Tuesday, November 30, 2004

"What makes your problem bigger than mine?"
"Coz its mine." - Ally McBeal.

Seorang kawan pernah menulis itu kepada aku waktu aku mula bergelut dengan tekanan dari diri sendiri seawal tahun pertama di universiti. Masa tu stress tak menjalar masuk kesegenap alur darah lagi. Lepas 2 tahun baru virus stress dan depressed mula menjalar dalam diri, dan mula menjamah hati menjadi nanar dan tidak terurus.

Aku tak suka nak menyusahkan orang walau pada hakikat akulah manusia paling menyusahkan. Aku tak nak mereka risau tentang aku. Aku tak mahu mereka bersimpati pada aku. Walau sekecil kuman sekalipun dugaan yang melanda, semuanya kalau boleh aku nak buat sendiri. Aku tak mahu orang lain ikut bermasalah macam aku. They're my problems, and mine alone. Biar aku menangis seorang, sebab aku tak nak orang lain bazirkan air mata untuk aku. Biar aku derita seorang daripada lihat orang lain rungsing sama. Biar aku seorang yang tertekan daripada mereka yang risaukan aku. Aku tak mahu ada orang lain yang jadi macam aku. Hakikatnya aku boleh bercakap tentang apa saja, kecuali jiwa sendiri. Perasaan aku, jiwa aku, hati aku, semuanya milik mutlak aku. Bukan orang lain.

Kau peram mangga dalam suratkhabar. Ikat dalam plastik. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Mula-mula elok, tapi lama-lama buruk juga kan? Busuk juga kan? Macam tu juga yang jadi bila aku mula simpan semuanya dalam diri, kejap-kejap macam dalam peti sejuk. Lama-lama mula bernanah dan menjadi racun. Bodoh kan? Masalah tempelan pun boleh jadi macam tu. Sedangkan orang lain ada masalah yang lebih besar dan lebih penting dari masalah bodoh aku.

Haha. Sukar aku nak katakan, tapi sampai sekarang aku masih boleh menangis tanpa sebab. Walau tak seteruk waktu dulu, tapi tetap bersisa. Haha. Kau tahu, kadang-kadang rasa kesunyian yang amat wujud dalam diri, walau waktu itu aku dikelilingi riuh rendah kawan-kawan atau saudara-mara. Rasa kosong, kosong dan kosong lagi. Aku rasa macam mahu jerit pada dunia. Tapi aku tak tahu apa yang harus aku jeritkan.

Walau apa jadi, Insya Allah aku mahu tetap di sini. Untuk aku.

Saturday, November 27, 2004

Sadarkah kau ku sayangi
sadarkah untukmu ku bernyanyi
terbacakah niat tulus ini
degup jantung kian berbisik
kadang kata tak berarti
kalu hanya kan sakiti
diam bukanlah tak ingin
degup jantung kian berbisik
tanda cinta yang bersemi
aku yang kan mencintaimu
aku yang kan slalu mendampingimu
bila bahagia yang akan kau tuju
bila butuh cahaya tuk menemanimu
pilihlah aku.
jangan sempatkan berlalu
kalau karyaku yang kau tunggu
jangan hanya aku yang tau
aku cinta padamu
mohon warnai jiwaku
maukah hidup bersamaku.

Kalau kau suka lagu Berhenti Berharap, maka kau tentu akan suka lagu ini, bersama melodinya sekali.

Friday, November 26, 2004

Ya Allah, seandainya Kau takdirkan mati untukku, sebelum nafas terakhirku Kau ambil kembali, izinkanlah aku pergi dengan hati yang tenang, dengan rasa yang redha dengan hidup ini, dengan hutangku yang telah langsai padaMu, dan lengkap sisa sisa tanggungjawabku pada ayahanda, pada bonda, pada saudara-saudaraku, pada teman-teman dan pada masyarakat sekelilingku.

Ya Allah, ampunkanlah dosa ayahanda dan bondaku, yang tidak terkira besarnya pengorbanan mereka untukku. Berkatilah hidup mereka dengan hidayah dan keampunan dari Mu. Jasa mereka terlalu besar harganya untukku Ya Allah. Muliakanlah mereka di kalangan umat Muhammad kesayanganMu ya Allah. Layakkanlah mereka memasuki syurgaMu. Hati mereka terlalu suci ya Allah. Doa mereka tiap ketika untukku terlalu luhur ya Allah. Keyakinan mereka adalah kekuatanku untuk terus hidup di dunia pinjamanMu ini ya Allah. Keutuhan hati mereka menjadi paksi kecekalan aku untuk terus bernafas di sini ya Allah. Aku mahu sekali membahagiakan mereka ya Allah. Dengan izinMu, ingin aku bahagiakan mereka selama aku bernafas, ingin aku lakarkan senyuman mereka setiap saat aku masih bernyawa. Jauhkanlah kerungsingan hati mereka, campakkanlah dalam-dalam resah-resah mereka yang masih bersarang, tenangkanlah mereka dengan iman dariMu ya Allah, agar sisa hidup mereka kekal dalam rahmatMu.

Ya Allah, murahkanlah rezeki kepada saudara-saudaraku, kekalkanlah kebahagiaan dalam keluarga ini, agar ukhuwwah ini erat tanpa hasad dan tanpa dengki. Limpahkanlah rahmatMu pada mereka, agar saudara-saudaraku tenang dan aman dalam lindunganMu. Mereka saudara akrabku ya Allah, dari alur darah dan daging yang sama usulnya. Lebarkanlah hati mereka untuk terus mensyukuri nikmat dan hikmah dariMu, agar hidup keluarga ini sentiasa dalam syukur padaMu. Ya Allah, aku ingin menceriakan hidup mereka selagi udara untukku masih ada, dan terus mewujudkan rasa cinta mereka saudara-saudaraku, kerana merekalah kegembiraanku, dan merekalah ketenanganku. Mereka menjadikan aku manusia yang gagah mengharung dugaan hidup. Mereka menjadikan aku manusia bersyukur kerana kurniaanMu kepada keluarga bahagia ini. Berkatilah keluarga ini Ya Allah, agar mereka sentiasa beroleh kejayaan di dunia dan akhiratMu.

Ya Allah, hulurkanlah rasa sayangku pada teman-teman, terima kasihku pada mereka yang tidak pernah putus menjadi tempat aku bersandar sepanjang laluan ini. Mereka nadi hari-hariku, sentiasa teguh menerima luahan-luahan perasaanku. Berkatilah juga hidup mereka ya Allah, agar mereka terus menghayati agamaMu, dan bersyukur ke atas rahmatMu. Ya Allah, bersihkanlah hati mereka dari sifat-sifat mazmumah yang terkeji, sifat dendam dan iri hati dan gantikanlah ia dengan rasa hormat-menghormati dan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Terangkanlah hati mereka dengan hidayah dariMu ya Tuhan, agar mereka tetap bersama orang-orang yang bertakwa padaMu, sehingga akhir hayat mereka. Ya Allah, kurniakanlah juga yang terbaik buat mereka, sebagaimana telah Kau kurniakan segalanya yang terbaik untukku.

