Sunday, February 23, 2003

Semalam Feeda call, ajak tengok Final Destination 2 hari ni. Dia ajak tengok Maid In Manhattan, tapi aku dah tengok kat rumah Klang last week. Tak best mana pun cerita dia. Atau mungkin best tapi dah bukan taste movie aku nak buat camna. Too typical love story la. Bosan. Apa pun, janji ngan dia kat TGV KLCC pagi ni, kul 10.30. Movie start kul 11.30 rasanya. Feeda yang booked. Heheeh. KLCC bukak je aku terus masuk. :P

Petang lepas ofis semalam aku heret si Lin temankan aku ke kedai jahit. Bukan nak hantar baju.. aku nak gi tanya pasal kelas jahit la. Hahahhaha! Percaya tak aku dah register dah pun nama aku. Bulan depan start. :P Lin, Yati, Zul, Mielda semua gelakkan aku bila aku cakap aku nak belajar jahit. Zack diam terus. Pelik betul aku. Nak tau apa diorang cakap?

"Orang ganas macam kau nak belajar jahit? Muahahahahahha!!! Kang hancur mesin tu kau kerjakan..!"
"Akak ni biar betul! Takde mende lain ke? Akak reti jahit ke?"
"Tak sangka aku kau Miyyah.. tomboy-tomboy kau feminin jugak ye..ahhahaha!!!"
"Jangan la weh. Takde rupa la kau pegang mesin..!"

Hampeh tul. Diorang cakap muka aku bukan spesis pompuan feminin. Siap ganaskan aku setaraf tomboy tu. Teruk betul. Mana ada aku camtu! Teruk sangat la aku ni kan sampai diorang cakap camtu? Hehhehe. Tapi aku tau, aku memang kasar. Cakap memang ganas semacam. Diorang pernah menyakat, entah-entah dulu aku ni bekas gangster underground. Kureng betul.

Biar le diorang ganaskan aku. Samsengkan perangai aku. Tomboykan attitude aku. Bak kata Lin, "Akak ni nampak keras, degil, tapi... kat dalam lembut semacam! Lembut hati sangat!" Hehhee. Bagus jugak aku nampak keras camtu kan. Kalau diorang nampak lembiknya aku, habis la aku kena pijak. Mana boleh! :P

---------------------------------------

Budak angin (last entry) tu buat perangai lagi. Rupa-rupanya bukan aku sorang yang perasan angin dia yang makin menjadi-jadi tu. Angin bayu la, angin laut la, angin kus-kus la apa la... semua ada! Marah tu memang la nak marah jugak. Geram tu memang la geram jugak. Tapi risau tu memang risau jugak..

Wednesday, February 19, 2003

Dia kenapa?

Marah dengan aku? Tension dengan kerja? Atau gaduh dengan makwe? Terasa benar kelainannya. Dulu boleh beramah mesra, bergurau senda gila-gila. Sekarang tengok muka pun boleh hilang mood nak tegur. Macam bermasalah benar.

Terasa jugak. Agaknya dia marah dengan aku? Tersinggung dengan aku? Ye lah. Hari tu aku mengamuk pada dia. Marahkan dia yang celupar tak bertempat. Terasa ke kawan? Rasa bersalah sesekali timbul juga. Alah. Dia bukannya spesis manusia mudah terasa. Bukan manusia sensitif. Dan aku rasa apa aku buat tu betul. Memang patut kena marah pun. Nak kata merajuk, dia masih tegur aku. Masih boleh ketawa sebenarnya. Cuma tak semeriah dulu. Dan makin banyak mood swing! Nasib baik dia masih nak bertegur sapa. Masih nak senyum, masih nak gelak.

Dah seminggu dia camtu. Mood dia cepat sangat berubah. Sekejap boleh ramah tamah macam biasa, sekejap jadi pendiam dan malas nak bercakap langsung. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Malas aku nak bertanya lagi. Buat membazir air liur je. Mood swing dia tu mengalahkan pompuan kena PMS. Aku kena PMS pun tak teruk camtu. Haiii...

