Sunday, September 28, 2003

Aku ni siapa pada dia? Dicari bila perlu. Dicampak bila bosan. Aku ke tu? I just don't get it. Suddenly, out of the blue, there I am. Wujud balik dalam hidup dia. Sebelum-sebelum ni, nama aku dah hilang agaknya dalam list dia.

Terkejut sebenarnya. Tapi sedikit simpati juga dengan dia. Am I the first choice, or am I the last? Aku kasihankan dia. Watak dia dalam hidup yang dia pilih. Cerita dia yang dia kisahkan. Aku simpati pada dia. Kenapa sampai macam tu jadinya?

Kadang-kadang aku sendiri sedar, aku juga boleh hilang kawalan dalam diri. Kadang-kadang aku juga mahu buat sesuatu tu ikut hati, ikut rasa dan bukan ikut otak. Tapi aku juga sedar yang walau apa yang kita buat, kaki biar berpijak di tanah, dan kepala jangan sampai mencecah langit. Aku tak mahu hidup terapung. Aku ada tujuan dalam hidup. Setiap orang juga. Tapi jangan sampai diri sendiri dikorbankan untuk mencapai tujuan tu.

Manusia memang berubah. Dia berubah. Aku juga berubah. Yang lepas adalah pengalaman. Pengalaman itu yang menjadikan siapa aku sekarang. Hati aku keras. Makin keras dari dulu.

Sudah aku katakan. Dia tetap kawan. Tapi mungkin bukan lagi kawan terbaik.

Friday, September 26, 2003

Mood aku dari petang semalam bercampur-campur. Aku cuba tak nak fikir, jadi malam semalam aku pergi tengok Cinta Kolestrol yang indah khabar dari rupa tu. Forget 'bout that for a while. I'll be reviewing the film later. Sebelum tengok, aku try call Syaer nak cakap ngan dia, nak mengadu la. Tapi sampai sudah dia tak angkat telefon. Anyway, balik dari JJ Bukit Raja tu terus flat sampai pagi, jadi aku memang takde masa nak fikir pasal mende alah tu lagi.

Tapi pagi tadi, emotions aku breakdown lagi. Petang semalam tak boleh kontrol aku dah nangis kat ofis dah (but not in front of my colleagues of course!). Pagi tadi rasa macam nak nangis lagi. Tensen betul bila musim2 aku jadi over-sensitive ni. Sensitif tak bertempat betul aku ni. Tak stabil!

He did nothing wrong, except for blowing up everything. (I know it sounds harsh!) Aku rasa macam nak give-up. Dah tawar hati. Terkilan pun ada. Macam aku ni tak tahu apa-apa. Macam aku tak mampu nak buat apa-apa yang betul dalam hidup aku. Macam apa yang aku buat selama ni semuanya salah. Yes. I am being emotional. I know that. Aku tahu aku memang ikut perasaan sekarang ni. Aku tahu dia betul. Aku sedar apa dia cakap tu ada rasionalnya. Aku pun sangat-sangat faham apa yang dia cakap semuanya tak salah. Apa yang dia cuba buat tu semuanya untuk aku. Kebaikan aku. Sebab dia sayangkan aku. Sebab dia tak nak aku silap Tak nak aku susah. Tapi sampai bila aku nak bergantung pada dia? Aku nak tunjukkan yang aku boleh berdikari, aku boleh hidup sendiri. Dan aku pun mampu buat yang yang terbaik untuk hidup aku.

"Tunggu nanti 23hb ni bincang. Assalamualaikum..."

Aku jawab salamnya dengan suara yang tertahan tahan. Adussss, kadang-kadang aku ni manja terlampau. Perkara sekecil tu pun boleh buat aku menangis. Bila ianya berkaitan dengan orang-orang yang paling aku sayang, aku cepat betul terasa. Aku sayangkan dia. Aku hormatkan dia dan takkan pernah rasa hormat itu akan hilang dari diri aku. Aku tahu dia buat camtu untuk masa depan aku. Entahlah. Aku pun tak tahu apa yang aku nak suarakan lagi.

