Friday, June 28, 2002

I'm going back to Terengganu again tonite. Sheeshh.. aku buat balik Terengganu macam journey Gombak-PJ jek. Well, I don't really mind spending my money this way. Aku balik kan. Bukan pegi merayap tak tentu hala. Hobi.

Dari zaman belajar kat Gombak lagi memang aku suka balik kampung. Pantang sampai hujung minggu, maka terpacullah aku kat depan pintu rumah. Tapi bukan setiap hujung minggu pun aku boleh balik. Paling banyak pun sebulan sekali je. Tu pun kalau takde program lain. Tapi selalunya hujung minggu aku banyak habih dengan Steadfast jekk..! Cuma minggu-minggu yang kelapangan, memang aku balik aa! Bila takde assignments, takde program Steadfast, takde teater, tak sibuk etc.. memang akulah manusia yang tercampak kat Hentian Putra tu. Usually, ponteng kelas hari Jumaat ler. Hahahah!

Sekarang agak kerap. Dalam sebulan cuma seminggu dua aku kat sini. The rest of the weekends, aku kat rumah di Terengganu. Nak buat camna, aku suka balik kampung..! Lagipun, dah tak ada apa2 yang menarik aku nak buat kat sini.. Minggu ni, aku balik lagi. Sebab? Homesick sebenarnya. Tapi ada jugak certain other things to be settled. Kena settle minggu ni jugak. Aku tak nak tangguh lagi.

So again, I'm not going to be able to update my journal for these 2 days. See ya on Monday!

Thursday, June 27, 2002

Aku pegang erat-erat tangan Liza. Tapak tangan aku yang susah nak sejuk tu tiba-tiba je rasa beku. Menggeletar ketakutan. Mulut Liza slow-slow membaca doa-doa yang diingati. Aku pulak liar memerhati jalan di luar cermin kereta tu. Muka kami dah pucat lesi menahan gementar yang tak terkata. Muzik radio bingit di telinga. Berlaga-laga dengan gelak ketawa 2 manusia di depan.

Aku pandang pintu sebelah aku. Tak berkunci. Aku dah berura-ura nak lompat aje kalau apa-apa yang tak diingini jadi. Mata aku meliar pandang sekeliling. Jalan yang dilalui makin jauh ke dalam. Darah aku makin laju. Tapi senyuman masih tak lekang di bibir kami. Senyum yang dibuat-buat. Dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa menderitanya! Terkulat2 aku terpaksa menahan gabra yang makin melanda.

Dalam hati berbakul-bakul rasa kesal, menyesal dan rasa bodoh yang tak sudah. Memang bodoh! Bodoh! Bodoh! No doubt of that. Aku pun tak tahu macamana kitorang boleh tergerak hati menumpang kereta orang yang kitorang tak kenal langsung tu. We're waiting for LRT feeder bus kat bus stop, dalam kawasan kampus tu. Nak pegi The Mall n Hentian Putra sebab nak beli tiket aku balik Terengganu malam esok.

"Kan best kalau ada orang yang kita kenal lalu ke...pastu tumpangkan kita gi LRT. Takyah tunggu feeder bus." Liza sengeh. Dengan hujan yang baru renyai2 turun, memang malas sangat nak redah.

"Kita buat hitch hiking kat sini pun bets gak..hahahaha!" Liza gelak-gelak.
"Kalau ko nak buat, buatlah Miyyah!" Aku plak yang sengeh.
"Kat sini takpe tumpang-tumpang orang..."

Belum habis ayat aku, tiba-tiba satu kereta kancil putih berenti depan kitorang. 2 orang foreigner terpacul dari tingkap, offer nak tumpangkan kitorang. Tergamam la kejap, macam tau-tau je aku baru cakap pasal hal tu. Aku agak reluctant mula-mula, ye la orang tak kenal. Liza pun. Liza teragak-agak nak bangun, tapi dia bangun jugak. Aku mengekor dari belakang. (Sampai sekarang kitorang tak tau kenapa kitorang BODOH sangat!) Mungkin sebab pikirkan yang diorang pun student kat situ, so tak kisahlah.

But when they're making the wrong turn towards the old Gombak road instead of turnng towards the highway, aku dah cuak. They said that they wanted to go to II School first to drop something for their friend, then baru hantar kitorang. Ya Allah! Masa tu kitorang cuma mampu tawakkal je. Bercampur sesal tak sudah. Dalam perjalanan macam-macam diorang tanya.

IIS tu letaknya jauh ke dalam, jalan lama ke Bentong. When I said that we're in a hurry, the driver (a Nigerian) sped up. Rasa nak luruh jantung aku tengok cara dia drive. 3 kali nyaris-nyaris nak berlaga dengan kereta lane sebelah. Aku rasa macam nak nangis kat situ, but tried really hard to control my expressions.

Thank God they're really going there. Yang paling horror, bila diorang try to persuade us to go along with them to KL. Siap offer nak hantar sampai KL. We kept on making excuses, and it got really scary when they want to tail us. Jantung aku yang berdegup tak berhenti rasa macam nak terkeluar. Nasib baik diorang hantar jugak sampai LRT, lepas kitorang berkeras tak nak diorang ikut. (I tried not to quote our conversation here, it really made me sick!)

Keluar2 kereta, aku rasa macam terlepas dari bala besar. Mata aku dah nak bergenang. Aku pandang Liza, Liza pandang aku. Dengan muka yang pucat lesi dan lutut yang menggeletar, kitorang cepat2 masuk dalam LRT station tu. Dan rasa bodoh dan kesal tu makin menjadi-jadi menyerang! Bertubi-tubi. Bodoh! Bodoh! Bodoh! Masa aku melabuhkan punggung di kerusi LRT, rasa sebak melanyak-lanyak diri, dan roma aku meremang. Ya Allah. Aku bersyukur kepadaMu. Alhamdulillah. We're safe now.

It's our fault. OUR fault to trust those two strangers. Memang salah kami. Aku akui. Dan aku masih lagi menyesal dan phobia dengan apa yang jadi hari ni. The word "what if" kept on haunting me the whole day.

"What if they're not going to IIS, and going somewhere else instead?"
"What if they didn't allow us to leave and force us to go along with them?"
"What if they did something that would make us regret the whole life?"
"What if something happen to us along the way; i.e accident?"

dan dalam diam aku mensyukuri Allah kerana memberi peluang untuk kami menyesal atas kejadian ni. MensyukuriNya kerana 'what if' yang kat atas tu tak jadi. Bersyukur kerana dijauhkan dari malapetaka yang nyaris/mungkin menimpa.

