Wednesday, July 31, 2002

Dalam sibuk-sibuk nak habiskan kerja yang terbengkalai, dalam-dalam sibuk nak kena preparekan Lesson Plan untuk mock teaching Jumaat ni.. aku boleh pegi beli buku cerita tadi. Novel Melayu lagi. Dah lama sebenarnya tak baca novel melayu. Hehehe. Minggu lepas Nadiah pinjamkan Katerina, hari ni aku gatal pegi beli satu lagi.

Tanah Andriyana tajuknya. Hasil tangan Noor Suraya. Boleh tahan jugak la cerita dia. Yang aku suka sebab dia selitkan sejarah salasilah keluarga watak, keturunan dari Jogjo, Indonesia. Respek betul cara penulis tu olah cerita, tentang sejarah keturunan demi keturunan. Aku suka betul. Kreatif. Lenggok bahasa dia boleh tahan la jugak. (tapi novel Melayu fav. aku tetap Bila Sena Kembali Berbunga 1 & 2 oleh Amaruszati Noor Rahim)

Baca cerita tu, mengingatkan aku tentang salasilah keluarga sendiri. Aku memang lembap Sejarah. Sebab tu sejarah keluarga selalu kena ulang2 ceritanya pada aku. Ni pun, aku masih lagi ingat-ingat lupa sejarah famili sendiri. Tapi mungkin sebab aku ada family name, jadi senang skit nak trace kot. Ayah 'Wan', dan terkebetulan kawin pulak dengan mak yang jugak ada 'Wan' kat nama dia. Dan secara otomatiknya nama aku pun kena la sangkutkan family name tu sekali. Rasa-rasanya both of my grandfathers ada bau-bau bacang, atau pernah kenal each other pasal mak cakap diorang pernah jumpa satu tali pinggang lama kepunyaan arwah tokki belah ayah yang betul2 sama dengan tali pinggang kepunyaan arwah tokki belah mak.. sedangkan tali pinggang tu kalau tak silap aku bukan buatan sini...

Mak cakap kitorang (belah dia) berketurunan Tok Sheikh Duyong, tokoh agama yang disegani di Terengganu. Asal-usul tok moyang aku dari Pattani, merantau ke Tanah Melayu masa ada pergolakan kat sana dulu dan arwah moyang dulu menetap di Pulau Duyong, dan dia jadi cikgu agama kat situ. Susur galur sejarah dia ada dalam buku kat rumah. Aku ni dah keturunan ke berapa ntah. 8? 9? 10? Ntahler..

Belah ayah tak ingat sangat, walaupun ayah pernah citer. Yang aku ingat, arwah tokki aku dulu bekas Askar Melayu dari regimen pertama dan pernah berkhidmat dengan Left. Adnan masa kat Singapore dulu. Dia pernah mengamuk dan nyaris nak pegi serang Jepun dengan hanya keris di tangan. Nasib baik ada orang tolong sabarkan dia. Dia pernah kena turun pangkat pasal lawan orang atas. Hahah. Lepas berenti jadi askar, dia keje ngan JKR, buat jalan. Ayah cakap ada satu jalan kat daerah Kuala Terengganu tu memang dari keringat tokki (tak ingat yang mana satu). Jadi kalo2 aku ada kat jalan tu, dan kalo2 ada orang cakap "Ingat ni jalan atuk ko ke?" boleh la aku balas balik "Jalan ni memang atuk aku yang buat!" Hahahaha!

Tok (belah ayah) cakap ayah banyak warisi perangai arwah Tokki, especially bab panas baran, melawan dengan degil. Hahaha. Aku rasa aku pun terkena tempias part degil tu.. Hafiz pun... Nahar pun... hehehe. It runs in the family la..! :P

Tuesday, July 30, 2002

Semalam balik dari interview tu, tetiba je craving for Secret Recipe punya kek. Singgahlah kejap kat Seksyen 14. Tapi tak banyak choice ler. Sudahnya aku makan Choc Banana. Been thinking of dropping by Jusco Wangsa Maju on the way home nanti.. kempunan semalam tak habih laa. Aku tak nak makan Choc Banana. Choc dia sweet sangat untuk aku. I'm craving for anything that has to do with coffee...hmm.. ni yang lapor balik nih.

Alamak! Aku lupa. Aku kena diet la..! (Whhaaaattt? Miyyah- diet??) Waarghhahah. So okay, aku nak diet, tapi aku tau aku takkan boleh diet punya. I would just hoping that i would at least look okay at my convocation day this coming september. Tak nak la amik gambar tak nampak mata. Nampak pipi je tembam. Aargh.

Nasib baik kain untuk buat baju untuk konvo dah ada (ayahanda hadiahkan). Dah tersadai lama kat rumah tak berjahit. Bila orang tanya bila aku nak hantar jahit, aku cakap tunggu bulan 8-9. Mana la tau.. masa tu aku dah kurus skit. Hahhaha! Dream on Miyyah. Ni dah nak masuk bulan 8 ni..maksudnya kena sediakan cepat-cepat kan!

Been thinking of going back to Terengganu again. Hujung minggu ni mak ngan ayah turun KL. Bila aku nak balik? Plan Miyyah..plan elok-elok..

+ tanya mak bila timing yang bagus nak hantar baju untuk dijahit (dan bila boleh siap)
+ duit time tu kena dah cukup untuk preparation
+ Feeda nak ikut balik Terengganu carik kain (see..kain sutera Terengganu jugak yang paling best!)
+ Make sure time tu duku dan dokong dah berbuah... dan durian masih banyak!

Baru teringat, duit dalam purse tinggal RM 6 je. Tak jadi la pegi makan Secret Recipe hari ni. Aiseh. Kempunan lagi.

