Friday, August 27, 2004

Terus terang aku cakap, aku ni bukan spesis yang suka gayut phone. Dari zama belajar lagi macam ni. Aku memang tak suka cakap phone. Ntahlah, sekarang mungkin dah kurang skit la ketakutannya, tapi dulu memang cronic case aah.

Masa jadi Research Asst. kat UIA dulu, aku memang phobia giler telefon. Imagine that I have to call orang yang aku tak kenal setiap hari, making appoinments and meeting strangers. Itu bukan sesuatu yang aku gemarkan. First call aku nak buat, dekat setengah jam aku dok angkat letak telefon tu. Kalaulah gagang tu boleh bercakap, agaknya dah lama dia menjerit sakit.

Dengan kawan-kawan pun aku bukan suka sangat gayut. Nak bercerita, jumpa je senang. Nak bercakap pun, benda-benda penting je. Masa aku tengah angau dulu pun (aku je-bukan dia hehehe) pun aku bukan suka cakap telefon. Kalau cakap memang paling lama pun 5 minit je. Itu pun dah kira pecah rekod panggilan paling lama la tu. Selalunya sms la. Dari pagi hari ni sampai pagi esok pun aku pernah buat.. hehee. Kalau aku telefon mak ayah pun macam tu. Lima minit tu lama la tu. Aku pernah cuba nak cakap lama-lama, tapi selalunya end up aku dah tak tau nak cakap apa. Hahahaha.

Entah la. Aku memang suka bercakap. Suka sangat-sangat. Tapi cakap dalam phone tu... susah sket. Tak tau kenapa. Zaman2 MIRC dulu (1998), seingat aku pernah la berkenalan (cheh! Mengorat je lebih) dengan few interesting specimens. Tapi selalunya bila aku dah mula berceloteh lebih skit, terus mintak nombor. Pantang betul. Dan aku memang tak pernah bagi pun.. kecuali kat member2 yang aku dah betul2 kenal lama dan dah jumpa la. Selalunya jugak, bila aku reject proposal diorang nak mintak nombor tu, lepas tu terus senyap. Hahaha. Aku dah agak dah.

Seingat aku, sepanjang aku dan Internet ni bersahabat, aku pernah kasi kat 2 orang je nombor aku. First, kawan cyber aku yang pertama (nick: Ushu). Yang aku kenal bukan through MIRC pun. Aku chat ngan kawan dia (perempuan), dia yang menyibuk kacau aku ngan email.. sudahnya kitorang yang tak putus email, dengan budak perempuan tu kejap je. Budak ni memang best aah. Gila2. Aku suka kawan dengan dia pasal first email dia kasi pun dah ber'aku' 'engkau' dengan aku. Takde niat lain.

Yang bagusnya, kitorang memang berutus email dari tahun 1998 aku kenal dia sampai la tahun 2000 kalau tak silap baru aku kasi dia no. hp aku. Hahaha. Kelakar betul. Masa tu dia kat Kedah. Aku ada alamat rumah dia, no. tepon rumah dia tapi tak pernah jumpa pun dia. Cakap telepon pun tak pernah. Lepas aku kasi dia aku punya hp no, dia pun kasi dia punya hp no, tapi still tak contact. Lagi best guna email. Hehe. Dari kitorang baru masuk IPT sampai masing2 dah habis study pun macam tu. Sampai dia datang KL kerja kat sebelah Midvalley pun macam tu. Padahal bukannya jauh sangat. Entah. Tak terbukak hati nak jumpa kot.

Itulah kawan cyber aku yang pertama. Sekarang dia dah kawin, dah beranak pinak dah. Last sekali dia balas email aku September tahun lepas. Hahaha.

Orang kedua aku kasi nombor.. ermm.. kawan lepak kat satu forum ni.. nama forum tak leh cakap ler..tapi budak tu kira macam otai la jugak kat forum tu. Aku mula berjinak2 dengan forum tu masa tengah cuti belajar tiga bulan dulu (sebelum start berblog). Aku konon macam nak buat2 aku ni sporting le.. sebab orang lain macam dah kenal sama sendiri.. jadi aku tak fikir panjang terus bagi nombor kat orang yang aku baru kenal tu.. Dipendekkan cerita, budak tu rupanya memang spesis suka gayut phone. Adus. Dia asyik call manjang. Pagi petang siang malam. Tension betul. Dia memang takde niat lain sebab kat budak2 lain dia buat macam tu gak. Aku je yang tak tahan.

Ye la, bayangkan, sekali telefon bukan sekejap. Lamaaa! Cakap ntah apa2. Aku selalunya dengar je la.. tapi kalau boring2 aku jarakkan aja phone tu. Series aku jahat dulu. lepas tu yang buat aku tahan bila sampai tengah malam pun telefon. Pukul 2-3 pagi pun telefon nak gayut. Pantang betul aku orang kacau sampai camtu. Dahlah esoknya ada kelas. Aduuuhhh!! Tension! Aku cuba cakap kat dia tapi dia buat derkk je, telefon jugak. Sudahnya aku terpaksa silencekan nombor dia. So bila dia call telefon tu tak bunyi (yes, I'm that bad). Dia sms tapi aku dah tak larat nak balas. Dah jadi phobia pulak. Rimas dengar telefon tu selalu bunyi. Dah lama-lama baru dia faham, dan dia sendiri declare berenti call aku. Kesian jugak. Tapi that's the only way nak buat dia stop membazirkan bil hp dia.

Dan sebab aku takut kes kedua jadi la aku jadi macam phobia lagi sampai sekarang. Bab-bab telefon ni jangan main. SMS takpe lagi. Bab telefon yang susah. Aku kasihankan mereka. Aku cakap awal2 ni, aku memang kureng sket bergayut telefon. Aku cepat panas telinga. Telefon ofis yang free kat sebelah ni pun aku jarang guna. HP lagi la. Kredit RM 30 tu biasanya tahan sampai 2 bulan. Itupun untuk important calls je. Prepaid lagi.

Maaflah kalau ada yang tersinggung. Memang bunyinya kasar bila aku selalu cakap kat orang aku tak suka cakap telefon, siap pesan tak payah telefon selalu, nak telefon pun ada masa2nya, tengah malam tu blacklist terus apa la.. kesian.. macam aku tak nak cakap langsung la pulak. Hmm.. this is ME.

Tuesday, August 24, 2004

Aku ada exam lagi esok. Lepas aku dah gagal untuk exam PTD hari tu, ni kena exam lagi untuk Pegawai Tadbor plak. Kali ni kat Klang je. Lepas exam terus balik Puchong. Doakan aku!
Aku tak suka kucing.

Ye, statement tu bagi penggemar-penggemar kucing memang kejam. Kejam pun kejam la. Aku memang tak suka kucing. Aku tak benci, cuma tak suka. Dari kecik sampai besar aku memang tak suka kucing. Bukan aku je, kakak aku, adik perempuan aku semuanya tak suka kucing.
Kalau jumpa kucing, memang confirm aku lepak jauh-jauh punya. Kucing tu bergerak satu langkah, aku gerak 10 langkah. Aku memang allergic betul dengan kucing ni. Tak boleh la.. duduk jauh-jauh pun aura kucing tu kuat, nikan pulak nak suruh kucing tu duduk dekat-dekat.. hish. Geli aku. Eiiii geli geleman aku.

