Friday, July 30, 2004

Miyyah lain sikit dari kakyong, sebab dia tak pernah duduk asrama (sekejap jer kat Sheikh Abdul Malek), dan memang menjadi penghuni setia rumah. Cuma sejak dia masuk UIA jer dia tak ada kat rumah. Sblm ni, memang life dia kat rumah, rumah tok yang. Even aku rasa, antara semua adik beradik aku, diala yang paling rapat ngan keluarga sebelah ayah, dah dia pegi Sh Malek ngan Mak Ani tiap tiap hari dulu, kekadang tido situ.. mana tak rapat nyer.
 
Ayah pernah cerita pasal adik beradik mak. Ayah Wa ngan Ayah Man pendiam sikit berbanding Ayah Ngah, walaupun mereka lebih kurang umurnya. Ini kerana mengikut ayah, Ayah Wa ngan Ayah Man belajar kat luar, jadi mungkin tak banyak masa bergaul ngan famili... so itulaa yang pendiam sikit. Begitulaa jugak aku rasa Miyyah kot.

Aku ngan miyyah dulu selalu bersama dalam banyak bende. Kena rotan sama sama, pegi ngaji sama sama, pegi sekolah Gong Kapas sama sama... banyaklaa. Few years back, kitorang bincang pasal kerjaya, macamana aku cerita cikgu sabri bagitau kalau buat nurseri utk budak budak, dgn kita take care anak org pagi sampai petang...sedia makan minum semua (ni semua cadangan cikgu sabri), rupanya miyyah pun ada idea yang lebih kurang sama!!

Miyyah jugak tak macam adik beradik lain dari segi pergaulan. I mean, org lain macam reserve sikit, termasuklaa aku, biler bersama famili. Mungkin Nahar lebih lebih kurang macam miyyah kot dari segi ni. Tapi aku, asyraf apatah lagi... dan kak yong... memang boleh dianggap pendiam. berbeza ngan sifat ayah... di mana biasanya dialaa yang membina percakapan bila ngan adik beradik. Tapi aku jamin, walaupun Asyraf/ kak yong mungkin pendiam sikit depan sedare mara, tapi diorang sebenarnya banyak cakap jugak biler ngan kawan kawan. Aku rasa aku ambik contoh ni berdasarkan diri aku sendiri laa kot. Kak yong aku jamin memang macam tu. Asyraf.. aku tak tahu sangat sebab tak jumpa lagi kawan kawan dia macamana. Tapi aku rasa tak lari jauh.

Miyyah juga adalah yang dalam famili aku ambik subject bukan science sebagai 1st degree (yelaa, manalaa tahu lepas ni aku berminat jugak nak ambik law ker.. agama ker..). Ayah suka sebab at least adalaa sorang anak dia yang pandai dalam bahasa inggeris.. siap belajar sastera semua. Yang lain, oklaa kot, cuma memang miyyah hebatlaa.. dah ada degree dalam bi. lagipun, memang sifat miyyah yang berani (bercakap, kedepan dsbgnya) sesuai dgn course dia.
 

Though I don't think that everything he writes about me is true.. I do appreciate it. :) Meet my bro HAFIZ.

Thursday, July 29, 2004

There's so many to tell and I don't know where to start. Hmm.. lets see.

Last night we went to The Westin, Bukit Bintang KL for dinner. Spent about RM 300 for dinner only. Hahah. Macam kaya gi makan kat 5 star hotel. :P There's 6 of us, 4 guys and 2 girls - me and Shima. The food was not really that good. As Fadzlee said "Best lagi lauk kat Jamali (kedai depan ofis)." Membebel je dia sepanjang malam. Haha. Sebenarnya dapat 6 vouchers worth of RM50 each for any restaurant at The Westin. Makan free, sape tak nak. :)

Vouchers tu dated 29th January 2004 and will expire on 29th July 2004. Dah lama dapat tapi takde masa nak kumpul ramai-ramai pergi sana. Bila baru tersedar dah nak tamat tempoh barulah masing-masing panic. Haha. Aku buat reservation petang tu, malam tu jugak pergi. Heheh. Penat memang la penat, tapi enjoy la jugak pergi ramai-ramai camtu. It's been a looonggg time since I last experienced the fun. Hehe. Punya la lama tak enjoykan diri sendiri.. keluar jalan2 pun jarang sekarang ni. Weekdays la kot sekali sekali jalan2 dengan budak2 rumah. Weekend banyak habis masa kat rumah Kak Yong je.

