Monday, March 31, 2003

9.10 am.

Lepas switch on komputer pagi tadi, aku terjerit-jerit di meja. Membulat mata mengadap computer tu. Gempar satu ofis.

Kenapa Miyyah?
Desktop picture aku diubah!

Dajal. Setan. Memang dajal! Geram betul aku. Di depan mata aku, statik satu gambar kartun yang macam gambar passport. Gambar aku yang dah dikartunkan. Tudung merah, baju biru. Takde kening, mata terbelalak dan mulut ternganga separuh. Muka kartun tu siap ada tahi lalat, aku punya yang di'outstanding'kan dengan jayanya. Dengan tulisan yang besar-besar, macam nak terbalik mata aku tengok gambar tu. macam gambar kartun dalam Keluang Man je. Aaarghh! Dahlah dijadikan desktop background yang "tile" tu, jadinya ada 4 gambar macam tu diulang-ulang di screen aku. Bebudak lain semua tergelak. Setannnnnnn!!!!

Mula-mula memang aku geram. Sakit hati betul. Dan lepas tu, Wan bagitau kerja siapa itu semua. Lagi la aku berasap . Bila dia buat? Sabtu petang masa aku dah balik, dan diorang meeting. Memang geram betul aku tadi.

Tapi bila tengok balik gambar tu lama-lama, aku tergelak sorang. Walaupun gambar tu cuma dilukis guna Paint, tapi kemas, dan erm, kelakar. Siap ada shading kat muka dan baju aku. Memang lawak giler.

..................................

10.34 am.

"Kak Miyyah! Call!"
"Okay. Hello?"
"Majumia ada?"
"Sori aa. Takde orang nama camtu kat sini!"
"Hehhehe.. akak. Apa khabar?"
"Baik..."
"Gambar wallpaper tu ok?"
"Wallpaper? Wallpaper apa?"
"Ala. Kat komputer tu.."
"Huh? Apa? Tak paham?"
"Takkan takde kot.. ada, saya buat hari Sabtu baru ni.."
"Gambar apa? Kat sini wallpaper gambar padang pasir ada la..."
"Aik. Ada tu.. cuba cari?"
"Kejap." Aku tekup gagang telepon, kira sampai 5 pastu aku cakap balik.
"Takde la. Gambar apa? Wallpaper apa ni?"
"Takde? Alahhhh. Ni mesti orang dengki kat saya la ni... hilangkan gambar tuu..! Penat orang buat.."
"Gambar apa?"
"Adalah. Hmm.. takpelah kak, lain kali kita borak lagi.. banyak kerja ni. Err..betul eh akde wallpaper tu?"
"Takde... satu pc dah cari. Takde pun. Gambar apa?"
"Takde takpe la. Okaylah kak, bye."
"Bye!:

Suara dia frust giler bila aku cakap aku tak tau menahu langsung pasal wallpaper yang dia buat tu. Tergelak-gelak aku. Hahahhahahaha!!! Padan muka! Padan muka! Nak kenakan aku konon! Haaah! Padaaannnnn mukaaaa!

I don't get mad, I get even. :P

..................................

12.38 noon.

Now I'm mad. Really-really pissed off. I can't get even! Dia ingat dia siapa nak marah aku? Bos aku? BOLEH BLAH. Aku tolong dia willingly, ignoring the fact that he can do it himself, and now, aku balik yang kena. Okay, so I admit it was my mistake. But still, you don't have the right to do things like that. Selagi bos aku belum masuk, aku berdiri sendiri. Sepatutnya aku terima arahan dari Acting Boss kat bawah tu je. Orang lain punya arahan aku boleh ignore je. Tapi tak. (Kalau Syaer tahu mesti dia marah aku balik) Aku gatal pegi ringankan tulang, tolong situ sini. Pantang orang suruh, laju je aku buat.

