Monday, January 31, 2005

Mengantuk giler. Minum nescafe pekat pun masih mengantuk lagi. Saki baki letih semalam masih berbaki. Satu hujung minggu yang ajaib yang mengerah seluruh tenaga dari aku, dari kudrat empat kerat sampailah tenaga fikir yang lebih memenatkan.

Aku mulakan dengan exam PTD yang meletihkan banget. Dari zaman sekolah sampailah zaman masuk U, tak pernah rasanya aku kena duduk exam sampai 5 kertas sehari. Dari pagi sampai ke petang, dengan baki waktu rehat berselang setengah jam.. dan terpaksa memerah otak seharian, memang memenatkan. Dahlah 2 kali aku jatuh tangga sampai krem kaki. Dahlah dalam perjalanan balik Puchong tu hujan lebat sampai tak nampak jalan depan. Dengan jem jalan lagi.. aku dahlah bawak manual..Waaahhhhhh.... rasa macam satu badan kejang-kejang.

Sebab aku rasa aku lebih prepare dari dulu, jadi aku jawab kali ni lebih tenang jugalah. Hehe. Walaupun soalan objektif banyak yang mengelirukan, aku tak panik jawab soalan Maths macam dulu lagi (walaupun aku pun tak tahu aku jawab betul atau salah!). Aku lebih sukakan soalan esei untuk BM & BI. Seronok aku menjawab sebab topik yang aku memang dah baca berkali-kali (aku jawab BM- pasal pelancongan, dan BI- pasal ICT).. hehehe. Kalau ada rezeki nanti.. ada lah. Kalau takde pun.. takpe. *Aku masih tak serik nak ambil exam lagi hahahaha*. Ramai betul budak UIA yang ambil exam.. jumpa Sharon coursemate merangkap blockmate yang sama dulu, Ezra budak Counselling yang pernah buat programme sama2 dulu, kak Sumaiyyah dan ada lagi 4-5 orang lain yang aku tak kenal rupa/nama tapi tahu diaorang wujud di UIA dulu hehehehee...

Dan penat yang berbaki dari hari Sabtu aku bawa sampai hari Ahad. Awal-awal pagi bangun awal dan bertolak dari Puchong ke Klang. Dah janji dengan Has nak breakfast sekali dan kemudian angkut mengangkut barang lagi. Ye, LAGI. Oh. Aku sengaja buat-buat lupa nak bagitau. Aku memang malas nak bagitau. Yang aku pindah lagi. Aku memang suka pindah randah ni.... heheheheheh. Anyway, rumah baru ni aku dapat bilik sorang-sorang tak payah kongsi lagi. Heh.

Jadi semalam yang ajaib kami angkat barang-barang dari rumah lama ke rumah baru yang jaraknya dalam 2-3 kilometer sahaja tu. Hehe. Kami cuma ada 2 kereta Iswara (aku punya dan Pi'e (bakal tunang Yan) punya, dan dengan ajaibnya kami (kredit penuh untuk aku, Has, Yan ) telah berjaya angkat peti sejuk, mesin basuh, dapur, tv, speaker hi-fi, 2 tilam, beg baju kami bertiga (aku saja punya 5 beg + 1 kotak komputer baju hehe), saki baki pinggan mangkuk, almari plastik aku, kasut-kasut, toiletries kami bertiga, barang2 basah dari dalam peti sejuk dan juga ampaian baju. Dan kedua-dua kereta Iswara itu tiba-tiba bertukar menjadi transformers dan kami cuma perlu buat 2 trip untuk licinkan satu rumah. Pi'e langsung tak berani masuk rumah jadi dia cuma jadi tukang sumbatkan barang dalam kereta haha. Kereta aku angkat kotak2 sahaja dan tugas2 berat untuk mengangkat peti sejuk dan mesin basuh kami serahkan kepada Iswara Pi'e hehehehehhe. Yaaa... peti sejuk muat dalam seat belakang Iswara! Mesin basuh pun muat dalam seat belakang Iswara yang sama!! Ajaib bukan? Kami tak perlukan van atau lori.. cuma memerlukan Iswara! Hidup Iswara! Hahahahahha....

Dan lebih ajaib bila aku dan Has ke Makro Shah Alam petangnya.. in quest for my tilam hahahha. Dan aku berjaya jumpa tilam single setebal hampir 6 inci yang harganya cuma RM119 yang beratnya hampir menghempap kami berdua. Dan lebih ajaib lagi bila kami (dengan pertolongan dari seorang Bangla yang baik hati) berjaya menyumbat tilam yang tak boleh dilipat itu juga ke dalam seat belakang Iswara aku! Ye! Iswara berjasa lagi! Dan aku drive balik dari Shah Alam ke Klang dengan sepanjang jalan menarik perhatian.. heheh. Sempat juga mengangkut 3 keping karpet (untuk ruang tamu, bilik Has dan bilik aku) yang harganya cuma RM60 (kumulatif) dari Makro. Hehehe. Dan mengangkut keluar tilam yang dari Iswara ke bilik aku juga kami hanya buat berdua. Yeaaahhhh... kuat kan?

Kami bukan calang-calang perempuan. Kami perempuan berdikari yang mampu buat semuanya sendiri. Dengan kudrat yang tak seberapa ini sekurang-kurangnya kami boleh berbangga kerana kami jadi bukti kukuh bahawa bukan semua perempuan itu lemah dan perlu bergantung leher pada lelaki untuk semua perkara. :)
Need to list these out somewhere. I have 4 main email accounts, with other few sub emails. And I subscribe to these, which shown how I truly devoted to Internet…hahaha!

Air Asia - did I ever say that I love traveling?
Blogger - my daily dose
Blogskins - my place for ideas
Cari Forum - used to be part of the taikos, hehe and currently an observer
Catcha - hardly visit the site now
Diaryland - my first online diary, but was never published for the eyes of others
Dot TK - my domain hosting
Education UK- The best place you can be
Era - oh yeah. I listen to Era
Excite - my 2nd email account
Geng Jurnal - part of the inactive oldies
Golden Screen Cinema - subscribed in a wish to win free tickets haha
Haloscan - still can’t figure out the way to use the stupid thing
Hotmail - my 3rd email account (strictly for ONE UNITED hehe)
ICQ - I can’t even remember my own ICQ number now
Jobs DB - yes I’m looking for new job
Jobstreet - Jobstreet helps a lot in finding me interviews
Lycos - my 4th email account
Minesweepers - Yeay! Yeay! I’m good at this
Neopets - Used to be addicted to this! ~and I have 3 pets now… hehe
Netstatistic - Visitors screen check
NST Appointments Online - Jobs again, huh.
ONE UNITED – What else? :P
Photobucket - my main picture hosting
Pinkmonkey - in those literature days…
Ratusan Ilham - hundreds of ideas..
Sitemeter.com - another visitors’ screen check
SMS ac - I don’t sms anymore haha
Schoolfriends - Reunion anyone?
The STAR - My news.
Typing Test - Yeah…I’m good at this.
Tokei Kedai - Mostly for songs/ ringtones
Tickle - When I got bored of everything else
Webshots - never use the space
Websms - Read SMS ac
Yahoo - THE main email

I subscribed to these… haha. BTW you should see what I have in my Favourite Bookmark lists… hehehehehehe:

The Quote Garden - I just love this garden!
Bibliomania.com - Bunch of literature stuff
Prime Minister of Malaysia - For my PTD exam hahaha
N*ZA Group Webmail Login - The most-hated email (read: work!)
Geng Jurnal - (and few of my personal favourite blogs hehehe)
MP3s hits.com - My source for mp3s
Blessid Union Of Souls MP3 - Standing At The Edge Of The Earth mp3
a e i o u studio - Sifoo for my creative ideas
JK Rowling Official Site – Yes I’m addicted to the Potter’s books.
Resepi - hehehe…
Carian Poskod Pos Malaysia - Very helpful!
Sample Business Letters from Quazell – what can I say… I love letters.

