Thursday, February 28, 2002

Aku homesick sebenarnya. Sebab tu aah ntah apa2 ntah aku jadik 2-3 menjak ni. Depressed manjang. Semalam balik awal dari KLIA (hantar Nadzir) tapi penatnya...tak yah cakap ler.. masuk2 bilik..tumbang terus. Akhir-akhir ni baru rasa penatnya ulang alik hari2 dari PJ ke Gombak. Aku rasa kan, tiap2 hari aku berulang alik tu, tak sah aku tak tido dalam LRT. Orang kiri kanan tak kira dah...penat yang tak larat nyer. Selamba la..nak buat camna, kalau dah aku rasa ngantuk, aku pedulik hape aku nak tido mana...muka tebal betul! Hhehehe...

On the way balik dari KLIA, mak tepon. Aku yang dah kurang skit penyakit homesick tu, tetiba je datang balik dengar suara mak. Aku yang nyaris2 decide tak nak balik hujung minggu ni tiba2 tukar fikiran. Rindu la pulak. So, pagi tadi, sebelum pegi keje, aku sanggup turun naik LRT pegi carik tiket bas balik Terengganu kat Hentian Putra.

"Tiket ke Terengganu malam esok ada lagi tak kak?"
"Malam esok? 1 haribulan?"
"Ha'ah...Satu haribulan..ada lagi kak?"
Kakak tu belek2 buku dia.
"Hmm...seat belakang je yang tinggal. Nak ke?"
"Belakang...?"
"No. 33..."
Aku pikir2 balik..Tapi aku dah nekad kan..
"Bolehlah kak..belakang pun belakang le.."

Aku tengok dia tulis no. tiket kat dalam buku tu.Aku tengok tempat duduk aku..betul seat belakang sekali. Sebelah toilet. Nasib baik toilet bas ekspres skarang dah tak guna (aku tau bas Sutera tak guna toilet dia), jadik perhiasan semata2. Aaaahh! Aku tak pedulik. Aku nak balik gak! Ubat untuk penyakit aku kena carik! Dan penawarnya hanya ada kat Terengganu!

...dan duit pun bertukar tangan. Tengok jam, baru kul 10. Janji ngan Tita b4 12 noon. Sempat lagi merayap ke Masjid Jamek. Carik tudung untuk occasion besok (besok ada hi-tea kat Kelantan Delight, KLCC- gath untuk Batch kitorang)...sampai2 kat deret kedai tudung tu, tiba2 aku nampak ada scene drama kat situ. Dan aku dipertontonkan dengan satu kisah benar dalam realiti hidup manusia di kota raya besar nih.

Tiba-tiba ada suara sorang perempuan menjerit2. Gaduh2 ngan sorang assistant kedai tudung nih. Siap tarik2 baju, main ludah-ludah lagi. Macam tengok cerekarama jek. Semua orang pandang. Nasib baik tak ramai lagi orang time tu, kalau tak...tak tauler. Aku cuak la jugak, so aku pun masuk le kedai jual tudung yang berhadapan ngan tempat kejadian (cam report polis jek..!). Dengar kakak yang kat kedai yang aku masuk tu cakap..rupa2nya sebelum ni dah pernah dah sekali orang datang serang assistant tu. Kira ni sedara-mara dia la pulak datang serang lagi. Nasib baik jugak tak lama, orang-orang kat situ tolong leraikan. Tak taulah aku apa puncanya sampai hilang sifat malu diorang gaduh tengah jalan... (Betul-betul tengah jalan!) Dan lepas diorang 2-2 orang give up, dan aku nak blah dari situ (selepas berjaya membeli 2 helai tudung) elok-elok ada 2 orang polis lalu...meronda kot. heh! Missed by few seconds! Manusia...manusia..macam2 kerenah orang kat KL nih. Ni yang aku makin tawar hati nih.

Sepatutnya jumpa Bro. Syamsul kul 12, but since the department was having a meeting that time, kitorang tinggal je la questionnaire tu kat dia. Esok datang amik. Buat surat for all CELPAD lecturers (English) untuk mengcompletekan questionnaire yang kitorang kepilkan sekali (aku sedang menjahanamkan bahasa!). Feeda datang menjenguk, dan memulangkan saki baki duit aku yang aku dah bayar untuk occasion esok. Dan dia confirm nak gi tengok theatre Chang & Eng next week. We have 3 people now. Aku, Tita and Feeda. Aku tak rasa pun ramai yang nak pergi, pasal harga tiket yang TERAMATlah MURAHnya./. Hai...diskaun untuk student pun takde..! Tapi sebab aku memang mengidam giler nak tengok mengalahkan orang mengandung punya mengidam..(They're coming from Singapore! First time in Malaysia wat!) takpe la. Bukan selalu pun aku buat camni..

Ni still penat lagi. Tak taulah, agaknya sebab aku lupa nak makan lagi tengahari tadi. dah 2 hari lupa nak makan...Miyyah..Miyyah...apsal la ko cepat sangat lupa!



