Friday, December 31, 2004

Untuk setahun lagi.

Untuk setahun lagi
yang bakal mendekati saat fajar esok tiba
moga didekati dengan rasa keinsafan
dan kesyukuran untuk hidup
Yang Esa masih mahu tambah satu angka lagi
pada usia ini.

Untuk setahun lagi
yang akan menjejak kaki
dan bakal memanjat tangga angka pada usia
Moga hidup dimurahkan rezeki
dan diberikan anugerah kebahagiaan sekeluarga

Untuk setahun lagi
Moga dengan tambahan satu angka pada usia
Makin matang fikiran dan tindakan
dan tidak lagi terburu-buru keputusan
atau amarah emosi yang bergeladakan

Untuk setahun lagi
Yang datangnya angka baru pada usia
Mengasak tanya dari saudara
Moga diterima doa mereka
Agar terbuka hati untuk mula hidup berdua

Untuk setahun lagi
yang akan menambahkan kedut pada wajah
moga tetap manis disapa senyuman
dan bukan keruh tanda derita berpanjangan
atau sayu hati terkilan lagi

Untuk setahun lagi
yang akan datang menghampiri
moga-moga di luar sana terik dengan mentari ceria
atau kalau hujan biarlah rintiknya memberi rezeki
pada mereka yang masih perlu
dan masih bergantung untuk hidup.

Untuk setahun lagi
yang mungkin tiba dalam redup hujan
moga-moga dijauhkan dari murkaanNya
dari duka lara yang berpanjangan
dan doakan ketenangan
dan kesejahteraan untuk mereka yang memerlukan

Untuk setahun lagi
yang datang tidak berjemput
tapi hadirnya tetap bersambut
Moga hidup masih sudi dipimpin dengan suci Islam
dan barakah dari Rabbu Izzati
moga setia nafas ini masih mahu diberkati.

Insya Allah, Kiranya diizinkanNya
untuk aku bernafas setahun lagi.


Salam 2005.

Thursday, December 30, 2004

Minggu ini minggu Tsunami. Jadi entry aku minggu ini juga banyak pasal Tsunami...

Quake changed map of Asia
From correspondents in Los Angeles
December 28, 2004


AN earthquake that unleashed deadly tidal waves on Asia was so powerful it made the Earth wobble on its axis and permanently altered the regional map, US geophysicists said today.

The 9.0-magnitude temblor that struck 250 km south-east of Sumatra island on Sunday may have moved small islands as much as 20 metres, according to one expert.

“That earthquake has changed the map,” US Geological Survey expert Ken Hudnut told AFP.

“Based on seismic modelling, some of the smaller islands off the south-west coast of Sumatra may have moved to the south-west by about 20 metres. That is a lot of slip.”

The north-western tip of the Indonesian island of Sumatra may also have shifted to the south-west by around 36 metres, Hudnut said.

source: news.com.au

Peta Asia dah berubah. Peta Dunia juga sudah tentu berubah. Ada kawan ofis cakap pada aku tadi. Aku surf internet dapat cari artikel di atas. Itu pun di antara banyak lagi artikel2 lain yang aku jumpa.

Dah senget sedikit Asia ini. Aku bukan orang arif tentang geografi.. last aku ambil subjek Geografi pun masa PMR. Aku pun tak pasti sama ada setiap kali gempa bumi berlaku, struktur tanah boleh berubah sehingga boleh menggerakkan fizikal asal dan seterusnya menjadikan peta dunia berengsot sedikit. Dan kalau setiap kali gempa bumi berlaku, bumi berubah bentuk, negara berengsot...aku tak pasti dah berapa jauh negara-negara yang dilanda gempa bumi itu berengsot dari tempat asalnya.

Aku terfikir, kalau tiap kali berlaku gempa bumi menyebabkan kedudukan peta dunia berubah, maka mustahil atau tidak kalau sedikit demi sedikit berengsotnya, kedudukan sesebuah negara boleh jauh terpesong dari kedudukan asal... dan... dan.. kalau bergerak banyak kali, dalam fikiran aku yang tak berapa tahu ini fikir logiknya...boleh memesong arah terus kan?

Aku betul-betul tak pasti. Tapi aku tertanya-tanya dalam hati. Itu teori aku, bukan dari geologist ke ape. Dalam fikiran aku yang jahil lagi ni la.. sebab bila aku fikir balik...... ingat tak antara tanda-tanda akhir zaman...

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". - Hadith riwayat Muslim.

Bukan apa.. aku cuma terfikir.. ada yang tak percaya yang matahari boleh keluar ikut barat.. tapi bila fikir-fikir balik.. kalaulah.. kalaulah bumi ini akan terus bergerak.. kalau berubah 180 Degree..maksudnya dah terbalik terus dari tempat asal kan. Kalau asal negara barat, berpusing 180 Degree dah jadi negara timur tak? (jangan confuse plak!)

Sorilah.. aku punya Geografi masih lemah. Oo.. lupa aku dah cakap eh. Hehe. Anyway, maksud aku, kalau bumi berterus-terusan bergerak macam tu.. bukan ke tak mustahil matahari yang kita nampak muncul dari timur.. tiba-tiba muncul dari barat?Tak mustahil kan?

Ini teori je. Aku bukannya arif bab-bab macam ni. Aku percaya Kiamat makin menghampiri, aku juga percaya kita semua manusia di akhir zaman.. tapi bila Hari itu akan hadir, Wallahua'lam.. itu hanya DIA yang tahu. Aku cuma berfikir atas ilmu yang cuma secubit ni.. dan yang jahilnya masih banyak. Cuma terfikir akan kebenaran tentang Kiamat. Kalau salah, tegur-tegurlah aku...

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari diri aku sendiri...

Wednesday, December 29, 2004

More on Tsunami...

HONG KONG (AFP) - Rich and poor alike were swept up by Asia's killer tsunami, with a supermodel, multi-millionare football players, royalty and movie stars among those running for their lives.

Czech supermodel Petra Nemcova clung to a palm tree for eight hours in the devastated Thai resort of Khao Lak after being hit by a wall of water in Sunday's deadly tidal waves, her publicist in New York said. Her British boyfriend, fashion photographer Simon Atlee, is missing.

"People were screaming and kids were screaming all over the place, screaming 'help, help'. And after a few minutes you didn't hear the kids any more," Nemcova told The New York Daily News from her hospital bed in Thailand.

"There were so many people with horrible injuries, with blood everywhere. It was like a war movie," she said.

The 25-year-old, who has graced the front cover of Sports Illustrated's special swimsuit issue and also modeled Victoria's Secret lingerie line, suffered a broken pelvis and internal injuries.

There was no lucky escape for Bhumi Jensen, the 21-year-old grandson of Thai King Bhumibol Adulyadej who was killed at the same popular resort area when the waves struck.

"It's a national tragedy," said a grim-faced Prime Minister Thaksin Shinawatra. The monarchy is revered in Thailand.

Bhumi is the son of Princess Ubolratana and her estranged American husband Peter Jensen. He was holidaying with his mother at the time but she was safe.

British actor and film director Richard Attenborough was also in mourning after the death of his grandaughter in the Thai catastrophe.

Lucy was among a family group staying on Phuket island, said Diana Hawkins, a colleague and friend of the Attenborough family. Attenborough's eldest daughter Jane is missing, as is her mother-in-law, Jane Holland.

"Lord (Richard) Attenborough and his wife, Sheila, have lost three members of their immediate family in the tidal wave disaster that hit the beaches of Thailand on Boxing Day morning," said a statement from Hawkins.

The 81-year-old is one of the most successful actors and directors Britain has ever produced, finding fame appearing in films such as "Brighton Rock" and "The Great Escape".

As a director, his biggest triumph was "Ghandi", which won eight Oscars (news - web sites) in 1983, including best film and best director.

Chinese action hero Jet Li survived the horror on the picture-postcard Maldive islands, sustaining minor injuries when the tidal wave triggered by an undersea earthquake off Indonesia swamped the hotel where he was staying.