Bukan tak pernah terjadi insiden-insiden kucing yang menebalkan muka aku sebelum ni. Takkan aku boleh lupa kes nasi ayam aku terbang masa tengah makan kat kafe kolej Asma' dulu sebab kucing melompat atas aku. Bukan sekali plak tu. Banyak kali kalau time makan, ada kucing gatal nak ngorat aku. Takkan aku boleh lupa air yang baru aku beli tumpah sebab kucing teraccident dengan aku. Takkan aku boleh lupa kucing baru beranak kat bawah rumah aku.. dengan anak dia yang kecik-kecik tu... eeeiiiiii... geliiiiiiiiii!!!!!!!!

Betul aku tak boleh tengok la.. Aku tak suka perut kucing tu yang bergerak-gerak. Kalau tersentuh, geli betul. Boleh menjerit2 aku kat situ. Eiii... bergerak2 macam ada benda hidup kat dalam. Hish. Meremang aku. Aku tak suka ekor kucing tu. Tak boleh la. Pernah kucing tu gerak2 ekor, macam libas kena tangan aku.. gulp! Eeeiii.. sampai sekarang tak boleh bayang lagi.. ngerinyaaa!!!

Dan sekarang, budak rumah aku 'ajak' seekor kucing kecik ni (takla kecik macam baby kucing tu) lepak rumah kitorang. Diorang panggil kucing tu Manja. Aku tak boleh panggil nama tu, jadi aku selalu refer kucing tu sebagai 'budak kechik" @ man. Kucing betina. Kucing tu dahlah jalan slow motion, kuat tido, pastu suka menggesel badan. Geli betul. Aku bukan anti kucing, aku cuma tak suka. Bukan senang nak bela binatang. Selalunya tuan si Man tu la yang jaga dia. Bilik aku memang sah le jadi kawasan larangan seumur hidup kucing tu...

Petang semalam Fiza telefon masa aku baru keluar meeting. Si Man tu berjaya menceroboh bilik kitorang.. dan memBUANG atas katil! Waaaaaaaaaaaaa......Kena bantal dan cadar. Bantal aku sampai 4 bijik kena dia punya BUANGAN. Nasib baik aku ada 3 lagi bantal yang tak kena (yup, aku ada 7 bantal semuanya- aku sorang). Dahlah cadar tu baruuu je basuh Ahad lepas. Tension giler.

Balik rumah, Fiza dah halau budak kechik tu ke pintu belakang. Ikut hati aku campak je kat pasar mana2 tapi aku ni ada peri kemanusiaan lagi la. Berpeluh-peluh membasuh bantal dan cadar, dan bersihkan tilam takut kena percikan2 ke kan. Dahlah 1 bantal tu bantal tulang besar tu, 1 bantal bola fav. aku, satu bantal kesayangan aku (dari tahun 1998 - bantal busuk yang wangi) dan satu bantal baru,, aduussss...!!!!!!!!! Memang bengang giler aa..

Lagi la aku tension ngan kucing tu.

Tapi malam bila dah halau dia pergi belakang rumah, kesian la pulak tengok dia kena kacau ngan kucing2 jantan yang besar2 pada dia.. sampai keras badannya takut (kawan aku cakap laa), sampai tak nak makan. So, aku suruh la si Ina angkat budak kechik tu ke depan rumah. Bila tuan dia balik, dia bawak masuk rumah balik. Lantaklah. Tak kacau aku, tak datang dekat aku takpe.

Aku bukannya jahat sangat sampai nak belasah kucing tu. Aku tau dia bukan ada otak boleh pikir nak membuang kat mana. Aku bagi gak la dia makan (mula-mula aku halau dia jauh2, pastu dah letak Friskies dalam bekas, aku panggil dia then aku lari laa) Kesian jugak. Tapi kesian bukan bermakna aku kena suka kucing tu.

Aku memang tak suka kucing, paham? Allergic, paham? Phobia, paham. Geli, paham. Tolongggglaa paham.
Ofis aku ni suka buat meeting. Tiap-tiap minggu, hari Isnin petang meeting setengah hari. Dan tiap-tiap Isnin, aku terpaksa menahan telinga mendengar dan menggagahkan tangan menulis kerana terpaksa buat minutes. Itu adalah suatu perkara yang teramatlah membohhsaaannkannn.. tau tak?

Tiap-tiap minggu juga aku terpaksa menahan mata dan kepala daripada tersengguk masa meeting. Aku tak suka meeting. Paham tak? Aku tak suka sebab aku ni spesis cepat boring dan cepat tido. Bahaya yang teramat tu. Aku ni mengantuk cepat sangat.. dari zaman belajar lagi macam ni.. suka tido dalam kelas.. ehehhe.. perangai buruk tu.. *malu*

Tapi kena la pandai cover. Aku bukannya tido tak senonoh. Aku tido mata bukak, tangan menulis dan siap boleh minum air lagi. Tapi kepala mamai gi mana-mana aku tak tahu la. Hehhee.. Shima clerk kat sini pun selalu cakap, aku tengah menaip pun boleh tido, tengah bercakap pun aku boleh hanyut, berdiri pun aku boleh lelap.. hak hak hak hak hak... :P Aku lelap barang seminit cukup le. Lepas tu segar la balik..

Dan tolonglah kagum kalau aku cakap sebenarnya bukan aku sorang macamni. Adik lelaki aku yang berdua tu pun hantu tido gak. Hafiz lagi teruk... dah beralih tempat dari depan tv, sofa, bilik, kerusi makan.. semua dia dah pernah tido dengan jayanya.. :P

Berbalik cerita semalam.. as usual ada la satu part tu aku ngantuk giler. Aku minum air, tak jadi. Makan kek pun ngantuk lagi. Menulis pun ntah apa2 ntah. Tulis la jugak sebab telinga masih mendengar walaupun kepala dah tersengguk.. hehehe..

Sekali aku kena sergah ngan bos. Ahaks! Dah la dia tu spesis kerek giler.. tapi aku buat selamba je la. Dia tanya aku..

"Apa dia cakap tadi?" referring to one of the managers punya report.
"Hah? Ooh.. He need to do bla bla bla..."
"Before that?"
"He must do this this this.."
"Before that?" (dengan muka cengil dia)
"Dia cakap camni camni camni..."

Pastu dia pandang aku muka tak puas hati. Sebab aku cakap betul. tulis betul. Haaaakkk!! Haarkkkkk!Haarrkkk!!!! Pastu dia cakap..

"Ok" Tapi muka dia tetap tak puas hati sebab tak boleh kantoikan aku.. heheheh...

Aku senyum je. Heh. Nasib baik tak hanyut betul2 lagi... kalau tak, memang confirm kena belasah aku semalam. Member2 lain semua dah gelak2 (yang paham la aku tengah ngantuk).. :P Ye la, ngantuk-ngantuk pun kerja kena jalan jugak..