Tuesday, February 26, 2002

The worst nightmare is that when you know what you really want is actually over. OVER. Dah pergi. Dah berlalu. Aku tak tahu orang lain rasa atau tidak apa yang aku lalui sekarang, tapi aku sesungguhnya tak satisfied ngan life aku. Aku terkilan. Aku menyesal. Aku tak tahu sebenarnya apa yang aku patut rasa. Kalaulah masa itu boleh diinjakkan, nak je aku patah balik ke 4 tahun yang lampau. Nak je aku rewindkan balik segala yang pernah jadi dalam hidup aku. Nak je aku kembali ke dunia aku yang dulu.

Aku rasa empty. Kosong. Aku tak rasa dunia aku seceria dulu. Aku tak enjoy life aku sekarang. Everyday ulang alik ke tempat yang satu ketika dulu menjadi sifu ilmu aku...melihat bebudak gi kelas...aku jadik jeles sesangat. Dulu masa belajar teringin sangat nak keluar..tak sabar nak habis. Tapi dah keluar dari kepompong..aku tak bahagia pun. Sekarang ni, aku rasa rindu sangat sangat. Rindukan masa yang telah pergi. Rindukan zaman aku jadik student. Kadang-kadang aku rasa aku dalam nightmare...and hoping that I would wake up.

Mungkin ni perkara biasa bagi sesetengah orang yang baru grad, aku pun tau aku mungkin salah ngan pandangan aku, tapi kadang-kadang aku rasa terlalu terbeban dengan perkataan tu. Graduated. Apa bestnya dah abih belajar pun. Tak best langsung. Kenapa kita kerja? Nakkan duit atau kepuasan hidup? Tapi sekarang, saat ini, aku sendiri tak tahu apa aku nak dari hidup aku.

Langkah aku ke gerbang ilmu ni sekarang dah tak sama dengan langkah aku ke sini tahun lepas. Tak sama. The transition tu membuatkan aku rasa a bit pelik. It takes time to adapt, though I'm still in the same environment.

Aku tak tahu berapa lama lagi aku kena amik masa nak adapt ngan new environment. Berapa lama lagi aku nak sedarkan diri aku yang aku tak bermimpi. Aku kena pandang depan, dan bukannya masih berpegang pada sejarah lampau. Memang aku rindukan masa dulu. Memang aku rindukan gelak tawa dulu. Rindu sangat-sangat. Betul la orang cakap..Zaman belajar adalah zaman paling best.

Mungkin tak ramai yang faham apa yang aku rasa. Sampai mereka sendiri yang merasakannya.

Monday, February 25, 2002

Entah apa merepeknya aku hari ni, asyik cari pasal ngan Tita. Bertekaakkk dari pagi sampai ke petang. Alah...bertekak kitorang...kalau orang lain dengar, macam nak berpisau berparang...tapi sebenarnya takde pape pun...mulut je lebih. Kitorang ponteng kerja hari nih..hehehehe...kul 2.30 dah cabut..! Heheheh! Dah takde kerja nak buat, dahlah kira baik kul 9.30 pagi dah sampai opis. Kira lama la tu...(teruk tul kerja aku) Tapi Dr Subra tu sendiri yang cakap, if there's nothing else to do, better go then. Dah kitorang takde kerja lain dah. Questionnaires nak gi kutip dari lecturer CELPAD yang kitorang patut interview tu. Settle untuk hari ni. Hhahahah!! Jahatnya aku! Hahhahah! Jahatnya aku hari ni. (Ditulis dengan emosi penuh unsur-unsur kejahatan) Asyik cari pasal ngan Tita jek. Sudahnya, on the way nak gi Ampang Park (gi lunch kat sana), kitorang ber'perang' sakan dalam LRT. Siap tinggi2 suara lagi. Nasib baik gak tak ramai. Tapi ada la jugak muka2 kompius makhluk2 lain nengok perangai yang kalah budak2 ni. Ntah ler, jadik excessive happiness la pulak (meminjam phrase dari movie Patch Adams).

Macik aku nak ajak gi makan aiskrim McD nih. Nak ikut. Stop kat sini je la. Hahahhaha!!!! Aku nak makan! Aku nak makan! Aku nak gemuk! Hahahahahha!

Gilo apo ko nih!

Sunday, February 24, 2002

Still tired of doing nothing. Went to One Utama with Cik yah and the whole family in the morning..pegi Giant kat Shah Alam jugak, buying Nadzir's stuff yang dia nak bawak balik ke Australia. Yup, Nadzir's leaving me. (Chewah..cam bagus-bagus je ayat aku!) Hilang lagi sorang member sekepala. Hilang lagi geng kamceng aku kat rumah ni. Dah nak blah dah. Tapi aku tak sedih pun. Nak blah, blah ler. Akhir tahun nanti dia balik lagi. And that time, he'll be back for good dah. Dah habis. It's just...I'm quite dissappointed la jugak dia tak sempat nak tengok aku amik scroll. Tak sempat nak hadir hari gembira aku bulan 9 nanti...! Hilang jugak sorang manusia yang nak kasi aku bunga! Cheh!

