Monday, September 27, 2004

Still at the office.
Still stressed out.
Still losing temper.
Still hurting deeply.
Still need more time.
Still thinking hopelessly.
Still irritatingly depressed.
Still desperately wishing for new job.

Thank you dear friends, for being there when I need you guys the most. Love you.

And still to update. My pc was in the hospital now and still feeling guilty of using this colleague's. Will update more when I got mine back. And even this horrifying workloads does not permit me to update now.

Aargh.

Friday, September 24, 2004

To: Tita
Subject: The Morpholinguistics

I know I wont get the job the moment he asked me "What are the fill in for linguistics studies?" Hahhaha. And I was like "Sorry?" Ok, b4 that dia ada la tanya pasal background aku.. kerja sekarang apa semua..

Seriously, I don't know what I answered. Aku tak tau apa aku jawab ler. hehe. I've been leaving lingustics since wat.. 2001? and now he's asking about syntaxlah, semantics la apa lah.. hahaha.. for sure ler aku blur. And he said..

"You are a Linguistic student, u supposed to know all that"
and I said,"yeah, but i seriously can't remember."
"Its because you didn't practise your knowledge." Peergh. Strike one.

Aku dah panic ko tau.. yelah, tanya aku syntax apa, syllable apa, siap suruh bagi example, Terpinga2 aku. Defination boleh la aku bagi tapi kalau tanya "What is morpholinguistics?" ko rasa aku boleh jawab ke? Boleh kerr??? Best kan soalan dia? Aku terpk gak, dia ni nak suruh aku ngajor english ke ajar linguistic kat budak2 tu? Aku memang ler suka linguistics dulu, but does that mean I have to remember all the details?

he said sarcastically "u also dont know?"
u know what I answered back? I said "Its not that I don't know, its i cant remember."

Aku x letak high hopes pun pegi tadi, just for the sake of trying my luck. So lantak la, at least I tries my best. Aku gi interview jd lecturer dulu2, tapi tak pernah pulak kena tanya soalan camtu. ehhehee. Dia siap tanya "What's the different between 'dear' and 'deer'. What you call that? Kalo ko jawab apa?

Bila aku cakap, errr... can't remember. and he said, its HOMOPHONES. Itu pun tak tau? :P Hahaha.. see.. I thought its got sumthin to do with phonetics. Strike 2. Aku senyum je ler. tapi rasa bodoh giler la jugak.. hehee. Then dia tanya apa aku tau pasal Un***l. Aku ingat nak jawab aku try masuk website Un***l tapi tak dapat but instead aku jawab ler apa2 yang aku boleh pk. hehe.. and i laugh all the way through the interview.

The best part, dia tanya what kind of music d'you listen to? I said I listen to Afdlin Shauki. And he said he don't like Afdlin Shauki. At all. He asked me whether I watch Ah-Ha, aku jawab sometimes. Then he said do u laugh at those jokes? I said not really. And he said its slapstic and he NOT like it. And then I said I still love his music.

Cuma aku tak cakap la aku gila kat Afdlin Shauki tu.. aku tak cakap la aku ada semua cd dia, aku tengok semua cerita dia etc.. and actually, I kinda like Ah-Ha. No matter what other people think hehehehe. And I did laugh at all Ah-Ha jokes. :P Tapi malas nak argue dengan dia. Karang kelain plak. Aku cakap kat dia, "we have different taste". dia tak cakap apa. sebab lepas tu aku bantai gelak.

Aku nak tergelak sebab masa dia cakap dia tak suka tu dia cakap "I not like it" And I was like.. whooooaaaah! "I NOT like it?" He'd asking me all those stupid morpholinguistics sord of things and he himself made that simple tense punya mistake. Hehehe. Kelakar la kan.

He even asked me to tell him why they should hire me coz he said I have good future in N*z*. Ya rite. I said because I want to teach and willing to learn new things. Plus i said I just love to talk. Hehehe. That was supposed to be a joke but I think he kinda take it seriously. hehe. Bla-bla-bla- bla-bla.. aku berenti cakap. :)

But towards the end, I said that I may not have the right experience to teach, but I just know I can do it, and my experience in corporate world can help and coz I don't want the students to learn just by the book. Its reality outside. And I have the right experience for that! And I said I always see myself as a lecturer and how I got offer to be a lecturer b4 but rejected it coz think that I dont have enough experience to teach. Now I think i'm ready to move on and continue from where I left. Hehe.

I kinda said that confidently. And kinda like my answer too. Anyway, what the heck. Still need to fill in the given form and send to them next week. And guess wat, I was just been told that if I was selected, i still need to attend a formal interview with the rest of the Un***l big bosses. Kira hari ni macam sesi berkenalan je la. Hah! Another morpholinguistical interview i guess! hee. And also been told by one of the lecturers that normally, it was not this hard. She's also surprised bila aku cerita yang aku dapat soalan camtu. hahaha.

Anyway, I still think I've done my best, and proud of my answers in the interview. No matter wat. And I still love Afdlin Shauki!!

Wish me luck dear.

Thursday, September 23, 2004

To: Tita

Subject: ellop!


A'kum.

Sorry not being able 2 reply your sms. Yes dear, its Syaer's best-day today and her no is 012 20*6**9. Sori jugak baru kasi, aku baru teringat. Soorrrryyyy.. banyak giler keje aku pending sampai aku dah tak tau nak buat mana satu. *Sigh*

Dont tell anyone but I have interview tomorrow. Believe me when I said, its got something to do with lec--tueee- ri---ng. Decided to try that one tomorrow. Interview kat U****l. Uni*ers*t* In*u*t*i S*lan*or at Sh*h Al*m - just around the corner je la. Still not sure whether I really2 want the job or not... but heck its worth a try kan. Also been thinkin of furthering my studies again, been surveying here and there and most probably further kat sini je kot... kalau takde orang sponsor budget ler....and perhaps lecturin job can help to get sponsors.

Okla, mak aku yang sibuk tanya bila lagi nak further coz I once slipped to her that I still want 2 do my masters deg. eheh. Bila dia tanya bila, aku cakap tahun depan. Hehe. (haven't u notice that I always answer any "Bila" question with "Tahun depan"?) She's high hopes on me coz Kak Yong and Nahar memang x nak sambung lagi dah. Hmm..Maybe its also a way to -professionally avoiding "Bila nak kawin" question from everybody as I can always say "Oh-saya tak habis belajar lagi" ok tak?

Anyway whaddaya think?

Will give you the outcome tomorrow. The interview will be at 8.30. Wish me luck!

P/S: Just able to read Elin's and Rafthah's blogs. Dengan gambar kita ambil dengan elin tu sekali ada.. heheh.. Tapi gambar tu aku x suka sangat coz aku nampak hitam giler. Ye la, ko ngan elin kan spesis cerah-cerah... ;P

But yet to leave a note la. I'll try to leave a note or two for them tomorrow. :)

Chiaw.


*edited version.

Wednesday, September 22, 2004

Orang kata kalau asyik garu-garu tangan kanan, itu tandanya nak rezeki nak masuk.
Tangan kanan aku tak menggaru-garu pun. Agaknya sebab tu aku masih sesak sekarang.

Orang kata kalau tergigit lidah, itu tandanya ada orang mengumpat pasal kita.
Lidah aku pun dah lama tak tergigit. Selalu kena ulser yang banyak. Agaknya itu tanda orang bukan mengumpat tapi mengutuk.

Orang kata kalau makan pisang kembar, itu tandanya nanti dapat anak kembar.
Aku suka makan pisang kembar. Telur kembar pun suka. Sebab walaupun aku ambil satu pun equals to 2. Hehe.

Orang kata kalau ada rama-rama masuk rumah, itu tandanya ada tetamu nak datang.
Rama-rama pun tak pernah masuk rumah sewa aku kat sini. Kucing ada la.

Orang kata kalau rama-rama tu singgah dekat seseorang, itu tandanya tetamu tu nak jumpa dia.
Dan kucing tu selalu nak mengendeng dekat aku walaupun aku tak suka.

Orang kata kalau mata bergerak-gerak, itu tandanya nak jumpa orang yang dah lama tak jumpa.
Mata aku pun dah lama tak berkedip-kedip atau bergerak-gerak, agaknya sebab dah tak ada orang nak jumpa aku.

Orang kata kalau ada tersedak masa makan, itu tandanya ada orang cakap pasal kita.
Kalau tak nak tersedak, baca Bismillah. Baca doa makan.