Selalunya kalau dalam meeting aku ngantuk, aku selawat sikit. Pastu minum air. Lega skit. Tapi semalam tak tau la kenapa, ngantuknya teramat.. Lepas kena sergah tu segar la kejap. Heheheh...

Saturday, August 21, 2004

Teruntukmu hatiku
Ingin ku bersuara
Merangkai semua tanya
Imaji yang terlintas
Berjalan pada satu
Tanya slalu menggangguku
Seseorang itukah dirimu kasih
Kepada yang tercinta
Inginku mengeluh
Semua resah di diri
Mencari jawab pasti
Akankah seseorang
yang diinginkan kan hadir
Raut halus menyelimuti jantungku
Cinta hanyalah cinta
Hidup dan mati untukmu
Mungkinkah semua tanya
Kau yang jawab
Dan tentang seseorang
Itu pula dirimu
Ku bersumpah akan mencinta


Lagu Tentang Seseorang (ADA) ni antara lagu Indonesia yang cukup aku suka. Baru je muncul di Era dalam rancangan Ngetop di ERA (fav. aku!). Pertama kali aku jatuh cinta pada lagu ni sudah tentu waktu Ada Apa Dengan Cinta masih panas dulu. Aku suka betul melodi lagu ni.. relaks je dia nyanyi..

Lagu ni aku pernah request masa ke Jakarta dulu. Hehe. Satu malam tu pergi dinner kat one restaurant ni (Restoran Si Boel kot nama dia) dan tempat tu ada buat live band. Kitorang plak duduk seat paling depan. Mula-mula diorang nyanyi lagu Januari, pastu Semalam di Malaysia then boleh request lagu. Kitorang macam jakun la sebab kat Malaysia pun tak pernah gi tempat2 camtu.. Hehhe. Dahlah restoran tu dua tingkat, yang mak ayah pakcik2 puak2 oorang besor2 semua kat bawah. Yang budak2 semua kat atas (termasuklah aku yang perasan budak jugak).
Sambung. Pastu kitorang request ler. Dalam ramai2 cousin aku tu, cuma aku dan Shahir je yang memang minat giler lagi Indonesia. Yang lain semua tak tau sangat. So kira aku la macam excited lebih. Kitorang pun request 2 songs, one is Melly's Ku Bahagia and the other one is Tentang Seseorang la. Band tu nyanyikan lagu Melly je, lagi satu penyanyi tu tak hapal.. apara...
Memang enjoy habis! Ada dua penyanyi, one guy and one girl. Masa awal2 lagu Januari tu memang best giler budak laki tu bawak. Feeling abis. Masa Ku Bahagia pun best gak. Kitorang kat meja asyik gelak2 je manjang. Waiters kat situ pun asyik pandang kitorang je pasal sebelum tu kitorang ada communication breakdown dengan diorang (tak paham bahasa!). :P

Sekali minah indon yang nyanyi tu cakap kat kitorang...

" Ayoh mas..pusing-pusing!"

Hahhaahhaa.. mula-mula blur kejap. Then baru paham yang dia ajak menari. Hahhahaa. Gilo apo nak suruh menari. Lagi la kitorang gelak. Sepupu aku jawab balik dalam bahasa indon dengan konfidennye..

"Nggak bisa... nanti ibunya bising..!"

Lupa kejap yang "Ibu" dalam bahasa indonesia tu bukan 'emak' dalam BM. "Ibu' tu panggilan untuk orang dewasa yang mostly dah kawin. Patutler waiter2 kat situ gelak je..hehheehe.

Tiba-tiba kitorang jadi macam special guest kat restoran tu. :P Siap wish kitorang lagi, nak balik pun siap babai2 apa semua. Perrgh. That was one of the best nights masa kat sana dulu..

Dan tadi dengar lagu tu, teringat balik masa kat sana. Best. Kalaulah ada rezeki lebih, nak jugak aku pergi Jakarta sekali lagi..

Friday, August 20, 2004

Ini Afiqah. Nama penuhnya Afiqah Najla. Umur sekarang dah nak masuk 3 tahun. Masih single tapi sangat kuat mengorat. Inilah anak buah aku. Si Fiqa yang selalu aku sebut tu.

Fiqa kesayangan keluarga ni lincah betul. Kuat bergaya. Pantang nampak orang sarung tudung, terus nak di ajak keluar. Kelam kabut dia cari baju 'jalan-jalan' dia. Dalam almari dia ada baju 'jalan-jalan', baju tidur, baju biasa dan baju 'kawin'. Baju kawin tu refer pada baju kurung. Disebabkan dia pun faham pakai baju kurung tu selalunya masa pergi kenduri kawin, dia panggil la baju kawin...

Aku cukup tak tahan kalau tiap kali mak ayah dia masuk bilik ke, masuk bilik stor ke, tertutup pintu, mesti dia kecoh pergi ketuk pintu. Siap bagi salam. Kadang-kadang time aku masuk bilik air pun dia ketuk bagi salam.. dan percayalah, dia akan bagi salam sampai orang bukak pintu!

Fiqa petah sesangat. Banyak aje soalan dia. "Kat mana ni?" "Buat apa?" "Kita nak pegi apa?" "Apa tu?" sampai kadang-kadang tak terlarat nak menjawab.Hobi budak kecik ni kalah hobi orang-orang tua. Dia main golf, main bowling dan mandi pool. Dia belajar main golf dengan pakcik aku, main bowling dengan ayah aku dan mandi pool dengan sepupu aku. Suka betul dia. Macam kelakar pun ada. Sekarang dia dah ada set bowling plastik dia, jadi hari-hari dia main bowling kat rumah. Siap angkat sebelah kaki lagi.. macam pro..!

Paling best, dia ni suka sangat-sangat dengan kamera. Kadang-kadang aku rasa dia ni addicted pun ada. Tak kira la kamera biasa ke, digital ke, video cam ke, camera phone ke, pantang jumpa nak ambil gambar dia. Suruhlah posing macamana pun, dia buat selamba je. Kalau dengan orang dia tak biasa, memang penakut. Tapi kalau orang tu ada kamera, anytime dia nak pergi dekat. Hahaha. Bahaya betul. Kalau ada cermin lagi la. Siap boleh cakap depan cermin sorang-sorang Ok.. itu confirm ikut aku le tu.. heeh.

Favourite cerita dia Barney. Ye la, dinosaur warna purple tu. Dia ada collection of Barney cds dan siap pergi tengok Konsert Barney kat Bukit Jalil baru-baru ni. Hak hak hak! Siap boleh memorise semua lagu2 Barney tu. Toys dia, beg dia semua made in Barneyland. Haha. Suka betul dia. Tak taula.. kitorang bukannya tak ajar dia Teletubbies ke, Barbie ke apa ke, tapi yang dia sangkut Barney. Sakit la sket pasal barang2 Barney bukan murah.

