Thursday, May 30, 2002

Ayah called dari KL Maghrib tadi. Diorang tak pergi lagi. Visa masih jugak tak dapat2. Dari suara ayah, tau dia dah give up dah. Dah tawar hati nak pergi, asyik tak confirm je. He said that today's the last day he 'll compromise. Kalau tak jadi jugak, esok dia nak balik Terengganu. Tergamam kejap aku. Ayah dah berura2 nak balik dari 24th tu lagi, tapi diorang tahan, takut dapat pergi dalam masa terdekat. Ni dah nak masuk seminggu. Suara ayah kecewa sangat, tapi dia cover... aku la pulak yang naik risau..!

Nak marah pun, benda dah jadi. Geram pun ada. Diorang nak pegi buat ibadat, bukan pegi holiday suka-suka. Even nak pegi holiday luar negara pun tak sesusah camni. Ya Allah, tabahkanlah mereka yang aku sayang!!!

Nak buat apa kerja pun tak selesa hari ni. Risaukan ayah bonda. Asyraf called, katanya dia balik esok. Bawak kawan. Cuti sekolah dah nak habis, dia baru nak balik. Ada kursus kat sekolah. Kesian pun ada. Masa dia banyak habis kat sekolah dari rumah. Tahun ni nak amik SPM, lagi laa! Katanya cuti kejap je, sampai Ahad, pastu balik Dungun. Sabar je la Dik Ah, kejap je lagi. Hujung tahun awak merdeka ler..!

Wednesday, May 29, 2002

Masa darjah 6 dulu aku dok gila tengok Chiaki. Gilakan Chiaki sampai aku hafal lagu dia. Ingat watak antagonist dalam Chiaki dulu- namanya Mariko Shinto (bekas pemain piano). Ex-girfriend Cikgu Hiroshi (hero: trainer Chiaki) yang kudung kedua2 belah tangan pasal accident. Dia jeles giler kat Chiaki (heroin: trainee pramugari) dan dia ndak kat Cikgu Hiroshi tu balik.

Pastu gilakan Moero Attack pulak sampai hari2 main volleyball dengan bola plastik. Kat sekolah siap ada grup2 lagi. Siap gaduh2, dan siap ada taktik2 macam dalam cerita tu lagi! Dan semua berangan nak jadi Chun (heroin) dan Hyio Jia (kawan Chun yang mati pasal sakit). Aku pulak berangan jadi anak yang duka nestapa dalam iklan Ubat Batuk cap Ibu dan Anak yang mesti keluar tiap kali cerita tu ke udara!

N of course, cerita paling tak boleh lupa, Tokyo Cinderella Story masa Form 5 dulu. Tengah mabuk amik SPM, mabuk jugak tengok cerita tu. Love story antara Masashi Takagi ngan Yukiko. Macam cerita antara dua darjat laa...! Cerita tu dah diulang tayang kat TV2 baru2 ni. Series aku gila cerita tu. Satu2 nya cerita yang aku minat hero dia. Sebelum tu ada satu lagi citer jepun jugak, tapi tak ingat tajuk. Kisah doktor2 kat sebuah hospital. Aku suka giler watak crook dia. Nama Dr Shiba. Memang evil giler. Jahat gegiler doktor tu. Ego tahap maksimum! Dan pengaruh 2-2 cerita tu sampai sekarang lekat kat aku! Percayalah!

Dan sekarang, dok ketagih Mistres Hermanas la pulak. Tak tau apa jadi dengan ntv tadi tadi sampai terpaksa tengok Mis Tres Hermanas tanpa suara (yang suaranya aku ganti dengan CD So7). Watak favourite aku? Pastinya Margarita! Terer giler dia berlakon. Pandai dia menjiwai watak. Memang sakit hati je tengok. Sekarang memang musim Mis3 Hermanas. Ringtone aku pun dah bertukar ringtone A Puro Dolor. :)

Hahaha! Semua watak favourite aku dari dulu sampai sekarang tetap orang jahat. Tak kira cerita apa pun. Aku suka sangat tengok watak evil2 nih. Tak tau apsal..! Mungkin sebab watak tu perlukan lakonan yang hebat kot!

*** Masih lagi risau dengan mak dan ayah. Dari patut pergi 23hb hari tu, tertunda sampai sekarang. Ayah telefon tengahari, bagitau Insya Allah diorang bertolak malam ni. Tapi aku still risau lagi. Ya Allah, permudahkan urusan untuk mereka...

Tuesday, May 28, 2002

Aku masih waras. Masih tahu beza baik buruk. Masih tahu kawal perasaan. Musim ini semua orang nak berperang. India dengan Pakistan, Israel dengan Palestin, hatta Yusof Haslam pun nak berperang di wayang, lawan George Lucas pulak tu. Dan aku? Berperang lagi ke? Nak perang dengan siapa kau Miyyah? Dengan diri sendiri lagi?

Terkilan semalam masih berbaki. Huh? Apa jadi? Mereka datang, tapi dah kembali. Yup. Mereka yang aku tunggu dah datang, dah di sini, di bumi tempat aku jejak ini. Tapi dah kembali. Dah balik. Dan aku cuma diumumkan tentang keberangkatan pulang mereka. Terkilan sungguh. Hampa. Kecewa sikit kot. Tapi nak salahkan diorang 100% pun tak patut jugak. Dahlah, aku tak nak pikir, makin dipikir makin sakit buat apa kan. Lagipun aku dah nak sejuk ni.

It's Iza's birthday today. Wish zaman sekarang, pakai sms je la. Hehehe... kurang2 aku dah hantar picture message kan! Kejam sungguh cara kau Miyyah.

Tadi masa Vanette putih ayah yang aku bawak mengaum di jalan belakang hospital besar (aku lupa nama jalannya), dengan Pantai Batu Buruk di sisi kiri, teringin sangat aku nak berhenti. Nak menyusur kat situ. Nak menyentuh bayu lembut. Nak merasa keropok lekor goreng panas-panas kat situ. Sambil minum air tebu campur air nyor favourite aku.

Ramai jugak umat. Ada yang datang berkeluarga, dengan kawan, dan ada jugak yang datang berdua. Bas pun ada. Rombongan kot. Ramai jugak yang singgah di A&W kat tepi tu. Best jugak makan-makan sambil ambil angin kat pantai tu kan.

Aku ingat aku nak pegi sana la sebelum aku balik KL. Dah lama tak hirup angin pantai. Dah lama tak jejak pasir yang dah tak berapa putih sangat kat situ. Nama je anak Terengganu, tapi malas betul nak menikmati keindahan bumi sendiri. Selama ni, kalau balik mesti terperap je kat rumah. Aku nak pergi la. Dah lama tak tengok laut. Tiba-tiba je aku rasa macam rindu laut. Rindu sangat-sangat.

Monday, May 27, 2002

It hurts. It really hurts. Smoke suddenly gets in my eyes.

Cukuplah, jangan kau menitis lagi!

Depan mereka akulah manusia terkuat, setitik pun tak pernah menitis, mulut yang sentiasa merekahkan senyuman, gelak tawa yang menghiburkan. Bagi mereka akulah manusia paling ceria, yang sentiasa mampu ketawa ria, mampu membuat mereka ketawa sama. Untuk mereka akulah manusia yang tak pernah risau dengan masalah, yang tak pernah mengamuk dengan telatah, yang tak pernah gusar dengan kerenah.