Hati dah sejuk dah. Tak pikir langsung pun tentang hal semalam. Dah tak berasap dah. Dah boleh pikir normal balik dah. Tapi otak aku skarang blank. Kosong. I'm too tired but I'm not sure why. Setengah hari aku tido je kat bilik. Tu pun penat lagi...Tita baru called. Esok kena pegi awal ke UIA, ada appointment kul 9 pagi ngan lecturer dari CELPAD. Adduuuhhhh!!! Bermakna seawal kul 7 pagi aku kena siap dah..jauh tu perjalanan untuk esok.

Hhahaha..petang tadi lepas bangun tido, ntah kenapa aku gatal tangan nak selongkar beg hitam bawah meja tepi katil. Beg hitam yang menjadi tempat aku simpan segala khazanah pusaka aku. Jurnal-jurnal aku dari 1991. Dari aku Tingkatan Satu. Macam-macam kaler ada, merah, biru, hitam, hijau. Aku amik jurnal favourite aku. Kaler merah dan kaler hitam. Tahun 2000 punya. Aku belek-belek. Terflashback la pulak. Baca balik segala sejarah lalu. Kenangan yang aku dah tinggalkan dan termaktub rapi dalam tulisan aku. Kalau dulu baca entry yang lama-lama boleh buat aku termenung panjang jugak, tapi kali ni bila aku baca balik...aku boleh senyum. Terasa insaf la jugak kejap. Baguslah...

Macam-macam kertas aku selit di celah-celah tulisan aku tu. Ada poems aku, lagu favourite aku, lagu tak favourite aku, doa, hadith, lukisan pun ada. Kertas yang aku buat chat masa zaman belajar dulu pun ada. Bila baca balik...boleh tergelak besar! betapa masa tu merubah segalanya. One thing I realized about keeping a journal is that you can track back all your memories...and actually can feel really good about it. Aku pernah cakap kat Tita, kalau satu hari aku dah takde, aku nak semua pusaka aku tu dibakar je. Tapi Tita cakap dia nak publish (she is sooooo sure that she would become a writer someday!). Gilo! Jangan harap aku nak kasi la..dia ingat jurnal2 aku tu apa? Bahan tatapan ramai. Takpe la. Aku tak nak glemer lagi. Biarlah aku takkan jadi seglemer Anne Frank pun. Ada jurnal online ni pun dah cukup dah. Aku tak mengimpikan jurnal aku jadi popular, atau sekukuh kedudukan jurnal2 lain yang dah established.. Aku start baca online jurnal orang lain since 1999 lagi rasanya. Yang first aku baca jurnal Sera. Dari jurnal Sera aku dapat link ke jurnal2 lain. Aku jadi pembaca setia. Tapi aku tak pernah sign guestbook pun. Sebelum penemuan tak sengaja tu...percayalah, aku ingatkan aku sorang je manusia yang fanatik menulis jurnal. Lepas tu baru terbukak mata...hehehehe!!! Tapi tak berani jugak nak onlinekan. Woowww! It took me nearly 3 years to get me to this place.

Standing at the edge of the earth. Tu tajuk terakhir untuk online jernel aku. A song by Blessid Union of Souls. All the credits should go to Tita. She introduced the song to me (you should be proud I'm giving you this credit Tita!)...and I fall for the lyrics instantly..

I knew that this moment would come in time
That I'd have to let go and watch you fly
I know you're coming back so why am I dying inside
Are you searching for words that you can't find
Trying to hide your emotions but eyes don't lie
Guess there's no easy way to say goodbye
So I'll be standing at the edge of the earth
Hoping that someday you'll come back again
I'll be standing at the edge of the earth hoping for someday
Don't misunderstand what I'm trying to say
I don't want to let you leave this way
I want you to know that I stand right by your side
And I know this may be
The very last time that we see each other cry
But whatever happens know that I'll....
I'll be standing at the edge of the earth
Hoping that one day you'll come back again
I'll be standing at the edge of the earth hoping that someday
You'll come back to me
I'll be praying for whatever it's worth
Believing that one day you'll come back to me
I'll be standing at the edge of the earth
Hoping for someday
And I know this may be
The very last time that we see each other cry
But whatever happens know that I'll....
I'll be standing at the edge of the earth
Hoping that one day you'll come back again
I'll be standing at the edge of the earth hoping that someday
You'll come back to me
I'll be praying for whatever it's worth
Believing that one day you'll come back to me
I'll be standing at the edge of the earth
Hoping for someday
Waiting for someday
Believing in someday
Praying for someday, I'll be....
Longing for someday
Clinging to someday
Cherishing someday, I'll be....
Thinking of someday
Dreaming of someday
Wishing for someday, I'll be....
Living for someday
Counting on someday
Knowing that one day....
I will see you.