Ya Allah, Kau berkatilah usaha-usahaku, resah gelisahku, penat lelahku untuk mereka-mereka yang berada disekelilingku. Kau terimalah ikhlasku dan kau limpahkanlah rasa hormat-menghormati antara mereka. Aku syukuri nikmat kurniaMu untuk hidup yang aman ini. Kerana menberikan aku keluarga dan teman-teman di sini, bumi tercinta ini. Kusyukuri agungnya kekuasaanMu, menganugerahkan kami tempat yang terbaik, yang jauh dari sungai-sungai darah atau mayat-mayat di jalanan. Kusyukuri nikmatMu yang menjadikan kami bebas dari kacau bilau dan porak peranda manusia. Memurahkan kami untuk terus belajar sayang menyayangi sesama kami, tanpa ada gusar khuatir tentang gegar peluru atau pemusnah buatan manusia. Kusyukuri semua itu yang Allah, dan kupohon agar Kau jadikanlah kami masyarakat yang bersyukur...

Ya Allah, seandainya Kau takdirkan mati ke atasku, maka matikanlah aku dalah keredhaanMu, dalam restuMu dan dalam hikmahMu. Aku mahu mati dalam cahaya hidayahmu, ya Tuhan..

Thursday, November 25, 2004

Masih dijangkiti virus selesema yang terlampau. Dengan kerja yang masih terbeban berat di bahu, aku gagahkan diri juga ke ofis. Walaupun telinga dah sebenarnya pedih dengan jeritan-jeritan yang meminta siapkan kerja, dan kepala dah mula nak exceed maximum capacity sebelum meletup dengan jayanya, aku masih menghadap komputer ini, dan masih berpinar mata menyiapkan kerja mati-matian. Bersama tekanan perasaan yang makin menekan-nekan diri, stress makin menjadi-jadi sekarang. Tidur makin tidak cukup, makan jugak makin berkurangan, berat badan makin menurun yang sekarang memang membimbangkan aku, kepala yang makin sakit-sakit, dan fikiran juga makin berselirat dengan masalah. Arrgh.

Jangan terkejut kalau terpampang di dada akhbar ada orang mati kerana kerja.

Wednesday, November 24, 2004

AKU NAK LARI KE HUJUNG DUNIA, LARI DARI SEMUA ORANG. LARI DARI SEMUA MAKHLUK YANG BERNYAWA KAT SINI. AKU NAK LARI JAUH JAUH. AKU KAN ORANG JAHAT YANG TAK KENANG BUDI TAK RETI BAHASA TAK BERHATI PERUT TAK MAKAN SAMAN TAK HORMAT ORANG TAK PANDAI DAN SEGALA JENIS TAK. AKU KAN BODOH BENGAP MALAS SLOW SAKIT JIWA SAMPAI SEMUA ORANG LARI DARI AKU. ENTAHLAH AKU PUN TAK TAU MEREKA LARI ATAU AKU YANG LARI. AKU NAK LARI KE HUJUNG DUNIA, JAUH DARI MEREKA. JAUH DARI TEKANAN PERASAAN INI. JAUH DARI DIRI AKU SENDIRI. JAUH DARI GELAK TAWA YANG MENJELEKKAN. JAUH DARI SEMUA ITU. AKU NAK LARI DARI HIDUP INI. AKU NAK BERSEMBUNYI DI HUJUNG DUNIA AGAR TAKKAN ADA SESIAPA PUN YANG JUMPA AKU. AKU NAK SEMBUNYI SAMPAI SEMUA ORANG LUPA PADA AKU. SAMPAI SEMUA ORANG LUPA KEWUJUDAN AKU. SAMPAI SEMUA ORANG TAK CARI AKU LAGI. SAMPAI AKU MATI DALAM HIDUP MEREKA. AKU NAK LARI KE HUJUNG DUNIA, BIAR HANYA AKU YANG TINGGAL. BIAR AKU HIDUP SENDIRIAN PENUH DENGAN SESALAN DAN TEKANAN YANG TERBEBAN PADA AKU. BIAR AKU TAK MENYUSAHKAN SEMUA ORANG LAGI. BIAR AKU TAK MERUNSINGKAN SEMUA ORANG LAGI. BIAR. BIAR. BIAR. AKU DAH TERLALU BANYAK MENGGANGGU HIDUP ORANG LAIN. AKU DAH TERLALU BANYAK MENYUSAHKAN MEREKA DI SEKELILING AKU. AKU DAH TERLALU BANYAK MERUNGSINGKAN RASA MEREKA2 YANG SAYANGKAN AKU. AKU YANG MASIH BODOH TOLOL TAK PANDAI-PANDAI NAK BELAJAR BERSYUKUR. AKU YANG BODOH. AKU YANG JAHAT. AKU YANG BODOH BODOH BODOH... LARIKANLAH AKU KE HUJUNG DUNIA ITU... TOLOONGGGLAAAHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!
SHUT UP!

I want everybody to just SHUT UP!

Stop talking to me.
Stop being so smart when you really are, seriously not.
Stop telling me what to do as if I'm too dumb for the work.

Stop irritating me with pretentious acts when I know you talked behind my back.
Stop pretending to be my friend, when you don't even know what 'friend' really means.



Just STOP! STOP! STOP! Stop doing that and just SHUT UP will you!!!

Tuesday, November 23, 2004

Cuba teka berapa gaji aku bulan ini kalau bulan ini sahaja aku perlu bayar:


Sewa rumah - RM 90.00
Bil api air (campur bulan lepas punya)- RM 50.00
Duit rumah (pun campur bulan lepas punya)- RM 40.00

Flight ticket Air Asia (balik kampung)_RM 298.00
Duit raya budak2 - RM 200.00
Ssepasang baju raya - RM 40.00

Hutang kereta sebulan - RM 543.00
Repair kereta (windscreen pecah Sabtu lepas)- RM 360.00
Minyak kereta (sebulan) bila dicampur open house yang perlu diziarah)- RM 100.00

Hadiah kawin orang (share dengan org)- RM 15.00

Hutang ayah - RM 500.00

Total: RM 2,236.00

Tidak gaji aku bukan gaji besar macam orang lain. Gaji aku ciput, yang cuma hanya nyawa-nyawa ikan bila tiba awal bulan. Haha. Bayangkan dengan belanja yang sebegitu besar untuk bulan ini, baki aku sebenarnya sudah lama negatif. Ditambah pulak dengan accidental event yang selalu membantutkan hasrat aku yang mengidamkan buku2 baru. Contohnya bila kereta buat hal seperti service kereta, timing belt haus, bumper cium bumper orang dan paling terbaru, peristiwa yang memeningkan kepala dan poket aku, bila windscreen aku tiba-tiba meletup tengah jalan Sabtu lepas. Dengan beban masalah wang yang masih berbaki, dan keadaan kewangan yang masih belum stabil, aku betul-betul runsing. Hari-hari pun makan belum cukup.. dalam bank apatah lagi. Buat isi minyak pun belum lepas.

