Tuesday, April 30, 2002

Aku rasa habih2 je research project ni...aku akan berjaya dengan kejayaan yang sesungguhnya. Kejayaan mengenal jalan-jalan kat Kolumpo nih! Tadi contohnya...sampai berpusing2 cari Bank Industri dan Teknologi. Yang aku tahu, kat Jalan Sultan Ismail. Dahlah Jalan Sultan Ismail tu panjang. Ntah kat mana ntah.

Untuk seorang Miyyah yang seMEMANGnya buta jalan kat KL ni...memang aku blur terus. Kena plak, pegi ngan Eda, yang jugak selama ni bergantung pada kereta orang dan public transport sahaja nak ke mana2. Luar kawasan, memang jahil arah laa...!

Kredit phone aku...dari RM22 sampailah tinggal RM 9 je lagi, asyik dok call situ sini tanya arah. Naik turun LRT cari tempat. Jumpa Eda kat KLCC. Feeda bagi direction ke Kg Baru. Turun2 kat Kg Baru, aku cuma boleh nampak bangunan Bank Pembangunan yang kat sebelah dia. Jalan ke sana? Hampeh aku tak tau. Pastu berenti plak kat Dang Wangi. Telepon situ sini, dapat direction terus redahhhh je.

Dan selepas penat berputar2, dan macam nak patah kaki aku, akhirnya jumpa jugak. Tak de la tahap sesat. Dan kiranya aku patut bangga la jugak ngan diri aku sendiri sebab tak sesat! Memang aku patut bangga! Sebab hari ni aku dah kenal Bangunan Bank Industri tu. Dan jugak bangunan2 lain yang berhampiran. Hah! Bagus kan!

Dan bila dan duduk dalam ofis tempat yang dituju, Encik tu pun bertanya la..

"Datang ngan apa tadi?"
"Dengan LRT...dekat je tu..."
"Ooo...senang la skit kan.."
"Ha'ah. Senang... Tak susah nak cari jalan. Senang je...lain kali pun boleh datang lagi..."

Eda kat sebelah jeling aku semacam. Hahahaha. Macam senang giler laa aku nak cari tempat tu..heh!!!



Monday, April 29, 2002

Oppss..lupa. Aku cuti balik kampung dari hari Khamis baru ni. Tu yang tak update lama tu..hehehe! Balik kampung biasalah, langsung aku tinggalkan kerja2 kat KL, malas nak bawa balik sekali. Bukan tak ada internet kat rumah, cuma malas nak connect. Susah sangat. Tengah malam baru boleh online. Dan selalunya, aku dah nyenyak berulit mimpi dah time tu...!

Kalau boleh aku tak nak pikir masalah yang aku tinggalkan kat KL. Rimas. Kurang-kurang boleh ringankan kepala otak skit kan! Masalah, jangan pikirkan sangat. Buat apa nak dipikir benda yang boleh merisaukan! Betul tak?

Balik baru ni mak tanya lagi, sampai bila aku nak kerja macam ni? Tak nak cari kerja lain ker? KUSTEM ada, cuba-cubalah tanya kalau ada jawatan kosong kat sana. Ayah ada kenal orang kat situ. Masa pegi rumah Tok di Hiliran, Mak Ani bagitau Kolej Yayasan Terengganu tengah cari English lecturer, risik-risiklah. Bila berziarah ke rumah Teh Lah pulak, alih-alih soalan bila nak kawin jugak yang dia bukak. Aaarghh!

Aku cuma senyum bila soalan2 macam tu diajukan lagi. Pada Teh Lah aku cuma senyum. Nak je aku jawab macam aku selalu jawab kat budak2 sini

"Esok saya nak kawin. Pukul 2 kat Masjid UIA."

Tapi tak tergamak la pulak. Tak pasal2 kang kena penampor dua tiga bijik. Hehhehe. Aku cuma senyum je la. Sengeh. Pastu gelak2. Dan macam biasa, last2 mulut dia diam jugak. Bukan susah sangat nak tutupkan topik tu...

Pada Mak Ani pun aku sengeh. Aku angguk-angguk, tapi semua orang tau angguk-angguk aku tak boleh pakai. Angguk-angguk yang cuma nak sedapkan hati diorang. Bila Kak Yong tengok aku angguk2 kat Mak Ani, Kak Yong cakap

" Huuuh...memilih!"

Dan aku sengeh lagi. Biarlah apa korang nak cakap. Dan pada mak, bila dia ajukan soalan yang lebih kureng je, aku bagitau mak...

"Tunggulah dulu. Releks aah. Biar saya buat apa yang perlu dulu. Orang ada plan gak. Tunggu la orang buat plan orang dulu. Bila dah tak jadi, bila dah tak daya, bila dah terdesak sangat baru orang mintak tolong orang lain..."

Semua orang cakap aku cerewet. Memilih kerja. Mak dah tak sabar nak tengok aku dapat kerja tetap. Mungkin jugak aku memang pemilih. Yang aku buat sekarang cuma sabar. Kejayaan takkan dapat dalam sekelip mata. Bukan aku tak pikir plan masa depan. Aku ada plan hidup aku. Rancangan2 aku for this 5-6 months. Aku ada. Bagilah peluang untuk aku berusaha dengan cara aku. Bila aku dah terdesak sangat nanti (I hope not!), baru aku lembutkan hati, ikut cara diorang plak. Aku keluar pun baru 6 bulan, awal lagi. Bagilah peluang aku bernafas cara aku. Kalau tak boleh, aku janji aku pinjam tangki oksigen diorang!

Mintak-mintak la bekalan oksigen aku cukup!

Tuesday, April 23, 2002

Kenapalah rasa emos ni perlu melanda lagi. Dan aku terpaksa berpatah balik ke bilik walaupun masa tu dah sampai kat bus stop tunggu LRT sebab phone aku tertinggal. Dan kali ke berapa dah phone tu tertinggal. Dah la tu, masa nak lintas jalan, kali aku terpelecok, dan aku terduduk kat tepi jalan mengerang kesakitan yang amat. Masa tu rasa nak nangis pun ada. Dahlah terlepas bas. Tambah2 lagi plak, dengan kaki yang dah makin bengkak, terpaksa jalan slow2. Sampai kat Asia Jaya, bas pulak buat hal. Rosak. Sudahnya, dekat 45 minit kena tunggu.

Dengan kaki yang sakit, jiwa yang sakit, hati yang bengkak dan otak yang serabut, aku betul2 rasa nak menangis.
4.50 pm
Mendung kat luar makin gelap. Gelap. Gelap. Kat dalam ni pun gelap. Mendung nak hujan. Aku tak nak hujan, pasal aku lupa bawak payung.

Baru sudah makan kuey tiaw basah yang banyak sayur dan cukup pedas. Aku rasa macam nak menjerit bila kuey tiaw aku lambat siap. Rasa macam nak menjerit bila kuey tiaw aku banyak sayur.Macam nak menangis geram bila aku angkatkan sayur2 hijau tu satu persatu letak tepi pinggan... dan macam nak menerajang kerusi bila kuey tiaw tu pedas...geram! Tiba-tiba aku geram sangat-sangat. Dan aku geram sampai aku rasa nak nangis..!

Sengaja aku makan jauh-jauh dari stall bebudak Steadfast kat HS tu. Sengaja. Memang seronok dikelilingi diorang. But I still have to remember, that I'm not part of them anymore. *sigh*.
Aku cuba mengelak tadi. Sungguh aku cuba! Tapi tak daya jugak. Sudahnya terpaksa jugak mengadap muka yang aku cuba nak elak 2-3 menjak nih. Cepatlah aku boleh berambus dari sini.. Tak payah nak jeruk dan pekasamkan jiwa raga bakul plastik aku ni lagi. Dah tak larat nak pretend that nothing happened, dah tak larat.

Watif cakap tadi diorang tak sure lagi jadi ke tak pegi Terengganu akhir May karang. :( Hmmmm...I should have expected that. Sedih la jugak. Baru plan nak ajak diorang datang umah nanti. Next time la kot.

Hmmm...mendung je kat luar. Kat dalam ni pun mendung. Pasal aku tak bukak lampu. Biarlah mendung. Gelap. Muram cuacanya. Cuma janganlah hujan...! Aku tak mampu nak basah lagi sekarang. Payung pun aku lupa bawa..

Tangan sudah dilambai,
Kasih sudah berderai.
Senyum terukir di bibir,
Hanya sayang yang jadi tabir..

Monday, April 22, 2002

A'kum Tita,

Well, aku rasa lagi best aku tak keje satu tempat ngan ko pasal kalo kita keje sama-sama, I won't have the thrill of writing emails to you ever again. Dan mailbox aku hanya akan penuh ngan junkmails budus tu. Hahahah...

