Friday, August 30, 2002

Last day at work. Baru terima berita, hari aku konvo jatuh hari Isnin, 30th September 2002. Second day. Memang tak puas hati langsung la.. Last year budak HS dah kena second day, bukan patutnya this year kitorang 1st day plak ke? Memang dengki betullah.. Tensen je. Rehearsal dengar ceritanya on the 28th, Sabtu. Dan robe bleh start amik from the 16th. Kena bayor RM100 for the thing. Waaaaaaa!! Aku nak amik scroll 1st day... sedeyy.. :(

Jemput-jemput la datang Convest 02 kat Gombak ni. Start 26th September till 1st October 2002. Iskk.. apsal la diorang tak extend sampai 3rd October... boleh aku celebrate birthday aku sekali. Takpe la. Pre-birthday bash pun ok gak kan? :)

2-3 menjak ni moody betul cuaca kat luar. Sekejap cerah, sekejap mendung. Dengan jerebu yang masih berbaki, dengan aku-aku sekali tereffek. Tekak aku dah 2 hari terasa perit. Kering. Rasanya hari-hari cukup aje 8 gelas air aku minum (selalunya lebih pun...) tapi keringnya...rasa macam nak batuk, tapi tak boleh batuk. Macam nak keluarkan kahak, tapi takde kahak. Tension jek..

Jumpa Ateh tadi. Khabarkan berita yang Yus dah pregnant 2 bulan. Terjerit-jerit aku masa tunggu bas LRT tadi. Hilang ayu kejap. Hehhehe. Macam tak percaya je diorang ni. Dahlah kawin awal.. dah nak dapat anak la pulak..! Aku ngan Syaer.. kawin pun belum. Hahaha!

Malam ni bertolak balik Terengganu. My couz Haqeem ikut sekali. Hari Ahad datang sini balik. Since I'm not coming to work anymore, this entry might be the last one- for the time being. Tak tau la lepas ni bila aku boleh update lagi. Told ya yesterday, kat rumah pj pun dah terminate line Internet kat dalam study room tu. So... lambat lagi aku update jawabnya. But still, since I can't live without Internet, I'll find ways to get online. Paling kurang pun, aku cuba update seminggu sekali. Paling kurang...!

Miyyah signs off. Bye! - and oh.. Happy Merdeka to everybody. :)

Thursday, August 29, 2002

Tengah terkejar2 menuju ke lif kat HS tadi, aku check la phone- tengok kul baper dah. Sekali yang herannya, tetiba je line maxis aku full bar. Heran betul. Selalu dia tulis 'Please select your network'.. sekali ini full bar. Phone rosak ke apa? Aku siap tunggang terbalikkan phone tu, nak make sure tepon aku okey ke tak. Siap ketuk2 lagi.. Biar benor..

And I just realized that actually phone aku tak rosak, dan memang sihat walafiat. Maxis dah pacak tinang kat siniii!!! Yessss! UIA dah boleh terima Maxis.. full bar. Huh! Punya lama aku tunggu, aku dah nak abih dah baru nak pacak tiang. Cheh. Celcom, DiGi, TM Touch, Adam semua dah pacak tiang lama da.. Maxis je slow. Apa raa..(Biasalah, Gombak kan letaknya hujung dunia.)

Dan aku punya excited, semua orang yang aku jumpa aku tayang hp aku. Jumpa Azmir, tersengeh2 aku tayang phone.. "Maxis full bar..!". Azmir cuma geleng-geleng. Hahaha. Sabar Mir, sabar! Jumpa Jack, dia juih bibir terus bila aku bagitau benda yang sama. Hhehehe..lantak! Rupa-rupanya semalam lagi dah ada. Patut la aku lambat tau..

I didn't go to work yesterday. That's why aku tak update semalam. Connection connection kat rumah pulak dah terminate (there goes my Internet!) so by next week, akan teramat payahlah aku nak online. *Sigh*.

Anyway, esok last day aku keje sini. Dengan sambutan hari merdeka Sabtu ni, dengan aku-aku sekali merdeka. Tolong jangan tanya apa aku nak buat lepas ni, sebab aku tak tau. Jangan tanya apa-apa. Nanti aku sendiri yang cakap. And Feeda tak jadi ikut balik Terengganu ngan aku. Family problem, so have to find someone to replace her. Pecah kepala gak pikir nak ajak sapa, and last2 sesudah perhempas pulas cari orang, ingat nak ajak anak Chor je la. Tita did suggest someone else, but *sigh*.. I wish I could too Tita, but you know damn well I can't. Hehehehe..!!

I guess there're too many things to be done within these few days eh. Tiba-tiba terasa cam banyak sangat lagi benda tak settle..aaarrghhh!!

Tuesday, August 27, 2002

Masa beli The Star tadi, terbaca front page Utusan Malaysia pasal confession Izi Yahya pasal dia berbogel dalam Embun. Mengucap panjang aku. Kononnya masa tu dia bukan lagi Izi Yahya, tapi Leftenan Akaishi. Makin ramai rupanya yang berkiblatkan Festival Filem. Hebat! Sanggup lupakan semuanya demi festival. Lupakan budaya, bangsa, dan tentu sekali lupakan agama! Bagus..bagus...! Satu tepukan gemuruh untuk mereka! Clap-clap-clap! Lepas ni buatlah lagi. Filem Negara dah bagi kebenaran. FINAS pun restu..! In case sapa2 tak baca lagi, meh sini aku paparkan...

