Sunday, October 27, 2002

Aku masih lagi tak bagitau famili tentang isu pindah ke Klang bulan depan. Mak dan ayah nak turun KL minggu depan... so most probably aku akan bincang dengan diorang la pasal menda alah ni. Budak-budak kat opis pun tak jumpa lagi cari bilik sewa untuk aku (aku sorang-sorang mana mampu nak sewa rumah!). Pasal transport okay la, aku dah ada driver yang nak tolong datang amik dan hantar aku hari-hari..hehehe! (Aku bayar monthly la!). Bagus jugak. Tak payah aku susah2 nak turun naik bas. Kan aku dah cakap... budak2 opis aku semua baik-baik..! Cuma masalah bilik sewa dan bila tarikhnya betul2 nak pindah yang jadi problem. Dan oh. Mak ayah belum tahu..iskk..!

Baru-baru ni sempat jenguk penggambaran filem 'Janji Diana' yang diorang shot kat tempat keje aku. Hahahah! Untuk shot tu, Sarimah je yang ada.. yang lain semua takde. Make up dia..maaak aaih! Tebalnya! Aku lupa plak memang orang mekap tebal2 untuk berlakon..ahahha! Ahaks! Biasa la, mana aku nak tau...aku bukan pelakon! Dan finally dah merasa dah naik kereta Peugeot tu. Hahahah! Peugeot 206, 307, 607..semua dah naik. Hhehee. Tapi kejap je la. Cukup la, lepas gian pusing2. Ahakksss! Nak beli tak mampu! Besttt ooo! Dahlah pakat kuar ramai2 plak tu, satu opis hilang camtu je. Heran orang lain. Hahhaha! Series aa, aku dah rasa macam satu famili dengan budak2 tu. Enjoy je buat kerja.

Hari Jumaat baru ni aku banyak buat mistakes kat office. So cam stress giler aah. Banyak kali kena tegur ngan bos. Nasib baik la bos aku bukan jenis suka tengking-tengking, so cara dia tegur tu aku boleh terima aah. For my own good jugak kan. Aku tahu aku baru lagi, and I do need to learn more about everything..!

Baru balik dari KLCC sebenarnya. Keluar dengan Iza pagi tadi. Pusing-pusing KLCC dengan poket yang kempis. Gaji tak masuk lagi daa...! Tapi sempat la jugak menyambar lipstik baru..ahakkss! Kaler strawberry lagi. Tak pernah-pernah lipstik aku kaler terang camtu. Hahahah! Gilo betul. Tapi kaler dia cantik sangat, cam lawa je bila aku pakai. Dahlah tengah promotion plak tu..! Chewah! (Siapa lagi yang nak memuji kalau bukan diri sendiri!) Hihihhi...tak sangka betul aku dah pakai lipstic skarang.. dah besor ko yer cik Miyyah! Itulah penangannya kalau keluar dengan Iza. Iza is one of my very best friends since schooldays). Iza tak kerja lagi, sekarang melepak di Shah Alam rumah kakak dia. Dia bagitau Sariah dah nak bertunang minggu depan, 2hb November. Aduhai! Sorang lagi kawan nak kena ikat. Hahahaha!!!

Sempat tengok Senamrobik punya competition kat KLCC. Tengok yang kategori trio lelaki dan perempuan je. Ingat nak tengok yang kategori Hip Hop punya, macam best, tapi dah pukul 4.30 pun tak start2 lagi, malas la nak tunggu. Terus la blah. Kesiankan Iza yang nak ke Shah Alam.. naik komuter plak tu. Aku takpe la..!

Hmm.. next week jadual aku mesti full punya. Ayah mak datang rasa-rasanya hari Jumaat pagi sampainya, tapi sampai hari apa tak tau la. Ingat hari Ahad tu nak join Gathering Geng Jurnal kat KLCC..ehhehe..aku tak confirmkan lagi kehadiran..lepas aku masukkan entry ni aku confirmkan eh! :-) Insya Allah.. kalau takde aral aku sampai le. Tengah pikir nak bawak makanan apa la nih...!

Till then, bye!