My dear friends,
Apa yang aku lalui hari ni memang satu nightmare untuk kami. Satu kejadian yang cukup buat kitorang menyesal. And we are learning from our mistakes. Our biggest mistake- of course- accepting the offer from people we dont know. Mungkin kitorang lalai untuk berfikir panjang tadi sebelum terima offer tu. Mungkin kitorang terlalu terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang buat kitorang terlalu yakin yang diorang sebenarnya ikhlas. They're lucky to be able to persuade us to step in the car, but Alhamdulillah, we're even luckier to get out from the mess we'd created.

I just want you to know, do learn from my mistakes. DONT LET THIS HAPPEN TO YOU. EVER.
1.16 am.
Pencuci mata pagi-pagi buta.. muahahahah!!!



Amacam? Hensem tak boipren aku? :)

Wednesday, June 26, 2002

The truth is, I'm not very sure I spent the day wisely today. I didn't go to the office today since I had interviews to attend. Spent half of the day wandering around, and another half in Kinokuniya. Hahhaa..I've been to 'wise' place, but not spending 'wise' time there. Been reading books on crafts and hobbies instead of any other so-called- educational books! I was really glued to the books that I didn't wander around other sections. *Sigh*

Aku pun tak tau apsal otak aku merayau jauh sangat hari ni. Tak nak dok satu tempat diam-diam. Supposed to go out with Liza this evening, but she cancelled last minute. Can't blame her at this time of the month. She can't even move from bed! Kesian!

Sempat tengok 1 1/3 sahaja game between Brazil and Turkey. Tengah2 tengok, Cik Yah ajak gi makan kat Uptown. Adusss! Terlepas. Kena pulak, salah seating- tempat takde tv. Tiap kali bunyi orang bersorak, aku mesti tersentak dari mengadap makanan. Dzafir pun. Tensen je tak dapat tengok. Balik-balik rumah game dah abih. Hmm..

Jumpa satu wajah yang ada iras dengan someone that I used to know back in schooldays masa kat Uptown. Hahaha! I kept stalking him sampai dia nak buat kerja pun terganggu. Hahahha!! (He's a waiter). Seriously, he reminded me of someone I used to have a crush on back in school. Hahhaah!! Tergelak sorang2 aku tadi. Hahhaahha!! What a memory!

Tuesday, June 25, 2002

Mak just called from Terengganu. Tok had been warded early this morning. Ya Allah, risaunya aku. Seminggu-dua ni kaki tok tumbuh bisul2.. besar dan bernanah. Abang Zie yang selalu datang ulang-alik rawat tok. Hafiz pun kebetulan balik ni, dia tolong sama cuci kaki Tok. Tiap kali kaki Tok dirawat, menjerit-jerit tok, sakit katanya. Kitorang yang tengok pun ngeri. Hari tu nampak ada lagi 2 bisul besar kat kaki dia yang tak pecah lagi. Agaknya sebab tu masuk hospital kot. Didn't get the details from mom yet. Ni yang plan nak balik lagi hujung minggu ni. Weekend... cepatlah datang!!!

About the interview yesterday, well, actually it was not 'an interview' in terms of me-getting a new job, Nope. I was the interviewer, and not the interviewee. :) I was having this interview with a kakak (former IIU grad) for the purpose of this research project we've been doing. We have to do 180 interviews with HS/BENL graduates of IIU for the purpose. Anyway, I didn't go to the interview tho. That kakak just delivered her baby yesterday (She said she was expecting at the time I called her last week!). :)

Been planning on a new transformation of my current life. Can't tell it yet, till it's ready.
It's 1.11 in the morning. Being alone in da house since Cik Yah and Ayah Cik are still in Kelantan. They'll be back tomorrow. I can't sleep, can't think, can't do anything right. Sord of doing weird things today yesterday.

++ I had breakfast with last night's leftovers + 1 1/2 mangoes, had a proper lunch at 5 pm and sardine bun for dinner at 11 pm. I actually starved myself to death coz I'm too LAZY to eat.

++ I didn't go to work at all. Bad Miyyah.

++ Everytime I think bout going to work, and think of the possibility of facing those unavoidable figures again (since the school re-open today): the head just spins around and I wanna throw up again. Dun worry, it's just the usual symptom. Blaaarghhh!

++ Drank 2 bottles of mineral water, a bottle of isotonic drink, a can of Nescafe, a can of Chrisanthemum tea ( just leave the spelling alone!) and a can of Soya Bean tonight.

++ I'm listening to stupid songs.

++ Had my ringing tone changed from the cute 'Ghostbusters' tone to the stupid 'Antara Gadis' tone. (WHAT was I thinking???)

++ Emotionally distressed. Started to do that cry-for-nothing again.

++ Planning to go back to Terengganu again this week. It's not 24 hours yet since my last trip, and I'm homesick again. Even plan to settle there for the rest of my life. I'm too tired of KL.

++ My hairdo is getting worse everyday. Been thinking of having it..... bald?

++ Surprise, surprise! I actually bought CLEO for the 1st time. ( I MUST be out of my mind!)

Think of throwing up again. Argh.

Monday, June 24, 2002

Wow. A lot been happening this weekend. Kenduri Abang Mat Sabtu baru ni meriah habis. Ramai sungguh orang datang. Sibuk benar Che' Wa layan tetamu. Maklumlah, anak tunggal. Sempat jugak le aku mengintai-ngintai tetamu kehormat; Tengku Ampuan Besar ibunda Sultan Terengganu dengan beberapa lagi kerabat dia (Arwah Ayah Wa sebelum bersara dulu selalu ke istana atas urusan kerja). Macam nak terbalik satu rumah nak prepare makanan diorang. Banyak sangat protokolnya. Pelayannya pun wajib diimport khas dari istana. Waah! Aku cakap kat Kak Ju, kalau camni punya hebat protokolnya, tak nak le aku kawin ngan anak raja..! Kak Ju gelak besar! Hahaha..

Jam 2.30 petang Sabtu tu, ramai2 kitorang naik tingkat atas, tunggu game Korea vs Spain. Rata2 sokong Korea. Aku pun le. Aku orang Asia maa! Nasib baik kenduri tu ada caterer, jadi most of the works diorang dah handle. Sampai tertidur2 tunggu bola masuk gawang. Dah sampai penalti baru meriah. Tiap kali goal, satu rumah menjerit. Siap ada tv lagi kat tingkat bawah, senang orang bawah nak tengok. Hahaha..kecoh betul.

