Wednesday, June 30, 2004

Ada kerja kosong tak ?

Aku tertekan giler sebenarnya ni. Aku dah tak pasti sama ada aku boleh continue kerja kat sini ke tak. Stress yang teramat dah ni. Tahap sabar aku pun ada batas jugak. Masuk kali ni dah 3 kali aku bertukar bos. Aku tak tahulah sama ada aku boleh tahan lagi kali ni ke tak. Tiap kali masuk bos baru, satu hal nak try adapt dia punya style, dia punya kerenah, attitude apa semua. Bila dah boleh adapt, dah betul-betul paham perangai, berenti. Tukar orang lain. Berbalik asal la balik. Kalau dua kali aku boleh la tahan lagi, ini dah nak masuk kali ke tiga dalam tempoh setahun setengah aku kat sini. Aku rasa macam nak give up pun ada.

Aku dah penat tiap kali masuk orang baru, nak kena explain, nak kena bagi paham, nak kena paham dia, nak kena tahu perangai dia. Aku PENAT. Rasa tak berbaloi betul. Ye la, rasa macam sia-sia pun ada.. dah penat-penat trainingkan diri untuk adapt dengan new situation, tukar. Tukar. Tukar. Dahlah company ni nama je dari Group famous, tapi hidupnya dah macam nyawa-nyawa ikan. Tension tau tak. Kalau sorang-sorang perangainya sama takpe la jugak. Ini perangai sorang-sorang macam langin dengan bumi. Nak pecah kepala aku rasanya...

Daripada dapat yang baik, kepada yang kuat merepek dan sekarang yang ntah apa-apa. Tertekannya... dari terjun mulut rimau, diorang suruh kami masuk mulut naga. Hancur luluhlah badan.

Ada kerja kosong tak? Aku betul-betul nak keluar dari tempat ni. Dah betul-betul tak tahan. Tolonglah.

Tuesday, June 29, 2004

Petang ni aku balik rumah Kak Yong lagi. Hafiz dan Lisa nak datang. Tak tahulah aku diorang bermalam ke tak. Dah nak masuk setahun lamanya aku tak jumpa adik aku. Dia sampai minggu lepas dan sekarang lepak kat rumah Lisa for a while before going back to Terengganu. Petang semalam pun Lisa telefon bertanya khabar. Tak sampai hati la pulak tak balik.. :) Nak jugak tengok budak-budak tu dah makin gemuk ke...dan kot-kot la diorang tengok aku makin kurus ke kan.. hehehe.

Gambar ke Jakarta hari tu dah siap. Ada kat rumah Kak Yong jadi mainan Fiqa. Dia excited sangat banyak gak la aku ambik gambar dia posing sebab nak habiskan filem yang tak habis-habis tu. Nanti kalau rajin aku scan dan post kat site. Kalau rajin la. Dan kalau ada masa la..

Lepas ni, Insya Allah kalau tak de aral, aku dah boleh update blog hari-hari sebab dah berjaya jumpa soure-source internet free. ;P Itu pun kalau tak ada halangan di tengah-tenganh jalan la..

Aku nak kena bagitau berita best ni kat kengkawan dulu.. Tak boleh excited sangat, takut nanti tak dapat langsung pulak.. dah dapat ni bersyukur je la.. kan? Kan! Kan!

Friday, June 25, 2004

Dua minggu ni aku betul-betul tak cukup tidur. Sacrifice betul tidur aku yang sebelum ni cukup susah nak terganggu. Pagi-pagi terpaksa bangun awal untuk pergi kerja pulak tu. Dan semenjak dua minggu ni jugak hari-hari aku breakfast dengan kopi, minum petang pun dengan kopi. Peergh. Dulu jeling kopi pun jarang..takpelah. Seminggu je lagi selesailah. Rutin hidup aku akan normal la balik..

Aku tak peduli apa orang cakap dan apa orang nak cakap tentang kegilaan aku. Hidup aku, suka hati aku la. Aku tak kacau orang. Aku tak buat benda jahat. Aku tak affect kerja aku. Aku tak affect mood aku hari-hari. Subuh pun aku tak kantoi. Jadi suka hati aku la kan aku nak tengok bola tido pukul 4-5 pagi pun kan. Kan. Kan.

Italy dah kalah. :( Sedih giler. Penat bersengkang mata tunggu game, penat menggaru-garu sebab kena gigit nyamuk, sacrifice tidur apa semua, sekali tak boleh gi Quarter Final gak. Cis. Tapi tengok diorang main pun macam nak tak nak je. Tak convincing langsung. Takat Buffon dan kaum kerabat defender je yang macam nak main buat apa. Striker main ludah-ludah. Ceh. Walaupun Nesta pun dah kena baling telur busuk (jahatnya!), aku tetap percaya yang next two years diorang bangkit balik. Tu pun kalau diorang dah confirm tukar coach Trappatoni yang ntah apa-apa tu la(Sebab aku tak suka taktik dia).

