Friday, May 30, 2003

Aku nak kena cari rumah sewa baru. Rumah aku sekarang dah nak kena ambik balik dengan tuan rumah dia. Kak Ila pun dah nak pindah Penang ikut husband dia. Lin nak join aku cari rumah gak.. hmmm.. aku dok kat rumah sekarang sampai akhir bulan 7 je. Bulan 8 dah kena chow.

Hmmm... mana nak cari rumah sewa murah kat Klang ni aah?

Thursday, May 29, 2003

Ah. Semacam satu perubahan lagi dalam environment harian aku. Si Amielda hari ni last day kerja. Esok lusa dah tak datang dah. Amry hari Isnin nanti start kerja kat Kg Baru, berpindah location. Walaupun masih satu company, tapi memang akan jarang la pandang muka dia lagi. Mail budak praktikal pun ikut dia ke Kg baru sekali. Yati masih di rumah, MC sampai 21st June nanti. Lin pun akan turun bawah, redesignate sebagai Account Asst. kat bawah. Aku dahlah baru dapat bos semalam. Hari Isnin nanti masuk lagi 2 orang gantikan si Mielda dan Lin. Akhir Jun nanti seorang lagi masuk, budak praktikal dari UiTM Shah Alam. Wah. Sekejap je office aku akan transform dengan new faces. Aku jugak yang kekal kat sini.

Kadang-kadnag aku terfikir, aku pun teringin nak bertukar angin. Dan kalau dapat better offer, aku rasa aku pun nak pegi je. Ye la, kalau aku rasa aku boleh contribute more kat tempat lain, buat apa nak tunggu kan? Aku pun nak kejar karier aku jugak... aku pun tak nak terus ada kat takuk sama...! :)

Tuesday, May 27, 2003

Esok bos baru masuk. Dan aku masih di ofis menyiapkan segala kerja-kerji aku yang tak settle lagi. Ornag lain semua dah balik dah.. Lepas ni tak tau la whether aku boleh masuk Net lagi ke tak, ye la.. sekarnag dah dapat bos baru kan.. dahlah Net ni dalam bilik dia je boleh masuk. Nak harapkan Zack masukkan network untuk line Internet aku sendiri.. aku dah malas dah nak suruh. Dah berbakul2 air liur aku habih membebel..

Tadi pun petang tadi aku cam blow up skit dengan diorang ni. Geram sebenarnya. Geram yang dah lama dipendam. Lazerrr je mulut aku sound. Ye la, maunya tak, mulut sesuka hati nak cakap apa, semua tak berlapik... sakit telinga betul. Free-free aku dapat dosa bersubahat. Bukan sekali dua, dah banyak kali. Bukan seorang dua, dah banyak orang. Lama-lama aku pun naik fed-up. Telinga yang mendengar, sekaligus tertempias sekali la dosanya... Lepas ni aku tak kira. Aku sound je kalau aku tak puas hati. Berapa kali nak aku cakapkan, aku tak suka dan tetap benci kalau mulut diorang tak boleh nak dikontrol. Menyampah. Kalau buat lawak tu, adaaa je nak tambah yang kaler biru-biru. Menyampah betul. Dahlah tu, selamba plak tu buat muka tak bersalah. Sakit hati aku dibuatnya. Ye la. Aku dapat dosa free sekali. Aaaarrghhh!!!

Apa-apa pun, aku kena cepat ni. Tak boleh lama-lama. Ada kerja yang perlu disettlekan lagi. Kalau sempat, aku cuba update lagi. Hmm... and just wish me good luck for my new boss!! :)

Monday, May 26, 2003

Semalam ke Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Lepas tu ke Popular Book Store yang baru kat Jalan Tun HS Lee. Sekali harung, aku menghabiskan satu hari suntuk dikelilingi buku. Rasa macam tak nak balik je. Dan aku dengan selamatnya menghabiskan hampir RM150.00 semalam untuk beli buku sahaja. Hehehe. Itu nasib baik tengah bulan. Kalau awal bulan rasanya banyak lagi yang habis tu..