Sampai2 rumah, bukak tv, dan dengar pengumuman Dr M tentang perletakan jawatan dia. Air mata dia tumpah lagi la! Nahar gelak terus. Kitorang predict esoknya mesti dia tarik balik. Prediction kitorang meleset. Petang tu jugak dia tarik rupanya! :) Bila Ayah Ngah datang rumah esoknya, meriah suara dia sorang dok komplen pasal isu tu. Aku cuma gelak2 je la. Kalau ada Mak Teh Lah baru best, macam nak berperang la diorang jawabnya. Seronok sebenarnya ada dalam keluarga yang banyak fahaman politik nih. Macam satu hiburan. Hahahaaha! Anyway, I wonder sape yang nak ganti dia nanti? The truth is, aku sendiri pun tak yakin dengan assistants dia.

Dan mengejut lagi bila As kasi sms bagitau pemergian Dato' Fadzil Noor. Berita tengahari tu yang persahkan sms tu.Innalillahi wa inna ilaihi rajiuunn..! Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Sampai KL pagi ni, kepala aku weng-weng skit. Sakit kepala. Nak masak, gas dah habih. Kejap lagi aku keluar kot, cari makanan. Oh. Aku tak pegi opis hari ni, ada interview lepas Zohor nanti. Penat lagipun, baru sampai dari Terengganu..!

Friday, June 21, 2002

Aku cuti hari ni (*evil grin*). Malam ni bertolak balik Terengganu, bertujuh semuanya. Kak Yong, Abang Amad, Fiqa, Shahir, Shakir, Shud dan aku. Ramai-ramai kitorang nak manipulate bas tu. Hahahahah!!

Dari semalam asyik makan maggi je. Semalam memang ler sebab malas nak masak..sebab aku amik dinner awal. Lumrah le, dinner awal berupaya buat perut aku menyanyi balik tengah malam tu..! Tapi tengahari tadi, masa aku beria-ria nak mencemar duli memasak untuk diri sendiri, gas la pulak yang abih. Masa tu dah pukul 2++. Aiseh. Nak kuar gi cari makanan pun dah tak sempat. Nak tak nak, masak maggi guna air panas je la. Masak telur pun guna air panas. Hah. Hidup mesti kreatif.

Anyway, teori aku semalam betullah. David Seaman menangis lepas England kalah ngan Brazil. Sedih bebenor dia sebab tak dapat main untuk England di World Cup lagi. Yang lain kontrol jek. Agaknya yang lain dah dapat tau teori aku semalam kot. Tu yang cover tu. Heheheh..! Aparaa England...main lebih sorang pun tak boleh nak score. Aku rasa Brazil main bomoh le.

Esok dan lusa aku tak update. Kalau ada masa, aku try le update journal ni. Tapi macam takde masa la kan. Games esok pun mesti susah nak tengok. Pasal esok jamuan kenduri Abang Mat. Takkan la orang lain sibuk tolong orang berkenduri, aku sibuk menjerit depan tv! :) Tak pasal2 kena sekeh kang. Terjejas le pulak reputasi kepala cute aku! :P

Thursday, June 20, 2002

Ahn Jung Hwan being sacked by Perugia? Reason: "Someone who ruined Italian football". Hahaaha.. sorry to say, but that's the most stupid reason I've ever heard. Bodoh is the right word. Emotional and totally absurd. Bola ni kadang-kadang boleh buat sesetengah orang jadi tak rasional. Bila menang disanjung, bila kalah mesti nak cari scapegoat. Ntah apa-apa ntah. Tak boleh pikir logik betullah manusia2 yang fanatik bola camni. Memalukan sukan je. Tak professional.

Hahahah...aku kutuk Italy la..! Deserved wat! Italy's just not that lucky, and they should learn from their past mistakes instead of blaming others. Nak marah pun biorler berpada. Pastu dok la diam-diam, perbaiki kesilapan and proved that you're worth it in the next Cup. End of discussion. Kan senang?

Hai.. kadang-kadang aku pun rasa bola ni satu sukan yang bodoh. Kerana bola sebiji, pemain boleh bertumbuk (dengan referee plak tu), orang boleh mati (tragedi seorang lelaki Korea yang bakar diri sebab kononnya nak jadi pemain ke 12 Korea!), dan ramai juga yang berjaya meninggitarafkan level kebudak-budakkan mereka. Kelakar!

Orang kata lelaki susah nak menangis. Tapi untuk bola, mereka agaknya sanggup meraung! Hahahahahaha!!! Terbukti kan, bila berakhir satu perlawanan, ada yang menangis teresak2 di padang, dek kerana bola sebiji.

And that's my friend, is football. And I still love it. :)

Wednesday, June 19, 2002

Promoting kepompom.com. a TREMENDOUS effort by our own Malaysians.
"Hello, Miyyah?"
"Yup."
"Hahahha...are you okay?"
"I'm fine." AM NOT!
"Are you sure? Hahahhah.."
"Nope."
"I thought u couldn't make it to the office today...hahahaha!!!" Nearly!
"It's just a game. Big deal. I was a bit frustrated, but it's just.. FOOTBALL." urrgghhhh!!!
"Hahahhaa... so who are u supporting now?"
"Senegal. And the rest of the underdogs.." except US!
"Hahahaha...!!!"

I just finished reading the World Cup section in The Star when Mahmud (a Bangladeshi) who's also my colleague just call in. Urrghhh! Hate that call. He's a Brazilian supporter. Feeling rather grumpy and broken-hearted over last night's drama. What else could I say? Quoting an article in The Star:

We deserved to win, says Italy’s Trapattoni
DAEJEON: Italy coach Giovanni Trapattoni insisted that his team deserved to beat South Korea after losing their World Cup second round match 2-1 last night on a golden goal.

“We had many more chances but Korea played with their heart,” Trapattoni said. “It was a beautiful match but the winner should have been Italy. Unfortunately, this World Cup for Italy started by going downhill. I’ve seen certain things which have penalised us.

“Today we played a good game. I’d say we're going out with our heads held high but with a lot to be bitter about. It was an emotional, beautiful, game. We had far, far more goal scoring chances than Korea but Korea showed heart. We had a lot of good situations.