Akulah manusia itu. Yang mereka cari tika mahu ketawa ria, tika dalam resah. Akulah manusia istimewa yang mampu membuat hati mereka tenang, masalah mereka hilang. Carilah aku kalau-kalau hati berantakan, nescaya kalian akan kembali dengan senyum tenang, carilah aku bila-bila fikiran meresahkan, InsyaAllah berganti dengan jiwa senang. Kagum benar mereka dengan aku kan!

Aku tak sekuat yang mereka sangka. Aku ini pelakon terhebat. Aktres terbaik. Agaknya mesti mereka hairan bin ajaib kalau terserempak aku kala aku berkurung gelap dalam bilik, dengan muka yang bengkak-bengkak menahan sebak, dengan tangisan teresak-esak. Agaknya mesti mereka terkujat melihat aku keluar dari bilik air dengan badan menggigil-gigil, mata bengkak merah tapi masih mampu ketawa berdekah-dekah. Agaknya mesti mereka sangka aku gila kalau terjumpa aku berbicara dengan cermin, sekejap-sekejap ketawa, sekejap-sekejap pula menangis.

Jangan sayang, jangan kagum dengan aku.

Sunday, May 26, 2002

Semalam penat sangat sampai tak larat nak masukkan entry jurnal. Penat tapi seronok.

Pagi-pagi lagi aku dah pegi Duyong sebab Kak Ani (dua pupu) kawin gak semalam. Tengahari balik kejap, dekat kul 2 stengah baru gi amik Iza dan bertolak ke rumah Rosna. Waah! Dah lain kawan aku yang sorang tu. Makin comel! Last time jumpa dia kalau tak silap tahun 1997 dulu, masa terserempak dekat pasar malam Jalan TAR. Dah lain benar penampilan dia sekarang. Comel sangat-sangat!! Jumpa Rina, Mila ngan Tie kat umah Rosna. Rina dan Mila tengah praktikal cikgu, Tie kat Johor. Hai! Ramai sungguh kengkawan aku jadi cikgu!

Pastu aku pecut pegi amik Kak Nor ngan kawan dia, then baru pegi rumah Nora. Hahahah! Kitorang sampai majlis dah nak abih pun. Maunya tak, sampai pun dah pukul 4 lebih! Awal2 sampai, Puser n geng baru je keluar pintu pagar. Dan sempat jumpa dengan Salezan yang datang dengan kakak dia tak lama lepas kitorang sampai. Makin berisi kawan tu, dan nampak makin matang walaupun lawak bangang dia tetap ada! Tergelak besar dia tengok aku terkedek2 belasah van ayah..! N what a nice surprise, Che Ana pun muncul (dari Johor lagi!) walhal awal2 lagi dia cakap tak boleh datang..!

Seronok jumpa kawan-kawan lama. Macam buat reunion balik je. Kecoh kejap rumah Nora. Sape lagi yang jadik tukang kecohnya kalau tak aku...hahahahah!! Bukak balik cerita lama2..tergelak sakan! Kenangan!

Kak Nor kata perangai aku tak berubah. Macam dulu-dulu kat sekolah. Kecoh. Tak mature2 lagi katanya. Aku sengeh-sengeh, gelak-gelak je. Aku cakap kat dia, aku dah banyak berubah...dah abih matured dah ni, tapi of course la, sape nak caya! Hahahahah! Aku? Mereka takkan percaya....! Perkataan 'matang' susah nak jumpa dalam kamus seorang W N*jmiyyah katanya!

Time had passed. People do change. Aku pun. Mereka pun. Semua orang pun. Bohonglah aku kalau aku kata aku tak berubah sikit pun. My level of maturity is wayy higher than 7 years ago. Of course la kan. Cuma antara nampak atau tak, sedar atau tidak! Bila aku cakap kat member2 kat UIA dulu aku dah mature skit banding kat sekolah dulu, mati-mati diorang tak percaya. Quote: "Skarang ni ko dah mature skit dari dulu!!?? Ohhh tidak!!! Aku tak boleh bayang dulu ko camna!" Haaah! Sungguh la wooi! Aku dah makin matang la wooi, saje je tak nak tunjuk..! ;)

Teruk sangat ke level of maturity aku nih?! Btw, I do need some time to change-lah! H.E.L.P.

* Still trying to contact E-na, Yat n Watif. Diorang patut dah sampai Terengganu semalam. Been trying the whole day. Tapi semua hp tak leh reach. 012 ke, 017 ke, 016 ke, semua tak dapat. Takde line kot. Nak try 019, 013, tak tau sape lagi yang pegi. Being so frustrated, and hopeless. Down je mood tadi. REAL bad. Hai terkilanlah aku nak jumpa diorang... :(

Setapak kaki pun jaraknya, kalau jodoh tiada... takkan ketemu jua kan!

Friday, May 24, 2002

Ayah tak jadi balik. Diorang stay kat KL jek, pasal tak boleh nak confirm lagi bila nak pegi. Mak ngan ayah sekarang dok kat rumah Kak Yong di Puchong since Cik Yah n family dah bertolak ke Hungary pagi tadi.

Confirm dengan Iza dan Kak Nor (she's my age, but we used to call her 'Kak' since her level of maturity is wayyy higher than most of us...eheheh!) tentang plan esok. Kak Nor nak tumpang gi rumah Nora sekali. Aku ajak gak dia gi rumah Rosna, tapi segan katanya. Ikut plan gi rumah Sariah dulu (kakak dia kawin), pastu rumah Rosna n last skali baru pegi rumah Nora. Hahaha...rombongan cik Miyyah ke kenduri kawin!

Kak Nor mentioned nama Salezan tadi. Tergelak sakan aku. Masa reunion tahun lepas, semua orang sibuk cari dia, semua orang lost contact ngan dia. Alih-alih sekarang muncul balik. Jejak kasih betul. Dia kerja kat Melaka sekarang. Dia pun Insya Allah pegi jugak rumah Nora esok. Mungkin join kitorang sekali, tapi mungkin jugak dia ikut rombongan geng-geng dia. Dah lama betul tak jumpa dia. Sejak abih sekolah. Al-jawabnya buat reunion lagi la esok! Hahaha!

Dan tertanya-tanya jugak, jadi ke budak-budak Steadfast bertolak ke Terengganu malam ni hah? Teringin nak sms, tapi ntahla... tergerak hati, tapi tak tergerak jari!

Debar di dada, bilakah akan berhenti melanda!

Thursday, May 23, 2002

Alhamdulillah, ayah ngan mak dah selamat ke Kuala Lumpur. Hantar diorang pagi tadi kat airport Sultan Mahmud. Kak Yong tunggu di Subang. Flight dari KLIA kul 2.40 pagi esok...Insya Allah, moga-moga diorang selamat pergi dan selamat kembali dari tanah Suci...!

7.30 pm.
Ayah baru called dari Kuala Lumpur, flight diorang delay. Terkejut jap. Rupanya visa baru release on th 27th. Ayah cakap dia nak balik esok. Mungkin on the 26th baru dia pegi sana balik.

Semalam E-na sms, bagitau yang diorang akan bertolak ke Terengganu Jumaat malam ni. Excited aku dengar. Ingatkan dah tak jadi datang..! Budak2 Steadfast ada program kat Kuala Berang... plannya dah lama. Alih-alih ari tu dengar tak tau dan tak confirm lagi program tu jalan ke tak. Frust jap. Dan skarang E-na cakap, diorang dah nak naik bas dah. Maunya aku tak excited balik. Hopefully jadi la...! Teringin benar aku nak tunjukkan bumi Terengganu yang comel ni kat diorang. Nak sangat aku bawak diorang ronggeng kat sini.