Hello kawan. Kalau ada problem cakap. Apa guna kawan kalau tak boleh tolong. Kalaupun tak boleh nak tolong selesaikan, tolong dengar pun boleh kan? Betul tak? Aku nak tanya.. tapi macam malas la pulak. Ni mood dia tengah ceria balik ni malas la pulak nak kacau. Hopefully it will last la kan!

Tuesday, February 18, 2003

Hujan kat luar masih renyai-renyai. Lunch hour camni memang takde ramai kat ofis. Bolehlah aku curi-curi masa update journal. :)

Wedding Kak Shita di Johor Sabtu lepas meriah amat. Kendurinya malam, tapi punyalah ramai umat kat situ. Maklumlah, kenduri anak sulung. Kak Shita berseri-seri, Abang Nizam pun hensem bersongket. Hehheehe. Seronok juga bertemu kawan-kawan lama masa di universiti dulu. Masing-masing dah bawa haluan sendiri. Terjumpa Linda, Anis dan Hajar. Yang lain tak dapat datang. Riuh juga bila bertembung dengan aku, Feeda dan Bin yang memang datang bersama malam tu. Anis menjemput ke Ipoh Awal Muharram ni. Nasib baik cuti umum Anis, kalau tak tak merasa aku nasi minyak kau! Hehhehe. Anis pun dah nak tamatkan zaman gila-gila ni. Hahahahah! Insya Allah ke Perak la pulak aku nanti. Haii.. tak habis-habis merayap kau Miyyah!

Sempat singgah di UTM Skudai, menjengah kampus Nahar. Lekat kat situ dekat 1/2 jam jugak, berborak dengan dia dan kawan-kawan dia yang memang gila-gila. Feeda ikut sekali, kesian dia. Asyik kena buli je dengan budak bertuah tu. Aku dah warning, adik aku yang sorang tu ganaz skit. Gila-gila. Kau jaga-jaga. Hahaha. Kan dah terkena!

Dan bila ke ofis semalam, aku dikejutkan dengan perubahan Yati. Makin manis dia bila rambut yang sebelum ni terbang bebas kini dah tertutup dengan tudung. Dengan skirt putih ala gipsi dan blouse warna coklat, dia nampak berseri sangat. Makin manis. Alhamdulillah.. terbuka juga hati dia nak berubah! Aku tumpang gembira. :)

Pagi tadi kena smash lagi dengan orang tua kat bawah tu. The so-called perasan nak jadi CEO tu la. Tak habis-habis dia tak puas hati dengan kitorang. Apa je kitorang buat semua tak kena. Baguslah tu.. orang lain takde pun bermasalah cam dia tu.. aduuuhhh! Sabar je la. Yang lagi tensen tu, asyik-asyik aku, Yati, Zack n Amry je yang kena. Memang jaki betul tengok kitorang baik... isskk.. sekarang ni, memang sabar je la yang mampu kitorang buat. Dan pekakkan telinga... cepatlah GM baru masuk..!

Friday, February 14, 2003

"Nak tumpang beg?"

Suara pompuan tu lembut je offer aku troli dia. Agaknya kesian tengok aku yang terkial-kial heret beg. Pintu keluar nak ambil bagasi jauh lagi. Huh. Pasal apa la KLIA tu besar sangat... tak larat aku nak heret beg tu..

"Boleh jugak!" Aku senyum. Dia balas senyum aku.
"Errr... ni W N*jmiyyah kan?" Huh. Aku tergamam. Siapa pulak ni?
"Err.. ya, saya. Err.. sori la, saya tak berapa cam la.. errr, nama siapa tadi?"
"Fadhilah."

Otak aku bergerak laju giler mengingatkan semua Fadhilah yang aku kenal. Tapi satu pun tak lekat di otak ni. Aku blur terus. Dan bila dia tengok aku blur, dia sambung lagi..