Selalunya kalau pergi supermarket, mak ayah dia terpaksa la bawak dia lari jauh2 dari tempat toys. Sebab kalau dia nak.. habis. Siap meraung2. Sekali sekala masa Sale beli la jugak pinggan plastik ke apa ke. Masa Nahar menang Jari Pantas ERA dapat voucher Jusco RM300, dia belikan soft toy Barney tu untuk Fiqa. Excitednya budak kecik tu tak taulah nak cakap. Hehe. Aku cuma boleh sponsor cd dan stokin Barney yang dapat free bila beli cd.. tu je. :P

Hmm.. tengok budak kecik tu, ingat zaman kecik2 dulu. Berbeza sangat2 kalau nak banding dulu dan sekarang..Bukannya kenal Barney ke, Teletubbies ke apa ke.. mula-mula kenal mainan, main masak-masak (yang kemudiannya dijadikan peluru untuk baling orang) atau main langgar2 kereta mainan. Main askar2 plastik hijau pun selalu jugak. Besar sikit belajar main pondok2, main game rounders (kat Terengganu panggil bola katok).. game budak kampung. Paling high class pun aku rasa masa main terup la.. hehe. Tak tau la.. orang kampung aku suka main terup masa tu. mak aku, makcik2 aku, ayah, adik kakak, sedara mara semua terer main terup. Aku belajar main terup pun masa umur 6 tahun. Hehhe.

Afiqah rasanya tak boleh ajar main benda2 ngarut tu.. bahaya. Tak pasal2 aku kena belasah ngan mak dia karang. Dah banyak sangat ajar yang bukan2 kat anak dia.. :P

Hmm..rindu la pulak kat budak kecik ni..

Thursday, August 19, 2004

Petang semalam aku tertunduk-tunduk di hadapan meja jepun kat rumah. Kertas yang digunting bersepah-sepah di lantai, meja dan juga skirt aku. Hehehe. Aku dah lama tak buat kad sebenarnya. Dulu masa belajar, boleh dikatakan setiap minggu kurang-kurang mesti ada satu keping hand-made card buatan sendiri untuk kepuasan diri. Kalau waktu-waktu tertekan; contohnya masa nak exam atau masa nak kejar deadline assignments, lagi la produktiviti aku bertambah-tambah. Series buat bende alah tu boleh hilang tension. Ringan kepala sebab tak payah pk mende lain.. consentrate buat kad je.

Aku sayang semua kad-kad yang aku buat. Satu ketika, jumlah hand made cards tu dah hampir mencecah 20 keping. Tapi masa final year, final sem, last day exam aku kasi kawan2 rapat aku sorang satu. Itu aja tanda kenangan yang boleh aku kasi untuk diorang selalu ingatkan aku... tak kisahlah diorang simpan lagi ke tak kad tu. Hehehe. Siap paste kan lirik Sebuah Kisah Klasik (SO7) lagi. Nak buat camna, aku memang minat gila kat Sheila On 7.. dari dulu lagi.. ehheheh.. (anyway, diorang kat sini pun selalu panggil aku minah indon!)

Siap ada satu fail plastic untuk aku simpan semua kertas2, gam, pensel, eraser apa semua dalam tu.. dan aku pun dah tak ingat berapa banyak duit aku abis beli kertas kaler2, kertas keras, kertas A4, kertas A3 dan bermacam2 jenis kertas lagi tu. Bila dah minat.. sanggup je. Pastu mula rasa sakit poket. Haha.

Lepas habis belajar, aku insaf kejap la. Cuma buat kad bila ada special occassion je la.. contohnya birthday orang ke, congrats cards ke.. tapi itu pun jarang la berlaku sebab bila dah terlalu sibuk @ tak sempat @ dah kekeringan idea, aku beli je ler. walaupun kesal tu ada gak la, sebab tak sempat buat sendiri. Ye lah, hand made ni lagi puashati. Value dia lagi special, ada character lagi kad tu. Orang pun lagi appreciate kan!

Dan semalam gian aku datang balik. Semalam je dah berjaya siapkan 2 kad yang terbengkalai ntah berapa lama. Ok la untuk percubaan setelah dah berapa lama hilang idea..

Ingat petang ni nak beli gam la. Yang lain rasanya tak perlu lagi buat masa sekarang. Sape2 nak kad aku bagitau je. Nanti aku kasi untuk promo. Manalah tau kot2 berkenan nak buat jual ke, upah buat kad kawin lagi ke... hehehe.. boleh la cari duit lebih. Ceh. Macam le aku ni professional...

Wednesday, August 18, 2004

5.45 petang
Situasi di kedai bunga.


"Bunga hidup ada?"
"Untuk occasion apa?Wedding, birthday gift?"
"Nak congrats orang"
"You mahu berapa?"
"Berapa you boleh kasi?"
"Kalau mahu RM20 ada, RM25 ada, RM30 ada, yang besar macam ini RM50 la."
"Boleh pilih bunga?"
"Boleh... boleh..!"
"Bagi saya bunga ni (ros) dan ini (tulip)."
"You mahu yang berapa linggit?"
"RM**"
"Ok."
"Tak mau tambah teddybear ka?"
"Takpe la. Lari budget la.."

6.15 petang.
Situasi di supemarket.


Cadbury - RM 11.90
Vochell - RM 20.90
Ferraro Rocher - RM 26.90
Van Houten - RM 19.90

"Dua ye kak?"
"Ha'ah. Dua."
"Semua sekali RM 23.80."

6.45 petang.
Situasi di rumah.


SMS 1:
Awak ada kt umah tak mlm ni. Kita nak kasi barang la.

SMS 2 (reply):
Ada. Barang apa? Ada tertinggal apa-apa dalam kereta akak ke? Akak ada kamera tak?

SMS 3:
Takde kamera la. Dah hilang :( Pukul 9.30 nanti kita datang kawan nak teman tapi dia keje sampai kul 9.00.

SMS 4 (reply):
Ok. Nanti sampai misscall ok. Kita tunggu bawah.
Mulut sedang mengunyak coklat dari kotak pertama yang dah dibuka.

9.40 malam.
Situasi di sebuah guard house, Shah Alam.


"Hello!"
"Kat mana kak?"
"Baru lepas guard house."
"Ok. Saya turun sekarang."

9.45 malam.
Situasi di bawah sebuah pangsapuri di Shah Alam.

"Apa khabar?"
"Sihat.."
"Macamana konvo?"
"Err..insya Allah ok kot."
"Hari Isnin kan."
"Ha'ah"
"Semalam kan?"
"Eh! Minggu depan la.. Isnin depan."
"Haaaah!!?! Isnin depan?? Bukan semalam ke??"
"Takk..."
"Errkk.. hak hak hak hak hak (gelak Farah AF).. mati-mati orang ingat semalam!"
"La.. ye ke... minggu depan la. Kan baru je saya gi ambil robe hari tu.."
"Ya Allah.. malunyaaaaaaaaaa.."
"Hak hak hak hak hak! Takpelah..malu apa pulak.."
"Maluuu. Kita dah siap bawak bunga kasi awak sebab kita ingat semalam..hak hak hak hak hak!"
"Laaaa.... ye keee??? Menyusahkan akak je...."
"Taklah.. tapi maluuuuu lagi la ni.. buat malu betul. Tapi takpelah. Ambik la jugak.. dah bawak ni. Siap bawak cokelat lagi ni.."
"Hiii... susahkan akak betul la.."
"Kita tak kisah... tapi maluuuuuuuuunyeeeeeeeeeeeee... hak hak hak hak hak!"
"Takpe.. kita ambik ni.. dapat bunga awal, boleh berlagak ni.. hehehe.."
"Isk.. isk.. malu... silap haribulan la pulok!"