Li, who starred in Hollywood flicks including "Lethal Weapon 4" and "Romeo Must Die" grabbed his four-year-old daughter when their hotel room started to flood and escaped, the Singtao Daily reported, citing his management.

Stars of the sporting arena were also caught up in the tsunami nightmare that has left more than 55,000 people dead.

A number of Italian football players were also holidaying in the Maldives when the full force of the tidal wave hit, Gazzetta dello Sport reported.

Among them were AC Milan's Paolo Maldini, Alessandro Nesta, Filippo Inzaghi and Cristian Brocchi, and Juventus defender Gianluca Zambrotta. The newspaper's website said they were safe.

Sri Lankan cricket spin king Muttiah Muralitharan declared himself "lucky to be alive" after narrowly missing one of the tsunamis that killed over 17,000 people in his home country.
Muralitharan told the Sydney Morning Herald he drove out of the southern city of Galle just minutes before it was swamped by a massive surge of water.

Among others fleeing the tragedy in southern Sri Lanka was former German chancellor Helmut Kohl, who was helicoptered from his guesthouse at Talpe, a suburb of Galle.

Back in Thailand, skiing great Ingemar Stenmark ran for his life when he saw an immense wave heading towards him in Khok Kloi, offshore from Phuket.

"The water from the first wave disappeared, but then it came back with terrifying speed," Stenmark, who won two gold medals at the 1980 Olympics, told Swedish media.

Australian AFL star Troy Broadbridge was not so lucky, being swept away from his wife as the strolled along a Phuket beach, his club Melbourne Demons said.
Seorang teman sepejabat yang beragama Hindu tanya aku, sebagai muslim aku percaya tak pada akhir zaman @ kiamat. Aku cakap tentunya aku percaya. Dia tanya aku lagi, macamana nak tahu akhir zaman tu macamana. Jadi aku explain la sikit2 pasal tanda2 kecil & besar kiamat. Lepas tu dia tanya lagi. Kalau Muslim betul-betul percaya pada Tuhan, kenapa Tuhan buat bencana macam Tsunami tu pada manusia? Kenapa Tuhan buat bencana-bencana macam tu selalu kena pada orang miskin je. Selalu orang kaya selamat. Dia cakap Tuhan tak adil kalau macam tu. Dia tanya pada aku kenapa Muslim tak marah pada Tuhan bila Tsunami jadi.

Dia cakap ramai saudara-saudara jauh di Sri Langka dah tak dapat contact. Tak tahu apa jadi dengan mereka lagi. Dia cakap itu tak adil. Kenapa yang selalu terkena nasib malang di negara-negara miskin, bukan negara-negara kaya? Tengok kes di Iraq dan Afghanistan dulu, sekarang di Sri Langka, India, Indonesia.. semuanya negara miskin. Kenapa negara barat tak kena??? Marah betul dia..

Aku cakap muslim percaya pada qada' dan qadar. Muslim percaya bahawa apa juga yang berlaku ada hikmah disebaliknya (punya la susah nak buat dia paham maksud hikmah!). Allah itu Maha Berkuasa dan DIA berhak buat apa saja. Teman itu bertanya lagi, kenapa perlu ada bencana-bencana macam tu. Aku cakap itu tanda kekuasaanNYA. Itu dugaan untuk manusia. Sama ada manusia itu menjadi lebih kuat atau lebih lemah. Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Aku bagi contoh kecil pada dia. Aku cakap kalau nak diikutkan masa cermin kereta aku pecah dulu, memang bad luck sangat-sangat. Duit habis, tak boleh pergi kenduri, luka-luka.. semua tu kiranya macam bencana jugalah pada aku. Tapi aku cakap, di sebalik semua tu, aku dapat hikmah lain yang tak ternilai harganya. Masa aku sesak tak ada duit, ada aja rezeki yang muncul. Abang ipar aku hulurkan duit, aku dapat singgah rumah saudara aku yang dah lama aku tak singgah, dan wang insurans tu aku dapat masa aku lagi lebih terdesaknya. Kalau cermin aku tak pecah, aku boleh dapatkah semua tu? Bukan ke itu hikmah namanya? Hikmah tu kecil je, tapi tetap berkesan pada aku. Dan itu cuma sedikit dugaannya. Tsunami pun dugaan juga, cuma lebih besar dari tu. Aku bagitahu dia yang dugaan-dugaan macam tu sebenarnya buat kami lagi kuat untuk hadapi hidup. Lebih bersyukur padaNYA.

Dia tanya lagi kenapa bencana macam Tsunami tu untuk orang miskin saja? Kenapa negara-negara kaya tak kena? Aku tanya dia, dia sayang suami dia tak? Dia cakap mestilah sayang. Aku cakap tentu suami dia sayang dia jugak kan. Dia senyum dan angguk. Aku cakap kalau suami dia sayang dia, suami dia mesti ambil berat pasal dia. Kalau orang tak sayangkan kita, dia takkan peduli langsung pasal kita. Apa jadi, jadilah. Tapi kalau dia sayangkan kita, tentu dia ambil berat pasal kita kan. Dia angguk. Aku cakap Tuhan macam tu juga. Setiap dugaan yang datang tu tandanya Tuhan masih sayangkan kita. Tuhan masih nak uji kita itu tandanya DIA masih ambil berat pasal kita. Kalau DIA dah tak sayangkan kita, dia takkan peduli tentang kita. DIA akan biarkan kita terus lalai dengan dunia kita. Dan sebab Tuhan sayangkan kitalah DIA jadikan dugaan itu untuk kita.. dugaan macam Tsunami. Dan dugaan macam tu buat kita lebih sayangkan DIA.

Aku kata, lagipun semua yang ada atas dunia ini bukankah milik Tuhan? Tuhan yang ciptakan manusia, langit, bumi, laut, pokok dan lain-lain, dan satu dunia ini bukankan DIA yang punya. Manusia cuma pinjam saja. Manusia juga DIA yang punya. Kalau kita pinjam barang orang pun, lama mana kita pinjam tetap orang punya. Dan kalau orang tu nak ambil balik kita tak boleh larang. Kalau DIA nak ambil balik apa yang memang menjadi hakNYA, kita sebagai manusia tak boleh cakap apa bukan. Semua ini milik DIA.

Dia diam, kemudian tersenyum kelat. Dia cakap mana aku tahu semua tu. Aku cakap sebagai Muslim aku perlu tahu dan percaya dan yakin tentang semua yang aku cakap pada dia tadi. Dia cakap aku pandai, sebab aku tahu. Dia cakap kenapa aku tahu bila ada orang lain tak tahu. Aku tak sempat cakap apa-apa dia terus ubah topik dan bangun menuju ke bilik bos untuk urusan-urusan pejabat yang lain..

Dan aku tiba-tiba rasa lega, sebab alhamdulillah, walaupun sekelumit, dapat juga aku terangkan pada dia tentang sucinya ajaran agama ini.. moga-moga dia faham..

Tuesday, December 28, 2004

Dunia ini pinjam-pinjaman.

Dunia ini bukan milik kita. Milik Yang Esa sebenarnya. Barang yang dipinjamkan lama mana pun tetap bukan hak kita. Tetap milik empunyanya. Justeru kalau DIA mahukan segalanya kembali, kita perlu akur. Ini hak DIA yang kita tak boleh kata tidak...

Atas dasar kemanusiaan dan keperihatinan untuk mangsa-mangsa Tsunami di Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, India, Sri Langka, Maldives dan etc. Atas rasa simpati dan dukacita kehilangan mereka-mereka yang tersayang. Atas rasa pilu dan mahu berkongsi derita mereka yang menjadi saksi berita duka ini.

Ya Allah,
Tempatkanlah saudara-saudaraku di kalangan hamba-hamba yang beriman.. kuatkanlah semangat mereka-mereka yang masih bernafas di bumiMU ya Tuhan..tenangkanlah mereka untuk menghadapi sisa-sisa hidup pinjamanmu. Kusyukuri segala nikmat dan hikmah dariMu ya Allah...