Anyway, sorry again coz aku tak 'mampu' layan ko masa kat wedding Nib semalam. As I explain in my sms last night morning, there're lots of things going on in my mind. I really don't know how to put those in correct words. Dengan masalah yang sarat kat kepala, dengan responsibilities yang makin banyak meminta aku untuk BERKORBAN lagi, aku tak mampu nak satisfykan semua orang. Sori. Aku tak suka nak cari pasal ngan orang. Tapi kalo orang tu cari pasal ngan aku...that's it lah kan!

I don't know what had happened to her, but I'm sick of everything. Itu bukan DIA yang aku kenal dulu. Bukan DIA yang aku pernah percaya. Aku tahu manusia ni ada ups and downs, ada sifat2 yang boleh dikawal dan tak boleh dikawal. And in this case, dah TAK TERKAWAL. Dan aku pun tau ni bukan kali pertama dia buat perangai. Tapi aku jugak tau ni bukan kali terakhir. Dan sebab tu aku menyampah. Aku menyampah nak tengok historIES being repeated. Aku cukup takut if one day I would wake up and realize that I don't want to be her friend anymore. Jangan sampai dia hilang kawan. Jangan kerana amarah bodoh dia, jangan kerana attitude dia sendiri, dia hilang segala-galanya. Aku harap dia tak hilang semua.

Aku dah penat Tita. Aku dah terlalu penat nak layan kerenah dia. Dah tak larat. After all these years, aku dah hampir nak give-up. Aku tak suka bencikan orang, dan jangan sampai satu hari aku bencikan dia. Aku tak nak benci kat dia. Aku cuma harap aku tak sampai bencikan dia.

Dah terlalu banyak benda yang jadik. Dari before kita grad, sampai la ni, dah banyak aku sabar. Dah banyak sangat. And u know what, kadang-kadang aku menyesal sebab pernah TRUST dia. Aku menyesal aku
ceritakan pada dia hari tu. And now, I don't know whether I can trust her or not tentang cerita tu. Dulu memang I made her promised not to tell anyone even apa jadik sekalipun. Even walau kitorang gaduh besar. Memang sekarang ni aku tak gaduh besar ngan dia. Tapi ni dah perang dingin yang ke berapa puluh dah. Mula-mula perang dingin la...lama-lama boleh mencetus Perang Dunia! Aku cuma boleh harap dia pegang pada janji dia yang satu ni (walaupun janji-janji lain dah banyak hancur)

Mungkin ko rasa aku tak patut rasa camni. Sebab cause dia kecik sangat. Benda bodoh. Tapi benda-benda bodoh ni dah makin merebak. Dari dulu, sampai sekarang. Macam virus. Macam time bomb. Satu hari meletup gak. Sabar aku pun ada tahapnya. Kalau dah hilang rasa hormat seorang kawan kepada seorang kawan yang lain, perang nuklear pun mungkin boleh meletus.

Aku cuma boleh harap perang tu tak jadi.


(Sori Tita, aku jadikan ini emel terbuka.)

Sunday, April 21, 2002

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK NIBRASAL FIRDAUS DAN MOHD SOFI.

Seawal pagi tadi aku bangun, tak sabar nak pegi kenduri kawin Nib. Tak tau la apa yang aku eager sangat nak pegi.. mungkin sebab ini pertama kali seorang kawan rapat aku kawin. I want to be there. Bukan tak ada kengkawan/senior/junior aku yang kawin sebelum ni, tapi ni la best friend aku yang pertama langsungkan hari bahagia. Aku pun tumpang bahagia sama. Excited sangat.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Nib dah sah jadi isteri orang. Rasa macam tak caya je dia yang dulu jadik roommate, dulu gila-gila buat perangai, dulu masih bersifat kanak-kanak riang... kini isteri orang. Bukan tak terlintas, cuma tak terbayang satu hari, hari ni, kawan aku tu dah bergelar isteri. Hak milik sang suami sepenuhnya. Tak boleh lagi kuar suka hati macam dulu, kecoh-kecoh macam dulu, buat keje jahat macam dulu. Semuanya kena mintak izin suami.

Masa nak lepaskan kitorang balik tadi, Nib tiba-tiba je sebak. Ngan kitorang sekali macam sayu. Macam tak percaya hari ini dah sampai. Hari di mana kami akan lepaskan seorang kawan untuk jadi milik mutlak seorang lelaki bergelar suami. Dan personally, aku berharap benar Sofi akan jaga dia dengan baik. Aku tahu Sofi takkan persiakan dia. dan aku benar-benar berharap mereka akan bahagia sampai bila-bila!

Saat paling ditunggu mesti la masa pengantin bergambar. Masa tu la nak mengusik sakan. Masa tu la ada peluang nak menyakat habih-habisan. Hahahaha! Biasa la, siapa lagi yang suka 'membelasah' pengantin berdua tu kalau tak aku. Hahahaha..!!!! Macam-macam arahan aku, order aku..sampai Nib dah menjeling geram. Hahhaahhah!!!

"Takpe...takpe...hari ni hari korang..! Sedapnya menyakat orang ye..nanti la, turn ko karang Miyyah, siap la!"

Aik..macam nak balas dendam je Nib..ahhahahahaha!!!!

"Alah. Time aku kawin nanti, ko takkan ada masa nyer nak nyakat aku. Pasal masa tu ko mesti sibuk layan anak ko..ahahhahaha!!!!"
"Cisss...kureng aa ko..!"
"Muahahhaha....Nib...aku rasa kan, masa amik scroll bulan 9 karang, orang lain naik pentas sengsorang, ko mesti naik pentas tu 'berdua'...ahahahahahha!!!"
"Hiiishhh! Ko ni kan...siap la. Aku memang balas punya aa..ko tunggu aa Miyyah...!!!"

Memang ayat dia berbaur geram campur nak balas dendam. Muaahahahahha!!! Aku tau, kalau turn aku sampai karang, bukan dia je...ramai lagi yang akan balas dendam. Semua tak sabar tunggu turn aku untuk balas dendam. Jadi sebelum aku kena, baik 'belasah' puas-puas kan? Kalau nak menyakat, biar puas hati...!!! Muahahahahahah....!!!!

Sehari yang penuh gelak tawa, terharu, sedih, terkilan dan bermacam-macam perasaan yang bercampur dalam jiwa. Dan sekejap aku rasa macam nak kawin jek. Tapi kejap kemudian rasa macam tak ready nak kawin lagi plak. Hhahahahaha!

Saturday, April 20, 2002

Baru je habis tengok AIM 2002. M Nasir banyak menang eh! Baguslah...dah sampai waktu orang seni yang masih aktif diberi penghargaan sebegitu. Selalu, yang diiktiraf sama ada yang dah takde, atau yang tua-tua. Kelainan jugak la. So, kesimpulan yang aku boleh dapat dari AIM 2002 malam ni ialah:

1. Aku tak suka sangat Bob Lokman jadi mc. Aku tetap suka Aflin Shauki (biasaa...hero favourite aku!). Bob perlu banyak belajar kawal ayat-ayat dia. Dan dia nampak kaku, Afdlin nampak natural. Of course le kan, Aflin dah terer...

2. Aku mula jatuh chenta suka pada Pretty Ugly walaupun diorang tak menang..hahahaha!! Comel jek diorang nyanyi!

3. Aku tetap tak suka Yasin. dan aku suka lawak Aflin yang "Seornag penyanyi nasyid tak patut digelar artis seksi, jadi kita tukar kepada artis mengancam gilerrrr!!!" Somehow, I found it very sarcastic. Hahahhaa!!

5. Satu dewan aku rasa bersorak masa Dayang Nurfaizah menang bukan sebab dia menang, tapi sebab Siti kalah. Kesian Siti...

Dan mereka timbulkan isu cetak rompak lagi. (dan ko suruh aku beli cetak rompak lagi ye Nuckelhead!). Tak habih-habih dengan cetak rompak. Marah situ sini, kecewa itu ini. Salahkan orang itu orang ini. Cuba tanya dulu, kenapa orang beli cetak rompak? Sebab harga dia murah. Kalau yang original harga dah RM40-45, cetak rompak boleh dapat yang tak sampai RM 10 satu. Kualiti lebih kurang. Memang le orang akan beli yang murah kan!

Aku pons penyokong setia cetak rompak gak..opps..! Tershashul la. Aku dah lama tak beli CD yang TAK original ni..sebab skarang boleh buat sendiri..hahahahaha! CD Writer dah bersepah kat kedai, lagi senang nak mencetak, dari merompak!

Tapi aku cuma nak bagi contoh ni. CD yang aku baru beli 2 hari lepas. Sheila On 7. Kenapa CD Linkin Park, CD Lifehouse, CD Greenday dan etc aku selamba je buat copy, tapi So7 punya aku beli original? Satu lagi CD yang aku beli original..The Best of Exists.

