Saturday, April 24, 2004

Oh. By the way, AC Milan kalah. :(
Aku dah hampir lupa bila last time aku masukkan entry kat jurnal. Aku betul-betul takde masa 2 minggu ni. Sungguh. Ini pun kebetulan plan asal tak menjadi. Sempatlah mencuri masa nak update jurnal.

Aku sibuk benar. Akhir bulan ni aku dah kena angkut semua harta karun aku kat rumah lama bawak pergi rumah baru. Dahlah banyak giler. Baju je dah seminggu angkut tak habis-habis lagi. Selalunya masa nak pergi ofis pagi tu, kitorang siap-siapkan 2 beg baju/ buku/ majalah/ pinggan mangkuk untuk angkut ke rumah baru. Sikit-sikit, takdelah rasa penat sangat kalau banding nak buat sekali harung je. Tapi tetap penat jugak. Nasib baik rumah baru sebelah ofis je. Selalunya after office hour, singgah rumah baru, reload barang, kemas-kemas apa patut, dan balik rumah lama. Kemas-kemas lagi, simpan-simpan barang, terus tumbang.

Hari-hari macam tu, mana ada masa nak pergi cc. Menular tu jauh sekali la. Cuma sesekali sempat jugak la keluar ramai-ramai pergi makan seafood. Kat Klang ni seafood boleh tahan. Banyak restoran seafood yang harganya reasonable.Lepas lega la jugak. Takde la rasa stress manjang.

Banyak benda aku tak sempat buat kerana aksi pindah rumah ni. Mana nak buat kerja kat ofis yang tak pernah surut, mana nak cari baju untuk dinner (Family Day) kat Bukit Tinggi next week, mana nak beli tiket gi Kedah kenduri Liza minggu depan, mana nak cari plug untuk discman aku, mana nak beli CD Fuyyo Afdlin Shauki lagi, mana nak hantar comforter pergi dobi lagi, mana nak tunggu kereta aku sampai lagi.... and the list continues. Banyak! Tak larat rasanya.

Sepatutnya sekarang ni aku masih lagi berpindah randah angkut peti sejuk, dapur, meja jepun dan tong gas aku kat rumah lama. Tapi sebab van yang patut dipinjam tak dapat dirampas dengan jayanya, maka di sini la aku. Kat cc, mencuri kesempatan. Kalau tak, jangan harap. Minggu depan pun belum tentu aku sempat update. Bulan depan dan bulan seterusnya pun jadual aku dah hampir penuh ni. Tapi aku cuba jugak nanti. Tak elok biarkan tempat ni bersawang lama-lama... :P

Aaargh. Hectic!

Wednesday, April 07, 2004

Aku betul-betul penat semalam sampai bila aku letakkan kepala pada bantal malam tadi, terus tumbang tak bangun-bangun. Hehe. Lagipun TV kat rumah sewa aku tu bukannya boleh dapat TV1... semalam punya game TV1 yang tayang pulak tu...

Dan pagi tadi bila melangkah ke ofis, cepat-cepat aku tanya Kak Jun apa result semalam. Sebab dia selalu dengar berita pagi. Paper sah-sah lah tak ada berita punya. Game pukul 3.00, mana sempat nak masuk report. Bila Kak Jun cakap Chelsea menang.. hehehe.. aku terkekek-kekek ketawa. Hahaha. . walaupun aku tak suka Chelsea jauh dari Arsenal, tapi aku happy gak pasal Arsenal kalah. Tapi kesian pun ada. Coz they've been playing miracle throughout the season. But as I said before, they're really lack of luck... kesian!

Aku bukan apa sebenarnya. Arsenal was going for Triple Champion, I was sooo scared that they succeed! Man U pernah buat, mana boleh dibiarkan rekodnya disamakan! Betul tak? Adillah tu, FA bagi Man U, UEFA bagi Chelsea AC Milan, EPL bagilah kat Arsenal. Kang tak bagi kesian pulak. Hehehe. Penat-penat je main tak pernah kalah..!

Aku dan adik-adik aku, Asyraf dan Nahar semuanya penyokong kuat Man U. Cousin aku ramainya sokong Arsenal. Dan abang ipar aku penyokong setia Chelsea. Hahahah. Dan macam biasa la, siapa2 yang sokong Arsenal ngan Chelsea tu sah-sah ler anti Man U. Muaahhahaha. Tapi kitorang takde la gaduh...

Bak kata kawan aku, buat apa gaduh-gaduh pasal bola? Diorang yang kaya.. kita dapat apa?

Aku nak jawab... kita dapat satisfaction. :P

Monday, April 05, 2004

Macamana aku boleh lupa nak cerita benda paling penting ni? :P

MANCHESTER UNITER 1 ARSENAL 0

Berita paling best minggu ni. Yes. WE WON. MAN U WON. I WON. Hehehe. Dan aku jadi manusia yang bersorak gembira bila Scholes tendangkan Arsenal keluar dari FA Cup. Muahahahaha. Everybody says that it's Arsenal year. Than Man U is doomed. Yeah riite! We proved all the critics wrong. Hehehehe.