Monday, July 29, 2002

Went for interview at a private college in PJ for the post of lecturer. Met Kak Fiza, she's working there as an Admin Officer. Minggu lepas ada orang Alumni UIA call aku, tanya interested tak nak apply for the post of lecturer kat sana. Kalo interested, dia nak passkan nama kat kolej tu. So, what the heck kan, just give it a try at teaching. Kalau dapat, alhamdulillah. Kalau tak dapat aku tak frust pun. Then few days later the people from the college called and set for the interview.. which is today.

Tengah2 jalan tu ada jugak datang rasa malas dan nak patah balik, tapi pk2 balik... at least kalo tak dapat pun, aku tambah satu lagi experience pegi interview kan!

And I got thru. Have to do a mock teaching on Friday. Selalu kalo kena buat mock teaching, buatnya depan interviewers tu je.. yang ni, diorang suruh aku buat dalam kelas terus. Erkk. Kena lagi. Dulu dah pernah sekali kena buat on the spot. Member2 semua heran, apsal tiap kali aku gi interview selalu kena yang ntah apa2. Diorang tak payah pun. Apa-apa je la.

Haha. I crossed my own border. Dulu beria cakap kalo boleh tak nak ngajar lagi. Nak keje lain dulu. Tapi dah rezeki aku kat sini agaknya. Anyway, it runs in the family jugak kan! Ke mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasik! I have plans. Aku keje kat situ for the sake of getting a permanent job, before furthering my Masters Degree next year, InsyaAllah... That's why aku dah tak kisah nak keje apa..

Cam aku cakap, aku nak gi UK. Seriously. I already picked up the application form from British Coucil. Tak hantar lagi aah tapinya. Kalo dapat, bulan 9/10 next year masuklah. KALO dapat la! So, sempat la kumpul duit poket skarang. Aku bukan orang berada yang boleh self-sponsored. Aku pun bukannya cantik jelita sampai ada orang sanggup mengsponsor. I'll find a way. (dah jumpa jalan sebenarnya, cuma x boleh confirm lagi)

Harap-harap plan dan impian aku menjadi... Insya Allah.

Sunday, July 28, 2002

Spent the whole day indoor. Just can't find the right mood to go out. The mind is still disturbed over yesterday's incident but I tried to keep things busy so I won't have to think about it. *sigh*

On a second thought, it's just a small matter actually. Huh! A small matter that left a huge impact on me. Maybe what happened was not totally my fault. And I AM angry at myself for always willing to be the guilty one. And for being so apologetic. I know I'll forget the matter the moment I set eyes on him again. He just... too nice to be hurt. Please, don't ask me why.

I'm tired.

Played around with water colours today- hehehe! Dzafir's influence la nih. We spent our day painting though I know how bad I am with those brushes. Hhehe. Nope. No harm done. Most of the paintings were in abstract form, and the combination of colours chosen turned out... beautifully. See:

Dzafir's drawing.jpg: Click to view full-size version

This is one of Dzafir's works - and my favourite. The red represents fire, blue (down left) represents water, orange/yellow represents the sand and the dark choc is the dragon. The rest is the toxic waste.

"Angin tu terbang-terbang habis semua toksik2 tu kena sand dengan air. Dragon tu tengah marah dia keluarkan api tapi sebab angin tu kuat sangat, semua toxic waste tu terbang merata-rata. Sand pun terus kotor. Semua kotor."

Imaginative betullah budak ni. He's only 9. Dzafir was really enjoying himself with the art thing and decided to make it as his new hobby. He's been pasting all his drawings in the room - and even planned to sell them for his pocket money. :) So, anyone interested in buying?

Friday, July 26, 2002

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya


Rasa macam sekejaplah pulak masa berjalan. Sekelip mata semuanya dah berubah. Orang keliling aku. Kawan-kawan. Semua. Aku? Aku jugak yang kat sini lagi. Hahah.

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya


Dah hampir setengah tahun aku tinggalkan dunia belajar. Tahun lepas, waktu-waktu macam ni, aku tengah struggle siapkan assignment, dan struggle nak balancekan life as a student. Dengan hecticnya schedule aku hari-hari, makan pun kadang-kadang aku boleh lupa. Ahaks. Dahlah hari-hari kena panjat tangga sampai Tingkat 5 nak naik bilik. Tapi tetap tak kurus-kurus jugak! :) Maunya tak. Sekali makan terus lupa diri. Hahahaha!

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya.


Selamanya. Sampai bila-bila aku tetap akan ingat, InsyaAllah. Sekelumit rasa yang datang dulu memang penah meriakan hidup aku. Walau sekejap cuma. Terima kasih kawan.

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita


Dan hari ni aku tiba-tiba je teringat balik. Dah lama dah tak flashback camni. Hehehe. Nak kata rindu pun bolehlaa..! Ramai kawan-kawan dah buat transition dalam life masing-masing. Aku tengah tunggu Nib sebenarnya. Dia turun dari Muar semalam, hari ni kononnya nak datang UIA jumpa aku. Tapi sampai sekarang tak nampak bayang lagi. I'm not surprise though- knowing her. :P Hehhehe! Eda pulak berkirim cerita tentang Nana yang dah berbadan dua. Aduhai! Naik stage kat Main Hall tu berdua jugak ko nanti ye Nana! Tahniah untuk kau dan Taufik!

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan


Sebenarnya aku tengah dengar mp3 nih. Tetiba je rasa gian nak dengar lagu nasyid. Tu aaah. Lama sangat tak dengar, sekali dengar balik mula la teringat-ingat. :)

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan


It's for you, dear.

* MP3 Selamat Berjuang: Brothers

Wednesday, July 24, 2002

Buurrpp. Alhamdulillahh.. opps! Sori. Heheh. Aku baru sudah aktiviti makan durian lagi. Saki baki durian yang bawak balik dari Terengganu baru ni ada lagi. Kak Yong datang ambik tadi. Sempat la jugak membelasah sebiji dua...

