Thursday, June 26, 2003

Latest update aah.

+ Asyraf, our youngest bro did well during SPM. He successfully scored 7 1A and 1 2A. 2A for English.

+ I've got a new sec table. Hehhe. Petang Sabtu baru sampai. Nice, loooong table, cuma takde drawer je. yang aku menyampah tu. Kutip dari Kia since Kia had moved to the new building at Kg baru.

+ I started my first sewing lesson. Quite impressed with meself coz I actually pretty much enjoyed the class! :P

+ Going to Anis's wedding tomorrow with Linda, CK, Along and Feeda. Gees, if its not because of Anis beria mengajak, most probably aku tak pegi. Ye la, puak-puak tu aku tak rapat sangat. but hey, bila lagi aku nak pegi tengok kawan aku sorang tu kawin kan.. dengan mat saleh pulak tu! :)

+ Been quite moody in the morning. A bit low. Muncung aku panjang giler. Semua orang pun macam takut-takut nak tegur. Good. Aku muncung ada reason.

+ Overwhelmed by the fact that somebody actually admires me -without my consent of course. Hehhehe. Ada lagi peminat aku rupanya. Betullah tu aku superstar..! Muahahahaha!

+ Internet kat ofis tak boleh guna coz phone line for Internet ada problem. Aduh. Suffer lagi!

+ Actually talked to an old friend from high school over the phone. She actually working under the same company, only that she is based at HQ Kampung Baru. Tapi dah nak resign baru call me up.

+ Hmmm. Care to flip through Motor Trader magazine for this week (or is it last week?) with a Cayman Green Peugeot 206 cc at the front cover. Hahhaha! That's OUR product! Diambil di PJ. :)

+ Kinda 'accidentally' bought The Guy Next Door written by author of The Princess Diaries. Sorry I totally forgot the name. Anyway, the book was hilarious and I kinda like it pretty much as the way the story was presented waayyy too cool! All are written in e-mail form. That reminds me sooo much of me, myself and friendz that used to be doing just that. Light reading.

Rasanya tu je for now. Havta go preparing what to bring tomorrow- to Anis' wedding. Heheh. Alamak! Baru ingat, all my handbags are still in Klang. Damn. I don't have any handbags left! Iskk.. takkan tak bawak handbag kot..!

Tuesday, June 17, 2003

Hari ni last day lesen aku berstatus "P". Mulai esok, aku dengan tak rasminya jadi pemegang lesen memandu Malaysia yang tetap! Genap sudah 2 tahun tempoh "P" aku. Lepas ni aku dah tak payah pandang lagi dah sticker "P" merah yang tertampal kat van ayah. :P Kalau aku ada kereta pun, kereta aku takkan tercemar punya dengan sticker tu. Hehehe...

Semalam ke PJ rumah Cik Yah, ayah bonda ada di sana, ada perbincangan dengan famili belah Lisa untuk wedding Hafiz awal bulan depan. Sempat la jugak tengok hantaran-hantaran yang Hafiz bawa balik dari Ireland. Cantik-cantik. Kalau kat sini mau mahal jugak tu. Tapi sebab beli kat sana, aku rasa harganya boleh tahan la..

2-3 menjak ni hati aku tak berapa sedap sangat. Angin kus-kus apa datang pun aku tak tahu. Mood tak elok, tapi berjaya lagi cover dari effect kerja ofis. Cuma 2-3 menjak ni aku kuat 'bising' skit kat ofis. Bukan sikit, banyak sebenarnya.. Ntahlah. Memang tune mood aku 2-3 menjak ni tak berapa betul.. banyak sangat dalam kepala sampai tak terluah..

Hopefully it won't last...

Saturday, June 14, 2003

Kadang-kadang aku rasa aku ni bodoh. Keras sangatkah hati aku? Degil sangatkah kepala aku? Liat sangatkah attitude aku? Apa mereka cakap macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Paling kuatpun, aku tergelak panjang. Tersengeh lebar. Bodohlah aku. Keraslah aku. Degillah aku. Liatlah aku.

Bila jawapan itu tidak ada pada aku. Bila soalan mereka tidak mampu aku jawab. Dan aku mencari escapism lain.

Sukar benar menjadi W N*jmiyyah. Aku tidak mampu merealisasikan harapan semua pihak. Aku sudah serik untuk berkorban demi orang lain. Sudah sampai masanya orang lain berkorban untuk aku.

Aku tidak boleh menjadi orang lain, aku cuma bangga kerana aku berjaya menjadi aku. Dan sesungguhnya aku memang patut bangga bukan?

Wednesday, June 11, 2003

I'm still at the office.

Atas meja aku ada 5 longgokan kertas untuk difailkan.

Satu longgok kertas recycle.
Satu longgok surat-surat yang keluar hari ni dan perlu sort balik nak check takut tertinggal penerimanya.
Satu longgok memo-memo yang dah 2-3 hari tertangguh filing.
Satu longgok miscellaneous items yang kena sort jugak.
Satu longgok lagi yang belum asing dalam kumpulan-kumpulan dia. Dan longgok ni paling banyak.