Kalau dengar lagu dia lagi best.

Saturday, February 23, 2002

"KecintaanKu adalah bagi mereka yang saling menyintai kerana Aku, yang saling mengunjungi kerana Aku, dan saling berkorban kerana Aku..." -Al-Hadith.

E-na forwardkan pada aku masa aku wish raya kat dia thru sms semalam. Salam Aidil Adha sekali lagi. Dan selamat berkorban.

Buat pertama kalinya aku beraya tanpa mak ngan ayah. Aku beraya di satu tempat yang jauh dari rumah. Dan kali pertama aku bertakbir di Petaling Jaya. Bangun-bangun pagi tu, sayu lagi, tapi tahan je la. Dramatik la pulak rasanya. Teringat pesan Azam semalam, dia pesan jangan nangis. :). Dia dah 2 tahun berturut-turut tak balik raya haji. Dia takpe la. Dah biasa. Aku tak pernah..!

Dan raya tahun ni betul-betul menduga kesabaran aku. Dah lama aku tak bengang dengan orang. Sedaya upaya aku tak nak cari pasal ngan orang. Tapi last-last aku jugak yang kena balik. Apsal la aku ni lemah sangat. Lembik sangat. Selalu kena pijak ngan orang. Selalu kena buli ngan orang. Selalu kena ambik kesempatan ngan orang. Tapi aku tersinggung jugak tadi. Tak bertanggung jawab sangat ke aku ni hah? Sampai tak nak percaya pada aku. Tak percaya pada kemampuan aku. Membara jugak, tapi aku cuba tenangkan diri. Sabar Miyyah...sabar...! Tapi mampu lagi ke aku menyabarkan diri bila aku dijadikan mangsa hikayat terbaru, villain dalam kisah wayang yang disebarkan. Tanpa meminta alasan, tanpa mendengar penjelasan, semudah itu manusia menilai seseorang. Sesenang tu orang buat conclusion. Membuak jugak darah aku. Mujur tak mendidih. Aku tak suka lepaskan pada orang, aku sendiri tak mahu cerita tu dibox officekan, tapi aku nyaris-nyaris jugak meletup tadi. Nasib baik aku cepat sejuk. Cuma menerima dia yang seadanya. Dia yang kukenal sejak beberapa tahun dulu. Dia yang kuanggap kawan. Bersabar je la Miyyah!

Ini bukan kali pertama aku menjadi mangsa. Bukan kali pertama aku dijadikan villain terhebat dalam cerita orang. Pedih lagi bila yang pernah menyebarkan berita..orang yang kuanggap sahabat. Agaknya sebab aku ni cepat sangat mengalah. Agaknya sebab aku ni tak reti nak lawan balik. Agaknya sebab aku ni tak pandai melatah. Sebab tu senang sangat nak jadi mangsa orang...

Dulu satu dunia tahu. Semua orang tahu cerita itu. Cerita seorang sahabat yang pernah aku percaya. (Mungkin sekarang tidak lagi) Rasanya macam luka yang dicelup ngan air garam. Macam racun yang dituba dalam badan. Rasa macam ada bom jangka yang ditanam dalam diri aku bila aku dapat tahu tentang cerita tu. Cerita yang disebarkan tentang aku. Betapa mudahnya manusia itu meletakkan segunung kesalahan pada aku. Aku cuba untuk tak percaya. Aku butakan mata, pekakkan telinga. Dan ramai yang tak percaya semudah itu aku boleh memaafkan sahabat yang pernah menikam dari belakang. Sahabat yang pernah menusukkan belati tajam dalam hati aku. Lembut hati sangat ke aku ni?

Memang aku dah maafkan. Lama dulu. Tapi itu tetap tak bermakna yang aku akan melupakan begitu sahaja. Dia tetap sahabat aku. Tapi bukan lagi tempat aku mencurah rasa, bukan lagi tempat aku berkongsi cerita. Aku bukan spesis manusia yang mudah percayakan orang. Sekali aku terkena, selamanya aku terasa. Sekali kepercayaan aku diredah, selama-lamanya aku takkan percaya lagi dah!

Mungkin ini dugaan. Mungkin ini cubaan. Agaknya Dia mahu menduga kesabaran aku. Agaknya Dia mahu melihat sejauh mana aku mampu bersabar. Sabarlah Miyyah...! Aku cuba nak membahagiakan semua orang. Aku cuba untuk memuaskan hati semua orang. Tapi hati aku sendiri jugak yang akhirnya terbengkalai di jalan...