Aku dah reload. :) Tita told a great news. A friend of ours is getting herself a boyfriend. Again. What a nice surprise. :)

Alhamdulillah. Aku dan Tita sama-sama berharap yang mood dia yang memang sah-sah tengah baik sekarang ni akan berpanjangan. Mintak-mintak kekallah yang last ni. Dan hopefully inilah kali terakhir kitorang terlepas dari deraan attitude dia yang agak terumbang-ambing dulu tu. :P Good luck kawan! Moga-moga kali ni kekal. Jangan tergelincir lagi tau! Kitorang dah tak larat nak angkat kau balik. :)

Sebut pasal boyfriend, aku jugak yang tak habis-habis didera. Didera dengan soalan-soalan yang sampai dah penat nak jawab. Alih-alih "Bila nak kawin?" "Dah ada boyfriend belum?".

Bila nak kawin? a) Esok b) Tahun depan c) Lepas Convest d) Lepas raya cina
Dah ada boyfriend belum? Ada. Yang mana satu? Boyfriend aku merata-rata. :)

Selalunya itu yang aku jawab. Heheh. Tu lah, sapa suruh tanya? Sayang jugak diorang kat aku yek. Concern betul tentang hidup aku. Nak betul tengok aku bercinta. Hahahahhaha!!!! Terima kasih la ye! And to satisfy them, I shall put this ad...


WANTED: SUITABLE SUITOR (FULL TIME & PART TIME)

Looking for suitable candidate to fill in the above position for an extraordinary young lady, aged 18 24. Candidates should be in low motivation and should fulfil the requirements:

- Must be a Malaysian citizen
- Single muslim is a must
- Possess a keen intellect and solid fundamentals
- Experience is not required
- Mature personality with a good attitude
- Have a sense of humor (like Afdlin Shauki)
- Must be a very complicated and mysterious individual
- Not romantic is a plus
- Pleasant looking with a dark complexion is also an added advantage (a mixture of Rosham Nor and Rashidi Ishak preferable)

Responsibilities
- Taking care of a highly complicated and depressed woman (for life)
- Responsible in handling hyperactive and unpredictable situations
- To understand and to take part in complicated personal problems

Benefits and remuneration
- Excellent prospect for depression
- Free suffering, distress and high blood pressure
- Excellent heart-attack opportunities

Interested candidates are required to write in a comprehensive resume together with a n.r. passport size photograph. All applicants will be treated with strict confidence. Only short-listed candidates will be notified.


Amacam? Okay tak? Hahhahahahah! :P

Tuesday, July 23, 2002

Tertunggu jugak phone calls dari kengkawan pasal cerita Abang Mar yang pergi mengejut semalam. Tapi takde lagi. Hmm..balik karanglah call Syaer. Tanya perkembangan terkini.

Telefon rumah Nib, tanya mak dia camna nak contact minah tu di Johor. Rasa-rasa aku dia tak tau lagi tu. Alhamdulillah, dapat jugak nombor dia. Hai!! Aku tau le ko dah kawin, sekali sekala tu bertanya khabare la jugak kawan ooi! Hehhe. Pepandai je aku. Aku pun bukan rajin sangat contact orang. Ahaks!

Sempat singgah bilik Nadiah tengahari tadi, tumpang sembahyang Zohor kat sana. Banyak jugak dia bukak cerita. Kurang-kurang mampu merekahkan senyuman aku balik. Diselitkan sekali salam-salam mereka yang tersayang. :) Terima kasih kalian, kerana masih mengingati. Dan terima kasih diri, kerana masih di situ.

Wa'alaikumussalam.

Tenang sekejap resah yang bersarang. Terhibur sekejap hati yang mendera. Mengingatkan aku, kredit Hotlink dah nak kena tambah le. Terasa nak berkhabar berita la. Dah lama sangat sepi. :)

Monday, July 22, 2002

Masa dalam perjalanan ke KLCC untuk dinner tadi, tiba-tiba dapat sms dari Diha.

Abang Marhailmi dah tak ada.

Tersentap sekejap jantung aku. Macam tak percaya aku dapat sms tu. Benarkah kawan? Nak telefon balik, telefon aku dah abih kredit. Bateri pun dah nak kong. Telefon tu pulak buat hal. Tak lama lepas tu, Syaer called, bagitau hal yang sama.

Abang Mar dah tak ada. Abang Mar yang sentiasa calm dan lembut bila bercakap tu dah pergi. Abang Mar yang sentiasa senyum, yang sentiasa gembira bila jumpa kitorang dah kembali. Ya Allah. Tabahkan hati hambaMu ini. Pusara arwah Tok masih merah, aku perlu berhadapan satu lagi dugaan ini. Kuatkan hati ini ya Allah. Tabahkan hati aku… tolonglah.

Abang Mar senior aku. Salah seorang senior yang cukup rapat dengan aku. Antara senior yang paling awal aku kenal sejak masuk UIA. Ramai panggil dia Abang Mi, and only selected few yang panggil dia Abang Mar. Tanda ukhuwwah yang cukup erat. Cukup kejap.

Aku kenal dia sebagai abang yang banyak berbudi, yang tak pernah marah hatta tinggikan suara sekalipun. Dia manis orangnya, dengan bibir yang tak pernah lekang dengan senyuman. Abang yang cukup ramah, dan mudah mesra dengan orang. Abang yang aku anggap tak ubah abang kandung sendiri.

Innalillahiwa’inna ilaihi raa ji’un. Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

Berderai lagi si air mata.