Ah. Mungkin aku yang degil sangat.
Keras kepala.
Tak fikir panjang.
Ego tak bertempat.

Tuesday, September 16, 2003

Kalau kau jadi aku apa kau nak buat?

Kalau kau jadi aku, kau kerja tempat aku. Tiap kali kau balik rumah ke, jumpa keluarga ke, sedara mara ke, semua tanya, kerja apa? Pastu kau jawab kau kerja yang aku kerja. Pastu diorang tanya kau lagi, kenapa kerja tu? Kenapa tak kerja lain? Kenapa tak jadi lecturer? Kenapa nak sangat kerja kat situ? Gaji banyak sangat ke dia kasi? Bila nak cari kerja lain? Cari laa kerja lain... kerja camtu tak ke mana. Bila nak tukar kerja ni? Lepas bertubi-tubi soalan diorang tembak kat kau, apa kau nak jawab?

a) Jawab "Ye, saya memang nak cari kerja lain la ni."
b) Senyum-senyum, sengeh-sengeh, angguk-angguk, gelak-gelak.
c) Belasah je diorang.

Kalau kau jadi aku, hujung minggu kau selalu lepak rumah sedara mara kau. Sesekali kau keluar rewang dengan kengkawan. Sesekali pergi rumah orang kawin. Bila kau keluar dengan kengkawan, diorang kata, "Keluar dengan boyfriend ker? Bila nak tunjuk boyfriend nyer? Asyik keluar je..." Bila kau pergi kenduri kawin, diorang cakap, "Fuuh.. asyik pergi kenduri orang je, kenduri awak bila lagi?" Bila tak keluar mana-mana, dan lepak kat rumah je, diorang cakap," Hai, duduk rumah je? Tak keluar ke? Ke 'kawan' kena pegi outstation? Takkan gaduh kot?" Kalau kau jadi aku, apa kau nak buat?

a) Iyakan aje.
b) Buat pekak telinga.
c) Belasah je diorang.

Kalau kau jadi aku, kau pergi majlis mana-mana, pastu mesti ada yang tegur kau. "Eh-eh, Miyyah... apsal kau makin berisi sekarang..?" Atau kau jumpa kawan lama dan diorang cakap, " Hey! Kurus kau sekarang, ko diet ker?" Atau hari-hari kau kat ofis; Isnin diorang cakap kau gemuk, tapi masuk hari Rabu diorang cakap kau kurus. Bila kau balik kampung, orang kampung cakap kau makin tembam, makin berisi, tapi bila kau balik sini, orang sini cakap kau dah turun skit semenjak balik kampung. Kalau kau jadi aku, apa kau nak buat?

a) Tak makan langsung.
b) Makan lagi banyak.
c) Belasah je diorang.

Aku? Semua yang di atas.

Monday, September 08, 2003

Selamat Pengantin Baru, Syaer & Jamal!

Maka berakhirlah zaman menjerit-jerit kawan baik aku tu. Hahaha. Lepas ni dia dah kena jadi pompuan mithali.. kena ikut cakap husband jek. Heheheh.

A day b4 the wedding, aku PURPOSEDLY amik MC sebab tak nak lambat untuk akad nikah dia. KAlau tak cuti, susah jugak nak rush dari Klang ke Bandar Utama. Aku mintak maaf kepada semua doktor sebab aku salah sorang yang menggunakan MC untuk kepentingan diri sendiri. Heheh.. Dan aku jadi manusia pertama yang wish dia 'Tahniah' selepas dia bergelar isteri orang. Nak kata sebak tu tak de pulak, walaupun rasa macam tak percaya tu ada gak. Mungkin sebab aku lebih nak gelak dengar Jamal lafaz nikahnya macam keretapi ekspress. Baca taklik pun macam tu. Laju giler! Dia cakap lepas tu, dia nak abiskan cepat-cepat.