Cis. Beria-ria aku tu. Sekali silap haribulan. :P Buat malu je. Tapi takpela kan.. daripada aku mati-mati ingat aku jadi orang last wish dia, lagi baik aku jadi orang pertama. :) Seminggu awal tu..

Tuesday, August 17, 2004

Current mode:
Bosan. Exceeding workload. Tiring. Low energy. Sleepy. Stomach pain. And lucky coz my bos was not in da office - giving me full credit to do anything I want. Haha.

Currently addicted to:
- Recaps of Akademi Fantasia (been reading that over and over again at those AFanatics blogs)
- Perfect by Hoobastank
- Nazraku by Spider
- Zahid's version of Biarlah Bulan Bicara Sendiri.. giler punya best lagu tu. Don't have speaker at my pc so I'm singing in my own out-of-tune style.

Todays' menu:
- Breakfast; Sandwich sardin - 1, Sandwich telur - 1, Karipap - 3
- Lunch; Bihun goreng (accessories dia banyak giler - ayam, udang, sotong) & telur mata, nescafe ais, sky juice.
- Dinner; most probably masak udang As bawak dari kampung dia.. perrgh.. best giler.
- And currently craving for ABC with ice cream.

Today's wardrobe:
Maroon punjabi blouse with black slack and tudung (pink roses). Okke, I do look shorter than usual today.

Current needs:
- Hotlink Top-up card
- New job
- New phone
- New boss

Current wallpaper:
Nesta's - masa dia still Lazio's Captain. Loove the pic so much!!

Current frustration:
- Man U lost to Arsenal and Chelsea. Cis. Currently waiting for all the stars to come back. Really hate to see everybody's laughing at us. Just wait and see who gets the last laugh.. tunggu je la.
- Kaer failed to be in top 3 of AF. I extremely felt that he deserved one of the spots.

Currently missing:
- Sweet old days in IIU (semalam UIA convo daa..). Missed Steadfast so much.. seriously wishing to go back in time..

Which reminds me to congrats those little kids for their convo. Aiseh. Aku lupa la. Planning to go to Shah Alam tonite ler. Also plan to buy some roses and teddy for E-na. Heheh. E-na's one of those juniors (cum my beloved sis) yang aku kenal masa kat UIA dulu. Balik awal ler hari ni.. florist tutup petang..

Thursday, August 12, 2004

Kepada Awak yang kita sayang,
Kita tahu kita banyak buat salah pada awak. Kita tahu kita banyak buat dosa dengan awak. Kalau la awak tahu apa yang kita dah buat, kita tahu sampai bila-bila awak takkan maafkan kita.

Wak,
Kalau kita mampu, kita nak mintak maaf dengan awak. Kita nak minta ampun dengan awak. Kita salah. Kita yang bodoh tak tahu nak menilai antara betul dah salah. Kita yang tak mahu menerima kenyataan yang sekarang adalah sekarang dan bukan masa lampau. Kita salah kerana kita enggan terima hakikat. Maafkan kita. Kita nak sangat bagitahu awak, tapi kita tak boleh. Kita tak mahu awak sedih. Kita tak mahu awak risau. Kita tak mahu hidup awak huru hara kerana kita yang jahat ni. Kita tahu kita budak tak tahu malu..

Awak yang kita sayang,
Kita tahu kita salah wakkk... kita selalu pura-pura dengan awak. Kita ketawa depan awak, tapi belakang awak kita nangis. Kita cakap kita happy untuk awak, tapi sebenarnya kita kecewa. Kita mintak maaf sangat-sangat... kita ni jahat sangat pada awak. Kita tipu awak. Kita tak ikhlas dengan apa kita cakap. Kita mintak maaf. Kita jahat.

Kita nak awak happy, sebab tu kita cuba happykan diri untuk bahagia awak. Tapi jauh dalam hati, kita tak yakin dengan apa kita rasa. Berat hati ni awak tahu. Kita pernah rasa macam dendam dengan awak. Kita dengki dengan awak. Kadang-kadang bila setan rasuk, kita macam sakit hati sangat-sangat.. dan kalau boleh nak awak pun derita macam kita. Kita nak awak nangis macam kita, sedih macam kita, sakit hati macam kita. Kita mintak maaf sekali lagi wakk.. kita tahu kita jahat..

Kalau awak tahu, kita pasti awak mesti takkan kawan dengan kita lagi. Kita tahu awak takkan respect kita lagi. Dan kita tahu awak takkan sayang kita lagi. Kita dah banyak sangat buat salah dengan awak. Kita nak minta maaf...

Kita nak terima realiti ni wak. Kita nak terima hakikat ni. Kita nak terima yang apa yang berlaku bukan salah awak. Kita betul2 sayangkan awak. Kita sayang sangat2 dekat awak kita tak mahu awak tersinggung. Kita kalau boleh nak awak bahagia sampai bila-bila. Kita nak awak tahu, awak dah miliki segalanya yang terbaik dalam hidup awak. Jangan biarkan orang macam kita yang jahat ni huru harakan hidup awak.

Awak yang kita sayang,
Kita tahu apa yang kita pernah dendam dengan awak, kita pernah cemburu dengan awak, iri hati dengan awak tu semua sebab kita takut. Kita takut sangat kalau satu hari kita tiba2 tersedar yang kita benci awak. Dan kita lagi takut awak benci kita. Kita tahu awak sayang sangat dekat kita. Kita pun sayang sangat kat awak. Kita ingat lagi tiap kali kita jumpa awak, awak happy sangat-sangat. Awak peluk kita. Awak cakap awak selalu rindu kita. Tiap kali itu juga kita rasa bersalah sangat-sangat. Awak baik. Kita yang jahat. Kita yang bodoh. Sebab tu kita nak minta maaf. Kita minta maaf sangat-sangat.

Kita tahu kita salah. Kita minta maaf. Kita nak awak tahu kita nak awak bahagia. Kita takde niat nak sedihkan awak. Kita nak cakap terima kasih sangat-sangat. Terima kasih kerana awak sayangkan kita. Terima kasih kerana percayakan kita. Terima kasih kerana terima kita seadanya. Terima kasih kerana anggap kita macam saudara kandung sendiri. Kita yang jahat. Kita yang tak tahu bersyukur. KIta yang tak appreciate keikhlasan awak.

Wakk..
Sekali lagi kita minta maaf. Kita salah banyak pada awak.