Monday, October 21, 2002

Aku tengah ngigau la ni post entry tengah2 minggu. Can't help it. Bila peluang untuk menaip itu muncul, ketagih aku memang tak dapat ditahan-tahan! Nak buat camana kan...!

Aku balik awal dari ofis tadi. Hahaha! Aku cabut sebenarnya. Kalau ikutkan kerja yang masih tak siap (yang geramnya kerja tu apsal la selalu muncul di penghujung waktu je..) memang aku tak balik lagi.. tapis sebab dah berjanji dengan orang nak dinner sekali..terpaksa la kelentong bos nak balik awal..ahahhahaha! Aku dinner ngan siapa? Aku dinner dengan boyfriend le..- boyfriend orang. Hahahahah! Haah. Aku kuar ngan boyfriend orang la petang tadi. Amacam? Hebat tak aku? :-) Hhehehe..jangan salah paham pulak. Kuar ngan boyfriend orang, dan makwe dia ikut sekali. Hahahahaha!!!

Makan kat Seksyen 14, tak pasal-pasal aku kena belanja manusia bertuah berdua tu. :-) Tak kisahlah..!

Kat ofis tadi berborak panjang dengan Amry. And when he asked me why I chose this job, I have no answer at all. Kenapa aku pilih kerja ni? Sebab takde keje lain? Ntahlah. Rezeki aku sekarang di sini. Terima je la. I'm not planning to be like this the rest of my life. This is just a stepping stone. Memang aku enjoy kerja aku, walaupun kadang-kadang bosan jugak sebab asyik melepak kat ofis je. Aku manusia kuat merayau, dan aku suka kalau dapat merayau2, pergi situ sini. Tapi kerja aku sekarang terikat di ofis, and sometimes I did feel so damn bored with what I did. Tak challenging sangat.

I'm not planning to quit. Not yet. There're still many things I have to learn, and things I have to achieve. I'm giving myself a year or so to reach my own target. Aku tahu sesetengah orang anggap apa yang aku buat sekarang 'low class'. Bukan aku tak pernah kena perlekeh dengan kerja ni. Bukan aku tak pernah kena perli. "Hah? Ada degree jadi ********* je?" Bukan aku tak pernah kena condemned. Tell ya the truth, even my mom pun tak approve sangat kerja aku. Hahahah! kan aku dah cakap, aku ni degil! Bak kata si Amry tadi, "Agaknya mak kau kuat sangat tengok tv kot..". Bagi aku, selagi kerja ni halal, they pay me good, pleasant environment..that's enough. And I did enjoy what I did. At least for now. So why bother others' thoughts? Furthermore, I know I have chances to move on, dan bukan semua orang dapat terus apa dia nak. Hahah. Agaknya la. Biasa la, perception masyarakat ni susah nak tukar. Apa lagi bila dah sebati dalam fikiran...

*Sigh*. Tak ada benda mudah dalam dunia ni. Dan bukan mudah juga nak memuaskan hati semua pihak...!

Saturday, October 19, 2002

Gambar konvo dah siap. Damn its ugly. Hahahaa! Buruk giler muka aku merenyeh kat atas stage tu. Ceh. Kesimpulannya, aku tak suka gambar tu, and I've decided not to post them 'ere. Suka ati aku la kan.

Tapi gambar masa dinner (merangkap sambutan birthday aku) tu lawa. Hahahah! Dan gambar masa hari nak hantar robe (aku bergambar sakan kat UIA) pun lawa. Yang itu-itu semua nanti aku scan.

Latest about me. Kebarangkalian untuk aku berpindah dari opis lama ke opis baru di KLANG dah 90% skarang. Yup. Budak-budak kat opis dah kecoh dah. Big bos pun dah discuss ngan kitorang pasal possibility tu. Dulu ura-ura ke Damansara Utama atau Bangsar je. Sekali diorang decide yang our corporate office should be in Klang. Coz its bigger and nicer. Aaarghh!