Antaranya, aku beli 2 novel Melayu CESB- Kemarau Hati & Biru Ungu Cinta, 1 novel Inggeris - And Don't Let Me Go (a real-crime investigation story), New Silverfish Writing (already read the Silverfish Writing 2), Glimpses; Cameos of Malaysian Life by Adibah Amin (for dad), a small Oxford dictionary and a Grammar book for Kak Jun yang dia pesan. Total= RM150.00 ++...

Ayah called tapi aku off handphone. Dapat voice message, rupanya ayah bagitau ada kad kawin sampai kat rumah. Balkis is getting married! Terkejut but really happy for her. Dengar ayah sebut nama bridegroomnyer, dan aku tersenyum lebar. Alhamdulillah... sampai juga jodoh Balkis dengan si Faizul tu.. Cinta monyet zaman sekolah akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Selepas pelbagai dugaan, akhirnya mereka bersama juga. Rasa terharu pun ada. Ingat lagi Balkis pada kawan dia yang sorang ni...!

Balkis kawan baik aku kat UIA dulu. Heheh. Kitorang jarang jumpa, dia course lain. Tapi sesekali ke bilik dia, mau bermalam di situ terus. Mengutip sisa2 cerita. Orang pertama yang aku kenal dan rapat masa masuk Matrik dulu. Ke mana-mana berdua (berempat dengan Nurul dan Eza). Dia cantik. Pada pandangan aku, dia memang jelita. Kulitnya putih, bermata galak, hidung manjung dan bibir penuh. Ingat lagi macamana dia boleh buat koleksi no. telepon orang kat meja dia. Hehhehe.. teleponnya tidak juga...

Dah nak kawin dah dia. Hahahhaha. Hopefully aku boleh pegi.. nak kena confirm dengan ayah tarikhnya...

Friday, May 23, 2003

Great Wall minggu lepas terbakar teruk. Pagi Isnin masa aku lalu tepi deret kedai sebelah Great Wall tu, ramai betul polis kat situ. Kereta bomba pun banyak. Asap masih lagi berkepul-kepul kat atas bangunan. Masa aku berenti beli bihun goreng kat gerai pakcik tu, pakcik tu cakap terbakar tengah malam. Jalam jammed teruk. Nasib baik aku sampai awal pagi tu, jadi macam terlepas laa dari makan jem tu..hahahah! Masa tu baru kul 8.15 pagi...

Dan di ofis sibuk bercakap pasal kebakaran tu. Certain said that kalau kebakaran camtu, sengaja buat tu.. nak claim insurance. Kira ada orang bakar la tu, bukan terbakar sendiri. Ntah. Aku malas nak campur. Curiosity manusia memang camtu.

Yang aku concern, kelas menjahit aku kat tingkat bawah Great Wall tu pun terjejas sama. Tadi masa aku telefon, kata orang tu, semua kedai di bangunan tu akan ditutup. Sampai tunggu arahan baru dari MPK. Sekarang diorang tengah cari tempat baru untuk kelas tu. Tapi bila aku tanya esok ada kelas ke tak, dia pun tak pasti. Dia suruh call malam karang. Dia tak sure sempat prepare tak tempat baru tu...

Mintak-mintaklah takde. Aku ada program lain ni...! ;P

Thursday, May 22, 2003

"Maaf. Aku tak makan kat gerai. Aku tak lalu la..! Dahlah kotor... eeeyuckkk!"

"Aku tak suka pergi hospital kerajaan.. lambat la. Pastu service dia ntah apa-apa. Baik aku gi swasta.. bayar lebih skit tapi service okay..!"

"Sorry, aku tak naik bas. Aku tak biasa la bersesak-sesak ni.. rimas. Pastu dekat-dekat dengan orang.. kalau kena yang berpeluh tu..eeeiiiii!!! Geli laa..! Aku pegi mana-mana pun naik kereta. Jalan pun bukan aku kenal sangat."

"Huh? Cerita Melayu? Apa kelas cerita Melayu. Cerita Inggeris la best. Aku tak tengok la Malay movies ni. Bodoh!"

"Hey.. sejak bila kau dengar lagu-lagu Melayu ni? Aku tak boleh aah. Boring. Lagu sama je. Lirik pulak ntah apa-apa plak tu!"