Bulan ini budget tersasar jauh. Aku masih berhutang RM 150.00 dengan Abang Amad, baki bayaran repair windscreen baru Ahad lepas (nanti aku cerita detail bila sudah ada gambar), itu belum campur hutang ayah yang masih terikat RM 500.00 yang dah masuk berapa bulan ntah. Sorrylah. Aku tak pakai kad kredit. Tak mahu aku menambah hutang piutang yang entah bila lagi boleh aku bayar.

Pedulikan baju baru, tonton wayang atau rewang-rewang cari buku, sebab aku tak fikir aku punya masa dan wang untuk buat itu semua. Disebabkan budget yang makin lama melarikan diri dari aku, aku tak fikir aku boleh buat itu semua sekarang ni. Dah dua tiga bulan aku lari dari schedule, dan bulan ini ranking schedule tu dah naik tingkat tertinggi. Dan bersebabkan itu jugalah, aku terpaksa korbankan simpanan aku yang dah bertahun aku tak kacau. Buku bank pun dah hilang. Penat seharian semalam berkejaran ke sana sini semata-mata nak mengaktifkan balik akaun itu. Mujurlah Tuhan masih mahu membantu. Masih mahu menjadi tempat aku bergantung. Dugaan itu banyak hikmahnya. Kalau aku tak diduga sebegini, mana aku tahu dalam akaun aku rupanya masih berbaki yang alhamdulillah cukup untuk melunaskan segala hutang piutang aku pada bank, kereta, ayah dan abang Amad.

Sedih memang ada. Dah lama aku simpan, dan itulah tanda jimat cermat aku selama ni, dan memang sayang kalau nak keluarkan. Dah lama aku simpan. Tapi sekarang aku dah terdesak amat, dan aku perlu suntikan itu untuk terus bernafas. Insya Allah, selepas beberapa bulan mematikan diri dari menabung, aku boleh mula menabung kembali bulan depan. Selepas semua dugaan ini selesai. Doa-doakanlah.

Friday, November 19, 2004

Alang-alang bercerita pasal Ally Iskandar, meh aku cerita gossip. Ingat2 balik, ramai jugak artis2 yang aku pernah jumpa ek.

Ally Iskandar
Muaahahahaaha.. refer cerita aku sebelum ni.. well, first time jumpa dia masa gi rumah dia 2 tahun lepas. Tapi tu jumpa kejap je la, dia kuar masuk bilik je. Cute, pakai kain pelekat. Alahai. Cuba cakap, selebriti mana boleh jumpa pakai kain pelekat (selain drpd dalam tv)

Harith Iskandar
Jumpa kat KLCC tengah beli tiket wayang. Pakai formal, siap bawak bag macam laptop tu. Dia tengok cerita apa tak sure plak.

Hans Isaac
Jumpa kat CM, dia tengah berlakon dengan Kavita Kaur. Tinggi giler. Hensem. Pastu jumpa dia lagi kat Wangsa Maju. Mula2 kat kedai mamak bawah ofis dia tengah minum teh tarik. Pastu kat ofis dia, dia tengah painting. Hensem, pakai baju hitam. Dia senyum bila nampak kitorang. Cis. Cair aku jap. Tertoleh2 kot2 nampak Harith ke, Afdlin ke kan, tapi takde. Dia sorang je. Yang lain tak glemer.

Kavita Kaur
Jumpa kat CM jugak masa tengah berlakon dengan Hans. Tinggi jugak, masa tu diorang selisih tepi aku, laju giler jalan, tak sempat aku dongak kepala pun. Hehe.

Jit Murad, Huzir Sulaiman, Joanna Bessey & Melissa Saila
Pegi tengok teater diorang berlakon (varieties) kat Actor's Studio. Tak ingat cerita apa, tapi banyak kali la jugak.

Zulhuzaimi Marzuki
Antara manusia teater yang cukup femes dikalangan geng2 aku. Haha. Sekarang dia dah mula nak naik sebagai pelakon dah.. asyik kuar tv je skarang. First time aku gi tengok teater kat Actor's Studio, dia yang berlakon sebagai Hamlet. Terus jatuh chenta. Haha. Siap ambik gambar ramai2 lagi. Pastu jumpa dia kat KLCC tengah dating kot. Aku stalked dia dari hujung KLCC sampai ke hujung satu lagi. Hahaa. Entah perasan pun aku tak tau. Sekarang dah tak jumpa dia lagi, selalu tengok kat tv je. Aku lagi suka dia berlakon dalam teater la..

Ezlin Hi Hi Bye Bye
Dia menyanyi masa Annual Dinner company aku last year. Pakai baju merah menyala. Kecik je orangnya. Masa dia nyanyi dia pusing2 semua meja pastu salam ngan semua orang. Berebut budak2 ambik gambar. Meja kitorang je buat bodoh haha.

Budak-budak AF 2
Dah jumpa semua masa.. err.. masa... ada la. Aku tak leh cakap. Hehe. Tapi nampak dari jauh je la..

Azizi AF 1
Kelakar. Aku jumpa dia masa bahang AF1 masih menggila. Dulu suka Vince tapi tiba-tiba je jumpa Azizi. Hahaha. Masa tu aku baru balik ofis, dekat kul 9.30 malam jugak drive balik sebab sibuk buat report untuk meeting the next day. Singgah la Mc Donald Klang Parade. Dah nak tutup dah. Aku nak masuk Azizi tu nak keluar dengan kawan dia sorang. Tengoklah jugak kot2 budak AF lain, tapi tak nampak pun. Haha. Tak taulah camne aku boleh gi tegur dia. Tak pernah2 tegur artis. Muahahahaha. Peramah la jugak, bertegur sapa kejap. Hehe. Dia cakap dia dari Subang tapi cari makanan sampai ke Klang. Tak taulah pulak kenapa.