Officemate aku bertambah lagi sorang. Pun kaum Timecell tu jugak (kaun Adam la tu.). Masa sebelum dia masuk, HR Manager dari HQ sibuk bagitau aku yang dia tu hensem. Aku ngan si Dila (the only girls kat opis tu) pons teringin la nak tengok hensem mana. Ceh. Takde pun hensemnye. (But he's not bad looking either) Biasa-biasa je. Hahahah. He's just a year older (but not wiser). Damn. I'm in the mood nak kutuk orang ler nih. P.s, don't tell him, but Dila started to call him Mat Romeo already. Hahahaha! Itu sebenarnya gara-gara dia tak nak tumpangkan kitorang balik je. Teruk kan! Dah la suka-suka hati je buat meja aku cam meja dia sendiri (kitorang terpaksa share meja pasal tak cukup space). Nak halau kang, nangis plak. Mentang-mentang le meja aku tu ada telepon! Buzz off la Amry.

Hahaha. Takdelah. Dia ok je sebenarnya (walaupun sesekali tu eksyen lebih). Like I told ya before, my officemates semua okay-okay..Since kitorang nak kena pindah Klang ni, aku dah plan nak suruh diorang je carikan rumah sewa untuk aku..hahaha! Dila plak mak ayah dia tak kasi dok rumah sewa, so susahlah skit aku nak cari housemate. Alahai..! Budak-budak tu cakap susah sangat dok je ngan diorang. Boleh tolong masak. Ceh.

Cerita pindah Klang tu aku tak bagitau lagi kat ayah ngan mak. Selagi tak officially confirmed, aku mana boleh cakap lagi kan. Tapi aku tau sikit sebanyak bising jugak tu. Aaargh! Pedulik. Bukan ke aku ni keras kepala? Kalau tau nama aku bukan W N*jmiyyah.

Friday, October 11, 2002

Aaah, berjumpa masa jugak akhirnya aku nak mereport duty balik. Aku memang susah nak jumpa Internet sekarang, so mind me. Agaknya selalgi office baru tak siap (ntah bila la tu..!) dan aku masih berkampung di opis orang ni, selagi tu la aku akan jarang update. Kelat sungguh rasanya.

Terlalu banyak benda sebenarnya jadi dalam masa 2 minggu ni. Tak payahlah aku cerita semua.Yang pasti banyak sejarah dah terpahat kejap dalam hidup aku. Dan berjaya mengubah corak dan perjalanan hidup aku..! :-)

Birthday aku 3 Oktober lalu pun penuh dengan kenangan manis. aku pegi dinner malam tu, dan diraikan dengan penuh gilang gemilang. Haha! Aku sebenarnya menumpang glemer lebih je, terkebetulan dinner tu jatuh birthday aku, nak buat camna kan! (Aku siap potong kek lagi..!) Meriah sungguh lah! Sepanjang malam tu mulut aku meleret-leret senyumnya, dan kalau senyum aku tu betul2 sampai ke telinga, agaknya dah koyak rabak telinga aku..!

Dan malam tu juga aku dikhabarkan berita. Berita yang terpahat sebagai hadiah hari lahir yang aku tahu aku takkan dapat lupa sampai bila-bila. Hadiah hari lahir yang berjaya buat aku susah nak tidur 2-3 malam lepas tu. Sebab rasa masih macam bermimpi. Dan kalau aku diberikan pilihan, memang aku nak anggap hadiah tu macam mimpi je. Tapi aku tau tak boleh. :-)

Aku sebenarnya tak tau nak kategorikan berita tu berita gembira atau berita sedih. Hahaha! Berita gembira kot. Bila aku masih boleh bergelak ketawa bila diberitahu berita tu, bila aku masih boleh riang, dan bila aku lebih tenang menerima khabar tu. Berita gembira pastinya. Dan malam tu memang malam yang indah untuk aku. Walau cuma sekejap.

Dan sesekali effect berita tu tetap mengelirukan. Ok! Cukuplah. I can' afford to be depressed anymore. Aku dah tutup terus buku lama. (Aku plan nak bakar semua journal aku kat UIA dulu hujung minggu ni) So..meh aku cerita tentang kerja aku..