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. AllahuAkbar!

Al Fatihah untuk saudara-saudaraku.

Monday, December 27, 2004

15 THINGS YOU SHOULD KNOW ABOUT ME...

1. I'm obsessed with Afdlin Shauki since I was in Form 2 and still unsure the reason why.

2. I'm very choosy of my food - I hardly eat hot & spicy food, hate veggie very much and eat nothing that smells (that includes budu, tempoyak, cencaluk, sambal belacan). But I still eat a lot.

3. Durian is an exception hehe. Love durians very much you’ll never believe how many I can eat at one go! :P

4. I just love wrapping gifts, with a touch of hand-made papers/ cards/ writings etc.5. I write good poems when I'm depressed.

6. I plan to open my own Montessori/ bookshop/art shop/ reading centre (so I haven’t made up my mind!) by age of 40 and I'll hire a great professional accountant to manage the accounts hehe.

7. I’m allergic to injected chicken and can always tell when I’ve eaten one.

8. I am a die-hard fan of Manchester United, Italy national team, Alessandro Nesta, Rio Ferdinand, Bixente Lizarazu and all other great defenders in the world.

9. I once did a presentation on “How to play football” in class – and explained about the tactical formation on field. Hahahahahahahahah..

10. I can watch “My Best Friend’s Wedding” for the billionth time and still cry at the -boat-under-the-bridge scene. Hehe.

11. I love Indonesian music and my favourite shopping palace is Jakarta!

12. I dream of going to UK one day; either for vacation or for a good Masters degree/ PhD etc.

13. Hershey is my favourite chocolate in the world and I dream of visiting the Hershey Chocolate village in Pennsylvania some day.

14. I had an imaginary friend named "Boy" when I was in Form 4. Iza's the only person who knew about his existence. He suddenly disappeared at year end. Hahhaaha.

15. I first learnt to use public transport (bus) when I was in Form 3.

I managed to list down 50 things, but 15 are just enough for now. I need to keep the rest for my other project.. hehe.

Thursday, December 23, 2004

To: Tita
From: Miyyah

Dear,
Jom tengok The Phantom of The Opera Sabtu (lagi) ni, alang2 jumpa Feeda. Ajak Feeda skali nak? Kita gi la mana2.. ko free tak sabtu petang tu? Kalau ok, aku nak tanya feeda terus. Aku gian nak gi tengok lagi la cerita tu.

The best place of course le Mid Valley, tapi public hol camtu mesti pack giler punya. Mesti jem teruk giler. Unless kita gi dengan LRT ke apa.

Or KLCC sebab aku dah lama x gi sana. Gila punya lama. Ada la dekat 6-7 bulan daah. Aku rasa last time aku gi pun dengan ko dulu.. ntah bila la tu. Tapi KLCC pun confirm sesak.. penuh dengan indons. Hehe.

Kat mana lagi aa???? One Utama? Ok gak, tapi sesak jugak la. IOI Mall makan ok, kalau nak tengok movie x best. Sunway Pyramid ok tak? Kita gi makan Chicken Hartz ke?? Aku tak tau la tempat tu sesak ke tak sebab aku memang jarang giler gi sana.
Any place for suggestion?

Eesok my boss start cuti krismes jadi hari ni bz giler nak settlekan semua b4 dia blah. Pening. Iza plak nak balik kampung kot.. cuti krismas dia raya kat Terengganu. Next week baru balik KL. Nak ajak dia menular ahad ni pun tak tau gi camne. Or maybe kakak aku buat birthday party untuk fiqa kot. Tak confirm gi dengan dia. Yelah, Ahad 26hb kan, Fiqa nyer birthday 27, Isnin tu. Adik aku Nahar pun maybe datang KL minggu ni..

Aku ingat pun nak cari baju kat budak kecik tu. Ko tau dia nak apa? Masa last raya kat Terengganu, ramai budak2 datang rumah. Ada la kawan ayah aku nyer famili, dia bawak anak2 yang dalam umur 5-7 yeard datang beraya. One of the kids pakai Jeans, jeket, suar semua I whole set. Tiba2 je in front of everybody Fiqa boleh cakap kat ayah dia "Ayah, Fiqa nak baju macam kakak". Confuse jap ayah dia. Dia nak jacket jeans yang budak kecik tu pakai. Memang lawa la jacket tu.. cute je. Budak tu nak balik pun Fia cam menangis2 nak baju tu. Sampai sekarang kalau dia nampak memang dia kemaruk semua orang nak jacket tu.

Kitorang gi survey kat Jusco, kakak aku jumpa yang harga RM80 nyer... mahal giler. Mak aku jumpa yang harga RM 40...aduuiih. Baju budak kecik pun mahal giler. Fiqa pun satu.. pandai memilih betul. Dahsyat kan anak buah aku sorang tu. Heheh. Kecik-kecik dah high taste, dahlah perasan lawa. :P

Aku ingat nak cari jacket tu ler.. tapi kalau mahal sangat aku carik benda lain aa. Toys dia ke.. cd ke apa yang dia suka.. x decide lagi..dahla budget ciput.. hehe.

K la, think bout the plan eh. Nanti btau aku so aku boleh confirm ngan feeda gak. ada masa aku tulis lagi.

Miyyah.


To: Miyyah
From: Tita

aku nak kuar gi c*** sat ni.. presenting proposal for their annual report. tgh rush timeline and quotes. aku sempat baca 1st lien je. yes pls tell feeda. im ok with sat. tolong book bleh? kite gi dgn lrt the best. mid valley is fine bleh boo. klcc takleh book thru phone. i wana make sure dapat tix. thanks!



To: Tita
From: Miyyah

hmm.. aku baru ym ngan iza, dia balik ahad ni. Kalau dia nak join sat ni bleh x?


To: Miyyah
From:

i just got back from c***. iza? sure! ; )


To: Tita
From: Miyyah

aku nak balik dah ni.. aku puasa. Nak gi pasar malam jap gi.
tak sempat update blog kot.. esok ler.. ke ko nak tolong updatekan?

kalo ko rajin, ko tolong la update haha.. tulis la apa2 pun.. heheh... gi kat blogger.com, sign in as: m*yyah, password: **********. Hehheehehe. Kalo ko rajin ko jadi la guest writer aku for today. :P Kalau rajin aaa.

Ok la , chow dulu. bye!


To: Miyyah
From: Tita

ehem2x.. u are invited to ttp://standingattheedgeoftheearth.blogspot.com check it out babe! (pls refrain from fainting or freaking out haha)

don't tell me I didn't warn ya ;P now, that was fun *evil grin*

Best regards
Tita.



To: Tita
From: Miyyah

hahahaha. I was expecting worse. :P Takde la teruk sangat. Tak rasa pape pun. :P Hehe.



Tita was supposed to be my guest writer for yesterday's entry. Cis. Dia bom blog aku lagi ada la. Dia tak puas hati sebab aku cakap suara dia high pitch masa entry birthday dia hari tu - refer last entry dated 9th December hehe. Ingatkan dah abis dah kes tu..hehehe. Lagipun dia tengah psyco sket... kesian..

p/s: Jiwang babas ayat dia.. lagi teruk dari aku.. hehheheheh

Wednesday, December 22, 2004

Aku sebenarnya dibebani satu pengakuan. Sesuatu yang semakin hari semakin merunsingkan fikiran aku. Masa yang berlalu seolah2 menghukum keterlanjuran aku di ketika itu. Saat di kala aku hilang punca, di mana kewarasan tidak lagi bertapak di jiwa. Namun, ku pasrah. Apa yang berlaku telah ditakdirkan. Tidak mungkin dapat ku ubah walau aku menangis air mata darah sekali pun. Ternyata ianya telah tercatat untuk kulafazkan. Namun, kini masanya sudah tiba untuk aku memperbetulkan keadaan.Aku mengaku, mungkin di waktu itu aku terlalu mengikut perasaan, terlalu dihimpit tekanan. Maka, aku hanyut dalam emosi yang mencetus luahan yang pastinya kusedari kini hanya satu ilusi. Bayang-bayang yang tidak mampu kugenggam. Bukan sebuah kepastian. Tapi yang pasti, bukan realiti.

