Saturday, October 30, 2004

Tadi Feeda telefon. Sempat ketawa-ketawa dengan dia kejap. :)

"Wei Feeda, kat Chicken Hartz tu kalau nak pegi kena tempah dulu ek?"
"Hah? Chicken Hartz? kat Sunway tu eh?"
"Ha'ah, tempat kita pegi buka puasa tahun lepas.. Ko yang booked dulu kan."
"Taklah, datang awal baru boleh dapat meja. Tak ingat ke aku kena beratur panjang dulu.."
"Tu la, aku ingat boleh buat booking dulu.."
"Tak tau la pulak aku, tapi rasanya tak boleh. Datang awal la.. Eh. Ko ni nak gi dengan sapa ni Miyyah? Boyfriend eh?"
"Aku nak ajak ko ler ni. Dengan Tita.."
"Are you meeting someone? Boyfriend eh? Eeeiii.. untung sape dapat ko.. ko ni baik, committed.. bla bla bla"
"Aaaargghhhh!! Wooii! Dahlah tu ooi. Ko ni macam-macam. Nanti aku confirm balik. Sekarang tak boleh confirm apa-apa lagi. Ko call Tita senang, nanti dia explain."
"Tak nak aku call Tita."
"Hahaahaha.. nanti la.. nanti la.. aku kena confirm dulu."
"Ok lah then.. dahla tu.. bye"
"Bye."

Petang ni nak ke Sunway Pyramid, dan kalau takde aral berbuka ingatnya nak ke Chicken Hartz tu dengan Iza. Last time pergi dengan budak2 tu last year. Waah. Lama giler aku tak pergi Sunway Pyramid tu. Lagipun nanti nak pergi dengan Feeda & Tita. :) Ala, diorang nak temankan aku buat keje gila. Hahaahahahahaha... *gelak evil*

Apa-apa pun, aku belum confirm apa-apa. Nanti aku cerita. :)

(Dapat pc aku balik 2-3 hari lepas. Cuma masa tak izinkan aku nak update blog yang dah mula nak berabuk ni)

Monday, October 25, 2004

Ok. My fault. Hehe. Sorry, Saha's not an English.. hehe. So ignore the English Connection. It should have been Devils Connection instead. Hehe.
Dancing in the rain..

I have to write this. One of the most exciting news in my Manutd.com life. Hehehe.

WE WON!!!WE GUNNED ARSENAL DOWN!
WE WRECKED THEIR RECORD!!!!
photos by: manutd.com
I was gripping to my seat, hugging my pillow tightly and biting my nails for the whole 90++ minutes of the game last night. Haha. Real fun it is when both Abang Amad and Nahar were supporting Arsernal. (Okla, Abang Amad was a die hard Chelsea supporter but he prefer Arsenal to win than United.) Haha.

What can I say, last night was the sweetest revenge. :P United ended Arsenal's unbeaten streak, got the revenge for last season's draws, Nistelrooy kicked into the right corner this time (ho-ho just looked at how Lehmann was fooled!), Rooney got his birthday present, Ronaldo was great, Saha and Smith contributed a lot for the second Rooney goal (if Arsenal has their French Connection, these three might be our future English connection at United!) and Ferdinand was definitely one of the greatest defenders ever! (you see... I always love defenders! Read: Nesta) For the first time this season, I felt really secured with United defenders.. ehhe.

Quoting Sheila On 7's song: BRILLIANT! BRILLIANT! BRILLIANT! My standing ovation to Manchester United. :)

p/s PC aku dah sembuh cuma tunggu bayar bil hospital baru boleh discharge. Hehe.

Friday, October 22, 2004

Berkabung sementara pc aku masuk hospital. Jumpa lagi bila pc aku dah sembuh seperti normal (walau mungkin pc tu hilang ingatan untuk selama-lamanya. :( *Sigh*)

SELAMAT BERPUASA & BERTARAWIKH.

Thursday, October 07, 2004

Happy Belated Birthday to me. :)

Sejak-sejak bertambah satu angka pada usia aku ni, asyik benar diserang virus-virus dan kuma-kuman penyakit. Sakit tekaklah, selesemalah, gatal matalah, batuklah.. agaknya dah sampai petanda yang aku ni sebenarnya dah makin tua. Hehehe. Yelah, tiap-tiap tahun asyik nak mengaku umur 18, tapi masih tak sedar diri yang awak tu sebenarnya dah nak masuk kategori warga tua. Hehehe.

Mungkin tandanya aku dah perlu insaf bahawa satu lagi garis tua sudah wujud di muka aku. Walaupun ketinggian aku masih lagi di tahap budak 18 tahun, muka aku macam budak 20 tahun (perasan!) dan perangai aku pun ada kalanya masih bersifat 12 tahun.. tapi hakikat tetap hakikat. Usia aku sudah mencecah angka 26. Digit 26 itu saja kalau dalam matematik, dibundarkan kepada angka terdekat, lebih terhampir pada digit 30! Haha. Bersyukur untuk itu!