Tapi tak taulah diorang ada masa free ke tak..! Ye la, diorang bukan pegi holiday pun, pegi program..! Tapi hopefully ada la kan! Aku teringin sangat nak ajak diorang datang rumah...! Kenal rumah aku. Tanah tumpah darah aku yang kiut miut nih. Hehhehe....!

Datanglah...orang tunggu...!

Cuak gak kejap tadi, sebab dah lama tak bawak van. Kira lepas antar ayah mak ke airport tadi, aku asah skill balik aaa! Hhehehe...kira okay lagi aaa!! Ke Astaka, cari hadiah untuk Rosna ngan Nora (kenduri diorang hari Sabtu ni). Kak Nor tepon malam ajak pegi sekali. Aku memang no hal, but since my parents are coming back, aku tak tau ler plan ari tu camna.. have to discuss with them la..

Wednesday, May 22, 2002

Firstly, aku mungkin tak boleh update daily 2-3 hari ni, tapi aku akan cuba gak laa. Pasal apa? Pasal skarang aku kat umah, dan Internet connection cuma boleh guna belah2 tengah malam dan pagi-pagi time parents aku takde. Rumah pulak tengah bz pasal mak ayah nak bertolak ke Kuala Lumpur hari Khamis ni. Jumaat ni diorang insya Allah ke Mekah buat umrah. Ramai-ramai dengan famili belah ayah. That's why-lah aku balik cuti lama, pasal aku kena jaga tok kat rumah...!

Tak tau apsal, pagi tadi (atau semalam since aku apdet ni kul 2.24 a.m) mood still tak betul. Kes ngan Nahar semalam dah sejuk skit, tapi tak tau la..mood aku tak stabil lagi aah. Benci betul bila time-time camni melanda. Sakit jiwaaaaaaaa!!! Emos tak tentu pasal, tetiba je rasa nak campak, nak terajang, nak bakar, nak buang semua benda depan mata... isshhh! Miyyah! Sabooorrr! Ditambah pulak cerita Tita tadi. Makin merisaukan kepala otak. (Sorry aku tak leh report apa Tita citer coz I promised her) tapi cukup memeningkan kepala. Melayan kerenah kawan-kawan ni...aaaaarrghhh!!!

Singgah rumah Tok Yan, Che' Wa ngan Mak Ngah malam tadi. Rata2 mana aku pegi, kad kawin mesti bertabur atas meja. Memang sekarang musim orang kawin. Che' Wa pun dok sibuk prepare Abang Mat (anak tunggal dia) punya wedding next month. So mana2 aku pegi skarang, memang tak lari dari topik kawin!

One thing kan, aku suka sangat tengok kad kawin. Bila tengok kan, rasa cam nak kawiiinnnn jek. Mesti best kan kalau nama aku yang tertera atas kad tu. Hhahahaha!

Usually bila baca kad kawin orang, I would imagine my own wedding card nanti. Aku dah berangan-angan nak design sendiri kad kawin aku. Yang pasti, mesti kad kawin aku lain pada yang lain. Aku pernah cakap kat kengkawan, kalau diorang terima kad kawin yang aku design sendiri, tandanya aku kawin dengan rela hati, tapi kalau kad kawin tu takde langsung ciri2 taste aku (yang diorang tau), tandanya aku kena kawin paksa la tu..! Hahahahahha!!!

Kadang2 memang teringin nak ada kad kawin sendiri...hehehe...mesti lawar kad kawin aku kan. Kalo tak kaler itam, mesti kaler ijau lembut. Pastu aku mesti buat yang sekali orang tengok, orang tau kad tu kad aku. Unique dan pastinya lain dari yang lain. Mula la nak berangan nih...Hhahahah!! ...Memang seronok plan-plan kawin ni...tapi nak buat camna kan, nak kawin sekarang aku belum ready! Hehehehehe!!!

Monday, May 20, 2002

Home sweet home. Life turns out to be sooo miseerable these few days. I messed up with everything, and everything seems to take their revenge on me. Hate it! Hate it! HATE IT!

Just reading few pages of Nahar's book (she left in the box in my our room) and suddenly my eyes were hooked to something that looked so familiar...

.........................

And my heart just stopped. THOSE ARE MY SENTENCES! I flipped thru few other pages, and found another one...

.........................

THEY ARE MINE! I still remember writing those words in a piece of paper, and slipped it in between pages of my journal. THOSE ARE MY WORDS. MINE! MINE! MINE! And I started to selongkar the whole box of her stuff. And I found another book. And there were few papers nicely being placed in between the pages. MY PAPERS.

** I'm the type of person that can't say it out loud so I'd always prefer to write anything inside my HEAD on papers. Some in my journals, and some in pieces of papers.**

My papers. With my writings. My VERY personal writing stuff. I was so upset, and nearly burst into tears. Those were my deepest feelings, and she treated 'em like they were reference materials. I felt cheated, and felt like my whole life was nothing except for an entertainment. Those were my private stuff. I hate it when things like this happened. I just don't know WHAT to feel.

Seriously, I don't really mind if they want to read my journals behind my back, just don't tell me about 'em. It hurts so much when they're reading my stuff and not feeling guilty of doing that. And PURPOSELY giving out the hints that they've been sniffing thru my life. Hello! Why can't you guys just tell me right in front of my face " Hey Miyyah, I've finished reading your journal, cool eh!"

I hate it. I hate it so much. If you want to read, read. Just don't even dare to mention 'em. That's the rule.Is that so hard? I know my mum always tried her best to sniff thru my journal, and she had her chance once. I was very upset with her that it took me a very long time to forgive her. I forgave her just because she's my MOTHER.

And for Nahar, I don't give a damn if you're reading my stuff too, just stop treating my stuff like yours. Quoting my sentences -heck! I know my writings were good, but you don't have to take it and paste the original like your reference or something! Sick! It's MY PRIVATE STUFF okay!

So, there's nothing more to hide, right. Everybody seems to be so damn interested with my life. Its a jolly good movie for everyone heh!

Bacalah semua orang. Ketahuilah semua orang. Tahulah semua orang tentang hidup aku. Hidup seorang Miyyah yang penuh dengan harapan yang tak pernah sampai. Impian yang tak pernah nyata. Dan ceritakanlah tentang kisah aku, ketawakanlah kebodohan aku, terkilankanlah kekecewaan aku. Sambil makan pop-corn, dan menghirup air Pepsi persis di TGV.

Sunday, May 19, 2002

Maka pulanglah burung pada sarangnya. Kembalilah camar dari perantauan. Dan bila sampai masa, aku juga akan balik kampung aku. Hahhahaha!!! Yup. Aku nak balik. Mulai esok, maka rasmilah cuti aku selama 2 minggu ++ (mungkin lebih). Malam ni aku akan bertolak dari Hentian Putra ke kampung tercinta. Di ceruk timur sana. Terengganu, tunggu aku kembali..!

Memang tak sabar nak tinggalkan kotaraya yang semua orang megahkan ini. Kuala Lumpur yang dah berapa tahun aku harung. Yang hampir setiap hari aku redah. Yup. Aku nak balik dah. Mungkin sekejap je aku cuti. 2 minggu. Lepas tu sambung balik kerja. Tapi 2 minggu rasanya cukup untuk aku melepas rindu pada kampung aku. Aku rindu sebenarnya. Kemaruk rindu yang teramat.

