyah : tekejut lagi hahahahaha
miyyah : *mata aku berair* hahaha
iza : miyyah!!!!!!!!!!!
iza : alaaaa..
miyyah : *B baru tanya "termenung panjang je miyyah... kenapa?"*
iza : cakap kat dia...
iza : aku nak tampar dia...
iza : selalu jer kacau ko...
miyyah : haahahah
miyyah : aku gelak sorang2 depan pc semua orang confuse hahahah
iza : eeeyyyyyyy...
iza : psal per ko gelak ni..???
miyyah : sebab aku dah gila
iza : itu aku taulaaaa...
miyyah : dia pakai skarang smart la ek
miyyah : dulu dia x suka pakai camtu
miyyah : hari2 pakai baju sama je hahahah
iza : smartlaaaa babe!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
miyyah : hensem kan
miyyah : *hahaha*
iza : hahahaah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
iza : bagi aku biasa jer.................
miyyah : nak buat camne... taste aku camtu hahahahaha
miyyah : suara dia deep kan
miyyah : tp dalam tepon x sedap hahahaha
miyyah : dulu dia suka gelak kuat2 dalam telepon sengaja nak buat aku pekak
miyyah : hahaha
iza : x sangkakan.....
iza : hahahaah!!!!!!!!!!!!!!! akhirnya aku kenal dia...
miyyah : finally...
miyyah : lepas bertahun2 aku cerita...
iza : tanpa diintroduce oleh ko...
iza : aku sendiri yang kenal...
miyyah : malaysia ni kecik kan
iza : a'ah...
iza : keciknya malaysia ni...

Malaysia memang kecik. kecik sangat-sangat. Pusing situ sini tetap jumpa orang sama... Hahahah. *Aku makin tak betul*


aku tak mengerti, apa yang kurasa
rindu yang tak pernah begitu hebatnya
aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
meski kau takkan pernah tau

aku persembahkan hidupku untukmu
telah ku relakan, hatiku padamu
namun kau masih bisu, diam seribu bahasa
dan hati kecilku bicara

baru kusadari cintaku bertepuk sebelah tangan
kau buat remuk sluruh hatiku

semoga aku akan memahami sisi hatimu yang beku
semoga akan datang keajaiban hingga kaupun mau
aku mencintaimu lebih dari yang kau tau
meski kau takkan pernah tau


Tak. Aku cuma suka lagu tu. Aku dah lama tak dengar lagu Dewa. Dan mula gilakan Jikustik. Dan hari ni aku tertekan banget dan pasang mp3 aku semua lagu-lagu indon samai ofis aku tiba-tiba rasa bertukar ke Jakarta hahahahahaha.

Aarghhh. H.E.L.P. Aku betul-betul dah tak betul.

Friday, February 04, 2005

Pernah jumpa tak orang yang langsung tak romantik, kasar, sempoi, cakap lembab giler, hantu bola, degil, keras hati, workaholic, kuat makan, tak suka telefon, tak suka contact, tak suka bergayut, tak suka keluar, tak suka aku bergantung kat dia, tak suka bercakap, bagi aku pegi mana2 bebas dengan sape2 pun, bagi aku keluar sorang-sorang, bagi aku beli buku banyak-banyak, bagi aku jaga tengah malam tengok bola dan tak kisah aku makan banyak "?

Hahahhahahahhahhaha.

Kalau pernah jumpa, tolong bagitahu dia yang dah lama aku cari dia. Hahahahhahahahaha.

Dan tolong bagitahu dia jugak yang mak ayah aku pun dah lama nak jumpa dia. Hahhahahahahahahahhhaha.

Dan kalau jumpa dia dengan wajah yang garang, berkulit hitam manis atau sawo matang, kurus kering dan botak hahaha... aku bagi extra kredit. Hahahahaha... Tolong ye. Bagitahu ye.