Friday, February 22, 2002

SALAM AIDIL ADHA. Selamat Hari Raya Qurban untuk semua.
Dan untuk hari raya tahun ni, aku betul-betul berkorban. Bukan berkorban lembu, tapi berkorban hati dan perasaan. Aku tak balik raya ke kampung. Salah aku jugak, lambat sangat pegi cari tiket..kan dah habis. Nak menumpang sedara-mara, semuanya tak balik. Sudahnya aku terpaksa beraya di Petaling Jaya nih. (Bak kata Azam..sama-sama berdendang perantau!) Sedih memang sedih. Sayu memang sayu. Memang Aidil Adha tak disambut semeriah Aidilfitri di Malaysia ni, tapi aku dah start sebak dah ni. Aku tak pernah beraya di perantauan cam sekarang. Dan tahun ni, aku dapat rasakan raya haji yang paling sayu kat rumah. Kak Yong balik Perak rumah Abang Mat, aku beraya kat sini, Hafiz kat Ireland sana, Nahar pun tak balik for she's in the middle of her final exam. Cuma tinggal Asyraf je yang ada kat rumah. Tu pun nanti mesti rumah sunyi balik bila Asyraf dah balik ke asrama. Tahun lepas semua dapat berkumpul (kecuali Hafiz) kat rumah. Meriah. Mak ayah seronok sambut menantu pertama..satu Terengganu diorang bawak Abang Mat round. Hafiz pulak telefon pagi raya..makin menceriakan keadaan yang sedia ceria…

Rindu. Rindu sangat-sangat. Rindu nak balikkkkk....aku nak balikkk...!!! Tapi tak terdaya. Terpaksa berkorban perasaan rindu pada 1926. Rindu pada ayah. Pada mak. Pada tok. Pada Asyraf jugak. Terpaksa sacrifice hati yang tengah membuak2 ni. Sayu... Ingat lepas raya ni nak balik kampung. Tak sabar nak tengok microwave baru yang ayah beli (ayah aku suka shopping), rindu nak makan kuaci ngan ayah, masak kek coklat (walaupun susah nak habiskan pasal takde orang...), tolong taip kerja sekolah mak, drivekan mak pergi sekolah, pegi pasar.. dan jumpa tok.

Tok yang terlantar kat katil bilik yang Hafiz tinggalkan masa dia nak ke Ireland dulu. Tok yang makin hari makin lupa siapa diri dia. Tok yang dah tak boleh berjalan sebab uzur diserang ahmar sebelah badan. Tok yang suka gelak. Tok yang makin kerap merepek-repek. Tok yang sekarang sembahyangnya perlu diawasi. Tok yang mula cakap merapu-rapu. Tok yang tak pernah marahkan kami cucu-cucunya. Tok yang baru terima cicit pertama akhir Disember dulu.

Tok cukup suka bila ramai orang kat rumah. Nahar rapat dengan tok. Bila Nahar balik, dia suka usik-usik tok, sampai orang tua tu terkekek-kekek gelak dengar lawak Nahar. Nahar selalu sakat Tok, tanya Tok macamana dia jumpa Tok Ki dulu…tanya Tok tentang kisah dulu2, tentang cerita Tok masa zaman muda2 dulu..lagi dahsyat, sesekali dia tanya Tok nak makan pizza ke tak, makan KFC ke..berger ke, suka Tok ada orang layan dia. Masa raya baru ni, cucu-cucu Tok penuh satu rumah. Satu malam awal Syawal tu, semua keliling katil Tok, Dengar Tok bercerita. Tok berpantun, Tok menyanyi. Tok bergurindam seloka. Tok baca ayat Qursi (tanpa lupa satu baris pun)..Tok menangis. Bila cucu-cucu Tok suruh Tok nyanyi, Tok nyanyi lagu nasihat, Tok cakap untuk cucu-cucu. Lepas tu Tok berpantun. Kata Tok, pantun untuk Kak Yong yang baru bersuami, pantun untuk Chor yang kehilangan suami 2-3 tahun lepas..dan pantun untuk mak pun ada. Tok pandai berpantun. Pantun Tok semua cucu-cucu dia salin atas kertas. Nak simpan. Lepas tu Tok menyanyi lagi. Bila penat, Tok cakap dia nak tidur. Cucu-cucu keliling enggan lari, terhibur dengan kerenah Tok. Sayu melihat Tok macam tu. Sebak melihat gelagat Tok yang sudah uzur. Aku tak ingat berapa usia Tok. Tapi rasanya hampir menjangkau angka 90. Tapi Tok sihat lagi. Tok boleh bercakap lagi. Cuma Tok tak boleh bergerak. Cuma Tok makin nyanyuk.

Tadi terdengar Cik Yah berborak kat tepon ngan Mak Ani (bertanyakan khabar Kak Na yang baru sudah operation breast cancer Selasa lepas)..dan nama Tok tiba-tiba jadi topik perbualan. Cik Yah baru balik semalam dari Terengganu menziarah Tok. Dia pergi dengan Nadzir dan Dzafir. Nak menitis air mata aku dengar cerita Cik Yah. Tentang Tok.