Para pembaca sekalian.. terimalah pengakuanku ini dengan hati yang terbuka. Usah disalah ertikan kebingungan aku di kala itu. Aku sedar kini.. aku mengaku dengan setulus hatiku.. bahawa aku menghadapi masalah. Masalah yang tidak dapat dikesan selain dari kejadian tempoh hari yang telah menyedarkan aku tentang hal yang sebenar. Aku akui kini, bahawa daya pendengaranku kurang baik akhir2x ini dan aku tidak dapat membezakan di antara kemerduan dan kenyaringan. Aku tewas!Maka, kini aku mengaku bahawa suara seorang sahabat baikku begitu merdu, asyik dan bak buluh perindu sepanjang waktu. Aku tidak akan dapat memaafkan kekeliruanku tempoh hari apabila membuat kenyataan menyamakannya dengan nada-nada suara aku sendiri. Tidak kusangka aku akan melakukan yang sedemikian. Maafkan aku, wahai para pembaca. Maafkan aku wahai teman.

Sesungguhnya, aku telah insaf!

Tuesday, December 21, 2004

Hujan yang renyai-renyai tadi dah mula lebat. Langit kat luar tadi pun dah makin mendung. Sekarang Klang hari-hari hujan. Petang-petang je hujan. Ditambah air cond yang macam kat Antartika dah rasanya, sudahnya aku jugak yang menggigil kesejukan dalam ofis.

Need to go back early today. By 5.30 aku nak cabut. Hehe. Nak singgah kedai beli ayam, mix veggie, serai, timun etc. Nak masak Nasi Goreng Cina hari ni. Keropok lekor dulu ada lagi dalam fridge, boleh goreng sekali. Tak kiralah diorang nak makan atau tak....ye la, diorang lagi terer masak, expert, semua tahu, pejam mata pun boleh masak. Tak macam aku kan. Masuk dapur sikit pun dah kena pandang slek. Ye la.. macam aku nak bakar dapur tu. Lantaklah. Aku pun dah expert sangat buat bodoh skarang ni.

Aku puasa hari ni. Tu yang keinginan nak makan Nasi Goreng Cina membuak-buak dari semalam. Aku dah muak makan kat kedai. Tengahari je makan nasi kedai. Segala jenis nasi ada kat kedai tu, tapi lama-lama boring jugak.

Cuti untuk 7 dan 8 Jan bulan depan dah approved by boss, yeay!! Cuti nak hantar mak ayah ke Tanah Suci. Diorang datang 5hb, 7hb malam diorang report ke Tabung Haji kalau tak salah. 6hb tu entertain diorang la. Pastu ambil extra satu hari untuk rehat. :) Tapi sedih gak, sebab raya haji tahun ni tak tau balik ke tidak. Kak Yong mungkin tak balik/ balik Perak, aku dan adik2 tak tau lagi nak beraya kat mana. Cik Yah & Ayah Cik, Chor pun pegi sekali dengan mak ayah.. jadi kat KL memang confirm sunyi. Atau mungkin aku patut arrange dengan Nadzir & askar, juga dengan Wa dan tentera untuk raya sekali - diorang pun beraya tanpa ayahbonda juga.

Monday, December 20, 2004

Tahun depan cuma tinggal beberapa hari saja lagi. Dan tahun 2005 nanti genap 10 tahun aku tinggalkan bangku sekolah. Hari Sabtu lepas merayau-rayau dari lepas habis ofis sampailah ke tengah malam. Ke Mid Valley untuk jatuh cinta dengan The Phantom Of The Opera dan malamnya ke Alumni UIA di Gombak. Hehe. Walaupun tak jumpa ramai sangat manusia2 yang dikenali, tapi enjoy la jugak sebab dapat kenalkan Iza dengan UIA.. dan Tita. And they seemed to be getting along very well. Cam excited la jugak kan, my best friend from school met my best mate from campus.. hehe. Dahlah macam tak boleh berenti bercakap. Best siot. :)

Lepas hantar Tita balik rumah dia, plannya aku patut hantar Iza balik Pandan Jaya.. tapi berjaya pujuk dia ikut balik Puchong hehe (see, I'm really good at this!) and spent the night at Kak Yong's house.

Paginya bangun awal, tapi kul 10.30 baru nak hit shower hahaha. Sebab dok rancak bercerita pasal sweet old days masa kat sekolah dulu. Dan tiba-tiba both of us teringat yang tahun depan dah genap 10 tahun tinggalkan sekolah dan last sekali kitorang buat reunion masa tahun 1998. Punyalah lama tak jumpa... jadi, kitorang cam nak plan buat reunion for our class of 95, somewhere next year. On the spot terus ambil kertas, pen dan tulis nama semua orang. Hhehehe. Dan tang-tang tu jugak kitorang terus call nombor2 yang kitorang ada. Memang bersemangat abis.. :)

Memang dah lama tak juma diorang. Dan memang susah nak jumpa sebab takde orang nak ambil initiative untuk buat gathering. Jadi aku dengan Iza cam plan nak buat, sementara masih solo dan tak busy dengan rumahtangga ni. Yelah, budak2 yang dulu rajin buat gath sekarang semuanya dah kawin.. nak harap sape lagi? Jadi kitorang macam tengah rajin, terus plan. Risau jugak takde orang nak datang.. hehe.. tapi at least we try kan? Kan? Kan? So now, we're tyring out best to track down other 29 people from 5 Abu Daud (1995), SMKA Sheik Abdul Malek Kuala Terengganu (minus 2 - me & Iza). Semua macam dah scattered around, susah la jugak. Tapi try la jugak.. :) There's nothing we have to lose rite?

Iza's going back to Terengganu next week, jadi dia cakap dia cuba locate sape2 kat sana. Aku pun nak try hantar email kat diorang, tapi x tau la kalau ada yang dah x valid.. by next week, kalau ada nama2 yang aku tak jumpa lagi, nanti aku war-warkan kat sini.. manalah tahu kan...

Wish us luck.

Friday, December 17, 2004

I wish I know where to start.

Ok. I met a guy. He's in his early 30s, known as a very nice guy, soft spoken, very hardworking, down to earth and even a gentleman. And everybody knows that he has a crush on me.

Yeah. You heard it rite. He has a crush on me. I know. I can't believe it myself. A guy - actually found me interesting. Hahahahaa. Of course I was flattered, though I still have no idea what'd I do to make him felt that way. The sad part was that I have no whatsoeversame feelings towards him. Which complicate the matter worse. He's never fall for someone before, so when everybody knows that he has a crush on me, its like the news of the century. Yes they are that kecoh.

God I felt really bad. I felt really bad for him, for feeling this way towards me. For I can't feel the same. I felt worse everytime I met him and he tried his very best to make me feel confortable, even when he's not. I felt bad for having to put on a straight face when everybody's around, and not talking to him at all so he won't be teased by everyone on me. I just can't.

It is hard to fall for someone that's not interested in you. I've been in that situation so I know. Thats why I felt terrible for him. Because I know how he felt. It hurts so much you can't even tell. Its so dissapointed to fall for someone you know you can't have. Its pain when the person you love doesn't love you back. It hurts deeply you can't forget. I sympathised him for feeling that way, but I just can't feel the same. I don't want to give him hope, as it will hurt him more. I'm sorry. I just can't. Hate me, please.

Twice had this happened. The first was coming from someone who was very dear to me. Who care about me. And I to him. Yes, I love him. But I was not in love with him. I was in love with someone else - whom at the end chose not to be in love with me.

What comes around, goes around eh. Things happened. I can't force people to be in love with me, and vice versa. Live with it.