So last night was fun la. Release tension kerja. Budak-budak tu pulak asyik buat lawak je manjang.. sepanjang makan asyik ketawa. Lagi kelakar bila ada yang tersilap order. Pecah ketawa dibuatnya. Nasib baik la makan free. Mula-mula sampai semuanya segan-segan. Main tolak-tolak suruh ke depan. Sudahnya aku yang kena tanya pasal diorang cakap aku yang book. Aku dahlah bukan gemar sangat cakap dengan strangers...kaki buli betul. Pastu skit2 buat lawak bangang. Since we 've booked earlier, they've prepared a nice table for us, macam candlelight dinner la. Macam romantik babas. Yang spoilt the mood, Ami gatal pergi tiup lilin2. Dia cakap dah terang pakai lilin lagi buat apa. Pastu dia gelak-gelak. Jahat betul budak tu.

Kitorang pergi dua kereta, parking kat Lot 10. Aku memang boleh kira ngan jari la berapa kali je pernah pergi kat situ b4 this. Itu pun ikut orang. Semalam first time la kiranya aku masuk KL area Bukit Bintang drive dari Klang. Kira macam Klang - The Westin - Klang. Waah. Pencapaian terbaru tu. Aku belajar jalan baru. Sori la ya, aku budak baru belajar guna kaki 4.. selalu public transport je. Hehhe. Sebab kami sampai awal di Lot 10, sempat la kejap pergi Tower Record yang dah nak tutup pasal nak transfer gi KLCC. Ada sale tapi tak beli apa pun. Bukan bawak duit lebih.

Balik rumah sampai dalam pukul 10.40 malam. Penat memang penat. Tapi sebab aku dah terminum iced cappucino yang pahit nak mampus kat hotel tu, mata aku segar je. Pukul 2 baru lena.

Ada berita baik. Semalam gaji keluar. Alhamdulillah dapat increament gaji. Dapat la sikit walaupun 6% je naiknya. Dapatlah jugak arrears for 6 months. Murah rezeki la sikit bulan ni. Lega la jugak pasal banyak nak guna duit. Mana nak bayar duit kereta lagi dah RM500++, duit ayah ada ngan aku lagi RM500, nak repair & servis kereta lagi, sewa rumah baru lagi, top-up card lagi, minyak lagi, insurance lagi, makan lagi.. bla-bla-bla banyak tu.

Lepas dapat increament ni aku dah tak boleh claim OT. Keje la sampai malam pun tak boleh claim. Kalau kena kerja weekend ke apa ke, entitled untuk dapat replacement leave je. Tapi okay gak. Tambah cuti aku yang semulajadi menipis tu. End of August kena pergi Melaka, ada Auto Show kat Dataran Ayer Keroh. Pening juga coz aku tahu last August punya weekend, my parents akan turun KL. Kak Yong due 31st August. Alahai. Frust kejap. But this is one of the ways to show that I'm really committed to my work, and gain the new boss' trust. I really need that kalau tak nak tensi makin tinggi.

Wish me luck in everything I do. Thanks.

Monday, July 26, 2004

Pening.
Sakit kepala.
Berdenyut-denyut.
Sakit badan.
Lenguh-lenguh.
Macam rasa nak muntah.
Dizzy.
Pressure.
Stress.
THIS IS A TORTURE!!!!
Seriously, I don't think I can handle the pressure.
I can't give up though.
I have to show them.
I'm strong enough to face these stupid things everyday.
I can't say much.
I lost my appetite nowadays.
People keep on commenting my weight loss.
Ya rite.
I still eat a lot tho.
I can't think properly.
I can't even think of anything right now!
And I have to face every inch of these everyday.
Imagine that.
Give me another 3 months and I'll end up in a mental ward.
And still,
Everybody said that the show must go on.

Hahh? Tell me then.. when will it stop?

WHEN? WHEN? WHENNNNNNNNN??

Saturday, July 24, 2004

TRIFLE BUAH-BUAHAN

 
Bahan-bahannya:

Serbuk kastard
Susu segar (fresh milk)/ gula
Kek gulung
Mix fruit koktail
Serbuk jelly (preferably Lady’s Choice – Strawberry)
Air panas

Cara-cara membuatnya:

1.      Buat kastard:
a.       Masak susu segar dan air lebihan mixfruit (Sedikit gula jika ingin kastard lebih manis)
b.      Serbuk kastard dicairkan sedikit dan masukkan ke dalam susu yang sedang dipanaskan di atas api (a)
c.       Kacau hinga sebati dan likat (berbentuk pepejal)
d.      Biarkan sejuk sendiri (sekejap je)

2.      Sementara itu, potong kek gulung dan alaskan di permukaan paling bawah bekas trifle. Taburkan mix fruit koktail di atas kek.

3.      Curahkan kastard ke dalam bekas tadi. Taburkan mixfruit koktail di atas kastard. (Hirisan buah-buahan lain juga boleh digunakan)

4.      Kacau serbuk jelly bersama air panas ( mengikut sukatan yang di beri di kotak jelly)

5.      Curahkan jelly yang masih cair untuk lapisan terakhir dan sejukkan di dalam peti ais.

6.      Untuk lebih berseri, hiaskan dengan buah-buahan strawberry/ kiwi dan krim putar (whipped krim)

Kalau berani, cuba le. Kalau jadi bagitau. Dah lama tak makan trifle.. gian la pulak.. :)

Thursday, July 22, 2004

Mari berbalas puisi.