Erma arah saya lakonkan adegan bogel - Izi
Oleh:ROSLI MANAH

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pelakon yang memegang watak jahat dalam filem Embun, Izi Yahya mengaku berbogel semasa melakonkan adegan rogol dalam filem kontroversi yang memaparkan perjuangan menentang penjajahan tentera Jepun arahan Erma Fatima.

Menurut Izi, beliau sanggup melakonkan adegan bogel itu kerana menganggap tindakannya sesuai dengan keperluan watak Leftenan Akaishi yang jahat dalam filem tersebut. Izi memberitahu, beliau melakonkan adegan bogel itu dengan rela setelah diarahkan oleh Erma Fatima untuk menyertai festival filem di luar negara. Filem Embun diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia (FNM) dan Finas dengan menelan belanja RM3 juta.

``Saya melakukan kerana ada alasannya dan bukan saja-saja,'' kata Izi ketika dihubungi hari ini.

Menurut Izi, aksi beliau yang menampakkan punggung itu akan menguatkan lagi watak jahatnya dalam adegan merogol Embun lakonan Umie Aida. Izi memberitahu, beliau sedar adegan itu tidak dapat ditayangkan di negara ini tetapi setuju melakukannya kerana diberitahu ia boleh ditayangkan di luar negara. Menurut Izi, adegan tersebut dibuat dalam bilik tertutup dan yang terlibat dalam adegan itu hanya beliau, Umie Aida dan jurukamera saja.

Izi tidak menganggap berbogel dalam filem Embun sebagai menjatuhkan maruahnya kerana ia digambarkan dalam bentuk `long shot' dari arah sisi.

``Saya bukan berbogel di hadapan orang,'' kata Izi lagi.

Menurutnya, semasa melakonkan adegan itu beliau membayangkan watak Akaishi dan bukan lagi Izi Yahya. Sementara itu, majalah URTV keluaran 1 September menyiarkan wawancara penuh dengan Izi mengenai adegan itu.

``Semasa mula penggambaran dilakukan, Akaishi memakai seluar, kemudian Erma kata, di dalam kamera masih ternampak seluar lalu suruh saya buka seluar panjang.

``Saya buka dan tinggal seluar dalam sahaja tetapi semasa adegan merogol masih ternampak seluar dalam, kemudian Erma minta saya buka seluar dalam pula,'' kata Izi dalam URTV.


Aku seram sebenarnya. Budaya baru ke ni? Ke mana pergi maruah mereka sebagai manusia? Mengaku Islam pulak tu. Meski dalam bilik tertutup, hanya cameraman dan si pelakon utama yang satu lagi tu (apa diorang tu bukan orang ke?).. dah lupa agaknya Tuhan itu ada. Dah lupa agaknya.. atau buat-buat lupa.

Filem tu kononnya berdasarkan perjuangan bangsa Melayu untuk kemerdekaan (maaf, aku tak berkesempatan lagi tengok filem tu), dan lagi hebat, pelakon-pelakonnya sendiri pun merdeka juga. Merdeka dari budaya dan agama yang ditatang selama ni. Ironic bukan? Filem dibuat untuk sedarkan masyarakat tentang perih perjuangan mengutip kemerdekaan.. perjuangan jugak le gamaknya sampai sanggup berkorban camtu sekali...

Merdeka betul ye kita sekarang...

Monday, August 26, 2002

Rite. Somehow I guessed I had to realize that once you have an online diary, it would never be a private ones. You can write all your personal things and still had to face the fact that once every here and then, there would always be someone you know bumped into the site. Biasalah, hidup aku dah banyak sangat terkebetulannya. If it happened to me few months back, I would most probably freaked out for I am a paranoid person. But now I would just say " Read on."

So I love to write, tho I know my writings are wayyy behind if compared to other writers. So what? This is a personal site, and the fact that I allow you to peek into my dull life is good enough. Sorry, kasar la pulak bunyiknya. But sometimes, that's what I feel.

Writing an online journal does have its pro and cons. Memang aku boleh releasekan apa dalam kepala otak aku, tapi aku akan risk something yang selama ni aku anggap terlalu peribadi; a peek on my personal life. Makin lama aku addicted dalam journal-writing ni, makin dekat aku rasa untuk orang discover aku. Haha. In fact, I'm pretty sure that some of those persons are already here . Hi guys!

Yes, it did freak me out. A lot.

But like I said, it's the risk I have to take. If you want to keep on reading all these stoopid stuff, go on coz I can't stop you. But hear me, you would find it very dull, and boring. And I'm just a normal human being. I do need privacy sometimes.

What I write is what I think, and what I want to think. Even if you'd find it being exaggerated a bit, but that's me. Yes, I do sound like I exaggerate things that happen in my life. I'm a very emotional person and I do get very emotional in most of the times. And when I write those stoopid things, can't help from writing that in an emotional point of view. And that is me.

Few things are still lingered in da head, but I guess I 'll write later. Tomorrow probably.

Friday, August 23, 2002

Yesterday was Yat's birthday. Tapi aku mati-mati ingat hari ni.. Heh. Lupa le. Yat- My dear junior merangkap adik aku la jugak. (Sorry, I don't use the term 'angkat', it's not in my dictionary.) For me, adik is adik. All my juniors are my adiks. No angkat-angkat. Rimas tul dengar perkataan tu.