Tolong salah, tak tolong salah. Benci betul aku. BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!! Kenapa kat sini aku boleh je lepas geram???? Kenapa bila depan orang tu mulut aku terkunci?? Kenapa aku spesis tak reti nak lazer dengan orang??? Kenapa aku tak boleh tolak permintaan orang? Whhyyyyyy?????

Geram betul. Sakit hati pun ada. Nak marah-marah tunggu kau ada staff sendiri aah. Arah aku buat itu ini, ingat apa? Ingat aku secretary kau ke? Aku tolong ikhlas, nak pijak kepala plak? Tunggu aah. Sekarang kau tak boleh buat kerja tanpa aku, kau tak boleh gerak pun tanpa pertolongan aku... nanti kau tengoklah. Aku boleh buat kau jadi terlalu bergantung pada aku, dan aku pun boleh buat kau jadi kelam kabut tanpa aku. Kau tunggu la. Aku akan buat kau merayu pada aku. Dan kalau masa tu aku kejam, aku akan buat kau melutut depan aku. Dan aku akan buat kau mengaku kau patah kaki tanpa aku!

Aku betul-betul meluat dengan dia sekarang. Poyo betullah dia ni...

Saturday, March 29, 2003

HANYA MEMUJI
Shanty & Marcel

Sejenak daku pun terpana
Melihat dia di depanku
Dia menjerat hatiku menatapku tajam

Disini di dalam dadaku
Ada kata lugu tak kusebut
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam

Kuakui tubuhku melunglai
Sempatku memuji dalam hatiku
Jangan pikir aku kan mencinta
Ku hanya kagumi hanya memuji

Tuhan katakanlah diri inipun tak cinta
Biar berteman saja ... biar


Aku suka lagu ni. Riang ria moodnya.

Friday, March 28, 2003

I'm not really sure that I know how to write what I write. I'm not even sure I know the subject very well. Searching for Mr. Right.

Few friends did ask me, on why I shut myself from guys. I did not. I have lots of friends. I do flirts around - sometimes. ;P Well, it just that i haven't found my Mr. Right, and I'm not ashamed of admitting that. Lets just say that I'm being choosy. :)

It's not wrong being choosy about someone that is going to spend the rest of his life with you isn't it? Sometimes I do get scared of not having someone whom I can rely on, whom I can talk about absolutely everything with, and I do get scared of imagining that I'm gonna live alone for the rest of my life. But when I came to think about it, I actually feel so glad that I don't have that someone yet. Or else my life would not be the same like the one I enjoyed now. It's not that having one is bad, but for now, I have my family to support me, my friends around me, my colleagues to make me laugh, and my mates to keep me company. What else do I need? I'm happy with my life now.

I've seen few people who are close to me became panicked for not having boyfriends. They got totally loose of themselves and been searching desperately for one. The truth is, it scares the hell out of me! Do we really need to do that? I mean, being 'desperate' for not having a guy by your side? Ohh pehhh leaazzee! I have seen those who cannot live without guys by their side, so that they won't feel lonely, but of course la they wont admit it. The fact that I don't really need a guy by my side now seems unbearable by them. Come-on la. You still live without guys la! Maybe for them it is one important thing, but for me, its pathetic. Tolong aah.

Is it everybody feels that way or is it just me ?

Yes, I've been in love before, once- well, if that the one you considered as falling in love. :P Not many knew this, as I was being very discreet with my personal life. Hehhe. We started as friends. Later I knew that he was in love with me, and I also knew that he knew I was in love with him, and he knew that I knew he was madly in love with me. Hahhha. We never openly discussed that tho. It went on like that for a while, until I was too tired of doing just that and before I knew it, he had someone else. So I let him go. Or is it I let him go first, then only he had someone else? Hhehe. :P We remain friends though. Good friends. I even befriended his girl! :)

Damn. Hahha. How can I even think of writing about this, when my best friends are reading this, my old unimate is reading this and even my cousin is reading this! Muahahahhaa! Lantak laaa, malas aku nak pikir! :P Well, what past is past, and let bygone be bygone. Yes, I admit that I'm still in love with him, but not, I repeat, NOT like before. I love him as a good friend, nothing more than that. Even if I had a second chance, I would never do it again. We are just not meant for each other.