Thursday, December 16, 2004

16 Disember 2004. Baru 16 hari ye bulan terakhir tahun ni. Percaya atau tidak, dalam masa 16 hari ni aku dah ada 7 buku baru. Ye, 7 (campur 2nd hand skali laa). Aku baru kira semalam. Patutlah rasa akaun bank makin menipis. Cepat pulak tu. Aku baru sedar bila balik dari MPH malam semalam, dengan 2 lagi buku dan mula mengira-ngira budget buku untuk bulan ini. O-oh.. I'm way over my budget. Selalunya budget untuk buku sekadar 2 buku dan 1-2 magazines. Tapi dalam setengah bulan ini saja aku dah ada 7 buku (I bought 3 books with a price of 1!). Aaarghhh. Aku terpaksa banned semua kedai buku lepas ni.. sampai bulan depan. :(

Semalam ikut hati lagi. Aku singgah MPH beli buku lagi. Ingat last time aku cakap nak beli Rosie Dunne? Well, jumpa Rosie Dunne on the Newest Arrival section, dan aku terus lupa diri. Waaaaa... habislah budget kalau macam ni... then sempat grabbed another book by a new author. Balik rumah terus sambung baca RD. Paling best bila semua orang dah masuk tido, which left me alone in the living room, bertemankan suara tv yang aku perlahankan dan cuma dengar sayup2 je, kuih bahulu yang Ami kasi kat ofis siang semalam, dan Vanilla Coke yang aku beli kat Jusco (which reminds me to buy another bottle of Vanilla coke for buka puasa today). End up sleeping at 1.30 ahha (the book was very thick but since I already read 3/4 of the book before, so I just continue from where I left). Buku tu cam excerpts from emails/im/cards/letters/sms/voice msg etc and not like the normal book chapters. Hehe. Aku dah ada buku yang macam tu. :P Anyway buku tu memang best. I even cried while reading the ending of the story. Teruk betul. Haha. Might be reading the other book tonight.

I'm alone in the office now. Everybody else is out for lunch. Since hari ni aku puasa (aku suara-suara perli tanya aku puasa ganti ke puasa nam ke puasa apa. Cis.) jadi terpaksa aku jadi penunggu ofis sampai diorang balik. Kejap gi nak gi semayang Zohor, then will have a good rest (nak gi tido jap kat surau eheh.)

Bos takde pegi buat spot check kat JB and even my assistant pun takde pegi interview kat Air Asia this afternoon. Jadi bolehla aku buat keje dengan aman tanpa ada campurtangan dari kuasa-kuasa asing. Anyway a new temp staff named Sabrina just joined to replace Yati (on maternity leave).

Wednesday, December 15, 2004

Aku risau. Aku risau. risau. risau. Aku risau kenapa sekarang aku jadi sensitif melampau-lampau. Tak taulah instict ke intuitive ke atau saja hati aku mereka-reka cerita, tapi aku rasa macam ramai sangat orang cakap pasal aku, behind my back. Rasa macam aku ni tak guna. Semua benda tak boleh buat. Rasa macam semua orang tak puas hati dengan aku. Rasa macam semua orang tak nak bercakap dengan aku lagi. Rasa macam semua orang sekadar bermanis muka dengan aku. Sekadar menyedapkan hati. Rasa macam aku ni tak layak langsung ada kawan.

I felt so lonely.

Dan aku marah sangat2 dengan diri aku sebab rasa macam tu. Aku tak patut langsung rasa lonely bila aku ada ramai orang sekeliling aku. Aku tak patut rasa kosong bila aku ada teman rapat yang boleh berkongsi cerita. Aku tak patut rasa sunyi bila aku ada keluarga menemani setiap langkah aku.

Tapi aku tak tau kenapa aku rasa macam ni. Rasa kosong sangat-sangat. Rasa fragile. Dan bila rasa tu datang, dicampur stress yang ntah apa-apa, aku rasa macam nak menjerit pada dunia.... tapi satu dunia berpaling wajah dari aku. Dan aku akan rasa kecewa lagi.

Tenangkanlah hati ini ya Allah...
Agaknya kalau aku pergi jumpa doktor, mesti dia geleng-geleng kepala dan marah aku sebab aku stress lagi. Stress dan stress dan stress lagi. Kepala aku asyik berpusing-pusing mencari jawapan kepada semua soalan-soalan yang aku sendiri tak faham kenapa. Makin hari aku rasa makin penat. Penat berfikir, penat berjalan, penat bekerja, sampai nak balik rumah pun rasa penat semacam.

Entahlah. Dengan mood yang tak ubah macam cuaca sekarang- sekejap mendung, hujan, guruh, renyai, cerah, terik dan terus hujan yang tak menentu, aku betul-betul letih. Kacau bilau hidup aku dibuatnya. Letih berfikir untuk orang lain. Letih menyelesaikan masalah orang lain. Letih nak memuaskan hati semua orang.

Kadang-kadang aku rasa macam sebelah kaki aku terikat dengan tali dan hujung tali itu diikat pada tiang bangunan. Dan lepas tu aku terjun ke bawah. Aku melayang turun bersama semua masalah-masalah aku. Cuma aku tak pernah sampai ke bawah. Dan tak boleh naik ke atas balik. Aku tergantung di tengah-tengah. Dan segala masalah-masalah tadi terhempap pada aku.

Dah tak mampu rasanya nak menahan dinding dari jatuh. Dah penat sangat-sangat.

Monday, December 13, 2004

Bayangkan kalau aku dah nak kawin. Aku jemput semua saudara mara, kawan-kawan lama zaman sekolah, zaman kampus, zaman dah bekerja, budak2 yang aku admire dulu & budak2 yang admire aku :P, satu friendster, yahoogroup, bloggers and other internet communities yang aku join, orang-orang kampung, kawan-kawan mak, kawan-kawan ayah, kawan-kawan kakak dan adik-adik.. pendek kata, semua aku jemput untuk meriahkan majlis aku.

Sebab aku spesis rajin pegi kenduri orang, jadi segenap lapisan masyarakat yang aku jemput muncul di majlis aku. Datang bawak hadiah besar-besar, ketawa-ketawa.. semua orang ada hari tu. Aku happy sangat sebab semua orang datang kenduri aku. Kawan-kawan dari jauh datang, semata-mata nak meriahkan kenduri aku. Yang tak pernah sampai rumah pun, berpeluh-peluh mencari tanda arah, semata-mata nak hadir kenduri aku walaupun sekejap lepas tu balik. Yang ada kenduri lain hari tu pun sanggup berkorban kenduri datang majlis aku. Ada yang datang cuma sekejap, tak makan sebab ada hal lain, tapi singgah jugak semata-mata nak jumpa aku. Ada yang sanggup ponteng kerja, ambil mc sebab nak datang di hari bahagia aku...

Majlis aku berlangsung meriah sangat-sangat. Jalan depan rumah ditutup sebab nak bagi laluan pada tetamu yang hadir. Bila tetamu-tetamu aku nak balik, aku hantar sampai depan pagar, aku cakap "Terima kasih sebab datang majlis saya. Majlis satu lagi minggu depan.. datanglah.." Tetamu-tetamu aku senyum dan balik dengan hati yang puas, dapat bertemu pengantin.

Lepas selesai kenduri di kedua-dua belah pihak, aku hidup sebagai isteri orang. Aku sibuk dengan kerja, aku sibuk dengan keluarga. Aku tak punya masa nak merewang-rewang macam zaman solo, dah tak ada masa nak pegi tengok wayang sorang-sorang, dah tak ada masa nak pegi MPH/ Kino dan lepak sana sampai petang, dah tak ada masa pegi window shopping dengan kawan-kawan. Hidup hanya untuk suami, keluarga aku dan keluarga belah suami.