Aku tak larat nak berulang-alik masuk bilik bos ambik fail (fail-fail aku semua dalam almari bilik big boss), keluar, filing, masuk balik bilik untuk simpan fail and then just to realise yang aku tercicir satu dua documents dan kena buat rutin tu lagi sekali.

Menyampah tau tak!

Kalau diikutkan hati, mau je aku bakar semua kertas-kertas atas meja aku. Tapi kang, kalau aku bakar, aku pulak yang kena bakar karang.. heheh.

Setiap hari aku pun tak ingat berapa helai kertas yang aku guna. Tapi kalau tak salah aku, dalam sebulan, ofis ni guna 30 rim A4 paper. Punya la banyak! Ini baru satu ofis. Banyak-banyak ofis kat Malaysia ni dah bergunung-gunung paper agaknya sehari. Dan aku tak tau la berapa banyak pokok dah kena tebang sebab paper nih.

Environmentalist la pulak aku. Betul apa. Dulu masa belajar aku selalu pikir pasal dunia. Pasal alam sekitar. Pasal inflasi la. Pasal keruntuhan moral la apa la. Agaknya masa jadi student dulu jiwa sensitif. Sekarang bukan tak fikir. Fikir tu, fikir jugak. Cuma tak se'hebat' dulu. Kenapa bila dah kerja ni aku cam ignore skit dunia luar? Is it just me, or everybody?

Monday, June 09, 2003

Tangan aku bengkakkkkkkk! Ibu jari tangan kanan aku bengkaakkkkk! Pastu lebam-lebam plak tu. Kaki aku pun sengal-sengal. Heheheh... berbalut-balut la aku jawabnya. Ni kes main volleyball ngan bola baling semalam la ni. :) Tak kisahlah.. asal enjoy!

Petang semalam baru balik dari PD from Family Day. Besttt! Penat memang la penat, tapi enjoy! Aku plak jadi committee, heheeh... lagi puas hati bila event tu menjadik! Dahlah masa dinner malam tu aku dapat lucky draw gak.. walaupun aku tak dapat grand prize TV 29" tu, at least dapat la jugak hamper yang harganya RM50.00. Muahahahah.. Okay gak tu...!

Paling enjoy of course la masa main volleyball ngan bola baling pagi semalam. Asyik mulut aku je yang menceceh. Kakakakakaka! Sampaikan si Hairul geram, asyik attack aku je time buat servis. Dah la tu, tiap kali aku yang nak serve, budak2 tu pakat pegi kat depan net.. konon cam bola aku mesti tak lepas punya laaa..Hahahahahah! Aku bukannya terer main pun, lintang pukang semuanya. Tapi pakai belasah je laaa.. at least dapat juga aku kasi mata kat team aku...! Menang jugak!! :P

Main bola baling plak sampai terduduk-duduk berebut bola. Nasib baik bola baling main semua pompuan. Penat ketawa lebih dari penat main. Seriously, aku enjoy giler pegi PD ni! Walaupun satu badan sakit-sakit, walaupun sakit otot-otot, walaupun aku lebih glemer kena gelak... tapi tak kisah la.. at least glemer jugak. Hahahahahhah!!!

Thursday, June 05, 2003

Absence makes the heart grows fonder.

Damn I missed them. Tak sampai seminggu mereka tinggalkan ofis, semua dah macam mengaruk-ngaruk rindu. Setiap hari Lin naik atas, makan pun masih kat atas. Melepak pun kat atas. Dia cakap jasad kat NZ, tapi hati dia kat sini.. hahahah! Setiap hari jugak si Amry called, ada-ada je alasan dia menelepon. Itu tak settle la, ini tak settle la. Kerja tu tertinggal, kerja ni tak selesai. Bukan sekali dua, nak sampai ke petang, mau 4-5 kali dia call sini. Alassaaann..takut ego jatuh la tu! (Kalau dia tau nih, mau mengamuk dia aku cakap camni! :P) Dan setiap hari jugak Zack called Mielda, bertanya khabar. Yati plak asyik menembak telepon aku, minta call balik bila aku free. Hahaha. Aku pun dah kemaruk nak dengar suara si Mail. Selalu kalau pagi-pagi dia sampai, dia lalu tepi meja aku, dia mesti senyum, lepas tu mesti bagi salam. Sejuk hati dengar. Sekarang tak dengar lagi...

Aduh. Rindu. Itu la.. bila berdepan mata, mana kisah ini semua. Bila berjumpa, nak bertikam lidah je kerjanya. Nak berperang, bertekak, dan rasanya kalau aku ada lesen bunuh orang, ntah dah berapa kali ntah ada yang mati kena tetak.. sakit jiwa punya pasal. Tapi bila dah kejauhan camni.. dendam kesumat, sakit hati, tersinggung rasa semua entah ke mana hilang.

Tak sabar nak tunggu hujung minggu ni. Nanti berkumpul semula di PD untuk Family Day mesti meriah balik. And that is why I'm really looking forward for it!

Asyraf sms pagi tadi, excitednya bukan main. Dia dah dapat surat JPA, surat tawaran ke UK
buat Medic. Persediaan kat Mara Banting. Register 17th June ni.. Alhamdulillah..tercapai jugak hajat dia..! :)