Tuesday, April 29, 2003

Mata aku dah bergenang ni. Kaki kiri aku dah berdenyut-denyut. Semalam masa balik, aku tersalah langkah. Tersadungkan lubang yang muat-muat kaki aku. Semalam sakitnya memang dah tak terkira pedihnya, tapi terpaksa tahan sebab nak kena jalan balik rumah. Dengan tangan aku sarat dengan barang... terseksanya rasaaa...!!!

Pagi tadi aku lupa terus dengan kaki yang sakit semalam. Tak terasa pulak denyutan dia. Tapi masa kaki aku terlanggar bucu meja Yatee tadi, denyutan tu terasa balik. Tempat yang berdenyut-denyut tadi bila ditekan aku rasa nak meraung je. Dah berjalur biru skit. Nampak urat dia membengkak. Nasib baik sikit je. Tapi berjaya la jugak buat aku macam nak meraung..!

Dan padahnya aku rasa macam tak larat nak berjalan je hari ni. Nak turun bawah pun tak larat.. ye lah, tangga ke bawah bukannya selangkah dua. Aduuuhhh...

Balik ni nak kena cari bandage laa..!

Friday, April 25, 2003

Mulut aku ni memang susah betul nak control kalau dah geram. Meluah perasaan pada waktu yang salah pulak tu. Sudahnya aku mengulang cerita lama. Cerita aku terlepas cakap, yang tanpa sedar rupanya manusia tu sedang memasang telinga. Aduuhh... dah dua kali aku kena camnii!!

Dan padahnya, yang kali ni aku silap orang. Orang dulu boleh buat selamba lagi, boleh telan lagi apa yang aku cakap.. tapi orang yang sorang ni.. terlalu sensitif rupanya. Kata-kata aku dianggap menikam dari belakang. Ayat-ayat aku dipandang seolah-olah mahu menjatuhkan. Aku tanya kawan-kawan lain.. salah aku jugak ke meluahkan apa yang aku rasa? Aku bagitau depan-depan, dia buat tak endah. Nasihat tak nak terima.... aduhai... Susahnya berhadapan dengan manusia seperti ini..!

Aku yakin apa yang aku cakap itu betul. Terkejut memang terkejut bila perbualan diintip didengar, tapi aku cakap yang betul. Kenapa nak takut kan? Aku cuma meluahkan rasa ketidakpuasan hati dijadikan mangsa, walaupun yang bertikam lidah, bercakaran tu ornang lain. Itu pun nak terasa ke? Lepas tu, cakap dengan aku macam nak perli-perli, nak sarcastic2. Ingat aku akan diam ke?

Aku percaya atas apa yang benar. Kenapa aku perlu takut berhadapan dengan realiti? Mungkin aku juga sedikit emosional. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu yang masalah peribadi perlunya ke tepi...

Wednesday, April 23, 2003

Aaargghhh. Masa-masa macam ni la yang buat aku betul-betul sakit jiwa. Kalau korang nak gaduh sekalipun, kalau kau tak puas hati sekalipun jangan babitkan aku boleh tak? Ini membising kat tepi telinga aku, dengan suara sarcasticnyer.. sakit jiwa betullah. Dahlah membising pasal benda yang takde kena mengena langsung dengan aku..!

Aku akui, aku pun selalu merungut tentang orang tu. Selalu komplen kisah dia yang agak bossy, yang suka mengarah itu ini.. yang suka suruh aku buat itu ini macam aku budak bawah dia.. memang aku akui itu. Tapi itu tak bermakna aku mesti tolak semua yang datang dari dia. Itu tak bermakna aku perlu beremosi dengan dia (okay, mungkin certain masa aku buat camtu- it is acceptable.) Dan kalau diorang nak beremosi dengan dia sekalipun, jangan sampai jejaskan kerja ofis. Jangan sampai aku jadi mangsa!

Bila aku tak tolong, kerja tak jalan. Aku kena bang balik. Bila aku tolong, dikatanya aku kroni. Dikatanya aku dah kena brainwash. Dikatanya aku dah side orang tu. Sakit hati betul. Sampai bila Melayu nak maju kalau macam ni punya perangai? Aku memang bising kalau dia suruh aku buat yang bukan-bukan masa aku tengah betul-betul busy, memang aku bengang kalau dia suka push aku walhal aku tau apa yang aku buat.. memang aku sakit jiwa dengan dia bila masa-masa tu sampai.