Dulu aku rimas dengan budak-budak juniors ni, ye la.. Kalau dah terkena spesis yang mengada-ngada tu, memang mengada-ngada betul. Yang kerek-kerek pun ramai. Tapi aku pun tak tau camna aku tetiba je boleh kamceng ngan few of my juniors. Apa faedahnya baik ngan junior ni?

For one thing, you will always manage to gain their respects. Diorang betul2 hormat, dan memang tak tergamak la nak even sakitkan hati. Selalu amik hati ada la..! Kena pulak macam diorang ni, sanggup berkorban apa saja..hahahahah! Tu yang best tu. Nak ke mana-mana berhantar berambik, nak makanan ada orang tolong belikan (atau ada orang tolong belanjakan), nak keluar ada orang offer diri nak teman, cuma nak debitkan kredit telepon je takde orang nak tolong reloadkan. Hahaha! Bila lagi nak jumpa manusia yang sanggup tahan kita mengada-ngada camtu..! Diorang pun, time tu la nak mengada-ngada. Tapi kalo ngan aku, mengada2 lebih, aku sekeh je..!

Kalau dengan geng sendiri, jangan harap le nak mengada-ngada camtu. Hahahaah! Kena kutuk lagi ada la..

Aku paling suka bila terjumpa dengan sorang junior ni (satu society) yang sekarang dah final year. Dahlah hensem, jenis peramah plak tu. Tiap kali kalau berborak ngan dia, memang confirm le banyak mata yang memandang. Hahaha. Dia pulak, kalau ngan aku (atau Syaer) memang dia buat gaya melampau betul. Bercakap macam nak bercinta. Lupa terus orang keliling. Gaya tak ubah macam tengah usha awek. Hahaha. Tu yang best tu. Dia tak kisah plak tu. :P
Semalam ngantuk sangat-sangat, macam makan ubat tido jek. Kul 10 dah tido. Somewhere around 11.15 terjaga dikejutkan sms dari E-na.

I was actually in the middle of a dream. Aku mimpikan sorang sahabat lama yang dah bertahun-tahun tak jumpa. I knew him back in Matric Centre. Baik-baik camtu la. We're in the Debate team together. Tak rapat sangat, cuma masa pergi satu Carnival Debate kat Kuantan dulu je rapat skit. But I remembered him as one nice person though. He told us (the team masa tu) lots of stories bout himself. Camna dia kena paksa ngan mak dia suruh masuk UIA, dream dia yang nak jadi pilot hancur camtu je (he was taking Engineering), his problems, and also a bit bout his gf.

Aku blah gi Main Campus awal. So most of my friends were still in Matric la time aku dah blah tu. The next thing I know, he left Matric, and never met him ever since. (There were lots of things happened to him, but I rather left them unsaid). Dia still contacted few of his good friends. Last thing aku tau, dia sambung kat tempat lain. Dan terus tak dengar cerita dia lagi.

And in the past 2 years, a friend suddenly told stories about him again. Dia sekarang dah lain! Dulu kecik je, sekarang dah macho. Dulu selekeh, sekarang dah kemas. Rupanya lepas kena kick, dia join TUDM (kalau tak silap aku laa!)..dan sekarang ni entah2dah selamat drive kapal terbang..hahaha! :) Alhamdulillah, dia berjaya jugak kejar cita-cita dia. Moga-moga dia bahagia! (Entah-entah dia pun tak ingat aku lagi dah)

Dan semalam aku tak tau apsal aku boleh mimpikan dia. Aku sebenarnya dah lama tak ingat cerita pasal dia ni. Dan pagi ni, aku tiba-tiba je rasa macam nak jumpa dia.

Wednesday, August 21, 2002

Winter sonata.jpg

Winter Sonata. Hehehee. Cerita Korea yang baru kat TV3 tu. Aku agak ramai suka tengok. Pasal aku suka jugak. Hahaha. Aku tersangkut lagu tema dia sebenarnya. (Dah selamat download kat pc rumah dan pc office). Habihla.. lepas ni semua orang akan naik menyampah dan nak termuntah ler dengor aku pasang lagu ni hari-hari..ehhehe. Dah lama tak layan lagu slow. hari-hari asyik Hoobastank, asyik Linkin Park je.. boring jugak!

Cerita dia aku dah khatam dah..hehhe, biasa la, penangan Internet...! Tapi sebenar-benarnya kan, tak best aah bila dah tau jalan cerita dia. Dah takde thrill. Tapi aku tengok gakk.. apa lagi cerita tu kul 7. Sempat balik umah tengok. Lain ler kalau dia tayang tengahari ke, petang ke, pagi ke kan.

As telefon tadi semata-mata nak tanya aku tengok tak citer tu (pasal dia miss banyak episod dah). Hehehe, you come to the right person As.

"Aku dah agak daahh, mesti ko tengok gak Miyyah!! Aku tau ko mesti suka citer-citer camtuh. Ko citer la kat aku apa jadi semalam. Aku tak sempat tengok la..!"

Dan aku bukan saja citer kat dia apa jadi semalam, aku siap citer kat dia apa jadi at the end. Hahahaha! But of coz ler aku keep the suspense part. Aku citer brief je la. Kalo citer detail kang tak best plak..