Yes, the previous experience did hurt a bit. But hey, all of us grew up with experience right, and I'd never regret that I had one like that. It matures my thought, and made me realise the importance of everyone around me.

As people always say, love comes when you least expected. I believe in that. For now, just put the matter aside and let me enjoy my single life as much as I can. Before it's too late. :)

Thursday, March 27, 2003

Aku takde mood nak update.
Sebab kenyang makan McD.
Hehhehe.
Tadi order McD.
Kat Klang boleh order McD delivery.
Kitorang semua pemalas nak turun dari tingkat 3.
Jadi kitorang order mc D.
Pemalas.
Pemalas.
Memang pemalas.
Nak makan pun malas!

Tuesday, March 25, 2003

Front page The Star tadi terpampang gambar Nicole Kidman (yang makin jelita) dan Zeta Jones (yang tetap nampak cute walaupun sarat 9 bulan) menang Oscar award. Maaf, aku tak ingat yang lelaki 2 lagi dan aku malas nak gi amik paper semata-mata nak check nama diorang. Hah!

Dan aku tiba-tiba teringat pasal 2 orang artis (Malaysia) yang pernah aku minat gila masa zaman sekolah dulu. Biasa la, zaman terencat dulu-dulu. Aku tak nak la sebut nama diorang.. buat malu aku je.. heheheh. Yang sorang tu aku minat masa aku Form 3. Ahli kumpulan rap yang baru nak top! Hhehe. Aku gila punya minat dia tu. Tak taula apasal. Masa tu, dia tu kira habih hensem aaa tu! Akakakkakak! Yang lawaknya, masa tu bulan puasa.. konon aku nak hantar la kad raya kat artis kesayangan aku tu.

Aku pun pegi la beli kad raya. Tulisan aku time tu memang semulajadi buruk tak lawa tapi atas kad tu aku cuba tulis selawa mungkin... berjela-jela aku tulis, siap kat sampul surat tu aku tulis nama betul dia tu lagi..hahaha. Dan aku hantar betul! Lepas tu, hari-hari aku check peti surat kat rumah, tunggu dia balas. Tapi jangan lepas raya tu dia balas, sampai hari ni pun takdenya balasan dia tu. Penat jek aku tunggu. Aku siap bet dengan kawan aku sorang, kalau dia balas, kawan tu kena belanja aku, dan kalau tak balas, aku belanja dia. Dan selepas 3 bulan, baru aku mengalah dan belanja pompuan tu makan! :(

Lepas tu, aku konon terus frust. Gila-gila punya frust aaa... sampai tengok muka artis tu dalam paper pun dah naik menyampah. Siap boleh conteng-conteng lagi paper tu. Hehhehehe. Tapi lepas tu group tu mula start tenggelam.. dan aku pun excited giler pasal boleh balas dendam. Padan muka. Sape suruh tak balas kad raya aku???? Hahahhaahahhah! padan muka diorang!!! :P

Pastu konon tak minat artis lagi laaa.. hehehe. Tapi masa Form 5, masa tu dah nak lepas SPM.. aku jatuh minat lagi kat sorang artis lain. Penyanyi utama sebuah kumpulan muzik. Kumpulan baru laa masa tu. Yang artis ni, memang hensem gilerr aaah. Dan member2 aku pun cakap dia memang hensem giler. Suara dia pun memang best aah. Yang artis ni, minat punya pasal, sampai beli kaset (CD tak mampu), dan semua magazine yang ada cerita dia aku beli. Gila betul. berlambak-lambak magazine kat rumah time tu yang ada gambar dia/ muka dia. Hahhhaha. Dia pernah amik gambar dengan Siti lagi, sebelum Siti kuar undang-undang tak leh amik gambar dengan lelaki tuu.. ehheheh!