Tapi bila aku tahu, yang kalau kerja tu perlu disettlekan secepat mungkin, dan dia tak cukup tangan nak buat, aku tak kisah menolong. Bila aku tahu yang kerja tu memang dia tak mampu buat sorang dan memang perlukan semua orang untuk tolong, aku ikhlas hulurkan bantuan. Apa-apa kerja yang membabitkan company, aku rasa aku berhak untuk tahu, sekaligus menjadi tanggungjawab aku untuk membantu.

Cuma aku sakit jiwa ni, bila orang lain yang jugak sakit dengan sikap dia, tapi menjadikan itu alasan untuk berpeluk tubuh dalam kerja-kerja lain. Urgh!

Tuesday, April 22, 2003

Aaaarghh! Kepala aku sarat dengan masalah. Workload bertambah lagi. Aaarghh! Aaarghh! Aaarrghh!! Seronok memang la seronok. Tapi pressure pun banyak. Mana nak handle normal work yang dengan filingnya dah makin meninggi jumlahnya, mana nak catch up pasal Family Day tu lagi, mana nak control Admin & HR lagi, mana nak follow up pasal write up & advert dalam paper lagi, mana nak terkejar proposal untuk Road Show lagi..aaarggghh!

Main kejar-kejar la aku sekarang ni. Mengejar dan dikejar. Tapi selalunya kena kejar je aku ni...

Tadi Pakcik called at the office, regarding proposal untuk buat write-up kat paper dia tu la (he's now a journalist). Waa.. dah lama tak contact dia. Kalau tak kerana kerja ni, memang susah la aku nak contact dia. Aku kan pemalas..!

Dia nak ke Terengganu tak lama lagi, and asked for my help regarding all the jalans to Kuala Besut and interesting places kat sana. Pakcik tu dah ada kereta sekarang.. peerghh! Bila kau nak kawin aa Pakcik? Actually, his name is Fazli, but was very well known as 'Pakcik' among us at the uni, coz his attitude macam pakcik-pakcik laa..! Hahahah!

Seriously, I need a break. Ikutkan hati, nak je aku ambik cuti, pegi holiday kat mana-mana. Tapi sebab kerja tak mengizinkan, cuti aku pun dah makin nak semput...hmmm, jawabnya harap tunggu public holiday je laa..! This coming May punya cuti yang 2 hari (Maulidur Rasul & Wesak Day) tu, ada plan untuk buat family gathering. Proposednyer kat Pulau Redang, tapi dengar2 cerita macam tak jadi kat sana. Mahal sangat! So maybe buat kat tempat lain kot.. Kapas ke, Perhentian ke, or if possible maybe buat kat luar ke kan! Best gak. Last gathering cuma masa last Raya je..

Waaaaa!!!!!! Aku nak pegi holidayyyyyyyyyy!!!!!!! Cepatlah May datang.

Friday, April 18, 2003

Telefon Nokianya menjerit2 minta diangkat. Perbualan yang baru nak rancak terhenti seketika.

"Sekejap.." Dia memandang screen telefon, dan bibirnya tiba-tiba merekah senyuman. "Awek aku.." Katanya sekilas. Aku senyum.

"Hello?"
"Dah nak balik ke? Bla-bla-bla.. okay, bye."

Sekejap saja telefon tu dimatikan.

"Awek aku.." Terangnya tanpa ditanya.
"Awek BARU aku." Tambahnya lagi.

Aku terjungkit kening sedikit.

"Awek baru kau?"
"Ha'ah. Baruuu..ehhehe.."
"Habis tu, yang lama tu...p-u-t-.."
"Tak ah. Ada lagi..! Hahahah!"
"Kauuu!!!"

Dia senyum. Sesekali dia tergelak.

"Giler! Kau tau tak kau giler?!"
"Hahahha!"

