Monday, August 04, 2003

Musim buah tiba lagi. Hari Sabtu berkampung di rumah Cik Yah kat PJ. Berkampung dengan durian, rambutan dan manggis yang diorang bawa dari Terengganu. Macam pesta buah la pulak. Durian (my favourite) semuanya cantik-cantik isinya. Manggis di Terengganu sekarang pun khabarnya 100 biji cuma RM10. Kira-kira 10 sen sebiji. Manis pulak tu! Mana nak cari?

Aku mentekedarah makan buah-buahan pure dari dusun tu sampai tak lalu makan nasi.. Hehehhe.. puas hati betul. Orang kat Terengganu pulak sampaikan pesan, 2 minggu lagi balik la. Durian yang sejenis lagi (aku tak tau durian jenis apa, aku makan je..) nak masak dah. Hhehehe... kalau ikut hati, nak je aku balik Terengganu Sabtu malam, dan Ahad malam balik Klang balik... semata-mata nak makan buah-buahan kat dusun. Baru best...!!

Hujung bulan ni ingat nak balik masa cuti Hari Merdeka. Boleh la ada kat sana lama sikit... Kak Jun, Shima & Erni pun nak ikut sekali. Tapi tak confirm lagi, sebab Kak Yong cakap Hafiz & Lisa ada ura-ura nak extend flight ticket dari 23hb ke 30 hb. Kalau Hafiz balik 30hb, maknanya ayahbonda sah-sah ler turun KL lagi.. dan aku terpaksa la stay sini..

Harap-harap boleh balik. Aku dah rindu rumah ni...!