"Buku cerita? Cerita apa? Novel Melayu? Aku baca novel Inggeris je.."

Maaf. Aku orang kampung. Asalku dari kampung. Aku sudah terbiasa makan di gerai tepi-tepi jalan. Aku pun dah biasa ke hospital kerajaan di kampung sana. Dan dah bertahun-tahun lamanya bas menjadi kenderaan utamaku. Bersesak-sesak berebutkan bas, berpeluh-peluh menunggu kelibat bas yang selalu lambat, kena marah dengan konduktornya.. Aku dah lali pada itu semua. Aku pun suka cerita Melayu. Lagu-lagu Melayu. Sesekali aku menonton wayang cerita Melayu yang berherokan artis kegemaranku, dan sesekali aku tetap membeli kaset/CD artis Melayu yang aku suka. Buku cerita dan novel Melayu pun banyak dalam koleksi aku.

Setengah orang cakap, apa aku buat tu low class. Kalau camtu, low class la aku... :)

Wednesday, May 21, 2003

Aku rasa cam nak beli rumah la. Aku tak nak rumah besar-besar, cukup dengan sebuah apartment kecil.

Nanti aku boleh decorate lawa-lawa, according to my own taste. Sesuka hati aku nak buat apa dengan rumah tu nanti. Nak cat kaler oren ke, hitam ke, kelabu asap ke, nak buat gaya rimau ke, gajah ke apa ke.. suka hati aku. Hehehe. It doesn't matter whether I'm going to stay there or not, coz kalo aku tak dok sana pun, aku boleh sewakan ke apa kan? Boleh gak dapat income lebih. Paling kurang pun, aku dah puas hati sebab at least aku dah ada aset aku sendiri. Well, aku dah sepatutnya fikir masa depan bukan?

Aku belum tanya pendapat ayahbonda, tapi mata dan tangan dah mula melirik-lirik harga-harga rumah sekitar Lembah Klang ni.. dan hati dah mula ringan nak pergi menjenguk-jenguk potential apartment. Cik Yah pernah cakap kat aku, kumpul duit untuk beli rumah. Kereta takde takpe lagi, yang penting, ada rumah sendiri.

Tengok-tengoklah dulu kan. Survey-survey kawasan. Kalau berkenan, suakan pendapat pada ayahbonda. Diterima Alhamdulillah, kalau tak diterima pun, at least aku dah mencuba.

Ah. Impian aku memang tinggi. Nak beli kereta la, rumah la. Tapi tak beli-beli jugak. Harga kereta pun dah disurvey, kereta spesis apa, diskaun berapa.. ye la, rugi oo, keje kat company kereta tapi tak beli kereta.. boleh dapat diskaun plak tu..

Tapi aku rasa cam dah nekad la, aku nak beli gak salah satu aset tu tahun ni. Cuma aku tak pasti yang mana satu yang perlu didulukan...

Monday, May 19, 2003

Wonderful, wonderful holiday! :)

5 hari yang cukup menghiburkan. 5 hari yang betul-betul menenangkan kepala. 5 hari yang benar-benar buat aku relaks! Dan aku pulang ke kota yang tak berapa riang ni dengan kepala yang cukup ringan (dan muka yang makin hitam).

Pagi Rabu lepas ramai-ramai berkumpul kat rumah makcik aku, breakfast Nasi Dagang, dan kemudian bertolak ke Merang untuk naik bot ke Pulau Redang. Riuhnya suasana mengalahkan kat pasar. Maunya tak, kira punya kira hampir 50 orang yang join holiday kali ni. Itu pun ramai lagi yang tak ikut.. kan aku dah cakap, keluarga kami ni besar. Itu baru belah mak, tak campur belah ayah lagi.