Setakat ni paling best game semalam la. Portugal vs. England. Pergh. Rasa puas hati betul berjaga semalam walaupun terpaksa bertarung dengan mengantuk dan nyamuk budus tu. Terjerit sorang sorang aku depan tv. Tapi slow la. Hehe. Mana boleh jerit kuat-kuat, free2 aku kena sound kacau orang tido kang.. Aku suka tengok both teams main. Entertaining. Nervous-wrecking. Walaupun aku tak kisah siapa masuk semi, tapi berdebar la jugak tengok masa sudden death silver goal tu. Penalti lagi la. Hehe. Bila masuk bab penalti tu aku macam dah nak confirm la Portugal boleh menang. Seban England dan penalti memang bad luck. Dari dulu sampai sekarang. Italy pun sama la tu. Dan selepas game tu, ramai pulak kengkawan aku yang berpaling tadah. Dari sokong England, terus sokong Portugal. Kesian.

Malam ni France vs. Greece. Walaupun aku tahu France memang 99% orang percaya akan menang, aku nak tengok Greece main macamana. Ye la. Portugal pun boleh kalah. Nak tengok la jugak, whether they're really good, or its just luck...

Waaarghh..... *aku menguap lagi*.

Thursday, June 17, 2004

Aku di Terengganu ni. Awal pagi semalam dapat sms dari Kak Yong, ayah masuk hospital. Darah tinggi. Bila telefon Nahar pagi tu, Nahar bagitau bukan darah tinggi je, kencing manis pun ada. Ayah warded di HBKT, dan keadaan masih stabil.

Risau jugak aku. Satu hari di ofis masih resah gelisah. Punyalah tak sedap hati. Sesekali tu rasa macam nak nangis pun ada, tapi terpaksa la control. Takkan nak menangis kat ofis. Kerja masih banyak pulak tu. Resah aku melalut sampai petang. Dalam berkira-kira nak telefon rumah tanya khabar ayah dan berkira-kira nak beli tiket balik, Kak Yong sms lagi. Dia nak balik kampung malam tu, aku pun join sekalilah. Nasib baik bos mood baik dan boleh faham bila aku cakap aku kena ambil cuti.

Pagi tadi sampai, ambil mak di hospital sebab mak nak pergi pasar tani kat Padang Hiliran. Mak pergi hospital lepas subuh. Mak bagitau b/p ayah masa mula kena tu 220/100. Tinggi. Diabetic dah 18. Tapi mak cakap dah turun la. Ingat dah gi jumpa ayah dalam tengahari. Tapi pukul 12 ayah dah telefon. Dia bagitau dah boleh keluar, suruh datang ambil. 12 setengah telefon lagi, katanya dah kat bawah. Kitorang kat rumah lagi. Punyalah ayah tak sabar nak keluar hospital. Ingatkan kena tahan 2-3 hari lagi.

Ayah mak nampak seronok betul bila satu famili berkumpul macam tu. Lisa telefon tengahari, Hafiz telefon petang tanya khabar ayah. Petangnya ayah, mak, Kak Yong n famili jalan-jalan. Seronok betul ayah layan si Fiqa. Malamnya keluar lagi, hantar nahar ke bus stand, dia nak balik KL sebab dah ambil tiket awal.

Baliknya ayah sakit kepala. Risau betul aku. Baru balik dari hospital, pergi situ sini. Tak sempat rehat. Sekarang ni, agaknya ayah dah tido kot.. biarlah dia rehat..

Monday, June 14, 2004

There are lots to write about.. hehhe..

1. Jakarta.
Jakarta was fascinating! Pesat membangun macam KL jugak... bangunan-bangunan dia jauh lagi cantik dari KL. Sape2 yang ambik architecture aku betul-betul suggest supaya gi sana. Sure tak menyesal. I love their buildings, traffic system, Mangga Dua, Anchur, Semanggi, Plaza Indonesia, Hotel Sari Pan Pacific etc. Memang enjoy giler la. Mak bonda dan makcik2 aku gi shopping kat Mangga Dua dari pukul 10 pagi sampai pukul 4.30 petang. Itu pun tak makan langsung, tak berhenti langsung. Diorang cakap tak cukup masa seedangkan aku dengan puak2 aku semua dan bosan giler pusing2 situ. Hehehhee.

Anchur pun menarik. Anchur tu macam taman tema la. Kitorang sempat naik kereta kabel, masuk Seaworld dan pergi Pasar Seni je. Ingat nak gi naik roller coster tapi tak sempat sebab kitorang dah lambat.. Semanggi was wonderful. Enjoy giler gi makan kat sana. Siap ada live band performing in the restaurant. Best giler!

