Monday, December 30, 2002

Dah nak akhir tahun rupanya. Rasa kejap je 2002 dah nak berlalu. Dah nak masuk tahun baru.

Hidup baru aku di Klang tak banyak perubahannya, cuma di sini lagi susah aku nak dapat access to Internet (unless dapat curi2 guna bila bos takde cam hari ni..;P) sebab aku tak habis pusing satu bandar Klang lagi. Tak jumpa cybercafe lagi. Kalau takat2 jalan balik rumah, jalan ke shoppong complex yang kat tengah bandar tu aku tau le. Ye la, tempat2 aku cari barang aku tau la kan. Tempat lain tak khatam lagi... Aku cuba hidup tanpa Internet for a while. Though it suffer. Damn.

Esok malam branch baru company aku tempat aku kerja nak buat soft-lauch. Big Boss pulak paksa semua wajib pergi. Siap kena sambut New Year kat sana.. aku awal2 dah garu kepala. Aku tak kisah kalau dulu aku kena pegi Johor masa launch branch kat sana, aku tak kisah kena on call jadik bidan terjun untuk apa2 function, tapi yang ni... cam berat sikit.. Seumur hidup aku mana pernah aku sambut New Year. Dahlah buat kat Bangsar plak tu. Yang lagi berat, kalau aku pegi pun atas nama kerja, untuk aku explain pada makcik aku, parents aku (kalau dapat tau aku pergi "New Year Party" kat Bangsar tu... mau kena post mortem teruk ngan diorang karang. Tapi nasib baik jugak la diorang buat soft lauch tu kat Showroom sana, kalau dibuatnya kena pasa masuk tempat2 yang aku tak nak masuk tu.. habis!)

Bila aku start join giant company ni, aku memang prepare for anything. But sometimes, this corporate world is too different for me. Dunia baru. Dunia yang cukup jauh berbeza dengan dunia aku dulu. Dan sekarang aku rasa dah banyak kali aku terpaksa korbankan prinsip aku, semata-mata kerana kerja. Aku masih boleh bertahan, dan insya Allah akan terus bertahan. Aku nak buktikan pada semua orang tentang kredibiliti aku. Memang dari dulu lagi, zaman -zaman masa belajar lagi aku banyak berkorban. Dan kali ni takde beza pun. Cuma kadang-kadang terasa jugak. Ye lah. Banyak prinsip2 yang aku pegang selama ni lebur. Dah banyak sangat. Sampai kadang2 aku kena ingatkan diri sendiri agar tak terlajak. Dan alhamdulillah, aku masih boleh kawal diri.

Dah masuk 3 bulan lebih aku kat company ni. And I did learn a lot. Banyak sesangat sebenarnya. Belajar kenal hati budi orang, belajar benda2 baru, belajar jadi manusia sabar.. dan aku jugak belajar macamana tahan telinga bila kena marah, kena tengking, kena komplen dengan customers, belajar untuk jangan cepat percaya orang dan paling besar.. aku belajar berkorban lagi. Korban prinsip, masa, tenaga semua. Patutlah awal2 dulu lagi Syaer warning aku... kalau tak sanggup kerja teruk, jangan masuk sini. Dan aku dah sanggup.

Aku tak menyesal kerja sini. Pengalaman yang aku dapat kat sini aku rasa sukar nak jumpa kat tempat lain. Gaji aku bukannya banyak sangat.. biasa je. Nak harapkan elaun, bonus etc semua jangan harap la. Kerja pulak gila punya teruk. Hujung minggu aku belum tentu dapat habiskan semuanya dengan rehat. MC aku dulu pun, nama je MC. Tapi tiap-tiap hari telefon aku melalak minta diangkat.

Family di rumah pun arif benar dengan kerja aku. Dan aku patut bersyukur sebenarnya, punya keluarga yang cukup memahami. Diorang memang tak galakkan aku kerja teruk, tapi diorang pun tak pernah halang aku buat apa yang aku nak. They trusted me. Dan seboleh-bolehnya aku tak nak betray trust tu. :)

Thursday, December 26, 2002

sori lama tak update. I have to write this as fast as I can and mind the mistakes I made along the way- of writing this. I'm at Klang. Aku dah pindah ofis. dok kat Klang skarang. Nanti aku citer panjang coz aku skarang curi guna pc bilik bos. Colleagues aku sumer tak tau, except for amry. Biasa la..heehe..kroni. Tak bleh bitau ramai orang, karang berebut. Rashes and allergy aku dah takde dah. Dah okey skit. Aku belasah je makan ayam.