Menunggukah pungguk
Atau masih terintai bulan
Di liuk awan
Dah munculkah bintang
Atau masih bersembunyi
Di gelap malam
Bertitip khabar dari utara
Berutus kilau dari redup hujan
Menyapakah?

Mahu akurkah pada setia bulan
Atau masih mencarikan pada sinar bintang?
Walau telah ternokhtah
Yang takkan mungkin dapat digapai
Walau setinggi mana pungguk terbang?

May 26, 2004. 5.15 pm.

Itulah kali pertama aku berbalas puisi dengan diri sendiri. Selalunya pantun je. Dan tiba-tiba tergerak hati nak letak kat sini. Enjoy.

Bila bulan bersuara
Pungguk mendongak wajah
Untuk bayu mula bicara
Terlayu hitam mata
Tanda kilau kabur cahaya
Menyeru balas dari titip khabar
Menegur dari kilas angin
Dan menyapalah

Pada setia pungguk yang terpadu
Tersahut resah bulan pada rindu
Terdakap pada bintang yang bertamu
Memangkir kata dalam doa
Tidak bersatupun rasa
Bukan bermakna cinta tiada.

May 27, 2004.
3.20 pm.

Wednesday, July 21, 2004

Sakitnya!

Rasa macam nak menyumpah-nyumpah semua orang hari ni. Muncung mulut aku pun dah berapa inci dah ni. Tapak tangan masih lagi terasa peritnya.. merah lagi warna kulitnya.. sakit menahan lantai tadi. Pinggang rasa senak dan sengal-sengal. Sakit.. Dah bergenang rasanya air mata.. sedih betul. Rasa ntah apa-apa. Nak menangis la ni..

Dengan tangan yang masih sakit-sakit, pinggul yang aku rasa macam nak patah, hati yang lagi nak menjerit geram, tension yang melampau-lampau sekarang ni, kerja-kerja tak logik yang aku kena buat, mau kepala aku pecah lagi. Dah banyak sangat benda dalam kepala aku..
Dah la lapar giler.. tak sempat ambil breakfast pagi tadi. Nak gi lunch nanti pun rasa tak larat. Betul-betul rasa kena buli. Boleh la berlakon cerita Buli 2 Afdlin Shauki. :(

Makan Mc Donald ler tengahari ni.

Tuesday, July 20, 2004

Dah confirm pindah lagi hujung bulan ni. Hahaha. Dan ak confirm jugak mak ayah, kakak dan adik-adik, makcik pakcik, sedara mara dan kawan-kawan akan menggeleng-geleng kepala lagi. Tak serik-serik aku ni pindah randah agaknya. Exercise angkat meja, tv, almari, dapur. Hehehe.
Aku betul-betul harap kali ini kali terakhir aku pindah randah macam ni. Tempat baru ni okay. Belakang ofis. Kawasan perumahan, tapi kecik je la. Kitorang panggil Rumah 30 sebab nombor rumah tu 30. Cute je rumahnya. Teres satu tingkat dengan 3 bilik. Baru sebulan rumah tu kosong, sebelum tu famili yang tinggal. Jadi ada lagi la saki baki meja, periuk, penyapu dan penyodok sampah yang ditinggalkan. Masuk-masuk je rumah tu, dinding dia dicat kuning dan hijau. Peergh. Confirm tuan rumah orang Kedah! :) Nasib baik warna-warna tu favourite aku, jadi macam excited la jugak sekejap. Sekarang kami berempat, dan mungkin tambah sorang lagi jadi berlima, ok la tu. Porch depan rumah pun besar jugak la. Muat la untuk dua kereta.

Paling aku berkenan environment dia. Semua kat situ banyaknya keluarga. Rumah bujang aku tak jumpa pun lagi.(Untuk mengorat) Hehhe. Baguslah jugak. Neighbours pun nampak macam okay. Tuan rumah pun okay. Rumah tu pun letaknya betul-betul jalan depan. Terang benderang jalannya. Ada gerai jual nasi lemak, jual burger. Kira malam pun meriah la jugak..

Dan kerana memikirkan safety kitorang yang ramainya penakut, aku setuju je le nak pindah bulan depan. Paling penting, kawasan tu bukan tanah rendah. Takde la banjir lagi, InsyaAllah.


Saturday, July 17, 2004

Sakit kepala lagi.
 
Masalah lagi. Aku tak tahu apa nak buat lagi. Sebelum ni aku selalu tengok drama dalam tv, tapi sekarang drama tu berlaku depan mata sendiri. Apa aku nak buat?
 
Aku memang kurang senang dengan dia. Apa lagi dengan perangai dia yang makin tak senonoh tu. Sakit hati ada la.  Lepas tu boleh buat muka selamba macam dia tak salah apa.
 