Orang kata kalau terkena duri mawar, itu tandanya nak jatuh cinta.
Aku pernah terkena duri mawar sekali. Masa tu masih pegang title 'gadis penjual bunga' di gerai yang letaknya di sebelah Jambatan Gantung Diri kat Kuliyyah of Economics (or Suicidal Bridge as we call it).Tempat cuci mata juga. Terluka jari waktu cuba bersihkan duri mawar yang dipilih untuk request dari pelanggan. Berdarah. "Ahh.. kau nak jatuh cinta ni..!" Seorang teman berseloroh tiba-tiba. Tergamam aku. Hehe. Tapi sayangnya aku cuma jatuh tergolek setahun selepas tu. Hehe.

Orang kata kalau jatuh bulu mata, itu tandanya ada orang rindu.
Bulu mata aku jatuh tadi. Ada lagi kat sebelah keybord atas meja ni. Dah lama juga tak gugur dari kelopak mata. Jatuh-jatuh terus landing atas meja. Orang jauh tu. Siapa ya?

Dulu aku seperti mahu percaya semua kepercayaan tahyul ni. Aku nak percaya kalau-kalau rezeki aku masuk bergolek saat-saat aku tengah sesak tiap kali aku garu tangan kanan aku.. Aku nak percaya bila rama-rama datang hinggap dekat aku itu tandanya ada orang kepingin mau jumpa sama ako. Hehe. Aku juga nak percaya bila terluka dihiris duri mawar itu tandanya cinta aku nak nak sampai. Dan aku sungguh nak percaya tiap kali gugurnya sehelai penghias di kelopak mata ini tandanya masih ada yang mahu merindui aku.

Dah hilang. Bulu mata aku yang jatuh tadi dah hilang. Dah tak ada atas meja sebelah keyboard ni. Di bawa angin dari hujan luar kot.

Tuesday, September 21, 2004

miyyah : Aku dah balik masa ko bagi msg semalam. pagi ni dah datang balik aah.. heheheh..!
Ms. S : hmm..ye lah tu...
Ms. S : terkezut aku...
Ms. S : ko sihat???
Ms. S : jgn kuat keje sgt..nanti sakit susah
miyyah : aku baru habis meeting semalam..
miyyah : kul 6.30 baru abis.. nak buat keje sket dekat 7.30 gak baru balik
Ms. S : ler....
Ms. S : ko sihat???
Ms. S : susah jadi org kuat bos ni..
miyyah : sihat...
miyyah : aku lupa nak cakap.. aku dah dapat anak buah no. 2 on 31st August lepas
miyyah : Hehhe... baby boy..
miyyah : named Ahmad Afiq Najmi
Ms. S : mak oi..panjangnyer nama dia..
Ms. S : mesti susah nak isi kertas jawapan spm nanti.....
Ms. S : anyway, congratulate to the auntie..
miyyah : Senang je.. nama penuh dia Ahmad Afiq Najmi bin Ahmad. Heheh. Nama bapak dia pendek takpe
miyyah : Lagi panjang nama aku... ehhehehehe
Ms. S : hmmm..ye lah tu...
Ms. S : sian husband ko nanti...jgn tak cukup nafas dah nak jawab nikah nanti..
miyyah : sebut senang.... takpe.
Ms. S : ye lah tu...
Ms. S : ko dah breakfast?
miyyah : dah.. makan biskut kat umah.
Ms. S : ler..mana lah nak sihat
Ms. S : ko teringin nak jadi lecturer tak???
Ms. S : kalau nak, try lah hantar resume ke sini
miyyah : lecturer? ngajor apa? Bahasa Arab? Hhehehe
miyyah : Banyak kosong ke?
Ms. S : giler apa....
Ms. S : bahasa arab tu apa pun depa tak tau
Ms. S : enshlish la
Ms. S : english
Ms. S : yg tu aku tak sure..tapi aku tau depa org baru..sebab studewnts makin ramai
miyyah : berapa diorang biasa bagi aaa? full time/ part time ada ke?
Ms. S : ada..dua dua ada....
miyyah : sebab kalo boleh dapat better offer ke.. ok gak..
Ms. S : gaji..campur allowance sume, adalah dlm RM****
miyyah : part time berapa?
Ms. S : RM50 sejam
miyyah : waah.. ok la tu
miyyah : nanti aku kasi ko resume. Ko nakby hand ke ko nak aku email je?
miyyah : Atau by pos
miyyah : Or by fax
miyyah : Or by merpati
miyyah : ehhehe
Ms. S : by hand la...
Ms. S : tapi part time aku taK LEH janji tau
Ms. S : sebab kalau depa dapat full timer, depa tak ambik lah part timer
miyyah : Tak kesah lee.. full time pun ok gak.. RM**** tu campur allowance.. basic berapa aa?
miyyah : ko kasi ler address n nama person in charge.. aku nak buat cover letter nanti..
Ms. S : RM****++
Ms. S : aku pun tak ingat..
Ms. S : sekarang gaji ko brape???
Ms. S : nanti aku tanya boss aku..
miyyah : lebih kurang je.. RM****++ gak ler
Ms. S : tak silap aku, dia nak jumpa ko dulu n interview dulu skit2....
miyyah : kalo aku mintak lebih bleh tak agak? aku letak ler 3-4K ke hehhehehe.. nanti lepas negotiate turun ler..
miyyah : hahahaaha.. :P
Ms. S : ko jgn buat lawak....
miyyah : hahahahahahahah
Ms. S : aku takut depa tak panggil interview terus...
miyyah : yela.. aku tak buat lawak depan diorang..
Ms. S : giler..
Ms. S : ni boss dah ada ke belum ni?
miyyah : bos aku gi Labuan. Lusa balik sini pastu gi Johor plak.. Minggu ni aku merdeka.. hehehe
Ms. S : ler..srious buat lawak ko ni....
Ms. S : ko betul ke nak apply ni??
miyyah : jadi kalo nak paggil interview minggu ni pun bleh
miyyah : hehehe.. cabut kejap bos takde takpe.. member boleh cover line
Ms. S : kalu nak, nanti aku cakap kat boss aku..boleh ko datang jumpa dia...
Ms. S : ha..ok..sat lagi aku tanya dia....
Ms. S : apa apa, will get back to you..k?
Ms. S : ok
miyyah : betull laa.. aku apply dulu. Gi interview dulu. Dapat tidak belakang kira
Ms. S : ok
Ms. S : nanti will get back to u..
Ms. S : aku ada kelas ni......c u later....ciao
miyyah : ok. aku pun nak gi toilet ni. bye!

*selepas diedit.

1stly, aku lupa nak bagitau nama anak buah aku. Hehehe. Ahmad Afiq Najmi. Dah dekat sama dengan nama aku tu… best! Best!

2nd, yes, I’m willing to try for the post. Oklah, not wholeheartedly, but its worth a try kan? Dapat part time lagi baguih..

3rd, I know I have the first hand experience, and with the right attitude some more wat. Hehe (I need to be confident!) Need to negotiate for better pay.

4th, aku cakap je lebih tapi aku takkan ponteng punya… gilo ko apo? Aku tak jahat tahap dewa sampai camtu lagi.

5th, aku betul2 merdeka this week. Aman nak buat kerja tanpa gangguan mental. Tolongla boss, selalu la outstation… :P

Monday, September 20, 2004

Cuba teka apa jadi kat aku semalam?

Aku sesat masa nak cari jalan gi Serdang semalam. Aku sesat masa nak pergi ambil Tita kat komuter Serdang. Sesat lagi masa berpusing-pusing kat UPM cari Elin (congrats dear!) n Rafthah. Khilfi was really cuteeeeeeeeeeeeee!!! Geram giler. Sesat lagi masa nak hantar Rafthah ke komuter Serdang.

End up hantar pompuan tu kat LRT Universiti (hheeheheh... jauh tu..!) On the way, Tita and Rafthah were yelling at each other. Hahaha. Me and Tita proceed to One Utama for our lunch and plan to go to Ikea afterwards. Terpaksa pusing-pusing cari parking kat OU sampai haf hour pun tak dapat-dapat. Penat giler & kaki aku kejang giler lama dok berasap dalam kereta tuu..! (Manualll plak tuu!!)

Tita changed plan again. Really upset with her this time. Just because that E***s, she's abandoning me!! Yes! Me! Aaargghhh! End up leaving Tita at the main entrance and left to Puchong. Really-really-really-REALLY mad at her. Terasa giler. And there goes our so-called plan to window shop at IKEA. I really hate that guy! And the best part.. aku langgar bontot kereta orang....!! Diulang. Aku langgar bontot kereta orang. Diulang lagi.