"Gong Kapas..."
"oOOooo.."

Series! Aku tetap tak ingat. Wajah dia terlalu asing. Gong Kapas tu nama sekolah rendah aku. SK Gong Kapas. Tapi aku tak ingat langsung tentang dia. Sungguh! Agaknya kelas lain kot kan? Kami jalan lagi. Sekali dia bersuara lagi.

"Err... dulu kelas mana aa?"
"6 C. Cempaka."
"Eh. Sama la..!"

Tapi wajah dia sedikit lain. Aku rasa dia pun was-was whether dia betul-betul satu kelas dengan aku ke tak. Sebab terlalu unfamiliar muka dia pada aku. Betul aku hairan! Dan aku rasa aku pun tak begitu familiar pada dia. Tapi aku tak berani nak tanya lebih-lebih, kang takut dia tersinggung. Ye lah, dia sampai boleh ingat nama penuh aku, sedangkan aku tak ingat langsung... rasa tak sedap la pulak..!

Dan sudahnya sampai aku dah selamat dalam kereta pun aku tak ingat tentang Fadhilah tu. Tak recall langsung. Agaknya aku dah makin nyanyuk la..! Ah. Risau jugak. Aku makin kerap lupa tentang kawan lama. Dahlah kengkawan satu sekolah dulu cuma tinggal 2-3 kerat je yang masih dicontact. Itu sekolah menengah. Sekolah rendah lagi laa. Hmmm...

p/s : Cerita kat atas jadi masa aku balik dari Terengganu ke KLIA Rabu malam yang lepas.

Petang semalam aku bengang giler. Sebabnya aku tak yang cakap aah. Tapi yang pasti kalau manusia mulut celupar tu ada depan aku petang semalam, ada jugak yang kena belasah ngan aku. Sakit hati, sakit jiwa, sakit semua!!! Dah 2 kali (seingat-ingat aku) dia buat camtu. Mana aku tak bengang. Sms aku petang semalam memang aku tau berbaur marah yang amat. Aku pun tahu dia sedar yang aku memang tengah bengang giler dengan dia.

Nasib baik aku ni spesis tak marah lama-lama. Nasib baik aku ni spesis cepat sejuk. Dan pagi tadi, temperature aku sememangnya dah turun dah (harap-harap tak naik lagi!). Dia plak buat selamba je. Borak-borak macam biasa. Tapi notice la jugak tone suara dia lembut skit. Hahah. Dah sedar atau cuak aku marah lagi? :P Best jugak sesekali marah ni kan! Tapi aku rasa-rasa, dia akan buat lagi. Walau bukan sekarang, one sweet day aku tau dia akan menceluparkan mulut dan menyakitkan hati aku lagi. Knowing him.

Adat berkawan, biasalah. "Sahabat yang baik ialah sahabat yang sanggup terima baik buruk kita." Itu yang selalu aku pegang. Orang sanggup terima baik buruk aku, kenapa aku tak boleh terima baik buruk orang? Betul tak?

Tuesday, February 11, 2003

Ada apa dengan cinta?

Semanis ianya berputik, mekar dan mengharum ibarat sekuntum bunga, lalu menularlah baunya ke seluruh hidup. Mewarnai dan mengindahkan dunia yang sebelum ini hanya penuh dengan warna putih, hitam dan kelabu. Rasa keliru berkecamuk dalam diri, dan kadangkala hingga mengganggu ketenangan hari-hari yang dilalui. Rasa apakah ini?

Rasa yang mucul dari sudut terjauh di dalam hati, meresap ke dalam jiwa dan terus termaktub di dalam jasad seorang insan. Sekejap indah. Sekejap manis. Dan sekejap-sekejap pula pahit. Aneh kan rasa itu?

Ada apa dengan cinta?