I’m a pathetic Internet freak. *Sigh*. Petang nanti aku cerita pasal ""Satu Hujung Minggu yang Ajaib".

Friday, January 28, 2005

read today:

- Malaysia & Hubungan Luar
- Sektor pertanian, bioteknologi, biodegredasi
- Pak Lah's interviews for 2004
- Baget 2005

I found this website very useful sebab semua ada kat sini.. nak update dengan projek2 kerajaan, dasar-dasar baru kerajaan, detailed infos on Wawasan 2020.. (tengah cari pasal Islam Hadhari).. perrrghh u have no idea how much I read.. and keep on forgetting few things.. aaarggghhhh! I'm not worried about the first paper on Malaysia - Kenegaraan, but more worried on the second paper that I hate most in the world - MATHS *sigh* . Jadi malam ni memang nak concentrate fully kat Maths..dan aku kena habiskan baca pasal Kenegaraan and Malaysian Issues siang hari. 2-3 malam lepas baca takat 1-2 pages je sebab tak sempat... sampai rumah biasanya dah malam. Letihnya tak boleh nak cakap!

Hahaha. Macam ni punya teruk keje pun ada hati nak sampung study part-time. Belajar sikit camni pun selalu pancit... *sigh*

The exam's tomorrow tapi aku tak sure pun lagi kat mana tempat exam tu hahaha. Gilos! Aku tahu la kat mana, jalan nak pegi sana semua (sebab tengok peta) tapi esok pagi aku turun dari Puchong... nak menuju ke Pudu... perrrgghh.. silap haribulan sangkut dalam jem ke.. sesat ke.. naye je. Exam pukul 9.. plannya nak turun dari rumah dalam kul 6.30 ke.. 7.00 ke hahahaha (macam nak pegi skolah balik je) takut jem dan sesat. Mana nak cari sekolah tu lagi. Aaaarghhh.. ingat nak gi survey jalan cuti Thaipusam baru ni... tapi confirm KL jem teruk (dan didoubleconfirmkan oleh adik abang ipar aku yang turun KL naik moto) so tak jadi pegi. Ni baru nak bertungkus lumus.. tension..

Ingatkan aku juga nak cari pensel, eraser dan sharpener untuk exam esok. Pen dan liquid paper dah beli 2-3 hari lepas. Hahaha. Aku memang ada habit beli stationeries baru tiap kali nak pegi exam apa-apa pun. :P Phobia takut pen lama tak boleh guna ke.. habis dakwat ke.. pensel botak ke... macamana nak tanda dalam kertas OMR tu nanti? Tak pasal2 failll lagi karang. (Isshhh.. Nauzubillah!)

Doa-doakan aku lepas exam ni. Doa-doakanlah! Dan tolong doakan sekali keselamatan dan kesihatan ayahbonda dan saudara mara aku yang masih di Mekah sana....! Minggu lepas ayah call bagitau mak & cik yah kena masuk air... then telefon lagi diorang suspected pheumonia.. risaunya!!! Ayah plak kena high blood lagi kat sana.. 190 lagi.. mana tak risau? Tolonglah... doakan mereka selamat kembali 16 Februari nanti...

Thursday, January 27, 2005

V.E For You.

Hehehehe. Pegi CM cari barang untuk ofis tengahari tadi dengan Kak Shikin (New HR). Kejang kaki drive dari Klang ke KL yang sesak dan patah balik. Letihnya bukan main, macamana laa nak stay up untuk study malam ni... ish. By hook or by crook malam ni kena habiskan Pengajian Malaysia tu. Esok kena concentrate totally on Maths. Kalau tak KO lagi aku. *Miyyah garu-garu kepala*

Haha. Takpelah. Aku beli V.E For You kat CM tadi untuk temankan aku study malam ni hehe. Dah lama mengidam nakkan cd tu, hahaha kempis poket aku. Dahla gaji masuk lambat bulan ni. Aaarghh. Kenapa laa ko ni suka sangat ikut hati miyyahhh... *garu kepala lagi*

Anyway, sedang mendengar 'Detik Bersama'. Hehehe. Second song from last. Rasa kejap sangat dengar semua lagu heheh, kena ulang balik ni.*sedang diulang tayang*

Kerja dah banyak settle so sekarang tengah surf internet cari pasal bajet 2005, 2004, dasar2 kerajaan (mungkin dah ada dalam buku Pengajian Malaysia tu), dan nak print contoh soalan ptd...

Wednesday, January 26, 2005

Check "ptd exam" kat Google. Hahahah. Rupa-rupanya ramai jugak yang dah repeat exam tu. Hahahhahaha. Yang sampai 3 kali pun ada... tu pun tak lepas-lepas gak.. :P

Paling mengecewakan, bila ada yang siap mengaku bagi soalan ptd pada anak beranak dia. Mentang-mentang la keje tempat senang nak seludup keluar soalan... senang-senang je la.. Melampau betul. Macam bangga lak tu. Tak sedar ke menipu tu tak berkat. Jahat2 aku pun, baru sekali aku menipu dalam exam. hehehe. Agaknya sebab tu exam ptd tahun lepas aku fail kot.. DIA balas balik aaah. :P

Ok aku tak pernah confess dulu, tapi memang aku pernah dapat soalan bocor sekali. Aku boleh dapat soalan bocor banyak kali sebenarnya.. tapi sekali tu je aku betul2 ambik. Hehe. Aku patut boleh dapat soalan Matematik bocor masa monthly/mid term/final/trial exam.. sebab makcik aku ngajar/buat soalan... dan aku patut boleh dapat soalan English bocor jugak sebab mak aku pun ngajar/buat soalan merangkap ketua penggubal soalan/pemeriksa untuk English paper di Terengganu. ahhahahahah. English papers memang senang sangat boleh dapat.. sebab mak aku suka sepahkan merata-rata (atau aku yang kuat menyelongkar hehe) tapi masa tu memang baik betul so memang aku tak tengok langsung pun. Tapi bila dah buat exam aku la paling cepat dapat result.. hahaha... especially objective punya soalan. Masa SPM tiap-tiap tahun mak periksa English paper...dari Perlis, Kedah, Penang, Johor sampailah ke Sabah Sarawak. Tiap-tiap tahun sampailah mak tukar sekolah rendah. Nasib baik masa tu aku dah abih sekolah, kalau tak susah jugak.. hehe...ye la, dulu nak ambil exam aku mewah betul dengan soalan. Aku dapat soalan trial for English dari seluruh malaysia lagi.. haha.. connection bagus ok la.. :P Buku rujukan lagi la... tak payah cakap.. berlambak2 sampai boleh bagi orang lain hahahaha. Untung jadi anak cikgu ni. Selalu dapat buku free..heheheh..