Siti Nurhaliza
Aku gi tengok konsert dia masa kat Kuala Selangor. Pegi bersama 4 orang budak2 ofis yang lain. Konsert Fantasia Tour yang free tu. Tapi tengok jauh je la.

Rosyam Nor
Jumpa masa company buat Carnival raya last year. Dia datang pakai baju serba putih. Hensem. Siap posing depan kitorang lagi, budak2 sibuk ambik gambar. Masa tu aku baru hilang handphone, so mood aku ntah pape la. Aku tengok camtu2 je walaupun dia dah depan mata.

Hattan
Hattan datang sekali dengan Rosyam kat Carnival yang sama. Dia pun pakai baju serba putih. Senyum je. Diorang berlegar2 kat area stage, so macam informal la. Semua orang boleh jumpa dan borak2 dengan diorang.

Maznah Zulkifli
Dah 2-3 kali jumpa dia kat tempat yang sama - last masa kat Carnival raya yang sama last year. Selalu berlegar2 kat PJ dengan motor besar dia.

Azura Karim
Pun datang masa carnival last year jugak. Tak tegur pun tapi dia senyum je.

Nizal Muhammad
Masa ada PR course kat UIA dulu, dia jadi guest speaker. Aku ada tanya soalan kat dia masa sesi QA, tapi dah lupa soalan apa. Wife dia keje kat Matrik UIA, rasa2nya masih lagi kat situ kot. Jadi selalu jugak la budak2 UIA jemput dia.

Azian Mazwan Safuan
Schoolmate merangkap budak satu batch kakak aku. Dia jadi penyanyi undangan masa Menteri Besar buat majlis keraian masa ada pertukaran pelajar Malaysia-Jepun tahun 1990. Aku darjah 6. Ikut pergi sebab famili involved jadi keluarga angkat untuk 2 orang budak jepun.

Wan Khadijah (Dewi Remaja)
Budak kampung lama aku kat Duyong dulu. Aku tak kenal sangat pun, cuma masa tadika aku baik dengan adik dia, Esah. Hehe. Pernah jumpa masa dia baru2 masuk Dewi Remaja, tapi masa tu tak glemer lagi. Masa tu kampung aku buat Hari Keluarga, dia dok depan aku. Panjang rambut dia masa tu.

Azlee (Senario)
Masa mula-mula keje kat PJ. Jumpa kat pintu showroom. Peramah melampau betul, siap mengusik2 orang. Kecoh. Dia datang dengan van TV3, baju pun pakai uniform TV3.

Sarimah Ibrahim
Dia tengah berlakon dalam showroom kat ofis PJ. Yusof Haslam pengarahnya. Filem Janji Diana. Dari jauh je la.. heehe.

Yusof Haslam
Masa shooting Janji Diana, tempat yang sama. Tengah sibuk mengarah Sarimah dan 4 orang model lagi.

Faizal Hussein, Dila Hussen, mak dia
Diorang tengah makan dekat KFC Gombak sebelah Ong Tai Kim tu. Aku kuar outing nak balik hostel dah, terserempak dengan dia tepi KFC. Tinggi giler. Masa tu Dilla Hussien dengan mak dia Mahyon Ismail kat dalam KFC tengah makan.

Aimi Jar
Baru jumpa lepas balik jumpa Ally Iskandar. Hahahahaha. Kat lobi hotel tu jugak, tengah berborak dengan 2-3 orang sape ntah. Lewat malam kul 11.30.

Norman Hakim & anak dia
First time jumpa kat One Utama. Masa tu dia tak kawin lagi kot rasanya. Dengan sepupu2 dan makcik aku tengah shopping kat Living Quarters. Sekali Imran, anak arwah ayah Su yang masih tak belajar struktur ayat menjerit panggil mak dia, "Mak! Mak! Ada peminat mak kat sana!". Haha. Then jumpa dia lagi kat KLCC tengah sorong anak dia last year. Norman pakai key dan seluar askar. Anak dia kiut giler. Tak nampak pulak Abby. Dia tengah cari seat kot kat food court tu. Senyum je tapi aku tak tegur la..

Noorkumalasari
2-3 kali jugak dah jumpa dengan dia masa kenduri. Masa arwah Ayah Su meninggal dia ada singgah rumah Cik Yah kejap. She is sooo nice, senyum je. Selalu dia pakai serba putih/ hitam. Jubah. Tak sombong langsung. Makin cantik berseri-seri. Anak2 dia semua kiut-miut, pakai jubah putih @ hitam je semua. Sedap mata memandang. Famili bahagia betul.

Deja Moss
Ini pun jumpa kat KLCC. Dengan mat saleh sorang. Tengah sibuk orang ramai masa tu. Aku tak kenal sangat pun lagi.. balik rumah baru ingat nama dia.

Fazlee
Jumpa kat Pesta Buku di PWTC. Dia kat gerai Karangkraf tengah sign magazine apa ntah. Aku tak pegi dekat sebab ramai orang, tapi si Tita pegi la. Dia minat aku tak.

VE
Ooohh Oooh Oooh.. hehe. VE!!!! Jumpa kat One Utama masa jalan dengan Shima, shopping untuk Family Day this year. Diorang buat performance kat bawah (stage), kitorang kat tingkat atas. Lama lepak kat situ.. siap lambai2 lagi masa diorang nyanyi lagu Khayalan. Hehe. Diorang lambai balik siap senyum2 yang tak tahan tu.

Anuar Zain
Pun di One Utama. Masa tu dia tak jadi penyanyi fofular pun lagi tapi dah start kuar majalah la. Rambut pun pendek lagi. Hensem giler. Tinggi, putih pastu tengah bawak bunga ros satu jambak. Peergh. Dia tengah sibuk cari sape ntah masa tu.

Jaya Bachan
Hahaha. Aku jumpa Jaya Bachan kat KLCC. Tengah shopping dan dikerumuni peminat yang sibuk nak bergambar. Dia datang KL sempena award apa nty

Itu artis la. Ada lagi yang dah jumpa tapi bukan artis cam Dr M, Shahrizat etc. Tapi lain kali la... hehe. Dan ini list yang aku teringin sangat2 nak jumpa sangat2..:

1. Afdlin Shauki.
2. Afdlin Shauki jugak.
3. Pun Afdlin Shauki.


Waaaaaaaa... aku nak jumpa Afdlin Shauki.... ni sorang je yang aku nak jumpa sangat2 tapi tak pernah jumpa2. Tak jumpa orang lain jumpa dia sorang je pun jadi la. Dia ni tak pernah keluar ke??? Pagi tadi Yati cakap Afdlin Shauki ada kat ERA. Waaaaaaaaa... aku bukak MHI pagi tadi, dengan harapan ada Ally. Tapi takde jugak. Waaaaaaa....!!!!!! Dah melepas dua-dua.

