Saturday, November 30, 2002

Kan dah cakap, memang aku lambat nak masukkan entry jurnal. Ini entry last sebelum aku balik kampung selasa malam ni. Insya Allah.

Mula-mula aku nak cakap yang aku memang enjoy giler gi bukak puasa ngan gengjurnal minggu lepas. Walaupun tak ramai yang datang, tapi meriah jugak. Aku sebenarnya nervous masa nak pegi sebab sorang pun aku tak kenal, even Tita pun confuse ngan aku pasal aku tetiba je jadik berani nak pi jumpa orang tak kenal sorang2. Tapi aku pegi jugak. Hehehe. Muka yang first aku cam muka Nett la. Aku pernah nampak gambar dia kat sites. Yang lain semua unfamiliar. Hehhe. Aku rasa kalau Nett takde hari tu, memang aku bukak puasa sorang2 la. Hahhaha. Glemer betul Nett tu kan. :) Dan tekaan aku memang tak lari jauh. Diorang peramah betul. Mungkin sebab diorang sumer dah lama kenal. Tapi okey jek ngan aku. Hehe. Hheheh. Lagi kali boleh ajak beronggeng lagi kan!

Rasanya semenjak puasa ni, jarang benar aku berbuka kat rumah menjelang hujung minggu. Asyik kat luar je. Petang ni nak berbuka dengan E-na. Adinda tersayang yang seorang..:) Nak gi shopping raya sekali..heheheh! Nak belikan barang-barang untuk rumah, dan keluarga. Eheks. Takpelah, bukan selalu aku belanja macam ni.

Kerjai ofis biasa-biasa je. Khami lepas ada majlis berbuka kat J W Marriot, kenyang betul perut aku. Hahaha. Lagi kenyang bila makan free. Hheheheh. Mr Michael datang lanbat, sepatutnya dia dok kat meja vip tapi end up kat meja aku. Teruk aku kena gelak ngan bebudak opis. Ye la, bos lain semua makan kat meja vip, bos aku makan ngan aku. Punya la tak best. Hahaha! Bila meja tu dah penuh ngan puak2 Adam je, aku blah gi meja belakang, dan sambung makan dengan jayanya. Siap boleh compete ngan Amy lagi. Hahhaha!

Okaylah, since aku pun tak tau bila boleh masukkan entry lagi, aku wish selamat sambut raya kepada semua. N thanks sebab wish aku jugak.Yang kasi alamat tu, insya Allah aku hantar, tapi aku rasa sampai lambat skit la ek! :)

Salam Aidilfitri untuk semua.

Wednesday, November 20, 2002

Aku tahu dah lama giler aku tak update jurnal aku.. Ketahuilah, aku sememangnya suffer giler akibat gagal menjenguk internet for nearly 3 weeks now. Heh. Entah-entah lebih 3 minggu. Rating tetamu yang datang berkunjung ke jurnal aku pun dah berkurang. Hahahah! Maaflah. Aku cuba nak update pada minggu2 yang lepas tapi ada-ada je dugaan yang datang melanda.

Maaflah lagi, aku gagal mengotakan janji nak menjenguk ke KLCC untuk gathering tu. Aku nak sangat pegi, tapi minggu tu last minute aku kena pegi Johor. Ofis punya hallah ni. Mak ayah datang minggu tu pun aku tak sempat jumpa. Sedihnya tak yah cakaplah. Aku ke Johor sebab company tempat aku keje ni baru buka branch baru kat Plentong, Johor Bahru. Kena la turun. Seronok jugak sebenarnya pegi sana, penat memang la penat buat itu ini, tapi enjoy la jugak...! Terkilan sebab tak dapat pegi gath tu tak yah cakaplah.. bila lagi tengok gambar2 yang diorang postkan thru mails, lagi aah jeles. Nak buat camna, takde rezeki aku lagi untuk hari tu..mungkin next gath..Insya Allah..!

Dan aku tak pindah Klang lagi pun. Banyak sangat problemnya.. dan aku rasa lepas raya baru pindah kot. Entahlah, kitorang kat opis tu sebenarnya dah penat nak tunggu. Rimas bekerja berasak-asak camtu. Macam setinggan. Makin hari makin ramai yang join, dan makin sempitlah kawasan setinggan tu. Dulu memang berat hati nak pindah, tapi sekarang, dah tak sabar sebenarnya.. tak sabar nak menyelesakan diri. Dan oh. Aku dah jumpa rumah untuk disewa. Bertanya-tanya kat budak2 NZ Wheels (one of the companies in the Group) dan akhirnya berjaya dapat rumah. Tapi tak confirm lagi.. kena tengok rumah dulu before decide setuju ke tak..!

Minggu ni ada exhibition kat Lot 10. So, sesape yang rajin nak pusing2, singgah-singgah la Lot 10, tengok car exhibition kat sana. Aku takde la.. aku lepak opis laa! Tapi kereta2 tu ada kat sana sepanjang minggu ni..! Hujung minggu baru ni ada Karnival, tapi aku tak pegi pun. Malas dan penat. Lepak kat rumah dan habiskan sepanjang hari dengan Cik Yah's family. Sempat pegi rumah Chor di Gombak dan pusing2 satu KL hantar kuih. Al maklumlah, bulan puasa...!

Dan hujung minggu ni pun jadual aku full. Jumaat cuti Nuzul Quran, plannya nak rewang ngan adinda2 tercinta - Azam, Yat, Watif and E-na (macam madu 4 la pulak! Hahhaha!), dan berbuka puasa ngan diorang (aku jugak yang kena belanja!). Sabtu lepas kerja ingatnya nak pegi cari barang2 untuk raya, dan souvenir untuk family..heheh..first gaji.. nak jugak diorang rasa kan! Ahad nak bawak Shakir and Dzafir keluar, janji ngan diorang nak tengok Harry Potter.

Puasa ni banyak berbuka kat opis. Kalau berbuka kat rumah pun, memang cukup2 waktu berbuka la aku sampai rumah... dugaan orang dah keje. Heh. Baru teringat, tahun ni first time aku bagi duit raya kat bebudak kat rumah. Tahun lepas dapat duit raya lagi... tahun ni dah kena turn aku la pulak. Hehhe. Macam best la pulak. Alamak...kena budget laaa!

Hmm.. aku tak boleh nak janji bila next time entry aku. Tapi Insya Allah, kalau ada masa yang boleh buat aku berkesempatan nak menjenguk Internet, aku cuba usahakan hujung minggu ni..! Insya Allah...!