Sunday, February 29, 2004

Aku nak pindah rumah lagi. Masuk kali ni, dah empat kali aku pindah rumah sewa semenjak aku bermastautin di Klang December tahun lepas. Dan aku buat rekod peribadi, 4 kali dalam tempoh 1 tahun 6 bulan. Insya Allah kalau takde aral, aku pindah masuk akhir bulan April nanti. Tu pun sebab kena bagi notis dua bulan kat tuan rumah sekarang. Kisah aku berpindah randah ni dah lama bermula. Sejak hari pertama aku jejakkan kaki ke Klang lagi.. Aku memang buta betul jalan kat Klang masa tu. Transport aku cuma bas. Dan jalan pertama yang aku kenal ialah jalan pergi ofis.

Mula-mula aku pindah masuk satu rumah teres dua tingkat, tak jauh dari ofis. Kalau naik bas, lima minit je dah sampai. Jalan kaki jauh la sikit. Sewa bulanan cuma RM70. Murah. Mula-mula aku pun heran kenapa murah sangat. Tapi bila aku tanya berapa orang tinggal situ, rupa-rupanya sepuluh orang! Patut la... Hari pertama lagi aku dah tak sedap hati. Masa aku angkut barang, ada seorang lelaki kat pintu rumah tengah berborak dengan salah sorang penyewa kat situ. Aku keluar makan, patah balik, dan kali ni nampak lelaki tadi dah dalam rumah, tengah makan. Aku keluar pergi ofis (hari tu hari cuti tapi datang ofis kemas-kemas sebab baru pindah) . Petang bila aku balik dan nak masuk rumah, jantung aku macam nak tercabut. Ada seorang lelaki di luar, dan seorang lagi di dalam. Dan yang di dalam diriba seorang perempuan. Siap main-main rambut lagi. Penyewa juga, tapi bukan yang tadi. Aku dah risau teramat. Rasa dah lain macam. Aku naik atas, masuk bilik. Baru nak pasang almari plastik tu, tiba-tiba seorang lelaki dengan selambanya lalu depan bilik aku. Dia masuk toilet. Terkejut giler aku. Melampau betul, bawak lelaki masuk rumah sampai naik atas! Ini dah lebih limit aku. Aku terus sms kawan ofis aku, tanya - merayu sebenarnya, kalau-kalau dia tahu ada rumah sewa lain tak kat Klang. Dan 10 minit kemudian, dia call, cakap ada lecturer dia menyewa kat satu rumah, tapi jauh skit la dari ofis. Dan sewa biliknya dalam RM150. Aku cakap aku tak kisah, mahal pun takpe asal aku boleh keluar dari tempat tu.

Esoknya lepas ofis terus pergi tengok rumah tu. Bila jumpa kakak tu dan tengok rumah tu, rasa lega sangat hati aku. Malam tu jugak aku angkut baju dan barang-barang aku pindah rumah kat Kg Kuantan tu. Masa tu jugak aku di ajar jalan mana nak pergi ofis. Aku tinggal kat rumah baru tu sampai bulan 6. Kakak yang tinggal dengan aku tu kawin, tapi husband dia kat Penang. Dia nak pindah Penang, dan tuan rumah tu pun nak ambik balik rumah dia. Husband dia selalu gak datang hujung minggu, tapi aku memang takde la masa tu. Aku tak pernah wujud kat Klang tiap kali hujung minggu. Ye la, husband dia kurang selesa, aku pun kurang selesa. Masa tu, Lin, roommate aku sekarang ada problem ngan makcik dia. Dia nak pindah jugak so dia ajak aku.

Cari punya cari, dapat rumah yang aku tinggal sekarang. Sewanya RM 350. Bayar berdua parah jugak, tambah maintenance lagi, bil api air tak masuk lagi. Kira-kira kitorang bayar RM4++ jugak la. Nasib baik Lin ada kereta, jadi pergi ofis dengan dia la. Bas tak lalu kat depan tu.Lin plak kat ofis bawah je. Dan bila 2 bulan lepas seorang lagi join rumah tu, kami tinggal bertiga. Yan yang baru kerja kat workshop belakang masuk. Sewanya dah makin kurang le kitorang bayar bila bertiga. Kurang beban skit...

Dan ingat lagi tak kes seorang perempuan mati dibunuh sebuah rumah flat kat Bandar Baru Klang tu? Haa... rumah flat tu le. Satu bangunan, cuma dia level 5 aku level dua. Hari dia kena bunuh aku ada kat Klang. Cuma balik lambat sebab kitorang merayau pergi Summit. Malam baru balik. Kereta kat parking penuh. Ingatkan orang buat open house ke apa. Esoknya terpampang dalam paper, ada orang mati kena bunuh kat situ. Aaargh. Mau tak cuak. Pembunuhnya sampai sekarang tak dapat tangkap lagi plak tu. 2 minggu lepas kes tu, aku berborak dengan kakak sebelah rumah aku. Dia tengah bersiap nak keluar masa tu. Aku tanya dia pasal kes tu. Dia cakap " Itu adik ipar akak. Dia tinggal kat atas. Hari tu dia baru balik dari rumah akak, sebab anak dia telefon ada orang datang. Setengah jam lepas tu dia kena.. ni nak balik rumah mak akak la ni, ada tahlil." Aku terkedu kat situ. Kakak tu pun aku nampak macam reluctant nak cerita lebih2, aku pun tak berani la nak tanya panjang2. Fuuh. Cuak aku dah bertukar risau yang terlampau. (Yes dear, this is a true story.)