Aku tak tahu apa lelaki tu dah cakap, dah guna-gunakan dia sampai cakap kami semuanya salah. Lelaki tu je yang betul. Bila kita nasihat, dia boleh lawan balik dengan angkuh, hal dia jangan nak sibuk masuk campur. Aku pun tak suka masuk campur hal orang, tapi kalau dah perkara mungkar berlaku depan mata, nak biarkan aje ke? Aku tak tahu dia buta ke apa. Aku betul-betul tak faham kenapa dia boleh jadi macam tu punya bodoh. Sekarang aku percaya orang cakap, cinta boleh buat manusia lupa segalanya. Ye la, sampai ada yang sangkup lupakan keluarga, lupakan agama semua..
 
Salahkah kalau sebagai teman serumah menegur perlakuan sumbang di depan mata? Dia bukan budak bodoh. Dia manusia terpelajar. Tapi belajar sampai ke universiti pun bodoh jugak. Kata dia semuanya betul. Kami semuanya salah.
 
Kawan, kau tak faham-faham lagikah? Meruntuhkan istana orang lain itu besar dosanya. Menggoncangkan masjid orang yang dibina itu dilaknat Tuhan. Dia bukan satu-satunya lelaki dalam dunia ni. Ramai lagi lelaki bujang, kenapa dia yang kau gilakan? Tak terfikir ke tentang isterinya yang hari-hari menangis, anak-anaknya yang masih perlukan bapa mereka? Kau memang dah gila! Gila kerana sanggup hancurkan hati mereka yang tak bersalah. Apa ada pada lelaki itu?
 
Bukan sekali cuba kami katakana padanya yang lelaki itu bukan lelaki yang baik. Bukan sekali dua, malah banyak kali sudah teman-teman terserempak lelaki itu bersama perempuan-perempuan lain yang entah dari mana asalnya, bukan sekali dua aku sendiri terpandang lelaki itu cuba menjerut mangsa lain. Dan bukan sekali dua juga kami cuba khabarkan pada dia. Tapi dia tetap menidakkannya.
 
Sampai bila lagi kami semua nak bersabar? Kami betul-betul dah jauh hati dengan perangai dia. Kami dah cakap apa yang sepatutnya. Kami dah cuba menegur, dengan dah cuba menghalang, dah cuba menasihat. Dah berbuih mulut menegur. Tapi dia tetap degil. Buat-buat tidak dengar. Lepas tu menyeranah kononnya kami iri hati, cemburu. Cukuplah. Jangan sampai kau menyesal. Kalau melutut depan aku pun nanti belum tentu aku tolong.

Friday, July 16, 2004

Miyyah may explode without warning
M
EXPLOSIVE

Username:

From Go-Quiz.com

1. Semalam rumah banjir. Satu rumah nekad nak pindah. Takkan terlarat nak angkut mengangkut lagi setiap kali hujan lebat..! Masuk kali ni dah 5 kali aku pindah rumah sepanjang bermastautin kat Klang ni. Agaknya aku dah kena badi rumah la.. kesian aku. Kalau mak tau ni, mesti geleng kepala lagi. Petang semalam jugak pergi survey kawasan sekitar cari rumah untuk di sewa. Jumpa la jugak 4-5 buah, tapi baru telefon 2 rumah. Petang ni jumpa tuan rumah yang pertama. Area ofis jugak. Senang sikit nak pergi kerja. Harap-harap hujung bulan ni bulan terakhir aku kat rumah lama ni.. :)

2. Pressure kat ofis makin meninggi. Aku betul2 tak tahan lagi.. hari2 sakit kepala tak guna juga. Aku pun memang tengah cari kerja lain la ni. Pagi tadi tengah sibuk-sibuk dan tengah bad mood yang teramat, ada orang call. Tergamam kejap bila dapat panggilan interview Ahad ni for English Tutor. Cuma yang aku rasa serba salah skit sebab jawatan tu untuk contract je. Risau la jugak kan. Tapi aku rasa mungkin aku pergi dulu tengok macamana. At least boleh asah skill interview balik.. tak la berkarat sangat.

3. Kereta TAA (dibaca TA-A) yang usianya dah nak masuk 4 tahun setengah tu manja sangat. Lampu depan belah kiri nak kena repair, dah malap. Malam2 susah nak gi pasar malam. Cermin seat penumpang depan pun dah susah nak buka. Minyak brek nak kena letak, asyik menjerit je tiap kali tekan brek. Stereng pun nak kena letak minyak, atau paling bagus kalau boleh tukar power steering. Allignment dah lari. Air cond pun dah macam nak habis gas dah. Aduh. Banyak tu nak kena check. Nak kena ganti. Nak kena tukar.. duit lagi tu..!

Aargh. Sakit kepala!