Tapi memang gila aaah minat dia masa tu. Tapi aku dah tak la sebudus dulu la anto surat kat artis. Hahahhaha. Dengar je lagu dia kat radio ke, TV ke, terus melompat! Ahaks. Lama gak laa aku minat. Lepas dapat offer dan aku start masuk Matrik kat Lembah Pantai pun aku minat lagi. Satu hari kecoh dalam paper, artis tu nak kawin. Peeerghh. Frust aku. Dahlah bini dia tu aku tengok cam kerek semacaaammm jek. Bini dia bukan artis, tapi cam dia plak over dari laki dia. Dan URTV bulan tu plak buat gambar dia dan wife dia sebagai cover page. Cheh. Menyampah betul. Hosmet aku siap belikan dan hadiahkan lagi magazine tu kat aku. Dan kesian artis tu. Tak pasal-pasal dia hilang sorang peminat setia. Hahahahahha!

Yang heran kan, lepas tu artis tu terus tenggelam. Tak muncul-muncul lagi dah. Hahhhaha. Sorang lagi artis kena badi aku! :P Few years later, sepupu aku yang masa tu belajar kat Shah Alam bagitau dia selalu pegi beli apam balik yang artis tu jual... dah jadi tokey apam balik rupanya! Sepupu aku cakap artis tu tetap hensem...hahhahahah! Latest news I know, dia dah bercerai dah... pastu ada ura-ura nak jadi penyanyi balik. Hahahhha. Aku tak pandanggg laaa engko lagiii! Aku tak pandang dah artis-artis single nii.. Aku sekarang minat laki orang jekkk... tu ha, lelaki Melayu terakhir tu.. si Rosyam Nor tu. Itu baru betul hensem giler. Bak kata Kak Yong, makin tua makin hensem! Dan aku teramat-amatlah setujunya!! Hahhahahah! :P

Counting days for Laila Isabella.

Monday, March 24, 2003

Satu suami satu isteri Apa pendapat anda?

"Aku setuju! Seratus peratus aku setuju! Tapi kalau laki aku nak kawin lain, aku izinkan. Daripada dia pegi Siam, pegi Thailand, buat dosa, baik aku bagi dia kawin. Kalau la dia pegi sana, mati ke apa on the way, tak berlaki aku karang! Baik aku bagi dia kawin!" - Kak Jun -

"Setuju. Setuju. Tapi kalau dia gatal nak kawin sangat kawin la!" - Yati -

"Hah? Laa..orang takde pengalaman aaa...!!" - Wan -

"Aaa.. setuju je la..!" - Fadzlee -

"Tak setuju. Mana boleh lawan hukum Tuhan.. dah termaktub yang poligami dibenarkan dalam Islam...!" - Zack -

"Saya memang sokong 100%! Saya memang tak suka satu suami dua isteri!" - Mielda -

"Eh Miyyah! Kau memang betul-betul takde kerja lain eh tanya soklan tu kat kitorang?"

"Hehehe...takde!"

Bengang je Yati. Maunya tak, aku tanya masa semua orang tengah sibuk buat kerja... aku plak dok sibuk tanya soklan tu..mentang-mentang kerja tak ada banyak sekarang! :P