Sebab...ntah. Mungkin sebab aku memang minat giler kat So7 tu. Dulu-dulu aku beli kaset, sekarang aku tukar pada CD. dan mungkin jugak sebab aku tahu yang lagu-lagu dia best (dan aku tetap tak salah pilihan!). Sebab tu aku sanggup beli jugak. Lagipun, harga dia kurang skit dari harga CD lain - walaupun yang tak original jauh lebih murah.. (atau mungkin sebab aku kesian kat Indonesia yang tengah sengkek)

Cuba kalau syarikat rakaman turunkan harga, sure cetak rompak dapat diatasi. Itu diorang tak pernah pulak sebut. Asyik suruh kita je beli yang original, habih kalau original mahal sangat, orang akan cari alternatif lain..! Itu diorang tak nak pulak buat. Kalau susah nak turunkan sampai bawah RM 10 pun, kurangkanlah...RM 15-20 pun ok dah.. aku tak tau orang lain, tapi kalo aku dahboleh beli dah-dengan syarat lagu2 sumer best aah!

Betul tak?

Friday, April 19, 2002

Aku rasa nafas aku sedikit sesak. Dan menyedut udara dalam ofis ni pun rasanya tak larat. Kepala aku pening-pening. Perut aku takde la kosong, cuma berlapikkan roti dan sardin yang aku beli tadi. Dan sedikit air. Sebutir nasi pun aku tak telan lagi. Takde selera. Sudahnya, pening aku menjadi-jadi. Kepala jadi berat. Rasa nak tidur je ni. Rasa nak terbaring. Letih. Penat. Lemah.

Tu la Miyyah...selalu sangat tak makan. Kan dah lembik..
Aku bukan tak nak makan la, malas nak turun bawah. Malas nak makan sengsorang macam orang bodoh. MALAS. Lagipun bukan aku tak makan langsung, aku lapik perut aku.
Takkan diet kot?
Perkataan diet memang ada dalam kamus hidup aku, tapi aku tak pernah praktik pun. Alasan tu tak kukuh.
Dah tu?
Selera makan aku kurang. Selera tidur aku pun dah kurang walaupun selalu mengantuk. Tiap-tiap malam aku tido lambat..aku pun tak tau apsal. Selera bercakap aku lagila..mengalami perubahan drastik.
Sakit?
Ntahlah. Sakit jiwa kot. Kan aku dah cakap, aku tak boleh sunyi. Aku tak boleh sengsorang. Nanti dilanda sakit jiwa ni lagi.

Sungguh. Dah lama aku tak jadi W Na*miyyah. Mana dia pegi...?
Balik dari ofis tadi (maksud aku semalam since aku masukkan entry ni pagi Jumaat) aku singgah ke CM semata-mata nak beli CD Sheila On 7. Sanggup mengorbankan tidur yang cukup lena, yang beralaskan air conditioner dalam LRT tu. Turun-turun dari LRT, jalan aku tak laju macam biasa. Maklumlah, ngantuk...heheheh! Biasanya waktu-waktu camtu aku tengah lena dalam LRT di tengah-tengah orang ramai yang berasak-asak balik dari kerja.

Mula-mula aku survey kat kedai kaset sebelah Mc Donalds tu. Alamak. RM40.00 dia letak. Hari tu masa pegi Jusco Wangsa Maju, kalau tak salah aku dalam RM36++ je. Apa plak letak sampai RM40 ni. Ingat dah tak jadi beli dah. Dan bila pikir masa masih awal lagi, aku pun menapak slow masuk dalam CM tu.

Pemuzik dan penyanyi jalanan masa tu sedang mengalunkan lagu Apokalips M Nasir. Ada juga halwa telinga hari ni. Dah lama sebenarnya aku tak jejak CM. Ada la dalam 3 bulan.

Masuk dalam CM, masih macam dulu juga. Tak ada apa yang berubah, cuma pameran aktiviti2 yang pernah dianjurkan oleh CM sedang berlangsung. Aku masuk kedai kaset kat level bawah tu. Jeling CD So7 tu, hmmmm...lagi parah. RM42++. Sah-sah aku tak beli nih! Takpe la. Survey kedai atas la pulak.

Aku pun naik kedai atas. Terpampang kat bahagian New Releases tu CD ngan kaset yang aku cari. Hah! Kat sini boleh pulak RM36.90 harga CD dia. Terus aku capai. Aku belek-belek. Nak beli tak nak? Ada sikit reluctant la gak kan. Tapi bila fikirkan dah sejauh tu journey aku hari ni, so aku beli la. Masa aku bayar, jurujual kat situ hulurkan satu poster free. Poster Sheila on 7 la..! Aku senyum je. Dalam hati, terpikir jugak, apa aku nak buat ngan poster tu. Nak tampal? Kim salam le kan. Dan poster tu masih tersadai kat bilik tu. Ada sapa-sapa nak? Aku bagi free.

Dan aku keluar dari CM dengan perasaan yang aku sendiri tak tau camna nak describe. Aku jalan tuju Stesen LRT Pasar Seni dengan otak kosong. Tiba-tiba rasa macam jadik patung bernyawa kejap. Jalan tanpa perasaan. Takde rasa. Kosong. Tertanya-tanya jugak, kenapa aku tak rasa eager cam biasa lepas dapat apa yang aku nak?

Melintas jalan, naik tangga LRT, berdiri dalam LRT, sampai Asia Jaya, turun, tunggu bas, naik bas, turun bas, sampai destinasi tujuan. Setiap hari, rutin aku hampir sama.

Dan aku mula rasa kosong lagi.

Dan oh! Lagu-lagu Sheila on 7 kali ni pun best-best. Tapi lagu pertama yang aku asyik dok ulang-ulang skarang: Buat Aku Tersenyum. Best ooo!!!

Wednesday, April 17, 2002

Hahaha. Aku gelak.
Hahaha. Aku gelak lagi.
Hahahahaha. Aku gelak panjang-panjang.

Ketawalah. Andai dengan ketawa itu boleh memberi aku kepuasan.

Aku senyum.
Aku lebarkan senyuman ini.
Sampai ke telinga kalau mampu.

Senyumlah. Andai dengan senyuman itu boleh melegakan.

Ketawa tak semestinya bahagia. Senyum juga tak bermakna sedang gembira. Dan menangis tak bererti tengah derita. Apa yang aku lalui sepanjang 23++ tahun aku hidup ni banyak ajar aku tentang peri pentingnya mengawal emosi. Jangan cepat terlajak, tapi jangan pula tak sampai. Dan sampai sekarang aku kira aku masih mampu mengawal deria rasa ini. Memang ia pernah terlajak, pernah juga tak sampai, tapi itu pengalaman yang aku simpan.

Terlajak. Hah! Terlajak ni susah. Ibarat rakit yang terlajak ke tengah. Bukan senang nak melawan arus, menarik rakit kembali ke darat. Bukan senang juga menahan kencang angin, menongkah ombak yang gigih menarik rakit untuk lebih ke tengah. Susah!

Nak dibiarkan? Untuk apa dibiarkan kiranya kita tahu rakit itu bakal pecah. Rakit yang dibina tidak selamat. Bukankan lebih mudah membina rakit baru, dan tidak menghala arus bertentangan?

Dan rakit aku? Masih terapung-apung, tapi bukan sesat cari hentian. Hentiannya ada. Kekal di situ menanti rakit tiba. Tapi ke depan rakit itu tak mampu, ke belakang rakit itu tak daya. Dan dah hampir hancur pun rakit itu diredah ombak.

Ombak jahaaaaaaaaaaaaaattttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku sudah hampir mampu menarik rakit aku ke darat. Mungkin aku patut bakar hancurkan saja rakit itu. Dan bina rakit baru.

Maaflah. Aku berkias-kias. Bercakap direct mende2 camni aku tak pandai.

Tuesday, April 16, 2002

Dan dengan rasminya aku berjaya merampas kuasa mutlak! Hahahahahha!!! (*gelak evil giler*) Hari ni last day Tita keje. She got a better offer at an international advertising company. Good for her. Esok dia start keje sana. Feeda amik alih tempat dia. Dan dengan blahnya dia adalah ibarat satu penyerahan kuasa besar pada aku. Hhehehehe...!

Kira dalam kitorang 3 orang (aku, Eda nad Feeda), aku la paling senior kat situ. Before this, aku sama ngan Tita. Sekarang, aku paling lama la. Kunci bilik kat aku. Apa-apa nak buat semua kena consult aku la..hahahaha! Pasal aku paling lama kat situ. Cheh! Baru 3 bulan! Muaahahahah..tapi kira lama la kan, compared to Eda and Feeda. At least, experience aku lebih skit. Dan semua kerja kat situ aku tau.

Tiba-tiba aku jadi gila kuasa. Hhehehe..

"Hahaha...kira kan, aku skarang dah pangkat senior la ye ko takde Tita.."
"Ha'ah kan. Dr Subra pun cakap camtu..heheheh! Apa lagi Miyyah!"
"Tu la..hahaha...aku dah naik pangkat jadik senior researcher. Hahahhaha!!!"
"Perasan! Blah la ko. Sedor diri la ooi!"
"Feeda jadi junior. Eda intermediate nyer level. Hahahahha!! Aku paling senior. Hinsss...hinsss!"
"Cheh! Eeeyyy...blahhh laaa! Perasan la ko nih!"
"Hahahah..sebab aku dah senior kat sini, aku rasa aku nak cari sekreteri la sorang..hahahaha!!"
"Hhhhhuuuuuuhhh! Mula la tu merepek dia tu. Malas aa nak layan ko..!"