Rindu nak makan keropok lekor, rindu nak menggodek van Vanette putih ayah yang hampir berusia 10 tahun tu, rindu nak menyusur jalan masuk ke rumah yang baru ditar lagi (jalan dulu dah hancur lebur kena lanyak ngan lori yang ulang-alik masuk kampung)..rindu nak jumpa kawan lama, rindu nak berpeluh resah cari paper The Star pagi-pagi (paper The Star kat KT paling awal boleh dapat kul 10 pagi), rindu nak berinternet dari rumah, dan rindu pada harum bau rumah aku, bilik aku, dapur aku.. tak sabar nak balikkk....!

Biar serabut kepala ni tinggal di sini. Tak nak bawak balik pun. Biar putus hubungan dengan Kuala Lumpur. :)

Saturday, May 18, 2002

Lupa plak, a glimpse on pelancaran Laila Isabella semalam dlm paper. Best-best aah diorang nyer pelakon. Abang Rosyam Nor aku belakon lagi..ahakkksss! Bestnye! Bestnye! Nasha ada, Hans hero aku pun ada. Sah! Aku nak gi tengok aa nanti..!

Anyway, pesal diorang ni selalu kasi tajuk citer ke, tajuk lagu ke, semua mostly nama pompuan. Laila Isabella, Julia, Jesnita, Junaidah, Maria etc. Selalu bila encounter nama2 yang kita kenal kan, mesti dapat good laugh nyer. Apsal diorang tak nak letak nama aku lak aa? Best apa nama aku? Well, aku dulu penah jugak tengok tv pastu tengok citer yang ada pelakon dia nama Miah. (Not Miyyah). Tapi sebab pronunciation dia sama kan, jadik cam dengar nama sendiri aa. Macam kelakar plak. Bila orang sebut nama aku berulang-ulang dalam tv. Hahhahaha! Lagi kelakar, bila watak si 'Miah' dalam tv tu, adalah sorang janda muda yang jadi kegilaan lelaki2 satu kampung... lakonan Sheila Rusly. Hahahahahaha!!!
First of all, Happpy Belated Hari Guru untuk semua cikgu. Terutama untuk mak ngan ayah aku. Ayah baru balik dari Sabah (sambutan hari guru kat sana), singgah di KL kejap. Pastu terus bertolak ke JB, pasal esok Nahar register kat UTM. Mak ngan Nahar dah bertolak dari Terengganu malam tadi gak. Diorang lepak rumah Chu Dah kat sana. Ayah Mi ngajar kat UTM tu, senang la skit.

Aku tak larat sebenarnya nak update semalam, dilanda sakit perut yang teramat. Rasa nak tercabut je perut ni. Rasa macam nak terkeluar segala organ-organ dalaman aku. Terasa ditarik-tarik, direntap-rentap. Hari ni pun memulas-mulas lagi..! Aaaarrghh! Takpe Miyyah...takpe... 2-3 hari ni je..! Macam tak biasa. Kira tahap aku okay ape kan, boleh bergerak-gerak, merayau-rayau lagi. Ada kengkawan yang dilanda sakit perut tu sampai tak boleh bergerak langsung, tergolek je atas katil. Alhamdulillah.. aku tak seteruk itu!

Plannya hari ni nak pegi One Utama kejap. Nak singgah Ikea cari hadiah kawin Nora ngan Rosna minggu depan. Oh, lupa nak bagitau, Nora ngan Rosna kawin hari sama. 25hb depan. Camna la aku nak berkejor nanti! Ateh kawin 27hb kat Kelantan, tapi tak sure lagi boleh pegi ke tak, pasal Syaer tak confirm lagi pegi ke tak.

Tapi tengoklah dulu...perut terasa dipulas-pulas, dipijak-pijak lagi...!

Thursday, May 16, 2002

Isk...isk...isk... aku memang patut malu la tadi. Hisshhh! Tak pernah2 dibuat orang aku nih! Aku rasa sape2 yang nampak aku tadi sure reject awal-awal dari jadik calon bini! Hahh!!! Maluuuuuuu!!!!!! Series malu. Terasa-rasa lagi ketebalan muka aku nih!

Aku tak tau apsal aku penat sangat tadi. Naik LRT kat Jelatek, Feeda tolong hantarkan lepas balik interview tadi. Aku tak ingat ntah masa bila aku boleh terlelap ntah. Aku ingat sekali aku bukak mata, baru sampai Abdullah Hukum (kerr Kerinchi aa?). Aku tutup mata balik. Sekali.... "Haah!" aku dengar satu suara lelaki sergah aku. Kuat giler. Aku terus terjaga. Aku pandang luar. Kelana Jaya. Pintu LRT baru je terbukak, dan manusia sedang berpusu2 kuar masuk. Terkujat aku kat situ. Astargfirullah...aku terbabas lagi!

Rupa-rupanya lelaki Cina yang dok sebelah aku yang tegur. Dia nampak aku tak sedar-sedar, dia tegur la camtu. Orang keliling pandang-pandang je aku. Jeling-jeling. Ya Allah.. macamana aku boleh terlajak sampai hujung nih! Aku nak berenti kat Asia Jaya je! Dengan muka tebal dan muka terpinga2 baru bangun tido, aku dengan selambanya kuar...buat-buat turun cam biasa. Hhahahaha! Cool giler muka aku. Memang tak senonoh la ko ni Miyyah!

Dengan penuh control ayunya aku masuk toilet, kengkonon cam takde apa-apa la..! Hahahhhaa! Cuci-cuci mata, muka sumer, aku kuar dan naik balik... dah serik dah! Tebal muka aku tak hilang2 lagi nih. Maluuuuuuu! Aku rasa orang-orang yang nampak aku tadi mesti otak dia pikir " Camna la dia ni boleh tido sampai tak sedar dah sampai!" Dengan orang bersesak-sesak aku boleh lena!

Anyway, aku tau part of it is my fault jugak. Cepat sangat lena. Aku memang kaki tido. Campak la aku di mana-mana, dalam kelas, luar kelas, kat cafe, dalam bas, dalam teksi, dalam train...semua aku boleh tido dengan jayanya. Tido berdiri pun aku pernah buat. Tapi bila time tido yang betul-betul susah plak nak lena! (Hahahaha!! Aku memang awal2 lagi patut direject daripada jadi calon bini yang baik!) Dan ni pun bukan kali pertama aku terlajak.. cuma sebelum ni tak pernah sampai tahap ada orang kena kejutkan...!

Tapi kan...terkilan skit pun ada. Sebelah kiri aku memang lelaki cina tu yang duduk. Sebelah kanan aku sorang pompuan melayu bertudung. Bukannya nak cuit ke apa kalo dah tau itu dah sampai hujung dunia. Aku series tak sedar apa! Selamba je dia nonong-nonong jalan kuar, siap jeling-jeling lagi kat aku. Agaknya mesti dia pikir aku ni tak tau malu kan, todi tido selamba je dalam LRT. Cheh! Ni aku tensen nih. Tak sensitip langsung kat orang keliling. Kot ye pun tak boleh ke dia yang kejutkan. Ini lelaki Cina tu jugak yang concern (walaupun dia kejut tu kuat giler!). At least dia prihatin gak la kan!