I love my job. Aku tak peduli apa orang cakap, tapi aku suka kerja aku. Aku suka office aku. Aku suka officemates aku. Semua baik-baik dan banyak tolong aku. Bos aku baik sangat. Bos yang bukan bos aku pun okay, walaupun dia suka sarcastic ngan aku (aku sarcastic balik je ngan dia!). Hari-hari aku belajar perkara baru. Dulu aku akui, aku memang jahil betul bab-bab kereta, sampai satu tahap kalau orang suruh bezakan spesis2 kereta Proton tu pun aku tak berapa reti. Inikan pulak kereta import. Dan sekarang, aku tiba-tiba terpaksa belajar semua tu. Terpaksa belajar tentang Peugeot. Belajar tentang jual-beli kereta. Pasal stock. Pasal account. Pening la jugak. Memang aku tak involve directly dalam sales, tapi sikit sebanyak aku kena tahu jugak kan..! Macam ironic pun ada. Dulu aku buta abis tentang kereta. Takat bawak aku tau la. Sekarang, step by step kena belajar..!

Aku seronok kerja sebenarnya. Tak pressure sangat walaupun kadang-kadang aku tak cukup kaki tangan nak settlekan semua benda. Aku suka kengkawan aku kat situ (most probably coz our division aku ngan si Dila budak sales tu je pompuan. Jadi macam penyeri la. Kena pulak kitorang spesis kecoh. Satu kepala! Hahaha! Our division/company ni most employees melayu. Bos aku je Chinese 2 orang. Yang lain takat ni semua melayu lagi. Yang bakal masuk tak tau lagi la kan! Semua muda-muda plak tu. Yang dah kawin baru 2 orang (tolak bos laa!) tapi dun worry, aku pekerja professional! Hahahah! Lagipun diorang baik sangat, tak tergamak aku nak ngorat! :P

Dan semenjak dua menjak ni budak-budak opis tengah sibuk dengan shooting. Hahah! Bob (Driver untuk Stock) dok kecoh hantar kereta untuk shooting filem Yusof Haslam yang baru. Beria-ria dia nak pergi, sebab Erra berlakon. Nanti bila dengar Yusof Haslam lancar filem 'Janji Diana', jangan lupa tengok kereta yang si Erra ngan si Sarimah pakai. Kereta tu company kitorang la yang sponsor.. hahahah! Si Dila dok sibuk suruh Bob ngan Aslam (orang kuat Stock) mintak tiket free. Hahaha. Filem tak siap lagi dah nak tiket free! Tapi diorang cakap dulu diorang pernah dapat. Masa sponsor kereta untuk 'Maria Mariana' dulu!

Aku bukan peminat cerita-cerita Yusof Haslam, tapi selagi benda tu bergelar 'free' aku orait je. :-)

Tuesday, October 01, 2002

Hari ni bos aku takde. Dia pegi Johor survey branch kat sana. So, kitorang sumer pakat-pakat balik awal. Budak2 sebelah semua jeles je..ahhahaha!!! Kalau tak, maunya aku berkampung dalam opis tu sampai 6.30 - 7 malam. Ni first time aku berjaya balik awal semenjak start kerja minggu lepas. Hari ni ada 2 lagi budak baru masuk. Sorang account assistant, sorang lagi sales clerk. Nasib baik sales clerk tu pompuan. Kalau tak habis opis didominasikan puak yang satu lagi tu..! :-) Dan sebab bos aku takde hari ni, aku boring giler tak buat apa pun kat opis. Hahaha...goyang kaki betul. Sempat pegi Maybank 222 buka account untuk gaji bulan2.

Semalam? Heheh. Aku tak lupa pasal kisah semalam. Semalam kan konvokesyen aku. Mana boleh lupa. Seawal 5.30 pagi aku bangun bersiap. Dengan baju yang aku rasa pengantin baru pun kalah. Terasa macam nak kawin pun ada. Hahahah! Banyak jugak gambar yang diambil, tapis emua bukan kamera aku. Bermaksud aku kena beli nanti dengan sesape yang rajin ambik gambar aku semalam. Masa amik scroll tu, berdebar la jugak. Of course la, 5 1/2 tahun aku tunggu untuk scroll kosong kaler hijau tu..! Macam tak caya je akhirnya dapat jugak. Heheh.

