Wednesday, March 24, 2004

Aku tak pernah tengok filem Melayu dua kali sebelum ni. Aku tak pernah tengok filem Inggeris dua kali. Filem Cina je aku pernah tengok dua kali. Gen X Cop. Bukan sebab cerita tu best, tapi sebab aku kena paksa tengok kalau tak aku kena tinggal. Hehhehe.

Tapi aku dah pecah rekod kali ni. Aku pergi tengok filem melayu dua kali kali ni. Buli. Ye. Aku pergi tengok dua kali dan aku tak heran kalau aku pergi tengok kali ke tiga, empat, lima dan seterusnya. Sebab aku suka cerita tu. Sebab bagi aku, itulah filem komersil Melayu paling menarik pernah aku tengok. Komedi yang tak memeluatkan orang.

Lupakan sekejap tentang Afdlin Shauki yang aku minat tu. :) Aku tak nak bias! Dari perspektif penonton, aku rasa filem tu ada impact kuat. Penonton dibawa bersama ke dalam filem tu. Itu impak paling besar pernah aku temui dalam sesebuah filem Melayu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku sendiri ada dalam wayang tu, dan aku sendiri boleh rasa apa penonton rasa. Rasa-rata penonton berpuas hati dengan hasil tangan pertama Afdlin Shauki. Sampai habis cerita dan sampai aku dah keluar dari pintu keluar pun penonton di kiri kanan aku masih tak lepas dari bercerita tentang Buli. Bermaksud apa yang Afdlin cuba sampaikan tu berjaya. Bukan sekadar lawak slapstik yang hanya buat orang ketawa tapi dalam 5 minit, orang dah lupa semua.

Aku rasa aku tak perlu cerita sinopsis cerita tu sebab bahan tu boleh dapat merata-rata dalam Internet ni. Aku cuma nak cerita apa aku rasa. Sebagai penonton. Dan apa aku nampak berlaku pada penonton-penonton lain.

Aku melangkah masuk dalam panggung risau sikit sebenarnya. Aku takut apa yang aku harap dari filem tu mengecewakan. Aku takut sebab aku bagi high expectation pada filem tu. Dan aku yakin bila aku katakan yang aku tak kecewa. Mungkin filem tu masih ada cacat cela di situ sini, masih ada scene yang agak meleret, masih ada plot yang agak kurang meyakinkan, tapi keseluruhan filem tu berjaya buat penonton berfikir. Itu lagi penting bagi aku. Sebab bukan semua penonton yang datang itu belajar pasal filem, atau sastera, atau drama. Ada penonton yang datang menonton semata-mata untuk berhibur. Sebab filem tu filem komedi. Stereotype filem Melayu, filem komedi tidak boleh menjadi filem yang serius. Dan filem serius tidak boleh menjadi filem komedi. Tapi Buli berjaya menidakkan pendapat tu.

Lakonan Afdlin memang aku tak sangkal. Sebagai pelakon berpengalaman, dia berjaya bawa watak dengan baik. Dan Hans, aku tabik betul. Dia membuktikan yang dia boleh menjiwai semua watak. Sebabnya, dia betul-betul membuatkan orang meluat dan benci pada watak Roy. Percaya atau tidak, ada penonton yang menjerit marah-marah pada Roy sewaktu Nordin dibuang kerja. Aku sedikit terkejut sebenarnya. kerana sepanjang aku menjadi penonton filem melayu, aku tak pernah tengok reaksi penonton macam tu. Marah-marah, menjerit-jerit. Mungkin aku yang tak berkebetulan. Tapi lagak penonton wanita itu betul-betul mengesankan aku. Dan membuatkan aku respek cerita tu. Macam aku kata, filem tu membawa penonton ke dalam watak cerita. Penonton ketawa, simpati, terharu, kecewa dan marah bersama Nordin. Penonton ada dalam diri watak. Penonton menghayati. Dan aku rasa itu adalah satu kejayaan yang cukup memberangsangkan. :)

Aku terlalu memuji sebenarnya. Aku tak menafikan, masih ada kelemahan-kelemahan kecil yang masih wujud dalam filem tu. Plotnya yang masih longgar di satu dua tempat, sejumlah kecil lawak yang kurang digelakkan penonton, kecacatan lagak ngeri masa lori accident dengan kereta, special effect yang masih kurang teratur, lakonan Nasha yang aku rasa masih boleh diperbaiki dan lain-lain. Tapi, untuk aku, kekuatan sesebuah filem itu bukan sahaja terletak pada siapa yang berlakon, bagaimana ianya dilakonkan, tapi kekuatan filem itu jega terletak pada reaksi penonton dan bagaimana sesebuah filem itu 'sampai' pada penonton.

Buli bukan saja membariskan pelokon2 popular, tapi juga mempertaruhkan pengarah/ penulis skrip/ pelakon yang pertama kali buat banyak kerja dalam satu masa. Dan dia berjaya. Pedulikan apa komen orang pasal filem ni. Setiap dari kita berhak mengadili sesebuah filem dari kita punya point of view sendiri. Dan apa yang aku lahirkan ini, ikhlas dari dalam diri.