AKU LANGGAR BONTOT KERETA ORANG!!!!!

Waaaaaaaaaaaaa!!Kat u-turn One Utama tu ler kena. Aku tak perasan kereta tu berenti kat tengah uturn tu.. sempat brek, tapi sempat jugak cium kereta orang. :( Bumper kereta aku dah senget sebelah.. bumper kereta Chinese guy tu longgar n scratch je kot coz he stopped for a while, geleng-geleng dan jeling-jeling kepala kat aku and then just took off. So selamat la kejap coz dia tak mintak apa-apa. Risau sebab aku sorang-sorang masa tu. Nak nangis rasanya. Ok la, dulu aku cium sikit je, kali ni terlanggar teruk.. adusss.. nasib baik tak kemek apa-apa.. :( sedih giler. Dahlah tengah kopak giler.

Petang Afiqah merengek ajak pergi jalan-jalan. Bawak Afiqah gi jalan kat OTK. Happy dia. Sejuk sikit angin aku. Malam Tita sms, apologize. Accept her apologies. Just one advice for her.. GET RID OF HIM, TA. I MEAN.. REALLY GET RID OF HIM. FAST. Dan lena dengan kepala yang sarat pikir budget yang dah lari gila2. Adusss.. sakit kepala betul.

Dan cuba teka apa jadi hari ni? Worse.

Tengah drive nak gi kerja Nahar send sms, saying she need some financial injection coz nak siapkan project dia. Nak nangis jap. I really wish I could help, but I'm really broke! And today's only the 20th. Aaarghh!! Sampai ofis bos bising. Boss bad mood giler so everybody memang ena. Aku lagi teruk ler. Pagi-pagi dah kena torture. Urrrghhh!!! Sakit kepala dari pagi sampai petang coz pk mana nak save budget.. aduusss.. Nak kena repair bumper. Tukar timing belt kereta yang dah nak haus. Tukar tayar. Nak hantar duit kat Nahar. Duit installment kereta. Waaaaaaaaaa!! Sampai esok pun tak habis list aku. Petang meeting lagi. Menyampah giler. Bosan. Aku tido dalam meeting lagi.

And now is 7++ pm,.... and I'm still in the office.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Moral of the story: Sabar itu separuh dari iman. (I'm sssooo damn upset so tulisan tunggang langgang)

Saturday, September 18, 2004

Dear Editor:

I'm sorry but I would like to challenge some of your malay male readers. I am a White female who is engaged to a Malay male-good-looking, educated and loving. I just don't understand a lot of Malay female's attitudes about our relationship. My man decided he wanted me because the pickings amongst Malay women were slim to none. As he said they were either too fat, too loud, too mean, too argumentative, too needy, too materialistic or carrying too much excess baggage.

Before I became engaged, whenever I went out I was constantly approached by Malay men, willing to wine and dine me and give me the world. If Malay women are so up in arms about us being with their men, why don't they look at themselves and make some changes. I am tired of the dirty looks I get and snide remarks when we're out in public.

I would like to hear from some Malay men about why we are so appealing and coveted by them. Bryant Gumbel just left his wife of, 26 years for one of us. Charles Barkley, Scottie Pippen, the model Tyson Beckford, Montell Williams, Quincy Jones, James Earl Jones, Harry Belafonte, sydney Poitier, Kofi Anan, Cuba Gooding Jr., Don Cornelius, Berry Gordy, Billy Blanks, Larry Fishburne, Wesley Snipes, ...I could go on and on. But, right now, I'm a little angry and that is why I wrote this so hurriedly. Don't be mad with us White women because so many of your men want us. Get your acts together and learn from us and we may lead you to treat your men better. If I'm wrong, Malay men, let me know.

Disgusted White Girl, Somewhere in Bangsar.

This letter was written in response to the article:

Dear Editor:

I would like to respond to the letter written by A Disgusted White Girl. Let me start by saying that I am a 28-year old Malay man. I graduated from one of the most prestigious universities in England with a Masters Of Science Degree in Business Management. I have a good job at a Multinational Corporation and have recently purchased a house and a brand new non-national car. So, I consider myself to be among the ranks of successful Malay men. I will not use my precious time to slander white people. I just want to set the record straight of why Malay men date white women. Back in the day, one of the biggest reasons why Malay men dated white women was because they were considered easy.

The Malay girls in my neighborhood were raised traditionally. They were very strict about when they lost their virginity and who they lost it to. Because of our impatience to wait, brothers would look for someone who would give it up easy without too much hassle. So, they turned to the white girls. Nowadays, in my opinion, a lot of Malay males date white women because they are docile and easy to control. A lot of Malay men, because of insecurities, fears, and overall weaknesses, have become intimidated by the strength of our Malay women. We are afraid that our woman will be more successful than us, make more money than us, drive nicer cars and own bigger houses.

Because of this fear, many Malay men look for a more docile woman. Someone we can control. I have talked to numerous Malay men and they continuously comment on how easy it is to control and walk over their white women. I just want to set the record straight. I want A Disgusted White Girl to know that not all successful Malay men date white women. Non-Whites like Ahmad Rashad, Denzel Washington, Michael Jordan, Morris Chestn!ut, Will Smith, Blair Underwood, Kenneth "Babyface" Edmonds, Samuel L. Jackson, and Chris Rock all married strong Non-White women.

And, to flip the script, there are numerous white men, in and out of the spot light, who openly or secretly desire Non-White women over white women. Ted Danson, Robert DeNiro, and David Bowie to name a few. I just don't want a disgusted white girl to be misinformed. Stop thinking that because you are white that you are some type of goddess. Remember, when Non-White Egyptian Queens like Hatsepshut and Nitorcris were ruling dynasties and armies of men in Egypt, you were over in the caves of Europe eating raw meat and beating each other over the head with clubs.

Read your history! It was the Non-White woman that taught you how to cook and season your food. It was the Non-White woman that taught you how to raise your children. It was Non-White women who were breastfeeding and raising your ! babies during slavery.

It is the Non-White woman that had to endure watching their fathers, husbands, and children beaten, killed, and thrown in jail. Malay women were born with two strikes against them: being Non-White and being a woman. And, through all this, Still They Rise! It is because of the Malay women's strength, elegance, power, love and beauty that I could never date anyone except my Malay Queen. It is not just the outer beauty that captivates and draws me to them. It is not the fact that they come in all shapes, sizes, colors and shades that I love them. Their inner beauty is what I find most appealing about Malay women. Their strong spirit, loving and nurturing souls, their integrity, their ability to overcome great obstacles, their willingness to stand for what they believe in, and their determination to succeed and reach their highest potential while enduring great pain and suffering is why I have fallen in love with Malay women.


I honestly believe that your anger is geared more toward jealousy and envy than snotty looks. If this were not so, then why do you continuously go to tanning salons to darken your skin? If you are so proud to be White, then why don't you just be happy with your pale skin? Why do you continue to inject your lips, hips, and breasts with unnatural and dangerous substances so you can look fuller and more voluptuous? I think that your anger is really a result of you wanting to have what the Non-White woman has.

BOTTOM LINE: If I were looking for a docile woman, someone I can walk over and control, I would give you a call. But, unfortunately, I am looking for a Virtuous Woman. Someone that can be a good wife and mother to my children. Someone who can be my best friend and understands my struggles. I am looking for a soul mate and; unfortunately, you do not and CANNOT fit the bill. No offense taken, none given.

Signed,
Malay Professional


*The article was taken from Eisya's blog. :)

Friday, September 17, 2004

Artikel ni aku dapat daripada forward mail seorang kawan karib. Ayatnya pendek-pendek, mungkin nak bagi point2 penting je. Aku tak pasti sama ada penulis sebenar artikel ni lelaki atau perempuan. Kalau ada kesilapan perkataan atau bahasa.. awal-awal aku mohon maaf. Cuma nak berkongsi cerita yang tak seberapa… dan juga nak semua orang tahu bahawa aku bersyukur dilahirkan sebagai wanita Islam… kerana bagi aku tempat wanita dalam Islam amat dimuliakan...

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI:
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Thursday, September 16, 2004

Dulu masa aku mula-mula masuk kerja kemudian terpaksa berpindah randah dari Petaling Jaya ke Klang, cuma ada 2 perempuan masa tu. Aku dan Yati. Yang lain semuanya lelaki. Jadi barang-barang yang berat-berat seperti meja, almari dan barang-barang besi semuanya mereka yang angkat. Aku nak tolong, tapi ditolak ke tepi. Mereka suruh aku angkat fail-fail dan alat tulis sahaja.

