Friday, January 31, 2003

Mr Michael's last day at the office. Separuh hari je dia hari ni. Sedih la pulak. Dia kasi ang pau sorang satu (yang belum kawin la..). Tapi sayang bukan semua kat ofis tadi. Yati, Amry dan Fadzlee semua bercuti hari ni. Yati sibuk di Penang uruskan pasal kawin dia esok, Amry dah selamat agaknya di Haadyai, Fadzlee pulak dah berangkat entah ke Terengganu, balik kampung mentua amik wife dia yang lepas bersalin balik sini.

Seriously, we are not really that ready to let him go. There are still so much to learn, and we still think that he is the best person for it. Tapi nak buat macam mana kan, it's his decision. He told me earlier bout his reasons of leaving, and seriously, I don't blame him. Dunia sini sememangnya tak sesuai untuk dia.. kesian kan. Kesian jugak untuk kitorang yang tiba-tiba je dah patah kali hilang bos paling baik dalam dunia. And all of us know that things won't be the same without him around. Dahlah yang in charge sementara GM baru masuk tu manusia paling kerek. Si "CEO" tu la. Tensen betul. Mesti dia seronok kan. Tapi yang seksa jiwa raga kitorang jugak..! Sabar je la. Nak buat camna. Dah nasib orang makan gaji, dan dah termaktub yang gaji the so-called "CEO" tu tinggi skit dari gaji kitorang..hehehe. Skit je..!

Malam ni aku akan bertolak ke Penang. Bas 11.30 malam dari Klang. Yati paksa aku pergi walaupun dalam kiraan aku ingat nak balik Terengganu sebab cuti lama. Kesian jugak kat minah tu sorang. Dan sebenarnya honoured pun ada jugak sebab dia nak aku jadi pengapit dia. Hahaah. Miyyah jadi pengapit woooo!! Dan aku tak sampai hati nak hampakan hajat kawan tu. Dan hajatnya lepas tu nak terus sambung berjalan ke Kedah.. ala.. dah dekat sangat kan! Memang aku baru kenal Yati sebulan dua je (she joined the company lepas raya puasa lepas), tapi kitorang rapat. Cam aku btau dulu la, one of my cronnies. Hehehe.

Sesungguhnya, despite all those dugaans from "CEO" dan SB-SB dia, and those stupid office politics, we really enjoy our friendship kat sini. Sama-sama susah, sama-sama senang. Dan sama-sama cover-mengcover bila terdesak. Hahhaha! Bestkan! Ingat lagi aku cakap yang Zack dan Amry ada berura-ura nak resign jugak kalau dapat kerja lain? Zack dapat offer lain, kat Bank Islam, tapi semalam baru dia cakap dia tak nak.. tu pun lepas kitorang dah kering idea nak pujuk dia..! Kat sini kerja memang teruk. Memang dahsyat aah. Dugaan pun hebat giler. Pressure tu memang dah biasa. Tapi bak kata Aslam, kat sini, siapa rajin, tu la yang boleh dapat lebih. bayangkan Aslam yang claim + ot dia lagi banyak dari monthly salary. And he can get up to RM 3000 per month. Tapi kerja teruk laa.. aku pun tak sanggup tengok cara dia kerja. Takat tak tido seminggu tu dah normal. Aku tetap tak sanggup!

Okaylah. Before aku sign off, aku baru ingat. Hari ni 31st January kan? 2nd February ni genap journal aku ni setahun. Hmm.. sekejap je kan! Since aku nak berenjoy kat Penang (and most probably Kedah too), aku tau aku mesti tak boleh update punya on that 2nd tu. Well. Happy 1st Anniversary to my one and only Standing At the Edge Of The Earth. (I wonder when I will change that loooong journal name hah? Ramai benar komplen susah nak taip..Hmm..macam TAK dah kot. Biar susah nak taip. Susah nak datang. Dan journal aku pun tak glemer. Hahahahah! Biar!)

Thursday, January 23, 2003

Aku rasa macam khayal semacam. Macam huyung. Macam hanyut semacam. Cakap skit je rasa macam nak gelakkk je. Hidung aku pulak... skit-skit asyik srooott..srooott.. Mata aku 2-3 hari lepas asyik merah semacam. Macam dah tak cukup kaler putih anak mata aku ni sampai dia syik nak jadi kaler merah. Telinga pulak macam tak nak pick up je apa orang cakap. Macam nak dengar tak nak dengar je. Pastu dari pagi asyik tersengguk-sengguk.. mengantuknya...!! Ni laa padahnya kalau banyak sangat ambik dadah ni...