Congrats to Afdlin Shauki and team.

Wednesday, March 17, 2004

Here I am again.

Semua orang cakap pasal mengundi sekarang ni. Mana-mana aku pergi, mesti penuh dengan poster-poster dan flyers parti politik masing-masing. Surat khabar tak payah cakap la, memang sah-sah penuh dengan cerita politik. TV lagilah. Satu jam berita, 45 minit tu berita politik jugak. Bosan betul. Sudahnya aku cuma baca bahagian terakhir suratkhabar dan last 15 minit berita. Sebab bahagian sukan memang tak ada politik! Kalau ada tempias pun, taklah memualkan macam berita-berita muka depan.

Sorry to say, I don't like politics. Tapi aku nak mengundi. Cuma yang kali ni tak dapat la. Salah aku jugak. Asyik tangguhhhh je, terus terlupa nak mendaftar. Hehhehe. Menyesal la jugak.. ahaks. Lepas ni, aku nak mengundi. Walaupun aku tak tau aku nak mengundi sapa nanti (undi anda rahsia). :P

Kenapa aku tak suka politik. Sebab aku pernah berada di dalamnya satu ketika. Memang memualkan. Ini cerita politik kampus. Masa tu kalau tak silap tahun 1999 ke tahun 2000 aku tak ingat. Tapi masa tu musim politik kampus. 2-3 minggu sebelum penamaan calon di STAD, ada orang approach aku. Kononnya diorang nak masuk bertanding atas tiket parti bebas le. Almaklumlah, dekat uni aku tu, macam parti kat luar juga, berpuak-puak. Kononnya masa tu 2 'group' terbesar yang selalu lawan each other decides taknak lawan. Kira bagi menang percuma kat yang satu lagi. Dan puak-puak yang approach aku ni nak lawan atas alasan nak buat perubahan la.

I said okay. Sebab aku teringin nak rasa suasana berkempen macamana. Hehehehe.

Dan malam sebelum penamaan calon, aku sign la borang jadi supporter merangkap orang yang berkempen sama. Calonnya senior aku. Aku tau kakak tu baik dan boleh buat kerja, sebab tu aku sign. Kakak tu cakap dia pun tak suka parti-parti ni. Dan selepas penamaan calon, maka bermulalah pengalaman aku berkempen. Hahaha. Siap tak tidur malam buat banner untuk calon pilihan kitorang, buat manifesto semua. Nampak la jugak pandangan-pandangan senget daripada mereka-mereka yang tak puas hati. Lantak. Tapi aku bukan tiap-tiap malam la pergi berkempen. Hehhe. Sebab aku bz dengan Steadfast aku, jadi of course le berkempen tu jatuh no. 2. Macam-macam la jugak jadi. Gantung poster sini, kelip mata pihak satu lagi cabut, gantung diorang punya. Sampai kena jaga takut diorang cabut. Hahaha. Aku tak terlibat gantung poster. Aku terlibat buat banner je. Seronok jugaklah mula-mula tu.

Sesekali tu aku hairan jugak, mana dapat duit banyak-banyak untuk berkempen sebab setahu aku STAD cuma bagi sikit je. Tapi aku diamkan je la. Hari mengundi, aku jaga pusat mengundi dekat kelas aku. Bawak satu piring sandwich yang dicucuk dengan flag kecil bergambarkan calon. Betullll. Tapi... yang banyak habiskan sandwich tu aku jugak. Hahahaha. Petangnya hujan, dan menjadi sebab utama student tak turun mengundi dan lebih suka tido kat bilik. Malamnya masa kira undi, aku pergi, tapi kejap je. Sempat la kira sikit, tapi lepas tu aku bosan aku ajak member aku balik. Tengah malam tu kakak-kakak senior kitorang yang bertanding balik. Tersengeh-sengeh cakap diorang kalah. Tak kisahlah. At least diorang dah mencuba.

Lepas habis pilihanraya kampus, barulah terbongkar cerita. Rupanya parti 'bebas' yang yang kitorang join tu takdelah bebas mana. Sama je dengan puak-puak lain. Takde beza pun. Sebabnya? Sebabnya pilihanraya yang seterusnya tu, 'bebas' dah bertukar nama... hehehee. Tak payah la aku cakap nama apa. :P Aku tak cakap diorang tak bagus, sebab one of my best friends ada jadi calon under diorang, tapi pompuan tu pun saja suka-suka join sebab nak bertanding. Hahaha. Even ada junior yang aku kenal memang ada potential jadi ahli politik pun antara orang kuat parti yang dah tak bebas tu. Cuma aku yang tak suka. Hehehe. Yelah. Kita student, buat la cara student. Politik kampus tak salah, tapi berpada-pada. Kalau sampai berkempen boleh bawak group motor besar pusing satu kampus, tu mewah sangat tu. Macam tak logiklah student ada duit banyak camtu. STAD pun bagi berapa sen sangat kan...