Bila aku mula angkat cpu komputer bawak masuk dalam kereta, seorang kawan lelaki seofis aku masa tu menegur. Kagum gila dia katanya. Kononnya aku cukup kuat nak angkut cpu komputer tu.. sebab katanya itu kerja lelaki. Bila sampai di Klang, aku angkat cpu yang sama naik ke ofis baru (yang sekarang) di tingkat 3. Monitor juga. Ofis sekarang memang tak ada lif. Memang semputlah jugak. Tapi alhamdulillah, tak ada apa-apa. Sekali lagi kawan-kawan lelaki seofis tu kagum. Katanya aku gagah juga. Angkat almari kecil masuk dalam ofis pun dia cakap aku kuat. Tolong angkat meja ramai-ramai pun diorang cakap aku gagah. Masa tu aku betul-betul rasa pelik.

Aku pelik sebab itu kali pertama aku dengar orang cakap kat aku macam tu. Aku pelik sebab aku cuma angkat cpu yang tak seberat mana. Angkat almari yang tak sebesar mana dan angkat meja yang ada 4-5 orang lagi angkat sama. Aku pelik sebab sebelum ni aku angkat mengangkat angkut mengangkut juga tapi tak pernah kena tegur macam tu.

Lama-lama bekerja satu ofis dengan mereka aku mula faham. Bagi mereka perempuan ni memang tak setaraf dengan lelaki. Perempuan ni lemah, tak kuat dan mesti bergantung pada lelaki kalau nak buat apa-apa kerja berat. Aku memang tak selesa juga sebenarnya. Sebab aku dah terbiasa buat apa-apa kerja sendirian berhad. Angkat barang-barang bukan kerja berat. Tapi untuk mereka, perempuan hanya boleh angkat benda-benda ringan. Angkat kertas. Atau pensel.Yelah, kononnya perempuan ni kan lemah... hmm. Pantang betul aku.

Aku dah terbiasa buat apa-apa sendirian berhad. Masa di hostel UIA dulu berapa kali turun naik tangga tingkat 3 dan 5 angkut barang-barang masa pindah bilik. Atau masa bawak turun naik cpu & monitor masa pc ku rosak dan perlu diservis dulu. Di rumah pun kami dah terbiasa buat apa-apa sendiri. Dari kecil kami diajar berdikari, jadi takdelah nak mengharapkan orang lain. Diajar untuk tak perlu bergantung yang terlampau pada lelaki. Angkat meja-kerusi-almari semuanya kami (aku, mak dan kakak) yang buat sendiri. Tong gas, tong air dan segala tong lain pun aku dah biasa angkat. Cuma bila dah tak terdaya kudrat baru minta tolong ayah atau adik-adik lelaki. Yelah, aku pun mengaku, kudrat kaum hawa ni kuat manalah sangat.

Dan bila sekarang, aku dikelilingi oleh mereka-mereka yang kurang percaya pada kebolehan perempuan. Ada sesetengah tu memang memandang rendah pada manusia-manusia seperti aku. Perempuan memang tak boleh angkat benda-benda berat sebab perempuan ni lemah. Perempuan kalau memandu kereta mesti lembab giler. Tempat perempuan cuma di dapur seharusnya, bukan di ofis. Kalau kerja ofis pun, perempuan tak boleh buat kerja luar dan memang sepatutnya jadi penunggu pejabat aje. Ada sesetengah yang memang tak percaya yang perempuan boleh buat apa yang lelaki boleh buat. Ambil memandu sebagai contoh. Aku dah 3 tahun memandu, 2 tahun lesen P dan dah setahun dapat lesen penuh, dan dah memandu sampai ke mana-mana dah. Aku tak boleh cakap aku cekap, sebab pemandu F1 pun boleh accident. Tapi cukup aku yakin dengan skil memandu aku. Alhamdulillah, aku belum pernah terlibat dengan apa-apa yang tak baik. Tapi bila nak pergi mana-mana, mereka lebih suka lelaki yang memandu. Walau lelaki tu baru dapat lesen P. Atau baru dapat lesen penuh. Sebab according to them, lelaki memandu jauh lebih baik dari perempuan.

Diskriminasi ni dah 2 tahun aku lalui. Sepanjang 2 tahun bekerja di sini, dah macam-macam diskriminasi gender yang aku jumpa. Kadang-kadang geram jugak. Aku plak spesis degil, dan bila aku mula nak melawan arus, mereka sinis pada aku. Bukan senang nak tukarkan mentaliti orang ni. Tapi sampai sekarang aku sebenarnya masih berusaha nak letakkan tukar diskriminasi ini di sini. Bukan nak buat orang kagum, cuma sekadar mahu mereka bukak mata yang perempuan bukan selemah yang mereka sangka.

Kenapa tiba-tiba aku rasa semejak dua menjak ni aku berbaur feminis?

Wednesday, September 15, 2004

Got this from one of the forwarded mails by my friends...enjoy!

Young King Arthur was ambushed and imprisoned by the monarch of a neighboring kingdom. The monarch could have killed him but was moved by Arthur's youth and ideals. So the monarch offered him freedom, as long as he could answer a very difficult question. Arthur would have a year to figure out the answer; if after a year, he still had no answer, he would be put to death.

The question: What do women really want?

Such a question would perplex even the most knowledgeable man, and to young Arthur, it seemed an impossible query. But since it was better than death, he accepted the monarch's proposition to have an answer by year's end.

He returned to his kingdom and began to poll everybody: the princess, the priests, the wise men, the court jester. He spoke with everyone, but no one could give him a satisfactory answer. Many people advised him to consult the old witch, only she would know the answer. The price would be high; the witch was famous throughout the kingdom for the exorbitant prices she charged.

The last day of the year arrived and Arthur had no alternative but to talk to the witch. She agreed to answer his question, but he'd have to accept her price first: The old witch wanted to marry Gawain, the most noble of the Knights of the Round Table and Arthur's closest friend!

Young Arthur was horrified. She was hunchbacked and hideous, had only one tooth, smelled like sewage, made obscene noises, etc. He had never encountered such a repugnant creature.He refused to force his friend to marry her and have to endure such a burden. Gawain, upon learning of the proposal, spoke with Arthur.

He told him that nothing was too big a sacrifice compared to Arthur's life and the preservation of the Round Table. Hence, their wedding was proclaimed, and the witch answered Arthur's question thus:

What a woman really wants is to be in charge of her own life.

Everyone instantly knew that the witch had uttered a great truth and that Arthur's life would be spared. And so it was. The neighboring monarch granted Arthur total freedom. What a wedding Gawain and the witch had! Arthur was torn between relief and anguish. Gawain was proper as always, gentle and courteous. The old witch put her worst manners on display, and generally made everyone very uncomfortable.

The honeymoon hour approached. Gawain, steeling himself for a horrific experience, entered the bedroom. But what a sight awaited him! The most beautiful woman he'd ever seen lay before him! The astounded Gawain asked what had happened.

The beauty replied that since he had been so kind to her when she'd appeared as a witch, she would henceforth be her horrible, deformed self half the time, and the other half, she would be her beautiful maiden self.

Which would he want her to be during the day, and which during the night?

What a cruel question! Gawain pondered his predicament. During the day, a beautiful woman to show off to his friends, but at night, in the privacy of his home, an old witch? Or would he prefer having by day a hideous witch, but by night a beautiful woman with whom to enjoy many intimate moments?

What would you do?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
What Noble Gawain replied was that he would let her choose for herself.

Upon hearing this, she announced that she would be beautiful all the time because he had respected her enough to let her be in charge of her own life. What is the moral of this story?

The moral is:
If your woman doesn't get her own way,
things are going to get ugly.

(Author Unknown.)

Tuesday, September 14, 2004

Just read Arni's view on what I just wrote (read her 6th Sept entry). :) Macam co-incidence la pulak. Coz this is my first time bumping into her blog... hehehe. Nice writing she got there.

Hmm..Guess the question "Bila Lagi" tu will always be there laa.. hehehe. Thanks Arni, for lighten me up a bit!
“Saya tidak fikirkan sangat pasal cinta atau teman lelaki. Saya hairan kerana ada kawan saya yang memang memerlukan lelaki dalam hidupnya. Kadangkala mereka juga hairan melihat saya bersendirian. Saya memang berdikari. Saya tidak mahu ada teman lelaki hanya kerana orang lain ada atau kononnya mencari makna kehidupan dengan adanya lelaki. Tak mengapalah kalau macam tu,” - Maya Karin

"Saya tak mahu kawin ada boyfriend semata-mata kerana orang lain kawin ada boyfriend. -Miyyah Karin.