Anyway, aku tau keje aku memang makin bertambah. Nak explain kat Feeda lagi, nak terang kat Eda lagi flow of the whole research...dan nak settle things yang pending tu. Aku ingat nak blah gak akhir bulan ni, tapi cam tak sampai hati la pulak dengan Dr Subra. Susah nak cari orang ganti skarang ni. Kot ye pun, biorler abih interview dulu. Tak pun, biar Feeda ngan Eda dah biasa ngan kerja diorang. Baru senang ati nak leave kan.

Merayau-rayau di Alpha Angel Wangsa Maju, cari hadiah untuk Nib (she's getting married this Sunday). Sempat jugak kitorang lepak depan TV kat electrical section tu, tengok citer Mis Tres Hermanas. Selambaaa...cashier kat situ pandang2 je. Maunya tak, tercegat ngadap TV. Buat cam TV sendiri ek. Lantak.

Dan mula la merepek pasal kawin2 nih. Hmmm..dah nak kawin roomate aku tu. Kejap je. Dan Eda bagitau, tadi Nana sms dia bagitau dia kawin pagi tadi, kul 9.30 kat Sabah. Terkujat aku dengar. Sebab ari tu dia cakap kawin bulan 5, alih-alih seminggu sebelum Nib. Plan nak kawin kat sini, alih-alih balik Sabah. Huuuuhhh! Terkejut betul.

Surprise..surprise! Kengkawan aku dah ready rupanya nak step dalam dunia rumahtangga. Masing-masih dah ready nak pikul tanggungjawab. Dah matang untuk hidup berpartner.

Dan aku? Huh! Dunia dewasa pun belum lepas...

Monday, April 15, 2002

Miyyah,

Untuk hidup, kau perlukan pengorbanan. Korban hati, korban jiwa, korban perasaan. Hari-hari kau bernafas senang, akan ada ramai yang sanggup memberikan korban, dan hari-hari kau bernafas sesak, makin ramai yang datang menuntut korban darimu.

Bila berhutang budi, balaslah jua dengan budi. Taburlah walau jalan yang kau lalui berkaca berduri. Balaslah, walau budi itu sekelumit cuma. Balaslah, walau budi yang dihulur tidak benar-benar ikhlas. Balaslah, walau budi itu tidak pernah menjanjikan apa-apa. Balaslah Miyyah, kerana budi kau masih di sini.

Bila budimu dihutang, jangan dipinta akan balasan. Biar budimu ditabur sepelusuk ceruk, namun menagih balasan jangan sekali. Biar berkorban apa yang perlu, dan memberi bila diperlukan. Untuk sahabat hatta seteru, budimu bukan untuk disanjung, ikhlasmu bukan minta dijunjung.

Bila kau mengguris hati, cepat-cepatlah balutkan lukanya. Agar tak berdarah bernanah. Hati yang terasa mungkin hilang sakitnya oleh masa, tapi parut yang tinggal pasti terlekat jua di jiwa. Hati mereka itu indah. Terlalu indah untuk dilukakan. Terlalu indah untuk diguris sekalipun. Maka jagalah dengan kasih murni, ikhlas tulus dari hati.

Bila hatimu dicalar dikelar, biarkan. Usah kau harapkan simpati orang. Usah kau impikan balutan kemas, ubat-ubatan tanda kasih simpati mereka. Bukan mudah mencari penawar, pada luka yang entah bila akan sembuh. Hatta diremuk hebat sekalipun, jangan sekali kau harap ensahnya orang. Rawatlah sendiri, dan jadilah doktor untuk dirimu sendiri. Walau bukan dari mereka yang pakar, sekurang-kurangnya luka itu bakal sembuh juga, Insya Allah.

Miyyah,

Ingatlah, bila mereka bangun bercakap, maka diamlah. Usah jadi manusia angkuhkan kuasa. Usah jadi manusia yang lupa akal fikiran. Usah jadi manusia yang tamakkan perhatian. Diamlah. Kerana diam itu lebih baik dari berkata songsang. Diamlah, andai bicaramu bakal meledak amarah. Diamlah, andai nadamu bakal mengundang fitnah. Dan diamlah, andai katamu bakal menyisip dendam yang tak sudah.

Ingatlah, bila maruahmu dicabar, usah melatah tanpa akal yang waras. Usah bersekongkol dengan serakah Syaitan yang tidak pernah putus asa. Walau kau dihina, ditikam, dan dipertikaikan sekalipun, waraskan fikiranmu, matangkan usiamu. Api bukan untuk dilawan dengan api. Pilihlah air jadi pengganti.

Ingatlah, bila mereka memilih untuk didengar, maka dengarlah andai dengan telinga boleh kau kurangkan derita. Jangan kau lari dari hormat, dan jangan kau elak dari hakikat. Sezalim-zalim manusia, masih ada secangkir sifat mahmudahnya. Masih ada sekelumit hati baiknya Terpulang padamu untuk menilainya. Nilailah peribadi, bukan rupa diri.

Miyyah ingatlah,

Cantiknya manusia dinilai dengan peribadi diri, bukan pada jelitanya si puteri atau gagah perkasa sang lelaki. Luhur budi yang dicari, bukan angkuh sombong yang menentang arus. Sucinya peribadi lambang akhlak terpelihara, cermin awal didikan yang yang berjaya. Dan cantik ini hanya dapat dinilai oleh mereka yang tidak buta hati.


Pesanan untuk Diri dari seorang Diri.

Ini yang aku pegang. Ini yang aku simpan. Walau sepahit manapun hempedu ditelan, lama-lama pahitnya hilang juga. Walau remuk redam hati berantakan, lama-lama retaknya sembuh juga. Korban itu sudah sebahagian dari aku. Aku tahu aku tak perlu mengalah selemah ini, dan aku juga tahu ada jalan lain yang boleh aku pilih.

Tapi aku memilih untuk tidak melupakan. Tidak melupakan jalan ini.

Miles to go before I sleep; miles to go before I sleep.

____________________________________

Ringtone Something Stupid sayup-sayup kedengaran dari dalam beg aku. Menggagau jugak cari. Almaklumlah, dah lama tepon tu tak melalak..hehehe!

"Hello?"
"Wei!! Ni aku la..!"
"Heii!"
"Aku call opis ko tadi, tapi tak angkat pun.."
"Aku kat luar ler..pegi interview orang..."
"Ni...nak tanya ni... ko boleh emailkan dak?"
"Email apa ni?"
"Ala...mende yang aku nak dulu tu..!"

Aku blur tiba2.

"Ko nak apa?"
"Haa! Lupa la tu! Resume ko!"
"Alamak! Ok-ok. Nanti aku emailkan. Emel ko apa dia?"
"f**e**t_1998@yahoo.com"
"Ni email zaman bila ni? Hhehehe..."
"Ala...yang ni je idup lagi. Yang lain dah k.o!"
"Ye la..nanti la aku emailkan..!"
"Ko kat mana ni?"
"Dalam kete.."
"Dengan sape?"
"Dengan kawan aku. Pegi interview orang tadi..."
"Hhehehehe...aku ingatkan dengan ****"
"OOiiii! Banyak la...!"

Terkekek-kekek dia gelak di hujung talian. Hish! Tak habih2 mengusik!

"Eyy Iza, aku ada citer ni. Nanti la, aku emelkan."
"Alah! Ko balik aah! Bila nak balik Terengganu?"
"Aaa...25 hb ni kot, balik ngan kakak aku..."
"Orait!"
"Nanti la, aku citer kat ko eh!"
"Ok la, dah la tu. Babai!!!"
"Bai!"

Ringan sekejap rasa hati dengar suara orang jauh yang dah lama tak bersua muka. Hilang kejap beban di kepala, lenyap kejap serabut di otak. Tunggu aku balik Iza! Terlalu banyak hikayat yang nak aku kisahkan kat kau!

Thursday, April 11, 2002

Semalam aku nightmare lagi. Satu hari rasa terpempan. Tergumam. Terkilan. Terkujat.

Aku mimpi semua orang bencikan aku. Aku dihalau dari keluarga. Dibuang taraf anak dari mak ayah aku. Semua orang blame aku. Semua orang marah sangat-sangat pada aku. Mak, ayah, Kak Yong, Hafiz, Nahar, Asyraf...semua bencikan aku. Mak sampai tak nak pandang muka aku. Sampai memalingkan muka bila bercakap dengan aku. Aku nampak mak nangis-nangis. Kak Yong menjerit2 marahkan aku sebab buat mak nangis. Ayah diam membatukan diri. Sedikit pun dia tak angkat muka dia pandang aku.