Ya Allah. Aku perlukan ketabahan dariMu.
Aku mabuk durian. Hujung minggu di Terengganu penuh dengan aktiviti makan durian. :)

Kebun tengah rancak berbuah. Rambutan masak ranum di pokok. Dipetik terus dimakan dengan lazatnya. Durian pun besar-besar. Kuning-kuning dan lemak isinya. Aku ni dahlah hantu durian. Aku cuba jugak nak tolak-tolak bila orang pelawa, tapi nak buat macam mana...dah namanya addicted pada durian. Heheh.

Orang cakap makan durian nanti badan panas. Alah. Badan aku dah memang panas. Orang cakap makan durian nanti mulut busuk. Alah. Budu pun busuk orang makan jugak. Belacan pun busuk orang telan jugak. Apa salahnya aku gantikan budu dan belacan yang aku memang tak makan tu dengan durian! (Tapi aku tak makan tempoyak). Haha. Pedulikan! Aku peduli hapa orang nak cakap pasal durian! Janji aku suka. :)

Thursday, July 18, 2002

Kalau yang terbaca entry ni selepas pukul 10.30 pagi (which I doubt), ketahuilah yang aku dalam perjalanan balik ke Terengganu lagi. Ura-ura nak balik malam, tapi tiket pulak yang takde. Nak tak nak terpaksa jugak balik pagi.

Cik Yah pun balik gak. Satu keluarga berkumpul lagi. Ayah Ngah buat makan-makan, nak satukan keluarga ni. Kadang-kadang sebak pun datang jugak, bila dengar pakcik-pakcik dan makcik-makcik berpesan. Selama ni, yang datang rumah sebab Tok. Tak kiralah Tok di mana, kat rumah Teh Lah, atau kat rumah kami, di situlah semua akan berkumpul. Yang di Kuala Lumpur pun, bila balik, kat situlah tempat dituju dulu. kat situlah tempat persinggahan pertama mereka.

Teh Lah pesan, mak pesan. Ayah Ngah pun pesan.

Sekarang mereka tinggal 6 beradik sahaja. Ayahanda sudah lama pergi. Abang sulung dan adik bongsu pun dah tiada. Dan bonda pula menjejak. Jangan pula mereka hilang saudara. Yang jauh jangan sampai lupa jalan di Terengganu. Jenguk-jenguklah kalau sesekali singgah di kampung. Jangan regangkan ikatan silaturrahim ni. Jangan sampai nanti anak cucu tak kenal saudara sendiri. Jangan mereka sampai berpecah!

Masing-masing tinggalkan pesan. Jangan sampai dilupakan.

Wednesday, July 17, 2002

Baru habih tengok Gladiator di HBO. Dah lama tak tengok citer tu. Dulu itulah filem pertama yang aku pegi tengok dengan Hajar masa Mid Valley baru buka. Aku suka cerita tu. A film full of blood. Dia punya grafik lawaaa! Dan aku cukup suka tengok diorang re-build balik Colliseum tu.

The Colliseum.

"While stands the Coliseum, Rome shall stand;
When falls the Coliseum, Rome shall fall;
And when Rome falls -- the world."

-- Lord Byron, Childe Harold's Pilgrimage

Tourism and art - Monuments of Rome - Coliseum or Flavian Amphitheater

Aku selalu berangan nak ke sana satu hari nanti. Aku selalu terbayang betapa cantiknya tempat tu dulu. Tanda kemegahan Rom. One of the 7 wonders of the world.

Ntahlah. Sampai sekarang aku pun tak tau kenapa dalam banyak2 tempat, tempat tu yang aku suka. Insya Allah. Satu hari aku nak pegi jugak kat sana!

Tuesday, July 16, 2002

Auntie Dah dan Imran sampai dari Hungary awal pagi tadi (somewhere around 4). Esok diorang terus balik Terengganu. Auntie Dah tu isterinya arwah ayah Su aku. Dia stay kat Hungary, kerja sana for 4 years. Baru setahun lebih dia pergi sana. Nadrah dan Nazhif tak balik sekali. Tak boleh tinggal sekolah.

Mood okay skit dari semalam walaupun the miserable feeling is still on. Ditambah pulak dengan masalah yang masih sarat di kepala tak settle-settle. Mood kerja aku tergantung terus. Dan untuk kesekian kalinya, petang tadi aku banyak habiskan masa kat Kinokuniya. Ntahlah. Aku tenang skit kot kat situ. Bila baca buku, at least aku boleh lupa skit apa yang jadi sekeliling aku.

Hati ni bukan main membuak-buak sekarang. Ntahlah. Darah muda aku ni asyik nak naikkkk je.Cepat benar sensitif. Tadi Mahmud tegur, katanya muka aku pucat. Eda pulak tegur katanya muka aku dah macam muka nak makan orang. Aku belek jugak muka dalam cermin tadi.

Hmmm... I do look miserable.

Monday, July 15, 2002

Aku cuba untuk menulis semalam. Pagi tadi. Petang tadi. Tapi aku masih tak mampu. Aku harap malam ni aku mampu juga nak menulis.

Tok dah tak ada.

Tok aku dah tak ada. Tok kami dah pergi. Dia dah kembali kepada Penciptanya. Rabu lepas, hampir jam 3 petang, aku terima call dari Hafiz.

"Miyyah.. tok tak dok doh.."

Perlahan suara Hafiz, tapi penuh getar. Jantung aku tiba-tiba terasa lemah. Kaki aku lemah. Tok dah pergi tinggalkan kami jam 2.10 petang, Rabu 10 Julai 2002. Dada aku makin sebak. Aku cuba tahan dari deraikan air mata. Tapi bergenang juga. Menitis juga. Bergegas aku balik ke Puchong rumah Kak Yong. Petang tu jugak kami balik kampung. Singgah di Gombak ambik Huda anak Chor dan teruskan perjalanan selepas solat Maghrib.