Go Maya Karin! Hehehe. Mungkin aku patut consider jawapan itu juga untuk soalan wajib "Bila nak kawin" untuk aku tu. Dah bosan tahap maksimum dah ni. Kalau ikutkan ayat kurang ajar, nak je aku cakap "Yang sibuk apsal?" tapi aku dibesarkan dengan adab sopan jadi normalnya aku cuma senyum je lah.

"Orang ni dah kawin... bla bla bla.. orang tu dah nak kawin... bla bla bla.. orang tu dah nak bertunang.. bla bla bla.. awak bila lagi?" Aku tak kisah kalau ayat info panjang-panjang diumumkan pada aku. Aku tumpang happy untuk diorang. Aku excited nak pergi kenduri diorang. Tapi bila masuk ayat yang kedua "Awak bila lagi" tu yang aku cukup bosan. Macam dah takde ayat lain dalam dunia. Asyik-asyik tanya bila aku nak buangkan title Ms. kat depan nama aku. Bosan tau tak. Bosan mendengar dan bosan menjawab.

Maaf. Aku tak cemburukan mereka. Jodoh mereka dah sampai dan aku tumpang bahagia. Jodoh aku belum sampai dan that's it. nak suruh aku cakap apa lagi? Aku bukan tertekan sebab aku tak kawin lagi. Aku bukan kisah pun kalau saudara-saudara sebaya aku semua dah kawin kecuali aku. Aku cuma tension sebab aku tak kisah, mak ayah aku tak tanya (atau mungkin tak sanggup tanya), tapi orang lain yang terlebih rajin nak bersoal jawab...

Aku nak tanya. Mesti ke aku kawin sebab orang lain dah kawin? Wajib ke aku ada boyfriend sebab orang lain dah ada? Kalau aku tak ada semua tu lagi salah ke? Tak bahagia ke aku sekarang? Tak happy ke? Aku menangis hari-hari ke? Salah ke kalau aku masih bahagia macam ni? Sendirian. Salah ke kalau hati aku belum terbuka untuk sesiapa? Salah ke? Atau aku perlu terima siapa saja yang melintas di hadapan mata untuk gembirakan semua orang walau bukan diri sendiri?

Aku bukan nak hidup untuk orang lain. Aku nak bahagia untuk aku. Hidup aku. Aku pun punya perasaan. Aku senyum aku ketawa semua tu ingat aku tak pernah ada rasa sedih, kecewa, kecik ati apa semua ke? Allah ciptakan manusia ni dengan penuh kasih sayang. Dianugerahkan juga dengan sentuhan perasaan yang pelbagai. Aku juga mahu bahagia macam orang lain. Mahu hidup damai macam dalam novel cinta. Cuma masanya saja belum tiba. Susah sangat ke nak faham?

Hukumlah aku kalau apa aku rasa ini salah. Maafkan aku kalau apa yang aku buat sekarang merisaukan mereka. Aku minta maaf. Aku tahu mereka pun mengharapkan kegembiraan aku. Aku hormati niat mereka. Dan aku juga harap mereka faham niat aku. Fahamlah yang aku perlu cari diri sendiri dulu sebelum aku cari orang lain! :)

Monday, September 13, 2004

Previous: Puteri Gunung Ledang
Current: Eiffel... I'm In Love
Next in line: Buai Laju-Laju, The Terminal, The Princess Diaries 2 (kalau cukup budget..hahahaha)
Can't wait for: Baik Punya Cilok, The Bourne Supremacy

Went to watch Eiffel...I'm In Love at Mid Valley yesterday. :)))) Kiut movie.





Spoiler 1: Both Ada Apa Dengan Cinta and Eiffel...I'm In Love are much better than 30 Hari Mencari Cinta. Hahahhaa!

Spoiler 2: Best scene of the movie - When Adit made that 'chicken dance' in his room (Paris) without realizing Tita's watching. Hahahahaha!!! Kiut giler.

Perbezaan antara Eiffel...I'm In Love dan Ada Apa Dengan Cinta...

1. AADC was wayyyy better that EIIL. In terms of storyline la. Dua-dua filem untuk remaja, but I like AADC better. Lebih ada jiwa (or maybe coz its more poetic). EIIL memanggg untuk budak-budak..

2. Tajuk AADC memang sesuai sangat sangat dengan cerita dia, and even maksud dia pun tersirat. Tapi EIIL tak sesuai sanagt. pasal scene kat Eiffel Tower pun sikit je, tu pun masa last-last.

3. I like Cinta's personality more that Tita. Cinta matang, sedangkan watak Tita tersangatlaaahhh kebudak-budakkan. (Tengok plak dengan my best buddy si Tita so we're laughing like mad everytime the other characters kept on referring her as Tita -especially when they minus the 'a' muahhahahaha!!. Bengang je member sebelah!)

4. I like Adit's character than Rangga. Lebih kurang je sebenarnya.. cuma aku bias sket kat Adit kot, pasal dia botak.. Hehehe.. aku memang berkenan betul dengan orang-orang botak ni.. :P

5. AADC buat aku tersentuh jiwa raga dari mula sampai habis, tapi EIIL buat aku ketawa dari awal sampai akhir. Bukan cerita sedih langsung. Banyak gelak je. Then banyak scenes yang macam "Awwh...that's sooo sweet..!"

6. Aku kenal satu tempat je dalam scene AADC Kat Airport.. Tapi dalam EIIL, aku excited giler bila notice few scenes.. and I was like.."Tita!! I know the place!!!" Hehe..

a) Kat Suharto Airport..
Hehehe...tempat mula-mula sampai. The place where the first thing we said was " Oooh.. sinilah tempat Rangga kena kejar dulu tuu..." hahahaha.. jakun!

b) Scene kat shopping complex tu pun, kat escalator..
Tempat kitorang pusing-pusing. Plaza Indonesia. Tak tau la betul ke tak nama dia, tapi tapi tourist guide kitorang la cakap. Dekat hotel kitorang je pasal balik kitorang jalan kaki. Hehehe. Bestnya! Bestnya!

c) And scene dalam kedai souvenir tu.. aku pernah pegi kedai tuu!!!!! Tapi masuk kejap jelah. Aah. Janji pernah pergi. Heheeheh....

Erm.. I miss Jakarta..

Saturday, September 11, 2004

Ini list aku. Tempat-tempat yang selalu aku singgah tiap kali online. Yang aku selalu jengukkan muka, walaupun selalunya tak tinggalkan apa-apa footprints. Hehehe. I'm sharing them with readers of this blog now (as if I have that many readers... hehehe!).

Games/ Entertainment
Minesweepers.org
( click Beginner Time for September- and you'll see my name on top! Click Intermediate Time for August -and you'll get my bro's name at no. 4... I'm addicted to this!)

Neopets
(introduced by my fav. couz, Shakir... hehehe..)

Afdlinshauki
(just to get some cute wallpapers.. tapi nak tunggu update slow ler)

8tv.com
(I loveeee Izham ehehhe...)

Amazing race
(my fav. show of course!)

Blogs
Hafiz
(my bro)

Geng Jurnal
(And I go through the registered blogs there by alphabetical order. Seriously!)

Off The Record
(uuhhh...again, my fav! :) Hehehe.. should read material..)

Friskybun
(nice.. for those who wants different views on life.. heheh!).

Ilham Qalbi
(One of my fav since i start blogging, dunno why)

sultan muzaffar
(for af reviews)

Reality tv
(for reality tv addicts)

Service
yahoo
(my main email account)

hotmail
(my 2nd email account)

excite
(I have accounts more than these 3, but normally I just concentrate on these aje.)

blogger
(to update my blog duuhhh!)

blogskins
(to peek for blog designs)

photobucket
(just found it.. baru berjinak-jinak..!)

netstatistic
(to see who's coming here and visit them back..)

jobstreet
( hehehe.. still hope there's some luck!)

Info/ Others
The star
(another fav of mine!)

E-media
(daily basis)

manutd.com
( a must!)

Quazell
( for ideas in good writing)

islamworld
(got this from my bro)

mesra.net
(for ringtones, recipes etc)

Bukan bermakna yang aku tak listkan tu, aku tak singgah. Aku singgah jugak.. cuma list atas ni kiranya aku selalu jenguk je la.. :) Kalau aku ingat, nanti aku tulis lagi. Selamat berhujung minggu.

