Monday, December 22, 2003

Hairan betul. Semalam satu hari aku ceria. Tersenyum-senyum sepanjang hari. Ketawa riang macam biasa. Mulut riuh berbicara. Tapi bangun pagi ni, hati aku tiba-tiba mendung. Muram. Rasa macam tak nak bangun langsung. Nak baring kat katil sampai bila-bila. Moody menyerang lagi!

Kepala aku berserabut sebenarnya. Dan aku betul-betul dah malas nak huraikan simpulan-simpulan yang menyerabutkan otak tu. Buat sakit kepala fikir ada la. Kadang-kadang geram juga. Kenapalah mereka tak pernah nak faham aku? Atau aku sendiri yang memilih untuk jadi manusia yang orang memang susah nak faham...

Aku emosional lagi. Dan bila aku emosional, slightest thing pun boleh buat aku nangis. Dan aku betul-betul nak nangis sekarang. Hidung aku berdarah.....

Anyway, sebelum aku teruskan dengan emosi bodoh aku, congrats first to Shakir & Qurai, for their wedding yesterday. May they're blessed with prosperity and love throughout their life.. and to those who are expecting a wedding blast, jangan lupa jemput aku. Sementara aku masih lagi rajin mengendeng ke kenduri kawin orang... cepat-cepatlah.

I am deadly miserable.

Friday, December 12, 2003

Dah lama tak update. Dah lebih sebulan aku senyapkan diri. Bukan sengaja (atau mungkin ada sedikit niat itu) tapi sebab aku tak terjumpa Internet lagi. Ditambah-tambah pulak dengan jemputan ke rumah terbuka kawan-kawan.. sibuk la skit.

Sedikit-sedikit tu ada la juga niat nak bercuti kejap dari update jurnal ni. Bukan bosan, tapi aku perlukan masa untuk diri sendiri. Diri aku pun perlu dijaga juga. Kadang-kadang mahu juga lari dari kebiasaan...

Aku kagum sangat dengan diri aku sendiri. I really am proud of myself. Walau macam-macam datangn menerjah mengejut dalam hidup aku, kehidupan seharian aku, tapi diri aku ni terer betul. Aku cool ek! Hahaha. Amaran, entry kali ni memuji diri sendiri. Betul. Percayalah. Aku jarang sangat bangga dengan diri sendiri, tapi kali ini aku dengan bangganya berkata yang aku bersyukur sangat2 Allah kurniakan aku kekuatan yang aku rasa mungkin bukan semua orang ada. Betul. Sungguh. Dan dengan kekuatan itulah aku masih teguh sampai ke hari ini.

Dan aku juga perlu berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang sering di situ, menjadi pendengar setia setiap masalah dan perihal diri. Aku perlu hidup, dan aku perlu bahagia untuk mereka-mereka yang masih sayangkan aku bukan?

Entry kali ni merapu benar. Cukuplah. Sebelum aku melarat yang bukan-bukan. Jumpa lagi.