So we house-hunt again. Budak dua orang lagi tu lagi penakut dari aku, jadi diorang kalau boleh masa tu jugak nak pindah. Dan baru-baru ni dapat rumah lain. Sewanya RM400 termasuk api air, dan jarak dengan ofis cuma jalan kaki 5 minit je. Tak payah naik kereta ke, bas ke basikal ke. Rumah teres satu tingkat, dan kelilingnya ada banyak lagi rumah lain, termasuk tuan rumah. Kebetulan pulak, ada budak baru masuk ofis nak join sekali, jadi InsyaAllah monthly cuma bayar RM100 je la seorang. Okay la tu.

Dan Insya Allah akhir April nanti kami pindah. Doa-doakan takde apa aral lagi lepas ni.
Berat badan aku turun mendadak lepas aku sakit teruk 2 minggu lepas. Itu jugalah alasan aku sebab tak update jurnal aku yang makin berdebu. Aku sakit. Teruk jugaklah. Sampai seminggu MC terlantar di sofa tak boleh bergerak. Tidur malam mengerang-ngerang, menangis nangis tahan sakit, sampai aku terpaksa ambil ubat tido setiap malam untuk boleh tido dengan aman.

Doktor pertama yang aku pergi kat Klang cakap aku allergy. Dia bagi ubat makan dan sabun. Katanya aku tak boleh guna sabun yang aku pakai sekarang. Fine. Aku ikut. 2 hari lepas tu, sakit aku makit teruk. Badan aku panas teramat. Masa pergi tengok The Last Samurai kat KLCC tu pun bahang panasnya sungguh tak menyelesakan duduk aku. Tiap kali aku ke toilet, panik menguasai. Allergy yang doktor tu cakap dah merah-merah, macam biji-biji kecil yang ada air bisa dalam dia. Dan dah merebak dari perut ke pinggang aku. Macam satu pusingan yang tak lengkap. Balik dari KLCC dengan keadaan yang aku rasa tak mampu bergerak dah.. tapi aku gagahkan jugak (padah aku nak keluar jugak), aku balik rumah Kak Yong kat Puchong.

Malamnya aku menggigil-gigil. Aku selimutkan diri, dan cuba tidur. Tapi dikejutkan semula sebab abang ipar aku dengar aku mengerang-ngerang dalam tidur. Bila dia dapat tau aku diserang sakit tu, dia terus bawa aku pergi Slim River berubat kampung. Pakcik dia. Aku kena kayap. Kayap ular katanya. Nama penyakit tu familiar, tapi aku tak tau sangat. Takut jugak laa.. Tengah malam tu juga kami bertolak ke sana, dan balik ke Puchong jam 2 pagi tu jugak. Panas badan aku beransur surut pagi tu, tapi sakitnya masih buat aku terseksa jiwa raga. Pergi jumpa doktor lain di klinik Kak Yong selalu pergi, dia bagi ubat makan dan ubat sapu. MC. Dan aku mula berpantang makan. Tak lalu nak makan pun sebenarnya...

Ulang-alik jumpa doktor, seminggu juga aku cuti. Sampai naik bosan pun ada. Telefon pulak tak boleh guna, aku lupa bawa balik charger. Bagus.... lost contact dengan dunia luar terus. Nasib baik sempat bagitau ofis aku cuti. Dan perlahan lahan sakit tu makin berkurang. Dan sekarang, aku dah mula langgar pantang pun... :) Balik ofis bos cakap aku kurus. Kuang kuang kuang. Heheheh. Susut la sikit. Sebelum sakit lagi aku dah start susut, kira penyakit tu salah satu faktor penguat je la.. hehe.

Dan 2-3 hari lepas, aku baca paper. Permaisuri Jepun, apa ke nama dia tah.. Masako? Haaa..dia kat hospital 2-3 hari, sebab kena penyakit Herpes Zoster. Heheheh. Penyakit aku la tu.. Kira aku setaraf la dengan dia.. ;P

Tuesday, February 03, 2004

Sepi Angin ke Kota London nak ditayangkan semula. Aku baca komen pengarah dia, Mat London dalam akhbar Harian Metro minggu lepas. Nampak pulak promo dia dalam TV. Cuma yang aku tension sebab drama tu ditayangkan hari Sabtu depan, 7 Februari 04 pukul 11.00 pagi kalau tak silap. Kat TV2 la. Aku tension sebab pukul 11 tu aku masih kat ofis.. takkan la aku nak amik cuti semata-mata nak tengok cerita tu kot..