Hmm... pasal aku dapat soalan bocor.. aku dapat soalan trial SPM untuk subjek Sejarah. Hahahaha.. itupun dapat malam sebelum exam. Kawan aku call bagitau ada member dia dari sekolah lain dah jawab exam sejarah (masa tu jadual exam kat terengganu tak serentak - soalan je serentak) dan dia ada soalan esei.. Apa lagi.. dapat je soalan.... aku study yang itu je la.. tapi hati2 jugak la takut cikgu tukar soalan ke apa aku baca gak subjek lain... heheheh...

Dan esoknya, memang sejibik soalan yang sama keluar. :P Aku jawab je laa.... Dan bila result trial keluar.............. aku dapat 3 untuk sejarah.. hahahaha... untuk manusia yang cepat nyanyuk macam aku memang terer giler aa tu... :P Tapi tu la.. sampai sekarang rasa guilty pun masih ada.. kejahatan masa tu memang sesekali terasa.. hehe. Tu la.. orang buat salah memang camtu..

Masa final year, final semester kat UIA ada sekali roommate aku pegi tolong lecturer kitorang buat SPSS, konon rajin aa. Dia pegi dengan sorang junior kitorang yang satu kelas.. and bila dia balik dari bilik lecturer tu muka dia pucat..

Aku tanya kenapa? Dia tanya aku kalau kita bukak file dalam pc boleh detect tak? Aku cakap boleh. Walaupun dah delete dekat Recent Document? Aku cakap boleh. Kalau pegi check properties file tu boleh tahu masa & date terakhir file tu di access. Dia diam. Masa tu aku dengan dia je dalam bilik. Then dia suruh aku janji jangan bagitau yang lain. Aku tanya kenapa? Dia cakap dia "terjumpa" soalan untuk final exam for 2 subjek yang lecturer tu mengajar..dia ambil satu subjek je. Aku ambil dua-dua sekali. Dia cakap dia and the junior were looking for other SPSS file and "accidentally" bumped into the file. Dia cakap dia tak tahu apa nak buat sebab dia dah baca semua soalan tu, dah tahu dengan detail soalan apa yang akan ditanya. Aku tanya dia, kenapa ko tak close je file tu? Dia cakap dia tak terfikir langsung, and sedar tak sedar katanya dia dah baca semua. Aku tanya dia, dia ingat semua ke? Dia cakap ingat. Aku tanya dia nak buat apa lepas tu? Dia cakap dia tak tahu. Aku suruh dia bagitau lecturer tu, tapi dia tak nak. Dia cakap nanti kena questioned macam2, silap2 nanti kena disciplinary act ke apa, aku cakap dia bukan sengaja. Dia cakap dia tak nak ambil risk. Katanya cuma dia, junior tu dan aku je yang tahu. Then dia tanya aku nak tak soalan untuk subjek satu lagi yang aku ambil tu. Aku cakap tak nak. Jangan bagitahu apa2. Aku tak nak tahu apa-apa. Then aku promise dia aku akan diam. Serba salah juga sebenarnya. She's my roommate, merangkap one of my very best friends that time. That time la.

Kawan-kawan lain semua tak tahu. Sampailah musim exam, semua orang sibuk study... dia study gila-gila..on all the subjects. She tried to give hints to me on the other subject yang aku ambik tu.. aku cuba ignore. Dia memang tak cakap topic apa yang akan keluar. But sometimes bila aku tengah study on one topic.. suddenly when she heard, she would say "Yang tu tak keluarlah" or "You don't have to read that." or even a suspicious nod when I read on a particular topic. Tempted aku tetap ada, bohonglah aku cakap takde. Aku try ignore and try to convince myself that the questions might be different.. and all I know that she (and the other junior) studied very hard, but only on certain subjects je. Terkilan tu masih ada, tapi aku tak sampai hati nak bagitau orang lain... rasa serba salah sangat2.

On the exam day, I was fully prepared with everything but rasa bersalah tu tetap ada walaupun aku tetap tak tahu directly apa soalan2 tu. And both of them seemed so confident, before and after the exam. Bila aku tanya dia betul ke soalan2 tu yang dia tengok.. dengan wajah gembira yang tiba2 mahu bertukar jadi serba salah yang tak jadi dia angguk. Dua-dua ke? Dia angguk lagi. Aku terus diam. Memang tertekan rasanya kalau ada kat tempat aku. Sekarang ni rasa macam bodoh pun ada aku tak ambil tindakan dulu. Kalau aku tulis short note to the lecturer tu kata soalan dah bocor without telling my name pun dah ok per. Tapi masa tu aku tak terfikir langsung nak buat camtu. Aku cuma nak selamatkan kawan aku je fikirnya.

Lepas habis exam, dan dengan rasminya menutup tirai zaman kampus, baru aku tahu rupa-rupanya dia ada bagitau 1-2 kawan kitorang yang lain. Tapi version dia pada mereka dengan version dia pada aku lain. Dia bagitau kawan2 lain yang dia memang nampak soalan2 tu tapi sekali imbas je la.. tak tau topik apa yang akan keluar... mungkin dia takut. Mungkin jugak tak nak orang syak kot.

Bila keluar result, dua-dua dapat result cemerlang. Result aku alhamdulillah ok untuk 2-2 subjek walaupun tak secemerlang mereka. Tapi cukuplah. Sekurang-kurangnya aku tak menipu untuk dapatkan segulung ijazah kan? :)

Aku tak tahu apa yang dia rasa atau apa yang dia fikir masa "terjumpa" tu. Mungkin betul dia "terrrjumpa" file tu.. err.. 2 file la kot sebab 2 subjek yang berbeza...tapi tak tahulah. Itu antara dia dengan Tuhan la. Takut juga kalau ingatkan.. ye la.. belajar penat lelah 4 tahun, memang la nak degree yang berkat kan...

Ntahlah. Lepas exam tu aku makin hari makin renggang dengan dia. Bertanya khabar pun sekadar cukup syarat sebagai kawan. Sekarang lagilah, dia langsung takde cerita dengan semua orang. Dan rasa serba-salah tu kadang-kadang tetap menyerang.

Monday, January 24, 2005

To do list for today:

- Gi bank Muamalat
- Makan
- Beli finger food for meeting
- Settlekan semua keje ofis
- Lapar... kenyang kena tembak je karang...
- Prepare for the worst...
- Pray for me...

To do list for tomorrow:

- Survey tempat exam/ route Pudu
- Habiskan Pengajian Malaysia at least sampai chapter 6.
- Refresh Maths lagi...
- Ambil barang kat rumah Cik Yah PJ
- Makan aiskrim (banana split kat rumah Cik Yah waaaaaahhhh!!)
- Ambik borang masters kat UM (ambik je laa...)
- Study lagi! Carik buku yang hilang tuuu!!!
- Tengok wayang too costly
- Shopping budget lari...
- Update resume
- Tido...
- JANGAN TENGOK TV!!! STUDYYYY!!!
- Maybe boleh beli stationery for exam

Saturday, January 22, 2005

Salam Aidil Adha.

Aidil Adha tahun ni aku berkorban perasaan lagi. Cuma beraya di Puchong dengan adik-adik. Sunyi benar rasanya ayahbonda tak ada. Kak Yong dan keluarga balik Perak pagi raya jadi tinggal kami 3 beradik dengan Kak Yatmi jadi penghuni rumah.