“We had a player sent off – I don’t know why. We played with enthusiasm. If they was to be one winner in this match, I think it should have been Italy. We had three of four chances to wrap up the match, we had a chance for a golden goal from (Gennaro) Gattuso and from (Christian) Vieri at the end of normal time.

“Perhaps we should have finished the game with those opportunities. That’s football, but I think that if one of these teams should have gone to the quarters it should have been us, given what we did in this competition up until now.” – Reuters


It says it all.

Tuesday, June 18, 2002

Susah benarkah bertanya khabar? Sekadar menyisip salam atau beberapa baris ayat di skrin telefon? Susah benarkah bertanya berita. Masih sihatkah dia. Tenteramkah hidupnya. Apa cerita terbaru. Susah benarkah?

Bukan sehari dua kenal. Bukan sebulan dua. Dah bertahun-tahun ukhuwwah terjalin. Dah masak benar dengan kerenah masing-masing. Seraut wajah berubah, dari awal sudah tahu apa masalah. Bukan orang asing, bukan tak mengerti. Atau memang sengaja pura-pura tidak faham.

Aku bukan ketagihkan panggilan berhari-hari, atau tanyaan berita setiap minggu. Aku tidak pernah risau kalau telefon aku tak menjerit berhari-hari lamanya. Tidak! Aku bukan kemarukkan panggilan atau tanyaan khabar dari mereka. Tidak perlu hari-hari. Tidak perlu minggu-minggu. Tidak! Apa yang aku minta cukup mudah. Diingati. Susah benarkah?

Memang aku akui, di kalangan rakan-rakan baik, kami jarang berhubungan. Cukup sesekali bertanya khabar. Sesekali berbalas sms, tanda diri masih dalam ingatan. Dalam sebulan, cukup hanya 2-3 kali. Cukup. Aku tak pernah mengharap lebih dari itu.Ada juga sesetengah yang kerap bersms, Tita contohnya. Sudah sebati dalam diri. Sudah biasa berkomunikasi dengan teman itu setiap hari.

Tapi yang satu ini cukup mengguris hati. Selalu aku jadi oversensitif. Selalu melampau-lampau emosionalnya. Entahlah. Mungkin sayang yang berbaki lebih agaknya. Susah benarkah bertanya khabar? Dulu boleh, mengapa sekarang tidak? Dulu setiap hari bertanya berita, walau bukan jauh di mata. Sekarang sebulan sekali pun susah. Khabar berkirim pun tak berjawab. Jauh di mata jauh di hati agaknya.

Monday, June 17, 2002

Tensen je pegi kerja hari nih. Server down dari pagi sampai petang. Dah nak balik baru dia okey. Habih tersangkut semua kerja. Dahlah aku masuk opis pukul 2 petang, sepagi mencari Mahmud yang pegang kunci bilik tak jumpa! Aku dah nekad nak balik dah...baru jumpa dia. Aduuhhh!

Balik tu singgah rumah sorang kakak ni. Selalunya kitorang interview orang pegi opis diorang. Tapi kakak ni baru je bersalin, jadi dia tengah cuti ler. Since rumah dia kat Gombak je, kitorang pegi la rumah dia. Baik betul kakak tu. Baby dia pun comel (husband dia pun hensem gakkk -aku curi tengok gambar dalam frame). Dia kawin masa tengah belajar lagi, husband dia pun budak UIA gak. Kitorang siap boleh tengok cerita yang ganti Mis Tres Hermanas tu lagi kat rumah dia. Kakak tu pun peminat setia Mis Tres tu dulu! Heheehe...

Seronok betul aku tengok kakak tu. Tenang je muka dia. Peramah pulak tu. Aku dahlah spesis cepat kagum dengan orang-orang camni..alahai!

Anyway, semalam tetiba je dapat misscalled. Dahlah telefon tertinggal dalam bilik.. jadi tak tau ler itu tembak ke, telepon ke, atau tersalah tekan. Bila aku kasi sms tanya, takde pulak dia jawab. Bertuah! Dah lama smses aku tak berjawab. Ni yang buat aku sakit hati balik nih. Uhum. Aku bukan sakit hati sebenarnya. Aku tawar hati. Hehhee..atau dengan perkataan lain, jauh hati pun ada. Susah sangat ke nak bertanya khabar? Kadang-kadang situasi macam ni la yang selalu buat aku rasa macam dah dilupakan..! Diorang dah lupa aku kan...

Sunday, June 16, 2002

Penat yang masih berbaki. Tidur di Puchong semalam, rumah Kak Yong. Seharian lepak tak buat apa (selain dari layan TV, makan dan main dengan Fiqa). Seronok jugak tengok bola kat sana. Riuh rendah suara jiran2 menjerit bila Senegal score tadi. Maklum je la, rumah flet. Meriah la! Rata-rata sokong Senegal pasal bila Sweden buat gol aku tak dengar pulak diorang menjerit! Hahahaha!!

Ingatkan demam bola tak teruk sangat kat rumah Kak Yong. Rupanya lagi dahsyat. Ingatkan Abang Amad yang selalu nonton bola, rupanya Kak Yong pun sama. Habih si Fika tu di'Beckham'kan rambut dia, mentang-mentang ler rambut budak kecik tu lebat. Siap tampal-tampal poster WC, yang dah penuh berconteng kiraan siapa yang mara. Kak Yong predict England jumpa Italy kat final. Hahahaha! Sebab tu la dia bukan main excited bila England menang semalam! :) Nasib baik ler abang ipar aku tu sporting...

Singgah kat TESCO Puchong yang baru bukak tu sebelum balik PJ. Ramainya umat! Ingat nak beli seluar, dah jumpa dah pun yang berkenan. Tapi bila try, alamak! Tak selesa la pulak. Seluar fesyen sekarang, longgar kat bawah, tapi ketat kat peha. Tak jadi la beli. Cari seluar kargo la camni!