Kawan-kawan hantar sms, bertanya khabar. Kadang-kadang telefon. Tapi aku tak sempat nak balas. Aku sibuk sangat2 uruskan keluarga. Aku tak boleh buat semua yang aku buat dulu. Apa-apa pun aku dah ada suami. Ada keluarga sendiri. Mana boleh berlagak macam dulu lagi.. kawan-kawan tentu faham aku tak balas sms diorang.. mesti faham kenapa aku dah jarang telefon. Undangan kahwin pun dah lama aku tak pergi, yelah. Aku sibuk. Pagi pegi kerja, balik dah petang. Mana nak memasak lagi, gosok baju lagi, nak tengok tv lagi.. sibuk..

Dulu sebelum kawin bolehlah nak bergayut telefon, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan, ke situ sini, sekarang dah lain. Komitmen dah berbeza.. Kadang-kadang terfikir juga nak telefon, tapi selalu lupa. Alah. Takpe, diorang pun sibuk dengan hidup diorang. Diorang hantar sms tu, ingat aku lagilah tu. Takpelah, nanti-nanti aku balas.

Nanti-nanti aku bertukar hari, bertukar minggu, bertukar bulan. Kawan-kawan pun dah mula menyepi. Entah apa yang diorang buat sekarang. Diorang kat mana ntah sekarang ni..hehe.. nant-nantilah..tak penting.. keluarga aku lagi penting...

Sekarang bayangkan aku yang jadi kawan itu. Kawan yang dari jauh datang, semata-mata nak meriahkan kenduri dia. Yang tak pernah sampai rumah pun, berpeluh-peluh mencari tanda arah, semata-mata nak hadir kenduri dia walaupun sekejap lepas tu balik. Yang ada kenduri lain hari tu pun sanggup berkorban kenduri datang majlis dia. Yang datang cuma sekejap, tak makan sebab ada hal lain, tapi singgah jugak semata-mata nak jumpa dia. Yang sanggup ponteng kerja, ambil mc sebab nak datang di hari bahagia dia dan mereka.

Yang anggap mereka sahabat akrabku. Yang menganggap mereka teman yang paling rapat, dan harus aku gembirakan dengan kehadiranku. Yang anggap mereka tak ubah seperti darah daging sendiri, maka aku harus berkorban untuk mereka. Aku yang jadi kawan itu, yang dulu bersama-sama masa suka dan duka. Yang dulu mereka pernah cari dari hujung selatan sampai utara...

Bayangkan aku yang jadi kawan itu. Yang hantar sms tapi tak pernah berbalas. Yang berutus pesan tapi tak pernah bersambut. Yang tertanya-tanya tentang hidup mereka. Sihatkah? Dah bertukar kerjakah? Sibukkah?

Bayangkan aku yang jadi kawan itu. Yang selalu sibuk ambil tahu tentang orang. Memang wajar aku makin dilupakan.

Friday, December 10, 2004

ketidakwarasan padaku
membuat bayangmu slalu ada
menentramkan malamku
mendamaikan tidurku

ketidakwarasan padaku
membuat hidupku lebih tenang
aku takkan sadari
bahwa kau tak lagi di sini

aku mulai nyaman
berbicara pada dinding kamar
aku takkan tenang
saat sehatku datang

ketidakwarasan padaku
slimut tebal hati rapuhku
berkah atau kutukan
namamu yang ku sebut

aku mulai nyaman
berbicara pada dinding kamar
aku takkan tenang
saat sehatku datang

suara hati takkan mati
jika jiwa terus menari dan bermimpi

Aku kurang waras. Memang kurang waras. Aku pantang betul plan tukar last minute. Aku pantang betul kalau aku dah penat-penat susun jadual, tiba-tiba semua hancur. Semua tak jadi.

Baguslah tu. Semua cancel last minute. Semua tak jadi last minute. Aku tak peduli. Aku tak peduli kalau aku perlu drive sorang-sorang meredah highway, asal aku sampai juga ke sana. Sorang-sorang pun takpe. Sesat pun sesatlah. Apa nak jadi pun jadilah. Aku bukan orang yang suka mungkir janji. Aku dah janji dengan Dee yang aku akan datang. Aku akan datang jugak. Aku dah janji dengan Shahrul nak muncul, aku akan muncul. Janji aku bukan janji main-main.

Peduli dengan semua orang. Aku nak pegi sorang tak bagi, tapi bila ajak, semuanya mengelak. Menggeleng. Leceh la. Penat la. Susah la. Fine. Biar aku leceh sorang-sorang, penat sorang-sorang, susah sorang-sorang kalau dah memang tak ada orang nak bersusah payah dengan aku. Biar aku terkial-kial di jalan sorang-sorang, Kalau aku kena culik pun, biar kena culik sorang-sorang, kalau nak mati pun mati sorang-sorang, biar takde orang tau.

Memang aku kecewa. Memang aku terkilan. Memang aku marah. Janji tetap janji. Bukan boleh buat main-main.

Thursday, December 09, 2004

Date: Thu, 9 Dec 2004 01:08:55 -0800 (PST)
From: "Miyyah"
Subject: Bz?
To: "Tita" azita@*.com.my

Hehee.. semalam bz, tak sempat hantar mail kat ko. Hari ni lagi bz, sebab aku kena siapkan Marketing Plan 2005 latest by tomorrow. Haha. Dah nak gila dah ni, dahlah banyak giler nak kena buat.. tiba-tiba je aku jadi marketing.. hehe.

Meja aku dah tunggang langgang balik... n that means aku memang balik lambat giler aah malam ni, nak settle semua, at leas 1/2 dah siap by today so I can settle the rest by tomorrow. Tapi itu pun before my boss reviews.. mesti ada punya dia nak adjust.. waaaaa... camne ni aah??

Ahad ni aku nak gi Perak dengan kawan aku, Iza (good old fren from school). Tau tau la ko ingat ke tak kawan aku budak HS (roommate masa Matrik) nama Dee, dia nak kawin dengan bdk hs gak la.. Zaharin. Aku rasa aku penah citer la pasal diorang... tp dah tak ingat dah.. Petang tu wedding gak, kat ttdi, junior steadfast kawin, shahrul. Ingat tak budak yang aku ambil gambar dengan gf dia masa syaer kenduri dulu.. alaa.. gambar yang aku cut paste masuk friendster tuuu...! Budak tu la.. hmm.. maybe Hairul & Shima ikut gi perak kot, sebab aku tak kenal jalan.. hehe.

So how's your life? Meet anyone interesting lately? :P Hari Sabtu ni ko cuti tak? Birthday Sultan Selangor mesti cuti kan. aku ingat pagi tu nak gi tengok baby Syaer kat rumah dia, dah lama tak pegi, rasa bersalah la pulak.. hehe. Nak ikut? Petang aku dah promise Iza nak temankan dia gi shopping kat Jalan TAR/ Sogo/ Mid Valley/ KLCC (tak confirm) or maybe tengok wayang kot. Tak tau lagi plannya. Malam tu dia terus gi tido rumah aku kat klang, and pagi ahad terus bertolak ke Perak. Plannya cam tu la. Tapi tak tau la kalau ada last minute changes.

Ko dah balik belum ni? Tak sibuk ke? Aku cam giler punya sibuk, tapi sebab aku tau mesti aku kena stay back sampai malam.. so lantakla. Email tetap email.. hehe.

Miyyah.*


* selepas diedit dan dibuang 2 perenggan. :P

Tita’s one of my best buddies. Ok la, dia la tempat aku mengadu nasib dari dulu sampai sekarang. There are certain things yang aku tau aku tak boleh cerita kat orang lain, aku akan confide in her. :) Well, I have to say that she really knows me – my past, my present and Insya Allah, my future. Pasal blog ni pun, among friends, dia sorang je pun yang aku bagitau. Haha. Yang lain semua tak tau. Dah nak masuk 3 tahun (this coming February) dah kitorang simpan.. walaupun ada la jugak budak2 lain sesat (tp yang tak rapat sgt aa), tapi among my good friends, yang lain semua memang tak tau. Haahaha. Lagipun yang gila Internet kitorang dua orang je.. hehe.