Terima kasih la banyak-banyak ye encik. Aiseh. Lupa pulak aku nak pandang dia hensem ke idak..hehehehe!

Wednesday, May 15, 2002

Tadi jumpa Bahau dalam bas LRT. Dia baru balik dari kampung. Dia ponteng hari Isnin ngan Selasa. Bagussss! Mempergunakan sepenuhnya nikmat ponteng kelas. Dia pun abih next semester n he plan to apply for PTD. Okay la tu, dia memang dari dulu lagi cakap kat aku nak apply PTD. Dia nak jadi diplomat (cita-cita dia yang dia dok kecoh dari dulu2 lagi). Aku tak rasa dia akan ada problem, pasal dia kan kenal ramai orang dalam.

And he commented on the way I dressed. Ohh...tidak.. ko dah orang ke berapa Bahau! Dia dok sebelah aku dalam bas tu. Duduk2 je, dia pandang aku atas bawah. Aku buat muka tak paham. Then he said

"Huuhhh...macam budak-budak! Apa ni? Awak tu dah tua tau tak? Tapi tak nampak gaya orang tua pun."

"Ada plak...ok la ni, nak gaya camna lagii...?"

"Gaya orang keje la.. Ni..gaya macam tak abih skolah lagi.."

Today I'm wearing seluar coklat aku (soft jeans yang macam slack) ngan blouse kapas kaler putih kuning aku tu ngan tudung coklat hitam bunga2. Dengan beg pac aku tu la. Kira okay apa. Biasa la tu kan. Dressing biasa aku.

Aku sengeh je la. Pastu aku cakap

"Ni okay apa..!?"

Bahau geleng-geleng. Then he said

"Macam budak baru nak masuk Matrik je! Tak nampak gaya orang dah kerja pun."

Aku gelak2 je la. Sengeh. Then dia dok merungut2 yang aku tak nampak cam orang tua bla-bla-bla. In a way, rasa cam riak jap, ahhaha...perasan muda la pulak. Hehheh.. Aku cakap kat dia, tua takpe, hati muda, rupa muda. Aku cakap lagi aku kan baru 18. Dia tepuk2 dahi. Geleng2 kepala. Hahhahahah!!!

Masa nak turun dia siap pesan, suruh keje elok2, pastu suruh aku jadik orang tua skit. Aku gelak2 je la..! Itu belum tengok aku pakai kemeje hitam petak2 tu. Belum tengok dressing aku yang Tita selalu kategorikan selekeh tu!

2 hari lepas masa terserempak ngan Azam n Kemat pun, Azam tegur.

"Ni apa macam tak grad-grad lagi ni..!"

Referring the way I dressed that day. I was wearing baju kurung okay. Dengan bag pac ijau tu jugak. Biasa je la. Mungkinkah bag pack tu kot yang selalu cacatkan gaya kerja aku kot? Hahahahahah! Sori la aku tak tinggalkan bag pac tu skarang. Aku sayang giler kat beg turtle tu!

Dan untuk kesekian kalinya hari ini, aku terasa muda sesangat.Hhahahahahahah!!!!

Tuesday, May 14, 2002

Bercakap pasal tepon lagi, hehehe..

I got a sweet sms early this morning.. (1.22 a.m) -just after updating my blog last nite and it sets my good mood for today. Hilang sekejap risau dulu, takut dulu, sedih dulu, terkilan dulu. Weird huh! Just an sms can make up for the whole things I've been thru. Hah! Tiba-tiba aku lupa pada semua azam-azam aku, lupa pada semua nekad-nekad aku, dan lupa pada semuanya. The only thing I can think of today is "Let it be, if its meant to be." Aku dah tak larat nak pikir apa-apa lagi. Untuk hari ni sahaja. (I know I'll have another thought later!)

(Kejam ke aku bila aku jadik selfish untuk diri sendiri hari ni? I can't help it. Kadang-kadang terpikir jugak, mungkin orang lain pulak yang patut berkorban untuk secubit bahagia aku?)

I've been saying such things over and over again lagi! (Dejavu la pulak!)

Ke Shah Alam Glenmarie tadi, for another interview. One thing for sure, aku suka gile tengok abang yang kitorang interview tu. Dahlah cute, dengan misai dan janggut sejemput, bibir yang merekah senyuman tak sudah, dengan wajah klasik jejaka melayu, segak tinggi, dengan gelak-gelak kecilnya, abang tu memang attractive aah! He is so sweet! Furthermore, dia cakap muka aku muka familiar..macam pernah nampak kat campus dulu. Hahhaha! Terasa glemer la pulak! Hehehehe...

Dan ini menambah satu lagi sebab kenapa aku suka buat interviews ni: Sebab boleh cuci mata! Hahhahahaha!!!!

Monday, May 13, 2002

Dari zaman sekolah, aku dihantui satu penyakit yang selalu buat aku tak lena tidur, dan tak boleh concentrate, selagi semuanya tak berakhir. Penyakit aku? The huge prob of not having the guts to say things out loud.

Bila aku ada kelas tambahan kat skolah hari Sabtu, I usually informed my ayah hari Khamis. Just to get prepared. Bila aku nak stay back untuk study ngan kengkawan, malam tu lagi aku kena cakap kat ayah, coz dia pantang kalau aku inform dia lambat-lambat. Bila aku nak mintak duit untuk bayar yuran, awal-awal lagi dah kena cakap, kalau tak ayah mesti marah. Last minute katanya..

Dan tiap kali aku nak mintak izin ayah untuk buat something (even kalau nak keluar), aku akan prepare ayat2 aku satu hari suntuk. Atau mungkin dua hari. Yang aku perlu cakap cuma:

"Ayah, Yyah ada kelas tambahan hari Sabtu ni. Ayah tolong hantar boleh?"

"Ayah, cikgu mintak yuran, dia suruh bayar hari Khamis."

"Esok Yyah balik lambat. Ayah boleh mari amik dok?"

Tu je. Semudah dan seringkas tu je. Tapi hanya untuk mengatakan ayat itu, aku pasti 3-4 kali masuk toilet, 2-3 jam mengulang-ngulang ayat tu depan cermin dalam bilik, berpuluh-puluh kali ulang alik depan ayah, ulang alik masuk dapur minum air dan beratus-ratus kali bergolek-golek atas katil, tekup muka ngan bantal. Searching for GUTS.

Sebab aku tahu izin ayah belum tentu aku akan dapat. Restu ayah kadang-kadang cukup menghampakan. Janji-janji yang ditabur belum tentu dipenuhi. And when I finally managed to say that, dan kalau ayah bersetuju, aku pasti masuk bilik, dan melompat-lompat. Sebab berjaya cakap kat ayah. Tapi bila ayah tak izinkan, aku tetap masuk bilik, dan menangis puas-puas depan cermin. Dan bila air mata kering di pipi, aku keluar macam biasa, dan sambung tengok tv. Like nothing ever happened.

What a freak I used to be.

I tend to avoid confrontations. Aku manusia yang takutkan risiko. Aku manusia yang suka sembunyi jiwa (Bukan ke aku ni actress terbaik?) Dan aku pun dah terbiasa sangat tak dapat apa yang aku nak. Dah biasa. Dah biasa. Dah biasa.

Dah biasa kan Miyyah!

Ko memang terer aa Miyyah!