Friday, September 10, 2004

Nafas aku tersekat-sekat sekarang. Kerongkong aku seolah-olah ada seketul batu besar yang bermukim, menghalang nafas aku dari bergerak aman seperti biasa. Hidung juga terasa lemas dan hilang deria rasa sementara. Mata sesekali masih berpinar. Dan mulut terasa tawar. Suara merdu aku tiba-tiba bertukar menjadi suara rock hari ni. Adoi. Peritnya tekak! Nak bernafas pun terasa lelah sekejap.

Normallah kalau fikiran aku tak berapa stabil sekarang. Normallah kalau kerja aku tak siap-siap sampai sekarang. Normallah kalau emosi aku longgar sekarang. Dugaan..



Gambar diatas dah lama bermukim dalam pc. (Cheh.. baru belajar upload gambar..!) Dari Oktober tahun lepas lagi. Zaman tu kerja tak banyak. Zaman tu pun zaman renaissance untuk keluar dari penyakit jiwa yang bersarang punya lama. Seteruk hati yang aku lukis tu, seteruk itulah hati aku dulu. Tulisan pun dah berterabur. Lukisan dibuat dengan perasaan dan emosi yang tak berapa stabil. Normallah. Hati sekarang dah mended sikit. Tak ada lagilah lubang peluru besar yang tembus. Cracks keliling hati tu pun dan ok. Bandage pun dah lama bukak. Plaster pun. Tinggal parut je sikit. Itupun aku dah nak buat treatment guna lazer. Hehehhe.

Sebenarnya semalam terbuka (tersengaja sebenarnya) lagi bag yang penuh dengan jurnal-jurnal lama. Walau hati cakap tak nak baca, tapi tangan belek jugak. Mata jeling jugak. Hahahah. Dan aku pun patut bangga dengan diri sendiri, sebab aku boleh baca tanpa perasaan. Hahaha. Takde rasa apa-apa. Terkilan pun takde. Dah tawar hati sangat-sangat kot. :P

Terjumpa gambar-gambar lama zaman kanak-kanak riang dulu. Ketawa tak sudah aku dibuatnya. Terjumpa juga gambar kali pertama aku sarungkan kot (pinjam) zaman belajar dulu. Untuk malam turun takhta dari jawatan dalam persatuan. Bergambar dengan seorang teman karib dan seorang peminat setia. Hehehe.

Tersenyum sekejap aku. Teringat malam tu. Sebelum gambar tu diambil. Peminat setia aku tu punyalah nervous + terharu giler muka dia. Aku pulak yang kagum. Hak hak hak hak hak! Yelah, aku respect dia sebab dia respect aku. Heheh. Tak kiralah walau dia tu peminat setia aku atau walau aku bukan peminat setia dia. Hehehehe. Dah nak kawin dah pun. Ketawa lagi. Semua orang dah nak kawin. Dah kawin pun ramai. Aku je belum. :P

Aku tak berapa stabil lagi ni. jadi entry kali ni macam bercamput-campur je. Aku dah mula gelak lebih-lebih ni. Bahaya. Macam orang mabuk pun ada. Maaflah. Insya Allah esok dah ok kot.. Doakan kesihatan aku.

Thursday, September 09, 2004



"Kanda bertemu cinta di tanah Jawa..." - Hang Tuah

Dan aku pun bertemu cinta pandang pertama di filem Puteri Gunung Ledang semalam. Aku jatuh cinta pada Gusti Puteri Retno Dumillah yang tabah, jatuh kasih pada Hang Tuah yang melankolik dan jatuh hati pada Gusti Adipati Handaya Ningrat yang setia.

Bukan semua orang boleh merasakan cinta pada waktu yang sama. Pun bukan semua orang yang boleh tersentuhkan cinta pada satu cerita. Aku berjumpa luhurnya cinta dalam cerita ini. Aku mencari kisah cinta agung yang diwar-warkan di poster-poster yang tertampal megah di seluruh pelusuk kota, dan aku berjumpanya di filem ini. Pernah terbaca di sebuah akhbar, seorang penulis (pengkritik) menyatakan yang tema cinta agung tidak begitu kuat dan yang lebih terkesan adalah konflik tempelan dalam filem ini. Tidak bagi aku.

Cinta bukan hanya dapat dirasa dalam jiwa dua manusia berlainan jantina. Cinta itu abstrak, dan mampu dizahirkan dalam pelbagai bentuk dan kesan. Cinta kepada Tuhan, cinta kepada negara, cinta kepada perjuangan, kepada kuasa.. semua itu tetap cinta. Dan dari pandangan kecil ini, aku merasakan cinta yang cuba digarapkan dalam filem ini bukan sekadar cinta uda-dara.

(Okey, mungkin aku sedikit tidak selesa dengan tema "Cinta Agung" yang dilaung-laungkan. Kerana bagi aku Cinta Agung hanya satu. Untuk Dia yang Maha Mencipta. Kekok rasanya apabila "Cinta Agung" itu dipakai guna untuk cinta manusia.)

Perhatikan Gusti Adipati yang sanggup berkorban adinda sendiri demi negara dan rakyat tercintanya. Meredah pekat malam menebalkan muka berjumpa Sultan Melaka memohon bantuan. Aku melihat Gusti Adipati sebagai seorang wira di Majapahit, berkorbankan segalanya demi cinta suci pada tanah lahirnya. Dia cuba meminta pengertian yang sama daripada Gusti Puteri, sayang cintanya Gusti Puteri pada Tuahnya lebih dari cinta Gusti Puteri kepada Majapahit.

"Tuah bertarung untuk dirinya, tapi aku bertarung untuk negaraku dan rakyatku.." -Gusti Adipati

Kata-kata Gusti Adipati itu betul-betul kukuh di kepala aku. Pertemuan Hang Tuah dan Gusti Adipati dalam babak pertarungan bukan semata-mata bertarung fizikal. Mereka sama-sama bertarung untuk mempertahankan cinta suci masing-masing. Bertaruhkan Gusti Puteri yang ibaratkan ikon cinta yang perlu direbut, untuk kemenangan masing-masing.

Budaya Melayu adalah budaya halus. Halus pekertinya. Halus tingkahnya. Halus bahasanya. Dan aku sebenarnya sedikit bangga kerana kehalusan bahasa Melayu dipaparkan dengan cukup baik dalam filem ini. Setiap bait kata tersirat seribu makna. Kalau orang Inggeris boleh bangga dengan Old English mereka, seribu kali aku boleh bangga dengan bahasa Melayu klasik aku! Lebih halus, lebih menusuk terus ke kalbu.

"Kanda lupa cinta dinda seagung maya.." - Tuah
"Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?" - Gusti Puteri
"Masih kecil berbanding cinta dinda.." -Tuah
"Tapi kanda ke mari juga.." - Gusti Puteri
"Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga.." - Tuah


Pertama kali aku jatuh cinta dengan sastera Melayu klasik adalah sewaktu membaca buku Hikayat Malim Deman Lebar Daun sewaktu di Tingkatan Satu. Diperkenalkan oleh ayahanda tercinta yang juga cukup menghormati sastera klasik itu. Aku jatuh cinta kerana bahasanya. Kemudian jatuh hati lagi dengan bahasa Usman Awang dalam bait puisi Gadis di Kuburan beliau. Dan mungkin kerana itu jugalah aku jatuh cinta lagi dengan filem ini. Kekuatan filem ini terletak di situ.

Aku juga melihat watak Hang Tuah yang terlalu melankolik semacam ada bau-bau feminism. Berperang dalam diri, antara setianya pada Sultan dan cintanya pada Gusti Puteri. Rusuhan dalam jiwa yang disentap akarnya oleh seorang wanita. Dari seorang wira Melaka yang dihormati, dia tunduk pada kehendak hati sendiri. Pahlawan gagah menentang lautan musuh tetapi lemah di tangan seorang wanita. Gusti Puteri adalah simbol wanita yang tidak lagi hanya mahu akur pada titah lelaki. Lambang wanita tabah dan berani berjuang untuk diri sendiri. Untuk kebebasannya, cintanya, hidupnya. Aku tabik dengan watak ini, kerana dia contoh wanita yang tak pernah putus asa. Yang berdiri kukuh atas keputusan sendiri.. Ada ciri-ciri wanita moden tu. Hidup Gusti Puteri hehehe...!