Aku tak mampu berkata apa. Tiada apa yang perlu diperkatakan. Yang aku mampu menggeleng-geleng kepala, dan membebel tanpa hujung pangkal, geramkan lagaknya yang sikit pun tak ada riak bersalah.

Entah. Aku perempuan. Yang menjadi mangsa-mangsanya juga perempuan. Sedikit sebanyak rasa terkilan tu tetap ada. Sedikit sebanyak rasa kasihan itu tetap wujud. Kadang-kadang aku terfikir, adilkah itu untuk mereka? Dipermainkan sesuka hati, bila hendak diminta, bila bosan dibuang. Tapi mungkin sebahagiannya salah mereka juga. Galak sangat bermain dengan api. Dah tau api, lagi dicurah-curah minyak siapa suruh? Mencari penyakit sendiri. Sekarang, pandai-pandai tanggunglah!

Walau kadang-kadang lagaknya menyakitkan hati, perangainya memeningkan kepala, mulutnya menderitakan jiwa, dia tetap seorang kawan. Dia mungkin bukan kawan terbaik, mungkin juga hanya kawan semusim. Tapi bagi aku, dia tetap kawan. Kawan aku.

Wednesday, April 16, 2003

Yati menyambung cuti. Lin MC sampai tak larat nak bergerak. Mielda pun MC demam teruk. Zack masih bergelut dengan tangan dan kaki bersimen di rumah. Amry baru tadi tergesa-gesa keluar, lupa pulak aku dia ke mana. Aslam lepas lunch ni akan ke Kg Baru. Sudahnya ofis ni berapa kerat je la yang tinggal...

Sepagi sibuk settlekan invois2 yang baru sampai, yang tergendala sepeninggalan si Zack, LPO-LPO yang terbengkalai, dengan attendance sheet dan OT claim yang wajib disettlekan sebelum petang ni... sekejap terkejar ke situ sini.. dengan semua orang tak ada, telefon yang tak berhenti2 melalak, kerja aku tiba-tiba bertambah beban. Hmmm...!

Puasa lagi hari ni. Dah berkira-kira dah, petang abis waktu kerja nak rush ke Petaling Jaya rumah Cik Yah. Bermakna, kemungkinan besar berbuka puasa atas bas. Aku kena rush ke sana sebab...

1. Charger aku tertinggal. Dah 3-4 hari bateri aku flat nih...
2. Malam ni ada match Man U vs Arsenal. Main kat Old Trafford plak tu.. mana bleh miss..!

Disebabkan game tu mid week, tak tau la larat ke tak nak bangun kul 2.30 pagi! Hmm... dah lama tak buat kerja camni. Dahlah esok kerja nak kena bangun awal. Mampu ke akuu?? Tapi boleh gak kan.. aku boleh bersahur terus! Lagipun, cam tak biasa tadi lambat bangun awal... hehehehe! Dulu selalu buat apa..! :P

Tuesday, April 15, 2003

Hari ke 2 puasa. Kali ni aku nak puasa berderet. Senang. Puasa ganti, puasa nazar, puasa sunat, semua aku nak buat sekali harung. Takde tangguh-tangguh lagi dah. Biar semua settle awal-awal, senanggg...

Hmmm.. puasa-puasa ni memang banyak betul dugaan.. banyak kali betul kesabaran aku tercabar. Aaargghhh!! Kalau diikutkan kata hati, memang aku nak mengamuk je. Tapi tahap sabar aku sememangnya tinggi. Aku pun tak tau macamana nak sabar lagi ni. Dari pagi sampai ke tengahari ni, orang tua kat bawah tu asyik nak cari fault aku. Serba serbi yang aku buat semua tak betul di mata dia. Fine, aku akui la, yang pagi2 tadi mengadap dia tu sebab benda kecik tu sememang salah aku, I admit it. Tapi jangan kerana fault kecik yang dah settle tu dia nak jangkitkan pada yang lain. Terbawa-bawa sampai sekarang. Habis spoil mood aku. Tensen betul. Pantang betul aku kena marah pagi-pagi ni. Menyampah tul..!

Eeeeee... kalau ikutkan sakit hati, sampai esok pun tak sudah. Kalau dilayankan sakit jiwa, sampai aku kena heart attack pun tak abih lagi sakit jiwa ni. Yang merananya aku. Yang ketawanya mereka..!