Thursday, November 18, 2004

Sekarang aku tahu kenapa ramai sangat mak-mak orang yang berkenan dengan Ally Iskandar. Kenapa makcik2 yang yang berkenan sangat nak buat menantu. Kenapa ramai sangat anak-anak dara yang menunggu-nunggu kehadiran anchor MHI yang comel lote tu. Bak kata pakcik yang duduk satu meja dengan aku malam reunion dinner tu, Ally tu dalam tv nampak matured, tapi kat luar macam budak2 je. Hahaha. Betullah tu. :P

Tak tahulah first impression aku ini yang tak berapa betul atau aku yang rabun. Haha. Tapi aku memang dah respect abis mamat tu. Hehe. Kagum la jugak. Tak taula kan sama ada dia control atau memang attitude macam tu, tapi memang sedap mata memandang betul. Dahlah sopan santun, baik budi, senyum je manjang, comel plak tu. Aku berkenan sangat masa dia bercakap. Fuhhh.. memang best betul. Bila jumpa orang tua, memang hormat betul. :P Tak sombong plak tu. Memang dia peramah, tapi takde la over peramah macam sesetengah selebriti lain. Aku cukup suka bila dia sporting jek layan peminat2, especially yang kecik-kecik. Alahai. Comel giler. Hehhehehee.

Aku jumpa Ally Iskandar dalam satu majlis reunion class of 66 di Terengganu. Kebetulan ayah aku satu tahun senior ayah dia masa kat sekolah diorang dulu & jadi committee jugak. Tak tahulah dengan rela hati atau tidak, tapi Ally Iskandar jadi mc malam tu. Haha. Jangan bimbang, aku ada bukti. hahaha. Bila dah dapat email gambar dinner tu nanti, tahulah aku nak war-warkan satu dunia. Heheheheehehe...! Cis. Ayak riak giler. Tapi banyak gambar dia sorang la, dan dengan Kak Yong & family pasal aku & Nahar cam buat2 segan. :P

Jadinya malam raya ketiga lepas satu famili bersemangat pegi reunion ayah. Nahar siap book tempat lagi, dia cakap nanti dekat sikit nak ambil gambar Ally kat depan. Hahahah. Sekali Ally tu duduk betul2 depan/ sebelah meja kitorang. Kira dekat giler aah. Pastu pakcik sporting yang dok sebelah aku panggil mamat tu, kata kitorang ni peminat dia. Kitorang plak cam malu2. Waarghhahahaha. Ally senyum je, pastu dia datang duduk meja kitorang, bertegur sapa gitu2 la. Tapi cam bangga aaa kan bila dia kenal ayah kan. Muahahhahaa.

Masa ayah bagi speech atas stage, aku khusyuk giler dengar. Aku rasa semua orang dengar pasal diam jek kat Puncak Gamelan tu. Muahahaha. Dan aku, Nahar dan Kak Yong sama2 sepakat yang sebest2 Ally (memang dia best pun), best lagi ayah aku cakap. Kira kalau lawan, ayah boleh menang aa. :P Bak kata Ally lepas ayah abis cakap "Dah namanya cikgu.." Muahahahahaha. Cis. Aku rasa riak sekali lagi.

Ally balik awal, habis2 majlis terus balik. Agaknya letih sebab terbang dari KL tengahari tu. Esok paginya nak rush balik ke KL, keje. Mak dia sporting giler. Bapak dia pun releks je. Masa dia nak blah tu, Nahar cakap kat aku dia nak balik dulu, ikut Kak Yong & famili yang dah di lobi bawah. Haha. Aku cam curious la jugak kan, entah2 dia nak kejar Ally pun boleh jadi tu. Pastu boleh la dia belagak dia naik satu lif dengan Ally ke apa ke kan.. :P Adik aku tu bukan boleh percaya sangat.. hehehe.

Abislah lepas ni. Dah dua hari lepas aku jumpa dia, tapi angaunya sampai ke ofis berjangkit. Sampai semua orang fedap bila aku asyik sebut nama dia je. Hahahahahhaha.Dan pagi tadi aku tiba2 je gatal bukak MHI. Tak pernah-pernah sebelum ni.. hehe. Tapi takde pulak wajah yang ditunggu-tunggu. Takpe, esok aku bukak lagi. :P

Wednesday, November 10, 2004

Berkesempatan dengan Aidilfitri dan bersempena dengan aku nak balik kampung (sedang bergumbira dan terloncat-loncat kegirangan walaupun keje tak settle lagi) malam ni, aku ambil peluang ini nak ucapkan Salam Lebaran kepada semua orang yang sedang membaca blog aku, pernah membaca blog aku, tak pernah sampai pun blog aku, dan juga kepada mereka-mereka yang tersesat ke sini tanpa arah tuju. Hehe.

Tak kiralah anda siapa, aku hulurkan sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya dalam kelajuan 40 wpm aku menaip disini, seandainya ada terkasar bahasa atau terguris rasa. Aku ni cuma manusia biasa, tak lepas dari buat kesilapan...

Aku pun ikhlas juga maafkan semua orang... jadi manusia yang benar-benar manusia perlu suka memaafkan bukan?

Salam Aidilfitri dan jangan lupa bayar zakat fitrah. Aku pun mengingatkan diri sendiri juga.. jumpa lagi raya nanti (Insya Allah cuba update masa kat Terengganu nanti). Doakan juga keselamatan aku dalam perjalanan okke.

*Ditulis 3 jam sebelum balik kampung. :P

Tuesday, November 09, 2004

Mogok menulis blog panjang hari ini. Masih sibuk dengan kertas-kertas yang bersenang-senangan di meja yang hampir bukan rupa meja dan aku yang dah macam bukan aku. Sarat lagi dengan pressure yang teramatlah tinggi dari bos dalam bilik yang tak henti-henti cari kesalahan aku sampai aku berenti. Dan aku makin hilang isi dan tak lalu makan bila kepala asyik fikir pasal kerja dan bagaimana nak elakkan daripada kena transfer/ degraded/ buang/ pecat/ resign akibat ada bos yang tak suka tengok muka aku sebab aku tak seksi dan tak lawa dan sentiasa cari alasan untuk menjatuhkan aku sampai akku tergolek. Tapi aku bukan budah hingus yang boleh dia sekeh kepala suka2 hati. Aku budak perempuan degil yang tak makan kata dan yang suka melawan dan yang selalu melawan arus. Budak perempuan yang selalu dijadikan mangsa kat ofis bodoh ni. Dan setiap hari budak ni terima sumpah seranah dari orang tua yang perasan muda dalam bilik tu dengan harapan agar budak ni give up dan terus berenti supaya dia dapat cari yang lagi cantik lawa cun melecun seksi meksi tak macam aku. Dan ya. Ini entry yang tak panjang.