Bila disebut saja cinta, nama Romeo dan Juliet, Uda dan Dara, Laila dan Majnun- semuanya bagaikan sebati. Kisah cinta menyayat hati menjadi bagai satu keagungan kepada manusia-manusia yang sedang dijangkiti virus itu. Dan rasanya sekarang, senarai pasangan-pasangan seperti itu makin bertambah bilangannya. Jun Sang dan Yu Jin, Lisa dan Santiago, Yusry dan Erra dan tidak lupa, pastinya Cinta dan Rangganya!

Ah. Cinta! Ada apa dengannya!


Percaya tak aku yang tulis paragraphs yang kat atas tu. Aku. Tidak, aku tak dijangkiti virus tu. Aku sebenarnya tengah test, aku ni mampu tak nak tulis jiwang-jiwang, tapi bila dah tulis banyak tu, otak aku tersumbat la pulak.. hehehheeh! Aku tak bercinta, dan aku tak pernah bercinta. Kesimpulannya aku tak reti la tu…haahahahaha! :P

Aku sebenarkanya teringatkan cerita Indonesia tu. Ceritanya aku akui cukup simple, dan walaupun aku tak paham sangat Bahasa Indon tu, tapi aku akui yang laras bahasa yang digunakan cukup ringan dan bersahaja. Love story tentang 2 manusia tu sebenarnya cerita biasa, takde pun yang menariknya. Tapi cara diolahnya cerita tu, ditambah pulak dengan hadirnya puisi-puisi yang aku kira mencukupkan rempah dan asam untuk cerita tu sememangnya sesuatu yang cukup menarik. Cukup istimewa, dan cukup tersirat. Untuk orang yang sememangnya menggilai puisi dan segala spesis sastera yang lain, aku rasa cerita tu cukup seronok untuk dibuat critical analysis.

Apasallah cerita tu tak keluar masa aku tengah belajar lagi, kalau tak aku suggest je cerita tu dijadikan bahan experiment dalam kelas. Betul! Dulu ingat kitorang pernah discuss filem Layar Lara untuk Malaysian & Singaporean Literature, dan the next semesternya kalau tak salah Mimpi Moon pun join in sekali. Aku dah lama tak buat critical analysis… rindu! Bilalah aku boleh buat lagi...

(Sebenarnya Asyraf beli kaset sountrack filem tu –menunjukkan betapa addictivenya cerita tu kan!- dan aku asyik ulang-ulang je kaset tu dari semalam. Cdnya bagi Syaer pinjam, tak bawak balik la…)

Monday, February 10, 2003

Home sweet home.

Sampai malam semalam dengan selamatnya. Ayahbonda terpaksa ke Sutra Beach Resort sebab ada English Course kat sana. Tinggallah aku dengan Asyraf dan Haqeem je kat rumah. Haqeem sepupu aku tu balik cuti raya dari Pahang (dia belajar kat UiITM Jengka). Melepak kat rumah je la. Kira-kiranya nak turun bandar KT pagi ni dengan Iza (she just called last night), nmak pegi Tabung Haji, Bank Muamalat, KWSP, cari tudung bla bla bla..banyak jugak nak buat. Hhehehe. Macam laaa semua-semua tu takde kat KL nun, kat sini jugak aku nak pergi. :p

Sampai rumah malam semalam, masuk je pintu kaki aku maam dah tak pijak lantai. Maunya tak, lantai rumah tu bertutup-tutup dengan kertas suratkhabar la, plastik getah la apa la, bersepah-sepah. Kerusi2 di ruang tama terengsot ke depan. Dan bilik air sebelah bilik mak penuh dengan simen dan bata. Oh. Renovate bilik air rupanya..! Aku lupa, adik aku nak kawin bulan 7 ni.. rumah pun dibarukan lagi la. Dulu masa Kak Yong kawin, satu rumah dicat baru, lantai kayu divarnish balik, pintu pagar pun kena cat balik. Hehehe.

Pagi ni aku bangun dengan lagu ni... terdengar dari corong radio yang dah dislowkan semalam... terus terjaga. Hhehehe...