Ni dengar lagu tu ni, mula la berangan..kan best kalo aku boleh main piano lagu tu..! Hahahahah!

Tuesday, August 20, 2002

Forget what I said yesterday. Yesterday's entry was an example of a Miyyah that lost her self-control. Hari ni pun nyaris-nyaris aku nak campak telefon aku, semata-mata tensen pasal bateri buat hal lagi. Masa naik bas LRT tadi pun, tiba-tiba je perasaan nak terajang kerusi depan sampai tercabut muncul.

Nope. Aku bukan panas baran. Belum lagi rasanya aku mengamuk meracau-racau baling-baling atau campak-campak barang ni. Aku waras lagi. Tahap tertekan aku tak pernah sampai ke situ. Tengking orang pun aku tak pernah buat. Inikan pulak mengamuk macam orang hilang akal! Tapi kalau aku tak tahan sangat, aku campak jugak telefon sesekali. Campak atas katil (no harm done!).

The interview? It was ok. Just don't ask. (I'm a bit upset). Tawar hati betul diorang buat camtu tadi. That's it aah.

Balik-balik, terperap dalam bilik. It took me quite sometimes jugak la nak sejukkan hati yang tengah panas berasap tu. Alhamdulillah, by the time I'm writing this, aku dah makin waras. Haha!

Am still obsessed with Hoobastank. This time- Running Away. Single baru. Can't wait to buy the full CD.

Monday, August 19, 2002

Mind is still messed up. Seriously, I can't think straight. These stupid things had been bothering me for quite sometimes now and its sooo lemassss laaaa!!!! Rimassssss! Lemas tau tak! Lemas! Lemas! Lemassssss!!! Rasa macam nak halau je semua orang hari ni. Pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!

*sigh*

Remember Miyyah, you have another interview tomorrow and you got to look good. Or at least, act good. Please dear, behave well! Behave well! Behave well! Pleaseeee... don't let the stupid mood ruins everything! Pleaseeee....

Ya Allah, berikan aku kekuatan...!

I really have to get rid of this mood. Fast.

Sunday, August 18, 2002

I'm really not myself these days. I've been over-sensitive with everything, overly critisizing things and can't help from blaming myself for every damage done. Everyone seems to be mocking, critisizing, blaming, irritating me. I couldn't help myself from feeling really bad. - When I said "feeling really bad", it means REALLY BAD.

My self-confidence is down to zero, my emotional stability is jammed and the headache is eating my brains out.

Feels like throwing out again. Damn.

Oh. My mak was here yesterday. She only called me when she arrived at Kak Yong's house. She and ayah always do surprising things like that. Just great, hah.

Friday, August 16, 2002

Aku penat sangat semalam, pukul 10 malam dah tumbang atas katil. Tak tau apsal mengantuk sangat-sangat. Nak kata aku makan ubat tido ke apa, takde pulak. Makan aiskrim ada la. Hancusss diet aku, baru nak start semalam, semalam jugak aku violate dengan makan aiskrim..cheh!

So ingatnya nak start diet hari ni la. tapi roti canai pagi tadi tempting sesangat..heheh, dengan kuah kari ayam pulak tu (lebihan lauk semalam yang dipanaskan balik), apa lagi.. otak beria-ria kata JANGAN MAKAN, mulut aku laju je mengunyah.. 2 pulak tu. Aduuiihh! Camna aku nak diet nih? Dahlah lepas tu siap makan biskut Tiger, biskut Chipsmore la apa la. Apsal la rumah tu banyak sangat makanan? Aku ni dahlah spesis cepat tergoda dengan makanan! Aaarghh!

Perut aku memulas-mulas ni, macam nak terkeluar segala isi perut. Macam nak pecah rasanya organ-organ dalaman aku ni. Rasa macam ada makhluk tengah menggigit-gigit dan memutar-mutar perut aku dengan lazatnya. Macam kena pijak-pijak, kena terajang-terajang. Makan ubat? Aku tak makan ubat. Orang macho macam aku tak makan ubat. Tak perlu pun. Esok lusa pulasan-pulasan ni hilang laa..

Wednesday, August 14, 2002

Selalu aku suka duduk dalam Kinokuniya berjam-jam lamanya, tapi hari ni aku lepak kat MPH MidValley pulak. Pun berjam-jam lamanya. Menggigil-gigil aku masa keluar dari tempat tu. Sejuuuukkkk!!

Tapi tetap puas hati la. Kan best kalau aku boleh lepak situ hari-hari... seronok sebenarnya dikelilingi buku, rasa macam tak nak balik je. Heheheh..

Bila nampak buku-buku baru yang dipamerkan merata-rata kat situ, aku terus teringat Jack. Ingat persamaan kuadratik yang dia kemukakan. Kononnya kalau lelaki, dah masuk Final Year tu ibarat buku kategori Red Spot, yang baru keluar. For display only. Tapi kalau perempuan dah masuk Final Year konon macam spesis magazines yang dah masuk arkib. Tak pun buku yang dah taraf takde cover... Kurang hajo betul persamaan kuadratik tu. Hari tu aku tak cakap apa-apa pun kat dia. Pasal malas nak bertekak. Mentang-mentang le dia dah Final Year sekarang, bukan main lagi mengutuk!