Itu dah masuk politik dalaman yang kalau aku sentuh sekarang mungkin ambil masa yang lagi panjang. Hhahaha. Dan sebab aku tak suka, jadi aku tak suka betul nak sentuh topic yang boleh meleret-leret ni. Ini pun dah panjang berjela! Hehehe. Hmm.. kawan baik aku kalah pilihanraya tu, junior aku tu pun kalah. Pucuk pimpinan persatuan pelajar tetap bertukar. Cuma apa yang dijuangkan saja tak bertukar-tukar.

Pilihanraya kampus tahun tu aku tetap mengundi. Tapi aku dah tak jadi tukang sign borang lagi. Aku dah serik. Walaupun kesian jugak tengok kawan aku yang bertanding tu.. hehehe. Don't worry, aku tetap pangkah kau hari tu.

Apa aku nak cakap kat sini, sebenarnya ialah aku tak sokong parti. Aku sokong calon. Tak kira la dia parti apa, janji aku tau dia boleh buat kerja. Betul tak? Dan walaupun aku tak boleh mengundi lagi tahun ni, aku tetap ucapkan selamat mengundi. Pangkah baik-baik. Jangan sampai undi batal. :)

Sunday, March 14, 2004

Bukan main susah lagi aku nak mintak cuti hari ni dengan bos minggu lepas. Bisingnya bukan main lagi. Dia cakap aku dah aku dah selalu sangat cuti. Last aku ambil cuti akhir January dulu, masa cuti raya haji. Lepas tu mana ada lagi dah. MC ada lah. Seminggu sebab sakit teruk dulu tu (rujuk last entry). Sebab aku spesis degil yang nak cuti gak, dia kasi la. Tu pun lepas aku cakap yang aku tak ambil cuti lagi sampai bulan 6 karang. Hehehe. Terpaksalah. Tak nak jadi macam tahun lepas, cuti raya puasa dah kena ambil unpaid leave. :P Kes bahaya tu...

Dan tadi bangun awal, siap-siap dan Kak Yong hantar ke PKNS Shah Alam. Gambar dah ambil 2 hari lepas, IC pun dah fotostat. Nasib baik abang Imigresen tu lepaskan aku gak walaupun aku tak bawak surat beranak. Hehehhe... dan passport aku Insya Allah siap hari Selasa ni. Ingat nak ajak Lin teman pergi ambil kat Shah Alam nanti. Aku bukan kenal sangat jalan ke PKNS tu. Area Shah Alam bukan area aku lagi. Lepas balik dari PKNS, singgah ofis Kak Yong dan punggah barang ke Pulau Indah. Pindah ofis. Lepas tu terus ke IOI Mall. Penat gila dah masa tu, tapi kalau bab berjalan, penat pun boleh tolak ke tepi. Dari IOI aku turun KL naik bas, pastu LRT ke KLCC sebelum janji jumpa Tita di LRT Kampung Baru. Sampai di Kampung Baru sharp 5.00 pm. Tapi tunggu Elias (Tita's friend) datang ambil, pukul 6 baru dia sampai. Penat ooo menunggu. Dahlah aku tak lunch lagi plak tu. Minum air je.. tiga botol gak la...! Hehhehe..

Bila aku, Tita, Nazreen dan Elias sampai ke Stonor Centre, tempat tu tak buka pun lagi. Elias ada buat solo performance untuk artwork dia kat situ, so saja nak pergi tengok. Few of his collections dah ada buyer - dari nama-nama besar dalam industri seni. Good for him. Bagi aku, dia amatur lagi la. But he's showing good effort in his work. Seronok jugak telek artistic drawings ni. Boleh buat interpretasi sendiri... hehehe. Suka betul. Walaupun aku mengaku aku bukan terer pasal seni sangat, tapi biasalah.. sedi itu subjektif bukan? Terpulang pada individu la bagaimana nak apresiasikannya. Fuh.Ayat skema tu. Ahaks.

Stonor Centre tu letaknya kat KLCC je. Dan dekat sangat dengan LRT Ampang Park. Happening malam je. Ada teater, galeri seni, kafe (macam bar je aku tengok). Menarik jugak sebab diorang banyak tayang foreign/ international movies from all over the world. Ini first time aku pergi sana. Truthly,aku tak berapa confortable skit dengan environment dia. Sekadar nak tengok art gallery tu okay lagi la.. heheheh.

Dan sekarang, di sini aku berada. Dekat rumah Tita temankan budak penakut tu sebab parents dia takde outstation pergi kenduri. Hehhehe. Esok aku rasa nak gi tengok Buli Afdlin Shauki. Tak sabar rasanya. Mesti best sebab Afdlin Shauki yang buat, berlakon dan mengarah sekali. Ahaks. Akukan peminat setia Afdlin... semua filem dia aku tak miss lagi.. hahhahah! DSari review yang aku baca di akhbar dan majalah, cerita tu banyak dapat pujian dari semua orang. Diorang cakap ceritu tu lain dari yang lain. Bukan slapstik komedi atau lawak yang dibuat2.. lain dari yang lain. Bermutu!

Jadi, apa tunggu lagi, jom tengok BULI!