Hehe. Selesema aku belum baik sepenuhnya lagi. Macam nak teruk balik ada la. Pagi tadi dahlah aku makan makanan yang senang bagi mengantuk-nasik lemak, pastu makan ubat batuk yang sah-sah kasi mengantuk, pastu telan lagi ubat selesema yang kurang sikit besarnya dari biji guli (Yati punya) yang awal-awal lagi diwarning akan buat aku mengantuk gila... dan padahnya... kepala aku macam nak terkulai je tadi. Hanyut semacammmm jekk. Macam baru pekena ganja...hahaha!

Tak tahan sangat, aku ke depan, lena sekejap di surau dan pesan kat si Lin receptionist tu kalau ada orang cari aku cakap aku takde. Dan kalau Mr Michael yang cari, cakap aku gi Ladies. Ye la tu. Pegi Ladies sampai setengah jam lebih kat situ.. hehe.

Keluar dari surau pun hawa-hawa mengantuk tu tetap serang aku. Kengkonon tak nak kasi mengantuk lagi, aku pun bancuh la kopi. Hahhaha. Dah minum separuh baru ingat, kopi kan ke ada caffein. Hehheh. Dadah lagi tu. Banyak betul koleksi dadah masuk dalam perut aku hari ni.

Lepas lunch hour tadi baru okey skit. Selesema aku pun dah berkurang. Wah. Cepat betul effect ubat tu. Tanya si Yati (empunya ubat), rupa-rupanya ubat tu yang paling heavy kat farmasi yang dia beli. Patut laaa... kaw-kaw je aku lentok...!

Ofis ni sekarang diserang virus demam selesema. Lepas sorang, sorang berjangkit. Si Amry & Zack MC sampai 3-4 hari 2 minggu lepas. Pastu aku plak berjangkit selesema sama. Aku dah nak masuk dua minggu ni tak baik-baik lagi. Last week, si Yati plak kena attack. Kesian dia. Time sibuk nak kawin ni la dia kena attack virus jahat tu. Ni Yati dah nak baik dah, si Amielda (Sales Clerk) pulak yang sambung jadi pembawa virus. Aduuuhhhh!! hebat betul penangan wabak penyakit tu..!

Well... aku sebenarnya tak sabar nak tengok who's next in line! Hehhehe!

Tuesday, January 14, 2003

Pc aku rosak. tension je terpaksa share pc orang. Cpu dia tak nak jalan terus. Zack cakap power supply dia rosak, tu pasal pc tu tak boleh pasang. Aku ingatkan dia merajuk ngan aku pasal semalam aku cuti. Hahahaha.

Kerja sini makin tak best (psst.. don't tell!). Kroni aku sekarang cuma budak-budak 4 orang tu je. Yati, Amry, Zack and Aslam. Tak seenjoy masa mula-mula masuk dulu. Dengan diorang memang la boleh buat kroni, tapi dengan yang lain, cakap kena bertapis-tapis.. ditambah-tambah lagi makin ramai new staff yang masuk. Okay tu memang la okey, cuma tak satu kepala sangat..SB "CEO" tu pun ada..hahaha!

Hari-hari masing-masing mula merungut, pressure dari big boss makin terasa. Bos aku pulak, akhir Januari ni tamatlah perkhidmatan dia. Aku tak cakap kan.. bos aku yang baik giler tu nak berenti. Atau dengan kata yang lebih tepat: resign. Yup. Dia resign sebab tak boleh tahan pressure lagi. Dia bukan orang baru dalam bidang motor trading business ni. Dah lama. Usianya je lebih kurang usia ayahanda aku. Ayahanda tahun 1948, dia tahun 1946. Tapi pressure terlalu hebat, dan dia dah tak sanggup lagi bertahan.

Si Zack, Amry semua pun pakat-pakat nak berhenti kalau dapat kerja lain. Aduuhhh! There goes all my cronnies! Maunya tak, tekanan kerja kat sini teramiatlah hebatnya. Bos kitorang tak pressure.. big boss yang atas lagi yang kerjanya asyik menekan.. tambah pulak bila terpaksa deal dengan HQ di Kampung Baru. Terlalu banyak procedure.. sudahnya yang tertekan amat kitorang la..masing-masing bukan tak pernah kerja sebelum ni.. tapi according to them, kat sini la kerja paling teruk..hehehe! Hmm..aku rasa masuk ni dah berpuluh2 kali aku cakap camtu kan!
Sabar je la Miyyah. Well, cam aku cakap ngan Yati tadi.. "If you can survive here, you can survive anywhere!"