Daripada,
Kita yang sampai bila2 tetap sayangkan awak.

Tuesday, August 10, 2004

Percaya tak? Aku kat ofis lagi. Percayalaaaahh (dibaca ikut iklan kat ERA). ERA baru je announce sekarang dah jam 9.40 malam dan aku masih di sini. Kat ofis ni sorang-sorang. Kat tingkat tiga ni. Yang budak2 kecoh konon tak berana ada kat sini malam2 takut kena kacau. Alah. Aku kat sini buat kerja, bukan nak buat mengarut-ngarut.

Aku masih di sini sebab terpaksa siapkan kerja merja yang berbukit di meja aku ni. Hari Khamis ni ada Director's meeting. Aku kena prepare report yang aku dapat dari all departments. Penat giler. Dah buat first copy before this but my boss wanted to add few new things. So, here I am, struggling to finish 'em on time. Aku pun terpaksa masuk meeting yang sebelum ni aku tak pernah pergi tu. They need someone to take the minutes, heck there's noone else besides me. Meeting minutes hari Isnin baru ni pun belum siap. Itu pun nak kena siapkan sebelum Khamis. Coz by Thursday, the minutes must be distributed to all branches dah..

Aku puasa hari ni. Jadi dengan kerja yang banyak siang tadi, memang rasa macam nak pitam. Orang tua kat dalam bilik tu asyik memekak tak sudah. Lagi memeningkan jiwa aku, sengsaranya berganda2! Lepas buka puasa kat gerai Shima, aku naik balik kat atas. By the time I'm writing this, I've finished my 2nd draft copy of the Board of Directors' Management Report, but still have to get boss' approval tomorrow.

Aku nak kena balik. Nak singgah rumah baru Ina (used-to-be neighbour aku), tolong dia cat rumah. Hehehe. Aktif gila aku sekarang. Siang malam bergerak tak sudah.

Monday, August 09, 2004

The First Time..

1. 1st school you attended:
Sekolah Kebangsaan Paya Bunga2.

2. 1st friend you had when you entered school:
Azila Ismail. Used to be bestest of friends at that school. Cute, pretty gal.

3. 1st ambition:
Teacher

4. 1st award you received:
1985 - Standard 1 top 5 students for my class & Hadiah Kerajinan (Datang skolah) :P

5. 1st hero:
Captain Planet! He's the hero! Gonna get the pollution down to zero!

6. 1st time u were sent to the principal for disciplinary actions:
Never.

7. 1st time you failed in school:
I failed in my first ever interschool speech competition, just because I forgot the last paragraph.

8. 1st college entrance exam you took:
EPT - English Placement Test, Matric IIU 1996

9. 1st teacher in college:
Mrs. Sharifah Fazliyaton - COOOOL lecturer!

10. 1st job:
Data Entry Assistant at Accountant General Office, Terengganu branch - While waiting for my SPM result

11. 1st goal you achieved:
Berjaya rampas kuasa channel TV dari adik aku, Hafiz. Berebut tengok kartun. Hahahaha!

12. 1st crush:
Don't remember. Too many. Hehehe...

13. 1st person who gave you flowers:
A school kid masa buat program motivasi kat skolah mana ntah.

14. 1st date:
Date tu apa? Hahaahha

15. 1st boyfriend / girlfriend:
Muahahaha. U really think I'm gonna tell aa?

16. 1st kiss:
From my beloved niece.. Fiqa! :P

17. 1st movie you watched with a bf / gf:
I watched all my movies with my gfs hahahaha.

18. 1st fight with a bf / gf:
He made me Coffee all by himself and I questioned the taste. Hehe.

19. 1st break-up:
On my birthday few years back.

20. 1st time you cheated on your bf/gf:
Never.

21. 1st gift you received from a bf / gf:
Err.. does sms count?

22. 1st gift you gave to a bf/gf:
Hehehe.. a hand made card.

23. 1st record you bought:
Ruhil Amani- I was 12 okke!

24. 1st song you sang infront of many people:
Rasa Sayang - I was the lead singer for my Tadika choir.

25. 1st musical instrument you learned to play:
Kerincing. Ke apa ntah nama dia. Yang bulat2, macam kompang tu, tapi bunyi2.

26. 1st concert you watched:
Konsert kat kampung, masa tu ada buat Hari Keluarga kat kampung kot.. jemput penyanyi kampung la jugak. Kat padang skolah. :P

27. 1st celebrity you saw in person:
Wan Khadijah (Dewi Remaja) - orang kampung aku.

28. 1st TV show you really liked:
Moero Attack.

29. 1st book you bought:
Buku mewarna.

30. 1st sport you played:
4 X 100 m. Yeah. I really do.

31. 1st sleepover:
Tita's house in 1998.

32. 1st terrible fight:
I kicked out a used-to-be friend out of our room.

33. 1st prank:
Can't remember.

34. 1st debut party you attended:
Azila's. At school.

35. 1st time you entered a bar:
Never.

36. 1st wedding you attended:
My cousin.

37. 1st person who greeted you on your last birthday:
My sis, Nahar.

38. 1st friend in friendster:
Tita.

39. 1st time you got lost:
Globe Silk Store. Hahaa. I can't remember anything but everybody kept telling me the story. I was 3-4 years, and went to GSS with my mum. She was busy shopping when I suddenly vanished in front of her eyes. Only discovered me under an Indian lady's saree - that was, of course, after the lady screamed la. :P

40. 1st cellphone:
Nokia 3210.

41. 1st cellphone ringtone:
Lagu kebangsaan india tu.. then baru stick to Jika for nearly a year. Hehe.

42. 1st collection:
Stamp.

43. 1st time you felt proud of yourself:
Best speaker in my first Debate Competition - Form 1 - tho we lost.

Credit to http://s0lidmind.com/

Saturday, August 07, 2004

Semalam ke Shah Alam lagi. Fiza tertinggal kunci rumah dekat kedai duplicate kunci. Jadi aku dan Yan temankan dia pergi ambil balik kunci tu. Singgah ke Giant Seksyen 18 beli barang-barang dapur. Teringin nak makan Onde-Onde (buah melaka panggil orang sini) so ingat nak buat ler.

Lepas shopping di Giant, singgah tempat makan kat Seksyen 24 yang pernah pergi dengan family dulu. Tempat tu meriah, ada karaoke apa semua. Fiza orderkan air, aku dan Yan pi order makanan. Gilir-gilir jaga meja. Aku tak perasan masa aku dah ambil order makan, meja sebelah ada orang. Sedar-sedar je macam.. laa.. ramai rupanya. Ada group budak2 lelaki kat situ dalam 4-5 orang. Tapi aku tak ambil pusing walaupun ada sorang dua yang sibuk cuba nak menegur kitorang. Muka budak-budak teramat. Berhingus lagi agaknya.