Sebagai sorang pompuan, tercabar sungguh rasanya. Biarpun aku dah tak masuk kategori mana2, tapi ini soal maruah beb! Macam pompuan ni apa jek, pepandai je nak letak kategori. Heh!

Spesis Magazine masuk arkib? Dia lupa agaknya, magazine tu jugak le orang belek time nak cari rujukan, nak cari hiburan, nak cari artikel menarik. Masa aku buat research masa Final Year dulu, bukan buku yang lecturer suruh cari... majalah2 yang kitorang kena belek satu persatu! Helai demi helai.

Buku yang dah takde cover tu tandanya laris dipinjam orang.. sampai lunyai pun masih lagi bermastautin kat library, tanda punya ramai peminat. Dan jangan lupa plak, buku lama selalunya lagi bermutu...! (Berapa kali diulang cetak?) Lagikan nak buat buku baru pun kena rujuk buku lama!

Buku baru kategori Red Spot? Buku baru tak semestinya hebat. Diletakkan sebagai 'display only' tu tak semestinya laris di pasaran. Kadang-kadang buku je nampak baru, tapi isinya hampeh. Tak pun, isi buku tu banyak ciplak idea buku2 lama...! Dan jangan lupa jugak, ada sesetengah tu takat Cetakan Pertama je..pastu tak abih, tak laku, terus masuk lelong. Hahahahahaa!

Dan nak je aku cakap, sekarang ni tak main la pegi-pegi library pinjam buku. Kat Kinokuniya, MPH, semua boleh baca FREE. Dahlah tu, sekarang ni zaman maklumat di hujung jari.. Internet kan ada..!! Hehhehehe...!

Opps. Terrr feminist la pulak..! Aku sebenarnya terbawak2 idea feminism lepas baca buku Sheldon tadi..hehehe! Sheldon dan Feminism? Lain kali la aku merapu tentang tu..

Tuesday, August 13, 2002

Diet. Tau apa effek perkataan diet pada kengkawan aku skarang?

a) Pandang aku dengan pandangan tajam dan bermakna
b) Marie France.. Kayla.. Slimming Pill bla bla bla
c) Meraung

Hehehe. Topic paling hangat musim ini. Memang takde topik lain dah. Sementelah lagi, bila dah boleh hidu-hidu bau Convest. Hehehe. Semua nak diet. Semua nak kurus masa hari konvo. Semua nak nampak lawa. Kalau boleh hari tu nanti kitalah paling lawa, paling berseri. Gambar konvo nak kena cantik-cantik. Biarlah robe yang dipakai nanti tu tetap besar, asal dalam gambar tetap nampak cantik. Biarlah robe tu nanti boleh tutup kaki sekalipun, tapi baju kat dalam mesti baju baru. Baju yang tak pernah pakai.

Rata-rata kengkawan semua dok risau, makin gemuk la, jerawat dah naik la, kulit bermasalah la, apa la.. semua tu dah jadi macam satu masalah besar. Aku cakap, prepare untuk konvo macam nak prepare untuk kawin! Tapi betul jugak... kawin lambat lagi, time ni je la nak melaram sakan! Heheheh!

Masing-masing dah berangan baju macamana nak dipakai, kasut apa nak dibeli... kain semua dah siap dibeli. Cuma tunggu masa yang sesuai nak dihantar jahit. Tunggu masa kurus...ahahahahah!

Tak kisahlah, thru email ke, sms ke, phone conversation ke, chatting ke apa ke, ituuuu la topik paling hangat. "2K: Konvo dan Kurus". Yat sms aku hari tu pun sibuk-sibuk tanya dah siap preparation ke belum. Dia pesan nanti pakai lawa-lawa, glemer-glemer. Aku cakap semua orang nanti dah glemer, biarlah aku jadik low profile. Hehhehe...

Aku rasa lelaki takde pulak kecoh-kecoh macam ni kan. Tak taulah aku kalau kaum yang satu lagi tu pun dok risau pasal jerawat sebiji, atau pasal berat yang dah makin naik semata-mata nakkan gambar yang lawa masa konvo. Memang dah lumrah perempuan, sentiasa sukakan kecantikan. Katalah apa-apa sekalipun, perempuan tetap cantik. (Cantik itukan subjektif pada pandangan orang?)

Dan semakin bulan 9 menghampiri, semakin giat budak-budak ni nak kurus. Kalau boleh kurus sehari pun jadilah. Hari amik scroll. Hari lain nak gemuk balik pun takpe. Hahahaha! Hebat betul penangan Convest ni...

Aku? Aku pun nak diet gakkk..saper tak nak..! Tapi biasa la, otak kata diet, mulut aku mengunyah jugak...hehehehe...

-----------------------
* Ingat nak update lagi semalam. Tapi tak jadi. Tidur kat rumah Feeda semalam, sebab dah lambat sangat nak balik rumah Cik Yah. Cik Yah pulak keluar balik dalam kul 10 malam. Aku pun cuak nak balik sendiri...

Monday, August 12, 2002

Mood dah okay skit. Feeda is coming over, ingat nak lunch sekali. Sent a very long email to Tita, and released all the stuffy things inside my head. Fuuuhhh! Legaaaa!! Kira dah lega skit aah skarang.

Got another job interview next week. Pun dari private college gak. kat PJ gak. The difference this time is that it's not for the post of lecturer. Hahaha. Tengok la camna kan! Huh, about the job thing again. Remember about the job I mentioned last week. The one I supposed to go and discuss with orang HR tu. They're supposed to call me for the appoinment, but till now they didn't call.