PGL masih ada kelemahan. Walaupun kecil, masih terkesan di dada filem, dan di hati penonton. Menitip kepada jalan cerita, sebenarnya masih boleh dibangunkan lagi. Watak Demak, Bayan (Mbok), Patih dan Bendahara masih boleh digarap dengan lebih baik. Mungkin lebih kuat jalan ceritanya. Tidak cuma hanya fokuskan pada aksi pertarungan yang agak meleret, atau scene Gusti Puteri mandi yang entah berapa kali.

Cerita yang terlalu lembap juga susah lekat di hati orang. Membuat filem di Malaysia, kalau mahu fikirkan keuntungan, gimik saja tidak cukup. Perlu juga ada jalan cerita yang menarik dan mudah diterima masyarakat. PGL sudah cukup gimiknya, pelakon popular juga ramai, jalan ceritanya sudah ada.. cuma mungkin perlu dikuatkan lagi garapannya agar penonton tidak mudah bosan.

Teman sebelah menyebelah entah berapa kali tersengguk menahan mengantuk. Yang seorang lagi di pertengahan cerita sudah tertidur lena di kerusi. Kasihan. Letih bekerja siang hari agaknya. Keluar dari pawagam, teman itu merungut.."Inilah cerita paling bosan pernah aku tengok..!" Terkilan aku memang ada sedikitlah. Aku tidak salahkan sesiapa. Masing-masing berhak mengeluarkan pendapat. Malaysia ini negara bebas.

Cinematography filem itu memang mengkagumkan. Cuma agak sukar sebenarnya untuk merasa "jiwa" dalam PGL sekiranya tidak cukup konsentrasi. Sememangnya PGL perlu ditonton dengan penuh emosi secara total. Pengertian dan penghayatan 100%. Baru cinta itu akan dapat dirasa.

Wednesday, September 08, 2004

40 Things That Make You Feel Good.

Think about them one at a time before going on to the next one. It does make you feel good, especially the thought at the end. :)

1. Falling in love.
2. Laughing so hard your face hurts.
3. A hot shower.
4. No lines at the supermarket.
5. A special glance.
6. Getting mail.
7. Taking a drive on a pretty road.
8. Hearing your favourite song on the radio.
9. Lying in bed listening to the rain outside.
10. Finding the sweater you want is on sale for half price.
11. Chocolate milkshake. (or vanilla!) (or strawberry!)
12. A long distance phone call.
13. Giggling.
14. A good conversation.
15. The beach.
16. Finding a $20 note in your old jeans pocket.
17. Laughing at yourself.
18. Midnight phone calls that last for hours.
19. Running through sprinklers.
20. Laughing for absolutely no reason at all.
21. Having someone tell you that you're beautiful.
22. Accidentally overhearing someone say something nice about you.
23. Waking up and realizing you still have a few hours left to sleep.
24. Making new friends or spending time with old ones.
25. Having someone play with your hair.
26. Sweet dreams.
27. Hot chocolate.
28. Road trips with friends.
29. Swinging on swings.
30. Song lyrics printed inside your new CD so you can sing along without feeling stupid.
31. Going to a really good concert.
32. Making eye contact with a cute stranger.
33. Winning a really competitive game.
34. Making chocolate chip cookies.
35. Seeing smiles and hearing laughter from your friends.
36. Running into an old friend and realizing that some things (good or bad) never change.
37. Riding the best roller coasters over and over.
38. Watching the expression on someone's face as they open a much-desired present from you.
39. Watching the sunrise.
40. Getting out of bed every morning and thanking Allah for another beautiful day. :)

Tuesday, September 07, 2004

Dia telah berdiri
Coba berlari
Tak pernah dia jelang
Hidup yang inginkan
Kilau hari-hari
Dan birunya langit
Terhapus rasa indah
Terpejam oleh lelah


Dalam lelahnya mata
Nikmat dunia menjelma
Sejenak dia berharap
Malam tanpa batas
Bunda s'lalu tanamkan
Jangan pernah menyerah
Jalani dan panjatkan
Kelak syukur kau ucapkan pada diri Nya
Kumohonkan
Mudahkan hidupnya hiasi dengan belai Mu
Sucikan tangan-tangan yang memegang erat harta
Terangi harinya dengan lembut mentari Mu
Buka genggaman yang telah menjadi hak mereka


Sheila On 7 : Lihat, Dengar, Rasakan

Hayati liriknya. Indah kan? Aku diperkenalkan dengan muzik Indonesia dalam tahun 2000. Nadzir, sepupu aku kenalkan aku dengan Dewa 19 masa tu.. mula-mula aku tak berapa faham tentang rentak muzik diorang, tapi bila kakak senior sebelah bilik aku (Kak Shita) mula kenalkan aku dengan Sheila On 7... aku mula tersangkut. Hehehe. Masa tu Sheila On 7 dah mula keluarkan album ke 2. Mula-mula aku pinjam cd dari dia, dah lama-lama tak puas hati aku pergi beli. Kat CM masa tu. Sudahnya aku beli dua album serentak, pertama dan kedua.

Di saat kita bersama
Di waktu kita tertawa
Menangis merenung
Oleh cinta


Semenjak itulah, aku mula mengulang dengar lagu-lagu Sheila On 7 sampai satu bilik aku mula bertukar macam kedai kaset kat Indon. Hehehe. Screensaver, wallpaper, design kat buku, diari semua penuh dengan lirik-lirik lagu mereka. Aku betul-betul mula menghargai halusnya bahasa Indonesia. Hehehe.. Kesemua lagu-lagu mereka aku hafal.

Kau coba hapuskan rasa
Rasa dimana kau melayang jauh
Dari jiwaku
Juga mimpiku


Sampailah sekarang, album Pejantan Tangguh diorang. Kalau kat Malaysia, dah jadi Pria Terhebat.. but I still love the original version. I am sooo lucky coz masa album tu baru keluar di Indonesia, aku terkebetulan ada di sana. Jadi berpeluang beli yang original dengan harga yang jauh lagi murah berbanding di Malaysia. Sudahnya aku beli 2 album (album 7 Des aku hilang) Sheila On 7 kat sana..

Biarlah, biarlah
Hariku dan harimu
Terbelenggu satu
Oleh ucapan manismu


Beberapa tahun terakhir ni juga aku mula selesa dengan Dewa (diperkenalkan kembali oleh budak praktical ofis dulu- Mr. Faiz), Marcell, Glen, Padi, Gigi, Ada dan Ari Lasso. Sedikit demi sedikit, koleksi album dari seberang aku mula bertambah. Hahaha. I dun care what people say. Adik kakak abang semua cakap tak faham apa yang aku gilakan sangat dengan lagu-lagu Indon tu. Aku pun tak tahu macamana nak explain. Aku sukakan lagu-lagu Sheila On 7 sama macam aku minati lagu-lagu Afdlin Shauki. Aku gilakan classy suara Marcell sama macam aku admire suara Kaer. Memang berlainan genre, ye la, nak banding buat apa Afdlin dengan So7... tapi tu la.. taste aku selalunya lain teramat dari taste kakak adik aku. Or even my cousins. Hahahaha.. Shahir je la kot yang boleh layan lagu Indon jugak.. :P

Dan kau bisikkan kata cinta
Kau t'lah percikkan rasa sayang
Pastikan kita seirama
Walau terikat rasa hina


Sekarang.. rasanya dah masuk 2-3 bulan aku beli album Marcell. Kaset je la sebab kereta aku belum pasang cd player. Untungnya, kaset murah sikit. Dan untungnya juga, hari-hari aku pasang album tu dalam kereta. Ye, hari-hari. kecuali hari aku tak gunakan kereta la...! Sampai member2 ofis cakap kereta aku dah jadi kereta Indon. Sampai aku dapat detect wajah bosan masing-masing sebab tiap kali naik kereta aku mesti pasang lagu Marcell tu. Hahahaha!!! Tak taulah.. aku suka sangat suara Marcell. Lunak suara dia tu memukau...

Sekilas kau tampak layu
Jika kau rindukan gelak tawa
Yang warnai lembar jalan kita
Reguk dan teguklah
Mimpiku dan mimpimu
Terbelenggu satu
Oleh ucapan janjimu*


p/s: Ini bahana tengok Konsert Sejenak Bersama SO7 di channel Prima semalam! Dan bahana beberapa kali lagu2 lama So& berkumandang di Era hari ini..!

* Sheila On 7 : Kita

Monday, September 06, 2004

Some people just don't change.