Pukul 4.30 pagi sampai rumah. Rumah terang benderang. Jejak dalam rumah, dada aku bergetar balik. Sebak aku melanda balik. Suara bacaan ayat Al-Quran sayup2 kedengaran dari dalam bilik tidur mak. Aku jenguk, Tok terbujur kaku di katil. Dilitupi dari kaki sampai ke muka. Aku tak ready nak masuk. Aku tak mampu nak meraung di situ. Aku tak nak mengongoi di tepi katil tu.

Aku tuju bilik tengah. Bilik Tok dulu. Nampak katil Tok, sayu datang lagi. Tapi aku cuba tenangkan diri. Aku main-main dengan Fiqa, agar hati tak runsing sangat. Dalam melayan Fiqa, dengar cerita Kak Yatmi.

Malam terakhir tu Tok kembung perut. Meraung-raung dia sakit. Sampai pukul 1 mak dan Kak Yatmi temankan Tok. Lumurkan minyak pada Tok. Kak Yatmi cakap malam tu Tok sebut-sebut nama Nahar. Semua tahu Nahar rapat dengan Tok. Nahar rajin layan Tok. Rajin mengusik-ngusik Tok. Tok selalu ketawa terkekek-kekek bila Nahar pulang. Paginya Tok sihat macam biasa. Tapi lepas makan pagi tu Tok muntah. Menjelang tengahari Tok makin tenat. Saudara-mara dipanggil. Ayah pulang segera dari sekolah. Dan masa Hafiz keluar pegi ambik mak kat sekolah dia, Tok menghembuskan nafas terakhirnya.

Nahar sampai dari Johor lebih kurang pukul 5.30 pagi tu. Matanya merah tak sudah. Sebak aku tengok dia. Lepas sembahyang Subuh, kami ramai-ramai ke bilik mak, tempat arwah Tok ditempatkan. Sambung khatamkan Al-Quran dan Yasin. Terketar-ketar suara menahan sebak tatkala membaca Yasin. 2-3 kali telinga aku tertangkap suara Nahar yang tersangkut-sangkut menahan tangis.

Makin cerah hari, makin ramai yang datang. Sebelum Tok dimandikan, aku gagahkan juga pergi dekat Tok. Aku buka kain putih yang tutup muka Tok. Aku pandang wajah kaku tu puas-puas. Aku nampak Tok tidur. Nyenyak sangat-sangat. Aku tutup balik dan terus ke bilik. Tak tertahan rasanya hati ni. Aku tak nak nangis depan Tok.

Aku nak tolong mandikan Tok, tapi aku tak nak menangis lagi. Aku tak nak menangis depan Tok. Jadi aku tolong-tolong kat dapur. Bersihkan bekas air bunga untuk disiram di pusara Tok kelak. Sebaik saja Tok sudah dimandikan, aku masuk bilik mak lagi. Nahar, Shud, Wa, Cik Yah, Mak, Mak Ngah, Mak Ani semua dah sedia ada kat situ. Macam tak percaya rasanya bila nampak Tok dikapankan di depan mata. Mereka tarik kain kapan kemas-kemas, dan kemudian ikat kemas-kemas. Wajah tenang Tok direnjis wangian.

Sebelum wajah Tok dtutup untuk kali terakhir, anak cucu dipanggil. Aku ingat-ingat aku cucu pertama yang pergi cium dahi Tok. Sejuk. Sengaja aku pergi awal, sebab aku tahu kalau lambat-lambat nanti aku tak dapat tahan sebak. Aku tak nak air mata aku menitis nanti.

Anak cucu Tok ramai. Anak-anak saja sudah 6 (arwah Ayah Wa dan arwah Ayah Su pergi dulu sebelum Tok). Cucu-cucu Tok lebih 30. Belum campur menantu. Belum campur cicit.

Dan aku gagal. Aku tak mampu tahan air mata dari jatuh. Terhingguk-hingguk aku menahan tangis. Aku rapatkan diri ke dinding. Maaf Tok, cucu ini terlalu lemah...

Bila ayah bawa Afiqah Najla masuk, hati aku sebak teramat. Sampai jugak hajat Tok nak bercicit sulung. Tok ramai cicit, tapi semua cicit tiri dan cicit angkat. Fiqa cicit sulung dari keturunan Tok. Bila wajah Tok ditutup, aku rasa air mata aku makin laju...dan nafas aku makin lemas.

Lepas sembahyang jenazah, Tok diiring ke kubur Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara. Aku, Shud dan Wa ikut ayah. Nahar ikut bersama-sama Cik Yah dan Mak Ani. Tak ramai perempuan yang pergi. Hanya kami. Betul-betul sebelum talkin dibacakan, ayah panggil aku ajak balik. Nahar tinggal di situ. Bagus juga. Aku tak nak meratapi pemergian Tok... Dan Tok selamat dikebumikan. Berdekatan benar dengan kubur arwah Ayah Wa dan Tokki.

Dan malam tu bermula kenduri arwah di rumah. 7 malam. Tapi aku sempat 3 malam je. Sebab terpaksa pulang ke Kuala Lumpur. Aku janji dengan mak nak pulang lagi hujung minggu ni.

Dan tadi, aku tiba-tiba sebak lagi.

Air mata... jangan menitis lagi!

Tuesday, July 09, 2002

Tak larat nak type balik (plus malas some more) so I just posted the email I wrote to Tita. It summed up everthing that happened today. (with some editing of course!)

Dear Titot,

I can't write long email tonite since I don't have the mood to bercerita panjang lebar kali ni. But I try to summarize everything.