Thursday, July 15, 2004

Rumah aku banjir. Haha. rumah sewa banjir. aku gesa2 ni. Nanti aku cerita panjang. Esok ke, kalau aku tak cuti kemas rumah. Tadi pusing2 keliling kawasan ofis cari rumah sewa baru.

Nanti aku cerita. Nak cepat ni.

Wednesday, July 14, 2004

Tuhanku
Seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Dekatkanlah dia padaku
Satukan hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan di antara kami
Agar kebahagiaan itu abadi.

Dan Tuhanku yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup
Ke tepian yang sejahtera

Tetapi Tuhanku,
Seandainya telah Kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luput dari ingatanku
Dan peliharakanlah diriku dari kecewa

Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah daku kekuatan
Melontar bayangnya ke dada langit
Hilang bersama senja merah
Dan gelap pekat malam
Agar aku rasa bahagia
Walau tanpa dirinya...

Dan Tuhanku yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkan kembali yang telah patah...
Meskipun tiadakan sama dengan dirinya.

Jika benar cinta ini cinta sejati
Maka bebaskanlah ia
Jika ia benar-benar cinta suci
Ia akan datang dengan sendirinya
Tetapi jika ia pergi dan tidak berkunjung lagi
Maka anggaplah cinta ini memang tidak wujud
Dari awal lagi...

Someone gave the poem/doa to me in 1996. I typed it and printed it out. The first copy is still neatly slipped between pages of my 2000 diary. :)

Saturday, July 10, 2004

Ayah, mak, Hafiz dan Lisa datang Puchong dari Terengganu hari ni. Dan aku baru je terlupa nak ambil kad untuk ayah kat rumah tadi..

6 Julai lepas birthday ayah. (Aku terlupa nak masukkan itu dalam entry lepas.) Tahun ni, genap usia ayah ke 56 tahun. Walaupun dah makin berumur, tapi aku tengok ayah mantain lagi. Tetap hensem macam zaman muda2 dia dulu. Hhehe. Dulu pernah ada seorang kawan sekolah ayah datang rumah.. borak2 terkeluar cerita diorang lama2. Katanya adik aku si Hafiz tu rupanya saling tak tumpah raut wajah ayah. Hhehe. Biasalah. Dah namanya bapak dengan anak...

Ayah yang aku kenal mudanya dulu agak panas baran. Yelah, masa aku kecik2 dulu asyik aku dan Hafiz yang selalu kena padahnya. Hhehe. Rotan, lidi, pembaris panjang semua kami dah rasa. Kalau pergi sekolah tangan kaki berbirat tu biasalah... almaklumlah, kitorang selalu tag team buat aktiviti2 terlarang contohnya main banjir, pergi mengaji tengahari tapi tak balik2 sampai Maghrib, suruh mandi tak nak mandi, tak sembahyang, bergaduh.. pendek kata semua la.. hehe. Salah kitorang jugak la tu. :P

Tapi ingat aku lepas dia balik Haji masa aku Form 3 dia dah tak marah2 macam dulu. Dah berkurang la walaupun kitorang tetap selalu kena rotan jugak. Hhehe.

Dari kecil kami adik beradik diterapkan dengan disiplin yang tinggi oleh ayah. Keluar bukan boleh sembarangan keluar, nak pergi mana2 datangnya berhantar, pulangnya berambil. Percayalah, aku belajar naik bas pun masa form 3, tu pun sebab nak gi buat Kerja Kursus.

Tak hairan sebenarnya. Lagipun ayah aku dulu bekas cikgu disiplin sekolah menengah. Dulu aku selalu jugak protes dalam hati.. ini tak adil, itu tak fair.. tapi sekarang dah dewasa (chewah!), baru terasa betapa bersyukurnya aku ayah aku buat macam tu dulu. kalau tak, agaknya aku tak berapa jadi orang sekarang...

Semakin meningkat usia aku, semakin aku menghargai segala penat lelah kesabaran ayah (dan mak) menjaga dan melayan kerenah aku. Aku tahu, aku ni lain skit dari adik beradik yang lain. Yang lain semua otak sains, aku sastera. Semua ambil Engineering, Medic, aku ambil English. Hahaa. Perangai aku, gaya aku, attitude aku semuanya lain. Bersyukur sanga2 sebab ayah dan mak aku banyak faham aku, dan biar aku buat pilihan sendiri dengan apa aku nak buat dalam hidup aku.. Sebab tu dulu bila aku cakap aku nak ambil English as my first degree diorang happy untuk aku.

Aku rasa aku banyak warisi perangai ayah. Rupa banyak ikut belah mak. Tapi perangai.. ikut ayah. Degil, keras hati, in love with arts and literature.. pendek kata aku banyak ikut favourite ayah. Agaknya sebab tu aku agak rapat dengan ayah. Sampai kalau adik beradik lain nak apa2 dari ayah semuanya cari aku dulu. Sebab diorang tahu kalau aku yang cakap, ayah tak banyak kerenah.