He's cute but shy, smart but not geek and simple but not selekeh. Humble. Low profile. And the best part is that he's single! Yeah. He's one of the most eligible bachelors 1996-2001. Seriously. One of the most attractive creatures on campus. Hehehe. One of those that I look forward to bump into. :P

Mula-mula jejak kaki di Matrik pun, nama dia adalah antara nama-nama yang paling top. Ye lah, orang hensem memang cepat je naik. Macam-macam spekulasi yang ramai buat pada dia, tapi sorang pun tak tahu kebenaran spekulasi tu. Hahaha. Aku kenal dia pun sebab ada sorang kakak senior satu rumah dengan aku dulu minat gila2 kat dia. Minat suka-suka la. Bukan serious pun. Tapi dia siap bagi kad apa semua la. Cuma mamat tu yang tak layan langsung. Ahaks!

Lepas tu kitorang dapat tahu yang dia memang selalu dapat bunga, kad, hadiah, etc tapi memang spesis tak layan. Kakak senior aku tu lagi excited. Dia cakap dia respect betul mamat tu pasal reject dia. Hahaha... kena reject pun excited. :) Tak kisahlah. Asal dia bahagia.

Masa dah masuk main campus pun dia masih macam tu. Kalau dia jalan sorang-sorang, memang pandang tanah betul.. pemalu punya pasal. Dia bukan sama course dengan aku pun, building pun jauh-jauh. So memang jarang giler aah jumpa dia. Kira aku ni pun macam tak pernah wujud la pada dia. Sebab tak pernah sekalipun dia notice aku dok stalk dia. Dia pun tak berapa wujud jugak dalam hidup aku. Sebab dia cute tapi bukan taste aku.. Hehehe.

He's a bit mysterious gak ler coz susah betul orang nak tahu background dia ke, apa-apa je la pasal dia.. susah.. Punyalah tak pandang orang dia tuu. Bercakap pun susah. Kalau dia dengan geng dia lagi la... memang dalam dunia dia sendiri ler.. ehhehe. Itu yang best nak usha tu. Susah.. tapi best. :P Yang pelik tu, kawan-kawan dia semua spesis kay-po punya geng.. cuma dia je yang tak kena tempias. Bagus betul. Memang aku respect giler aah dia ni.

Actually, aku memang tak ingat langsung kewujudan dia lagi...ye lah, bukan selalu jumpa pun. Since habis belajar dulu sekalipun aku tak ingat dia...sampai la Sabtu lepas. Hahaha. Ye. Aku jumpa dia balik Sabtu lepas. Masa kenduri kat Sri Gombak tu. Yep. After 3-4 years tak jumpa dia.

Actually, I was really delighted to see him. Dia berkemeja light blue dengan slack hitam. Rambut maintain macam dulu (macam rambut Adam AF tu). Gaya slow motion dia pun tetap sama. Jalan tunduk dia pun sama lagi. Paling best, dia datang sorang-sorang, sama macam aku. Hahahahahha!!!!! And he was sitting in exactly in front of me. Hah! Co-incident! (or is it fate? hehehehhehe...)

Macam dulu jugak, dia tetap dalam dunia dia sendiri. Makan pun tunduk je. Waaahh. Kagum aku. Tak berubah. Sampai la aku dok curi pandang dia pun dia buat selamba je. Buat-buat tak nampak la kot. Memang aku kagum gile. Hahahha. But then, just once.. I mean just once, just one sec.. I caught him looking at me. Hah! Really. But then, macam dulu-dulu jugak, dia buat bodoh, macam takde apa-apa.. dan meneruskan makan dia sambil tengok pinggan.. heheh.. tak kisahlah. Aku dah cukup excited dah ni.

Hehehe.. I don't ask much. Dari zaman jadi aku jadi stalker sopan sampai la sekarang, memang ramai budak2 baik yang aku stalk dulu langsung tak tahu kewujudan aku.. dan aku tak kisah pun sebenarnya. But now, rasa macam excited plak.. coz finally, someone did acknowledge my existance.

Yelah.. aku dulu memang macam non-existance pun...

Thursday, September 02, 2004

Semalam lepas waktu kerja aku bergegas ke Selangor Medical Centre di Seksyen 20. Aku tak pernah sampai pun sebenarnya, kira cubaan nekad jugak la nak mencari hospital tu. Nasi baik tak sesat. Hehehe.

Terus menuju ke wad 247. Ada saudara mara yang menziarah. Meriah jugalah bilik 247 petang semalam. Riuh dengan telatah Afiqah yang berebut bola golf plastik dengan sorang budak kecik.

Merdeka boy kami tidur dengan nyenyaknya. Cuma masa aku sentuh rambut dia, dia macam menggeliat. Heheh. Kiut. Rambut dia lebat.. macam kakak Afiqahnya. Kening pun terletak cantik, macam kakak Afiqahnya juga. Mata masih sepet skit, atau aku yang tak tengok betul2 pasal dia tengah tidur. Pipinya tembam sikit, macam pipi aku hehehehe.. Ada lesung pipit di kedua-dua belah pipi tu. Kulit pun cerah. Muka dia bulat. Comel giler!

Aku suka pegang tangan dia. Kecil dan halus sangat jari-jarinya. Tapi aku tak berani pegang kuat-kuat.. cuak la jugak kan. Rambut dia masih jugak tercacak-cacak macam rambut Afiqah dulu.. cantik. Lembut je. Badan dia dah kena bedung tapi tangan dia berjaya menggelupur keluar bungkusan. Hehehe. Boleh tahan ganaz jugak.. itu ikut makcik-makciknya la tu.. ehhehhehe...

Tiba-tiba dia terjaga. Nyaring betul suaranya menjerit. Lapar la tu. Tapi kejap je la. Lepas kenyang minum susu dia tidur balik. Senang betul. Time lapar je menjerit. Hahaha. Kiut jugak.

Tadi ayahanda baru bertitah (dalam telepon laa..), diorang dalam perjalanan pulang dari hospital. Kak Yong dan Merdeka boy dah discharged. Dah balik rumah. Esok sampai hari Ahad depan aku on leave. Rehat la skit, dah penat minggu lepas berhempas pulas di Melaka. Hari Isnin baru datang ofis balik. Bolehlah lama-lama sikit main dengan budak kecik tu..

Jadual aku full sampai hujung minggu. Esok temankan mak ayah ke Jusco Kepong, ada J-Card Day kat sana. Lepas tu mak ada jugak ura-ura nak ke Putrajaya, ke shopping complex yang baru dibuka kat sana.. apa ntah nama tempat tu aku dah lupa. Nak beli baju baby baru katanya. Hahaha.(Mak memang kaki shopping.)

Hari Sabtu pagi mak & ayah berangkat terbang ke Terengganu. Dalam tengahari aku perlu ke Sri Gombak ada kenduri kawin coursemate aku si Linda. Boleh buat gathering kecik kat sana, dah lama tak jumpa kawan2 lama. Semua sibuk dengan life masing-masing, nak buat macamana..

Hari Ahad aku ingat nak gi tengok Puteri Gunung Ledang. Baca sinopsis dan komen2 orang macam best je cerita tu. Banyak unsur-unsur sastera Melayu lama pulak tu.. ini yang teringin nak pergi sangat-sangat ni.. tiket mesti susah nak dapat kan.. jadi aku ingat kena book awal2 la. Nak kena cari member cepat-cepat ni...

Wednesday, September 01, 2004

Sender: NAHAR
+60126*4**32


Sent:
31-Aug-2004
02:32:18


Baby boy came to the world at 0023 hrs. Caesarian. 3.26 kg. First merdeka baby at SMC.

Merdeka tahun ini cukup penuh maknanya pada aku, dan pada seluruh keluarga kami. Keceriaan menyambut Merdeka tahun ini takkan sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Pun takkan sama lagi untuk tahun-tahun yang akan datang, Insya Allah.

Alhamdulillah, Kak Yong dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam. Satu kegembiraan buat kami menyambut seorang lagi ahli baru dalam keluarga. Lebih ceria bila ahli itu hadir di hari yang cukup bermakna.

Aku terima sms dari Nahar semalam sewaktu di Melaka. Aku ke Melaka 2 hari atas tugasan kerja. Terkilan tu ada la jugak sebab tak dapat bersama keluarga meraikan kegembiraan menyambut orang baru. Petang ni Insya Allah ke Puchong, kalau sempat mungkin ke hospital sekejap menjenguk baby baru. Aku tak pasti sama ada nama sudah diberi atau belum, nanti aku follow up and update later. Hehehe.

Cerita di Melaka pun nanti aku update petang nanti, Insya Allah. Pagi ni nak menghabiskan kerja kejap.