Ini kali ketiga aku beraya tanpa ayahbonda di sisi...

Kali pertama dulu aku beraya dengan saudara mara di kampung, bila pertama kali ditinggalkan ayahbonda yang ke Mekah. Pilu juga. Kali kedua aku yang tak balik beraya. 2 tahun lepas. Masa tu rasanya membuak-buak rasa sedih, sebab hari Raya Haji tahun tu semua orang tak balik. Cuma tinggal Asyraf temankan ayahbonda di kampung. Aku beraya di PJ dengan Cik Yah & famili, Nahar di Johor dengan Chu Dah & famili, Kak Yong & famili balik Perak, Hafiz masih jauh di perantauan. Rasa lain macam pun ada. Dan tahun ni, beraya dengan adik-adik dan sepupu2 yang juga ditinggalkan ayahbonda yang sama-sama ke Mekah.

Hehe.

Jadi malam tadi kami berkumpul di PJ, kebetulan anak2 teruna kat PJ tu rajin nak memasak, bbq lagi hehehe jadi semalam ramai-ramai berbbq kat rumah Cik Yah. Kelakar jugak rasanya, beraya dengan semuanya anak-anak muda hehehe. Kebetulan Ayah Ngah dari kampung tiba-tiba muncul dengan Mak Ngah, Kak Zu dan famili. Asalnya melawat saudara Mak Ngah yang sakit di hospital. Terubat jugalah rasa sedih tak ada orang tua bila ada mereka di rumah. hehehe.

Tengahari ni pun nak ke sana lagi. Nadzir buat korban, tengahari ni dia pegi ambil daging. Jadi kononnya nak buat kenduri daging kecik-kecilan.. bakar ke.. buat sup ke.. best jugak kan. Dan terkebetulan Ayah Ngah the best chef in Terengganu tu datang, heheeh... apa lagi... mestilah best... alah... sekurang-kurangnya raya haji tahun ni takde la kami kelaparan tak makan... ehehehhehe...

Thursday, January 20, 2005

I’m 26 turning 27 next October and still single.
My parents were worried sick
About me not getting married at this age.
My relatives were busy listing out questions on “What, Why, When, Who and How”
But I am very stubborn.
And when I said very stubborn, it means VERY STUBBORNNNNN.
I wish to believe in love
But I don’t even believe love exists anymore. Haha.
Yes I was broken-hearted once.
I fall in love with someone on my 22nd birthday.
And fall out of love on my 24th birthday.
We were talking all night and I thought that was the happiest moment of my life.
When he finally declared that he had someone else.
I was laughing and chatting non-stop.
I smiled, and even later had my first picture taken with him.
So ironic.
It should have been the best birthday I ever had.
Him, dedicating a birthday song to me.
Us, having our picture taken for the very first time
Us, talking and laughing all night long.
Him, walked me to the car.
Him, being the sweetest.
Him, saying goodbye with the most unexpected memories to live with.
Funny I didn’t cry that night.
But couldn’t sleep either.
I thought I was being happy for him.
But I was still awake the next night.
Still unable to sleep.
And the next night.
And the next next night.
I was awake for nearly a week after that haha.
Tried very hard to sleep, but it didn’t feel right.
On the 7th day, I finally cried.
And cried.
And cried.
Cried.
Cried.
I finally stopped crying on his wedding day
2 years later.
Hahaha.
What a freak. And a fool.
And that, always happened when a fool falls in love.
But then, I don't even cry anymore now. :)
Except for movies. And books haha.
I’m 26 turning 27 next October and still single.
And I still can’t believe I’m writing this.
Hahahahhaahhahaha...

Wednesday, January 19, 2005

I have no idea how the interview went. I was a bit confused with the writings that I did. Hmm. I was promised a result (pray it'll be a good one!) by tomorrow or Saturday - Jumaat cuti kan. Fuuh. If its ok, and I'm selected, I'm supposed to start the new job by March. If its ok la. Don't want to put much hope on that though. Kalau ada rezeki kat situ ada la... :)

After the interview, I went to PJ on quest for the Malaysia Kita book (PTD reading materials -aargh!), to the bank for a quick draw from the account and ended up flirting with the bank officers hahaha (one happened to be a Terengganuian and was extremely excited to see me hahaha), had a nice quick lunch with Tita, went to Sec. 14 to continue the quest, and stucked in the Popular Bookstore for hours before heading back to Klang. Hahaha.

Spent nearly RM70 on books yesterday. Or more. Guess I violated my own promise (of-not-to-buy-books-anymore-till-next-month-thing) again. *Sigh*. I didn't find the Malaysia Kita book, but find another good Pengajian Malaysia - Ketatanegaraan book which only costs me RM25 (instead of RM40 for MK book), a long-quest for Bookends by Jane Green finally ended yesterday (yeay!!! there goes another 38 bucks), and also found two whole shelves full of delicious books worth only RM5.90 each. Yes! You heard me rite- RM5.90 each for some delicious thick books -chick lit, mysteries, horrors, love stories, literature books etc- all genres! How could I ever resist? I got a bit tamak and started to pick everything from the shelves hahaha. But of course, I was supposed to be reading more Maths & Malaysian History books now for the PTD exam next week and was NOT supposed to read anything else other that those books. *Sigh*.

Heck I did buy one RM5.90 book (I still can't remember the title). And Green's Bookends. And Pengajian Malaysia (yawn..). And the 3rd book in the series of the cute-Conan Edogawa-translated-backwards reading comic (yes I became an avid reader for 2 years now but still missed few issues and since the publisher was kind enough to republish the series, hahaha, guess I have the chance to collect all now! LOL)

I still have some bad effects for having too much of Bookends last night. I have terrible lebam eyes, occasional yawns and dizzy head. Hah. Told you I can't put that book down. Read all night long, and finally slept at 3 in the morning. Urrghh. Despite the effects, Bookends was great, and have absolutely no regrets buying it. Absolutely recommended for light reading. And for those who dreamed of having their own bookstores. Hehehe. Hmm.. next in hunt for Jane Green's book list; Babyville. Or Mr. Maybe. Or To Have and To Hold. Hehehehehhe...

*Sigh again*

Perhaps I should really go for therapy on books addiction. It has taken too much of my time. It freaks me out, really.

Monday, January 17, 2005

Tekak aku terasa meloyakan dengan bau darah yang tak berhenti-henti menusuk hidung. Rasanya sampai kepala terasa peningnya. Tangan terasa menggigil-gigil menahan rasa yang memualkan.Urrghh..

Baru balik dari klinik. Tengahari tadi lepas lunch tiba-tiba rasa pening berpusing dan menggigil satu badan. Rasa loya nak muntah. Mungkin angin menyerang sebab pagi tadi aku tak sempat nak breakfast. Cuma sempat minum 2 gelas air sejuk. Mula-mula bersandar di kerusi, tapi tiba2 rasa nak muntah. Aku tuju toilet. Hidung berair. Mata pun. Cuba muntah tapi cuma keluar air liur. .

dan darah.

Mula-mula air liur tu aku nampak macam warna pink. Lepas tu ada keluar darah sikit, dan sikit dan sikit lagi tiap kali aku cuba keluarkan isi perut (isi perutnya tak keluar2!). Tambah risau bila aku kesat hidung.. sikit dan sikit dan sikit darah keluar dari hidung.