Mood yang bercampur-campur ni dari hari Khamis lepas lagi. Ni dah nak masuk Khamis balik dah, mood tak betul-betul jugak.. aaaarrrggghhhh!

Bila la derita ni nak berakhir... :( Lambatnya weekend nak sampai...!

Monday, April 14, 2003

Aku sedikit bangga dengan diri aku sendiri hari ni. Walaupun hati aku dah tak membara seteruk hari Jumaat atau hari Sabtu yang lepas, tapi kepulan-kepulan asap dari hati yang dah nak rentung tu masih ada.. nasib baik tak membara balik..

Kalau selalu-selalu orang tu merungut, aku cuma mampu diam. Kalau selalu-selalu orang tu membebel, aku cuma mampu bercakap perlahan, mengiakan. Dan kalau selalu-selalu orang tu mula nak komplen itu ini, aku cuma mampu mengetap bibir, tanpa ada suara yang terkeluar. Tangan aku terlalu ringan untuk menolong, dan mulut aku selalunya terlalu berat untuk mengatakan tidak.

Tapi tadi aku menjawab. Aku pun tak tahu macamana aku boleh menjawab. Walaupun ayat aku masih tak kasar, suara aku masih tak marah, dan nada aku tetap lembut (walaupun tak selembut suara dia meminta tolong), aku tetap dapat menjawab tadi. Dan aku bangga dengan diri aku sendiri... itu satu permulaan yang baik bukan!

"Kerja tu bila nak siap Miyyah...! Dari hari Sabtu lagi tak habis-habis..."
"Nanti laa.. aku pun banyak kerja lain ni..."
"Benda tu pentinggg untuk company!"
"Habis tu, yang aku buat ni tak penting? Kalau kau nak cepat, kau buat sendiri laa.."
"OOo... boleh ye kau cakap camtu. Mintak tolong skit pun tak boleh!"
"Pernah ke sebelum ni aku tak tolong kau..?"

Dan kelembutan ayat terakhir aku tu mampu untuk buat dia terus diam. Dia menarik kerusi di depan aku, menulis sesuatu di kertas, dan sekejap kemudian suaranya mula kendur kembali.

"Hmmm.. memo ni kau tolong translate eh!"
"Bla.. bla.. bla.. amboi! Kau ni.. ini ayat nak ambik exam SPM ke?"
"Tolong eh! Kau kan cikgu Grammar aku...! Hehhehe.."
"Aku cikgu grammar, bukan cikgu translation..."

Tapi kertas tu tetap aku ambik.. tetap aku tolong translatekan. Hmmm... susahnya jadi seorang W N*jmiyyah ni...

Friday, April 11, 2003

Kalau boleh, aku tak nak fikir lagi apa dah jadi. Kalau boleh, aku tak nak ingat pun apa dah jadi. Kalau boleh, aku tak nak tahu pun apa dah jadi. Dan kalau boleh, aku tak nak pun jadi pun perkara yang dah jadi. Kalau boleh aku nak lupa semua tu!

Kalaulah aku tahu...

Kalau boleh aku injak masa, akan aku patahkan balik ke jam 1.30 tengahari tadi. Memang akan aku patah-patahkan! Kalau boleh aku tarik balik, akan aku tarik balik kata-kata aku tadi. Aku tarikkkkk sekuat-kuatnya! Dan kalau boleh aku ingat balik, aku akan beringat-ingat untuk pandang keliling, tengok di mana aku bercakap, sebelum jadi apa yang dah jadi sekarang!

Rancak berbual membuatkan aku betul-betul lupa sekeliling. Seronok berborak membuatkan aku lupa yang aku bukan berada di rumah, atau di tengah jalan. Dan aku betul-betul lupa aku sedang berada di pejabat! Khusyuk bercerita sehingga aku lupa jenguk ke bilik sebelah...!

Dan bila cerita sudah ditutup, bila kisah sudah tamat seketika untuk tunggu sambungannya di lain kali, dan bila pintu sudah dikuak kembali.. tercegat di depan seorang yang baru saja diutarakan namanya sebagai hero cerita.