Dan melihatkan pada ucapan2 mereka pada hari jadi aku yang baru lepas tu, aku mahu sekali berterima kasih. Terima kasih kerana masih tak jemu-jemu mendoakan jodoh yang tepat untuk aku. (Aku terima sms "Happy Birthday, dah tua bila lagi nak kawin" hampir setiap tahun) Hahaha. Apa-apa pun, terima kasih kerana mengambil berat. Aku kalau boleh tak mahu melihat soalan2 seperti itu sebagai soalan yang meresahkan. Aku mahu melihat soalan2 itu sebagai doa kalian untuk aku. Tanda aku masih disayangi kerana masih mahu mendoakan yang terbaik untuk aku. Terima kasih ya!

Bila difikirkan, mungkin sekarang aku benar-benar harus fikirkan soal kawin. :P Hahaha. Mereka kerap sangat bertanya dan tertanya-tanya, apa aku ini perempuan yang takde perasaan ke? (Aku ada perasaan, bukan ke aku ni ratu air mata?) Aku ni cerewet sangat ke memilih? (Lagikan pakaian dibadan pun perlu dipilih!) Aku ni degil sangat ke? (Ye, aku memang degil melampau..)

Mungkin sudah sampai masanya aku perlu melihat masa depan aku. Usia aku bukannya muda lagi. Dah masuk 26. Arwah tok yang kawin di usia 20 tahun dulu pun dah dianggap kawin lambat. Aku? Kalau dilahirkan zaman tu agaknya dah lama aku ni bergelar andartu. Sekarang pun apa kurang, dah ada mulut2 yang bagi aku sama sempit dengan kepala mereka pun dah mula ada ura-ra nak panggil aku andalusia. Nak tergelak pun ada. Lantaklah. Peduli apa aku. Janji aku hepi cukup.

Mungkin betul apa yang mereka cakap. Hahaha. Tapi mungkin betul apa yang aku cakap.

Aku takkan kawin kalau semata-mata hanya mahu memuaskan hati orang lain. Aku cuma akan kawin bila aku dah jumpa seorang pakar sakit jiwa yang mahu dan sanggup bertahan dengan kerenah psycho aku untuk seluruh hidupnya. ;)

Itu janji aku.

Friday, October 01, 2004

Kerja yang berkilo-kilo beratnya menunggu dan melambai-lambai aku di ofis ni. Dan bila berita sedih yang cpu komputer aku dah rosak teruk kepala hotaknya, lagi membuatkan aku terasa ditekan-tekan dan dihentak-hentak. Berselirat rasanya wayar-wayar di kepala. Risau jugalah kalau-kalau putus lagi...

Aku terpaksa bergantung pada ehsan orang untuk gunakan pc. Untuk siapkan kerja aku terpaksa menebalkan muka menumpang di tempat orang. Hard disc pc aku tu bukan dah tahap koma lagi dah, tapi dah sampai tahap hangus terbakar dan dah boleh campak lombong. Mujur juga kawan-kawan faham dan banyak yang membantu. Bersyukur juga ada mereka-mereka ini yang tak lokek hulur bantuan.

Entahlah. Aku pun tak pasti bila pc aku boleh bernyawa balik. Terkilan sangat-sangat juga sebab komputer tu dah macam sebahagia dari jiwa aku. Banyak harta karun aku ada dalam tu. Komputer tu dah punya jiwa. Dah ada personaliti yang aku cipta untuknya. Kecewanya memang bukan kepalang. Banyak juga file2 p & c company dalam tu. Sedih sangat-sangat.

Ahad ini insya Allah aku sambut hari lahir aku ke 18 lagi 26. Hah. Merangkak-rangkak sekalipun, dah hampir 26 tahun rupanya aku masih diberi nafas untuk terus bernyawa di sini. Masih dianugerahkan hati untuk terus merasai nikmatNya, dan masih sempurna deria-deria kurniaanNya untuk terus aku syukuri hidup ini.

Aku sekarang sebenarnya rindu nak ke Mid Valley. Entahlah, MPH Mid Valley rasanya dah lama benar aku tak jenguk. Dulu aku boleh habiskan sehari suntuk kat situ. Aku baca Harry Potter edisi The Goblet Of Fire pun kat situ dulu. Yelah, masa tu baru-baru keluar dari kepompong. Berkerja pun belum. Jadi masa aku banyak dihabiskan di MPH atau Kino di KLCC tu. Nak beli buku mahal-mahal belum mampu, jadi terpaksalah curi peluang menimba ilmu kat situ. Sanggup berlapar demi nak habiskan buku di tangan. Curi-curi keluar sekejap cuma untuk ke toilet dan ke surau. Bersyukur juga kerana masih dapat membaca dan diberi ilmu percuma di situ. Hidup semua kedai buku! Hehehe...

Dan kerana rindu itu jugalah aku nekad nak habiskan sehari suntuk di sana Ahad ini.. Insya Allah. Aku ingat aku nak ke sana pagi esok, awal-awal sebab kalau lambat parking susah nak dapat. Belum pasti aku sorang-sorang atau ada kawan yang sudi nak temankan. :) Tapi kalau dengan kawan, nanti kesian pulak kalau2 dia bosan lama sangat kat sana nanti. Mungkin aku patut pergi sorang-sorang. :) Tempat ramai orang aku berani.

(Aku ada habit suka sambut birthday sorang-sorang. Best!)