Mak cakap aku anak derhaka. Aku anak yang tak mengenang budi. Anak yang tak bertanggungjawab. Anak yang kurang ajar. Dan mak buang aku dari hidup dia. Dia tak nak anggap aku anak dia lagi. Aku disingkir oleh keluara sendiri. Aku dianggap mati oleh orang-orang yang aku sayang.

Aku terjaga dengan perasaan risau yang teramat. Satu hari ni aku tak dapat concentrate dengan apa yang aku buat. Aku jadi takut. Aku takut sangat-sangat. Aku cuba kawal diri. Aku kira aku mampu kawal diri. Dah cukup baik dah. Masa ke Putra Jaya tadi aku masih mampu senyum, masih mampu gelak ketawa, dan masih mampu berbual rancak.

Tapi petang tu aku burst jugak. Tak tahan lagi. Aku nangis. Aku takut. Aku tak boleh bayang hidup aku tanpa keluarga aku. Aku tak boleh bayang life aku disingkir dari hidup mereka. Dan rasa gerun yang teramat bila aku bayangkan diorang tengah membuak-buak marahkan aku sekarang!

Aku jadi takut sampai tak berani telefon rumah. Seolah-olah kalau aku telefon, mak akan marah aku. Semua orang akan benci aku. Dan mimpi aku akan jadi nyata. Aku takut. Aku takut kehilangan mereka.

Ya Allah...jauhkanlah aku dari gangguan Syaitan gila itu!

Wednesday, April 10, 2002

2-3 menjak ni aku semput skit. Asyik berkejar ke sana ke mari. Hari Isnin ke Utusan di Jalan Chow Sow Lin dan kemdian balik ke Gombak set up beberapa appoinments, dan lepas tu berkejar ke NST di Bangsar. Semalam walaupun satu hari dok kat UIA, berkejar jugak...kejar orang untuk diinterview! -Acknowledgement to Jigo for his willingness to fill in the questionnaire and helping us with the networking! :)- Dan pagi tadi, awal pagi lagi dah bertolak ke Kapar, Kelang. Pun gara2 research ni la. Balik dari Kapar, ke Gombak lagi nak set up appoinments for next days (tomorrow, Jumaat, Sabtu etc) dan carik networking jugak. Memang penat. Penat sangat-sangat.

Dan esok, pagi2 esok aku ngan Tita nak serang Putrajaya plak. Jauhhh tu. Balik dari Putrajaya, I have another appoinment (kalau tak silap) di Gombak. Penat weh! Tak sempat nak rehat. Dan all these appoinments akan berrrpanjangan sampai la settle semua 180 questionnaires tu!

Sekarang ni, memang pantang jumpa orang. Especially when bumped into our seniors. Maka akan berpanjanganlah boraknya. Tidak lain dah tidak bukan sebab nak networking la tu! Tebalkan muka, ketepikan malu, sebab research ni kitorang buat jugak.

Ini first time aku involve in this kind of project, but it was nice. Having the chance to meet all kinds of people (with different attitudes of course!) It is an unvaluable experience!

Dan isu paling kelakar untuk aku skarang ialah isu "CHANGE". Berubah. Perubahan. Hah! 2-3 menjak ni pun rasa macam nak melaram je. Hhahahaha! Miyyah melaram? Betul! Aku melaram skit akhir2 ni. Puncanya? Ntah le, rasa gatal nak melaram. Hheheheh!

Dan akibatnya, Yus memandang aku semalam dengan senyum meleret, dan ketawa besar sambil tanya dengan suara yang teramatlah kuatnya:

"KAK MIYYAH DAH PAKAI HANDBAG SKARANG? Hahahahhahaha!"

Memang hampeh. Segan sekejap. Si Iqbal yang tengah tunggu di kereta masa tu tersengeh2. Huh! Free2 aku bagi idea untuk disakat lagi! Mula2 ingatkan dia tak dengar, tapi bila kereta diorang lalu tepi aku ngan Tita, Iqbal dengan selamba melaung

"Lawa la handbag tu...heheheheheh!"

Tebal kejap muka. Cheh! Habis aku lepas ni. Kalau dikecohkan, mesti jadi mangsa sakatan budak2 tu lagi. Dan kesian tangan Tita, habis merah2 kena ketuk ngan aku (tempat melepas tensen!)

Pelik benar kot diorang tengok aku camtu. Heheheh. Maunya tak, selalu aku la paling sempoi. Paling simple.

"Kak Miyyah memang tak pakai lipstik eh? Memang tak suka eh mende2 camni?"

Kemat pernah mengajukan soalan tu kat aku dulu. Masa pegi One Utama belanja dia ngan Azam.

Atau kata2 masa terserempak ngan Aishah masa awal2 aku kerja dulu:
"Akak ni...kan dah kerja..apsal bawak bagpack ni lagi! tukar la! pakai la handbag!" (dan aku dah ikut keinginan dia tu skarang! Hahahha!)

Atau tadi masa terserempak ngan M-but kat dalam bas LRT:
“Akak ni…kan dah kerja. Tukar la jadi vogue! Ni haa..kasut tu, pakailah kasut tinggi skit! Ni asyik samaaa je fesyen. Tukar la…!”

Hai…banyak sungguh komplen diorang tengok pakaian aku. Hahaha! Diorang tak tengok camna aku melaram 2-3 menajk ni. Diorang tak nampak masa hari2 aku melaram betul2. hahahahha!

Kakak korang ni dah banyak berubah la. Dah banyak bertukar gaya. Cuma segan skit je nak show off depan kornag. Tu pasal sekali aku melaram, seribu orang yang jumpa ketawa. Mungkin aku manusia yang susah untuk berubah. Bukan senang nak ubah diri jadi manusia dewasa ni. Aku cuba. Tapi aku tak janji aku boleh berubah dalam sekelip mata. (aatau berubah sepenuhnya!)

Tuesday, April 09, 2002

Memang blogger betul2 buat hal ngan aku. Betul2 buat aku tensen. Pehal nak carik pasal sangat ngan aku hahhh? Pehal ngan ko???? Nak gaduh ke??
.............................

Aku masuk ke dalam kedai buku dengan Tita. Tita nampak satu buku yang attractive sangat and she decided to buy it. Ok. Dia pegi kecoh2 satu kedai tu dia suka sesangat kat buku tu. Takpe. It was so irritated. Tapi aku tak kisah lagi. Lepas kitorang kuar dari kedai tu, kitorang lepak la kat satu bench nih. I asked her to look at the book she just bought. She look at me with this one disapproved look, but she gave it anyway.

"Jaga baik2 eh..!" The way she said it sounded like she didn't trust me at all with the book.

Aku baru belek 2-3 page, and suddenly she grabbed the book back.

"HABIS! Dah kotor buku aku! HABISSS!!!" Tetiba dia menjerit. Aku pandang page yang dia cakap tu. Secoet je kotornya. Bukan banyak pun.Skit je. Aku terdiam. Aku tak sengaja.

"Sorry.."
"Huh! Aku tak nak dah buku ni. Dah kotor. Semua ko punya pasal. Ko ambiklah kalau nak sangat. Ko kena beli dari aku!"

Pehal pulak aku nak kena beli dari dia buku tu. Aku tak guna pun. Takde function apa2 pada aku. Tapi aku tak mampu nak cakap apa2. Tak tau apsal. Mata dia dah terjengil tahan marah. Merah padam muka dia. Marah yang teramat pada aku. Terus dia palingkan muka, tak nak pandang aku langsung. Angkuh!

Geram aku tak terkata. Sakit hati aku tak terkira!!
.................................
Dan aku terjaga. Astarghfirullah...aku mimpi rupanya! Bangun pagi tadi, hati aku penuh rasa sakit hati dengan Tita. Grumpy jek. Tiba2 aku geram giler ngan dia, dan semuanya efek mimpi semalam. Awal2 jumpa dia tadi, rasa tak nak pandang je muka dia. Sakit hati.

Aku memang tak patut rasa camtu, tapi rasa irritating semalam tak dapat elak. Agaknya sebab dalam mimpi tu aku tak berupaya nak lepaskan apa yang terbuku di hati, sebab tu membuak2 nafsu amarah aku tadi. Sekarang ni, dah sejuk skit la.

Jangan terlalu emosional Miyyah!

Kadangkala alam mimpi boleh buat kita terganggu. Alam mimpi boleh memberi kesan pada aktiviti harian. Dan alam mimpi juga boleh memberikan kesan emosi yang tidak stabil pada realitinya. Mimpi yang terbawa2 dalam aktiviti seharian memang boleh mengganggu proses kehidupan. Terlalu teringatkan mimpi (yang jelas-jelas fantasi) boleh memudaratkan. Kita boleh bertukar rasa dek kerenah mimpi yang hanya mainan. Dan Syaitan memang mudah sekali memasukkan jarum bila kerenah nafsu itu tidak dapat dikawal. Amarah yang membuak, benci yang meledak, dan dendam yang terkesumat hanya membuatkan Syaitan ketawa kepuasan. Nauzubillah.