Cuma yang pasti, aku dah war-warkan pada orang keliling aku. Kawan-kawan, mak, ayah, kak Yong, adik-adik - semua aku pesan suruh tengok. Rugi kalau lepaskan. Di Terengganu hari Jumaat dan Sabtu cuti, jadi aku nak promote cerita ni kat sedara mara. Hahahah. Siap promo melalui sms lagi.

Aku rasa rugi sangat pada sesiapa yang tak tengok. Aku selalu rasa camni. Heheh. Rasa rugi untuk orang lain. Kalau ada filem yang aku suka tapi ada orang tak tengok pun aku rasa rugi sangat. Contohnya, filem The Count Of Monte Cristo, Les Miserables, Life Is Beautiful, Bend It Like Beckham, Gladiator etc. Aku tau bukan semua orang suka filem yang aku gemar.. dan sebab tu bila aku sebut filem-filem, atau drama-drama hatta buku-buku yang aku suka sangat, ada sesetengah siap buat menguap lagi. Cis.

Ramai kawan-kawan aku yang tengok movie yang menghiburkan je. Tak suka menyerabutkan otak kata mereka. Tengok cerita untuk berlibur, untuk suka-suka, bukannya untuk berkerut dahi nak buat critical analysis dia. Tapi ramai juga yang satu kepala dengan aku. Hhehehe.

Aku tak kisah kalau diorang tak nak tengok cerita yang aku tengok. Aku tak kisah kalau diorang tak nak baca buku yang aku baca. Tapi jangan sampai mengutuk, jangan sampai memperlekehkan sudah. Itu yang aku cukup pantang tu. Tak suka dahlah, tapi jangan sesekali nak pertikaikan taste orang. Aku tak pernah pertikai filem apa yang patut ditengok, filem apa yang mengabihkan duit semata-mata. Aku belasah je semua filem. Berkualiti ke, tak berkualiti ke, perah otak ke, perah gelak ke, aku belasah semua. Sebab... kalau tak tengok, macamana nak komen? Kalau kita tak makan, macamana nak tahu makanan tu sedap ke tidak. (Betul tu miyyah) Ini, bau pun tak cium lagi, dah kutuk itu ini cakap tak sedap la, tak lawa la apa la. Adil ke? Dan.. kalau kita tak suka makan budu, ramai lagi yang suka makan!

Betul kan Miyyah kan! Kan! Kan! :p

Sunday, February 01, 2004

Salam Aidiladha sekali lagi. Syukur kerana aku masih kgi dikurniakan nafas yang segar dan kesihatan untuk masih lagi bernyawa hari ni.

Tidak ada apa-apa yang istimewa Aidiladha yang disambut tahun ini. Biasa-biasa saja. Orang cakap orang Terengganu sambut Raya Haji lagi meriah dari raya puasa, tapi aku rasa sama je, malah aku rasa kureng meriah skit pulak dari raya puasa. Mungkin sebab kitorang kat sini masih sambut raya haji tu dengan hias rumah, masih ada lauk-pauk yang meriah, masih ziarah menziarahi sanak saudara, masih membuat rumah terbuka (rumah aku hari-hari rumah terbuka) dan masih pakai baju berseri. Cuma dimeriahkan lagi dengan korban di kampung.

Korban apa lagi agaknya yang aku dah buat tahun ni. Fikir-fikir balik, ini bulan terakhir sebelum sambut tahun baru Hijrah. Bulan depan dah nak masuk Muharram. Korban apa? Aku ni selfish. Aku cuma korbankan perasaan dengan jayanya. Hahhahaha. Takpelah. Itu pun ibadat juga kan? Berkorban untuk kebahagiaan. Berkorban untuk kekuatan. Berkorban untuk mensyukuri nikmat & dugaan yang diberi. Bukankah dugaan itu tanda Allah masih sayangkan aku?

Tadi ada kenduri di rumah Ayah Teh, pakcik sepupu aku. Masih dekat ikatan persaudaraannya jadi aku tak boleh panggil dia saudara jauh lagi. Pi'e anak dia yang sebaya dengan aku dah kawin. Hehe. Nama dia cantik. Ismishafie nama dia, tapi nama kampung Pi'e je. Klasik kan? Sederhana tapi meriah. Saudara-mara ramai yang ada kat sana. Seronok juga sesekali berkumpul ramai-ramai macam tu. Boleh bertukar-tukar berita mutakhir, update information on each other's life dan jugak boleh mengorat-ngorat. Hahahha. Ramai yang dah makin membesar, makin dewasa. Apa lagi, best le boleh cuci-cuci mata... hehehhe..

Raya-raya ni pun kau tak insaf lagi Miyyah! ;P