Dalam tengahari jugak sampai ke Pulau Redang. Meredah lautan dalam 40 minit baru sampai ke jeti Pulau. Di sana, van dah menunggu, dan bawak kitorang ke rumah Abang Mat, tempat persinggahan. Kali terakhir aku ke Redang, rumah-rumahnya masih di atas air (rumah terapung). Tapi kali ni, semua rumah dah dipindahkan ke darat. Tengahari tu makan beramai-ramai, satu acara yang selalunya hanya dapat dilakukan musim-musim raya. Relaks kejap (budak-budak seronok melayan kerenah seekor kera belaan tuan rumah) dan menghala ke petang, beramai-ramai naik van dan menuju ke pantai yang buat aku rasa macam tak nak balik. Pantainya bersih teramat, di hujung pantai terdapat alur sungai yang cukup menyamankan. Mata aku disesakkan dengan biru laut dan satu dua bot kecil nelayan. Indah! Cukup indah!

Sambil-sambil merelakskan mata, aku, Shud, Wa meredah gigi pantai, mengutip kulit siput dan kerang yang tersepah di tepi. Seluar oren aku basah separuh. Kain pario pun basah. Budak-budak lelaki terjun laut terus. Yang kecil-kecil sibuk membina istana pasir (yang aku rasa lebih kepada bukit pasir). Esok pagi kata ayah, kita ke Pulau Pinang pula. Tengok coral kat sana.

Malamnya lepas makan malam, ayah, Ayah Ngah, Ayah Cik, Abang Amad dan Mazhar turun ke jeti, memancing. Dalam pukul 10.30, aku, Nadzir, Shud, Wen, Huda dan Fatin mengekor ke sana. Tanpa lampu suluh atau spesis2 lampu yang lain, kitorang redah jalan ke jeti. Perjalanan ke jeti lebih kurang 3-4 kilometer dari rumah. Separuh jalan, sebuah jip Kementerian Kesihatan berhenti, dan tumpangkan kitorang ke sana. Hairan kata mereka, melihat 6 orang berjalan tengah-tengah malam. Takde lampu langsung plak tu. Dahlah gelap. Hehehe... enjoy ooo! Pukul 1 pagi baru balik. :)

Pagi-pagi esoknya, lepas breakfast, aku berjalan lagi ke jeti. Hehehhe. Mak Cik Yah, Ayah Cik, Nadzir, Shahir, Shud, Wen dan Huda join sekali. Penat tak terasa bila sampai kat jeti. Puas hati betul dapat habiskan perjalanan, tak macam semalam. Hehheeh...

Ke Pulau Pinang yang cuma bersebelahan dengan Pulau Redang cuma mengambil masa 10 minit. Aku rasa kurang lagi kot..! Percaya atau tidak, setengah hari di sana, menikmati keindahan laut. Walaupun aku tak reti berenang, hehehe, tapi sebab aku pakai life jacket, kira aku selamat aaa. Siap boleh terapung atas air oooo!!! Sempat menyelam nak tengok coral... cantikkkkk sangat!!!! Ikan kat sana warna warni, jinak-jinak semuanya. Jangankan air dalam, air cetek pun boleh nampak batu karang, ikan apa semua. Masa aku basuh pinggan lepas lunch tu pun, ikan kecil 2-3 ekor boleh terkedek-kedek main kat tepi kaki aku. Kiut je...hehehe!

Bosan menerkamkan air laut, main pasir. Lepas main pasir, terjun laut lagi. Itu je kerja yang aku buat kat sana. Kulit siput dan kerang macam kena tabur kat sana. Tapi kata ayah, kawasan tu restricted area sebenarnya. Tak boleh ambik pun seashells tu. Tapi aku tengok ramai je yang ambik. Tapi aku tak ambik aaa..!

Hampir pukul dua jugak baru bertolak balik ke Pulau Redang. Sampai di rumah, masing-masing semua tumbang. Bangun-bangun terus minum petang. Hahahha. Dan terus relaks sampai ke malam. :P Malam tu, berjamu ikan bakar. Best ooo!!!! Dua dulang bawak keluar, semua licin dibelasah kitorang. Hahhaha!!! Malam tu, dekat pukul 3 pagi baru tidur. Berborak dengan Najwa & Shud. Hehhe. Kitorang bukan selalu berjumpa pun. Masa ni la nak mengupdate cerita...!

Dan esoknya lepas breakfast, semua bertolak balik ke Merang. Macam malas nak tinggalkan pulau tu. Macam nak holiday kat sana lama lagi jek. Tapi takkan aku nak dok sana sorang-sorang kot...! Hheheheh..