Sunday, May 12, 2002

Mp3: Blurry (Puddle of Mud)
Mood: Malas

Hari Ahad adalah hari untuk bermalas-malasan.

Bermalas-malasan nak bangun. Bermalas-malasan nak makan. Bermalas-malasan nak kuar, bermalas-malasan depan TV, bermalas-malasan dengan tido separuh hari dalam bilik. Dan aku tak tau apa lagi nak buat hari ni selain bermalas-malasan.

Tiap Ahad macam ni. Tiap Ahad adalah hari untuk bermalas-malasan. Nak kuar pun malas. Alah. Sumer orang ada agenda sendiri. Yang ada boyfren kuar ngan boyfren, menyesakkan Mid-Valley, One Utama, KLCC etc. Nak ajak diorang, sah-sah diorang nak mintak permission cik abang punya (walaupun aku rasa tak payah).

Malas nak campur. Malas nak pujuk orang nak kuar. Nasib baik aku bukan spesis diorang. Alah, kalau terrmasuk spesis diorang pun, apsal nak kena mintak permission plak, bukan jadi laki pun lagi... pastu kalau tak dapat approve, tak boleh kuar. Padahal kuar ngan kengkawan sendiri jek. Bukan kuar ngan jantan lain pun. Ntah apa-apa ntah. Dan mereka jadi girlfren yang baik, mengikut kata. Walau terpaksa lupakan kawan sendiri. Tu yang bohh saann tu. Boring.

Memang aku tak paham manusia-manusia yang ber'angau' ni. Dan aku tak nak paham pun. Sebab aku tak ingin lagi nak masuk spesis diorang. Hahahahha!!!!

Nak kuar ngan manusia-manusia yang takde boyfren, masalahnya sumer manusia-manusia yang takde boyfren pun pemalas macam aku. Hahhahahah!!!!

Nak kuar sorang-sorang pun boleh, tapi pun malas. Pasal budget bulan ni dah banyak lari. Yup. Budget aku sedang berlari-lari dengan jayanya. Aaaarghhh!!! Malas. Malas. Malas.

Aku memang pemalas.

Saturday, May 11, 2002

Aku amik test ni tadi.. credit to Mukeh.

I'm a sensible Motorola!
Sensible Motorola! by Dru & Sarah

Hahahaah. Ada patut dia cakap aku Motorola. Aku pakai Nokia la...!

...which reminds me dah lama telepon tu tak bunyik. Tak bunyik suara yang aku tunggu. Bunyik 'tet tet.. tet tet..' tu. Memang selalu bunyik. Tapi bukan dari orang yang ditunggu. Dan akibatnya, sekali lagi dan lagi dan lagi dan lagi aku rasa nak campak tepon tu.

Kesian telepon tu, selalu kena ketuk..selalu kena ugut nak campak. Dah berapa kali jatuh, dah berapa kali terhempas, buat demo hentak kaki aku pun dah berapa kali. Hakikatnya, aku tetap sayang tepon aku. Nokia 3210 yang dah nak masuk 2 tahun tu.

Walaupun suara dia dah lama tak dengar. Dulu aku guna ringtone 'Jika', sampai semua orang boring. Tapi aku dah tukar. Pasal bila dengar lagi sakit jiwa. Aku guna 'Something Stupid'. Lama jugak. Tapi sekarang aku tukar lagi. Pasal aku pun dah rasa stupid dah. Dan ringtone aku skarang kembali jadik ringtone 'Ghostbuster'. Biar ceria skit.

Tet tet...tet tet.
Tita.

Tet tet...tet tet.
Syaer.

Tet tet...tet tet.
Eda.

Tet tet...tet tet.
E-na.

Mungkin dah sampai masa aku kena biasa-biasakan diri untuk tak menunggu tet tet..tet tet tu lagi.

Friday, May 10, 2002

Baru lepas borak ngan Syaer. Dari pukul 10++ tadi (skarang dah 11.38 pm).Berasap telinga kanan aku ni...hahahaha! Dah lama tak gayut tepon ngan dia. Macam-macam la keluar cerita.. dari cerita kerja, sampai cerita Steadfast... sampai laaa cerita kerja balik. Haahahaha! Lega skit kepala. Takde la bengang cam tadi..!

Kenapa aku bengang? Tak larat dah nak cerita. Dah citer kat Tita, dah citer kat Feeda, dah citer kat Syaer. Malas nak mengulang-ulang cerita. Biarlah habis kat situ je.

Esok pagi nak pegi ofis lagi. Walaupun aku tak kerja sepatutnya esok, tapi aku kena pegi jugak nak buat appoinment 4 interview. Lepas tu mungkin baru kuar enjoy. Haaa! Mengingatkan aku nak ajak E-na kuar. Alamak! Budget bulan ni dah lari jauh... tak jadi la kuar esok! Duduk rumah diam-diam je la. Save duit. Hahahahah!

Dan dah abih berborak ngan Syaer tadi, Syaer tiba-tiba je cakap dia rindu kat Steadfast. Rindu kat budak-budak tu. Hmm... dan dia dah berjaya buat aku dilanda rindu balik...! Aaarrghhhh!!! Syaer bitahu dia rindu nak gi gathering ngan diorang...aku? Aku lagi la rindu...! (Walaupun hari-hari mengadap UIA)

Sungguh! Aku rindu nih! Sape nak rindu kat aku plak aa?

Thursday, May 09, 2002

Hmmm..penat. Lagi-lagi perkataan tu yang aku sebut. Memang penat pun. Tiap-tiap hari travel pegi ofis orang, ulang ayat-ayat yang sama... pikir route mana nak ambik... memang pening la jugak! Tapi bila buat camni best jugak sebenarnya. Dapat jumpa macam-macam jenis orang!

Tadi masa tunggu Komuter ke Setia Jaya untuk interview, dengar lagu Seberapa Pantas. Excited jap. Hehhehe..siap nyanyi2 lagi. Tak lama lepas tu, aku jalan ke belakang skit, baru aku sedar rupanya lagu tu datangnya dari tv kat situ. Masa tu TV tu dah lagu lain dah (music video kat NTV 7 tu). Aaaaaarrrggghhhhh! Terlepas lagi nak tengok. Tensen tul. Dahlah konsert diorang memang tak de harapan nak pegi...berangan boleh la!

And I finally realised yang aku suka tengok orang botak. They looked cute! Hahaha!

Good news. Shahir dapat masuk matric Laws kat UIA. Excited dia. Tak sia-sia la dia tunggu. Memang dia nak sangat la tu..! Nahar called, bagitau application UPU dia pun dah kuar gak. Dia dapat further kat UTM Skudai, buat Mechanical Indusrial ke apa. Dia frust gak tu, tercampak ke Johor. Dia nak gi UKM, terlajak sampai Selatan tuuhhhh! Kesian dia. Dahlah dapat choice yang ke 6 plak tu. Result dia okay je time Matrik. Hmm...agaknya ni sebab tahun ni diorang start buat Merit System tu kot...

Dan aku dah tak sabar nak cuti...! Oh. Aku nak cuti 2 minggu start 20hb karang. Balik Terengganu jaga rumah. Mak ngan Ayah nak pegi Umrah.

----
Lupa plak. To Cik Daun, Cik Ijah dengan Encik Joel (takde tinggal site dia), tima kasih sebab jadi 3 orang tetamu pertama ke rumah aku. (Iskk...iskkk...iskk...! Terharu la nih!). Sebab korang jadik manusia terawal singgah, walaupun aku tak rasmi pun lagi...ahahhaha... ada cenderahati sket utk korang. Boleh tolong tinggalkan postal address korang kat guestbook tak? Buat je private kalo tak nak orang lain tauu ok! Tima kasihh...