Friday, March 21, 2003

Membelek-belek suratkhabar pagi tadi dengan tangan yang menggeletar yang aku tak tau la sebab aircond kat ofis ni sejuk sangat ke atau sebab geram campur sakit hati masa baca cerita pasal US dah start serang Iraq semalam tu memang aku geram yang teramat sebenarnya dan aku sebenarnya malas nak baca sebab aku benci baca cerita pasal perang dan pasal manusia-manusia bodoh yang ingat perang boleh selesaikan semua masalah dunia dan aku menyampah sebab aku akan ingat balik masa zaman perang teluk dulu masa tu aku baru je masuk form one dan kepala aku dibebani dengan cerita-cerita perang yang cukup menakutkan tu yang pernah menyebabkan aku menulis dalam diari aku (masa tu aku baru start menulis diari) yang aku takut teramat tentang perang yang dalam pikiran otak budak-budak macam aku ingat dah nak perang dunia ketiga dan perang nuklear sekali dan sebab perang teluk dulu aku menangis sampai basah bantal sebab takut dah sampai akhir zaman dan dunia dah nak kiamat dan teramatlah bencikan perang bodoh tu dan walaupun aku dah tak nangis macam aku nangis masa zaman budak-budak (yang sepatutnya masa tu aku dah dewasa skit tu tapi perangai macam budak-budak lagi) tapi aku cukup menyampah nak baca cerita perang lagi sebab aku tak suka dan aku tak suka dan aku tak suka dan aku tak suka dan sampai sekarang AKU TETAP TAK SUKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!

Thursday, March 20, 2003

Date : 20th March 2003

En. Xxx
50100 Kuala Lumpur, Malaysia.


Dear En. Xxx,

***** SDN BHD'S ADVERTISEMENT ON 20TH MARCH 2003, PAGE ***

The above matter refers.

We are very disappointed when we first saw our advertisement in **** newspaper, 20th March 2003, on page xx. We have found many mistakes that were obviously shown in the advertisement such as the wrong logo and grammatical mistake as in “Engineered To Be Enjoy” instead of “Engineered To Be Enjoyed”.

As far as we are concerned, we have been discussing the matter with your good self and also had done few amendments before confirming the final draft with you. We were assured that there will be no other mistakes. However, we were truly disappointed with the outcome.

These dreadful mistakes had jeopardised our company’s image and reputation as the impression towards our company had been wrongfully advertised by your company. Therefore, we regret to inform that we won’t be responsible for the cost of the advertisement as it does not comply with our agreement.

Your urgent attention and action to the matter is very much appreciated.

Thank you.

Yours sincerely,

OUR COMPANY

Cc: Bos no. 1
Bos no. 2
Bos no. 3
Bos no. 4


Pagi-pagi lagi aku dah berkejar ke sana ke sini. Sekejap turun bawah, sekejap naik balik, sekejap turun lagi. Sekejap masuk bilik Marketing, sekejap ke Admin hujung.. sampai nak semput dibuatnya. Ni gara-gara advertisement bodoh tu la.. tak pasal-pasal aku kena balik. Memang kitorang tak salah. Aku sendiri confirm dengan Encik Xxx tu, 2 hari lepas. Ye-ye je berbuih mulut aku buat ammendments. Yang dia gatal pegi ambik advert yang salah kenapa? Nasib baik dia mengaku fault tu datang dari pihak diorang.. kalau tak, mau teruk kena bang dengan aku. Dahlah aku pun banyak involve gak (walaupun asalnya kerja tu bukan kerja aku)!

Bos no. 1, 2, 3 dan 4 semua dah bising pasal benda alah ni. Itulah sepagi aku bz. pagi-pagi lagi ofis dah kecoh pasal mede alah tu. Pening dan risau jugak, walaupun tahu kitorang di pihak yang benar. Ye la, bos no 1 tu bukan dia kira apa, hobinya memang suka marah, memang suka bising.. memang tak dapat ngelak laa..! Hmmm...

Tuesday, March 18, 2003

Being embarrased the whole morning.

whole morning.

whole morning.

whole morning.

damn aku tak tau nak buat apa. I'm seriously not used to a situation like that. *confuse*

Monday, March 17, 2003

My acting-bos MC hari ni tu boleh online lama skit. Heheh. Kejam betul aku ni. Suka sangat ambik kesempatan.