Liza called, bagitau Ittar Kedah pun tengah cari English lecturer. Dia cakap kalo aku setuju, diornag nak set-upkan interview terus. Aku cakap aku pikir dulu, walaupun hati aku berat nak terima. Kedah... hmmm..! Dok main sms ngan Tita sepanjang Senegal vs Sweden tu. Dia tengok kat Singapore. Terer kan Maxis! International tuhh..! :)

Saturday, June 15, 2002

Awal-awal pagi tadi dah keluar untuk pegi interview tu. Aku dapat call untuk satu keje part-time as a Computer Teacher for kids kat Bangsar yang aku gatal mintak few weeks ago. Tapi interview tadi kat Dataran Palma. Sepatutnya pukul 9, tapi aku sampai 9.10, opis diorang x bukak pun lagi. A smal but comfortable office. Dekat setengah jam gak aku kena interview, dan ntah apa2 aku merapik pun aku tak tahu. I didn't get the job tho.

He's really interested, tapi sebab diorang nak yang boleh keje for at least 1 1/2 tahun, tak nak yang stop tengah2 jalan. Aku plak abih research project ni bulan 8 ni, lepas tu kena cari keja lain. Diorang taknak amik risiko kalo aku dapat keje lain yang kena keje hari sabtu. But he keeps my resume, in case ada suitable position yg aku boleh fill-in. He said that if I get a permanent job, and not working on Saturday, then I can always give him a call. Yang kelakar, masa nak kuar, dia siap offer aku keje full time kat situ. I just said I'll think about it since research aku tak siap lagi nih (I'm not a researcher Zid, aku cuma research assistant). Cam kelakar, aku cari part-time, dia offer full time. Tapi cam ok gak. Keje ngan budak2. Ajar computer plak tu. Kalo kena gaya, why not kan?

Mak call dari Putrajaya tengahari tadi. Alhamdulillah, diorang dah selamat balik dari umrah. Flight ke Terengganu bertolak kul 2.40 petang tadi. Suara mak serak teruk, agaknya kes bertukar cuaca la tu. And I'm going back to Terengganu (again!) next week for Abang Mat's wedding. Kak Yong and Afiqah Insya Allah sampai petang ni, malam ni pegi tido rumah dia kat Puchong pasal Abang Amad kena outstation.

Oh! Semalam aku tak pegi jumpa Tok Rimau. Tak berkesempatan. Jigo je pegi jumpa dia sorang-sorang. Kalau ada rezeki mungkin lain kali. :)

Friday, June 14, 2002

Semua orang rasanya dah amik test ni, aku je yang lambat..hahahahah!





I'm exceptionally artistic!

Find your soul type
at kelly.moranweb.com.


Hasn't anyone ever told you that you're artistic?

Fair enough. Perhaps they haven't. But now that you know, you must become one with your inner self.

Virtues: You look for immense creativity and individuality in people, including yourself. You're not happy with anything less than brilliant, and you focus on being expressive. You value energy, liveliness, and upbeat personalities, but you're not supportive of moodiness when you yourself can be unreliably moody. Seeking activity, you like the bustle of business but need the secluded atmosphere of a studio or private corner.

Aspirations: You feel the need to express your talents, whether it be through writing, drawing, singing, dancing, composing, performing, or photographing. While you strive to ever improve your work, you want to display it as soon as possible when your impatience kicks in. You want to be a prodigy but you might not have the means right at your fingertips. Trust me, do NOT move to New York to do it. Yeesh!

Quirks: Conformists bother you because of their lack of individuality. You're often late or unreliable. You're showy and refuse to share the spotlight. You only tell little white lies. You worm your way into the hearts of others, but be careful; some people despise the show-offs.

Factors: Surround yourself with activity and you'll always have material to work with. Involve friends and family in your projects so they don't feel like envious outsiders.

Future: Show business or not, you'll settle down happily if you're among those who appreciate your natural talents and desire to perform. Don't stay in one place too long, and don't be too hasty in defining your relationships. Who are you to judge what only time will tell?

Selamat hari Jumaat.

Aku tau jurnal aku 2-3 menjak masuk bulan Jun ni, asyik cakap-cakap bola. Teruk sungguh penangan World Cup nih. Biasa la, 4 tahun sekali. Bukan tiap-tiap hari aku jadi kemaruk camni. Sorilah kawan, penyakit footballitis pun tersangkut kat aku.

Pernah main tak game bola hanya menggunakan kotak tisu? Aku selalu main masa budak2 dulu...

Bahan2 yang diperlukan adalah:
1. 2 kotak tisu yang kosong.
2. Alat tulis - gunting, marker, pensel warna etc.
3. Satu kawasan kecil untuk dijadikan padang.

Cara-caranya:

1 kotak tisu bersamaan satu team bola. Kotak tisu tu keras, jadi apa yang kitorang buat ialah ukur dan kemudian gunting jadikan empat segi lebih kurang 3" X 1.5". Kemudian dilipat 2 supaya kad tu boleh berdiri sendiri (bahagian terbuka kat bawah) Buat sebanyak 22 keping (bersamaan 22 pemain). Nak buat lebih pun boleh gak, untuk pemain simpanan. Untuk goalkeeper dia kitorang buat saiz besar skit pasal nak jaga gol. Gawang gol biasanya dibuat dari kotak tisu jugak (amik bucu kotak).

Kemudian kitorang tandakan no-no jersi kat kadbod tu, dan gunakan pensel wana untuk lakarkan jersi nak bezakan ngan team lawan. Bola pulak diperbuat daripada cover keemasan dalam kotak rokok yang digentel kecik.

Tandakan kawasan yang kengkonon padang tu (gariskan kotak panalty semua) pastu susun je la 'pemain-pemain' tu ikut diorang punya tempat. Defender, midfielder, striker sumer..ikut jer. Letak bola kat tepi kaki dia, pastu tekan atas kadbod tu supaya bola boleh bergerak. Aim pada rakan sepasukan. Kalau terlepas kat kadbod lawan, lawan la pulak yang tekan. Situ pentingnya formation yang bijak.

Memang susah nak nampak kalau explain tanpa gambar, tanpa praktikal. Unless kalo penah main sendiri. The game was more on tactical, jadi pedulikan aje cara bermain yang memang slow giler. Game budak-budak pun namanya.

Tapi aku suka benar game tu. Itulah game pertama yang kenalkan aku pada formation system in football. Kat situ le aku belajar cara main 3-4-3 ke, 4-4-2 ke apa ke. Tima kasih kat adik aku yang kenalkan game mengarut tu kat aku. Hahaha..


*** Oh tidak... aku patut berenti bercakap pasal bola yang mula memuakkan semua orang.

Thursday, June 13, 2002

Yesss! I've told you Italy would get true. Proven that the badi was not on Italy. It was actually on Croatia. Hahahahahha! Italy tak pernah tak lepas 1st round since 1974 la..takkan la diorang nak lepas yang ni. A big thank you to Ecuador too, for blowing up Croatia's chance and making Italy's path easier.