Masalah bahasa memang ada la. Macam kelakar pulak, nama je serumpun, cakap bahasa Melayu, tapi tetap tak paham. Masa pergi makan, setengah jam pertama untuk waiter tu translate menu sahaja. Ye la, mana la aku paham "lalap" tu sayur, "soda gembira" tu air bandung + soda, "gratis" tu percuma, sebut air kosong tak kenal, diorang kenal "es putih" je. Tergelak-gelak la kitorang. Waiter tu pun siap pergi tanya kawan-kawan dia lagi nak translate punya pasal. sama tak serupa betul...!

2. Sheila On 7.
Aku borong cd Sheila On 7. CD Glen pun beli. Campur tolak, kitorang borong dalam 12 cd lagu termasuk cd siti, raihan, marcell, leann rimes etc. , 3 set vcd series punya (alias, band of brothers, police academy. Maunya tak borong, cd orinya murah2! Separuh harga dari di Malaysia. Kualiti sama pulak tu. CD baru Sheila On 7 pun dah kuar, excited betul. Kat sini single pertama So7 tu Pria Terhebat.. di translate daripada Pejantan Tangguh. Entah-entah tak lepas lagi lirik tu kat Malaysia...

Aku suka giler cd baru So7 tu. 4 hari kat sana, 4 hari aku pasang cd tu je. Masuk hari terakhir, aku dah nak hapal certain lagu dia. Hehhhee. Budak-budak lain bengang je, sebab diorang tak layan. Tak paham pun kenapa aku boleh suka sangat kat So7. Hahaha.

Ni pun ada regret skit tak beli lagi. Sebab kalau kat sini jangan harap la boleh dapat harga murah camtu..

3. Kisah Maths bodoh.Aku benci Maths. Aku memang tak pernah suka pun Maths. Dari kecik sampai sekarang, subject tu bukan antara subject kegemaran aku. Kalau boleh aku tak nak ambik langsung subject tu. Walaupun tu subject kegemaran kakak dan adik-adik aku yang lain, aku memang anti giler. Tahap maksimum punya tak suka!

Minggu lepas, Maths sekali lagi membuktikan yang dia dengan aku memang tak boleh geng langsung. Aku ambil soalan PTD. Yang lain semua okay, cuma Maths je yang aku menyampah sangat-sangat. Dahla aku pick up nyer slow, dia suruh buat laju-laju. Aaarrggh. Kalau dia boleh gantikan Maths tu dengan soalan esei ke, comprehension ke, aku confirm boleh lepas.. yang ni tak taulah, tapi aku dah cuba sebaik mungkin lah. Doa-doakan!

4.Hafiz & Lisa
Semalam - 13th June 2004 birthday adik aku Hafiz dengan adik ipar aku Lisa yang ke 24. Ye, diorang share birthdate yang sama. Dilahirkan pun di hospital yang sama. Belajar dari sekolah menengah sampai sekarang tempat yang sama. Semalam ayah bagitau 25hb Jun ni diorang balik Malaysia, cuti semester. Asalnya tahun ni Hafiz tak nak balik, tapi mak suruh balik gak. Kesiankan dia kat sana. Oo aku tak cerita ye. Bilik adik aku hangus terbakar dua bulan lepas. Member dia pinjam bilik dia memasak, lepas tu terlupa nak tutup api terus blah. Selamat la. Habis semua buku2 dia, pakaian dia, semua hangus rentung.

Nasib baik masa tu dia kat luar. passport dia, laptop dia selamat sebab dia bawak dengan dia. Sehelai sepinggang adik aku.. Nasib baik dia ada simpan baju skit kat rumah Lisa di Dublin (Hafiz kat Galway). Terpaksalah kami kat sini export baju ke sana Bila nak kirim duit kat dia, dia tak nak. Dia cakap duit dia dalam bank tak terbakar. :)

Hafiz bagitau mak, Al Quran dalam bilik dia cuma terbakar kulit luar. Isi di dalam langsung tak disentuh api. Padahal buku2 lain di keliling semua hangus... hikmah kan?

5. Euro 2004
Euro dah kick off. And welcome again to one of the world's greatest football event. Dan seperti World Cup 2 tahun lalu, Euro 00 4 tahun sudah, aku tetap sokong Italy. Yeaaah! Go Azzuri! Go Nesta! Hehehe...

Voted the best defend team in the world, with few improving attackers and midfielders in the country, I really hope that they'd do well this time. At least, gi final aah macam tahun 2000 dulu. They could, and they should! They're one of the favs in the game and I really think that the're the best. Others can say what they want, but I stll believe they're better prepared this time around. Seriously.