Ofis baru lawa dan besar. Alamak, aku dah lama, aku chow dulu. lain kali plak.

Monday, December 09, 2002

Raya ke 3 bersamaan 3 Syawal.

Dah lama aku nak online kat rumah, dan baru sekarang berjumpa jodoh dengan pc ni. Dah 2 hari badan aku naik gatal-gatal. Naik bintik2 merah kecik2. Rashes. Semalam lagi la.. sampai bengkak-bengkak pipi aku diserang bintik2 yang kejam tu. Allergic apa ntah. Heran betul aku. Seingat2, rasanya aku ni kategori macho, dah lama tak diserang allergy apa2. Puas aku pikir, apa la ke jadahnya spesis makanan yang memporakperandakan hidup aku sekarang ni..

Dan aku paling syak AYAM. Sebab 2 hari ni makanan yang aku asyik makan adalah ayam. Sementelah pulak, ni baruu je abih barbeque, lepas melantak ayam, terus bintik2 tu menyerang balik. Kak As pun syak AYAM. Katanya musim2 raya ni banyak ayam kena inject nak suruh cepat membesar. Aku makan ayam tak original rupanya. Heh. Patutla. Huh, terseksa jiwa sungguh raya ni..

Memang dugaan betul la aku raya ni. 2 hari sebelum aku officially amik unpaid leave, doktor awal2 dah bagi aku leave free. Dia kasi aku MC pasal aku kena attack. Aku sakit mata. Tak pasal2 aku beraya dengan mata merah. Nasib baik mata dah okay skit skarang. Hehe. Bagus jugak dapat cuti free ni, sempat aku gi shopping sebelum balik raya minggu lepas. Tapi consequencenya, banyak kerja aku tak sempat settle before balik. Bengang je budak2 opis pasal diorang terpaksa settlekan kerja2 aku. Tu la pasal, start aku MC sampai la last day kerja, hari2 tepon tu melalak. Cheh. Tak pasal2 aku buat kerja long distance. Dah la tu, kena tuduh tipu MC plak tu. Geram jek. Aku menderita sakit mata tak tau.

Raya tahun ni cam biasa schedule full. Maklum la, keluarga besar. Sampai hair ni pun tak abih round semua lagi. Ina, Iza, Che Ana semua membebel, kata aku kalah wakil rakyat. Susah benar nak jumpa. Esok plannya nak keluar ngan Ina n Iza - satu rutin biasa tiap kali raya, tapi masalahnya dari breakfast sampai lunch, jadual penuh ngan program open house. Aaah, tak kira. Aku nak beraya jugak tahun ni. Esok aku nak keluar jugak. Aku kena pegi jugak rumah Che Ana. 20 hb karang dia nak kawin aku tak bleh datang. So aku datang la skarang.

Kawin? Satu topik yang aku cukup menyampah 2-3 menjak ni. Asyik2 kena tanya, kena lecture dan kena torture dengan soklan tu, boring giler. Rimas. Diorang ingat kawin ni senang ke suruh aku main cekup je. Tolong aah. Yang nak kawin karang aku. Kalau aku tak ready takkan nak paksa kot. Cakap mulut memang senang. Hati aku, perasaan aku? Keadaan aku? Aku tengah tercalar balar terhiris terkelar pun bukan diorang tahu. Ingat nak cari laki macam pilih ayam kat pasar ke? Silap2 dapat ayam chemical yang macam aku makan tu, tak pasal2 gatal2 satu badan lagi. Gatal seumur hidup plak tu. Tak nak aku.

Mak cakap dia sanggup sponsor semua kalau skarang aku cakap aku nak kawin. Wah! Lumayan sungguh. Guessed inilah impact yang patut aku hadapi bila adik sendiri dah nak langkah bendul. Nasib baik dia lelaki, kalau pompuan dah lama aku mintak set hantaran untuk aku jugak. Upah sebab aku kasi dia langkah. Hahah. Rasa-rasa kalau aku mintak jugak bila adik aku tu kawin nanti okay tak? :P