*aku dah seminggu tak betul. Dan dah nak masuk 4 hari mengusha budak baru (yang lepas ni akan dikenali sebagai B) merangkap kembar tak rasmi aku tu hahahahahahahahah.*

Thursday, February 03, 2005



I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you. I miss you.

I miss you dad. I miss you mum. I miss you both so much. Come home soon.....I miss you...

Ya Allah...permudahkanlah perjalanan mereka..

Wednesday, February 02, 2005

The best picture of the season heehehhee

Semalam berkira-kira juga nak balik Puchong tapi bila fikirkan yang aku dah tak sanggup nak korbankan waktu tidur aku untuk kesekian kalinya minggu ni, aku terpaksa berkorban perasaan dan bermalam di rumah baru di Klang. Hehe.

Bila dengar result game semalam dalam Era pagi tadi (yang memang aku tunggu-tunggu setiap pagi), aku tersengeh sampai ke telinga. Sedikit terkilan juga sebab tak tengok semalam. Habislah kau Ami.. hahaha. Semalam janji kalau Arsenal kalah dia kena belanja aku makan hahahahaha. Dah habis anak tekak bertelagah tak sudah dengan dia tiap2 hari, hari ni sepanjang masa dia tiba-tiba diam. Heheh. Kemudian tersengih-sengeh macam kerang busuk. Pun tak nak mengaku frust Arsenal kalah lagi hahahahahahaha. Membara je mamat tuh. :P

Tak kisahlah menang kalah berebut dengan Chelsea pun, asalkan diorang maintain rentak game macam tu oklah. Kalau menang lagi bagus. Kalau takat no. dua pun kurang-kurangnya dah sekeh Arsenal ke bawah. *Evil laugh*. :P

Tuesday, February 01, 2005

Budak lelaki yang datang interview 2 minggu lepas lapor diri hari ni. Orangnya manis, tak lekang dengan senyuman, kurus tinggi, segak dengan kemeja biru awan dan tie biru gelap corak-corak. Masih ada sedikit kekok walaupun dia cuba nak menjerumuskan diri dalam kroni di ofis ni. Hehe. Masa datang dulu aku kagum juga dengan dia. Fasih berbahasa - BM dan BI, peramah, suka bercakap hehehe. Tahu kenapa dia ni menarik sangat di mata aku? Sebab dia pun lahir pada tarikh Masihi yang sama dengan aku, walaupun tiga tahun terlewat dari aku. :) Tarikh lahir yang tercatat bangga dalam resume dia ialah pada 3 Oktober 1981. Hehhe. Ini kali pertama aku jumpa manusia yang berkongsi tarikh lahir dengan aku. Hehe.

Jadi naluri ingin tahu tu macam melonjak-lonjaklah juga kan. Hehe. Nak juga aku tahu ada persamaan atau tidak untuk orang-orang Libra yang lahir pada hari yang sama ni. Aku betul2 curious nak tahu.. Dulu jumpa juga 2-3 Libran yang lain yang beza tarikh lahirnya cuma berselang hari dengan aku, rapat pula tu. Perangai pun lebih kurang je. Banyak sangat research orang buat yang kononnya orang yang lahir sama bulan perangainya lebih kurang, sekarang aku nak tengok pulak, orang yang lahir sama hari perangainya sama tak macam aku.. hehehe..

Maaflah ya. Aku betul2 teringin nak tahu (atau juga masih terharu akhirnya jumpa orang yang juga menghargai tarikh 3 Oktober seperti aku. :) Habislah budak kecik tu... ehehehe... jadi mangsa eksperimen terbaru aku... hehehehe.....

Sebut pasal birthday, Happy 3rd Birthday to Standing At The Edge Of The Earth! Esok genap tiga tahun blog ni kukuh di sini.. sekejap je rasanya. Dah tiga tahun aku bertahan di sini. :) Siapa sangka? Insya Allah aku masih ingin terus di sini. Selagi tenaga masih kuat untuk berfikir, berkongsi dan menulis. Doakan juga aku kekal di sini, Insya Allah...