Tuesday, May 07, 2002

Peringatan untuk aku, dan jugak untuk orang lain: Never believe the first impression. Aku dah terkena tadi. Macam menyesal la pulak do merungut-rungut sebelum ni. Tu la Miyyah, lain kali jangan cepat judge orang...tak baik! Aku dah bersangka buruk pada orang. Menyesal la nih. Bila call orang tu orang ni, sometimes we would come across those yang peramahnya melampau-lampau, dan sampai satu tahap aku kategorikan sebagai 'gatal'. Mungkin salah aku cepat sangat menilai orang kan.

Macam tadi, mereka yang aku jumpa tadi 2-2 baik, dua-dua peramah. They are very friendly dan banyak menolong. Dan aku mula sesal sebab salah sangka semalam. You should learn to think more positive about people Miyyah! Macam 2-2 orang Encik tadi, memang aku akui, diorang dalam telepon memang sound over skit, tapi bila dah jumpa tadi, they're not that bad-lah. Mungkin nature diorang memang peramah camtu kot.. (that's what I've been installing in my mind!)

Aku suka interview yang aku buat hari ni. Dari Bangsar sampai sesat di Pudu, tapi really enjoyable. Brother yang aku jumpa di Bangsar turned out to be my senior's bf, dan memang hensem. Dahlah confident giler cara dia cakap. Kagum aku. Dan yang kat Jalan Dewan Bahasa tu pun memang baik giler. Tu lagi aah, charming abih, and he laughs a lot. Padan muka kau Miyyah! Bersangka buruk pada orang yang baik!

Err...aku dah insaf ni...!

Monday, May 06, 2002

PC kat ofis tak boleh guna. Aku salah tekan apa ntah, terus dia mintak password nak continue. Hang camtu jek. Try call Kak Eda for the password, but she just cannot be reached! Urrghhh! Kena la tunggu esok..! tensen lagi bertambah bila time buat phone calls. Terpaksa tahan telinga bila kena call sorang manusia yang suka menggaru-garu. Gatal! UUrrghhh! Macam nak bernanah telinga aku bila dia buat ayat2 gatal...peh lease..! I just can't stand this anymore! It's a torture! I hate to make phone calls to those kind of people. Hate it so much! Tambah plak kena jumpa dia esok plak tu. Uuurggghhh! What a day! Kalau bukan kerana research ni, tak ingin aku nak call. aku dahlah spesis phobia ngan tepon! Huh!

But the day was not THAT bad. Really. Despite all that, I had an overwhelming afternoon. Heh! Aku tak dulik apa orang nak cakap, but have you ever feel a certain feeling yang best sangat bila situasi camni jadik:

You're sitting at the bus stop. Ada ramai jugak orang kat bus stop tu. And suddenly satu kereta ni lalu, pastu hon kuat-kuat, with the driver purposely pusing 180 Degree (dia bawak slow-slow la) semata-mata nak pandang. Nak make sure yang orang yang dia hon tu nampak dia. Everybody was wondering who the driver was, dan saper yang dia pandang. And you know it was you. Hah! The best part is when everybody started to talk about it...tertanya-tanya siapakah gerangan yang kereta tu hon..and suddenly they know that it was YOU all along. Hahhahah!

Alah, bende ni kecik je sebenarnya..but when it happened to me tadik masa tunggu bas LRT kat bus-stop Educ, there's a slight overwhelming feeling rushed over me. Mungkin jugak rasa sedikit bangga. Dan rasa sedikit honoured gak. Sebab masih ada yang kisahkan aku yang dok melangguk tunggu bas kat situ. Hhehehhe... Sesekali dapat attention camni, terasa glemer la plak! Heheheh.. thanks Ed!

----
Takziah buat Toksik, yang baru kehilangan ayahanda tercinta.. Al Fatihah...

Sunday, May 05, 2002

Seharian mengerjakan rumah. Kemas bilik, bilik budak2, dapur..tetiba je rasa macam buat gotong royong kat skolah dulu..hehehe!! Dan sepetang tadi aku tidur. Nyenyak giler. Cuaca skarang makin panas. Bahang panas dia memang terasa sangat. Kalau kat rumah ni, siang je mesti panas.

Dan berjaya jugak aku pegi Book Fair semalam. Pegi ngan Shahir dan Shakir n met Tita there. Walaupun tak lama dok kat sana, tapi okaylah. Banyak jugak abih duit beli buku. Berjaya beli 2 buku Sidney Sheldon (kat kedai tu, 3 English books for RM25!) dan satu buku penulis mana ntah. Tak ingat. But it looks interesting gak, so aku beli je. Beli jugak koleksi Aku, Dia & Volkswagen, World Cup Special Edition ngan magazine Pengantin (Januari) untuk mak. Tak jumpa Imam by a. Samad Said. :(

Masa nak beli magazine Pengantin tu, siap tepon mak kat umah lagi tanya dia nak ke tak. Masa nak bayar tu, kakak yang jaga kaunter tu siap cakap kat aku

" Ooohh..Pengantin...adik tengah ready nak kawin ye!"

Hampeh tul. Kalau tak sebab mak aku nak mag. tu, takdenye aku nak beli. Ishhh!

"Takde la kak...ni mak pesan."

Dia sengeh je. Dia siap offer satu magazine baru keluaran Karangkraf dengan harga RM1. Tapi aku tak interested. Tengok tajuk mag tu pun tak interested. Tapi last2 aku baca gak yang Tita punya. Ooohh...mag untuk wanita bertudung rupanya. Dengan gambar Juma kat front cover. Tapi apsal tajuk magazine tu tak menariknya...kot ye pun cari title lain tak leh ke?

Masa tengah round kat atas, tetiba aku dengar announcement.

"Kepada Cik **** (aku tak ingat nama), sila datang ke urusetia sekarang kerana adik anda Miah yang memakai baju berwarna biru sedang menunggu."

2 kali plak tu dia ulang. Aku pandang Tita, Tita pandang aku, aku pandang baju aku. Shirt biru. Aiseh! Tita dah gelak2.

"Bila masa ko ada kakak nama **** ni Miyyah? Waargaahahahah.."
"Hheheh..ntah..cewah! Tetiba je nama aku glemer!Hahhaha!!"

Ntah apa-apa ntah. Tapi kan, cam perasan la kejap nama aku glemer. Waarghahahahah!!!

Dan masa nak cari pintu keluar, kami diserbu lagi oleh puak2 Karangkraf tu. Aduuhhh...pening tul kalau lalu tepi gerai tu. Siap promote suruh beli magazine promosi RM1 tu, pastu cakap kat aku yang si penyanyi Fazley tu ada kat situ untuk sign autograf. Aku cepat-cepat tarik Tita. Tak kuasa!

"Huuuuhhhh!! Daripada berasak2 suruh dia tu sign, lagi baik aku sign autograf untuk diri sendiri! lagi best!"
"Apa ko merepek ni Miyyah?" Tita tanya, tak paham.
"Tuuu la, dia cakap Fazley penyanyi tu ada kat situ..soh aku pi mintak autograp la konon..huhh!! Tak kuasa aku!! Lain la kalau Afdlin Shau..."
"HHaaaaa.. Fazleyyy!!! Manaaaaa!!!!" Ayat aku tak sempat abih lagi Tita tetiba sound excited semacam. Alamak! Aiseyyman! Camna aku boleh lupa yang minah ni minat pakcik tu?? Dan tak pasal2 aku kena tarik balik ngan Tita.