There rest of the 2 days, aku habiskan di rumah. Sesekali keluar ke rumah makcik-pakcik, dan sesekali keluar bershopping di Stesen Bas dan Pasar Kedai Payang. Fully authorised to use dad's van. Hehehhe...

And here I am, again, in this office at Klang, trying to catch the working mood again, and leaving the holiday mood aside. :)

Monday, May 12, 2003

Esok malam aku bertolak balik ke kampung. Ini mungkin entry terakhir sampai la aku balik dari bercuti nanti. Bertolak balik dengan Kak Yong & family malam esok, dan pagi Rabu tu akan terus ke Pulau Redang dengan keluarga. We'll be staying there for 3 days and 2 nights. Aku betul-betul tunggu waktu ni, untuk berehat. Aku nak relaks puas-puas. Cuti aku sampai Ahad, hari Isnin depan baru masuk office balik.

Minggu ni sedikit relaks. Tengahari tadi sempat curi-curi keluar ke bandar Klang. Tak beli apa-apa pun.. lunch je. Heheh. Ingatkan nak cari selipar, tapi tak jumpa yang sesuai la pulak. Sudahnya balik ke office cuma membimbit plastik kedai roti dan plastic Mc Donald untuk budak-budak kat office...

Aku perasan, dan memang sedar teramat sedar, berat aku makin naik sekarang. Pipi pun dah bertambah tembam, membuatkan muka aku bertambah bulat. Rata-rata ramai yang menegur.. aku makin sihat kata mereka. Aku cuma mampu senyum. Memang makin sihat pun. Berat aku sekarang memang dah naik. Tak pernah aku dapat ranking berat camni. Pecah record lama lagi!

Dan balik kampung kali ni, aku tau mesti kena lagi ni.. mesti ada mulut-mulut gatal yang akan bertanya. Mesti ada mulut-mulut ringan yang akan mengusik.. aargghhh!! Tensen betullah. Aku sebenarnya cuba pujuk diri, tapi tetap tak jadi. Aku cuba jugak nak pekakkan telinga, tapi telinga dah pekak, hati tetap berasap. Sensitiviti seorang perempuan normal (ye ke?) seperti aku, tetap akan terasa bila isu berat badan dihebahkan. Itu, pantang orang perempuan.

Tapi gemuk camni pun, makan tetap makan jugak. Bukannya tak nak jaga, cuma aku rasa rugi kalau aku menghadkan makanan aku. Rugi.. tak menikmati hidup laa kalau hari-hari asyik makan sayur rebussss dengan ubat diet je. Lagipun, orang macam aku ni mana reti berdiet...! Heh!

Friday, May 09, 2003

Semalam aku mengaruk-ngaruk nak makan bubur jagung. Entahlah. Tiba-tiba aku mengalahkan orang mengidam. Macam terbayang-bayang bubur jagung yang mak buat kat rumah. Kecur dibuatnya. Dulu kat rumah kalau tiba-tiba teringin nak makan bubur jagung, pegi cari jagungnya di pasar, pastu aku laa tukang hiris jagung mentah tu. Time masak je panggil mak. Sikit-sikit tanya mak;

Mula-mula masuk apa?
Lepas tu masuk apa?
Ini kacau sampai bila?
Lepas tu mak?
Ni dah boleh angkat ke?
Kuah dia ni cukup ke?
Tak cair sangat ke?


Dan balik petang semalam, aku berpusing-pusing dekat The Store Klang tu, cari bahan-bahan nak buat bubur jagung. Tapi yang geramnya, satu level makanan tu aku cari, jagung dalam tin tu takde jugak. (Jagung pure cerewet nak dicari, dihiris dan lambat nak dimasak jadi aku ambik jalan short cut cari jagung dalam tin.) Dan sudahnya aku balik ke rumah dengan hati yang masih terkilan...

Hujung minggu ni ingat nak balik rumah Kak Yong. Tengah berkira-kira nak mencari barang2 tu, dan masak bubur jagung kat rumah Kak Yong nanti.. betul2 aku teringin nak makan ni... tak nak la aku kempunan pulak nanti..! Hmm...