My fav player? Semestinya Nesta. Jangan lupa ye, he's votef one of the best defenders in the world, in Italia, Serie A, Euro,and one of FIFA's 100 best players of the century! See. Aku dah cakap. Dia best. Best giler. Jadi baik sokong Italy. Adik aku si nahar sokong France. Asyraf dan abang ipar aku sokong England. Jersi England yang aku dapat last week dah selamat dengan Asyraf. Aku lupa cerita lagi. Aku menang sms Euro04 contest, dapat jersi Euro England.

Malam ni Italy lawan Denmark. Itali tak pernah kalah dalam opening game Euro sebelum ni. Harap-harap rekod tu diteruskan. Ye. Mari sokong Italy!

6. Akedemi Fantasia 2
Dah tengok dah. Budak-budaknya poyo sikit la daripada budak2 tahun lepas. Yang over skit pun ada. Ye la, bakal fofular. Orang dah sediakan macam-macam untuk dia, seolah-olah tak grateful pulak. Cis. Ayat busuk ati betul. Heheehe. taklah. Aku suka tengok AF2 gak sebab vocal diorang banyak yang bagus. Tengok first concert dia, aku dah confirm Kaer yang nanti menang. Prediction aku tentang Vince dulu betul. Kali ni mesti betul gak.

Diorang sebenarnya ada suara, dan ramai ada rupa. Cuma attitude je kureng skir. Bukan nak cakap diorang angkuh, tidak. Cuma mungkin diorang rasa terlalu selesa dengan apa diorang dapat kat atas awan sampai terlupa nak jejak tanah. Harap-harap lepas ni ada la yang menegur. Supaya diorang pijak tanah balik...


Peergh. Lama tak tulis. Aku qada' balik semua.Inipun sebenarnya summary nyer version... hehhe. Sampai jumpa lagi!

Thursday, June 03, 2004

Nak kata aku takde mood nak menulis tak jugak. Hari-hari aku menulis je. Nak kata kata aku mogok, pun tak jugak. Entah. Aku ada mood, cuma aku tak boleh menulis. Anggap je la tempoh aku tak update blog ni sebagai tempoh berkabung. Ye. Berkabung. Paham?

Aku berkabung sebab handphone, kamera dan kunci kereta aku hilang masa pergi Auto Carnival tu. Aku dah penat nak cerita, dan cerita tu boleh buat aku lagi sakit jiwa. Jadi lebih baik aku buat kesimpulan je. Kesimpulannya, aku terpaksa tukar kunci kereta dan sekarang aku pakai nombor baru walaupun aku boleh dapat balik nombor aku. Pertama, sebab ayah aku suruh. Kedua sebab aku dah lama teringin nak tukar nombor. Ketiga sebab nak mengelak dari nombor-nombor yang tak diingini. Aku tak beli handphone baru pons. Dapat telefon Nokia 8210 sedekah dari abang ipar aku. Telepon tu dah lama pun, kira aku ni pewaris ke 4 dah la... So, kepada kengkawan aku yang selalu lepak sini tu, yang nak update nombor baru, sila bitau kat email/ guestbook dan tolong bitau nombor korang sekali. Sebab aku dah hilang semua nombor orang... :(

Minggu lepas dapat surat dari JPA. Dapat exam untuk PTD minggu depan kat Ampang. Hmm. Dah macam-macam orang aku tanya, dan dah macam-macam guidelines yang diorang kasi, termasuklah JPA sendiri. Tapi sampai sekarang aku pening lagi. Risau lagi ni. Baca buku tu bacalah jugak, tapi situation aku bukan macam nak ambil exam masa zaman belajar dulu. Bila dah bekerja ni baru terasa perit. Balik petang dah penat giler, mana nak basuh baju, makan, pastu terus tumbang. Tapi sebab aku teringin sangat nak lulus walaupun tak letakkan harapan tinggi, aku akan usaha jugak.

Sekarang ni dah masuk 3hb June. Hari ni Harry Potter masuk pawagam. Aku nak gi tengok, tapi sekarang tak sempat la... pagi jam 7.30 nanti InsyaAllah aku bertolak ke Jakarta bersama-sama famili ramai-ramai. Cuti dah ambik walaupun bos aku tetap memekak-mekak. Lantak. Aku peduli apa. Aku nak cuti, aku cuti je. Aku kan pekerja tak berdisiplin. *Ayat mengutuk diri sendiri*. Duit rupiah pun dah ayah tukarkan pagi tadi. Sekarang ni berkampung kat rumah Cik Yah di PJ sebelum ke KLIA pagi esok. Kalau rajin hantar le. Muahahaha. Aku pergi sampai Ahad ni kot, Insya Allah.

Hmm.. doakan keselamatan kami di jalanan. Doakan juga aku lulus exam tu ya!