Aku panik. Panik. Dan panik.

Aku berkumur, aku bersih hidung. Tapi darah tu tetap ada. Dah rasa macam nak menangis pun ada. Err.. ok la. Memang dah menangis dah pun. Keluar dari toilet, terus bergegas ke klinik. Dahlah mula-mula pegi klinik tutup. Terpaksa pegi klinik yang aku kureng skit sebab itu je klinik panel yang bukak berdekatan ofis.

Doktor tu cuma bagi ubat hidung, ubat selesema dan ubat bengkak. Dia cakap hidung aku bengkak (macam ulser) kat dalam. Sebab kering sangat, dia pecah. Dia nasihat kalau nak bersih, jangan tahan-tahan, takut pecah lagi. Dia check tekak tapi takde pape pun ubat dia kasi. Walhal tekak aku memang sakit sebelah ni..

Aku ambil jugak ubat tu walau kurang berkeyakinan. Aku tak suka klinik tu, sebab tu aku dah lama tak pegi situ. Itu la klinik yang dulu salah bagi ubat kat aku masa aku kena kayap tapi dia cakap aku kena allergic. Itu la klinik yang selalu bagi ubat macam2 tapi aku susah benar nak baik walaupun sekadar selesema. Itu jugak la klinik yang aku baru dapat tahu juga silap bagi ubat kat seorang member ofis yang kononnya allergic kulit.. dan sudahnya selepas berbulan2 salah ubat, baru nak pegi jumpa pakar dan berhabis hampir RM300 untuk rawatan. Itu memang klinik yang aku tak suka. Tapi itu saja klinik panel yang paling dekat, dan beroperasi tadi. Yang lain tutup lunch lambat kot.

Aku tak puas hati lagi ni. Risau masih ada. Masih terasa pening dan mual dengan bau darah di hidung. Nak muntah pun ada ni..

Siapkan kerja kejap lepas tu mungkin balik awal. Dah tak tahan rasanya. Esok pagi dahlah ada interview lagi...aarrgghhh!!
A very nice weekend. :)

Yahaha. I became a melted vege in front of the tv from Saturday night until Sunday night. Hehe. I rushed back from Klang to Puchong on Saturday night and managed to catch the 2nd haf of the Man U vs Liverpool game, waived Chelsea's for some computer games (because I know they'll win again - besides, there's 2 Chelsea's supporters in the house) and then hooked up to Bolton/ Arsenal game. Muahahahahaha. Tak sia-sia aku bersengkang mata tengok game last skali, hahahaha. Puas hati Arsenal kalah. :P

I was planning to call a die-hard Arsenal colleague for balas dendam time (he pissed me off for the whole week after the Chelsea - Man U game) but cancelled the idea later.. ahahah. Gila apa nak kacau anak teruna orang pukul 4 pagi. Hahahaahahah. I smsed him the next morning and he called back, and we ended up yelling and screaming at each other. Hahahaha. Padan muka kau! Kutuk Man U aku lagi.

And it turned out to be a better weekend when Spider - Relaku Pujuk won the 19th TV3 Juara Lagu! Hahhahahhahaha. Nahar was a bit frustrated tho, when her Anuar Zain didn't win anything (I expected him to win The Best Vocal). I was actually jumping when they announced that Dayang Nurfaizah's Erti Hidup won (read: Afdlin Shauki won!) Hahahahaha. And I laughed like hell when they announced that Spider won the biggest prize of all. Hoooo--hoooo!! Hahaha. I was rooting for Spider the whole night (and Vince, and Dayang). I just love Relaku Pujuk, because of its beautiful lyrics, by far the best amongst all..

Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa mengambang walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu
Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku

Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

..Isn't that pure beauty? :) It is a great, great weekend for me. Hehhehe...

Saturday, January 15, 2005

You guys will be the first to know. Remember the last interview on Tuesday? That I said they will call if I manage to get the 2nd interview.

Well, they just called. I'm in the 2nd interview list. Next Tuesday morning again. Wish me luck.
iza : dia cakap kalu ko ingat lg paras rupa dia..
iza : pilaaaa tegur...
miyyah : Insya Allah
iza : dia x macam dulu lg...
miyyah : kalau aku ingat muka dia la..
miyyah : hehehe
iza : dah terlebih ramah..hehehhe..
miyyah : aku ni dahlah spesis susah nak cam orang
iza : smlm dinner dgn dia..
miyyah : ntah dia pun x cam aku karang
iza : dia mmg x cam ko...hheheheh
iza : awal2 lg dia kasitau..
miyyah : ahhahahahahaha
miyyah : kan betul
miyyah : aku kan ke dulu invisible

Haha. Semalam diberitahu yang aku bakal berkongsi tempat exam dengan seorang kawan lama zaman sekolah yang dulu langsung tak pernah bercakap dengan aku :P. Hehe. Aku sendiri pun dah ingat-ingat lupa muka dia. Hehhe. Ye la, zaman sekolah maksudnya 10 tahun sudah. Dan juga bermaksud dah 10 tahun aku tak jumpa atau terlintas bayang kelibat dia. :)

Zaman sekolah dulu aku kenal semua orang, orang ni kelas mana, orang tu kelas mana, yang mana satu budak kelas science, mana satu budak arts, kawan-kawan aku ramai pengawas, librarian, budak2 koperasi, budak2 asrama.. jadi aku banyak dapat access ke mana-mana; lepak dalam koperasi dan buat suka hati aku walaupun aku bukan ahli, dapat masuk bilik pengawas dan belek buku rekod pelajar sebab kawan aku pengawas (dan sebab aku hari-hari datang lambat dan nak check kefamousan nama aku di kalangan pengawas pintu pagar), ditambah pulak makcik aku mengajar kat sekolah yang sama, jadi aku juga punya access untuk keluar masuk bilik guru bila-bila masa sahaja. Dan jugak selalu dapat result ujian Matematik awal dari orang lain. Hehe. Macam best je kan zaman sekolah aku dulu.

Hehe. Tapi hakikatnya, aku ni sebenarnya langsung tak dikenali. Nama je kawan dengan orang-orang glemer, konon nak tumpang glemer la. Tapi tak glemer2 jugak hhahahahaha. Kawan-kawan aku ramainya memang budak famous.. aku je tak. Eh. Famous jugak. Famous sebagai "Anak Saudara Cikgu Rohani" yang selalu datang lambat. Hehehe. Budak perempuan mungkin kenal la jugak.. kalau budak lelaki tu.. haram tak tau. Ye la.. sekolah aku dulu, budak lelaki boleh kira jari berapa orang yang berani cakap dengan budak perempuan. hahahahah.