So I called that Puan Puteri and she said that the HR people told her that they will call me instead of her. Ntah apa-apa ntah. She suggested that I should call the place and ask for Pn Roziah, the person in charge of the thing. The problem now is, she don't even remember the number of the place (she's outside masa aku tepon dia). Aku pun search la Internet and stumbled upon their website. Yang herannya takde nombor pun. So I guessed I have to call Bin, asked for Kak Fiza's phone number and call her instead. Or in other plan, aku call operator tanya..haha. Kerja senang ko susahkan Miyyah!

Feeda just called, n she's in the campus right now. Have to go for lunch with her. Will update more later.

Sunday, August 11, 2002

To begin with, it's a depressing weekend. Did lots of thinking this weekend, and I'm still stuck with it. Spent the whole weekend at Puchong rumah Kak Yong. Nahar turun dari Skudai. Mak cancelled the shoppng trip since she just realized that there're too much work to settle.

It supposed to be a normal, boring weekend. But it's not. Sakit kepala bila banyak sangat pikir nih..

When things aren't the way you expect them to be;
When everything takes its own twist and turn;
When you started to let go;
When there're too much hope to deal with;
And when the whole bunch of craps suddenly move in;

The whole life is in a mess.

Thursday, August 08, 2002

Feeda baru called tanya khabar. Dia cakap susah benar nak jumpa kengkawan sekarang. Masing-masing sibuk dengan kerja. Hujung minggu pun susah nak jumpa. Dah berjanji sakan, tapi last minute tak jadi jugak. Dah fed-up katanya. Penat buat plan.

Haha. Aku cakap kat Feeda itu biasa la. Dah adat orang semua ada komitmen. Yang berboyfriend, sah-sah ler hujung minggu keluar dengan boyfriend. Yang berkeluarga, itulah masanya nak lepak dengan famili. Kita ni siapa...?

Jadilah macam aku lagi senang. Hujung minggu je balik kampung (macam kampung tu dekat!). Kalau tak balik kampung, lepak je la kat rumah, habiskan masa depan tv, depan pc, atau susah sangat..tidur. Kalau nak harapkan keluar dengan orang, macam2 la alasan tak bolehnya. Daripada kita sakit jiwa makan hati, baik duduk aje kat rumah. Tak menyusahkan diri, tak membazir-bazir. Jimat pun jimat. Hahaha! Aku pun berkomitmen gak. Komitmen dengan diri sendiri!

Tapi memang la, sesekali tu datang jugak rasa bosan. Bosan sebab dah takde member nak beronggeng macam dulu. Sesekali aku keluar jugak, merayau. Selalunya lepak Kinokuniya. (Boringnya life aku skarang!) Agaknya sebab tu la kot aku lebih rela berpenat berlelah panjat turun bas balik kampung. Nikmat hujung minggu lebih terasa!

Nak ajak manusia2 kat UIA tu kuar pun, diorang tengah bz. Exam la, assignment la, program la, apa la. Hujung minggu memang sah-sah tak lekat kat bilik. Malas la pulak nak kacau. Malas sangat-sangat. Tambah pulak minggu depan start cuti mid-term. Lagilah payah.

Bagitau Feeda tentang plan 'Meronggeng ke Terengganu' hujung bulan ni. Dia confirm ikut. Hmm.. sape lagi nak ajak ni? Feeda dah, As pun dah. Tita? Memang confirm tak boleh. Syaer? I doubt it (still have to ask-lah!). Diha? Liza?... hmmm.. apa-apa pun aku kena tanya before next week, so boleh beli tiket balik Terengganu cepat2. Hujung bulan cuti hari Merdeka, aku takut tiket cepat habis..

Wednesday, August 07, 2002

Kempunan Dunkin Donut tadi, singgah kejap kat Ampang Park beli sebelum sampai UIA. Satu filling castard, satu strawberry, satu dunkin. Sudahnya terserempak dengan Jack, dan dia belasah sekali donut-donut tu.

Dia cuma tinggalkan yang dunkin tu je, sebab dia tak makan kacang. Lama jugaklah borak-borak dengan dia tadi. Aduhai! Sekali lagi aku diajak untuk pergi meeting STEADFAST malam esok. Final touch + buat banner untuk program hujung minggu ni. Alahai, aku dah bersara la! Jack cakap Amir masih muncul kat meeting. Dia buat double degree tak habih lagi la tu. Amirr.. Amirr.. lama tak jumpa dia. Mesti makin bulat makhluk yang perasan hero Bollywood tuh. Hahaha!! ...

"Miyyah, nanti kita grad ko nak aku kasi ko apa?"
"Tak payah la Mir, aku tak nak apa-apa la."
"Apa la ko nih. Aku dah offer nih! KALAU la aku nak kasi ko jugak, ko nak apa? Bunga nak? Aku kasi ko bunga eh! Boleh lah!"
"Aku tak nak bunga la. Aku kesian kat bunga tu. Lagipun bunga tak boleh makan ah. Membazir jek."
"Abih tu? Tak nak bunga ko nak apa?"
"Hmm...aku nak cokelat. Ko bagi la aku cokelat banyak-banyak! Hahaha! Orang dapat bunga, aku dapat cokelat!"
"Okay.. hari konvo nanti aku bagi ko cokelat la. Tapi..."
"Tapi apa plak?"
"Aku nak mintak satu benda jugak dari ko.."
"Laa..ko nak apa plak!"
"Aku cuma nak ko bagi aku bunga. Tak nak banyak. Sekuntum je. Bunga ros, sekuntum. Cukup!"
"Itu je syaratnya?"
"Itu je..!"
"Waa..okay! Senang la aku eh, cokelat mahal, bunga sekuntum murah je. Hahhaha!"
"Aku dah cakap...itu je aku mintak.."
"Kalau camtu..settt aah..! Yesss! Aku dapat cokelat nanti!"
"Ingat! Aku tunggu tau!"