"Kat sini rupanya korang ye. Aku ingatkan dari mana laa suara tu datang."

"Hmm..."

"Aku kat bilik GM tadi. Lepas tu aku pegi bilik aku."

"Ohh..."

"Sakan korang berborak. Aku dengar-dengar kat bilik GM, dari mana laa suara korang, tak nampak pulak bila aku jenguk luar. Rupanya kat sini... sakan betul korang berbual! Kuat giler!"

Darah aku tiba-tiba rasa nak berhenti. Aku pandang dia. Teragak-agak aku tanya..

"Clear ke?"

"Clear."

Dia menjawab spontan. Kemudian diam. Dan aku rasa macam dunia berhenti berputar. Jantung aku macam nak terhenti. Dia di situ! Mendengar! Dan memerhati! Mendengar! Mendengar cerita kami! Cerita aku! Tentang dia! Mati-mati aku ingat waktu lunch tu takde orang lain selain dari kitorang. Rupanya dia di bilik sebelah!!! Kaki aku terasa lemah. Darah menyirap ke muka. Aku rasa macam nak pitam. Tapi aku masih mampu buat selamba. Dia senyum. Cepat-cepat aku memberi alasan untuk keluar dari bilik yang beraircond yang tiba-tiba rasa panas semacam. Dan tiba-tiba aku teringat dialog-dialog yang aku kisahkan tadi...

Dan aku rasa nak pitam balik.

Tuesday, April 08, 2003

Aku: Macamana kau boleh kena ni..?

Zack: Cina bodoh tu la.. dia pegi parking betul2 kat tengah jalan. Semua orang sempat ngelak. Aku je tak sempat. Mana la aku nak nampak dia. Aku ingatkan motor kat depan aku bagi laluan, aku pun potong le. Sekali rupa-rupanya dia mengelak motor bodoh tu..

Kitorang: Hahahhhaha!!!

Zack: Dahlah tu, aku kasi sms kat Amry betul2 lepas aku accident, dia boleh jawab..Teruk ke? Kurang asam punya member!

Amry: Mana la aku nak tau.. kau tu, minggu lepas je berapa kali kau selisih dengan accident? Nasib baik aku tanya teruk ke.. ayat tu sebenarnya tak abis tu, aku sebenarnya nak tanya.. teruk ke motor kau? Hhahahahahah!!!

Zack: (*)&*)^!!+^@%#

Yati: Yang aku heran tu, sempat lagi dia angkat motor, pastu bawak balik rumah tuuu! Dah tau sakit, tak sedar diri. Pastu telepon aku. Macam ambulan plak aku rasa... hahahahah!

Zack: Dah semua orang takde kat rumah. Aslam ngan Amry tak balik. Aku tepon Lan ajak balik sekali tak nak jawab tepon aku. Betullah kau Lan!

Amry: Kau marah Lan Zack. Dia punya pasal la ni.. ap la kau Lan..!

Lan: Hhehehe... Zack.. Sori aaa. Tak sengaja! Ni..kitorang tak bawak apa-apa la. Buah pun tak beli... aaa... ni beg baju kau ni..

Aku: Takpe kan Zack, buah tu nanti kitorang beli, kitorang tolong makankan sekali ek! Hahahah!

Zack: Hampeh la korang ni...Ooi! Banyak giler baju aku korang bawak! Korang tak nak kasi aku balik ke apa?!

Kitorang: Hhahahahahah! Memang pun..!!

Aku: Eh! Kau mintak ganti rugi tak dengan Cina tu?

Zack: Dia kasi aku RM46 je. Hampeh tul. Aku mintak RM200. Dia takde duit, tengah cari kerja. Tapi aku dah amik nombor tepon dia dah..

Amry: Ala Zack, kitorang lupa nak bawa marker la, kalau tak boleh conteng kaki kau! Eh, nanti kitorang booked kaki kau tau, nak tulis score main carrom kat umah.. ahahhaha!

Zack: (*)&*)^!!+^@%#

Kitorang: Hahahahahhah!

Amry: Nanti la Zack, kitorang mintak company sponsor kerusi roda kau! Hhehee..

