Wednesday, July 30, 2003

Betul-betul demam AF melanda! Akademi Fantasia. Hahaha. Tiap hujung minggu aku mesti balik Puchong. Dan aku rasa dah lama aku tak kuar jejalan hari Ahad, apalagi hari Sabtu malam. Tepat jam 8.30 malam, semua mengadap TV. Astro Ria. Dengan Afiqah budak kecik tu pun excited lebih bila dengar lagu tema AF tu. Terjungkit-jungkit kaki dia, berpusing-pusing berjoget. Kalau dengar je lagu rancak-rancak, terlompat-lompat dia menari. Especially si Sahri. Aku rasa budak kecik tu minat Sahri laa...!

Dan aku rasa tak salah jugak kalau aku cakap reality-tv ni antara rancangan tv paling berjaya di Malaysia..!

Aku malas nak komen apa-apa tentang kontroversi yang melanda, atau kisah suka duka pelajar2 kat AF tu yang saban minggu menangis (Aku rasa kalau kumpul minggu-minggu mesti boleh lebih satu tempayan..) Hhehehe.. Ramai yang berpendapat undi SMS tu tak adil. Tapi bagi aku, adilllll.... saper2 yang terkeluar tu nasib laa. Takde rezeki. Dah orang tak nak undi/ terlupa undi.. suka hati laa. AKu, sebagai salah seorang penonton, dan peminat, suka hati aku la aku nak undi saper kan! Hahahahah!

Tiap-tiap hari aku sampai ofis, bila aku nampak je si Faiz budak trainee Stock tu masuk, macam-macam soalan la aku tanya. Dia sampai dah biasa dah kena tembak soalan dengan aku. Mau taknya, dia sorang je tempat aku bertanya itu ini pasal AF tu, sebab dia je yang ikut cerita tu.. rumah dia ada Astro. Tapi yang lain pun ikut jugak AF tu, sebab kalau aku tak bukak cerita pasal AF kat ofis, tak sah. Diorang cakap aku fanatik tul. Hahahaha...

Mind me dear. Aku takde tv kat rumah sewa kat sini, jauh sekali nak ada Astro. Tu la sebab tiap hujung minggu je aku balik Puchong. (Hujung minggu ni mungkin ke PJ sebab nak kena turun KL) :P Jadi memang bergantung harap betullah dengan cerita si Faiz tuh. Tapi yang sakit jiwa tu, si Faiz tu suka sangat buat-buat lupa. Tak reliable langsung source dia. Ceh. Asyik kena marah je la ngan aku.. Hahhahah! Kesian dia! (Anyway, he reminded me sooo much of Bahau, my junior kat UIA dulu.. perangai dia, cara dia cakap, lawak dia, semua sama! Umur pun sama!)

Hmm.. let me see. Siapa yang aku sokong dalam AF ni? Ohh.. tentu sekali Vince. Hehhehe. ;P

Wednesday, July 23, 2003

Aku risau. Aku takut. Aku bimbang sebenarnya. Dulu rasanya tahap kesabaran aku tak teruk macam ni. Amarah aku masih dapat aku kawal. Suara aku masih dapat aku awasi. Pitch suara aku pun rasanya dulu tak setinggi ni. Risau sangat-sangat.

Sekarang aku cepat sangat membentak. Meradang. Menjerit. Marah-marah. Membebel. Tekanan dan terbeban benar aku rasanya sekarang ni. Dan tadi aku sendiri terkejut dengan diri aku. Aduuhhh... sepagi aku terdiam. Sepagi aku hilang suara. Sepagi mereka takut mendekati. Sepagi mereka takut walhal untuk bertegur sapa sekalipun. Dan sepagi itu juga aku berfikir panjang. Aku dah makin berubah.

Aku berubah menjadi manusia cepat marah. Manusia cepat panas. Cepat melenting. Mulut pulak kadang2 macam tak boleh nak kontrol. Aku risau sanat-sangat dengan perubahan aku. Dulu tak macam ni. Perubahan ni tak mendadak sebenarnya. Dan sebab itulah aku lalai. Lalai tentang kelemahan aku yang makin merebak. Aku tak mahu sebenarnya. Aku takut benar. Takut yang amat. Kasar aku semacam. Degil aku berlapis-lapis. Dan aku makin risau bila ego aku membengkak, dan cukup takut kalau ianya bernanah. Makan diri nanti!