Amir. Aku ingat lagi la Mir apa ko cakap dulu. Tapi aku tak fikir ko masih ingat apa yang ko pernah cakap tu. Hahhaha! Aku rasa aku takkan dapat cokelat aku. Dan ko pun mungkin takkan dapat bunga yang ko mintak tu. Lagipun konvo kita hari lain-lain. Budak HS tak naik stage sama hari dengan budak LAWS kan? :)

Tuesday, August 06, 2002

Just short notes for today's entry:

+ I'm beginning to feel like I'm infected by the kinda-moody-mood-of-the-month again. Hate that!

+ Finally managed to finish doing the claims for the past 2 months! Cepatlah duit claim masuk... tak sabar nak shopping!!

+ Beginning to hate everyone (Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die!)

+ As called. Been planning on "Ronggeng to Terengganu' with few friends end of this month.

+ Mak is coming over this weekend again. Ayah's going to Phuket and mak plans to spend her weekend...shopping!

+ Thanks Elin. :)

Monday, August 05, 2002

Aku sebenarnya masih dihambat rasa ragu-ragu dengan tawaran hari tu. Ye lah, sebelum tandatangan aku termaktub atas kertas, macam-macam boleh jadi. Mana la tau, aku menaruh harapan, diorang cari yang lain. Aku tertunggu panggilan, mereka kat sana berubah haluan. Siapa tahu?

Sebab tu aku tak nak sangkutkan harapan aku. Selagi tangan aku ni belum dapat surat, selagi tu aku takkan rasa secure. Pengalaman ajar aku, jangan cepat simpan harapan. Sedangkan yang dalam genggaman pun belum tentu kita punya. Yang terkunci rapat pun belum pasti tidak hilang. Inikan pulak yang belum ada apa-apa!

Sebut pasal harapan, aku ni sebenarnya spesis manusia cepat cuak. Dalam apa2 pun, aku cukup takut bila tak dapat apa yang kita harapkan. Semata-mata sebab hati manusia yang tiba-tiba berubah. Ngeri! Aku cepat benor kesiankan mereka yang terlangguk menunggu something yang belum sure dalam genggaman. Aku kesiankan mereka yang tak sudah2 meletak harapan pada orang yang belum tentu mampu tunaikannya. Aku cukup simpati pada mereka yang akhirnya terkontang-kanting, terpinga-pinga bila harapan berkecai di jalan.

Aku sekarang sebenarnya berazam nak jadi heroin yang cuba selamatkan mereka. Heroin yang lebih dulu makan garam.

Sunday, August 04, 2002

Slumber (OAG)

Slumber yaya... kau menghilang-hilang
Engkau khayal dunia kau yang punya
Tapi sebenarnya engkau lupa

Tara Tarappapa...

Slumber papa... kau mengata-ngata
Tentang kita yang tak pernah dilupa
Tentang kisah hal peribadi hidupmu

Tru ru tru ruru...

Slumber yaya...
Slumber papa...
Tru ru tru ruru
Slumber yaya...
Slumber wawa...
Tara rara...

Uuu uuu uuu...
Kau selalu bertanya-tanya
Ke mana hilangnya minda (kita)
Kau selalu bertanya-tanya
Ke mana arah tuju
Tujuanku... tujuanmu...
Tujuanku... tujuanmu...

Tujuan... uuu...
Uuu... uuu... uuu...

Slumber papa... kau berdrama swasta
Watak kita tak pernah rekacipta
Itulah kisah peribadi hidupmu

Tru ru tru ruru...

Slumber yaya... kau berfoya-foya
Semuanya yang sering kau ingin percaya
Tapi sebenarnya kau telah diperdaya bahaya

Slumber yaya...
Slumber wawa...
Lala lala...

Uuu...
Kau selalu bertanya-tanya
Ke mana hilangnya karisma
Kau selalu bertanya-tanya
Ke mana arah destinasi
Destinasiku... destinasiku

Destinasi...
uuu...
Uuu... uuu... uuu...

Saturday, August 03, 2002

(This entry is meant for Friday's entry)

"Dah dah ler tu Miyyah. Ko terima je lah! Ko nak apa lagi?" Itu kata Syaer masa dia call tadi.

"Ko jangan buat mengarut2 Miyyah!" Itu warning Liza sambil diiringi dengan pandangan tajam kat aku tadi masa aku bluffed pasal aku tak sure lagi apa semua.

"Kalau ko tolak kerja tu memang aku ketuk2 kepala ko!" Macam tu sekali bunyinya sms yang Tita kasi kat aku tadi.