1. My bros' websites.
Dah pegi, dah telek, dah baca, dah sign guestboo diorang. Biasa la, kalau compare dengan yang aku punya, memang diorang punya jauh lagi skema la. Muaahhaah! Hafiz punya lagi banyak dia membebel dari aku, habis semua sejarah hidup dia dia bukak. Boleh buat autobiography dah.. hhehehe.. sampai result dia masa skolah pun dia letak, mimpi dia zaman sekolah pun dia published. Hafiz's site is in Malay.

Asyraf punya plak an attempt in English. Banyak downloads untuk mp3 and lyrics. And gambar family dalam website Asyraf tu gambar aku nampak GEMUK giler. Tensen betullah. Tapi gambar dia pun banyak..but warning awal, memang dia punya site macam budak-budak punya aah. Biasa la. Character analysis. Hafiz punya simple. Tapi alah, skema giler. Kiranya kalau orang compare aku punya, Hafiz punya and Asyraf punya, memang tak sangka la aku ni kakak diorang..hahahahha! Sebab nampak sangat kontranya perangai aku! :P

2. Laila Isabella
Aku nak tengok! Aku nak tengok! Aku nak tengok! :P Aku sikit punya tunggu cerita tu dulu, dari last year lagi. Dari keluar paper introduce pelakon dia lagi. Hahaha. Rosyam Nor weh, hero aku tu. Opening 27th March ni. Tapi according to Shuhana, adik yang menyewa kat rumah aku tu (dia amik secretarial kat UiTM sekarang), diorang dah tengok tayangan amal kat kampus Shah Alam tu, dia cakap best giler! Aku nak tengokkkkk...............!

3. Car display kat One Utama
Peugeot buat car display kat One Utama, from last Friday 14th March - tomorrow, Tuesday 18th March. Pegi la, display tu kat tengah-tengah exhibition area yang depan Jusco/ East India etc tu, ground floor tu. Kalau ada masa jenguk la. Kalau nasib tak baik boleh jumpa si Amry. Satu hari ni dia akan ada kat sana. Hehehe. Petang karang baru dia akan ke Modesto's (another car display kat sana)

4. Tragedy
Minggu lepas kami aku dianiaya. Tragedi betul. Kesian aku, nasib baik aku ni muka memang dah tebal. Buat selamba je, aku rasa kalau orang lain kena macam tu, ada menangis. Buat bodoh je la yang aku mampu.. Buat selamba cam biasa. Sori ah, aku tak boleh nak cerita, sebab boleh mengaibkan orang (sejak bila aku pandai consider hati orang ni?) Kalau involvekan aku sorang takpe, ini involve orang lain. Sekarang baru terasa betapa teruknya impact 'tragedy' minggu lepas tu..! Dahsyat kan. Kejam betul. Terasa teraniaya sangat2! :(

5. Ghost story
Sekarang sebelum pukul 8.55 - 9.00 am jangan harap la orang nak masuk ofis. Kak Jun yang selalu datang awal pun selalu lepak bawah dah. Petang-petang pukul 6.00 tu pun satu ofis dah lesap. Dah tak berani balik lambat-lambat. Kenapa? Semenjak kitorang tahu ada 'makhluk' lain kat sini la..! Betul. Tak main-main la. Ada la hamba Allah kat ofis tu sorang memang boleh nampak.. tapi kan, 'makhluk' tu tak kacau orang. Tapi sesekali dia 'mengusik' jugak. Alah. Dia nak berkenalan. Bertaaruf. Biasa la tu. Dah ada yang sempat 'berkenalan'.. cuma tak nampak muka je. Tu yang kitorang selalu balik awalll je tu...! Hehehee..! Contoh:

X : Eh, apsal tadi aku masuk bilik tu tiba-tiba je meremang aah. Pastu berdebar-debar plak tu..
Y : Alah. Memang ah. Benda tu tengah main-main kat situ tu. tu ha, bilik air cond tu tempat dia la.