Aku mahu jadi aku dulu. Ya, aku mahu berubah, tapi tidak seteruk ini. Aku mahukan perubahan positif, yang boleh membentuk aku jadi manusia boleh berfikir, bukan manusia cetek fikiran! Aku tak mahu kerana perangai aku yang makin menjadi-jadi sekarang, aku lupa diri. Aku lupa asal usul. Aku tak mahu.

Amarah itu kegemaran syaitan. Suka benar dia kalau aku selalu melenting, marah-marah, menjerit-jerit. Malu pun ada. Bila marah menguasai, akal susah berfungsi. Dan jadilah aku manusia hilang diri. Hilang sifat malu.

Astarghfirullah...aku tak mahu jadi begitu!

Friday, July 18, 2003

Hafiz-Lisa dah kawin.
Hajar-Hafiz nak kawin Ahad ni.
Ayu-Aizal baru msg bagitau nak kawin bulan depan.
Syaer-Jamal bulan 9.
Syakir-Qurai bulan 12.

Hahahaha. Sekarang musim kawin-kawin untuk kawan-kawan aku. Aku tumpang hepi je. :)

Masih berbaki rasa terkilan sebenarnya. Susah jugak bila jadi manusia susah nak kecik ati ni. Sekali kecik ati...hmmm... susah nak lupa plak. Tersisih benar rasanya. Aku terpaksa terima hakikat bukan, yang aku bukan lagi yang terpenting. Bukan lagi satu priority. Haha.

Syaer tanya, "Kau merajuk ke?" Berbakul-bakul aku nafi. Tapi kemudian aku gelak. Dia pun gelak.
"Kau tak payah la nak kelentong, cakap kau tu pun aku dah tau.. merajuk la tu!"
"Mana ada.. aku okay la."

Aku tau di hujung corong telepon tu mulut dia mesti tersenyum.

"Kau tak telefon?"
"Buat apa?"
"Manalah tau, kot-kot ko nak clarify cerita tu .."
"Aah. Malas. Aku kan tak penting. Tak wujud dah. Dia nak buat apa pun, buat apa inform aku. Takde effect pun.."
"Sah merajuk kau ni."
"Hahaha."

Aku tak merajuk. Cuma sedikit kecil hati. Dan sedikit tersisih. Jangan bimbang. Aku masih waras. :)

Friday, July 04, 2003

Kepenatan. Keletihan. Tension pun ada. Dan kalau aku dapat better offer, memang aku blah je. Bukan tak tahan pressure. Bukan menyampahkan environment. Bukan bosan. Oh. Ok. Mungkin sikit kot. Tapi yang nyata aku dah cukup menyampah dengan apa yang aku perlu lalui sekarang. Kerja yang datangnya mengejut-ngejut, yang boleh membuatkan aku gila, yang sentiasa memerlukan aku menjadi David Copperfield untuk buat miracle, gimmick, dan silap mata, yang hari-hari buat aku weng kepala otak.. dulu taklah rasa terbeban. Aku sebetulnya tak kisah kerja teruk, sebab aku memang suka kerja. Tapi teruk-teruk camna pun, at least bagilah aku peluang nak bernafas. Ini bagi aku peluang sesak nafas ada laaa...!

Entry blog ni pun dah berapa lama tak update. Ni pun terboleh update sebab bos bagi izin bukak internet dia. Aku lama tak masuk sebab dah tak boleh 'ceroboh' bilik dia suka hati.Dah kalu aku yang sendiri buat memo larang orang untuk masuk, takkan aku nak violate the rules kan?

Aku perlu bertahan... perlu bertahan sangat-sangat!

Anyway, on the other side, aku dah pindah rumah baru. Kat Bandar Baru Klang. Betul-betul flet tepi highway tuu..ehhehe. Dekat Jusco lagi. Habih la, lepas ni gila shopping la aku jawabnya. Sewanya murah je. Buat masa skarang, aku tinggal dengan Lin berdua je. Tapi okay la, rumahnya cantik, neighbours pun baik2, semua family punya rumah. Nak bermesra lebih-lebih tak sempat lagi, sebab baru pindah tak sampai seminggu, tapi nampak gayanya ok la.. Aku pun dah beli dapur dah...! (Tapi gas tak beli lagi) :P Aku nak masak tuu..hahahah..

Esok Hafiz aku kawin. Yup. My dear adik. Dan mulai malam ni (bila aku start jejak kaki kat rumah Cik yah kat PJ), aku rasa aku kena pakai sumbat telinga. Sah-sah aku kena tembak banyak kali ni karang.. shield pun kena pakai tebal2 ni... jurutembaknya berkumpul malam ni...! :P