+ I went for a job interview tadi, at an advertising co. in KL. Post: Trainee Marketing Exec.
-nope, its not Copywriter Joel. I don't write that good to become one! :)-

I'm not really interested in this marketing business ( You know how I REALLY hate anything that has to do with Economics etc) but heck, I'm just so damn curious about it that I've decided to come back to the place tomorrow for the second interview. The place is nice, plus I met a cute guy there n I think he's going to be there tomorrow too. Hhehe!

+ I had a lovely day. Heheehe. Felt so appreciated by everybody. Tiba2 sumer orang ingat aku hari ni..ehhehe (aku tau aku perasaannn!! but hey..its true maa!) First As called me while I was reading at Kinokuniya (dah jadi tempat favourite aku skarang) P/s: Your dear friend is becoming a bookworm.

Then U smses me petang tadi. Then Feeda gave a call right after I received your sms. At night, out of the blue, Diha smses me - trice actually. Then, while I was typing an email to Diha (since I can't reply her sms), Syaer called.

What a nice day I had. Suddenly my friends remembered me and decided to keep in touch. Today. Hehhe. (probably due to my laziness unavailability to keep in touch with them kot yang diorang rajin nak contact aku tuh. Ahaks!)

+ Your mood is getting really bad Tita. Don't let it ruin your life my dear.

+ Thinking of catching Minority Report kaa? Aku dah tengok laaa! Tengok CD ngan Hafiz masa balik Terengganu baru ni. Jom aa gi tengok MIB II. But anyway, 2 thumbs up for Spielberg. And oh, just to let you know, in case ko nak gi tengok gak, bare in mind that the guy -erm : Ed Witwer a.k.a Colin Farrell tu boypren baru aku. Hahahah!

Okaylah. See ya later.


Gee. The mail IS shorter than usual.

Monday, July 08, 2002

I've been browsing the Net at work and applied for few positions at Jobstreet.com. Actually, I don't really rely on them to get a job. But heck, its worth a try. Ntah bila-bila punya job aku redah je. As long as I 'think' that I'm qualified for the job, aku click je. Kengkadang yang aku tak qualify pun aku redah jugak. Hahahah.

And guess wat. I got a call from one of the companies that I applied - about an hour later. Confuse kejap. Cepatnya diorang nih. Aku baru je hantar, dah dapat call. So, esok ada interview at this one advertising company. This time, I'm the interviewee.. Hahaha. At 11.00 am. Wish me luck!

And finally bought dad his birthday present. Aku memang takde idea langsung and ended up buying him Fred Lenzo Classic Lines. Hahaha. What a name! It's just a box/set of men's stuff - belt, tie etc. Ingat nak beli perfume, tapi takut dia pulak yang tak berkenan. Next time ye ayah!

Sheesh. I think I miss him. Terribly. Can't help it-lah. It feels really good to be daddy's little princess. :)

Sunday, July 07, 2002

Pertama kali dalam sejarah aku berjaya habis tengok F1. Wow. Aku tak pernah minat F1 pun sebelum ni. Apa-apa saja berkaitan dengan sukan kereta ni memang bukan minat aku. Sekadar tau gitu-gitu je la. Tapi tadi berjaya tengok sampai habis 60 laps tu! Aku patut bangga dengan diri sendiri. Dan aku kagum betul dengan Barrichello. Dari tempat last, berjaya dapat no 2.

Sebenarnya aku kena paksa tengok. Satu rumah dok mengadap mende alah tu, nak tak nak tengokla jugak. But not bad-lah. Lain kali mungkin aku tengok lagi. Seronok jugak sebenar. Apa lagi macam dekat British Grand Prix tadi, banyak kali main tukar tayar jek. Pastu seronok tengok Barrichello main kejar-kejar ngan Montoya!

Teringat lawak yang aku dengar kat Hitz dua tiga hari lepas. DJ pagi tu mintak opinion listeners pasal F1 ni la (aku tak ingat sape Dj tu). Whether Schumacher akan menang lagi, atau Barrichello atau mungkin Coulthard ke, Montoya ke etc..

Sorang telepon cakap "Schumacher will win!"

Sorang lagi cakap "Williams will give a good fight"

Sorang pulak bagitau "Ferrari always won because the car is very good. Not because of Schumacher.."

dan seorang kakak ni telepon dan membalas.. " Ferrari will win because Schumacher is the best! It's not because of the car. If Yoong drives the Ferrari you think he could win aa?"

and the Dj laughed and said "I reserve my comment on that!"

Aku gelak besar. Hahahha...!

Saturday, July 06, 2002

Hmm...seharian terperap dalam British Council tu, browse through the information needed. Menggeletarnya tak yah cakap le. Air cond kat sini pun sejuk semacam. Lunch dengan Tita kat Mc Donald Dayabumi. Lepas tu Tita balik terus, aku singgah Kinokuniya jap. Saje nak perabih masa. Dan ringankan kepala otak kejap. Sambil-sambil tu rewang-rewang la jugak, cari2 idea apa nak dibeli untuk ayahanda tercinta.

Alamak! Aku update kejap lagi. Nak turun bawah. Kak Yong n Abang Amad datang bawak Fiqa - BOTAK!

Hmm...Afiqah Najla dah botak. Rupa dia dah macam Shinji Ono dah. Muahahahaha! Diorang tido sini, kat rumah Puchong takde letrik. Sempat la melayan cerita Enot kat TV3. Kelakar giler. Lama dah tak gelak-gelak camtu ramai-ramai. Dan telefon jugak ayah untuk wish dia Happy Birthday. Dan sampai sekarang jugak otak aku blur, tak tau nak kasi apa untuk birthday present ayah...! Hmmm...

Friday, July 05, 2002

Maafkanlah semua sikap kasarkuuuu
Bukan maksud untuk melukaimuuuu
Aku hanyalah oraangg
Yang penuh rasa cemburuuuuuu
Bila kau tak di saaampiiingkuuuu...