Monday, April 08, 2002

Bengong sungguh blogger semalam. Dekat satu jam lebih aku dok try nak masuk, baru skarang dapat. Geram sungguh! So, here's the entry for Sunday. Jadi baca macam hari Ahad.

------------------
Hahahaha...tadi masa bersiap nak kuar, rasa macam pelik pun ada. Dah sebulan lebih aku tak kuar. Maksud aku kuar purposely untuk merayap, merewang dan meronggeng. Maunya tak, tiap2 minggu asyik balik kampung je, kalau tak pun terperap je kat rumah. Hari ni baru nampak dunia! Heheheheh..

As nak belanja makan. So, apa lagi. Rezeki tak baik tolak! Pegi KLCC aje, dengan niat untuk dibelanja dan nak belikan kasut mak sekali. Dah lama tangguh... apa salahnya belikan hadiah untuk mak kan! Feeda patutnya join sekali, tapi last minute cancel. Tinggal aku, Tita ngan As je la tadi. Tu pun As kena balik awal pasal Sham nak datang amik dia awal. Sudahnya, aku beronggeng ngan Tita jugak! Tita lagi...!

Satu KLCC kitorang pusing, beli kasut la, beli buku la, masuk butik2 kat situ la. Kengkonon nak beli baju la. Muahahhaahahhah!! Beria2 je, kengkonon nak buat baju kawin la apa la.. tapi bukan beli pun. Saje nak test salesgirl tu. Sampai kat booth yang jual spek kat dalam Parkson tu, beria2 aku try spek2 itam kat situ. Macam nak beli...heh! Macam2 yang dia bawak kuar. Hahahahah! Harga satu-satu bukan murah. Tiga empat ratus tuuu...! Aku plaks buat2 interested jek. Tapi tak beli pun. Hahahahahah! Tu nasib baik aku tak pi try baju2 yang mahal2 tu. Selalu aku try jek. Bila masa lagi nak try kan! Nak beli tak mampu lagi! Tapi ari ni aku baik skit. Hai...kalau dapat customer macam aku hari2 kesian la..! Ahaks!

Sampai kejang kaki kitorang meronggeng. Tapi takpe, kaki aku dah macam kaki besi dah. Dah kalis berjalan! Masa baru lalu La Primavera kat level bawah skali tu, sekali nampak ada 3-4 orang Indian ladies tengah bergambar kat tengah2 alam tu. Sorang lelaki (India jugak) tengah dok focuskan video camera dia. Pehal la pulak. Aku toleh nak tengok apa. Ni mesti bergambor ngan artis mana2 ni.

Pusing-pusing...aiseh! Seorang wanita India keluar dari crowd dulu. Dia pakai baju ala2 punjabi warna krim, dan tengah tersenyum kat orang ramai kat situ. Macam kenal la...!

"Tita! Tengok tu...tuu..!"
"Apa?"
"Tuuu...yang tengah jalan tu. Baju krim tu...!" Aku siap tunjuk2 lagi. 2-3 orang yang dekat aku pun turut tengok arah aku tunjuk tu..

"Tak nampak la! Apa dia?"
"Tuu..Bollywood tu...artis Bollywood tuu!"
"La..tak nampak..! Siapa?"

Aku macam terdiam kejap. Sape aah? Tiba2 je aku tak ingat nama dia.

"Ala...aku tak ingat la nama dia. Tapi muka dia familiar la...!Nantilah aku ingat aku cakap!"
"Okk.."
"Ishh..kan best kalau dapat jumpa yang lain gak.."
"Aaa...aku lupa la Miyyah, aku bawak camera ni."
"Apsal tak cakap tadi.."
"Lupa..heheheh!"
"Tapi kalo ko cakap pun bukan aku pi amik gambo ngan dia pun...tak nak ah! Lain la kalo ngan orang lain.."
"Ko betul tak ingat nama dia?"
"Aaa..Hema Malini kot?" aku cuba ingat-ingat. Hahaha!
"Waa..kalo Hema Malini glemer tuu..!"
"Tapi tak sure sangat le..nanti aku check..!"

Pepandai je aku reka nama orang tu. Tapi betul, aku tak ingat! Dah balik, dah nak sampai rumah baru ingatan tu tiba2 datang. Balik tu, aku call Tita.

"Aku dah ingat dah sape dia!"
"Hema Malini?"
"Bukan la...Ala, yang belakon jadi mak dalam Kabhi Kushi Kabhi Gham tu..!"
"OOooooO..yang tu ke!"
"Tapi aku tak ingat le nama dia apa."

Dan masa tengok IIFA Awards tadi baru aku tau nama dia. Dan aku dah ingat. Jaya Bachchan rupanya. Hahahahahah!

Saturday, April 06, 2002

Selalunya hari Sabtu aku lepak dan terperap kat rumah, tapi Sabtu kali ni aku terperap kat opis. Uurrghh! Jangan salah paham. Aku bukan rajin keje. Aku cuma nak amik barang tertinggal, dan hantar resume untuk post yang Kak Cikon offer tu. Tapi ntah camna, sampai pening ni hah dok membelasah pc...peninggg! Sudahnya sampai petang aku melangguk kat dalam opis ni.
Bas LRT sampai kul 2 petang. Jam baru kul 1.30 tghari. Sebab nak cepat, naik taxi je la.

"UIA pakcik..."

Sampai simpang Taman Melati tu, tiba-tiba dia start bercakap-cakap

"Sekarang tengah cuti ye..."
"Ha'ah..tapi esok dah start balik la.."
"OoOo..patutla tak ramai..."

Tiba-tiba pakcik tu bersuara.

"Ni pakcik nak pegi Ulu Yam ni, nak bawak anak buah sekali...Singgah kejap kat kedai dobi takpe ye..." Aku terpinga2 kejap.

"Takpe la pakcik..singgahlah..." Tak sampai hati la pulak...
"Ni...kak long orang mana ni?"
"Saya asal jauh pakcik..Terengganu. Tapi skarang tinggal kat sini la.."
"OOoo..Terengganu. Jauh tu. Tapi apsal takde bunyi bahasa Terengganu pun! Mesti sebab dah lama tak cakap ni...!"

Aku gelak2. Peramah la pulak pakcik ni.

"Hehehhe...takde la pakcik. Balik sana cakaplah..kat sini pun jumpa geng saya cakaplah..."

Sampai kat kedai dobi tu pakcik tu turun. Dia tinggalkan teksi dia kat situ. Dengan 2 bagpack kepunyaan anak buah dia. Hhehehe...kalau aku curik bawak lari pun takpe. Meter masih berjalan. Dia masuk balik.

"Belajar tahun berapa kat sana?" Hehhehehe...hins..hins...bangga la pulak. Orang ingat aku student lagi..ehehehhe!

"Err..baru je habih pakcik."
"Dah kerja?"
"Dah..kat sana jugak. Tapi sementara je la. Bukan kerja tetap pun...!"
"Takpe la tu. Lama-lama tetap la tu.. "
"Aaa..tak jugak..memang sekejap je ni. Ntah le, saya pun tak reti nak explain camna. Heheheh!"
"Degree ke?"
"Ha'ah.."
"Baguslah, dah dapat kerja. Anak sedara pakcik, degree jugak, tapi keje kat kedai gambor je."
"Belum rezeki dia la tu pakcik.."

Memang peramah betul pakcik tu. Sampai jalan sebelum masuk highway, dia berenti lagi.

"Nak ambik anak buah 2 orang ni hah...nak pegi Ulu Yam terus ni..."

"Hah..tak payah pakai meterlah." Pakcik tu matikan meter dia.

Sekali lagi dia kuar teksi. Dan sekali lagi aku pasang niat jahat nak curi teksi dia. Dia carik2 anak2 buah dia tapi takde. Rupa-rupanya budak2 berdua tu tengah makan kat kedai depan. Membebel la dia. Aku gelak2 je. Terkebil2 budak2 tu pandang aku.

"Kenal tak ni?" Pakcik tu tanya budak2 tu. Memang le diorang geleng!
"Kamu nak masuk U macam kakak ni tak? ha..tanyala dia camana dia boleh masuk U?"

Aku sengeh je. Budak2 tu pun sengeh, segan nak bertanya. Tapi kalo dia tanya pun aku bukan ada jawapan pun. Camna aku boleh masuk U dulu? Nasib je... Tuhan izinkan.. Padahal result aku dulu bukan gempaq pun. Biasa2 je.

Masa teksi tu membelok masuk dalam kawasan kampus tu, budak yang duduk sebelah aku tiba2 bersuara.

"Maaakkk aaihh! Ini skolah ke istana?" Dia tak pernah sampai rupanya.