Tulah ayah aku. Yang baik, yang unik, yang memahami, dan yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya..

And that's why I'm really proud of having the best man in the world as my dad. Happy birthday dad.

Friday, July 09, 2004

Setiap orang adalah juruterbang pada pesawat yang dipandunya sendiri.

Lihat angkasa. Setiap yang berada di angkasa dianggap hebat. Ia bukan sahaja hebat malah luar biasa serta unik sekali. Burung dikagumi kerana keupayaannya menghiasi alam. Hanya burung mampu melakukan begini. Maka burung dianggap hebat, luar biasa dan unik.

Apabila manusia mula berusaha terbang sebagaimana burung, maka terciptalah kapal terbang. Setiap yang mampu terbang menggunakan kapal terbang dengan sendirinya meletakkan martabat dirinya ke tahap lebih tinggi. Mereka yang mampu memiliki kapal terbang serta memandunya sendiri malah dianggap luar biasa dan hebat sekali.

Setiap kali anda mendongak ke langit kerana terkesan oleh gauman kapal terbang, ingat anda juga sedang memandu pesawat anda sendiri di bumi. Setiap daripada kita sedang memandu pesawat kita. Ke mana hala tuju kita kitalah sendiri yang menentukannya. Jika kita mahukan ia selamat ke destinasi maka pandulah mengikut peraturan-peraturannya yang sedia ada.

Sebuah pesawat udara mampu terapung-apung di udara serta melusup dengan lajunya ke destinasi kerana ia menurut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuknya. Tidak mungkin sebuah kapal terbang sebegitu berat boleh terapung dan melusup dengan lajunya tanpa beberapa hukum yang terpaksa dipatuhi.

Pesawat yang sedang kita pandu ini juga tertakluk pada hukum-hukum dan peraturan-peraturan tertentu. Hukum-hukum itu telah ditentukan. Jika mahu selamat patuhilah hukum-hukum dan peraturan-peraturan itu. Ia telah ditentukan oleh Pencipta. Dia-lah TUHAN yang maha berkuasa menentukan apa saja untuk kita – bahan ciptaannya, sebagaimana pencipta kapal terbang telah menetapkan semua ciri untuk sebuah kapal terbang selamat menguasai angkasa hingga ke destinasi.

Sifir ini mudah difahami tetapi tidak ramai yang faham tentang keperluan mematuhinya. Jika setiap orang adalah juruterbang pada pesawatnya sendiri, mengapa ada orang sanggup menjerumuskan dirinya ke lembah hina. Mengapa manusia tidak mahu mengambil semua peraturan yang telah ditetapkan walhal itulah yang menjamin perjalanannya selamat.

Dalam Surah At-Taubah ayat 51, nyata disebut, “Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH. DIA-lah pelindung kami dan hanya kepada ALLAH orang beriman harus bertawakal.”

Dan jika pun pesawat diri menghadapi masalah meskipun telah dikendalikan dengan sebaik-baiknya, bahawa setiap keburukan dan kesusahan itu ada kesenangan yang menanti.

Dalam Surah Al-Insyirah ayat 5 – 6 disebut, “Sesungguhnya pada setiap kesusahan itu ada kesenangan. Maka pada setiap kesusahan itu ada kebaikan.”

Hidup adalah perjalanan menuju destinasi. Agama yang sebenar adalah kenderaan menuju destinasi sebenar.

Selagi kita menarik nafas kita sebenarnya sedang memandu pesawat kita sendiri. Ke hala mana yang kita bawa ke situlah kita akan berakhir. Ingat peraturan-peraturannya dan ingat hukum-hukumnya semoga pesawat tidak terhempas dan kalaupun terbang laju tidak menuju hala yang salah. - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj.


Aku sebenarnya dalam proses mengkhatam buku Membina Hati Bahagia oleh Dr. Tuah yang dah 3 hari dipinjam dari Ina tapi tak habis-habis sebab selalu sibuk dengan kerja. Sekarang cuba mencuri masa-masa terluang yang masih ada. Tersesat pula ke website Dr. Tuah. Terberkenan pulak pada artikel yang satu ni.. :)

Thursday, July 08, 2004

Aku sibuk sket. Dua tiga hari ni asyik balik pukul 7-8 je. Penat. Dahlah air cond kat ofis ni sejuknya menggila.

Entry kali ni aku nak bercerita. Cerita lama yang berlaku beberapa tahun sudah. Kalau tak silap, tahun 2000 dulu. Aku dah letakkan cerita ni kecik di sudut kepala aku, tapi semalam aku teringat balik bila seorang teman merangkap jiran tetangga aku (hahaha) keluarkan soalan.. "Pernah tak ada satu masa.. tiba-tiba rasa attracted kat seseorang? Rasa macam dah kenal lama walaupun itu first time kita jumpa dia?" Muaahahaha. Sebelum tu dia first tanya soalan lain - "Pernah tak sedar ada orang admire kita?". Tapi soalan tu aku memang failed la nak jawab. Sebab selalunya aku ni blur. Lambat pick-up. Hehe.