Rimas jugak sebenarnya sebab diorang selamba je hisap rokok sebelah kitorang. Aku dah memang pantang orang yang tak reti nak hormat orang ni. Biadap betul. Minuman dah sampai pulak tu. nak suruh aku minum dengan asap rokok? Nasib baik masa makanan sampai diorang dah abis rokok. Kalau tak, ada la yang kena sound.. Bingit jugak la telinga dengar diorang mengusik-ngusik. Aku nak makan la weh. Takde mood ler nak kena ngorat.

Lepas makan aku pergi toilet ngan Fiza, tinggalkan Yan sorang-sorang. Balik-balik je nampak Yan dah kena kacau dengan one of the guys. Aik. Kejap giler tu aku tinggal. Aku buat muka selamba duduk tempat aku balik. Ada la pulak sorang lagi gatal mulut tanya aku "Hai, boleh berkenalan?". Hah. Alamak. Silap orang la dik. Pastu sorang lagi dok sibuk tanya nama la apa la. Aku buat-buat tak dengar. Cuak aku ni. Sori la, aku memang concious skit. Allergic sket dengan benda2 camni.

Paling best, aku malas nak layan so aku dengan selambanya buat-buat konon telepon aku berbunyi pastu aku angkat. Siap buat borak2 dalam telepon lagi. Yan dengan Fiza macam kompius kejap la sebab diorang tahu phone aku batteri dia flat. Hahaha. Aku buat muka serius giler tuu walhal dalam hati macam nak pecah perut gelak. Hahaha. Aku cakap sorang-sorang tuu..

Sebelum melarat, aku ajak diorang blah. Hahaha. Dalam kereta tanya Yan diorang cakap apa masa kitorang gi toilet. Yan cakap diorang tanya dari mana. Yan jawab Klang. Dia tanya lagi, belajar ke kerja. Yan jawab ntah. Diorang cakap tak macam orang kerja.. mesti belajar lagi. Fuuh.. terharu kejap ada orang cakap muka2 ni muka student..muahahahah.

Hehehe. Kesimpulan daripada cerita ini: Berapa kali aku harus cakap.. kitorang ni awet muda. Umur dah tua bangka pun muka macam budak berhingus lagi. Hahaha. ;P

Friday, August 06, 2004

Aku rasa nak tukar kulit le. I mean the blog's skin. It's been two n a haf years now and I haven't changed the design a bit! Punya la takde masa.

I've been to few other bloggers's place and most had already changed theirs many-many times. Gee... aku je la yang lembap sket. So I think i should do too. Still searching for the right colour of skin. Been thinking of black, but it would look gloomy and depressed. Since I'm waayyyyy passed the stage, don't think black is right anymore. Maybe I'll with red, or grey, or even orange. Orange sounds good. Hehe.

Nantilah. Kalau aku berjaya bersalin kulit blog ni aku cuba. Aku budak baru belajar. website design was no my cup of tea. So bare me if I make silly mistakes.

Talking about other bloggers, well, I've been in this world for 2 1/2 years and I've seen too many. Hahah. Sampai kadang2 aku boleh lupa kat mana aku dah sesat. I'v read blogs and once in a while, I leave in my comments. I do have few favs blogs but I'm not gonna mentioned it here sebab aku tak ingat diorang punya alamat. Hahaha. Anyway, its sad to see that some of those blogs yang aku pernah ikut hari-hari dulu (masa zaman2 awal), sekarang banyak yang dah tak terupdate. Ada yang still update walaupun bukan hari-hari macam dulu. Tapi ada la jugak mantain.. hehee. Macam la aku takde zaman tak update blog. Hehe. Pernah la jugak sebulan 2-3 kali je update. Bukan apa, aku ni dulu susah nak jumpa Internet. Sekarang hari hari jumpa pun tak selalu sempat jenguk. Kerja banyak...

Walaupun aku ni pemalu pasif sket banding dengan bloggers lain, I do hope that I'll always be here, Insya Allah. Blog ni dah jadi sebahagian hidup aku. Kat sini aku banyak belajar macamana nak yakinkan diri sendiri, tak jadi penakut dan berani ambil risiko...

*Nak bersohkan sawang-sawang, sapu sampah dan cat baru 'rumah' ni.*

Wednesday, August 04, 2004

Kalau sape-sape tengok meja aku sekarang, mesti geleng kepala. Meja aku penuh dengan kertas-kertas yang membukit dan dah ura-ura nak jadi gunung, fail-fail yang dah tunggang terbalik akibat asyik angkat letak angkat letak, dengan plastic folder yang bersepah-sepah sampai aku tensen nak cari documents, telefon memekak-mekak menjerit nama aku, bos kat dalam asyik melalak panggil aku dan semua orang sekarang cari aku nakkan dokumen tu la ini la.. dan paling best, aku kena siapkan SEMUA sekali bebanan2 tu sebelum lunch tadi. Hah! As if. Mampus la. Ingat aku robot apa?

Aku dah bengong ni. Dah tak boleh pk apa. Rasa nak campak je semua benda atas meja ni. Mana kerja ofis yang tak settle lagi, mana nak settle problem kat rumah lagi, personal things lagi.. penat tau tak. Kalau ikutkan hati, nak je aku bagi notis 24 hours sekarang ni. Tapi tu la, aku kerja bukan boleh ikut hati. Kena ikut otak.

Anyway semalam pergi Giant Shah Alam. Beli kipas meja satu, alas kaki dan apa nama tempat tengok berat tu..penimbang ke apa nama dia? Ala, yang nak ukur berat tu.. Hehhe. Sebenarnya sampai sekarang aku tak percaya lagi aku gi beli benda alah tu. Err.. weight scale ke? Lebih kurang gitu la kot. Biasalah, perempuan. Macamana sekalipun, teringin juga nak tahu berat badan naik ke tak. Tak kira la aku ni spesis kaki makan 6-7 kali sehari ke.. apa ke. Hahaha. S

Ramai orang tak percaya bila aku cakap aku ni suka makan. Badan je kecik tapi perut aku besar. Series! Especially weekend atau bila pergi kenduri/ rumah mak cik aku kat PJ/ rumah Kak Yong/ rumah kat Terengganu. Aku makan non-stop. Macam hari Ahad baru ni contohnya...

Pagi - Cekodok @ dalam bahasa Trg Jemput bawang/udang, tat nangka
Tengahari - Kenduri cousin aku - aku tak tau nasi apa tapi aku tambah 2 kali la
Petang - makan durian, cempedak, rambutan, tat nangka
Malam - A & W (ayam), ayam Ayamas, steak yang ayah cik masak, tat nangka, air

See..aku memang suka makan. Perut aku ni banyak compartment.. hehehe. Kawan-kawan memang susah nak percaya, sampailah diaorang tengok dengan mata kepala sendiri. Aku cakap itu aku, belum kakak aku, adik aku si Nahar dan keluarga aku yang lain. Kitorang semua memang suka makan. In other words, we enjoy food very much. Quote kata ayah, "Masa boleh makan macam-macam ni, makan je. Nanti dah tak boleh makan, baru nak menyesal."