Masa turun dari private college tu tadi, aku tak tau nak rasa apa sebenarnya. Aku excited ke? Tak pulak rasanya. Biasa-biasa aje. Aku khabarkan pada kengkawan, diorang pulak yang excited dari aku. Aku cuma gelak je la. Itu je yang aku mampu buat. Yes, I got the job. Minggu depan kena datang balik untuk bincang pasal contract dengan orang HR college tu pasal tadi orang yang in-charge tu takde.

Rata-rata kengkawan aku suruh aku terima je tawaran tu. Aku tak berani cakap apa-apa. Karang tak pasal2 kena sembur balik. Tadi pun, dah nyaris2 kena sembur bila aku cakap aku tak boleh buat keputusan lagi. Of course la kan, selagi contract belum disign, selagi itu aku belum terikat. Selagi tu aku berhak buat keputusan. Sorry kawan. Aku tau aku cerewet. Terima kasih kerana sanggup layan semua kecerewetan aku!

Aku takut aku tak mampu sebenarnya. Don't get me wrong. I do love teaching. Tapi tadi masa buat mock teaching, aku tak confident langsung. Of course le salah satu sebabnya aku prepare last minute. Rasa macam ntah apa-apa je aku merapu. I was really nervous. Lagipun dah lama tak present depan orang.

And I did learn one thing today. Teaching is not that easy. Bukan senang nak mengajar. It's not just talking in front of a bunch of people. Aku try tadi, and made lots of mistakes. Though I'd been assured that I'll get better in time, aku rasa sekarang ni aku betul2 tak confident dengan diri aku. Of course I want the best out of myself, but what if I couldn't achieve what I aim for? Berat sebenarnya tanggungjawab nak mengajar ni...

Mungkin aku terima kot. Thinking that if one day I would end up teaching, then I better make the best out of it.. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! Aku ada banyak impian dalam hidup aku. Dan bila impian utama aku rasa aku boleh capai, aku sanggup korbankan impian-impian yang nombor 2, 3, 4.. dan seterusnya! Demi cita-cita yang satu tu. Tunggulah...!

Ayah, mak dan Hafiz sampai pagi tadi. Tapi berita ni aku belum mampu nak hebahkan pada mereka. Tak tau apasal. Aku rasa aku patut tunggu surat hitam putih dulu b4 bagitau diorang...

Thursday, August 01, 2002

Aarghh. Malasnya nak buat preparation for tomorrow's mock teaching. Dahlah kena buat Lesson Plans apa semua. Malasnya... malasnya..!!!

Tapi nak buat camna kena la prepare jugak. Been browsing thru the Net looking for stuff, jumpa la jugak. Karang tengok la.. aku buat sempoi je nih. Padan ngan muka aku jugak, yang gatai pi buat last minute tu sapa suruh? *Miyyah garu kepala* Dari dulu lagi suka sangat buat keje last minute. Selagi tak sampai time terdesak, takdenye nak buat. Aku pun bukan jenis reti settle awal2.

Dulu, masa nak buat presentation dalam kelas American Literature 1, kelas pukul 10 pagi, pukul 8.30 baru nak bahagi topic -saper cakap aper- (tapi bahan sumer memang dah settle awal), kul 9++ baru nak tulis points semua..hahhaha! Kerja gila! Tapi lepas jugak presentation aku. Dahlah muka confident giler. Ntah apa2 ntah.

Masa kena buat presentation for our Oral Communicative Skills class pun camtu gak. Lagi ganaz!Kelas pukul 2, pukul 12.30 baru aku nak prepare notes. Nasib baik semua bahan dah settle lama dah. Member2 tolong panic untuk aku. Pukul 1, satu bilik aku kerah tolong aku siapkan poster nak tampal kat board. Time aku present, gam kat poster tu pun tak kering lagi..! Hahahah! :P

Assignment pun sama. Suka sangat buat last minutes. Nasib baiklah kengkawan semua satu kepala. Kepala last minute jugak! Tu yang boleh kamceng tu..! Selalunya kitorang cari bahan awal2, kumpul awal2, baca awal2. Kira dah ada la brief idea dalam kepala. Tapi time mengarang, time nak settle, semua buat last minute. Ntah la, tapi bila buat last minute ni idea lagi banyak kuar. Serious, pernah jugak try buat assignment awal2, tapi tak puas ler. Dan selalunya kerja last minute aku tu la yang selalu dapat result best-best! Heheheh...

Aku tau, sekarang aku tak boleh imply mende alah tu lagi dah. Giler nak buat kerja last minute lagi? Aku kena belajar prepare awal2 la..! Lepas aku settle pasal mock teaching ni aku start... hehehehe! (kalau aku mampu la kan. Ahaks!)
Aku ingat nak tukar design mende alah ni. Dah alter pun, tapi last-last tak jadi. Aku tukar kaler hitam (lagi) siap ngan gambar- yang lain le. Tapi bila tenung-tenung balik, macam site orang patah hati la pulak. Macam takde kaler lain la pulok. Hitam, merah, putih, kelabu. Macam ...tak cerianya. Too depressing for my journal. Aku tak ndak muram2 lagi. Tak ndak depressed2 lagi. Tak ndak sedih-sedih lagi. So tak jadi ler aku tukau design. Aku cuma tambahkan gambar bunga comel tu. Waah. Miyyah sudah menjadi feminin dalam memilih gambar. Gambar bunga! Satu perkembangan yang mengagumkan. :)