Heehehe.. sindrom moody aku dah hilang. Satu hari ni rasa riang ria je. Ahaks. Asyik menyanyi-nyanyi je. Lagu Sheila On 7 plak tu. Muahahahah...! Ringtone aku pun dah jadik lagu tu.

Tapi angin dalam badan aku ni tetap tak nak kuar-kuar walaupun angin moody dah hilang. Tapi nyaris-nyaris muntah lagi. Depan Yat. Depan Eda. Terpaksa jugaklah aku gagahkan diri jamah nasi ayam yang aku beli kat gerai tadi. Tapi takat jamah semulut je, pastu tak lalu lagi. Dan asyik makan mende merapik je. Dan minum air nyior tu lagi. Aduhai! Mana tak mengumpul angin...!

Dah lama tak jumpa Yaya. Tambah2 lagi semenjak 2 menjak budak2 ni cuti 3 minggu, langsung tak nampak bayang. Tadi terserempak dengan dia. Aduhai...makin manis la pulak. Makin berseri-seri. Jeles la pulak aku nengoknya. Linda pun sama. Jumpa dia jugak tadi. Pun makin berseri-seri semenjak dah keje nih.

Dan tak pasal2 jugak 3 kali aku terkujat tadi. Terkial-kial menahan heart attack. Kalau tak, aku rasa mesti dah lama aku masuk hospital. 3 kali kena sergah. Dengan Azam, dengan Jack, dan jugak dengan Bahau. Berturut-turut la pulak terserempak ngan diorang. Satu benda yang aku cukup tak suka bila jumpa puak-puak ni sebab diorang suka sangat buat aku terkejut, terkujat dan terkial-kial. Aargh. Asyik kena sakat je aku nih.

Balik kerja, sempat wandering kat KLCC. Tapi tak beli apa-apa. Ingat nak cari hadiah untuk ayahanda, esok birthday dia. Tapi kepala otak aku beku, tak tau nak beli hadiah apa. Tengoklah esok. Kot-kot dapat idea esok pulak. Aku tak pernah kasi hadiah sebelum ni, takat kad je. Tahun ni tergerak hati aku nak bagi. Lagipun, sekarang dah mampu sikit.

Tita tak confirm lagi jadi tak kuar besok. Plannya pagi esok nak hantar application aku dulu kat this one company, then ke British Council nak tanya pasal UK Education tu. (Yup, I'm serious about that) Esok pagi baru dia confirm balik.

Thursday, July 04, 2002

Masih dalam mood bertapa. Aku offkan henset yang dah tak berkredit tu, aku offkan YM aku, aku berkurung mengadap pc berjam2 lamanya, aku berkampung dalam bilik tak keluar, tak makan, tak mengunyah. Perut bercerucuk lagi, tapi mood makan tak datang-datang. Turun sekejap cari air nyior kat bawah tadi. Musim gerai bersepah2 ni la banyak varieties of food yang boleh dipilih. And yet, dari start UIA berpesta hari Isnin baru ni sampai sekarang, aku cuma beli air. Oh. Dan sekali aku belikan kebab untuk diri sendiri. Tak berselera 2-3 hari ni.

Semalam nyaris-nyaris muntah depan Yus. Dia pun naik risau dengan aku. Puas aku cakap, aku dah biasa macam tu. Dan dia boleh buat lawak lagi...

"Akak ni..okey ke takk? Ni muntah-muntah ni, kalau saya lain cerita la. Ni akak ni...bahaya ni!"

Dalam nak termuntah tu aku boleh tergelak lagi. Oh. Aku pernah cakap ke Yus tu dah kawin dekat setahun dah? Hehhe. Junior aku, tapi awal lagi dah langkah bendul. Hehehe. Dan perangainya masih lagi macam budak-budak. Hujung tahun ni Insya Allah habislah dia. Kagum aku dengan adik tu. Dia mampu menanggung bebanan sebagai pelajar dan isteri sekaligus. Aktif pulak tu berpersatuan. Selalu kalau orang-orang yang dah kawin ni, dah slow dah. Dia makin ligat.

Hahahh. Teringat lagi Yus yang kecil molek. Dan Ateh yang tinggi lampai. 2 orang member kamceng merangkap kroni aku dan Syaer dalam Steadfast dulu. Sekarang dua-dua adinda tersayang tu dah bergelar Puan. Aku dan Syaer jugak yang belum. Heheheh...

Perut aku mencucuk lagi. Geram sungguh. Aku nak makan. Sungguh aku nak makan. Tapi tekak aku semacam je. Perut aku pun entah boleh terima makanan atau tidak. Tambah pulak mood yang bercampur baur ni macam tak rela bagi aku makan je.. Aaarrggghhh!!!

Benci betul aku tiap kali dilanda depression bulanan nih. Aaaaarghhh!!!

Wednesday, July 03, 2002

I just hate it. So much that it hurt. Pretty badly.

Aku dah cakap aku sekarang musim bertapa, jangan keluar jumpa sesiapa. Tapi kau degil sangat Miyyah. Kau keluar jugak dari kepompom kepompong kau. Jangan salahkan orang lain atas masalah yang kau cari sendiri.

Sudahnya kau jugak yang balik termenung, balik bingung! Apa sudah jadi?

Aku nak keluar dari daerah ini. Cukuplah. Selama ni aku ingat aku kuat, tapi aku rasa energy aku makin hari makin lemah. Aku dah tak mampu lagi menahan bebanan perasaan ni. Aku nak keluar dari sini. SEGERA.

Ikan di akuarium sedang menggelupur minta dilepaskan. Dari terseksa dijadikan perhiasan. Lepaskanlah. Biarlah ikan itu berenang ke mana yang termampu. Tempatnya bukan di situ. Lepaskanlah segera. Dari terbiar menunggu maut tiba.

