Saturday, September 28, 2002

Maaflah. Aku terlalu sibuk kerja sekarang sampai tak ada masa nak cari Internet. Opis aku pulak, baru nak apply line dari TMNet. Errr.. hehehe. Yup. I'm working now. Aku dapat kerja baru, baru minggu ni start. Isnin baru ni la. Aku suka kerja sekarang, lagi tiga bulan dapat status kerja tetap and the environment pun okay. Opismate semua baik-baik dan banyak tolong aku buat kerja... kat situ, cuma ada 8 orang. Dan aku sorang je pompuan..hahahaha! Bakal dibuli la..!

Aku kerja apa? Hhehe.. aku kerja bancuh kopi untuk bos. :) Nantilah, dapat name card nanti aku scan letak kat sini. Opis aku kat Seksyen 14 PJ je, jadi sementara ni aku masih lagi dok ngan Cik Yah. Hari-hari pegi opis naik teksi... ingat lama-lama camni aku nak beli kereta la.. tunggu duit cukup dulu..!

Banyak sebenarnya aku nak cerita pasal ofis baru aku, dan kerja baru aku, tapi seriously, aku betul2 takde masa. Kerja aku 9.00-5.30 tapi tak pernah balik on time. Since the first day aku dah start buat OT. Company baru lagi..! So, here I am, mencuri masa sementara nak balik rumah Kak Yong di Puchong.

Ada rehearsal petang tadi untuk Konvo Isnin ni. Dan sekali lagi aku nak jemput, datanglah...!

Kepada yang sign guestbook aku tu, terima kasih banyak2..maaflah. Masa betul2 tak mengizinkan aku nak merayau-rayau virtually macam dulu. Terima kasih banyak2. :)

Ada masa nanti aku cuba curi-curi datang lagi ye! Bye.

Tuesday, September 17, 2002

Aku cuba-cuba pakai tudung baru yang dapat semalam. Aku cuba-cuba sangkutkan jubah turquoise yang bau barunya semerbak lagi. Aku pusing mengadap cermin. Aku nampak aku.

Tiba-tiba je aku rasa sebak. (Cheh. Emos lebih plak ko ni Miyyah!)

Dulu tiap kali nampak senior-senior datang ke kampus ambil robe, aku selalu berangan-angan. Seronoknya satu hari nanti aku pulak yang menggendeng jubah tu. Aku nak pusing satu kampus. Aku nak tunjuk kat semua orang.. ahhaha! Dan semalam angan-angan aku tercapai. Sengaja aku pilih jalan paling sesak nak lalu...sambil membimbit beg kertas yang terang-terang khas untuk graduands je (yang harganya mahal giler- cekik darah betul UIA nih!), aku pusing-pusing kat situ. Perasan jugak mata-mata yang melirik beg kertas aku. Tersulam bangga kejap. Lihatlah dunia! Lihatlah aku yang dah nak grad! Hahahah!

Memang aku ni excited lelebih. Aku rasa bulan ni ada yang akan muak baca entry aku. Hahaha. Tak habis-habis pasal konvo yang tak seberapa tu. Tak seberapa mungkin untuk orang lain. Tapi besar 'seberapa'nya untuk aku. :)

Monday, September 16, 2002

Phew. Lamanya aku tak menjengah Internet. Hahaha. Untuk beberapa waktu ni memang susah skit aku nak mengadap pc.

Baru je pegi amik robe dekat CAC (Cultural Art Centre) IIUM. Robe baru dari tailor. Hahaha, kiranya aku la perasmi pertama jubah warna turqoise tu.. baju for the big day pun dah siap, tapi masih kat Terengganu. Mak tak bawak masa dia datang weekend tu. Tak ramai sangat umat kat sana. As, Feeda, Tita and Bin datang sekali, tapi lepas amik terus balik. Tak sempat borak apa pun. Jumpa Nana and Awin jugak. Awin makin berisi betul. Terkejut jugak aku tadi. Yang lain pun surprise, tapi takkan nak tunjuk kot kan.. :P. Hehehe. *Miyyah gelak evil*.

Eda called masa kat CAC, aku plak time tu tengah sibuk isi borang and tuliskan postal order tu. Kelam kabut jadinya. Nasib baik Bin ada tolong pegangkan itu ini. Tengah2 borak ngan Eda, tiba-tiba aku nampak satu figure yang lama betul tak jumpa. Apa lagi. Bercahaya-cahaya la mata aku. Membulat.

"Eda, aku call ko balik. Eh! Ko call aku balik! Err.. apa2 je la. Aku ada hal jap."

Gesa-gesa aku letak telepon. Tita ngan Bin tercengang tengok aku yang jadi extra kelam kabut. Tapi bila dia nampak mata aku dok menyorooot figure tu, dua-dua geleng2 kepala. Sengeh.

Aku tak nak cakap nama figure tu sape, pasal.. hahaha! Pasal aku tak nak cakap la. He's a fellow yang aku kenal masa kat UIA le. Hensem.. hehehe. Dulu sikit punya gila-gila aku admire dia. Series. Satu geng tahu aku minat kat budak tu. Don't get me wrong. Aku admire personality dia, cara dia. He's very soft spoken, and totally nice. Memang charming abih ler. Kenal dia pun masa buat programme. Kalau terserempak pun selalu senyum je la. And we became close masa pegi BTN, betul2 lepas aku abih final exam final year. Tak sangka plak boleh satu group. And he proved us right. His attitude is soo remarkable. Peramah and very friendly. Dahlah single plak tu. Cuma aku tak tergamak nak ngorat je. Pasal dia baik sangat.. ahahhaha!! :P

Tu la, kalau memuji umat yang satu tu sampai esok tak susah. In simplest way to say, I like his personality. Kagum sebenarnya. Nothing more. Antara manusia-manusia yang aku cukup respect kat bumi UIA dulu. That's why bila nampak dia tadi, aku dengan selambanya melambai-lambai. Dia datang dekat dan sempat la berborak kejap. Hahahaha..! :P Dia makin berisi skit, walaupun tak nampak sangat. Tapi tetap hensem. Hahaha.