Anyway, she turned 26 yesterday. :) I have no idea when will you read this my dear, and I hope you do, so here I am, wishing you HAPPY BIRTHDAY and may our friendship lasts forever. Thank you for being a good friend though sometimes I really can’t stand your perasanness, your non-stop sentences, your high pitch voice, your pushy attitude etc hehe, and thank you for being there for me, and help me through those difficult days of my life (especially those depressed, patah hati, moody, irritating, emotionally unstable days hehehe). Thank you dear. :)

Wednesday, December 08, 2004

Bought a book at MPH yesterday. Haha, I read right after dinner at 8, and finished the thick book about 1 in the morning. :P It feels soooo good and I even had a good sleep after that. Yeah, I need to do that more often kan! :)

The book was called Jemima J. by Jane Green (Yup - I'm into Chick Lit nowadays!). I have her first book - Straight Talking, but JJ was better. And next, to the third book - Bookends, as some friends acclaimed it to be one of her best..and the story lingers on a woman who owns a bookshop. But guess Bookends will have to wait until I get my next salary then. :) And there's another Green's Mr Maybe, Rosie Dunne by Cecilia Ahern. (I read her P.S I love You book at MPH last month hehe) I was able to read her RD at Tita's house, but couldn't finish it in a night's time as all the lights were off when the clock ticked 12 so I had to sleep tho I don't want to as I want to finish the book. :( I have a chapter left to finish and woke up early the next day but then we had to rush to As wedding so there's no time left. Since I have no idea when will the next time I'll see Tita again, so I decided to have one for my own. Well, I've search many bookstores that I could find (yet to MPH & Kino) but the book was still nowhere in sight. *Sigh*. Tita got the book from Rafthah in Singapore, so its either the book's not yet in Malaysian market or I haven't search enough bookstores in Malaysia. Hehe. And there's also Sheldon's new Are You Afraid Of The Dark book which I reckon to wait for the paperback version to come out (cheaper!). And there's the ever-tempted-yet hard to find Lagenda Numerius by Ahmad Patria Abdullah, and there's also the Shophaholic series of Sophie Kinsella (I love her 'Can You Keep A Secret' book!), Adrian Mole series of Sue Townsend etc...hmmm... guess the list will go on and on and on untill I have a complete Kino in my house. Heheh. :P Errm.. when's the next book fair ah?

Call me a nerd. Call me a bookworm. Call me whatever you want. :) I love books and I'd rather sits at home, reading than going out shopping (or I'll end up shopping for books!) during weekends. I'd rather be alone on midnights, stretching eyes to finish books I just bought even when I have important meetings the very next morning. I can't pass by a bookstore and not stepping in, have a peek thru the books, even if I was broke and can't afford to buy even a single magazine. I can't help but then dream of more money to spend on those books, or even wish to have a rich boyfriend who can stand and support my bookish attitude - literally of course! Heheh :P

Books had become the very best remedy for every frustration, hurt and sadness that I've encountered, and even become my very best friend when I'm in the ever-irritating depressed mode. They are always there, for me to open, to read, to laugh, to cry, to feel the pain and even to be hurt. And they will always be there, to share whatever feelings I have in me. :)

Tuesday, December 07, 2004

Ingat nak singgah Jusco lepas office hour nanti.. nak cari hadiah budak2 tu kawin hujung minggu ni. Kalau sempat dan tak lari budget, nak shopping buku sket. Dah macam nak sasau dah lama tak beli buku. Ahad lepas dah beli 2nd hand books kat Carboot Shah Alam, 3 for 10 bucks. Murah tu. Nasib baik tak banyak yang dijual, kalau tak mau rabun mata aku. Hehe. Tapi aku yang bijak, dan teramatlah cerdik pandai pegi tinggal buku2 tu kat rumah Kak Yong... tengoklah, nanti nak cari satu dua buku lagi cukuplah. Kalau MPH mahal sangat, cari je la kat Big Bookstore sebelah Reject Shop tu kan. Situ boleh tahan jugak aah harga dia.

I need books. Any will do. I wanna read and read and read and read so I won't have to think about other things anymore. I need to be in the world where I am the reader, and not the story teller. :)

Hmm.. Cik Kiah *za tu dah setuju nak teman aku pegi kenduri-kenduri kawin Ahad ni. Dan kalau operasi memujuk dan merayu aku berjaya lagi, mungkin boleh dapat driver juga. Tapi itu pun belum confirm. Sebab driver to be itu menentang habis-habisan bila aku cakap kena sampai rumah pengantin di Setiawan dalam masa 1 jam setengah sahaja. Dia cakap impossible, sebab masa yang biasanya perlu diambil adalah 3 jam. Aku cakap kalau 3 jam aku tak yah gi Perak, aku gi Johor terus.. :P Aku cakap aku tak kira berapa jam sekalipun, janji aku kena ada di kedua-dua tempat dalam satu hari!

Bersungguh-sungguh benar aku pegi kenduri orang kan! Mak aku cakap, biar kita beria-ria nak pegi kenduri orang, nanti orang pun akan beria-ria nak pegi kenduri kita. Yelah, macam kita harap orang datang di hari bahagia kita, macam tu juga orang harap kita datang meriahkan hari bahagia mereka. :) Aku memang dari dulu lagi pemeriah suasana, orang memeriahkan suasana aku je belum tahu bila. ;P Hehe

Aku sakit kepala lagi sebenarnya ni. Dari pagi mengadap pc ni sampai dah nak berpinar mata. Perlu rehat sebelum menyambung kerja yang tak pernah siap tu..

Monday, December 06, 2004

Tau tak apa rasanya kalau manusia-manusia yang dah lama mahu invisible dari hidup kau tiba-tiba saja muncul balik. Wujud balik. Tiba-tiba bertanya khabar, as if nothing ever happened. Dah lupa ke? Baru sekarang nak ingat balik?

Tak pernah terlintas agaknya tentang perasaan aku. Terkilan aku. Resah aku selama ni. Dah lama diam, dah lama menyepi, tiba-tiba saja menyapa balik. Ingat aku ni siapa?

Masa aku rindukan mereka, kenapa tak muncul?
Masa aku terhegeh-hegeh berhantar berita, kenapa diam?
Masa aku menunggu penuh sabar, kenapa tak peduli?

Kenapa bila aku dah tawar hati baru nak muncul diri? Susunlah kata maaf walau sejuta. Hati, kalau dah terasa, terasa juga. Bengkak rasa kalau nak surut ambil masa juga. Kalau tak perlukan aku, buang saja. Jangan datang untuk risaukan aku lagi.

Friday, December 03, 2004

Perlu berkejar ke PJ ambil ayah bonda kat rumah Cik Yah. Dah dapat tahu schedule ayah mak ke Mekah 7 Januari depan. Esok aku bagi details dia, k. Tak sempat nih.