Sejenak dakupun terpana
Melihat dia didepanku
Dia menjerat hatiku menatapku tajam

Disini didalam dadaku
Ada kata lugu tak kusebut
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam

Kuakui tubuhku melunglai
Sempatku memuji dalam hatiku
Jangan pikir aku kan mencinta
Ku hanya kagumi hanya memuji

Tuhan katakanlah diri inipun tak cinta
Biar berteman saja ……… biar


Hanya Memuji! Suka giler lagu tu... Muzik dia best! :)

Saturday, February 08, 2003

Malam ni aku bertolak balik Terengganu. Yeay! Yeay! Tak sabar rasanya nak balik..!!! Kak Jun, Lin, Syaer semua dah beria-ria pesan tudung..hmmm..! Boleh buat business ni kan!

Semalam setengah hari shopping di Tesco Klang lagi. Hahaha. Asalnya plan nak pergi Jusco dengan Amry & Zack, then dekat kul 6.30 pm baru boleh keluar dari ofis. Syaer yang datang Klang amik kereta dia (yang dia tinggal pagi tu sebab pegi Sepang) pun join sekali. Kitorang berempat naik ler kereta Amry gi Jusco Bukit Raja tu. Dan aku berjaya persuade Syaer untuk tido rumah aku kat Klang semalam, instead of balik PJ. Hahaha. Nasib baik jugak mak dia setuju...

Pusing-pusing kejap, budak-budak tu ajak tengok wayang, cerita Gila-gila Pengantin lagi, tapi tak jadi sebab citer tu ada pukul 11.35 malam. Tak jadi la. Sudahnya merempat pulak kat Tesco. Hahha. Siap sesat2 lagi (walaupun konon dah pergi banyak kali). Shopping sakan kat Tesco. Masa pergi dulu aku habis dalah RM150 gak, belanja untuk household items je banyak. Yang semalam aku habis dekat RM170.. belanja untuk personal care. Aduuh! Memang banyak gila... ingat Miyyah..Budget! Budget! :p

Tesco tutup baru kitorang balik. Hehehe. Singgah kat Batu Belah makan kat sebelah gerai "Ayam Panas" (budak2 tu create nama tu sebab kat situ ada jual ayam goreng panas). Melepak kat gerai tu sampai tengah malam. Dekat pukul 12.00 malam diorang patah balik ofis hantar kitorang amik kereta Syaer kat situ. Sampai rumah pukul 12.15 la gaakkk. Fuuhhh... betul-betul Cinderella jadinya. Dah tu, siap ajak Syaer skali ngekor budak2 tu.. kalau Encik Jamal tau, abis aku kena belasah sebab ajak Cik Puan dia tu gi joli... dengan lelaki lain plak tu...hahahahha! :P

Jangan bagitau dia tau! ;-)

Friday, February 07, 2003

Baru observe others' journals. And I truly like this particular quiz... subsidised from Jigo's site


You are a freeform writer. Individualistic with a
sense for the different and challenging, Walt
Whitman and his poetry lacking meter and rhyme
is just what the doctor ordered. You're quick
to write something that the rest of the world
doesn't accept as poetry, quick to separate
yourself from the average joe. An author with a
true sense of self, you have confidence in your
abilities and aren't afraid to show it. :) GO
YOU!


What's YOUR Writing Style?
brought to you by Quizilla

That's all for now. Signing off at 12.18 a.m.

Thursday, February 06, 2003

Aku di PJ sekarang. Alhamdulillah boleh guna Internet balik, so Insya Allah, bolehla selalu update hujung2 minggu (kalau turn aku balik PJ la!). Kalau kat ofis, aku rasa on Fridays boleh la aku update, coz Jumaat punya lunch hour selalunya lama skit, dan selalunya jugak aku melekat kat ofis. Yati's wedding was okay. Aku enjoy la jugak pergi rumah dia..hehehe. Sempat la jugak pusing Penang. Sempat jugak last night kat sana pegi Padang Kota Lama, tengok orang main wau, main belon buih, main tanglung. Hahaha. Pastu makan "kacang rebusss" (dibaca dengan nada Cinta dalam Apa Ada Dengan Cinta) yang beli kat tepi sungai tu. Opps. Aku tak cakap kan, bebudak ofis semua gila cerita Indonesia tu. Hahaha. Termasuk aku sekali la.. macam budak2 kan kitorang ni! :P