Tapi aku frust la jugak, sebab lepas keluar dewan, semua kengkawan berpecah. Masing-masing tentunya pi carik parents dan kaum kerabat dulu. Aku terjah la parents aku. Tiba2 CAC dibanjiri manusia berjubah hijau dan memegang bunga besar2. Suasana yang cuma boleh tengok sekali setahun je (dan tahun ni giliran aku!). Aku tak dapat bunga langsung.. sedih kan! Kak Yong dan Nahar cuba cari bunga di gerai2 kat situ, tapi yang herannya semua habis. HABIS! Aku tak tau la diorang ni buat apa ngan bunga banyak2. Bukan boleh makan pun. Tahun lepas banyak je yang lebih. Dan untuk tak nak buat aku lagi frust, Kak Yong ngan Nahar belikan aku belon. Ha'ah. aku dapat belon. Orang dapat bunga aku dapat belon (dan miniature anak patung beruang yang baru grad). Dan lagi sedih, belon tu kempis bila sampai rumah petang tu.

Terkilan aku sebenarnya masih berbaki lagi. Sebab keluar dah tengahari, ayah lapar and kitorang pegi makan kat Greenwood. Mood makan aku dah hilang dah sebenarnya. Aku dah nak nangis dalam Pajero tu sebenarnya. Aku tak sempat ke tapak Convest pun, dahlah tak rasa langsung kemeriahan konvo aku sendiri, tak jumpa kawan-kawan, tak bergambar dengan kengkawan lepas ceremony.. dan E-na pulak called masa on the way ke Greenwood. Dia tengah cari aku kat CAC. Terkilan benar aku tak dapat jumpa dia. Dia pun suara dah frust giler bila aku cakap aku dah di luar UIA. :-(

Terkilan sebab ada manusia2 yang langsung tak wish tu.. tak yah cakap lah. Memang kecik ati sungguh. Aku tak mintak diorang datang pun, dan aku tak mintak apa-apa pun dari diorang.. aku dah cakap. aku dah dilupakan. Dah. Tutup buku lama. Tapi aku tak cakap semua. Masih ada orang-orang yang sudi nak wish aku..:-) -termasuklah orang yang tak boleh datang sebab pegi Uniten tu. Hahaha! Thank you friends! -termasuk sekali kengkorang yang wish aku kat sini!

Nanti gambar aku siap, aku akan war-warkan satu dunia. Don't worry.

Oh. Tadi aku cakap aku tak sempat pegi tapak pesta tu. Sambung citer balik. Kat Greenwood aku memang tak lalu nak makan dah. Bila lagi ayah cakap nak singgah rumah Chor kat Taman Gombak tu kejap lepas tu terus nak balik. Mana aku tak terkilan? It's supposed to be one of the happiest day in my life, and yet.. :-(

Nahar perasan muka aku dah lain macam. Mak pun perasan. Aku rasa semua orang perasan aku lain macam. Aku tak cakap banyak. Aku tak makan banyak. And of course le aku tak nampak excited langsung. Sebab aku memang tak excited pun. Berbuku2 rasanya sebak dalam jiwa. Nahar ringankan mulut bagitau ayah, tak nak singgah tapak Konvo ke? Kot-kot aku nak pegi. Dan mak & Kak Yong support Nahar. aku cuma diam je. Bila ayah tanya pun aku angguk je. Aku dah hilang mood nak bercakap. Dan lepas balik dari rumah Chor, singgahlah kejap kat tapak Konvo lepaskan gian. Datangnya tengahari, mana nak jumpa orang..! But at least aku pegi...

So that's it. Itulah kisah sedih aku time konvo. :-( Lagi 2 hari birthday aku. Ingat : 3 Oktober ni. Tak taulah cerita sedih apa pulak dua hari lagi ni.. tapi kan, konvo aku takdelah teruk mana. It was good actually. Mungkin aku terkilan lebih sebab I was hoping too much on everything.. :-) Dan terubatlah jugak hati skit, bila diorang ni cakap, Steadfast posponed Annual Dinner yang patut buat last week tu pada Khamis ni.. Khamis kan 3hb.. Tapi tak tau lagi boleh pegi ke tak.. kalau Syaer pegi, bolehlah aku pegi. Aku bukannya ada transport. Kalau ikut hati memang nak je.. tu la aku cakap, kalau tak dapat pegi, maka akan bertambah-tambahlah terkilannya aku...!