Hmm..kalau kroni2 aku pun nak blah..mesti aku boring balik kan..!

Saturday, January 04, 2003

Aku dah nak balik tapi since takde orang kat ofis I guess I have time to blog in my journal for today. Sorry for not being able to drop by your place (to everyone) and I still cannot promise bila aku betul2 ada connection Internet sendiri. Saturday's supposed to be relaks skit, but for me, sama jek. Teruk giler aku kena marah tadi. Aku tak kisah kena tegur ngan bos or anyone, tapi bila ada manusia yang perasan cam dia tu "CEO" mula tunjuk belang, padahal dia takde apa-apa pun sebenarnya, maunya aku tak berasap. Kalau letak telur atas kepala aku ni, jangankan sebijik, 2-3 bijik pun boleh hangus...

Tapi yang aku boleh buat sabar je la. Diorang orang lama kena la respect kan. Part of the problem tu memang salah aku and I did admit. Yang sakit hati tu, so-called CEO tu mengada-ngada nak tunjuk cam dia bos. Blah la! Sebab dia memang famous dengan keberlagakkan dia tu, lantak la. Malas aku nak layan. Sakit hati tak abih buat apa.. bukan untung apa pun..!

Anyway, aku tak bitau lagi yang aku dah tukar handset baru. Nombor sama lagi.. handset je baru. Aku tukar Motorola T190. Alah, murah je pasal aku trade in 3210 lama aku tu. Sayang jugak, tapi nak buat camna kan.. dah sampai masa dah..hehehe!

Feeda called semalam ajak tengok wayang hujung minggu ni. Ahad. Esok la.. dia ajak aku buat rally Sweet Home Alabama ngan Lord of The Ring. Giler dekat 5-6 jam berkabung dalam wayang! Mula-mula tak nak, tapi bila dia cakap yang LOTR tu dia yang belanja, aku on aje. Hhahahah!!

Got to go now.. see you guys later. :)

Friday, January 03, 2003

Still in the office but planned to go back somewhere around 7. Banyak lagi terbengkalai kerja sebenarnya.. tapi esok pagi bos takde, bolehlah settlekan apa-apa yang tak settle lagi. Next week Mr Michael cuti satu minggu. Relaks aah skit.

Anyway, aku rasanya tak sempat bagitau hari tu yang Mr Michael dah hantar surat resign effective 5th January ni. Dah accepted by Group HR Dept dah, tapi berjaya dipujuk untuk stay sampai end of January, untuk cari orang baru ambil alih. Dan starting this February, aku akan dapat bos baru yang aku harap sangat2 sebaik Mr Michael.

Hmm... rasanya tak lengkap kalau aku tak cerita tentang pengalaman aku kat Bangsar malam New Year tu. Wah. Betul-betul surprising untuk aku. Banyak masa dihabiskan di showroon sana, tapi dalam pukul 11++ tu aku sempat pusing-pusing kat situ dengan Azam (that adinda of mine was very kind enough to stay till midnignt). Tapi sebab tak tahan, aku ajak dia balik before midnight. Apa kami nampak?

Botol-botol arak bertaburan dan bersepak-sepah di jalan. Bunyi muzik yang bingit di telinga dan lampu disko yang berkilau-kilau, ditambah dengan sesak manusia yang menyempitkan pandangan aku. Mereka-mereka berparti sakan. Bab pakaian aku tak nak sentuh la.. dah tak larat nak ngomel. Masa menyusur Jalan Telawi berapa ntah, di sisi kanan aku yang penuh dengan pub dan disco sesak. Dan satu meja di hujung penjuru, ada beberapa manusia sedang relaks je bersantai. Botol arak (aku tak tau la apa jenamanya) teguh di meja, dengan gelas masing2 separuh berisi. Dan raut wajah mereka? Melayu asli. :)

Dan masa melalui satu sudut di celah2 hiruk pikuk manusia tu, seorang penjaja kat situ tiba-tiba tegur kami. "Soft drink?" katanya sambil hulur sebotol Carlsberg. Mengurut dada aku dibuatnya. Azam hanya mampu geleng dan kitorang terus ke Showroom. Sekurang-kurangnya dekat showroom aman la skit, cuma ada muzik, tapi takde celebration mana.

Ini pengalaman pertama aku bertahun baru di Bangsar. Selalunya waktu-waktu camtu aku dah lena diulit mimpi panjang. Hahaha. Pengalaman pertama dan aku harap yang terakhir juga.

Teringat remark Azam masa beredar dari lautan manusia di situ.. "Ini rupanya Malaysia.."