Dah 10 tahun dah, dan tiap kali reunion, tiap kali bertemu atau bertitip cerita dari teman, aku terpaksa mengulang nama. Mengulang nama kelas. Dan terpaksa juga mengulang title "Anak Saudara Cikgu Rohani" yang aku pegang 5 tahun lamanya dulu. Bila aku sebut nama aku.. tak kenal. Sebut nama kelas pun msih tak ingat. Tapi bila aku sebut yang aku ni "Anak Saudara Cikgu Rohani", semua orang tahu siapa. Dari junior2 sampailah senior2.. semua kenal. Bukan kenal aku, kenal makcik aku. Sebab makcik aku tu satu-satunya cikgu kat sekolah tu yang pakai kot. Kot macam doktor tu. Hahahahahaha. Itu satu lagi panjang ceritanya. Lain kali aku cerita. :P

Sepanjang 10 tahun ni, aku terpaksa bergantung pada title itu untuk buat orang ingat aku siapa (bukan kenal atau ingat muka aku!). Untuk dengar diorang kata "oooohhhh.. yang itu kenallah." Hahhaha. Kelakar kan. Aku kenal dan cam ramai orang, tapi diorang langsung tak ambil pot pasal aku pun. hahaha. Pathetic kan. :P

Tapi bila zaman kampus, bila aku dah mula berdiri sendiri, tanpa perlu bergantung pada nama orang lain, semuanya dah jadi terbalik. Haha. Sampai sekarang, dah hampir 3 tahun tinggal zaman kampus, aku masih boleh berjumpa junior2 dan senior2 yang aku langsung tak ingat nama diorang, tapi diorang ingat aku. Ayah aku, makcik aku pernah jumpa budak2 satu universiti dengan aku dan tanya pasal aku dan diorang kenal, walhal lain course dan aku langsung tak kenal diorang. Walaupun pada majlis2 tertentu aku tak hadir, orang tetap tanya pasal aku walaupun aku tak pernah kisah nak tanya pasal diorang.. Hahahahahahhhaha. Ironic kan?

Aku masuk society situ sini. Club itu ini. Pegang jawatan dari yang sekecik-kecik sampailah yang tak berapa kecik. Bina rapport yang bagus dengan ramai orang. Praktis communication skills aku yang dulu haram tak boleh buat apa. Jadi taiko dalam kelas (taiko tido pun aku jugak). Hahahahhahahaha. Sampai pernah sampai khabar dari angin yang aku dan kawan2 yang sewaktu dengannya gila kuasa. Hahahhahahahahahahahhaahaha!!!! *Gelak evil*. Peduli apa aku. Aku bukan rasuh kipas bodek orang. Semua aku buat sendiri. Ponteng kelas, tak tidur malam, korbankan hujung minggu - banyak benda aku sacrifice. Dan dengan korban yang ntah apa-apa tu orang percaya aku. Orang percaya aku boleh buat macam2. Jadi kuli, jadi hamba, tukang cuci etc.. ehhe. Iza cakap aku lepas geram. Aku balas dendam sebenarnya. Hehehehehhe. Aku balas dendam sebab dulu aku tak boleh buat camtu. Sebab dulu yang pegang jawatan asyik2 muka yang sama, kalau tak pengawas, librarian, tak pun pengawas asrama. Tak pun anak emas cikgu (anak saudara cikgu tak masuk list). Dulu aku cuba juga, tapi siapa nak pandang kan.. heheehe..

Sekarang aku dah sibuk dengan kerja. Ingat nak cuba2 juga join NGO ke apa, tapi masih tak berkesempatan. Heheh.

Dan ini, adalah test yang aku buat tadi. Dan berjaya menunjukkan yang aku ni sebenarnya masih berjiwa remaja. Hehehe. 17 tahun lagi rupanya aku ni... :P





You Are 17 Years Old



17





Under 12: You are a kid at heart. You still have an optimistic life view - and you look at the world with awe.

13-19: You are a teenager at heart. You question authority and are still trying to find your place in this world.

20-29: You are a twentysomething at heart. You feel excited about what's to come... love, work, and new experiences.

30-39: You are a thirtysomething at heart. You've had a taste of success and true love, but you want more!

40+: You are a mature adult. You've been through most of the ups and downs of life already. Now you get to sit back and relax.



Friday, January 14, 2005

Tadaaaaaa!!!

Cantik tak? Lawa tak????

Warna oren tak kena rasanya dengan jiwa aku. Hehhee. Dah bertahun aku obsessed dengan warna hijau, tak adillah kalau blog ni tak berwarna hijau juga kan???

Terima kasih blogger yang sudi relakan aku buat eksperimen selama beberapa hari ni (semalam tak sempat masuk entry sebab dok sibuk buat benda alah ni la..!), terima kasih blogskins sebab bagi aku idea (the original version sebelum aku adjust boleh tengok kat sini- yes, the original version of THIS green blog!), terima kasih aeiou sebab jadi sponsor background aku (my favourite website in the world!).. you're the best! Aku gumbira sangat-sangat hari ni, sebab blog aku dah cantik.. baru la macam blog orang lain kan.. hehe.

Aku bukan reti html sangat, takat tiru2 sikit-sikit dan buat eksperimen situ sini.. akhirnya jadi macam ni ok la. Hehhehe. Terharu jugak sebenarnya. Sebab design baru ni hasil penat lelah bertungkus lumus nak bagi blog aku nampak cantik. :) I am very proud of myself. And this time, it shows the true ME!

Hijau adalah warna paling best dalam dunia. :P Aku mudah terinflunce dengan warna hijau. Aku akan lebih tertarik untuk beli barang; groceries, toiletries, household items, food etc yang berwarna hijau (kecuali sayur!) Aku sekarang juga sedang memakai baju kurung berwarna hijau. Buku di depan aku juga bersampul hijau. Heheh. Ubat gigi, shampoo dan shower foam aku juga berwarna hijau. Hehehe. Dan aku berangan nak kawin juga dengan tema warna hijau. Hijau lumut lagi. Hahhahahahahaha. :P Moga-moga hijau akan lebih menceriakan hari-hari aku. Towards a greener 2005!

lalalala la la la la lala uuh uuh uuhh, la la lalalalala...

*singing a happy VE-tune*

Wednesday, January 12, 2005

Kalau aku jahat, dah lama aku ada orang yang sanggup buat apa aja.
Kalau aku jahat, dah lama aku suruh dia belanja aku makan hari-hari.
Kalau aku jahat, dah lama aku ada sponsor pegi shopping sini sana.
Kalau aku jahat, dah lama aku ada tukang sponsor kredit phone.
Kalau aku jahat, dah lama aku boleh dapat macam macam.
Kalau aku jahat, dah lama aku mintak yang bukan-bukan.
Kalau aku jahat, dah lama aku pegi tengok wayang free.
Kalau aku jahat, dah lama aku dapat driver tak bergaji.
Kalau aku jahat, dah lama aku ada tukang bayar bil.
Kalau aku jahat, dah lama aku boleh tukar hp baru.

Kalau aku jahat, dah lama aku buat semua tu. Kalau aku jahat, kelip mata pun aku boleh ada semua tu. Masalahnya dengan dia aku tak boleh nak jadi jahat. Aku masih tak sampai hati.

Walaupun aku rasa macam nak cungkil je bijik mata dia sampai buta.
Walaupun aku dah macam fedap dan dah sampai tahap menyampah.
Walaupun aku juga dah berkali-kali tolak dia mentah-mentah.
Walaupun aku rasa tak selesa sangat-sangat bila dia ada.
Walaupun aku mood aku mesti bertukar bila jumpa dia.
Walaupun aku tertekan bila kena buat senyum paksa.
Walaupun aku benci bila terpaksa buat-buat bodoh.

Aku patut ambil kesempatan. Aku patut. Bila ada orang yang dah sanggup buat apa saja, dengan jari telunjuk pun aku dah boleh dapat apa saja. Aku patut boleh pura-pura. Patut boleh paksa-paksa senyum kambing. Atau patut boleh kreditkan rasa sedikit, untuk debit-debit yang aku boleh dapat. Cuma aku yang tak reti-reti. Dan tak pandai-pandai. Dan masih bodoh.