Monday, November 08, 2004

Tadi ada dua orang datang nak betulkan networking line untuk budak baru. Aku memang dah kenal salah sorang tu, sebab dia dulu selalu datang ofis betulkan pc & networking aku yang selalu ntah apa-apa. Tapi dulu dia datang dengan orang lain, sekarang dah ada teammate baru kot. We called him Alang and he's very well known to the staff in the office too.

Dolu-dolu, masa dia selalu datang dengan budak lama tu, selalu la jugak mengusik-ngusik, bergurau senda. Alang tu dah kawin, tapi kawan dia yang sorang lagi tu (old one) muda belia berhingus lagi. So, memang seronok le mengusik, pasal budak tu malu-malu. Hehe. Tapi aku dah lama tak jumpa diorang so kadangg-kadang bila dorang datang, macam awkward la jugak. Segan skit aah.

Jadinya, bila Alang tu datang tadi dengan orang baru, macam frust la sikit. Hahaha. Tapi ok la, tak kisah apa pun pasal aku bz giler. Diorang as usual berkeliaran depan meja aku,so berselirat ler wayar-wayar dan barang-barang diorang. Aku plak asyik ke hulu ke hilir jadi takdela nyempat nak bertegur sapa. Sekadar berbasa basi je. Lagipun segan le jugak.. hehehe.

Sekali tengah aku sibuk buat memo, bos kat dalam memekak panggil aku. Aku pun, ceh, konon nak tunjuk rajin la, cepat-cepat nak terjah bilik dia. Sekali kaki aku sangkut kat wayar networking yang dekat pc aku (dah berkali-kali aku kena sebelum tu sebenarnya).. apa lagi, aku jadi superman le kejap. Depan-depan semua orang. Macam penari ginrama pun ada, terlompat dan terjunam terus ke lantai. Wah wah wah wah wah. Nasib baik le penari ginrama ni sempat tahan dengan dinding, kalau tak.. aku jadi penari ginrama dengan gimnastik sekali kat lantai tu. Kasut aku tercampak dan tergolek. Sebelah je plak tu. Kasut tinggi lagi! (tiba-tiba rasa macam Cinderella).

Aaarrghhh. Satu ofis diam, pastu semua pandang aku. Ya Allah.. rasa tebal giler muka aku masa tu. Dahlah dengan mamat berdua tu betul-betul kat belakang aku. Hieeeeiisshh.. malu.. malu... Kawan ofis dah bantai gelak kaw-kaw, si Alang nak gelak, tapi dia takut aku marah dia tutup mulut pastu buat-buat masuk bilik stor kat sebelah aku. Muka mamat yang sorang lagi dah merah padam tahan gelak. Cis. Memang dengan muka aku sekali rasanya merah padam. Malu siot.

Aku buat-buat selamba terus ambik kasut, pakai balik pastu terus masuk bilik bos macam takde pape. Keluar je, budak-budak ofis sambung gelakkan aku. Menyumpah-nyumpah aku. Cis. Malu gilerrr. Diorang plak, sekejap-sekejap senyum-senyum, gelak-gelak. Pastu siap perli-perli dengan orang lain. Jalan tengok depan katanya. AAAAAAAAaaaaarrrggghhhhh!!!! Tensionnyerrrrr!!!!!!!!!!!!!! Sampai petang aku kena gelak hari ni.

*Sigh" Malunya... jatuh lagi saham aku... aaarghhhh!!! Aarghh!!! Arrghh!!!

Saturday, November 06, 2004

Aku menangis. Perempuan itu melangkah setapak lagi. Dia sudah berada di hadapan aku. Dia tiba-tiba tunduk. Kemudian memegang tangan aku. Dia angkat mukanya. Aku lihat ada air jernih di matanya. Dia menangis. Esak yang agak perlahan mula menjadi agak kuat. Terhingguk-hingguk bahu menahan lebat hujan yang melimpah. Dia tiba-tiba sujud di kaki aku. Dan terus menangis.

"Tolonglah kak. Jangan rampas suami saya. Hanya dia yang saya ada.."

Aku tersentap di jantung. Di hati. Aku menarik nafas perlahan. Berat pertanyaannya. Aku pandang dia. Di hadapan aku seorang perempuan berbaju kurung kusam, sujud di kaku aku. Merintih, merayu pada aku.

Nun di pintu bilik ada lelaki bertamu. Berpeluk tubuh, dan dengan wajah kusut memandang kami. Dia diam, tapi memandang aku dengan pandangan yang cukup meresahkan jiwa. Aku bungkam. Perempuan tadi masih menangis di kaki aku. Dan lelaki itu masih di situ. Aku mahu menjerit pada dunia. Mahu melaungkan resah yang meruntun hati. Di hadapan aku, 2 tetamu tak diundang itu mengharapkan jawapan yang sukar untuk aku berikan.

Aku mahu menjerit pada perempuan itu. Mahu katakan padanya tentang hati aku. Resah aku.

"Maaf dik. Aku bukan perampas. Dia yang lebih dulu muncul dalam hidup aku. Lebih dulu mendapat tempat di hati aku. Bukan kau dik. Kau yang tiba-tiba muncul mengheret dia keluar! Kau yang perampas, bukan aku."

Perempuan itu menangis lagi. Aku renung wajahnya lagi. Pipi yang comel dulu dah makin cengkung. Matanya bengkak-bengkak akibat terlalu kerap menangis. Badannya dah makin susut. Aku pandang lelaki di pintu. Dia masih diam. Dia sudah susut juga. Pakaiannya tak terurus. Lusuh.

Mahu aku katakan pada dia betapa peritnya derita ini. Mahu aku katakan padanya betapa sakitnya jiwa aku. Bangunlah. Buatlah keputusan. Aku tak sanggup lagi terus-terusan macam ni. Dah tak tertanggung rasanya beban ini. Tolonglah. Lepaskan aku dari derita ini. Aku kasihankan perempuan itu, tapi hati aku tetap kerasa mengatakan yang dia tetap milikku, wala apa jadi sekalipun.

Dan aku tersentak tiba-tiba bila tersedar dari lena. Astargfirullahalazim. Aku mimpi rupanya. Mengurut dada aku jawabnya. Menggigil badan aku. Seram sejuk rasanya. Mata aku basah.Ya Allah, mimpi ngeri. Nauzubillah.. moga-moga dijauhkan dari hidup aku. Moga-moga aku tak perlu berhadapan macam tu sampai bila-bila. Gila aku mahu jadi perampas suami orang. Hish. Menakutkan. Nauzubillah.