Wednesday, May 07, 2003

Semalam balik terlalu penat, terus tidur, flet. Jaga-jaga pukul 10.30 malam. sempat habiskan saki baki Malcolm In The Middle, dan melepak kat luar bilik samapi tertidur terus depan tv.

Pagi tadi masa sedang bersiap-siap, aku tiba-tiba ringan tangan nak check handphone aku. 2 new messages.

7 May 2003
1:17
Amry

Mia, pinjam kamera kau esok. Mesti bawak. ini akan menentukan jatuh bangunnya N**** Sdn Bhd.


Ak eleh! Budak bertuah ni. Hari tu beria-ria cakap dah beli kamera sendiri, tak payah pinjam aku punya lagi..poyo betullah.. aku merungut, dan tangan aku menekan hp lagi untuk msg no. 2...

6 May 2003
20:40
A dear friend

Miyyah aku turun darah...Baby aku dah takde... Miyya... Baby aku dah takde....


Aku tersentak. Berderau darah di badan. 2-3 minggu lepas, teman itu gembiranya bukan main. Hari-hari mengidam nak makan itu ini. Sekejap kempunankan laksa Penang, sampai ke Shah Alam si suaminya mencari. Sekejap teringinkan buah mangga tengah-tengah malam, berhempas pulas si suami memujuk menunggu siang. Terhibur aku dengan keletah teman mengandung sulung. Wajahnya pun makin berseri-seri, hari-hari tersenyum riang.

Dan sebak menguasai diri. Mata aku tiba-tiba berkaca. Oh Tuhan.. tabahkanlah hati teman ini!!!

Tuesday, May 06, 2003

A'kum dear.
Semalam aku cam malas nak balas sms ko, ntah. Tetiba je malas. Dahla coverage kat rumah aku tu teruk giler untuk 012. Benci tul.

But thank God my mood is still okay. Probably coz semalam pun mood okay, plus dah dua hari orang tua hangin kat bawah yang kitorang tak suka tu, tak cari pasal dengan aku. Aku pun malas nak cari pasal dengan dia. Hahahha. Overall, mood aku tak teruk this time around. :P Hopefully it will last laa...!

Back to our topic again. Reg. your dear fren si N tu. So okay, you know the reason why I'm behaving like this rite.. the guilty feeling still conquers la.. can't help it. Aku tahu aku kejam, and I know how awkward you must feel, especially when mentioning my name in front of him.. ehhehe. Can't blame you for that. :) I do love to share ideas bout arts and lits like you both did. I know I've missed lots of that too.

I don't mind befriended him la. If it happens, I do hope that we could start afresh. E.g. being introduce again yada-yada-yada- coz I still feel awkward of having this thought of doing things I did stuck in my mind. Thanks for assuring me that it would be okay. Heheh. I know it would too.

Okay, the point that I'm trying to say is, I'm considering your idea, and give me time to think bout it okay!

I know you would understand, kan?!

Okay, next topic. Actorlympics..

Actually aku baca The Star punya paper (yesterday) and came across this one ads bout Actorlympics nih. Since Afdlin Shauki n gang will be performing, and since I've never had the chance to meet him in person, I thought of asking u to join in u're interested. Ingat nak ajak Feeda skali. I've checked Actor's Studio nyer website and this is what I found:

BANGSAR

ACTORLYMPICS!
Presented by Vision Works and The Actors Studio. Back For Another Round! Why? Because there is so much happening in the world today that we are just itching to devise and improvise onstage about; because there's just too much raw comedic talent not being properly pitted one against the other in a truly competitive spirit; because we're suckers for punishment... If you've never been exposed to the seriously contagious effects of Actorlympics, then you haven't seen KL comedy at its improvisational best! If you still haven't a clue, think "Whose Line Is It Anyway?" with a local accent! Starring the usual cream of Malaysian crop. Book early to avoid disappointment!

Date: 7 - 10 May @ 8.30pm & 11 May @ 3.00pm
Price: RM 32 / 37 (Adults) & RM 27 (Students)


*An email to a dear friend.