Miyyah: Kau tau Zack, tadi budak2 ni pakat tak nak kasi kau balik Kajang. Diorang nak suruh kau stay kat Klang... duduk rumah, jadi surirumah sepenuh masa, jadi tukang masak diorang!

Amry: Hahahaha.. boleh la Zack, tengahari boleh la kitorang balik makan...jimat ooo! Hahahhahaha!

Zack: (*)&*)^!!+^@%#

...........
Kesian Zack. Dahlah terseksa menahan sakit, dapat pulak kengkawan macam kitorang... kejam betul! Heheheh.. nasib kau la Zack, kawan-kawan kau semua kejam-kejam! Itu semalam, masa aku, Yati, Amry dan Lan pegi jenguk dia masa lunch. Tengahari tadi Amry dan Aslam ke sana lagi, dan balik berkhabarkan berita buruk lagi. Semalam kaki kiri bersimen, tengahari tadi tangan kiri dia pun bersimen sama. Dahlah dia tu kidal..kesian betul! Sah-sah kau MC lama Zack!

Dan masing-masing mula terasa kehilangan Zack kat ofis. Lin merungut ofis tak riuh macam selalu, almaklumlah orang tua tu dulu penghibur.. Amry, Aslam dan Lan pening risaukan dapur rumah sewa mereka tak berasap lagi, dulu Zack laa tukang masaknya, dan aku.. aku plak risaukan kerja Admin & HR yang menimbun di meja Zack, yang aku tau aku kena cover... aduuuhhh!!!!

Monday, April 07, 2003

Menjengah kembali tempat singgahan di Gombak malam semalam masa hantar Shahir, aku diterjah dengan rindu pada kenangan yang tiba-tiba merebak macam virus dalam diri. Melalui simpang masuk ke pintu gerbang kampus yang tersergam, kemudian disambut raut wajah manusia2 beruniform hijau yang cukup dibenci students (pak guard), kemudian berpusing-pusing satu kampus sebelum menarik hand brake di Kolej Siddiq, semuanya mampu membuat otot-otot mulut aku ringan untuk tersenyum.

Terakhir kali aku ke sana tahun lepas, masa menghantar balik robe yang dipinjam waktu konvokesyen dulu. Kampus tu tak banyak berubah semenjak aku tinggalkan selepas habis kerja research dulu. Cuma jalan-jalan makin banyak ditutup, dan makin banyak jadi jalan sehala. Sambil pusing, mulut tak henti-henti mengomel la..hehehehehe..

Dan aku rindu balik zaman belajar.

Rindu nak gi meeting Steadfast malam-malam.
Rindu nak lepak kat kafe HS.
Rindu nak pusing-pusing cuci mata kat kolej brothers.
Rindu nak kena marah dengan mak guard pasal langgar rules.
Rindu nak bercengkang mata ramai-ramai siapkan assignment.
Rindu nak ponteng kelas.
Rindu nak gi program.
Rindu nak masak guna periuk nasi haram.
Rindu nak keluar ramai-ramai.
Rindu nak hantar assignment lambat.
Rindu nak seludup masuk kolej lepas midnight macam Cinderella.
Rindu nak tidur dalam kelas.
Rindu nak tidur dalam bas.
Rindu nak tidur dalam lrt.
Rindu nak tidur masa exam.
Rindu nak stalk orang.
Rindu sangat-sangat.

Best kan zaman dolu-dolu...!

p/s- Zack accident semalam, now warded kat Andalas Medical Centre. Esok aku citer. Insya Allah...

Friday, April 04, 2003

Hafarifi nifi safatufu ofofisfis afasyikfik cafakapfap bafahafasafa Ffef nifi. Mafacamfam enfentahfah afapafa-afapafa enfentahfah. Terferkefekekfek-kefekek dafarifi pafagifi. Meferafapufu jefe lefebihfih. Seferofonokfok pufulakfak cafakapfap befegifitufu. Dahfah lafamafa takfak boforakfak befegifitufu. Tapafifi afakufu afasyikfik terfersafasulfulllll cafakapfap gifitufu. Dahfah lafamafa takfak prakfaktikfik. Heheheheh...