Malam tu asalnya tak plan nak tidur rumah Syaer, tapi end up tido sana sebab habis rehearsal kat dewan pun dah pukul 2.30 pagi. Seronok tolong si Aidil (in-charge decoration) n team dia hiaskan dewan tu. Penuh dengan fresh flowers, siap tolong diorang pacakkan bunga lagi. Hehhe. Aku belajar gubah bunga! At least ada jugak contribution aku kat dewan tu.. balik-balik terus mandi sebab badan dah melekit giler, lepas tu terus pengsan. Pagi-pagi buta lagi aku dah bangun, dan dalam mamai-mamai tu balik drive sorang2 ke rumah Cik Yah. Syaer pinjamkan kereta dia. Lepas siap apa semua, baru pegi balik rumah Syaer tolong apa patut.. rumah dia dah aku buat macam rumah sendiri dah... hehehe..

Dah penat berkelam kabut kat rumah, kami (Syaer, aku, Feeda, Atiek-adik Syaer, Cik Ya - wife Pak Su Syaer) jadi orang terakhir tinggalkan rumah untuk ke dewan. Sampai2, geng2 Benl dah sampai dulu. Linda n CK, Along, Awin, Pakcik semua dah ada. Lepas tu berderet2 muka2 aku kenal muncul. Budak2 Steadfast datang berkerumun satu meja, mengecohkan keadaan lagi. Meriah dibuatnya. Aku la yang penat, satu rata ceruk dewan tu aku pusing, sekejap jenguk budak2 Benl, kejap gi kat budak Steadfast, kejap tegur budak ofis.. merata2! Penat memang penat, tapi aku tak kisah, coz I enjoyed every little bit of it.

Tita cuma singgah sekejap, Nib & hubby datang pun majlis dah nak abih. Sempat jugak dia makan semeja ngan Syakir & Qurai. Si Amir muncul dengan Lisa masa Syaer & Jamal dah balik rumah. Terus dia trail kitorang balik rumah Syaer. Budak2 NZ lagi lambat, kul 6 baru sampai rumah Syaer. Apa-apa pun, semuanya dah selamat pun, and I'm glad yang Syaer sekarang dah ada orang jaga.. :)

Masa sebelum balik dari rumah dia petang tu, Mak Long Syaer cakap (setelah ditukar dari loghat Kelantan),

"Terima kasihlah Miyyah, banyak tolong. Kesian, penat. Masa Kak Ida nak kawin ni, bolehlah tolong2, tido kat rumah ni, nanti esok-esok Miyyah pulak kawin, Kak Ida tak tentu boleh buat macam tu lagi ke tak... terima kasih ye Miyyah."

And for once, aku baru rasa sebak. Rasa macam tak percaya. Kawan baik aku dah kawin eh?

Thursday, September 04, 2003

Dah banyak kali aku dengar orang cakap, sekali kita diberi peluang, hargainya dengan baik. Rebut peluang tu, jangan lepaskan. Sebab sekali kita biarkan peluang itu pergi, ia akan pergi, takkan kembali dan kita mungkin akan terkilan sebab melepaskannya dulu.

Dah banyak kali. Berkali-kali aku dengar. Dalam TV, orang cakap, radio, buku, majalah.. di mana-mana ramai yang cakap macam tu kat aku. Kadang-kadang sampai naik rimas aku dibuatnya. Dan tiap kali cerita yang sama diutarakan, sedikit sebanyak hati aku terusik juga. Aku pernah diberi peluang itu, dan agak lama peluang tu dioffer pada aku, tapi aku tak faham. Dan aku lepaskan peluang tu begitu je. Dan bila ianya dah berlalu, baru rasa terkilan itu muncul, rasa kesal itu menyerang.

Aku pernah menyesal kerana melepaskan suatu peluang yang aku nampak, tapi buta untuk mencarinya. Aku pernah terkeliru dengan diri aku, menyerang rasa bersalah yang kerap menghantui. Pada kawan-kawan juga aku kerap berpesan, kalau kalian bertemu peluang yang mungkin boleh mengubah hidup, rebutlah, sambarlah. Jangan jadi macam aku. Terkilan tak sudah.