After the first half, aku dah rasa macam nak pitam jek. Italy serba tak menjadik. Corner Totti ntah apa-apa (aku rasa corner2 Italy tadi sumer hampeh. Like the commentator said : The worst corner in World Cup! - masa Montella (kot) buat corner bodoh tu) 15 minit masa rehat tu betul2 buat aku tak senang duduk. Makan pun tak lalu. Aaaarghhh! Tortured!

The second half aku dah calm skit, walaupun pressure tu tak kurang. Rambut aku ni, kalo tak kuat, aku rasa dah lama tercabut kena tarik...hahahaha! Nasib baik Del Piero buat equalizer. Kalo tak, mesti patah hati teruk giler nyer (kalah orang putus cinta...hahahhaah!)

Mexico played very well, in fact, aku rasa kalo Italy kalah pun bukan kalah bodoh la, kira kalah macho la jugak! Hahhaha!! Best Mexico main. Cuma aku cukup tensen the last five minutes tu, nampak sangat nak buang masa. Mencacatkan match betullah. Taulah dua-dua dah boleh masuk 2nd round, but they should be playing FOOTBALL remember??? Tensen jek. Ceh.

Apa-apa pun, spekulasi dah berakhir. Italy memang tak terkena badi France ngan Argentina. Hahahah. Next wish: aku cuma harap Italy tak yah lawan Portugal untuk 2nd round.Bior ler jumpa masa semi karang, baru best kan!

---------------

Masa tunggu bas LRT kul 6++ petang tadi, dapat call dari Ms Lau, regarding the part-time job yang aku mintak hari tu. Dia suruh datang interview pagi Sabtu ni. Somewhere in the Ampang Point area, dekat Hotel De Palma. Boleh reach feeder LRT ke tak aa? Hari tu aku saje apply part-time, computer teacher for kids. She's willing to pay RM350 per month. Keje hari Sabtu sahaja, 9 am to 7 pm. Worth it ke tak aa?
Baru habih lunch ngan Aya n Nadimah. Lunch lambat tadi. N ended up kat cafe discussing WC with Nadimah. Dia tak lalu makan 2-3 hari semenjak 2 menjak France ngan Argentina kalah. Die-hard supporter for France n Argentina tuh! Hahahahah! Dan dia pun cam aku, anti-Brazil. Huh! Lantak ler sape nak menang, kecuali Brazil! England lagi la. Takat kena kutuk ada la. Menang harap nasib bolehlah! Quoting Nadimah tadi, "Argentina kalah takpe, kalah macho. Elok aa skit dari England menang, tapi menang bodoh." Diulang, itu bukan ayat aku. Hahahah, aku quote jek.

Kak Yong called yesterday, asking me to sleep over at her house this weekend since Abang Amad kena outstation. Of course la aku setuju. Yey! Yey! Yey! Boleh main ngan Fiqa! Yey! Yey!

I'll update later, after watching Italy vs Mexico tonight. Hopefully entry lepas match tu berkhabar gembira la hendaknya...!!

Wednesday, June 12, 2002

Argentina just blew up their chance to go to the second round. England was VERY (in capital words tu..) lucky to get thru. Sebab Sweden menang jek. Bangang betul Argentina. Habih rosak scorecard aku. Rosak aku punya plan. Chehh! Risau jugak nih. France dah out, Argentina pun dah out. Aku cuak takut Italy kena badi plak je.. aiseh..!
Listening to: By Myself (Linkin Park)

What do I do to ignore them behind me? Do I follow my instincts blindly? Do I hide my pride from these bad dreams. And give in to sad thoughts that are maddening? Do I sit here and try to stand it? Or do I try to catch them red-handed? Do I trust some and get fooled by phoniness. Or do I trust nobody and live in loneliness?

Not in a very good mood today. How couldn't I? I left for 3 weeks, with everything LISTED for them to do while I was gone, and when I came back, hoping things are getting better..it suddenly got even worse! Nothing was done, works been delayed, interviews been cancelled, not even a simple task was completed. And those bulls**t reasons! Tengah bengang la ni. Lady A tried to create a conversation but I was just not in the mood. And Lady B gave me a laugh for not completing her works. Aaaaarghh! A conversation and a good laugh to cheer me up after all they did? Nope. It didn't help at all. Its wayyy too cloudy inside! No sunshine today, please.

If I turn my back I'm defenseless And to go blindly seems senseless. If I hide my pride and let it all go on then they'll take from me till everything is gone. If I let them go I'll be outdone But if I try to catch them I'll be outrun. If I'm killed by the questions like a cancer. Then I'll be buried in the silence of the answer (By myself)

I am MAD, but surely enough I couldn't burst it out loud. Heck! I hate working like this. You'll get this stupid-indecisive-guilty feelings for not being able to do what you're supposed to do. When is this gonna end?

I can't hold on to what I want when I'm stretched so thin. It's all too much to take in. I can't hold on to anything watching everything spin with thoughts of failure sinking in.

Tuesday, June 11, 2002

Baru je habih tengok Germany vs Cameroon. Muahahahah...best giler dok kira yellow card yang referee tu kasik kat diorang. Ada la 15-16 keping kot..! Apara! Aku rasa boleh kira ngan jari je baper orang yang tak dapat yellow card. Sampai kena buang padang tu..ahhahaha! Macam nak perang je diorang main.

Petang tadi tension giler. Phone aku kong, jadi sepetang tu asyik off manjang. Sempat check result France vs Denmark di Internet masa half time jer. Pastu lepak bilik Dr Nuraihan ngan Liza (dia datang!)sampai kul 5 sebelum lepak kat McD Ampang Park sampai kul 6.30. Sudahnya sampai rumah baru dapat result untuk tengahari tadi. Tensen jek. Terlepas tengok Lizarazu main. Cheh! Dahlah tak leh tengok, lambat tau pulak tu. Huh! Nasib baik lusa Italy vs Mexico kul 7.30 mlm. Kalau tak ada jugak yang ponteng keje ni karang..!

2-3 menjak aku balik dari Terengganu ni, tiba-tiba je lecturer2 aku jadik pakar jiwa-jiwa. Ntah bila ntah diorang ni buat PhD subjek jiwa-jiwa ni. Semalam dekat half an hour gak dilecture Dr Subra, tajuk: Love at First Sight. Habih dia bukak hujah2 dia, siap ngan scientific proof lagi.