Tok dah tak larat nak bangun lagi. Makan pun dah terlantar. Kena disuapkan Kak Yatmi (kakak yang jaga Tok masa mak ayah pegi sekolah). Tok dah makin lupa. Lupa nama semua orang. Lupa nama Cik Yah anaknya. Lupa cucu-cucu yang datang dari jauh. Lupa…! Sesekali ingatan tu datang jugak. Bila Tok ingat, Tok jadi manusia paling gembira dilayan kerenahnya oleh cucunda.

Dari 2-3 bulan sudah lagi Tok asyik merapik. Kadang2 Tok cakap dia tak boleh tido, dia cakap dia takut. Dia cakap ada orang datang cari dia. Kadang-kadang Tok cakap adik dia datang, Kakak dia datang. Sepupu dia datang. Sedangkan mereka semua dah lama pergi… Kadang-kadang Tok cakap ada orang datang mintak sedekah. Dia selalu suruh aku tutupkan pintu (masa aku masih kat Terengganu.) Jangan bagi diorang masuk. Dan kadang-kadang dia suruh kami buatkan air, bila tanya untuk siapa, katanya tak elok biarkan tetamu menunggu. Dan paling kerap terdengar dia bercakap sorang-sorang… Awal-awal dulu, terkejut jugak tengok dia macam tu. Tapi lama-kelamaan, kami dah kalih. Dah sebati dengan hidup seharian. Tapi tiap kali Tok merapik, hati ni mesti jadi sayu. Aku tau mak pun. Tapi kitorang buat2 macam biasa. Macam semua tu normal je. Sesekali tergenang jugak tengok Tok. Dia tak pernah menyusahkan anak-anak dia. Dia ibu mithali yang melahirkan 8 anak yang semuanya menjadi. Beruntung Tok. Sejuk perut Tok mengandungkan anak-anaknya. Mak pernah cakap...dia nak jaga Tok sampai akhir hayatnya. Mak selalu ingatkan kitorang tentang jasa Tok. Jasa seorang ibu. Dan mak pernah cakap, kalau boleh dia nak anak-anak dia jaga dia bila dia tua nanti. Dan aku berazam, aku nak jaga mak dan ayah macam diorang jaga Tok…! Insya Allah…!

Mata aku dah bengkak ni. I better stop.


Thursday, February 21, 2002

Aku nak tergelak giler bila Linda ajukan soalan tu. Tergamam kejap. Dengan manusia yang penuh sesak dalam LRT, dia boleh dengan selambanya tanya aku soalan tu. Actually, balik kerja tadi terserempak ngan Feeda dan Linda tengah tunggu bas LRT kat bus stop Education, nak pergi KLCC untuk survey tempat final gathering kitorang next week. We’re going to have a farewell hi-tea -- BENL Graduates of 2001/2002. So, since aku takde kerja nak buat, aku pun ikut la diorang kejap pi sana. Masa dalam LRT tu la, out of the sudden, Linda tiba-tiba tanya aku..

“Ko nak kenal dengan sepupu aku tak?”

Tiba-tiba je. Tergamam kejap aku. Kuat pulak tu suara dia. Sister yang tengah berdiri kat sebelah pandang je. Tebal jugak muka aku tapi aku buat bodoh je la. Strategiknya tempat dia tanya tuh. Orang keliling pandang je. Aku nak buat apa lagi…sengeh je la yang aku mampu. Aku gelak.

“Series ni Miyyah. Dia baik. Sebenarnya mak aku suruh aku carikan untuk dia” Boleh eh camtu.
Aku sengeh lagi.

“Dia kaya..banyak duit..” Aku ni materialistik ke?
Aku sengeh jugak…
“Dia ada kancil..dah kerja bagus-bagus dah…” Dah tu..
“Tapi dia besar skit la..” Rupa bukan ukuran Linda…

Pun aku sengeh.

“Dia okay la Miyyah. Happy-happy macam ko la. Kalau ko kawan ngan dia, mesti enjoy la..kawan-kawan la dulu..” Alamak...!

Aku gelak-gelak lagi. Feeda pandang-pandang aku.

“Aku tak kisah Linda. Kalau nak kawan, kawan je la. Ramai-ramai la. Kalau sengsorang tak nak la aku…”

Tapi aku tak sure dia amik kisah ke tak apa ayat last aku. Then she said “Okaylah tu. Aku ada no phone ko kan, nanti aku suruh dia tepon ko.” Oh..oh!
Tergamam aku. Biar betul minah ni. Dia ni paham ke tidak ayat aku tadi ni.

“Kawan je kan..” Aku tak nak serius!
“Bolehlah…kawan-kawan dulu…” Aik..lain macam je bunyik.

Aku dah tak selesa dah. Tapi buat selamba je la kan…Aku sengeh lagi. Cuma kali ni berat skit ler sengehan aku tu. Aku cuba-cuba nak mengelak. Tapi macam dia tak paham je. Aaaaarghhh! Last2 aku dah malas dah. Lantaklah dia. Tak salah kan nak meramaikan kawan (walau aku kurang selesa dengan cara tu—definitely not my way!) Kurang-kurang boleh meramaikan sahabat..! Kan!