Tuesday, January 11, 2005

From: Miyyah
Subject: The interview
To: "Tita"

I think the interview went well. Kalau dapat go thru, next week akan dipanggil untuk 2nd interview - that time akan ada written interviews etc. The person interviewing me was a Chinese lady named Tina and we were talking for more than an hour (sampai aku kena saman parking sebab aku ingat not more than an hour so aku bayar parking untuk 1 hour je hehehe). She looked like a nice person and memang kat situ, everybody cam professional look aah, so tadi aku punya dresscode ok la.

She's the Senior Manager or something and if I get the job she will be my boss. She explained about the job, memang menarik aah, because it involved lots and lots of research, organising programmes like Graduation, seminars etc, liaise with government departments, other colleges, lecturers, students etc (macam A & R + STAD) and will also involved a lot with students activities. Hehe. Sounds like fun eh. :)

U no wat, masa dia tanya aku b4 this aku tau apa2 tak pasal Academy tu, aku cakap tau gak la, dia tanya from where, and I said from Internet and friends. And I mentioned bout how a friend of mine working in advertising industry bla bla aku mentioned la ko keje kat S****h* and ko kenal few people from Academy tu and ada good reputation bla bla bla aah. And you no what.. she said she used to work at S****h*!!!!! Tapi dia cakap dah lama, and she's one of the pioneers of the company, then dia cakap skarang S****h* dah lain dari zaman dia dulu. And dia cerita pasal ex staff yang baru berenti and she speaks highly of her.
The job sounds quite challenging and she said that if I get the job, the opportunity to move further memang ada.. cuma kena committed je la. I don't think I have problem with that.

The place is very nice, kat reception area ada display on students works cam card designs, bottles, wallets etc semua benda2 creative.. cam gallery aah. Memang lawa. And even the receptionist pun pakai formal giler. Hehe.

The lady said they'll call by next week, and tell whether I'll be able to attend second interview or not. :)

Semalam masa balik rumah kakak aku, dapat surat interview from JPA. Remember yang aku mintak sekali lagi for PTD, PT, Pegawai Penerangan etc semua tu, aku raa last week baru aku isi borang, dah kena panggil, cepat pulak rasanya.. hehe. 29/1 nanti.

Eh, aku nak gi makan ni, nanati email lagi. Bye.


From: "Tita"
To: miyyah
Subject: Re: The interview

good for u! ; )

ieyza ada tanya aku gak, aku tak nak apply ke PT, PT tu. my mom sokong
habis haha but i didn't apply though. how does it work anyway?
ko akan ditempatkan ke mana2x tempat ke ape?

the lady being from S****h* is a real coincidence ; ) bagus jugak ko
mention pasal aku. ada lah benda bleh relate (to her past lagik hehe)

it's good that u came out of it with a good feeling and the job
description sounds interesting. memang sesuai dgn ko, miyyah!

aku doakan u get called for the 2nd interview all right!



From: Miyyah
Subject: Re: The interview
To: "Tita"

Did I mention that the job also requires me to prepare research reports, proposals on everything, interviewing lecturers, preparing procedures & manual, syllabus, and because the place in preparing to get ISO, so diorang memang sibuk buat college manuals aah, so aku mention aku pernah assist Group Audit prepare for Standard Operations Procedure for my company, and I'm fully in charge on the matter semua.

She kept on stressing whether I really want the job because she worried that if I couldn't cope with the fast paced environment but I said I am. She told me that she wanted me to understand the whole operations as she didn't want any problems later, and she wanted to find someone who's really committed to the work etc. Cam dia tak nak nanti keje 2-3 bulan pastu berenti pasal dapat better offer; her ex staff dulu ada degree in town planning and masters degree in Tourism lagi and left for better pay and job. She still keep in touch with her tho. So I told her that I have an Engli*h degree and everybody was like questioning why am I not involved with the academic field i.e lecturing, and not what I do now. I told her that when i took up what I do now, I was actually doing lots of things that I'd never imagine before. And lots of new things too. And after two years, I would love to continue from where I left, and do what's the best for me because its time to move on. With the experience that I have now, I would want a job that I would love and enjoy doing and has bright future, and the position offered is the best opportunity. Now is not the time for a trial and error phase anymore, its a definite thing. This is the time where I should really concentrate on my career. Plus, I 'm very committed.

She talks a lot and very friendly, and she even showed me examples of syllabus & proposals that I would do (if I get the job aa).. and I love every inch of them. Hehe. She also asked whether I am a reading person because I would need to read lots and lots of materials, search the internet, must find connections with other IPT/S, Ministry of Education etc... you know how I LOVE DOING THAT!! My family, my sis, my friends, my relatives etc - most are/were in the education industry .. they would love to help me in that area.. :) plus I have you in the advertising field, cam relate la jugak kan!

Just pray I would get the second interview.

Monday, January 10, 2005

What they want:
Independent and capable in handling multi-functional tasks

What I have:
- Administration & HR
- A bit of Marketing
- From repairing computer breakdown, computer hacker, making coffee, photocopier savior, postmaster, shopping for groceries, a receptionist, teaching Windows to the staff, checking memos, preparing all kinds of reports from all departments, til hanging cards on wall for Christmas. Hah! I have the world's most multi-functional-est job. Hehehehe.

What they want:
Strong in administrative, organizational, and secretarial skills especially in traffic control

What I have:
- Perfect needed experience for 2 years
- Doing a monthly management report for the company
- Organising events for promotions on company's products - roadshows, static displays, new launchs etc.

What they want:
Excellent English & Bahasa Malaysia communication and writing skills

What I have:
- An English major.

What they want:
Assist in research, drafting and upgrading of manuals and academic policies.

What I have:
- Education background from research work for 6 months, teaching for 2 months at a primary school; preparing lesson plans.
- Doing the company's Standard Operations Procedure - so I'm very familiar with manuals and policies. Hehhe.
- Research background - Business English right after graduated. A helping hand to the evil Research Methodology & Semantics lecturer on his academic research on Business English. *have no idea how I ever manage to do that!*
- A heart and soul on the company's Business/ Marketing Plan and Strategies 2005. *need to say more??*

What to prepare then:
- A list/details on what I did - report lagik!
- Draft on SOP - basic structure of it
- Business Plan - read by heart, again *yuck!*
- Management report - basic ideas - no details on all - p & c wat
- Original certs
- Photocopies of certs
- New resume
- Refresh memories on Business English research
- Interview etiquatte
- What to say to them
- Possible questions and answers - Practise!
- Passport photo if possible
- Officewear for the occasion
- What else...oh. Wear make-ups and high heals. *Ouch!*
- Yeah... and a very-very-very much needed LUCK!

Doakan aku. Esok pagi ada interview kat Sunway.

Saturday, January 08, 2005

"Mak.. doa-doakan saya ya.."
"Mak.. doa adik belajar molek.."

Mak angguk.

"Ayah.. doa ya.."
"Ayah.. doa adik belajar molek.."

Ayah pun angguk.

"Miyyah.. doa apa?"
"Apa-apa aja.. bahagia dunia akhirat.."
"Nahar?"
"Selamat belajar, lulus exam."
"Untuk Miyyah?"
"Doa dia cepat kawin."