"Some people don't believe love at first sight. Actually, it can happen. I believe in that.."
"I dont think so sir. Most people don't believe in that!"
"But yes, it's true. It happens when you first met a person, and all of a sudden you realize that you're falling in love with him, though you never met him before!"
"How??"
"Your biological mind tends to know that. You just know it. Those who don't believe in it actually never face tha situation themselves. You'll know it when it happens to you.Like a spark."
"A chemistry?"
"Yes, if that's the name you gave for the situation."

Aku cuma gelak-gelak.

Dan hari ni Dr Nuraihan plak. Dekat sejam dia merapik pasal 'Falling in Love'.

"Those who say that they never fall in love are liars! Everybody falls in love. All the time. At school, at university, at work..every time! Its whether they get responses or not. But believe me, everybody falls in love."

Adehh..amende la diorang ni..! Tiba-tiba je terer bab-bab camni. Macamana diorang boleh bukak topuk tu pun aku tak ingat. Hahhaha!! Jangan main..kerek2 diorang pun, terer! ;)

Monday, June 10, 2002

Dengan lampu bas yang tak berapa nak nyala, dan umat manusia yang berpusu-pusu naik bas ekspres tu ngan aku semalam, tiba-tiba aku tertoleh dekat satu figure ni. He wore all black, with a snowcap covering his head, blue jeans yang hampir lusuh, dan satu beg kecil tengah terkial-kial cari seat dia. Tiba-tiba je aku rasa lidah aku kelu. Dan aku rasa macam mata aku rabun dan nak kena pakai spek. Dan jantung aku bukan takat berdegup kencang, tapi aku rasa dah berenti berdegup terus. Darah aku pun tiba-tiba rasa macam nak stop.Kalau keadaan masa tu normal, aku rasa aku dah nyaris-nyaris nak tegur dia. Tapi masa tu aku tau tak normal. It couldn't be him. It's impossible for him to be there.

Well, it's not really him. Bukan dia. Tapi someone yang MACAM dia. Masa figure tu pelan-pelan bergerak dan menghampiri aku, jantung yang tak berdegup tadi tiba2 je rasa macam nak luruh. Nasib baik jantung tu start berdegup balik lepas dia lalu dan duduk belakang seat aku. Ya Allah, aku nyaris terkeliru. Nyaris salah orang.

Dan bila sampai kat Putra pagi tadi, I had another chance to take a look at him. Sementara tunggu hari cerah, aku lepak kat dalam Putra exactly mengadap pintu otomatik tu. Dan figure tu lepak kat luar, just in front of me. Tiap kali pintu tu terbuka, tiap kali tu figure tu terpacul. Horror datang lagi. Features dia, gaya dia, dressing dia...semuanya seiras. dan bila figure tu bergerak masuk, dan lalu sebelah aku, aku kembali jadi normal. The figure was definitely not him.

Dan aku berjaya bernafas semula.

-------------------------------------------
* Back to work today. Nothing much to do, tapi kena siapkan at least 30 Questionnaires by the end of the month. *Sigh*.

Sunday, June 09, 2002

Betullah. Aku tak salah dengar! Tadi tengok rerun of Italy vs Croatia kat NTV7. Aku tunggu time Nesta kuar je sebenarnya sebab nak make sure yang aku tak salah dengar commentator tu cakap apa. And yup, my hearing is still all right. There's rumor going around saying that Nesta is link to a move to Man Utd. Ingatkan salah dengar.. rupanya betullah si commentator tu yang cakap gitu. Man Utd nak beli Nesta? Pastu saper lagi la diorang nak beli.. kalo tak menang gak aku tak tau le nak cakap apa. All the best players are in the team.. Barthez, Veron, Beckham.. and now, Nesta. Worth buying ker?

Oh-oh! I should've controlled my football fever from spreading around-lah. This year kureng skit aah, pasal bersorak sorang-sorang je. Tita plak sibuk keje, tak banyak matches yang dia sempat tengok. Sudahnya aku jugak yang provide results. Hhmmm...

Enough about football. Malam ni nak balik KL dah. Yup. Cuti aku dah abih. Nak balik je otak terus serabut balik. Kan bagus aku dok sini lama2, smooth je idup. Ni otak dah nak berselirat balik! Benci! Dah terbayang-bayang masalah yang bakal bertimpa2 datang...!

Saturday, June 08, 2002

It was so frustrated to watch Italy lost to Croatia. Menjerit-jerit aku depan TV sorang2 masa Croatia score 2 gol dalam masa 2 minit tu. Syaer plak time tu la pulak dia nak call. Jawabnya pekak la telinga minah tu dengar aku menjerit. Tensen je tengok match tadi. N I'm really not satisfied tengok penjaga garisan yang banyak buat fault tuh! Cheh! Italy patut menang la tadi. Dahlah gol Italy yang last skali tu dia batalkan...tak patut betullah!!! Nesta plak injured, kalo tak mesti defend Italy lagi kuat..ahhaha! (kebiasan di situ!)

Hmm..aku patut turunkan ler pitch suara aku. Kak Yatmi cakap tadi neighbour sebelah tertanya2 kenapa bising sangat semalam! :) Hehehhe.. time tu tengah tengok Argentina vs England.. Well, I was really hoping yang diorang akan draw, tak sangka plak England boleh menang! Menang penalti plak tu.. tak macho sungguh! Hahahahaha! - But it was good football they'd been playing!

Bola tu bulat. Terer camna pun player tu, kalau bola tu tak nak masuk gawang, tak menang jugak! I just don't know what to expect from this year's World Cup anymore. Full of surprises. France boleh kalah dengan Senegal. Portugal boleh tumbang di kaki USA, Italy pun boleh tewas ngan Croatia. Argentina tersungkur di kaki England. Next match, sape tau, turn Brazil pulak! (HOPEFULLY!!!) You'd never know what's coming.

Perit juga mula-mula nak terima hakikat yang fav. team aku kalah tadi. Frustrated, depressed, furious..tensenn..semua ada! Tapi bila pikir balik...that's what football is all about. Even if you're the best team in the world, it would never confirm your winning. You have to fight to win. To survive. And a defeat didn't mean that you're losing everything. Learning from past mistakes, and try even harder. Even if you have to change the tactics, players, or even declare a psychological war, the fight must go on.