____________________________

UIA sekarang tengah meriah dengan IIUM Open Days sampai hari Isnin depan. Tiba2 je meriah dengan khemah2 biru yang bertaburan kat sini. Rasa macam konvo la pulak. Haha. Lunch dengan Yus. Jumpa jugak Yat dan Watif. Terserempak sama Milda, Shasha dan Ed. Cuma tak jumpa Azam. Watif tunggu dia, janji 1.30. Tapi 1.20 aku dah naik bilik.

Tanya Ed pasal tarikh konvo nanti, n dia confirmkan 27 September - 1 Oktober karang. Aiseh. Tak sempat la dengan birthday aku 3 hb tu. Cheh. Sempat jugak promokan site aku kat diorang. Haha. But of course, that site je la. Not this one. Gila nak aku exposekan pada diorang tentang site nih. Cari nahas? Hahaha.

I'm pretending to be laughing.

Tuesday, July 02, 2002

Not a very good day. Missed my interview in the morning, being irritated by Mahmud over Brazil's win at the WC, left my Giordano umbrella kat bus Stop LRT Asia Jaya, plus had to make a whole u turn ngan bas tu sebab driver dia tak dengar aku tekan loceng nak berenti walaupun bunyi dia tu menjerit dengan kuatnya! Aaaargghhh! What a day.

N the depression tone kept on ringing in my head. Urrgh. Agaknya sebab tu la mood aku swing gila2 hari ni. Sabar Miyyah, 2-3 hari lagi abih la mood swing tu. N the only thing that can soothe me is this picture. Introducing, my beloved niece, Afiqah Najla Ahmad. Fiqa aku cute kan! Ini satu lagi gambar Fiqa yang comel.

Aaarghhh...geocities buduh. Anyway, kalo rajin gak nak tengok, pi site aku la terus. Hahahah.

Hmmm....satu lagik. Aku jumpa Ferhad tadi. Dia tengah beli nasi lemak. Hmm. Boleh tahan jugak dia kat luar.

Sebut nasi lemak, meh sini aku tolong promo Nasi Lemak Panas yang best kat Seksyen 16, PJ ni. Sape2 rajin, singgah2 la kat gerai belakang/tepi Aishah College, UIA PJ merangkap belakang kedai motor, dekat dengan roundabout UIA tu. Try la. Kadang2 ada jugak jumpa celebrities makan kat situ. Hahah. Untung2 boleh jumpa Ferhad lagi. ;)
Kalau ku tahu hujan tak jadi
Tidaklah aku turun turun ke bendang
Kalau ku tahu orang tak sudi
Tidaklah aku datang meminang

Sudah nasib orang tak sudi

Kalau ku tahu pohon cempaka
Daunnya lebat pohonnya tinggi
Kalau ku tahu orang tak suka
Tidaklah aku membuat janji

Dah nasib orang tak sudi

Kalau ku tahu pohon berduri
Tidak ku patah si dengan jari
Kalau ku tahu jadi begini
Biar ku hidup seorang diri

Dah nasib orang tak sudi

Kalau ku tahu hujan tak jadi
Tidaklah aku turun turun ke bendang
Kalau ku tahu orang tak sudi
Tidaklah aku datang meminang

Sudah nasib orang tak sudi...


Ntah apsal ntah. Hari ni aku teringat lagu SM Salim ni.

Monday, July 01, 2002

Came back to KL with thousands of new plans. Lain yang aku plan, lain pulak yang jadik.

Hafiz ikut datang KL sekali. Rabu ni baru dia balik KT. Halamak, lupa plak. Hafiz skarang tengah break. Bulan 9 karang baru dia balik Ireland. Dalam bas semalam menggigil2 sejuk. Aku ingat air-cond bas tu rosak la. Tensen betul. Dahlah masa bertolak dari KL Jumaat baru ni dugaannyaaa....! Bas aku patut pukul 10. Tapi kul 11.30 baru masuk Hentian Putra. Tensennyaaa! Dahlah tu, siap berenti isi minyak, berenti kat Kuantan lagi, berenti kat Dungun sebab bas rosak lagi...sudahnya dekat kul 8 baru sampai. Teruk betul! Lepas ni aku tak nak lagi naik Tourworld Express. Diulang. TOURWORLD EXPRESS. Kalo tak kerana terpaksa hari tu, memang aku tak naik dah!

Brazil menang. Aaaaaarrghhh! Lagi menambahkan sakit jiwa (walaupun aku tau diorang patut menang pun...) Dan berakhir sudah World Cup kali ni. Dan sebagai konklusinya, ini list dream team aku. List ni aku buat suka ati aku. So, suka ati aku la.

Rustu Recber -GK
Alessandro Nesta -DF (of course le! Muahahaha)
Rio Ferdinand -DF
Bixente Lizarazu -DF
MIchael Ballack -MF
Hidetoshi Nakata -MF
Ronaldinho -MF
Shinji Ono -MF
El Hadji Diouf -FW
Ronaldo -FW
Hasan Sas -FW

Muahahaha...!!! Walaupun aku anti Brazil, tapi aku tetap respek cara diorang main. - Kecuali Rivaldo ler.

Aku nak gi UK. Oopss. Chop. Aku betulkan balik. Aku berangan-angan nak pegi UK. Buat Masters kat sana. Dulu aku ingat takat angan-angan je, entah bila boleh jadi betul. Tak yakin pun boleh jadi betul. Ye lah, jalan kelabu asap, samar2 jek. Tapi camna kalo tetiba je jalan tu jadi terang...? Best kan! :) Dan aku ingat 2004 karang aku dah nak kena ada kat sana. Senang skit aku nak gi Portugal tengok EURO. Muahahahah!!!