Cuma aku cuak jugak. Aku bukannya reti nak berkawan cara2 camni nih. Aku ni dahlah manusia bosan..karang jadik cam dulu…! Dulu aku pernah kenal sorang manusia ni…dia selalu call, kawan-kawan je la. Tapi lama2 aku yang naik boring…asyik call je, cakap mengarut2. Merepek2. Aku dahlah jenis manusia yang tak suka gayut tepon. Telinga aku ni bukan boleh tahan gagang tepon lama2. Lama-lama tak tahan, aku ignore je la. (Kejam kan aku ni!) Tak payah la aku citer detail, cukup aku cakap, aku telah melakukan satu perkara kejam ke atas manusia itu. Sometimes we need to be harsh to make someone understand!

Aku cuma tak nak orang lain jadik mangsa je. I can be VERY pessimistic when it comes to strangers. Can’t help it! It’s in the blood. Kan aku dah cakap..aku boleh jadik manusia kejam…

Wednesday, February 20, 2002

Aku tak nak pikir---Aku tak nak pikir---aku tak nak pikir---Aku tak nak pikir---!!!!! Tapi last-last aku pikir gak. Huh! Benci betul sebab kena pikir benda yang aku tak suka pikir nih. Tadi kena paksa ngan Dr Subra suruh jumpa Bro. Siva ngan Dr Aida dari IKIP yang buat Walk In Interview kat kampus. Khas untuk budak2 BENL je. Dah nak bernanah telinga aku kena persuade ngan Dr Faridah, Dr Subra sumer suruh pegi interview tu, tapi aku tetap tak nak. Aku tak nak kerja kat Kuantan. TAK NAK. Bukan sebab Kuantan tak best, bukan sebab aku tak suka Kuantan. Tapi sebab aku memang tak nak LARI. Pilihan aku limited pada dua sahaja, sama ada kerja kat KL @ Selangor, atau aku balik Terengganu. Yang lain...out of the question.

Tita pun kena paksa jumpa diorang gak. Kitorang layan je la diorang berbual, since tak ramai pun yang datang interview tu. Diorang siap persuade lagi soh mintak kerja kat situ. Siap bagi borang, bagi kad nama..kitorang angguk je la. Tita memang sah2 tak boleh nyer, there's no way mak dia nak kasi.. aku? Like I said before..it's out of the question. Ni la yang aku malas nak pikir nih. Rimas.

CEREWET. Ye, aku cerewet. Cerewet dan memilih. Dahlah degil. Keras kepala. Tak nak consider. Hati batu. Berbuih nasihat orang kasi, bukan aku nak dengar pun. Apsal la ko ni kepala batu sangat Miyyah oooiii!!!! Orang lain menanar cari kerja tak jumpa, ko plak ngan angkuhnya tolak tuah. Angkuh betul...! Cuba tengok orang kat luar, susah payah cari sesuap nasi, tapi ko boleh suka hati je memilih mana nak mana tak nak. Berlagak tul!

Sesungguhnya apa yang aku nak hanyalah kepuasan diri. Buat apa aku kerja untuk something yang aku tak rela. Buat apa aku nak teruskan dengan sesuatu yang aku tak suka. Buat apa aku nak menidakkan kegembiraan hati aku semata2 nak menyedapkan hati orang lain. Memang aku cerewet. Memang aku memilih. Kata la aku berlagak pun. Kata la! Aku tahu apa aku buat. Kalau selama ni aku selalu indesicive, tapi percayalah, kali ni aku buat demi masa depan aku. Demi HIDUP aku.

Masa depan bagi aku bukan suatu permainan, bukan game yang bila kalah boleh main balik.Aku tak nak risk. Never risk if you cannot accept what you're going to lose. Aku takutkan kegagalan itu. Kegagalan mencapai impian aku. Ibarat cam orang kena kawin paksa. Sesetengah orang mungkin boleh, tapi bukan aku. Mak ayah aku pun nak aku buat apa yang aku suka, apa yang aku idamkan..dengan syarat, aku bahagia dengan apa yang aku buat, dan tak melakukan benda2 yang bodoh dan terlarang! Tu je. Aku ada cita2, dan aku masih lagi tak tergamak nak korbankan cita2 aku...! Mungkin satu hari aku akur dengan tuntutan dan desakan orang keliling...tapi yang pasti, bukan hari ini!

Mungkin ramai yang gelak dengar impian setinggi langit aku. Biasalah, ini impian sorang fresh graduate. Yang masih mentah nak kuar ngadap realiti kehidupan. Aku tau tu. Gelaklah. Gelaklah puas-puas. Senyumlah puas-puas. Bukan sorang dua yang nasihat..akurlah pada desakan hidup. Mungkin. Satu hari. Tapi buat masa sekarang, aku belum terdesak.