Sebetulnya aku sukar menerima hakikat itu. Tapi aku rasa aku patut bangga juga sebab sekarang sedikit demi sedikit aku mula yakin dengan diri. Mula menerima apa yang terjadi. Mula menyedari yang itu takdir yang ditentukan untuk aku, dan aku tak perlu rasa bersalah untuk itu. Aku yakin tentang diri aku, dan aku tetap percaya bahawa yang terbaik itu tetap milik aku...

Pengalaman itu banyak mengajar aku tentang diri sendiri. Tentang keyakinan aku, tentang kekuatan diri aku. Dan mengajar aku yang seandainya aku diberi peluang seperti itu lagi, aku tak patut mensia-siakannya. Dan aku rasa aku betul-betul harus berbangga dengan diri, yang bahawa pengalaman itu menjadikan aku manusia sehebat sekarang. Aku memang patut berbangga bukan. :) Syukur...


dan terima kasihku kepadanya, untuk itu. Selamat ulangtahun. :)

Tuesday, September 02, 2003

Dengan email yang lama tak dijenguk, jurnal yang dah lama tak diupdate, nah sekarang aku di sini lagi. Cuba dalam masa cuma satu jam untuk melakukan semua itu.

Pagi tadi baru balik dari kampung.. Baliknya sekejap, cuma nak menjenguk ayahbonda, rumah dan durian kebun yang masih berbuah. Aku bawa sama si Shima, Erni dan Kak Jun (officemates) ke teratak tersayang. Diornag balik pagi semalam, aku balik malamnya. Aku sebenarnya cuba menghabiskan masa yang lebih di sana.

Sempat bershopping tudung sampai rambang mata, sempat makan durian dusun yang buahnya sebesar penumbuk aku tapi bijinya macam ada tak ada. Kuning pulak tu isinya! Puaslah hati dapat makan durian dusun sendiri! Hehehehe... Sempat juga makan nasi dagang yang Mak Teh Lah dan Mak Ngah buatkan, yang susah betul aku nak berkenan kalau beli kat pasar malam kat sini.

Pendek kata, semuanya sempat di Terengganu. Baru je balik sini, aku dah rindu kampung balik..hehehe...

Hujung minggu ni sorang lagi best friend aku nak kawin. Well, what I should really say is, my dearest friend, Syaer is getting married. Syaer bolehlah dianggap kawan aku paling rapat di kampus dulu. Ke mana-mana berdua, sampai kalau takde sorang, mesti kena tanya punya. Ke kelas bersama, makan bersama (walaupun bilik lain-lain), society yang sama, semuanya macam belangkas berdua. Macam tak lengkap kalau sorang takde. Walaupun kalau ikutkan kepala otak, kepala dia lagi matured dari aku, tapi tetap boleh geng. Walaupun perangai dan personaliti kami macam langit dengan bumi, tapi aku tetap boleh rapat dengan dia.

Sekarang dia dah nak kawin dah pun. Hehehehe. Bakal suami pun dia kenal masa di kampus. Senior kitorang setahun, cuma course yang berbeza. Aku ingat lagi, masa mula-mula bercinta, masa dia tengah angau, memang aku banyak kali kecik ati dengan dia. Alaa.. biasa la.. kes terasa macam kawan baik kena rampas la ni. Maunya tak. Asyiknya keluar dengan boyfriend, sampai terasa macam disisih terus. Bercakap 24-7 pasal bf, nak gi mana-mana mesti bf ikut, sampai aku naik rimas. Tensen dibuatnya. Tapi kejap je la. Lepas tu dia okay balik. Lepas bf dia dah blah dari kampus. Hehhehe. Tapi apa-pun, aku memang boleh geng dengann bf dia tu. Dulu kaki bertekak dengan aku tu (sekarang pun apa kurang).. hehehe..

Hmmm... dah banyak sebenarnya yang aku lalui dengan dia. She'll start her new life this coming 6th of September. Just hope that I'm still part of it.. :)