Macam nak tergeliat lidah aku bercakap bahasa F tu. Teringat zaman kanak-kanak riang dulu, selalu gunakan bahasa F tu, supaya orang susah nak paham. Tapi tu la, sebab bahasa F tu glemer sangat, semua orang dah tau sebenarnya...hehehee, bukan bahasa rahsia lagi..!

Aku cuma tahu bahasa F je, bahasa-bahasa pelik yang lain aku bukannya tahu. Bahasa K ke, bahasa R ke, bahasa sekerat ke, bahasa terbalik ke, semua aku tak reti. Yang aku tahu bahasa F je. Itu paling best cakap, walaupun tersasul-sasul jugak jadi perkataan lain akibat laju sangat bercakap!

Satu lagi bahasa yang cukup aku terer, Bahasa Aku. Bahasa yang aku sorang je paham, orang lain tak paham langsung. Aku cakap ikut sedap mulut aku, apa yang keluar tu la yang aku cakap. Ada bunyi Siam la, bunyi Cina la, bunyi Filipina la, bunyi Jawa la.. suka hati akuuu je nak cakap apa. Dan itulah bahasa paling best bercakap. Sebab takkan ada orang yang akan paham. Aku pun tak paham.. hahahah!

Betullah. Orang kita ni semuanya kreatif-kreatif. Tak cukup Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Tamil, Jawa etc.. orang-orang kita ni cukup terer mencipta bahasa sendiri.. kreatif kan! :)

Sebenarnya budak-budak kat ofis ni yang kononnya darah Jowo tu, bukak bahasa Jawa, berlagak giler sebab yang lain tak paham. Pastu bantai gelak ramai-ramai. Dan lepas menyampah dengar bahasa yang aku tak paham, aku pun bukak la bahasa F tu.. hehheh. Tu yang terpengaruh kat sini tu...!

Teringat dulu masa buat assignment- survey untuk kelas Error Analysis aku, purata student kat UIA tu, ramai yang meletakkan ranking bahasa seperti berikut: 1. Bahasa Melayu, 2. Bahasa Inggeris, 3. Bahasa Jawa, 4. Bahasa Arab. Masa tu baru aku tahu yang rupa-rupanya dekat UIA tu penuh dengan orang Jawa...hahahahah!

Tuesday, April 01, 2003

Terasa jahat sungguh aku hari ni. Mendajal sungguh. Aku tak pernah buat kerja ni. Sesekali... bergurau senda, ok tak? :P Tadi aku mendajalkan entah berapa ramai orang dah. Begini ceritanya...

Pagi tadi aku hantar sms kat ramai orang, macam ni bunyinya:

"Just nak inform aku nak bertunang 19/4 ni. Sori tak dapat jemput..."

Dan tak sampai 2 minit kemudian, telepon aku diserang sms yang bertubi-tubi jumlahnya. Semua menyuarakan rasa terkejut yang amat, kemudia dihujani soalan-soalan yang pelbagai. Dengan siapa? Orang mana? Kerja kat mana? Jumpa kat mana? apa semua. Apa lagi, aku pun buka hikayat aahh!! Heheheh.. macam nak pecah perut aku gelak sorang-sorang... seronok betul menggoreng. Selama ni aku antor sms, punyalah pemalas semua orang nak balas. Hari ni ramai pulak. Padan muka.

Dan bila diorang tau aku kelentong, sms yang tadi bunyi terkejut, tiba-tiba bertukar menjadi sms yang terjerit-jerit je bunyi message nyer. Hahahahahha! Punyalah tension diorang, sebab memang mati-mati percaya apa aku cakap. :P Hehehehhehe!

Erm. Asalnya idea ni Zack yang kasi, dan idea dari cerita Amielda tentang berita gempar di Era pagi tadi... membuatkan aku tiba-tiba je gatal tangan nak kenakan orang.

Dan lagi best... hari ni birthday Amry ke 26. Kitorang plan nak beli kek untuk dia. And celebrate kat ofis petang ni. Dan aku cadang, atas kek tu, instead of tulis HAPPY BIRTHDAY, kitorang tulis SELAMAT PENGANTIN BARU. Okay tak? Hehehehee..

Riang ria betul aku hari ni.. :)