Hujung minggu ni aku balik Terengganu. Flight dari KLIA pukul 9.30 pm. Lepas waktu ofis, terus balik rumah Kak Yong dan Kak Yong & Abang Amad akan hantar ke KLIA petang/awal malam tu. Kena pegi awal, sebab kena amik tiket Air Asia tu 1 1/2 jam sebelum departure. Kesimpulannya, minggu ni aku boleh update selalu ler journal aku ni kan! Kan! Kan! Malam ni dah update, esok tengahari nak update lagi.. hari Ahad... Isnin... Selasa.. waaaaa!!! Seronok kan. Aku boleh update banyak hari...Yeay! Yeay! Yeay! Aku banyak cerita nak bagitau, tapi selalu tak sempat. Nak tukar scene kaler hijau ni pun selalu tak sempat. Pasal tu la journal aku selalu statik je kan! Insya Allah, kalau ada masa, aku cuba tukar semua tu.. hehhehe!

Dan tadi aku baru confirm dengan Feeda nak ikut dia pegi Johor hujung minggu depan. Kak Shita nak kawin 15hb Februari ni. Aduh. Sorang lagi melangkah masuk dunia yang satu lagi tu. Seronok kan jadi aku, sesuka hati je nak pegi mana. Hehehhe. Dari puncak utara, ke puncak timur, dan nak ke selatan lagi... merata-rata aku berjalan. Sabah Serawak je tak sampai lagi! :) Hai.. aku memang kuat merayau. Apa lagi bila dah dapat green light dari ayahbonda. Aku boleh sesuka hati nak pegi mana dan buat apa, as long as aku pandai jaga diri, inform diorang, dan tak buat benda2 tak senonoh. Itu je.Dan aku jugak tahu aku tak boleh betray diorang punya trust yang aku dapat sekarang kan!

Hehehee. i'm not that naive tho. :P Aku tau, sometimes aku buat jugak 'kenakalan' aku tu.. buat jugak things yang kekadang aku rasa kalau parents aku tau.. aku bakal kena sembelih. Hehhee. Tapi still, aku pandai jaga diri kan. Bukan aku buat benda tak senonoh pun. Cuma sekarang aku kuat "merayau" jek. Tak kira ngan saper. Hahahhaha! But of course la, aku nak merayau pun.. aku tengok jugak siapa geng yang nak diajak merayau kan.. bukan main cekup je. Dahlah. Aku tak nak citer banyak2. Kang terlepassss cerita apa2 kang, susah aku. Jatuh la saham aku..ahhahaha!

Nampak sekarang kan betapa happynya aku dengan life aku sekarang. Aku punya kengkawan yang cukup menghiburkan, yang sanggup bersusah senang dengan aku, dan aku cukup bahagia lepak kat daerah tu. Hidup aku disibukkan dengan tugasan-tugasan di pejabat, enjoy pun selalunya dengan member2 ofis (dah aku takde geng lain kat Klang ni!), sesekali keluar shopping, dan hujung minggu aku dihabiskan di PJ rumah Cik Yah atau di Puchong rumah Kak Yong. Dan aku tak payah nak pikir menda2 alah yang remeh temeh dulu tu. Well, sesekali rasa dulu menyinggah jugak, sebak tu datang jugak, dan bila teringat tu bergenang jugak. Tapi dah banyak okay dah la. Aku dah malas nak pikir..heheheh! Biar dia bahagia dengan hidup dia, dan aku bahagia dengan hidup aku.

Dan memang sesungguhnya aku benar-benar bahagia dengan hidup aku sekarang! Doakan kebahagiaan aku ni berkekalan yek!