Dah lama tak cuci mata sebenarnya.. hehehe.

Friday, September 06, 2002

Tadi masa singgah di KL Sentral, sempat tengok sekumpulan budak2 tengah training ballet kat Main Concourse Level 2. Rupa-rupanya kat situ ada Japan Festival for two days. Ada International Cooperation Photo Panel Exhibition 2002. Esok habislah. Programnya start pagi pukul 10 sampai 6 petang. Aku promote pasal aku berkenan betul dengan seorang gadis Jepun yang comel yang kasi aku flyer pasal exhibition tu. Cute dan comel sangat-sangat. Sopan plak tu. Datanglah.. bagi la support kat diorang! ;)

Semalam Fiqa anak buah aku yang sorang tu meraung-raung menjelang Maghrib... sembelit. Muka dia yang putih melepak sampai merah padam jadinya. Menjerit-jerit dia, menggeleng-geleng dan menggelupur tahan sakit.. aku tengok pun rasa cam nak nangis je. Kesian betul tengok dia. Air mata mengalir-ngalir.. dengan sedu-sedannya.. sedih betul. Mak ayah dia pun panik. Abang Amad gesa-gesa pegi cari ubat. Alhamdulillah.. nasib baik tak lama budak kecik tu terseksa camtu..

Tapi lepas tu dah okey, siap mengekek-ngekek balik.. Seronoknya jadi budak-budak. Tak payah pikir apa-apa. Menangis meraung pun, diagah dipujuk, tersenyum balik. Fiqa dah masuk 8 bulan dah. Makin hari makin banyak keletahnya. Kalau biarkan dia sorang-sorang, ntah mana-mana dia berengsot-engsot...kalau letak dalam walker dia lagi la..! Dia tengah belajar merangkak sekarang. Berat dia pun dah bertambah. Dah bulat. Tapi tetap comel.

Mulut dia riuh berbunyi-bunyi, walaupun tak paham apa dia cakap. Seronok jugak melayan kerenah dia. Petang-petang bawak dia jalan-jalan pusing flet, seronok dia. Diam la kejap. Lepas tu berbunyi-bunyi balik. Hehehee.. ni yang nak anak sendiri nih! :)

Hari tu pegi Giant, siap kena ngorat lagi. Mengorat pun boleh tahan gak. Pantang nampak baby lain, dia pandang macam nak telan. Dia plak jenis tak boleh jumpa troli, nak tarik je kerjanya. Sampai aku kena lepaskan tangan dia dari tarik troli orang lain! Dahlah tu, budak-budak yang kerja kat situ dok bisik-bisik.. cakap rambut Fiqa macam rambut Beckham! Memang pun.. tercacak-cacak! Rambut dia yang botak dulu dah tumbuh balik..

Mak kat rumah pulak pantang pegi mana-mana mesti nak belikan baju untuk cucu dia yang sorang tu. Ayah pun sama. Baju yang oversized pun berlambak2 dalam koleksi. Mak cakap simpan bila Fiqa besar..! Dan dia tetap beli dan beli dan beli dan beli lagi... Aduhai..! Suka benar dapat cucu sulung ni..!

Kalau bercakap pasal anak buah yang seorang nih, memang boleh lupa diri. Anakanda kesayangan semua. Ditatang bagai minyak yang penuh. Agaknya masa kecik-kecik dulu, macam tu la ayah bonda tatang putera-puteri dia yang berlima ni... Hmmm...insaf kejap. :)

Wednesday, September 04, 2002

It seems like ages since my last entry. Fuuuhh! Seriously, I still can't live without Internet. Hhehehe.. have to get rid of the addiction- FAST! ;P

Lots and lots things happened this week. First thing first. Good news: surat konvo dah sampai. Hehehe. CONFIRM aku naik stage on the 30th of November 2002. Memang tak sabar betul nak tunggu hari tu (though still have to face the fact that it's on Monday, second day of the ceremony and that the conferment will be done by the President instead of the Sultan!). Best kan, aku amik scroll 3 days before my birthday, (IT'S ON THE 3RD OF OCTOBER) and I can have a double celebration! Waaaahh!

So to you guys out there, you are honourably invited to MY Convocation Fiesta starting 26th till 1st of October 2002, at IIUM Gombak Campus. Datanglah beramai-ramai ye..!

Ayah called yesterday (I was at Kak Yong's house in Puchong) and informed that he received a package addressed to me and mentioned that it was a book signed by the authors. Aku tak sempat tanya banyak though. Or probably I should blame the phone- tak clear kot masa cakap ngan ayah. I will only get hold of the book next week since Hafiz and Mak are coming over. So I guess next week la baru tau siapa yang antor... err...anyone?

As called and asked about the Convest thing again. Plan nak gi amik robe on the 16th sekali ngan Tita and Bin (she's coming over from Johor). Nak amik awal-awal..kang amik lambat2 takde size..! Ingat nak ajak Feeda and Syaer sekali but can't call them yet. Kredit kempis maaa!

Met E-na at the Cafe (purposely meeting her actually) and passed the belated birthday card - hers was on the 1st of September.. and she reminded me of Azam's birthday, which is TODAY. Of course I remembered. How couldn't I? Tapi aku tak wish dia lagi... :P ..So to Azam, Happy Best-Day and really hope that this year's a great one. (See.. I still remember your special day!)

Huh? Who's Azam? Someone very special. ;P