Lantaklah apa diorang nak cakap. Silap jual Beckham la. Salah Ferguson gaduh pasal kuda la. Salah Ferdinand kena gantung la.. alah. Kalau dengki cakap dengki le. :P Yup. Memang keras sikit hukuman pada Ferdinand tu, but I bet that he will rise again next year. Even better. And what is there to lose, when Wes Brown is there to take his place. Heheheh. Aku respect betul. Suka betul aku tengok Man U masa Semi Final FA Cup tu. Carroll pun best. Walaupun aku masih rasa Howard lagi bagus la.. Hhehehe.

Tengok? Siapa kata Man U tak boleh menang? Siapa kata Man U tak boleh menang takde Beckham. Siapa kata Man U tak boleh menang tanpa Nistelroy? Tanpa Saha? Haaah! Aku rasa masa game tu Arsenal over confident. Sebab masa game EPL last week, nampak sangat Arsenal conquer game. Jadi sebab tu Wenger tak turunkan Henry dengan Reyes. Hahahaha. Padan muka. Diorang masuk pun dah tak sempat dah. As I alwaayss said before, even if Arsenal has all the best players in the world, LUCK will always be on Man U side.

And no matter how bad they're playing, how worse can the club be, a true Devil is a true Devil. We stick together no matter what! Get it? :P
Hati manusia ni sukar kita duga. Sekelip mata boleh berubah. Bila aku fikir balik, aku bersyukur padaNya yang menciptakan hati. Menciptakan perasaan untuk setiap hambaNya. Dan aku bersyukur amat kerana sampai ke saat ini, aku masih sempat merasai segala rasa yang dianugerahkanNya. Gembira, sedih, kecewa, sayang, rindu, cinta? Aku bersyukur aku pernah melalui semua itu. Satu pengalaman hidup yang cukup bermakna untuk aku..

Aku sering bertindak sebagai kaunselor dulu. Untuk kawan-kawan yang punya masalah, tak kiralah masalah study atau masalah cinta. Aku bukan menyediakan jawapan kepada masalah-masalah mereka. Aku cuma menyediakan telinga yang setia, dan berbekalkan kata-kata yang tiap masalah yang datang itu ada hikmahnya. Aku memang tak jamin masalah mereka boleh selesai. Cuma bagi aku, kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa ada bersama, susah atau senang. Dan bila aku ada masalah, aku lebih suka simpan. Bukan sebab tak percayakan kawan-kawan, tapi sebab aku tak suka nak menyusahkan.

Masalah hidup bagi aku satu hikmah. Satu anugerah dari Allah yang tak terhingga nilainya. Melalui pengalaman pahit manis itulah aku belajar berdikari. Aku belajar jadi kuat untuk diri sendiri. Tak ada manusia yang tak ada masalah. Dan aku pun bukan manusia perfect, yang boleh selesaikan semua masalah sekelip mata. Aku juga sering lari dari masalah. Kadang-kadang takut bila betul-betul berhadapan dengan masalah aku. Dan kadang-kadang aku juga tersungkur mengalah pada dugaan yang menimpa. Tapi itu bukan alasan untuk aku tak teruskan hidup. Walau apa jadi, hidup perlu diteruskan. Aku pernah rasa kecewa, tersisih, sebak, sedih, menangis tu memang lumrah. Sampai sekarang pun aku masih berperang dengan masalah aku. So what? Hidup aku jalan jugak kan? :)

Aku tak nak jadi manusia tertekan lagi. Cukuplah sekali aku alami. Cukuplah sekali aku memperbodohkan diri. Aku mahu jadi manusia matang. Mahu jadi manusia kuat walau apa yang datang menerjah ke dalam dunia aku.

* Untuk sahabat yang pernah mengenali diri, dan pernah meninggalkan secebis kata di sini, terima kasih aku ucapkan. Tak kiralah kau benar-benar serius, atau sekadar mahu berjenaka, aku hormati apa juga kau rasa. :)
Untuk ayahanda yang hatinya dikelar duka.

Bukan sedetik nyawa itu bernafas
Untuk menjadi saksi
Menatap lesu wajah nista seorang raja
Yang bermukim pada jejak ayah tua
Dan retak kaki ibu
Yang matanya telah lama pejam
Menilai pada hakikat
Duduknya tidak pernah kan sama
Tegaknya takkan mungkin selari
Mana bisa bernafas pada langit emas
Sedang cengkam kakinya masih pada tanah hitam?

Hina sangatkah diri?
Bila maruahnya dicampak ke hujung kaki?


Kita ini hamba
Bukan perlu akur titah mereka yang mengaku raja
Yang paksinya hanya pada syurga dunia
Lupa sejenak barangkali
Di sisi Tuhan tiada siapa yang berbeza.

Najmiyyah Adnan,
5 April 2004. 4.38 pm. Klang.