Aku senyum. Sikit bangga jugak. Walaupun aku dah kuar, walaupun aku dulu selalu kutuk, walaupun aku dulu selalu cari pasal ngan admin, admin cari pasal ngan aku, A n R cari pasal ngan aku, college opis cari pasal ngan aku, finance cari pasal ngan aku, library cari pasal ngan aku, dengan pak guard yang merapu tak tentu pasal, dan walaupun aku selalu cakap aku nak bakar tempat ni, tapi masih ada sedikit bangga dengan sifu ilmu aku ini.

Seteruk-teruk tempat ini, sekurang-kurangnya inilah tempat aku mengutip ilmu, tempat aku diizinkan Tuhan untuk memegang segulung ijazah. Ini tempatnya. Hina macamana pun, tempat ini sememangnya pernah menabur budi. Tidak dapat tidak, that's the fact.

Tapi aku tetap rasa macam nak bakar tempat ni. Hahahaha!!!

Dan tambang teksi yang aku naik tadi cuma RM4 sahaja. Selalunya dekat RM5 gak..Alhamdulillah. Semoga pakcik tu dimurahkan rezeki..!
Ingat nak update akhir malam tadi, tapi terlajak pagi la plak. Hhehehehe...

Background Mp3: Gun n Roses- Sweet Child of Mine
Background mood: Cool.
Time: 12.50 am

Dan tiba-tiba aku rasa nak bergoyang. Kepala aku dah bergoyang. Badan aku mula terhingguk2 ikut rentak lagu ni. Rancak. Teringat masa pegi tengok theatre The Importance of Being Ernest di Actor's Studio last year. Ni la jugak backgound music dia. Bergema satu studio kecik tu. Diorang main live. Tu first time aku dengar lagu tu live. Bingit jugak telinga, walaupun enjoy.

Cerita pasal theatre, aku sebenarnya nak gi tengok Fame kat Istana Budaya tu. Aku tak ingat dah berapa tarikh dia, tapi aku nak gi tengok. Dengar citer ada diskaun samapai 20% untuk Maxis subscribers. Diulang, Maxis sunscribers. Bukan Hotlink. Kesahihannya aku tak sure plak. Tapi kalau betul ingat nak pinjam bil Kak Yong sebagai bukti. Kalau boleh pegi kan best!

(Sekarang tengah berMp3kan Superman by Five For Fighting)

Seharian ni tangan aku lenguh skit. Maunya tak, asyik menulis je. Write. Rewrite. Write. Rewrite. Tertinggal satu nama. Tulis balik. Tertinggal lagi. Tulis lagi. Penat jugak asyik membelek nama2 yang lebih kurang tu. Aku organise balik senarai nama ex-graduates yang nak kena contact...for the purpose of this research. Tak banyak pun lagi... but its a start. Bukan senang nak cari bekas graduan ni ooi! Bila mintak dekat Alumni, jawabnya berjanggutlah nak tunggu. Nasib baik jugak ada Jamal kat Research tu, boleh jugak tolong-tolong. And oh! Saper2 yang ada kenal dengan Human Sciences graduates of IIU, with 2 years of working experience (neither IIU staff nor lecturers/teachers), do contact me. Please. Bukan sorang dua nak nak kena cari untuk diinterview... 180 orang. Huh!

Masa dah siap2 nak balik tadi, aku pun bukak la pintu bilik tu cam biasa. Nak kuar la. Sekali pintu tu stuck. Memang tak boleh lolos langsung. Takat lepas tangan sebelah je. Rupa-rupanya skru tempat pengadang pintu tu tercabut. terus tersangkut. Dahla masa tu pukul 5.10 petang dah. Mostly semua dah balik. Kiri kanan dah sunyi dah. Dan kitorang tersangkut kat situ. Nak panggil siapa? Aku pandang tingkap. Makin gelap. Tanda-tanda nak hujan lagi. Tita dah start risau. Aku pun. Risau mana nak cari orang nak mintak tolong lagi. Ofis sah2 dah tutup. Risau takut terlepas bas LRT lagi. Cuba jugak aku *hogeh-hogeh pintu tu, tapi tak jalan. Cuak jugak. Aku cakap kat Tita

"Camne kalo semua orang takde? Sumer orang dah balik. Kita sangkut kat sini sampai ari Isnin. Hahahahahaha! Kita dok opis sampai Isnin..!"

"Kalau takde gak, kita redah je la.." Memang kitorang ura2 nak pegi rempuh je pintu tu kalo takde orang gak.

Kitorang call abang Maintanence. Tadi takde orang angkat. Sudah...! Kitorang call Kak Eda kat Department. Nasib baik dia ada lagi. Dia baru nak kuar pintu katanya. Mujur...! Dia pun pegi carik abang Maintanence tu. Kecoh kejap kitorang stranded dalam opis sendiri. Hahahaha.

Dalam 5 minutes later, abang tu sampai. Yang lagi cuak tu, dia pun tak boleh bukakkan pintu. Last2, dia tarik kuat2 sampai pengadang pintu tu tercabut terus. Terjerit kitorang, macam nak pecah pintu tu bunyiknya. Nasib baik pintu tu takde efek apa2. Boleh kunci lagi.

Dan Alhamdulillah jugak kitorang tak terlepas bas LRT. Sempat!! Hahah!! (Aku tau Tita takkan buat marathon kejar LRT macam aku buat hari tu...)

Thursday, April 04, 2002

RINDU.
RINDU.
RINDU.
RINDU.
RINDU.

Itu yang aku rasa skarang.Ntah aku rindu apa pun aku tak tau. Bila dok sorang-sorang macam ni la, cepat sangat perasaan tersentuh. Cepat sangat rasa sunyi. Cepat sangat rasa rindu. Sayu. Kesimpulannya, aku ni tak boleh dok sorang-sorang, mudah sangat ditimpa perasaan...! Macam-macam yang datang bertandang. Macam-macam yang menerjah fikiran.

Tadi masa lunch ternampak budak2 first year yang baru habih Ta'aruf Week, terkial2 cari jalan, blurrr je cari tempat yang dituju. Tak biasa la tu tempat baru. Melihat mereka, dengan muka sorang2 innocent giler, yang lelakinya berkemeja kemas (sesetengah bert-shirt) dengan kad matrik sementara masih tergantung di dada, rambut yang disisir rapi..aku jadi nak tergelak. Biasa la...budak baru. Masih fresh. Macam aku gak dulu..(cuma aku tak pernah pakai kad matrik dari dulu sampai sekarang!) Baru nak kenal dunia kampus.

Dan aku jadi rindu kembali. Rindukan bilik2 aku di hostel sana, rindukan kawan-kawan, rindukan kelas-kelas yanga ku selalu ponteng, dan paling terasa sekarang, rindukan Steadfast. Rindu sangat-sangat. Rindu nak pegi program, rindu nak jadi committee, rindu nak gi meeting, rindu nak buat banner, rindu nak buat post mortem program, rindu nak buat working paper. Rindu juga nak bersolat hajat , solat tarawikh, iftar beramai-ramai. Rindu nak bertemu keluarga besar aku dulu. RINDU yang tak terhingga.

Steadfast, nama yang gah di mata aku. Ukhuwwah yang akrab dan jitu. Di situ aku belajar jadi manusia yang menghargai hidup sendiri. Di situ juga aku belajar hidup berdikari. Itulah kekasih, itulah sahabat. Menangis ketawa bersama. Keikhlasan yang takkan dapat kucari gantinya. Kasih sayang yang tiada tolok bandingnya. Gurau senda yang takkan menyamai sesiapa. Ibarat sebuah keluarga besar yang sanggup buat apa saja demi ukhuwwah ini. Aku belajar mengenali diri, belajar menyayangi orang lain. Dan di situ juga aku belajar berkorban untuk bahagiakan hati orang.

*Steadfast: Students Facilitator Team.

Wednesday, April 03, 2002

Mak aku memang kuat membebel. Kalo ada kat rumah tu, memang tiap2 hari dia takkan berenti bercakap. Kitorang selalunya pekakkan telinga je la. Menjawab kang, derhaka pulak. Tu pun tok boleh cakap lagi (tok belah ayah) yang dalam banyak2 menantu dia, mak la yang paling tak banyak membebel. Waaarghhahahah! aku pun confuse masa tu. aku pikir2 la, kalau mak aku tu masuk kategori tak kuat membebel, aku tak tau la yang lain camna...heheheh!

Selalunya muka aku la gak yang menjadi target utama. Aku duduk dia membebel. Berdiri pun membebel. Aku tido pun dia membebel. Masa kecik-kecik memang le sakit jiwa gak. Ye la, itu salah, ini salah. Semua yang aku buat tak kena. Dahlah kakak dan adik2 aku yang lain semua dok asrama, aku sorang je dok rumah. Aljawabnya, aku la mangsa terdekat dia! Tapi aku tak kisah sangat dah. Pasal aku pernah terbaca satu artikel yang cakap, membebel tu boleh mengurangkan sakit jantung. So...bagus jugak le mak aku membebel. Kurang risk. Hehehehehe...