Dan bila dia tanya soalan nombor dua tu, aku teringat kisah lama. Tergelak aku. Ceritanya simple, dan aku pun tak tau sebab apa ianya beri kesan kat aku.. heehehe..

4 tahun sudah, aku, cousin aku Nadiah and her friend (yang aku ingat lupa nama dia) balik kampung sebab cuti. Masa tu bukan hujung minggu tapi stesen bas penuh dengan umat2 IIU sebab cuti semester panjang. Sebab kitorang tiga orang semuanya, jadi Nadiah dan kawan dia duduk seat sebelah menyebelah. Dan aku, terpaksalah share seats tu dengan stranger. Masa mula2 naik bas TRA*SN*S*O*AL pukul 10 tu, aku risau gak, kot2 yang sebelah aku nanti yang ntah apa2. Sebab pengalaman aku naik bas bukannya sekejap. Macam2 kerenah orang dah aku jumpa. Takut la jugak terduduk di sebelah yang gatal ke.. risau. Bila dah jumpa seat, aku frust kejap bila yang sebelah aku tu lelaki. Ye lah, 7-8 jam atas bas malam2 bukannya sekejap. Nasib baik seat sepupu aku sebelah je. Jadi ok la. Sambung cite.

Budak tu senyum, aku tak senyum balik. Angguk je. Budak tu mengadap tingkap, jadi aku yang belah luar ni layan la borak dengan sepupu aku. Bila bas mula bertolak, aku pun duduk la diam2. Dan sebab aku ni memang bukan spesis yang suka bercakap dengan orang yang aku tak kenal, aku buat bodoh je la. Sekali dia tegur, tanya balik mana. Berbasa basi, aku jawab sepatah. Tanya dua patah pun aku jawab sepatah. Sebab aku memang tak suka berborak. Sekali bas yang baru bergerak tu masuk depo dia kat mana ntah (ada stesen LRT dekat situ).. rosak ke apa. Budak tu pulak rajin sangat tanya, dan aku pun tak tahu bila masa sepatah aku jadi dua patah, tiga patah dan sampai tak terkira patahnya lagi. Dari satu topik bertukar ke satu topik. Dan aku surprised sangat masa tu, sebab aku tak tahu macamana aku boleh borak dengan orang aku tak kenal. Sebab selalunya tak pernah macam tu..

Bercerita bukan tentang diri masing2 sangat pun. Bercerita tentang program motivasi di universiti. Seriously aku boleh bercerita panjang topik tu dengan dia. Rupa2nya dia baru balik dari program apa ntah, jadi director kalau tak silap. Cutinya dah lama start tapi dia lambat balik lah. Budah UTM Jalan Semarak. Aku dah memang budak Steadfast (Faci team UIA) so memang best giler aa borak. Siap boleh compare organisation chart kat UTM dengan kat UIA, the way the programmes were being held etc... aku pun tak tahu macamana boleh rancak macam tu sekali walaupun topik dia punyalah tak menarik untuk orang lain dengar.. hehehe.

Aku cakap sekali lagi, aku memang tak suka cakap dengan orang aku tak kenal. So, bila aku boleh bercakap dengan budak tu sepanjang suku perjalanan tu, memang aku pun rasa macam tak percaya. Sebab rasa macam satu kepala. Dengan member2 lain pun tak rasa satu kepala camtu. Macam dah kenal lama. Lama sangat2. Suddenly a stranger made me that way. Weird! Betul. Ini cerita betul ni. :)

Lepas penat borak, aku tido sampailah bila bas tu berhenti di stesen bas KT, aku turun dan balik rumah. Itu je la. Ending cerita ni, sampai sekarang aku tak tahu siapa dia. Hahaha. Aku tak tahu pun nama dia. Yang aku tahu he's a year younger than me, memang satu KT dengan aku (rasanya dia ada cakap kampung mana tapi aku tak ingat dah), dan dia dulu sekolah SM Teknik sebelum ke UTM. Hahaha.

Macam aku cakap jugak, aku tak tahu kenapa sampai sekarang aku masih ingat cerita menghiburkan tu. Sesekali teringat tu, terkilan sikit pun ada. Sebab masa kami bercerita panjang tu, pernah terkeluar idea untuk buat program motivasi intervasities, tapi tak exchange address pun so niat tu terkubur je. Sayang. Ntahlah. Walaupun aku kenal 7-8 jam je, tapi sampai sekarang aku rasa macam hilang seorang kawan baik. :)

Monday, July 05, 2004

Aku meeting dari pagi sampai petang. Break masa lunch tadi je kejap. Lama giler. Semua managers pun ada sebab nak kenalkan regime pemerintahan orang baru tu. Penatnya. Sekarang masih kat ofis. Meeting minutes pagi esok boss nak jadi kena siapkan cepat. Tambah lagi banyak kerja pending. Mana nak buat commission sales exec lagi, buat report untuk Director's meeting lagi, normal work lagi.. banyak! Inipun curi2 masa ni..