"Aku nak tengok jee....bukan nak mintak autograf pun...! Kejap je Miyyah...kejap jee!!" Merayu2 dia bila tengok aku macam berat hati. Nak tak nak, aku tunggu je la kat situ. Tita hilang sekejap di celah2 kelompok manusia tu. Keluar-keluar, muka dia tersengeh-sengeh excited. Ntah apa2 ntah...

"Nasib baik ko merungut tadi Miyyah..kalau tak tak dapat aku jumpa dia. Alah! Menyesal la pulak aku tak bawak kamera!"

Aku dah jeling dia semacam. Aduhhh!! Kawan aku...!

Dan aku tak start baca pun lagi buku2 yang aku beli tu... jadual hari ni packed, tak sempat nak baca pun. Nantilah...!

Friday, May 03, 2002

Benda-benda yang aku nak kena buat (peringatan sebelum terlupa!):

1. Tengok Musical Theatre: Fame kat Istana Budaya (can't wait for Merchant of Venice!)
2. Tengok Manchester United and The Malay Warrior kat Actor's Studio
3. Tengok The Count of Monte Cristo
4. Tengok Spiderman walaupun hero dia tak hensem (he's just cute.)
5. Pegi book fair
6. Beli A. Samad Said's Imam
7. Beli Sheldons
8. Tengok Video clip 'Seberapa Pantas' kat TV ( Hasni cakap dah kuo NTV 7, tapi aku tak sempat tengok lagi...waaaa!!!!)
9. Pegi konsert Sheila On 7 pada 11 Mei karang (hhehehe...macam boleh!)
10. Makan aiskrim Mc D yang choc dip ngan Cadburry tu...slurrrppp!

Aku memang tak sedar diri. Tengah sengkek, berangan nak buat macam-macam. Mungkin 75% apa yang aku plan nak buat tu tak mampu nak dilaksanakan. Unless... ada sesaper nak sponsor aku? ;)

Aku bukak-bukak mata selepas tertido dalam LRT masa balik kerja tadi, elok2 pompuan bersuara merdu tu melaung

"Next station, Taman Paramount."

Laaa...terlepas lagi! Ni la bahana dia kalau tido syok sangat..hehehe! Terpaksa la patah balik. Buat malu betullah ko ni Miyyah! Masuk-masuk dengan kepala yang masih tak stabil, terserempak Kak Yatt yang baru balik kerja gak. Dia dah nak kawen rupanya akhir bulan ni. Laaa...sorang lagi nak tukar status. Hahahaha! I wonder who's next? Mungkin aku kot. Bukan ke aku nak kawin esok... hehehehehe!!!

Thursday, May 02, 2002

U know what Tita, if you love someone, all you want is for them to be happy, even though you're not part of their happiness. and thats what I've been trying to do now.

That's the last line dalam emel aku pada Tita tadi. *Sigh*. Aku tau dia cuak ngan aku. Aku pun cuak ngan diri sendiri.

Aku pun nakkan bahagia. Sape tak nak hidup hepi-hepi. Semua orang nak bahagia. Takde orang nakkan derita. Aku pun tak nak hidup kusam sepanjang masa. Cuma kadang-kadang, bila kita tak mampu nak bahagiakan hati kita, cuba-cubalah bahagiakan hati orang.

Aku bukan sesuka hati nak berkorban macam tu. Aku masih waras. Masih boleh berfikir dengan betul. Dan sebab masih boleh berfikir dengan betullah aku amik keputusan ni. Tipulah aku kalau aku cakap sikit pun aku tak rasa apa-apa. Tipulah! Mana boleh aku tak rasa apa-apa bila lepaskan apa yang aku cuba genggam selama ni. Walau dengan kerelaan. Sedikit sebanyak rasa macam disiat-siat jugak. Sayu.

Bukan senang nak lepaskan sesuatu yang dah dalam genggaman. Cuma yang dalam genggaman tu tetap bukan milik aku. Sampai bila-bila. Jadi apa salahnya aku korbankan seciput rasa aku ni untuk bahagiakan orang2 yang aku sayang? Tak salah kan. Mungkin aku bukan spesis yang luahkan terang-terang, bukan spesis yang menabur ayat-ayat manis, tapi sesungguhnya aku sayangkan mereka. Dan aku cuma nak mereka bahagia. Itu sudah cukup untuk buat aku lega. Dan keputusan itu yang terbaik sebenarnya.

Sayang. Mungkin senang nak sayangkan orang. Tapi bukan senang nak lepaskan sayang tu. Bila sayang tu tidak lagi layak untuk aku miliki. Bila sayang itu lebih layak untuk jadi milik orang lain.

Wednesday, May 01, 2002

Satu hari ni kerja aku asyik membelasah pc. Pagi-pagi bangun tadi, terus ngadap pc, dok scan gambar2 untuk rumah baru. Banyaakkk...pening kejap nak susun. Hhehehe...yup. Aku tengah bertukang sakan nak siapkan rumah yang satu tu. Kalau rajin, jengah-jengah la. Rumah aku tu tak buat open house lagi, tak buat perasmian betul2 pun lagi. Masih dalam proses menghias dan menyelenggara lagi. Yelah, segan pun ada. Aku bukan expert. Buat suka hati perut je. Simple-simple je. Berguru pun dengan buku...

Dahlah tu, rumah tu memang aku tak kasi link langsung ke sini. Hehhehe..saja. Malas. Aku kan phobia. Kalau aku kasi link kat site ni, abih le aku. Dah takde privacy aah! Aku memang TAK NAK ramai orang tau pasal blog aku ni. Especially kengkawan sendiri. Cukuplah Tita sorang je yang tau. Sebab tu aku SENGAJA tak nak linkkan site ni. Kalau sesaper rasa nak singgah, singgahlah. Cuma maaflah, aku tak mampu hampar karpet merah ye...

Sentuh pasal privacy, aku nak mintak maap la kat sesape yang menyinggah site ni. Aku sebok, tak sempat nak pelawa masuk elok2. I just want to take this chance to say thank you for reading mende alah merepek yang aku tulis selama ni. Aku singgah jugak rumah2 kengkorang, cuma tak berkesempatan nak jumpa tuan rumah..mintak maap ye.

Aku tak pernah mintak satu dunia baca blog aku. Dan aku tak nak pun. Cukuplah aku tau ada beberapa kerat orang yang sudi nak dengar dan baca luahan aku. Itu dah cukup. I don't really like publicity. Biarlah apa orang nak kata. Aku menulis bukan sebab nak glemer, atau nak meraih simpati. Jauh sekali bercita2 nak jadi penulis terkemuka.

Aku cuma menulis sebab nak ada orang dengar luahan aku. Tu je. Sorang pun cukup dah. Hahh! Dalam kes meraih peminat ke sini ni, terus terang aku cakap, aku bukan manusia yang bercita-cita tinggi! Dan kalau ada yang terbaca apa yang aku tulis ni pun, korang tak payah datang selalupun takpe. Aku tak kisah.. Ahaks!

Mesti korang pikir...ada jugak manusia macam ni ek! Hhehehe... inila aku.