Tu la, tidur tak basuh kaki lagi.. :)

Friday, November 05, 2004

The clan.


Meet my youngest bro, Asyraf (fifth in the clan). He's charming, sweet, nice, smart, and talks a lot like the rest of the clan haha. He taught me on the wonderful world of Dragon Ball, Dragon Quest (Misteri Naga), Conan and even Pedang Setiawan. Erm. Well, he does look a lot like Conan. He supports England. But can sing in Japanese haha. Interested? Do register and attend interviews with his kakaks first. :P

Proudly present my bro Hafiz (the third in the clan). Like the rest in the family, he's also nice, sweet, smart and brainy. :P He's a talker and married to my lovely sis in law - Lisa, who also talks a lot. Hehe. He's a chronic sleeper too, and can sleep anywhere, any time - be it trains, busses, classes, cars, planes, in front of tc, pc, people etc.(well that runs in the famiy too). He currently resides in Galway, Ireland. :)

And this, is my youngest sis, Nahar (fourth in the clan). And yeah, she talks a lot too.:) Guess it runs in the family eh. She's one of the most talkative-est among all of us and kay-po type of girl. I share some of my hobbies with her- that are reading crap magz and melancholic love stories haha & watching EPL and AF. And she's way overaddicted to Nana & Zahid. (even more than I like Vince or Kaer. Hahaha)

Well, these are the testimonials for my bros and sis - except Kak Yong- in the Friendster. (p/s: check mine at Miyyah) Muahahaha.

Thursday, November 04, 2004

O-oh. Sekarang aku baru risau dengan berat aku. Naik cuak la pulak bila ramai yang tegur aku makin kurus. Tahun ni selalu sakit-sakit teruk, jadi berat aku memang tak stable. Awal tahun hari tu, berat aku sampai mencecah 53 1/2, memang gemuk la jugak. Sebab baju-baju dan seluar2 semuanya rasa makin sempit. Hehe. Maunya tak, hari-hari makan ayam. Pagi nasi lemak ayam, tengahari nasi ayam, petang nasi lauk ayam masak merah dan sampai ke tengah malam pun aku asyik mengunyah. Macam dipam-pam la jawabnya.

Februari/ March, episod lemah semangat aku bermula. Hehe. Disentak dengan sakit kayap yang betul2 menduga jiwa raga, kemudian demam panas yang sampai nak pengsan, tak sampai sebulan berat aku turun mendadak. Dari 53 yang dah hampir-hampir nak mencecah 54 tu, aku turun sampai 48 1/2. Pergh. Sekelip mata je susut. Bila ambil gambar lepas sakit tu, dah macam gambar tengkorak hidup pun ada. Muka cengkung giler. Takut aku tengok.

Lepas tu aku makan normal balik. Cuma takde le sampai hari-hari makan ayam. :P Makan tetap makan. Mengunyah pun takde stop-stop. Dan berjaya naikkan balik berat aku sampai 50/ 51. Kira mantain la tu. Dengan ketinggian aku yang tak berapa tinggi (aku pendek 5'1 je), dan sifat aku yang memang enjoy makan, memang kira normallah tu. Berat sama la masa time belajar dulu.

Tapi bila masuk bulan puasa ni, Ahad lepas aku timbang, berat aku turun lagi. Dah tinggal 47 dah. Waaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!! Apsal dengan aku ni! Aku makan banyak! Sungguh banyak kau takkan percaya perut aku ni dah nak macam perut anak dinosaur punya boleh isi macam-macam. :) Kalau makan buffet tu tak payah cakapla, memang aku la muka yang akan selalu berulang alik kat tempat makanan tu. :P

Dan bila tulang-tulang dah mula kelihatan, pipi aku dah tak berapa tembam macam biasa, mata aku dah mula cengkung dan lebam.. aku dah mula risau la ni. Aku tak cukup makan lagi ke? Atau aku perlu makan banyak lagi? :P Melampau la kalau nak suruh aku makan banyak lagi.

Atau aku perlu consult doktor? Tak payah kot, pasal 47 tu masih normal untuk ketinggian aku. Tapi aku risau jugak. Last sekali aku berberatkan 47 kilogram tu, masa aku kat kat matrik dulu. 1998. Dah 6 tahun weh. Ish. :( Sekarang asyik turun naik je berat, lagilah risau. Aku tak nak jatuh sakit lagi.

Wednesday, November 03, 2004

Tangan kanan aku masih berbalut dengan bandage warna putih. Sakitnya masih terasa, menusuk sampai ke tulang.

Tiap kali musim hujan tiba, atau tiap kali cuaca sejuk melampau menjelma (contohnya dalam air cond macam sekarang ni), tangan aku mesti sengal-sengal. Rasa macam ada orang tekan, menyucuk-nyucuk ngilunya. Nilah padahnya kalau selalu sangat accident dulu. Tangan aku jadi macam ni sekarang pun sebab pernah berbalut dulu le. Pernah jatuh terhentak dan retak terus pergelangan tangan aku. Fractured lagi. 2 bulan la jugak aku bertangan putih ke kelas. Bergantung kain di leher untuk ke mana-mana. Dan padah kejadian tu sampai sekarang masih terasa di tangan ni.

Aku bukan accident apa pun, accident sebab main Tele Match je. Tapi sebab aku ni bersungguh-sungguh bebenor main, sampai patah tergolek baru nak sedar. Kecoh la jugak dulu, ada sister patah tangan main Tele Match. haha. Main pecah belon je pulak tu. :P Buat malu betul. Tapi sebenarnya tangan aku bukan patah pun. Retak dah terkehel je sikit. :) Tapi bersimenlah juga. Tangan kanan pula tu. Sempatlah juga aku merasa ambil exam guna tangan kiri. Melukis pun pernah guna tangan kiri. Terpaksalah, taknak aku posponed semester sebab tangan nan satu ni.

Padah kejadian malang hari Ahad tu la, sampai sekarang aku terpaksa tanggung peritnya. Masa masih belajar dulu, 2 bulan sekali atay tiap kali tangan ni buat hal, aku mesti ke klinik ambil krim hijau yang panas dan selalunya doktor klinik uia tu bagi bandage sekali. Dah tak terkira rasanya berapa kali aku ke kelas berbalut tangan kanan, kalah orang main bola. :P Sekarang, klinik tak berapa dekat. Nasib baik aku selalu ada spare bandage (see.. aku ada spare semua ubat) dan minyak panas untuk gosok2kan kat tangan. Kalau tak, tak boleh kerja aku. Sakitnya sampai ke tulang.