Dahlah letih semalam tak habis lagi. Semalam pagi2 lagi dah keluar dari Puchongg ke Klang, ambil kengkawan di showroom kemudian terus ke Dengkil, kenduri kawin salah sorang officemate kitorang. Lepas tu terus menggatal ke Nilai 3, lepak kejap je la. Pergi orang lain drive, balik aku ambil alih. Kena pulak hujan lebat.. ya Allah... slow je bawak... Sampai je kat Klang, dah rasa macam kejang kaki. Terus pulak tu balik ke Puchong. Malamnya ke Putrajaya ambil Kak Yong kat ERL balik dari Kuching. Siap boleh sesat lagi. Rasanya masa tu mata dah kuyu giler. Tangan kaki semuanya dah lenguh2...

Sampai rumah terus flat. Tumbang terus. Ingat nak set jam kul 2.30 tapi tak larat nak bangun langsung. Terlelap depan tv. Nasib baik pukul 2 terjaga. Tido kejap, bangun balik 2.20. Abang Amad dah ready depan tv. Basuh2 muka terus ngadap tv. Tu pun tersengguk-sengguk. Kejap2 terlelap. Tapi degil jugak nak berjaga. Macam kata Abang Amad, bukan selalu boleh tengok. 4 tahun sekali je. Hehheeh..

Dah tersengguk2 tu, sempat jugak tengok Greece score.. hehhehe. Dah abis game terus masuk bilik tido. Memang tak sedar apa la. Bila maa diorang lift trophy pun aku dah tak ingat. Yang aku ingat last skali aku tengok Ronaldo menangis. Kesian.. :) Walaupun dua2 bukan favourite team aku, tapi suka la jugak tengok kan.. tapi sedikit frust la jugak sebab tak concentrate langsung tengok Final tu..

Dan hari ni, kena kerja sampai petang. Ceh. Penatnya masih berbaki lagi ni. Nasib baik malam ni tak payah berjaga lagi... :P

Friday, July 02, 2004

Upset giler.

Ingat aku hamba?
Ingat aku kuli batak ke?
Hangin satu badan.
Berapi sampai ke kepala.
Biadap!
Berlagak!
Irritating!
Torture!
Bodoh!
Bangang!
Benci!
Menyampah!
Geram!
Meluat!
Bosan!
Kurang hajar!
Poyo!
Kunyit!
Mangkuk!

Aku betul-betul rasa nak meletup. Dan nak letupkan orang.

Thursday, July 01, 2004

Am preparing the invitation for the heads and bosses for our party next week. Farewell party for the GM ler. Buat sempoi je but still have to berbasabasi invite those people. Hmm.. sedih ke? Entah. Lagi sedih sebab dapat new bos lagi adalah. Sedih sebab dia ni nak tinggalkan company tak pulak. Hehe. Kejam aku ni. Well, if you'd be me, you'll know.. :P Plannya nak tempah beehon goreng, ayam masak merah, kuih muih skit, hot & cold drinks, some dessert etc. Alah, buat simple2 je. Buatnya buat grand2. Company kecik..

Aku teringat kat paper Star yang aku ambil free kat MPH Klang Parade lunch tadi. Aaaargh. Remind me again of Euro. Hehe. Portugal menang. Aku tertido semalam, jaga-jaga dah 6.30 pagi. Cis. Padahal dah set jam. Terkilan betul. Penat sangat kot. Giler punya frust.. dahlah baca paper tadi macam best je game semalam. Lagi terkilan. Regret! Malam ni kena berjaga jugak. Walaupun instinct aku kuat caap Czech menang, tapi nak tengok la jugak diorang main kan.. hehe. Kalau miss nanti menyesal lagi..

Dah masuk semi ni aku dah kena divide. Sekejap nak sokong Portugal. Kejap rasa cam Holland best. Kejap Czech lagi kuat rasanya. Ceh. Tak tetap betul. Ye la, walaupun aku suka tengok diorang main, tapi still tak boleh nak sokong bulat2. Tak boleh aaa. Kalau final nanti Portugal jumpa Czech, tak tau la aku sokong sape. Heheh.

Macam Portugal, best. Tapi kalau Czech menang pun aku suka gak. Portugal dah mula nampak konsisten dan kalau diorang continue the way the're playing against Holland (if the commentators are right ler), I guarantee that they'd give good fight against Czech. If Czech goes to the final, they surely deserve it, as they're the only team yang paling konsisten Euro ni, dan tak pernah kalah. Seri pun tak lagi. Menang masa quarter pun bukan sebab penalti. Deserved win what...! Heheh. Anyway, just wait and see je la. :)