X : Hello.. eh. Kau kat ofis lagi. Tak balik lagi?
Y : Takk.. banyak kerja la..
X : Kau sorang eh? Bukan kau ada 'kawan' ke? Hehehe
Y : Emm.. itu bukan 'kawan', itu 'lawan'. Tu ada tu..dia tengah main-main kat tempat Miyyah tu..

Erk.

Friday, March 14, 2003

Seronok pulak bila berkeluarga secara online ni.

Hehehe. Semenjak dua menjak aku ada my own personal website dekat sini, aku promotekan site aku tu kat kengkawan dan sedara mara. Dan kiranya aku proud la jugak sebab attempt aku yang dah bertahun-tahun tu akhirnya berjaya jugak aku pampangkan pada screen pc, untuk tontonan umum. Tapi tu la, site yang satu tu dah lama tak update.. tak sempat maaa! Nantilah, insya Allah, kalau ada masa terluang nanti (ntah bila ntah) aku update pelan-pelan. Memang backdated giler aah.. hehehe. Asyik update kat sini je.. ye la, kat sini senang.. sebab aku guna blogger. Nak godek2 lebih2 aku tak reti sangat..hehehe..

Dan aku lagi bangga bila adik-adik aku pun ikut jejak langkah aku. Peergh... bila click kat adik-adik aku punya sites.. aku tersenyum sendiri. Kiranya aku macam sifu diorang la kan! Sebab aku orang first dalam famili aku yang ada website kan! Heheh. Riak jap. Hinnsss... hinnsss... (Miyyah says: Perasan betul dia ni..!)

Masa balik raya haji baru ni, Asyraf tunjukkan website dia, under construction la jugak, walaupun dah online secara rasminya. Lepas tu, semalam check website aku yang satu lagi tu, si Hafiz pulak yang bagitau dia pun dah ada website. Hehehe. Seronok aku. Masing-masing dok tayang website sendiri. Kuang.. kuang.. kuang...!

Thursday, March 13, 2003

Semalam aku terbuka lagi cerita pasal dia. Cerita tentang kebodohan aku. Cerita tentang aku diperbodohkan. Cerita yang pernah mengelar hati aku, sesakit-sakitnya. Dan sampai sekarang aku belum mampu untuk memaafkan dia. Belum mampu. Memang wujud rasa simpati itu padanya, tapi aku masih tak mampu menipu diri. Aku memang masih tak dapat lupa apa yang dia buat pada aku.

Dia yang mula aku kenali dulu tiba-tiba berubah. Dia yang cukup aku hormati dulu kini dah lama hilang rasa hormat itu. Dia yang dulu cukup disenangi ramai kini menjauhkan diri dari semua orang. Apa jadi dengan hidup dia pun aku tak tahu. Pernah juga aku tanyakan khabarnya pada teman-teman yang dulu pernah rapat dengan dia. Apa jadi dengan dia sekarang? Masing-masing menggeleng tidak tahu.

Dia pernah hadir dalam hidup aku sebagai seorang kawan rapat. Dia yang aku hormati sebagai kawan akrab. Dialah tempat mencurah cerita. Dan dia jugalah yang pernah mengelar rasa. Percaya atau tidak, aku sudah membuangnya dari senarai kawan-kawan rapat aku. Aku sudah lama memuntahkan namanya dari hati aku. Dan mulut ini sendiri menghalaunya keluar dari hidup aku. Dan aku tak pernah menyesal dengan ungkapan itu.