Tuesday, August 03, 2004

Edisi Timur: RM19.60 Karak-Kuantan
Oleh Asrol
Awangam@hmetro.com.my

KUANTAN: Kadar tol Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Karak ke Kuantan ditetapkan pada kadar RM19.60 berkuat kuasa 1 September depan.

Penetapan kadar tol itu diumumkan Menteri Kerjaya Raya, Datuk Seri S Samy Vellu sempena pembukaan rasmi LPT sepanjang 169 kilometer itu di Plaza Tol Kuantan, di sini, semalam.

Justeru, Samy Vellu berkata, pengguna boleh mengguna dan melalui lebuh raya berkenaan secara percuma bagi tempoh sebulan bermula semalam.

“Berhubung kadar tol, ia dikira 12 sen setiap satu kilometer dan dianggap murah berbanding Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) iaitu 12.36 sen setiap satu kilometer.

“LPT ini dibina dengan spesifikasi empat lorong dua hala dengan kelajuan 120 kilometer sejam sepanjang 169 kilometer yang beroperasi secara sistem tol tertutup.“

Lebuhraya ini mempunyai lapan persimpangan bertingkat iaitu Karak, Lanchang, Temerloh, Jengka, Maran, Sri Jaya/Chini, Gambang dan Kuantan,” katanya.

LPT berkenaan juga dilengkapi tiga unit Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan jalan iaitu di Temerloh, Gambang dan Kuantan, empat kawasan rehat dan rawat (R&R), masing-masing dua di Temerloh dan Gambang serta enam hentian sebelah, masing-masing dua di Lanchang, Maran dan Kuantan.

Pembinaan LPT Fasa 1 bermula pada 15 Ogos 2000 dan sepatutnya siapa pada 14 Ogos 2003. Bagaimanapun, disebabkan beberapa masalah yang dihadapi ketika pembinaan, ia hanya dapat disiapkan pada 15 Julai lalu.

Beliau berkata, pembukaan LPT ini diharap dapat memberi kesenangan kepada penduduk daerah Kuantan, khususnya Pahang untuk ke Kuala Lumpur bagi tempoh singkat.

“Bagaimanapun, saya nasihatkan semua pengguna supaya memandu dengan berhemah. Kita perlu selalu beringat dengan slogan keselamatan iaitu Pandu Cermat Jiwa Selamat.

“Kemalangan jalan raya banyak berlaku berpunca daripada sikap dan kecuaian manusia itu sendiri.

“Sekiranya pemandu mengamalkan sikap bertolak ansur, bertimbang rasa, bersabar dan mematuhi arahan lalu-lintas, kemalangan dapat dielakkan,” katanya.

Dengar tu.. highway balik kampung aku dah siap. Walaupun tak terus sampai Terengganu, tapi takat Kuantan tu ok la.. short la skit journey. Ayah, mak, mak ngah, ayah ngah and Fatin dah rasmi semalam. Seronok gak la sebab lepas ni tak payah berkampung dalam kereta sampai 7-8 jam lagi (atau 13 jam masa banjir). Lepas ni 5-6 jam dah boleh sampai rumah. Yeay! Yeay! Selalu la aku balik kampung lepas ni.

Cuma yang tak tahan tol dia la.. sebelum ni jalan lama cuma bayar dalam RM5.00 je.. sepanjang perjalanan. Sekarang, mak aai... dekat RM20 tu.. berapa kali ganda tu? (Sorilah aku malas nak kira takut salah).. Bulan ni free tapi aku x tau boleh balik ke tak sebab nearly every weekend ayah mak turun KL. Nak balik masa bila?

Dan mintak2 jugak tak payah harung banjir lagi. Dah dua kali aku terkena. Sekali masa balik stuck 9 hours on the road and the other one on the way back to KL, stuck 13 hours on the road. Terseksa jiwa raga. Tapi nasib baik la masa stuck 13 hours tu aku boleh cuci mata dengan jayanya.. ehhehe.

Monday, August 02, 2004

KAU tak pernah tahu apa yang AKU rasa. Kalau AKU dapat khabarkan, dah lama AKU cerita. Tapi AKU tak mampu. KAU tak pernah tahu kenapa AKU buang KAU dari hidup AKU dulu. KAU tak pernah tahu mengapa AKU biarkan KAU pergi dari AKU. KAU tak pernah tahu mengapa AKU sanggup bunuh perasaan sendiri...

KAU tak pernah tahu bagaimana sakitnya untuk AKU bunuh rasa itu. Berperang dengan perasaan, berlawan dengan kenyataan. Betapa AKU cuba lari dari semua itu. Betapa setiap hari AKU cuba melawan rasa yang bertandang. Setiap malam AKU cuba menyedarkan diri tentang kenyataan yang amat sukar kutelan. Setiap doAKU beriring kekuatan untuk meyakinkan diri bahawa AKU telah membuat keputusan terbaik untuk semua orang. Setiap ketika AKU perlu mengingatkan diri yang AKU perlu hidup tanpa KAU di sisi. Ingat itu mudahkah?

KAU tak pernah tahu betapa deritanya pengorbanan. Mengenepikan diri untuk orang lain. Membunuh hati untuk bahagia yang lain. Tersenyum saat hati menangis. Ketawa saat jiwa merana. Mengelar kehendak diri untuk harapan orang. Jika korban itu perlu untuk KAU gembira, maka AKU sanggup berkorban. Jika restu AKU penting untuk buat KAU bahagia, maka AKU akan merestui sepanjang hayatku. Dan jika senyum AKU boleh membuat KAU ria, AKU sanggup senyum sampai bila-bila. Walau airmata kering di jari.

KAU tak pernah tahu tiap kali kenangan bertamu, pedihnya sampai ke tulang. Cengkamannya sampai ke jiwa. Diusik tak sedar, disentak tak jaga. Menggila AKU mahu lupakan semua. Demi kenangan yang bertubi-tubi menyerang. Mengusik rasa yang telah lama AKU mahu kuburkan. Hidup dalam tekanan, dalam pengorbanan yang tak henti-henti. Susah benarkah hidup ini? Sampai begini sekali harus AKU lalui? AKU takut. AKU tak nak rasa macam ni lagi.

KAU tak pernah tahu kerana AKU mahu KAU bahagia. Walau bukan dengan AKU. AKU bodoh kan? AKU GILA kerana masih derita kerananya. Masih sakit kerananya. AKU mahu teruskan hidup. AKU mahu terima kenyataan itu. KAU mahu AKU bahagia, macam KAU bahagia sekarang. AKU pun mahu bahagia... tolonglah.

Ya Tuhan.. berikanlah AKU bahagia. Berikanlah AKU ketenangan.. berikanlah AKU kekuatan.. AKU sudah terlalu penat kerana sakit itu... Walau dikelar hati AKU sekarangpun, sakitnya sudah hampir sebati dalam diri. Terlalu sebati sehingga AKU dah tak tahu nak rasa apa-apa lagi.

AKU mahu KAU tahu semua ini. AKU ingin khabarkan pada KAU tentang segalanya. Sayang AKU tak mampu.

Dan AKU mahu tinggalkan lelah AKU di sini. Lepaslah. Titik.