Saturday, January 24, 2004

Semalam bengkel kereta depan apartment Kak Yong terbakar. Aku tengah best layan lagu Dewa, tiba-tiba Kak Yatmi cakap rumah penuh asap. Aku jenguk kat sliding door. Fuuh, asap baru merebak ke udara. Dari rumah Kak Yong nampak straight api tu Mula-mula kecil je, tapi lepas tu merebak naik ke atap. Orang mula ramai. Ada kereta yang park kat situ diangkat ramai-ramai. Kak Yong & family balik Perak. Kak Yatmi dah panik. Aku sempat ambik gambar lagi. Heheh. Lepas api tu dah merebak dan asap dah mula hitam, terdengar letupan kecil.

Tengok Kak Yatmi dah kelam kabut nak keluar, aku ikut je. Seram pun ada jugak. Maunya tak. Debu melayang-layang.. asap hitam penuhi awan.. api makin menggila.. dan bomba tak nampak rupa. Masa turuni anak tangga, terdengar satu letupan kuat, rasa macam bergegar je. Lemah kejap kepala lutut aku.

Hehhee. Turun bawah, snap few pictures guna camera Kak Yatmi. bila bomba sampai, aku ajak kak Yatmi naik atas rumah balik. Dan aku sambung layan Dewa. :)

Pagi tadi masa nak pergi ofis, aku nampak beberapa lelaki tengah termenung depan workshop tu. Abang Amad cakap, mekanik kat situ. Kesian diorang...
I almost forgot the song that once my favourite. The song that once introduced by a dear friend of mine. And a song that gave an idea of naming this blog. Thanks Habibah, for reminding me. :) The song by Blessid Union Of Soul:"Standing At The Edge Of The Earth"

I knew that this moment would come in time
That I'd have to let go and watch you fly
I know you're coming back so why am I dying inside
Are you searching for words that you can't find
Trying to hide your emotions but eyes don't lie
Guess there's no easy way to say goodbye
So I'll be standing at the edge of the earth
Hoping that someday you'll come back again
I'll be standing at the edge of the earth hoping for someday
Don't misunderstand what I'm trying to say
I don't want to let you leave this way
I want you to know that I stand right by your side
And I know this may be
The very last time that we see each other cry
But whatever happens know that I'll....
I'll be standing at the edge of the earth
Hoping that one day you'll come back again
I'll be standing at the edge of the earth hoping that someday
You'll come back to me
I'll be praying for whatever it's worth
Believing that one day you'll come back to me
I'll be standing at the edge of the earth
Hoping for someday
And I know this may be
The very last time that we see each other cry
But whatever happens know that I'll....
I'll be standing at the edge of the earth
Hoping that one day you'll come back again
I'll be standing at the edge of the earth hoping that someday
You'll come back to me
I'll be praying for whatever it's worth
Believing that one day you'll come back to me
I'll be standing at the edge of the earth
Hoping for someday
Waiting for someday Believing in someday
Praying for someday, I'll be....
Longing for someday Clinging to someday
Cherishing someday, I'll be....
Thinking of someday Dreaming of someday
Wishing for someday, I'll be....
Living for someday Counting on someday
Knowing that one day....
I will see you


I am not waiting for anyone though. Not anymore. :)

Wednesday, January 14, 2004

Pernah tengok cerita Sepi Angin ke Kota London?

Terus terang aku cakap, cerita ni cukup mengesankan aku. Tak perlu Rosyam Nor, tak perlu Fauziah Nawi,tak perlu Jalil Hamid,tak perlu pelakon ada nama untuk buat aku terpaku. Garapan yang cukup simple, cerita yang straightforward, penghayatan A+ pelakon-pelakonnya cukup untuk buat aku terpegun. Bangga kerana masih ada drama melayu yang menarik.

Aku tak nak komen banyak-banyak sebab kaalu aku komen, nanti tak cukup page pulak. Cuma nak ucapkan tahniah kepada pengarah, penulis skrip (yang aku cukup suka),pelakon2nya dan kru-kru penerbitannya. Syabas.:)
Menangis air mata darah sekalipun takkan dapat aku undur masa. Sungguh. Betul. Bagai menggila hati menahan tangis, bagai terhunus tajam belati di detak nafasku. Bukan senang jadi aku.

Tak cukupkah derita yang aku tanggung? Tak cukupkah ngilu yang aku pendam? Tak cukup lagikah sakit perit yang aku pikul? Aku mahu hidup.. aku mahu bernafas... aku mahu tenang. Cukuplah semua tu. Cukuplah. Aku dah tak sanggup nak simpan lagi.Aku dah tak sanggup nak berpura-pura lagi. Aku dah penat. Aku dah penat jadi manusia yang suka berkorban, terkorban dan dikorbankan. Cukuplah.

Aku dah tak sanggup menggigil menahan tangis lagi. Air mata aku dah nak kering dah. Dah tak sanggup lagi... tolonglah. Tolonglah.. biarkanlah aku bahagia.Tolonglah... biarkanlah aku dengan hidupku sekarang..Tolonglah... larikanlah kenangan itu dari aku. Larikan kisah silam itu dari aku. Aku takut. Aku tak sanggup hidup dengan cerita lampau. Ya Tuhan..peritnya menerima kenyataan..!

Aku nak lari. Aku nak lari dari dia. Nak lari dari mereka.Nak lari dari semua orang... tolonglah...!

Sunday, January 04, 2004

Awang Sulung Merah Muda was okay. The ending was quite surprising. My second visit to Philharmonic Petronas. Okay, at least worth buying the 20 bucks ticket la. Unexpectedly takde interval, so habis awal la jugak. Sempat lepak jap kat Coffee Bean yang dah lama tak jenguk, dok membising tiga orang (Feeda, Tita and me). Spent the night at Tita's house and ended up sleeping at 6.00 in the morning.

Yes, we actually did that. Dah lama tak buat kerja camtu sebenarnya. Berborak sampai lupa waktu. Dari satu topik ke satu topik, non stop. Subuh tu siap mak dia ketuk pintu sebab suara terkuat. Hehehehe... We used to do that in IIU dulu. Stay up sampai pagi, just untuk berborak. Dahlah dah lama tak jumpa dia, and there are so much to tell. Hehehe. Puas hati la. Semua habis cerita. Ahaks! Kadang-kadang aku rasa boleh buat record untuk masa berborak paling lama. :P

Bila spesis manusia macam aku jumpa manusia macam dia.. inilah jadinya. Dan kepala aku masih lagi berdenyut. Tak cukup tidur... bangun awal pagi tadi.