Kejamkah aku? Tidak. Bila kau dikhianati, dibohongi, diperbodohkan sebagaimana yang aku lalui, kau akan tahu apa rasanya. Aku manusia lembut hati, manusia yang mudah benar memaafkan orang. Dan dia? Dah beratus-ratus kali aku memaafkan kesalahannya. Dan bila aku berlembut sangatlah dia mula pijak kepala. Menggunakan kelemahan yang satu itu untuk memperbodohkan aku. Mengkhianati aku. Dan dia manusia pertama yang pernah meletuskan amarah aku yang selama ini tak pernah aku sangka wujud. Yang berjaya menangiskan aku kerana sakit hati yang teramat. Aku memang cepat lembut. Cepat sejuk. Tapi sekali hati aku dikelar hebat, sampai bila-bila aku takkan lupa. Takkan.

"I can't forgive you. I wish I could, but no, I tak boleh. I can't even look at you now. I don't even want to see your face anymore. I can't even say your name. I tak tahu bila I boleh memaafkan you, and I really hope that one day hati I terbukak nak maafkan orang macam you. Tapi kalau sampai bila-bila pun I tak boleh maafkan you, I takkan hairan. After what you did to me... "

Dia diam. Raut wajahnya tetap keras, tetap tidak tergambarkan kekesalan. Kawan-kawan yang lain turut diam. Aku teresak-esak menahan amarah yang amat. Dia melangkah keluar dari pintu, dan sekaligus melangkah keluar dari hidup aku. Dan itulah ayat terakhir yang aku cakap pada dia. Sampai sekarang.

And that was 2 years ago.

Tuesday, March 11, 2003

Bila wajahmu aku bayangkan,
Kurasa sayang, kurasa rindu
Kurasa sayang, mengenangkanmu...
Bila kasihmu engkau curahkan,
Ku rasa hairan, rasa terharu
Kurasa hairan mengenangkanmu...
Pernah dulu pernah kubercinta
Berkasih bermanja
Tiada, tiada pernah kualami
Bercinta begini...


Tak. Aku bukan tengah angau dengan penyakit cinta. Pun aku bukan tengah pendam perasaan. Aku betul-betul ketagih/ addicted lagu Sudirman yang satu tu. Dari 2 hari lepas di rumah Kak Yong kat Punchong. Hari-hari asyik belasah lagu tu je. Maunya tak, si Fiqa Lala tu cukup suka dengan lagu tu. Kalau dengar je, dia mesti terkedek-kedek kakinya, tepuk-tepuk tangannya, lepas tu siap pusing-pusing sampai macam nak jatuh. Tak sedar diri tu masih tak berapa balance, galak nak menari la konon! Tersengeh-sengeh menampakkan giginya yang dah nak masuk enam batang tu! Hhehehe. Terhibur betul melayan kerenah anak buah sorang tu. :)

Hmm...finally, Internet kat ofis dah boleh guna balik. Baru kejap tadi orang datang baiki line. Yippie! Lagi best, bila dah dapat green light dari orang atas, yang tak lama lagi aku akan dapat access thru my pc sendiri, tak payah nak curi-curi guna bos punya lagi. :p

Life was okay. Walaupun orang tua kat bawah tu tak habis-habis nak menyeksa hidup aku (dia betul-betul anti aku sekarang!), lantak la.. hehehe. Hujung minggu ni ayah bonda datang Kuala Lumpur lagi. Menjenguk Pak Su Chen yang ditahan kat wad UH dari minggu lepas. Mild Stroke. Diserang masa dia di Thailand dulu, nasib baik dapat bawa balik dengan selamat dari hospital kat sana.. kalau tak, mesti susah..!

Dan semenjak dua menjak Kamdar tengah buat sale ni (dan semenjak dua menjak aku belajar menjahit ni), kaki ni asyik gataallll je nak melangkah ke bangunan tepi jalan tu. Hehhehe. Baru-baru ni pergi, makkk aai, mau nak kelabu aspa biji mata aku. Kain-kain dia murah-murah dan lawa-lawa...hisshhh...kalau ikutkan hati nak borongggg je. Tapi pikir2 balik..heheh, aku kena jimat daa.. aku nak kena menyimpan daa.. :P