Ayah Cik gelak.

Pemergian mak, ayah, Ayah Cik, Cik Yah & Chor ke Tanah suci Khamis lepas aku iringi dengan doa agar mereka selamat pergi dan selamat kembali. Moga-moga haji mereka diterima olehNya.

"Raya Haji karang balik Trg dok?"
"Dok. Beraya kat sini je."
"Sama aah, saya pun raya sini je."
"Bolehlah.. raya sekali nanti.."
"Boleh.."
"Raya kedua saya buat korban. Mari aa drumoh, kita masok aah ramai2.."
"Boleh... Insya Allah.."

Ditinggalkan anak-anak yang masih setahun jagung. Masing-masing berpesan, yang sulung jaga adik-adik.. jaga makan minum, yang kecik jangan nakal-nakal, dengar kata abang-abang & kakak-kakak. Sedih juga rasanya. Masing-masing perlu berdikari tanpa ayahbonda di sisi.

Today's Quote: "Gambar ni saya letak jadi wallpaper hp sampai mak ayah balik" -Nahar.

Wednesday, January 05, 2005

Baru je siapkan draft ke 7 report. Hehe. Dah 7 kali... kalau yang ini pun dia tak nak terima jugak... memang aaa.. nak kena dengan aku la tu. Report no. 2 pun dah siap, semuanya tunggu nak print dan buat beberapa salinan untuk diagihkan kepada kepala-kepala. Lepas tu ringan sikit beban kerja aku. Bos masih dengan tetamu jadiuuntuk beberapa ketika lagi dia takkan ganggu hidup aku.

Ayah bonda dah selamat tiba di Kuala Lumpur tengahari tadi. Cik Yah datang ambil di KLIA. Petang nanti baru ke Puchong. Jadi lepas ofis seperti biasa aku balik Puchong. Esok dan lusa aku cuti dari kerja jadi hari ini kena habiskan semua pending work sebelum kena melalak dengan semua orang.. hehe.

Kalendar baru dah sampai. Aku dah dapat 2, dan mungkin bawak balik lagi 5-6 keping. Mintak maaflah, aku kurang suka kalendar ni, sebab macam sama je dengan tahun2 lepas.. asyik2 gambar kereta.. kereta.. kereta. Bosannnn....Tapi bila orang dah bagi, aku ambil je la sebab aku tahu mesti ramai yang nak punya.. hehehe.

Esok tak tau lagi apa rancangannya.. yang confirm temankan ayah bonda tercinta. Hari Jumaat mungkin boleh menular ke mana-mana.. hehehehe. Bagus jugak ambil cuti sekali sekali ni...

Alright then. Aku nak sambung print reports dan menghabiskan sisa-sisa kerja untuk hari ni.

Tuesday, January 04, 2005

Dah 5 kali. Diulang. Dah 5 kali aku terpaksa ammend balik draft untuk Marketing Report and Budget for 2005 yang untuk kesekian kalinya ditokok tambah dengan sesuka hati oleh big boss. Cis.

Dah berapa banyak waktu-waktu berehat aku terpaksa dikorbankan untuk benda alah tu. Kalau 2-3 pages takpe la... ini sampai 70-80 pages... mau tak pening. Dari minggu lepas aku tak boleh buat kerja lain selain daripada kerja-kerja Marketing yang diluar bidang kuasa aku. Dah boleh hafal rasanya semua marketing strategies, atau sales strategies, market analysis, SWOT dan segala macam product mix yang aku terpaksa re-write sebab dapat boss yang suka menambah last minute.

Yaaa... agaknya kalaulah report ni thesis, agaknya aku dah boleh dapat Masters in Marketing hehe. Dan yang paling tak tahan, bila budget pun aku kena buat sekali. Lebih 1/2 million lagi.. hahhahahahaa. Sukahatibapaktirilakimakhang la aku buat.. hehehe. Ye la.. dari minggu lepas aku makan tido dengan report tu, dan setiap hari mesti ada tambahan-tambahan mukasurat, topik, subtopik, gambar, chart, table etc yang dia suruh aku buat. Yang tak pernah aku buat pun kena buat. Pecah kepala betul...

And by the time I'm posting this entry, report to masih terbengkalai atas meja. Haha. Dia suruh aku siapkan hari ni dan pagi esok nak tengok atas meja dia. Hahahahahaha. Boleh terencat aku macam ni. Dahlah nak balik Puchong kejap gi ni. Aah. Tak siap aku balik sambung rumah Kak Yong la jawabnya ni...

Nak balik Puchong ambil roadtax baru, Abang Amad tolong renewkan. Esok genap TA'A 5 tahun..hehe. Tapi usia bersama aku setahun pun tak sampai lagi (1st Mei 2004). Lagi dua tahun abis ler bayar hutang kat bank... :)

Aku dah tak larat sebenarnya ni... nak balik je pikir. Dahlah jauh perjalanan ni... *sigh*

Monday, January 03, 2005

Salam tahun baru!

Isnin yang ceria walaupun meja kerja masih sarat dengan kertas dan report-report yang masih terbengkalai. Hehe. Aku mahu hidup ceria, dan hari-hari terawal di mula tahun Masihi ini tanda kegembiraan yang aku benar-benar harap kekal sampai ke penghujung tahun. :)

Aku dah letak wallpaper baru di blog ini. Hehe. Ceria kan? Juga warna-warna kegemaran aku. Kredit untuk Acidrain website (go Afdlin Shauki!!) sebab aku pinjam background diorang. Nanti bila aku dah rajin buat background sendiri aku tukar ye. :) Aku sukakan warna-warna ceria (dan sedikit garang barangkali!) macam warna kuning dan oren. Hehehe.

Dari tahun 2002 seawal blog ini lahir sampailah 31 Disember 2004, baruuu nak cat rumah baru. Hehe. Itupun cat tak kering lagi. Entah-entah nanti aku perlu tukar cat lagi. :)

Aku ceria sangat2 hari ni walau kerjaya aku yang multi tasking ni benar-benar mencabar kepala otak aku hari ni. Dan mungkin terpaksa berkabung dalam ofis sampai report-report aku siap. *Sigh*. Sikit je lagi.

Tahu kenapa aku ceria hari ni?

Aku pakai baju raya warna hitam berbunga merah dan kuning yang menyala-nyala untuk sambut hari pertama bekerja dalam tahun baru.

Roadtax dan insurans untuk TAA sudah selamat dengan Abang Amad untuk dijelaskan semuanya esok.(walaupun itu bermakna baki wang dalam bank aku cuma tinggal RM26.92 sen)

Boss aku mood baik hari ni sebab dia baru balik holiday dari Bali (dia tak kena Tsunami).

The ever-dreadful weekly meeting tiba-tiba kensel. Hehe. Selamat satu minggu dari buat minutes.

Dicelah-celah kesibukan kerja yang terlampau, aku berjaya curik masa chat dengan kengkawan ahahahaha. (Tita suddenly online)

Iza nak belanja Prosperity Burger Sabtu ni. Hehehe. (I believe she'll have Prosp. burger every single day until the promotion ends!)

Terima email tahun baru yang pendek dan manis (short and sweet) dari seorang manusia yang dah sebulan hilang khabar berita. Isn't that sweet?? Hahhaha..

Towards a beautiful 2005.