Mak aku pons masa muda2 penulis jurnal yang amat aktif sekali. Sebab aku pernah jumpa jurnal dia masa tahun 1973-1974, zaman ejaan semua yang klasik2 lagi. Diari kaler merah baldu. Dia simpan sampai sekarang. Dia kawin ngan ayah aku tahun 74 tu, lepas tu terus tak tulis lagi dah. Tapi best la jugak dapat baca..hehehe, cerita dia masa dia bertunang ngan ayah aku dulu. Macam kelakar plak. Seronok pun ada..! Cerita dia berchenta, bergaduh, merajuk..macam orang2 zaman sekarang la jugak..! Hehhehehe! (psst: DON'T tell my mom about this!)

Masa mula2 nak dapat menantu pertama dulu (kakak aku kawin), dia punya excited tak yah cakap la. Punya la seronok nak buat kenduri. Seronok berangan pasal hantaran la, bilik pengantin la, jemputan la..Sampai satu ketika wedding aku nanti pun dia dah plankan..ngeri betul..! Lepas kenduri, berat dia susut. Teruk sangat kerja nak handle majlis tu. Sekarang ni pun, berat dia tak sampai pun 50. Kalau tak salah aku, dalam 45-46 kg je. Kecik je mak aku ni.

Masa dapat cucu pertama Disember lepas pun, dia ngan ayah la yang lagi excited dari kakak aku. Kakak aku tak yah buat apa, sumer dia nak buat. Mandi baby, jaga malam-malam, basuh kencing berak baby..semua dia nak buat. Ye la, dah lama rumah tu tak dengar suara baby menjerit!

Baru2 ni aku balik, aku terjumpa sekeping kad terselit kat celah2 buku dia. Aku tarik.

Wan Jariah,
Thank you for willing to spend half of your years with me. Happy Birthday.

Wan Adnan.


Aku tak ingat sangat ayat full dia. Tapi lebih kurang la tu. Sempoii je. Tapi sweettt.. Tiap-tiap tahun ayah mesti tak lupa kasi kad/kertas/nota/ dan terbaru: sms tiap kali ada occasion apa2.

Dan untuk hari ini, tahun ini, tanggal 3 April 2002 ni, sekali lagi mak sambut ulangtahun dia. Semoga ibunda terchenta tu dikurniakanNya limpahan kasih dan bahagia yang tak terhingga.

SELAMAT ULANGTAHUN KE 53 MAK.

Tuesday, April 02, 2002

Benci betullah Blogger ni. Camna ntah tiba2 je Archieve aku tinggal untuk bulan ni je. Apsal aah? Geram tul. Dah puas godek-godek mende alah ni, apsal aa?? Musykil laa ni!!! Aaaaarrghh! Menyampah betullah! Aku dah la jahil mende alah ni..! Confuse betul! Nanti ada masa...aku rajin aku belasah lagi...

Balik2 petang semalam, dengan mamai2 aku kuar LRT..hehehe, rasa cam tak nak kuar jek, best ooo tido dalam LRT! Masa nak turun tangga tunggu bas tu, tetiba je nampak sorang muka familiar. Kak Cikon!!! Terus segar mata. Dah lama tak jumpa dia. Sejak dia habis, sesekali je terserempak ngan dia. Dia tahan aku and asked for my phone number. Aku bagi la. DIa hulur ad dia. Borak-borak kejap. Dia still keje kat PR Company tu lagi. Bestttnyaaaaa! Macam jeles la pulak dengar dia citer. Dia dah setahun kat situ, dan dia memang sronok aa keje situ walaupun kena keje odd hours. Pastu tetiba dia tanya satu soklan beshhh kat aku...

"My place nakkan sorang assistant lagi..interested tak? Coz I think you suit in the qualification..."

Aku terus sengeh. Nak! Nak! Nak! Nak! Nak! Aku pun cakap la aku interested. Memang aku nak saaangat le keje camtu. And ended up, dia brief pasal tawaran tu sumer dan suruh aku apply cepat. Aaaaarghhh! Bestnya kalau aku dapat keje situ kan! Kan! Kan! Keje sampai malam pun aku tak kisah. Kat Seksyen 14 je. Dekat jeee ngan umah Cik Yah! Kalau dapat, jalan kaki je gi keje hari2! Dan aku dengan penuh berkobar2 sedang mengpreparekan resume paling best nak dihantar...doakan aku..!

Aku dah tak sabar nak kuar dari tempat ni. Bukan sebab keje ni tak best..tapi aku rasa dah cukup time limit dah aku kat sini. Ye la, bila Dr Faridah tanya, Dr Subra tanya aku nak sambung buat master ke tak, aku cakap aku tak nak sambung lagi. Sebab aku nak keje (bayor loan dulu!). Tapi kejenya tak dapat lagi. Aku dah maleh dah bersoal jawab ngan sape2. Biar aku lari terus, takde orang nak soal aku lagi. Orang tengah berlari memang pantang disoal macam-macam...!

Tadi lunch ngan Eda, Hasni and Awin. Yess, Awin dah keje kat sini. Kat Management Service. Pun keje temporari gak..! Kitorang dok la tempat sama cam hari tu, dan teeerrnampak meja sebelah ada sepasang merpati 2 sejoli tengah lunch gak. 2-2 staff gak tu. Alamak! Abang tu lagi la! Hhehehe...abang mana? Ada sorang abang ni, hensemm..selalu lunch kat situ. Ngan makwe dia. Makwe dia pun cute. ! Sebab aku jarang turun lunch, jadi tak tau le dia memang pelanggan tetap meja tu. Sekarang aku dah tawuu..alamatnya...tiap2 hari mulai hari ni, aku akan turun makan lunch kat situ! Hhahahahahah!

(Ko sudah mula dijangkiti virus gatal balik la Miyyah ooiiii!!!) -tapi betul la, abang tu memang hensem! Hhehehehehe...!


Monday, April 01, 2002

Hahahahahah!!! Aku dah tau dah apa kena ngan aku skarang nih. Kenapa aku selalu sangan disoriented, confuse, unrealistic and totally disconnected. Aku dah tau dah. Sebab aku tengah krisis jiwa. Orang-orang Amerika panggil Quarter-life Crisis, tapi sebab aku bukan orang Amerika, aku orang Melesia, aku nak panggil ni Krisis Jiwa. Hahahahahah! Suka ati aku jek.

Krisis jiwa (Quarterlife crisis) ni happens kat bebudak muda yang dalam lingkungan 20an. Dan usually jadik pada mereka2 yang baru grad, yang tak tau nak buat apa lepas grad. Macam aku. Hahahahaha! Pepandai je diorang reka-reka. Mid-life crisis la, quarter-life crisis la. Okay, so let me explain about the crisis. Mende alah ni tak teruk pons, cuma aku rasa cam best la pulak kan. Sebab macam kena2 je ngan aku. All people like to read things yang relate dengan hidup dia kan. Betul tak?

Krisis jiwa ni melanda orang-orang yang baru grad, tapi tak tau nak buat apa dengan life dia. Takut. Confused. Disoriented. Indecisive. Lost. Afraid of making the wrong choice in life. Takut tak dapat kerja bagus-bagus, takut menyesal dalam idup, takut tak dapat apa yang dia nak, dan kesudahannya: LOW SELF ESTEEM. Rasa cam nak give up life. Sebab rasa useless belajar tinggi2 tapi tak tau camna nak idup.

I don't know abut other people, but that's exactly apa yang aku rasa. Lepas bergelumang ngan buku, struggle untuk dapatkan result yang terbaik, and surely enough, I'm waiting for something to happen to me. All the good things. Well, salah aku jugak, high expectation sangat dengan dunia luar. N when you can't face it anymore, baru nak frust.

Now what? Apa nak buat lepas dah abih belajar nih? Kerja? Ingat senang nak dapat kerja? Kerja aku yang sekarang pun memang sah2 tak dapat tanggung hidup. Cukup hidup aku sorang je. Temporary plak tu. Mula-mula keluar, eager giler nak cari kerja. Bila dapat first interview, excited bagai nak rak! Tapi percayalah, sekarang aku wish gila2 nak berada balik zaman belajar. Sebab aku takut sangat nak step masuk dunia 'orang besar' ni. Cuak. Takut2 ianya tak sama dengan apa aku expect. (Memang tak sama pun...!) Tu yang selalu confuse, lost, disconnected sesangat tu. Krisis jiwa tu je.

Tapi hopefully, krisis ni tak lama, coz once you know your goals and aims in the future, slowly dia akan blah gak. What I learn is that bukan senang nak dapat apa yang kita nak. Bukannya dalam sekelip mata kita nak dapatkan LIFE yang kita impikan. Just remember that apa-apa jadi, life kita tetap best. Dan aku memang tengah cuba mempositifkan diri aku dengan kata-kata tu skarang ni!

Pepandai je aku create citer krisis jiwa bodoh tu.
PESANAN PENAJA: Jangan percaya sangat..!