Just like life.

Thursday, June 06, 2002

Firstly, berita gembira. Alhamdulillah...ayah ngan mak dah selamat berlepas ke Mekah awal pagi semalam.. tengahari tu dapat call dari Pak Su Chen, bagitau visa dah lepas dan diorang akan bertolak kul 2.30++ pagi tu.. ayah try cari tiket flight tapi takde so terdesak sewa teksi dari Terengganu ke KLIA. Aku tak tau la banyak mana kena, but they're so determined to go, and they'll go, no matter what happened before. Dan awal pagi tu, kul 2.00 mak gave us a call, bagitau diorang dah nak berlepas..Alhamdulillah...! Moga2 diorang selamat pergi dan selamat balik! (dan aku meng'extend' cuti aku sampai Ahad ni...)

Kepala aku weng-weng lagi 2-3 hari ni. Aku rasa mabuk rally WC la..! Hari2 ngadap TV, maunya tak mabuk. Nasib baik aku tak kawin lagi, kalo tak mesti husband aku tensen hahaahahah!!! Dan nasib baik jugak kat rumah ni takde orang, takde banyak responsibilities 2-3 menjak ni, so releks aah! Sementara boleh tengok ni, tengoklah puas-puas kan..! Tadi overjoyed giler Ireland draw ngan Germany. Bukan sebab aku sokong Ireland, tapi sebab aku tak suka Germany. Hahahaha! Padan sungguh muka dia! Well, for one thing, I always admire a last-minute goal! :)

Tadi beria-ria aku pesan kat Asyraf suruh cari paper The Star masa dia nak turun bandar KT tadi. Dah 2 minggu aku tak baca, cam kemaruk la pulak. Try gak beli NST, tapi tak best aah. Pasal dah biasa baca Star. Asyraf balik, bagitau The Star hari ni punya takde. Dia dah amik dah paper tu masa singgah Pustaka Dayang, sekali kakak tu cakap paper tu yang 2 hari lepas punya..! Aaaaargghhh!

Tuesday, June 04, 2002

Its been few days since my last entry. Bit tired these few days. Penangan World Cup kot..hehehe. Ayah ngan mak dah kat rumah skarang, tapi diorang masih dalam keadaan berjaga-jaga jugak, kalau boleh pergi, nak pegi lagi. Dengar cerita ramai yang sangkut. Embassy tak nak lepas visa. Hai... dugaan betul! Masa Pa nak gi haji dulu pun, 13 hb nak pegi, cop visanya baru 11 hb. Itu yang solid pegi dengan Tabung Haji tu. Bukannya ikut pintu belakang! Aiyyah! Makin susah...

Edisi World Cup
Sekarang musim bola. Mana pegi semua bola. Mabuk bola dah. Apalagi bila tak payah jaga pagi2 buta mengadap tv. Obsession dengan WC tiba2 naik. Aku pun mabuk bola gak nih. Nak ajak aku berdebat tentang history of football or even the history of wc aku takde la arif sangat.. sekadar tau bits and pieces of the way football is played.. Not a truly fanatic fan yang sanggup berjaga every time ada match. Tak sampai tahap tu lagi..! Takat few matches tu pernah la..

Most of my circle of friends tak gemar sangat sukan yang amatlah di'lelaki'kan ini. Jadi susah nak jumpa geng berborak. Nak berborak ngan budak laki..tak best sket. Pasal aku malas. Coz usually they'll say "You know nothing about football, and you're just showing off." So the best thing to do..is wayyy better keeping my mouth shut kan! Lagipun aku bukan tau sangat...! ;) (I didn't say that all of them camtuh, coz we've met few cool guys that can actually accept that we're into football too.)

At least I got Tita! Ahakkss! Usually bila ada match, bila wc, inilah satu-satunya minah yang boleh diajak berborak pasal bola. We both are fans of MU and always keep each other updated. Selalunya bila topic bola yang dibuka, MEMANG sah muka2 lain akan jadi muka boring. Yang tahan ada jugak...5 minit. Pastu diam. Hahahahah! Sebab aku dah biasa dengan situasi member2 la aku tak pernah nafi yang memang pompuan dan bola chemistry dia kurang. Bukan takde- cuma kurang. Dari pengamatan aku, ada beberapa spesis pompuan bila sentuh bab bola nih:

1. Spesis yang memang minat bola. Contoh paling best dan paling aku suka sangat tu haaa...kat TV3 tu, si Shireen. And the other 2 girls tu. Memang fully versed about football. Contoh yang pompuan pun boleh suka bola! Haaah! Aku pun naik kagum. Suka dengar diorang borak pasal bola. Ye la, kita pun bukan tau sangat...hehehe.

2. Spesis yang minat bola ikut musim. Usually, bila ada musim bola; wc, atau euro or any other champ. yang buat 2-3-4 tahun skali secara besar-besaran tu la yang tarik minat. Tak nak lost track ngan peredaran semasa. At least tau, dan tengok few matches.

3. Spesis yang minat pasal nak tunjuk dia tahu. Haaaah! Spesis yang memang cuma nak tau bola, skit-skit pun jadilah. Tak minat belakang kira. At least tau. Yang bola bergerak dan dikejar 20 pemain (excluding keeper laa) dan score dikira berdasarkan goal. And oh, you should know few top players' names too! At least bila berdepan dengan hantu2 bola yang biasanya dari spesis lelaki takde la blur sangat. See..pompuan ni bagus. Well updated with everything. :)

Ada jugak yang nak tau pasal nak impress orang. Met few people that are not into football, yang selalu buat muka boring bila kitorang bukak topic tu, (or lari) and suddenly they're flipping thru the papers, and showing a bit interest in what we discussed..and start picking up few important points.. Selalunya jadik kepada pompuan yang baru awal2 bercinta nih.. A way to impress their boypren la tu.. Kirakan, kalo boypren dia cakap pasal bola, takde la dia bluurrrr jekkk! Or bolehlah diorang tunjuk yang "Hey, see! I'm into football too. We both have lots in common kan!" :)

4. Spesis yang memang tak minat bola dan memang tak suka cakap pasal bola. Heheheh..macam pompuan yang dalam iklan Nothing but Football kat tv3 tu. Yang bagi laki dia makan bola tu..hahahahahah!

Aku spesis no 4 kot. :)

P/s: Italy won the first game. In case you didn't notice! ;)