Aku menaip kali ni slow sikit, sebab terpaksa berhenti beberapa kali urut tangan. Hehe. Risau juga. Nanti kalau ditakdirkan aku sempat rasa jadi orang tua, agaknya satu badan aku ni sengal-sengal, dan sakit-sakit. Ye la, zaman mudanya asyik accident je.. :P Kawan aku cakap, mesti dah turun saham. Dah kurang ler 2-3 ribu. Cis. Takpe. Aku letak 10 ribu nanti, kalau kurang 2-3 ribu pun ok lagi. Muahahahahahaa...!

Tuesday, November 02, 2004

Ini bukan artikel pasal apa-apa hutan. Tak berkaitan juga dengan asal-usul atau hebahan tempat-tempat pelancongan di Putrajaya. Ini kisah benar. Kisah benar yang berlaku pada aku semalam. Dan hari ini, aku nak mengwar-warkan tentang kisah Tipah Tertipu ni. Moga-moga aku dapat halang seorang dua yang lain daripada tertipu sama.

Ye. Aku tengah angin. Aku tengah terkilan yang amat. Dan kecewa yang amat juga. Kami diwar-warkan dengan cerita hebat lagi gah tentang TAMAN WARISAN PERTANIAN, PUTRAJAYA. Tentang buffet berbuka puasa yang murah dan mewah dengan makanan. Yelah, RM 15.00 untuk dewasa dan RM 10.00 untuk kanak-kanak. Zaman hotel motel bermaharajalela letak harga ikut suka ni, RM15.00 dah habis murah untuk makan buffet.

Kak Yong terbaca dalam Star tentang tempat ni, dan semalam, satu famili pegi sana untuk berbuka. Dalam Star tu, macam-macam makanan kononnya ada. Dari nasi minyak, nasi beriyani, nasi lemak, nasi jagung pun ada. Macam best giler aah. Aku pun dah terpanggil-panggil nak makan kat sana. Nasib baik tak mengigau je. Hehe. Bila sampai sana, aku memang kagum dengan tempatnya. Memang first class. Memang cantik betul. Tersergam indah bangunan serba kayu yang agak classy bagi aku tu dan first impression aku memang seronok giler nak makan kat situ. Siap dah berkira-kira dalam kepala nak ajak kawan-kawan pergi tempat tu.

Kami sampai betul-betul waktu berbuka. Tapi sebab dah reserve tempat awal-awal jadi takde problemlah. Kerusi meja kat situ pun cantik-cantik. Betul. Tak tipu. Pendek kata, tempat tu memang best aah. Tapi bila aku sampai kat tempat buffet tu, impression aku dah kureng skit. Aku serbu tempat kuih dulu, sebab tak nak berebut-rebut dengan orang yang agak ramai kat tempat main course. Betapa kecewanya aku bila nampak kuih yang ada cuma kuih bakar (yang sepatutnya 3 pinggan tapi dah tinggal 2 pinggan (tapi isinya cuma 1/3 pinggan) dan tembikai. Oh, ada juga bubur caca yang dilabelkan bubur jagung. Aku dah kempunan giler nak makan bubur jagung tiba-tiba je terpaksa frust tengok bubur caca kat dalam. Waa.. aku tak makan bubur caca!

So, lepas kecewa dengan kuih yang ntah apa-apa tu, aku pun nak gi la ambil air. Ada 3 tong kat tempat air. Satu air kosong, satu air len chee kang dan satu lagi air teh o. Aku nampak ada gerai kat situ jugak yang ada air buah so aku pun dengan selamba la pegi ambik air tembikai. Sekali aku nak blah, budak yang jaga kat situ tiba-tiba tegur aku "Kak, yang ini tak masuk buffet kak, ini kena bayar". Aku dah berasap je. Letak gerai tu betul2 sebelah tempat buffet, tak ada tanda harga plak tu, membelakangkan tempat tong-tong air pulak tu, macamana tak confuse. Dan sebab aku ni muka tak malu, dengan selamba jugak aku cakap "Tak masuk buffet ye. Takpelah. Tak jadi ler." pastu aku blah. Tak tau la berapa ramai lagi jadi macam aku, dan berapa ramai jugak yang terpaksa bayar sebab dah termalu. :(

Dengan keciwa yang masih berbaki, aku pun tuju la main course. Yelah, orang dah tak ramai. Aku pun jengukle makanan. Ada mee goreng, ada tomyam (yang tinggal kuah dan serai sahaja), ikan aya (tongkol) masak lemak, ikan bilis goreng tempe, ikan bilis masak petai,nasi lemak yang tinggal nasi dan sambal sahaja, soto yang tinggal supnya sahaja dan ulam timun, kobis etc. Aik? Mana dia nasi beriyani, nasi minyak nasi jagung yang diwar-warkan sampai dalam paper? Agaknya lauk dah habis, kejap lagi dia tambah la kot. Jadi aku pun ambillah lauk ikan aya masak lemak tu dan ikan bilik masak petai (aku korek-korek buang petai).

Lepas makan, aku pun bangun le lagi macam biasa nak pegi ambil makanan lain. Lauk tadi masih jugak tak ditambah-tambah. Jadi aku cuma ambil mee goreng je. Kuih pun takde lagi. Orang-orang kat situ sibuk kesitu kesini kononnya nak tambah lauk la sebab ramai yang lain dah bising. Aku pun makan le slow-slow sebab nak tunggu lauk & kuih refill.

Tunggu-punya tunggu, aku pegi sekali lagi kat tempat buffet tu. Lauknya dah ditambah. Lauk baru semuanya, ada kobis goreng, ada lempung goreng cili dan ikan bilis goreng lagi. Aku dah tertutup selera nak beralih ke kuih. Kuih macam tadi jugak. Cuma dah kosong piringnya. Piring untuk tembikai pun dah kosong isinya. Soto dia tambah 4-5 mangkuk tapi dalam sekelip maja je la hilang. Dengan keciwanya lagi aku pun lepak lagi kat meja. Tunggu lagi.

Dan sampai sekarang penantian aku tak sudah-sudah. Sebab pukul 8 lebih sikit je mereka dah mula angkut pinggan dan cawan. Aargh. Bukan ke dalam paper yang aku baca tu katanya buka sampai pukul 10 malam? Bukan ke kat situ sepatutnya mewah dengan makanan dan bukan hanya mewah dengan ikan bilis? Hmm.. patutlah hanya RM15. Hai. Indah khabar dari rupa. Bila aku dah terduduk dalam seat kereta, aku dah mula cancelkan semua plan-plan aku yang kononnya berhasrat nak bawa pelanggan lain untuk diorang. Dan mereka juga dah hilang customer lagi.