Thursday, December 02, 2004

*za : woit!!!
miyyah: wei
*za : aku dah online ni...
*za : heheh..
miyyah: citer apa?
*za : aku ada berita gempak ni..
*za : ada org masuk merisiklaaaa..
*za : aku tgh haru biru ni..
miyyah: waaaaaaaaaaaaaa... lepas ni aku makan nasi minyak hang dulu aaa
miyyah: hahha
miyyah: sape? aku kenal?
*za : wei...
*za : aku mana tau sapa!!!!!!!!!!
miyyah: tak kenai camna boleh merisik plak?
*za : mak akulaaa punya keje ni...
*za : dia x nak ckp saper..
miyyah: laaa.. kalau tak ckp sape camne nak tau
miyyah: ko nak buta2 je terima?
*za : mak aku x kasi tau...
miyyah: apsal plak
*za : aku x ckp pun aku timer..
*za : ntah...
*za : nak suprise kat aku kot!!!
miyyah: ada pulak camtu
*za : haaaa..
*za : aku takutlaaa..
miyyah: takut apa nye. Ckp je kat mak ko, kalau x ckp mana nak tau. Kalau nak cakap, cakap je. Kalau x nak, tak payah btau terus.
*za : mak aku dah bising ni!!!!
*za : hish!!!
*za : aku kena smyg istikharah ni..
miyyah: bising apa plak. takkan dia nak paksa ko terima. ntah sape2 ntah ko kawin nanti
*za : kalu dah smpi time aku kawin...
*za : kawinlaa aku..
*za : ko x mak aku..
miyyah: memangle kalau dah sampai time, kawin. Tapi jangan plak sebab nak kawin, redah je dengan sape2 pun.
*za : mak aku mesti kenal mamat ni..
*za : kalu x, mesti mak bapak mamat ni...
miyyah: n*i* kot. ahahhahahahahaahahhahahaha
*za : cheh!!!!
*za : aku bkn calon plhn keluarga dia..
miyyah: well, people can change wat
miyyah: :P
*za : Waaaaa
*za : ko bkn nak tlg aku...
miyyah: tolong camne..?
miyyah: weh. ko free tak minggu depan, 12 hb, Ahad
*za : awat????
*za : ko nak blanja aku ker???
miyyah: aku belanja kenduri kawin..heheh
*za : mmglaa weekd aku free..
*za : laaaa..
*za : sapa???
miyyah: aku nak gi perak kawan aku kawin tapi xde geng. hari tu dua kenduri, kat perak satu, kat ttdi,pj satu
*za : heheh..
*za : kenduri kawin yg aku mls ni..
miyyah: aku nak gi 2-2, satu housemate kat uia masa matrik dulu, siap call ajak gi
*za : ko ni kena kerat 2..
miyyah: satu lagi junior uia aku, budak laki, budak steadfast
miyyah: jom aaa.. mana tau gi kenduri kat ******** tu jumpa *XX* ke, boleh ko kenal
*za : yg 2, aku x berani jamin..
miyyah: aku takde geng ni
*za : aku xbleh janjilaaa.
miyyah: ttdi tu pegi sorang aku bleh la
miyyah: perak aku gi sorang mau kena sembelih aku nanti
*za : nak pg perak ker??
miyyah: perak kat setiawan je.. dekat
miyyah: sejam setengah dah sampai
*za : wei!!!
*za : perak aku x nak pilaaa..
miyyah: alah.. lalu highway je. Kat kl jem 2-3 jam pun penah
*za : aku x suka pg jauh2, time weeknd..
miyyah: pegi perak pagi, lepas lunch balik gi terus ttdi. ok wat
*za : aku pikir dululaaa..
miyyah: ikut kau la..
*za : hehe.. jgn mare yek!!!
*za : ko ni tetiba jer ajak aku pi jauh2..
*za : terkejeut aku..
miyyah: alah. bukan selalu. kalau takut lalu highway, kita lalu jalan kampung. Kiri kanan ramai orang.
miyyah: kawan lama aku yang kawin.. bercinta dari matrik, kira cam aku jadi one of the saksies jugak le time dia kena ngorat dulu hahaa
*za : hish!!!! aku jadik mangsa kena teman ko yek!!!
*za : skrglaaa...
miyyah: abis tu, aku gi sorang2. Jadi apa-apa tengah jalan camne? Pastu terkulat2 sorang2 kat kenduri tu. Aku dah penah rasa dah gi kenduri sorang.. tak best giler
*za : tau pun..
*za : aku ni mn suka pi kenduri...
miyyah: ala.. at least ko bleh tengok ornag kenduri camne, nanti nak buat kenduri ko plak.. ehehhee
miyyah: aku suka gi kenduri. Walaupun aku x suka soalan2 yang aku dapat time kenduri, aku suka gi makan free. Pastu jumpa kawan2 lama.
*za : ni kes perli ni!!!
miyyah: dakk aih. aku cakap betul apa.. ehee
miyyah: pasni nak balik Puchong. mak ayah aku datang.
*za : oklaaa..
*za : ye ker??
*za : heheh..
*za : aku nak balik ni..
*za : nak carik ice cream..
*za : kempunan ice creamlaa plak!!
miyyah: jomm aaaa... kesianla kat aku... aku takde kawan nak pegi dengan aku..
miyyah: kejap je.. tengahari dah ada kat kl balik.
*za : nntilaaa aku kasi tau blik..
*za : aku lg teruk!!
*za : x kenal sesaper kat sana...
miyyah: alah. aku pun bukan kenal semua member dia. Husband dia pun aku x rapat. Gi kejap je
miyyah: nanti aku kenalkan la
*za : aku kasi tau blk yek!!!
miyyah: Tak sampai hati tak pegi.
miyyah: Alah, nanti ko btau mesti x jadi nyer
*za : laaaa..
*za : aku x kasi tau pun x nak pi!!!
*za : hish!!!
miyyah: heheheee...
miyyah: ye la, ko sorang je harapan aku
miyyah: :(
*za : ko ni emotionlla palk!!
miyyah: hormon tak betul
*za : anyway.. aku kasi tau semula..
*za : relaxlaaa.
miyyah: ok. ko pujuk aa mak kau suruh btau sape yang merisik tu
miyyah: aku pun tertanya-tanya nih
miyyah: ehehhehehehe...
*za : yang tu..
*za : aku x nak pikir lagi...
miyyah: pk la pk la. nanti ko kawin ada alasan aku nak balik trg
*za : ok..gtg..
*za : chow..
miyyah: orait.
*za : hehehe..
miyyah: bye-bye. jgn lupa smayang istikharah k
miyyah:
*za : orait!!!
*za has signed out. (12/2/2004 5:17 PM)

Dan macam ni la selalu aku jadik tiap kali aku terima jemputan kenduri kawin dari kawan-kawan. Percaya ataau tidak, inilah yang selalunya berlaku. Aku masih tak mampu nak pergi battle dan kena bom kenduri sorang-sorang. Sekurang-kurangnya kalau ada teman, ada jugak shield yang terlebih. Hehe. Kalau kawan yang diorang tak kenal, lagi bagus, segan la sikit diorang nak bersoal jawab.

Ya, itu juga yanga aku fikir tiap kali ada kenduri kawan-kawan. Soalan apa yang perlu ditanya, dan yang lebih penting, jawapan apa yang perlu diberi untuk soalan-soalan bocor yang memang aku confirm akan ditembak pada aku nanti. Aku perlu sediakan benteng dan tambak yang kuat lagi untuk hari itu nanti.

Ya, ini hakikat sebenar yang aku takkan dapat lari selagi aku macam ni. Selagi aku masih single mingle, masih bebas ke sana-ke mari, masih tak tayang boyfriend masa kenduri kawan-kawan (ya, time kenduri adalah time wajib untuk tayang boyfriend2 baru), maka selagi itu aku harus meredah soalan2 wajib yang tetap ditembak2 macam M16 tu. Dah selalunya, aku rela kena tembak/bom/periuk apo semua tu. Sebab aku rindukan mereka sebagai sahabat, dan aku tak kisah semua tu asal aku happy jumpa mereka. Itu saja. :)

Wednesday, December 01, 2004

Just finished the monthly meeting and here I am, writing this. Hmm.. It went quite well. Guess I worried too much huh. I was hooked to my pc the whole day yesterday, with stress heavying down on the shoulder and everybody's irritating like hell. I was tired, stressed, mad, angry, worried sick if the meeting won't end well and can't even sleep good. And when it turns ok just now, I felt so relieved and willing to talk again. :)

Am going for a short window shopping at Mid Valley when the clock strikes 5.30 today. Hehe. Salary's in, and I've settled most of my hutangs, so I wish I could spent the whole Jusco with bright colours, and not just red. Haha. As if. And I'm gonna have a nice Alexander movie at GSC with Feeda and the rest of my officemates at 9. Hope the day ends ok. I really-really-really need the break now. Please God, ends my day today with happiness. Tomorrows too. Please God, just fill my life with joy again. Amin.