Maafkan aku.

Aku cakap aku tak nak pikir. tapi aku pikir jugak...*sigh*

Tuesday, February 19, 2002

Bangun2 tido je, aku rasa down sangat. Pun tak tau apsal. Ntah apa2 ntah aku nih. Suka hati perut je nak happy atau nak depressed. Tiba2 takde mood. Takde mood nak bercakap, takde mood nak berjalan, takde mood nak pegi kerja. Tapi aku pegi jugak. Nasib baik bertolak awal dari rumah, kalau tak mesti terlepas bas lagi. Dan bersebabkan kecepatan itulah, aku boleh jalan slow2, macam amik angin kat tepi pantai je. Cuma bezanya aku bukan sedut angin segar, tapi asap kereta dan asap rokok. Still, aku tak payah rush2 cam biasa. Tak payah kecutkan hati perut macam hari2 sebelum ni, tak payah nak takut2 dan risau2 ketinggalan bas dan train.

Tita called masa dalam LRT, bagitau dia pegi ngan mak dia dan tak pegi ngan aku naik bas. Kiranya aku naik bas LRT sengsorang la ke UIA. Baguslah tu, dahlah mood tengah bagusssss sesangat… dia memberi masa untuk aku berjiwang sengsorang dalam bas. Terus mulut aku yang selalunya kecoh jadik macam kena seal ngan simen keras. Tiba2 je beremosi tak pasal. Kenapa pun aku tak tau. Bukan kecik ati ngan orang, bukan terasa ngan orang. Bukan. Aku pikir gak, kenapa aku tiba2 nak beremosi jiwang pagi tadi, but I just can’t figure it out. Agaknya dah terbiasa berubah mood tanpa reason yang kukuh kot…

Singgah bank Muamalat nak cucuk duit since duit dalam tangan cuma ada singgit setengah saja lagi. Terpandang pulak signboard aiskrim Cornetto kat depan kedai sebelah Auditorium. Kecur air liur kejap. Dah seminggu cari dan mengkempunankan diri…dan akhirnya penantian aku tak sia-sia! Oh Aiskrim! Tapi sebab aku ni manusia yang tak sampai hati nak hulur not 50 kat kakak yang jaga kaunter tu semata2 untuk bayar aiskrim Cornetto Mocha yang RM2.00 tu, aku pun menggeledah satu kedai, dengan tujuan untuk mengkayakan tokey kedai tu. Aku nampak satu set biskut dan tuna yang teramatlah menarik sekali packagingnya.Walaupun harga dia quite mahal (RM3.70), atas dasar nak try dan terpengaruh ngan kata2 “Diet Food” kat sticker dia, aku pun beli la.

Diet. Itu je perkataan yang buat aku cepat sangat terpengaruh nak beli tuna tu. Kena tipu ntah aku ni. Dan perkataan tu la yang menguasai hidup aku dua tiga menjak ni. Aku nak diet. Satu hari ni asyik mengaruk nak diet je. Hah! Miyyah nak diet? Betul ke nih? Konon. Aku sendiri pun tak yakin aku boleh diet sebenarnya. Selama ni pun, mulut je yang sebut nak diet, tapi tak pernah pun aku diet betul2. Aku makan jugak, tak peduli la jugak apa jadik.

Tapi 2-3 menjak ni, aku rasa macam nak diet jek. G.E.M.U.K. Tu la dia perkataannya. GEMUK a.k.a FAT dalam omputihnya. Maunya tak, asyik jumpa orang, semua kata aku dah makin berisi. Makin naik. Makin dipam. Cuba bayangkan kalau ayat ni ditujukan khas pada korang…

“Ni….makan nasi bercampur baking powder ke?” atau..
“Ni…nak pam sampai besar mana ni?”

Tak terasa ke? Masalahnya ayat tu orang tujukan khas untuk aku, bukan untuk korang. Tak marah, cuma pressure. Tertanya aku…gemuk sangat ke aku ni? Dah naik sangat ke fizikal aku skarang ni? Tau tak komen2 sebegitu boleh menjatuhkan rasa confident dan meninggikan perasaan inferiority complex orang? Aku tak de la rasa aku gemuk, sebab kalau ikut scale biasanya, aku tak termasuk kategori gemuk pun …(mengikut chart yang aku pernah baca kat klinik satu hari dulu) Normal lagi. Agaknya sebab pipi aku yang tembam ni bertambah tembam la kot. Agaknya sebab lama tak jumpa maka cepat benar diorang perasan akan perubahan fizikal aku kot. Kot.

Setiap pompuan (yang merasakan diri dia gemuk) phobia dengan perkataan tu. Cuba la tanya mana2 pompuan, susah benar nak jumpa yang puas hati dengan fizikal dia. Dah termaktub dalam kamus hidup, perkataan itu perkataan keramat yang cukup ditakuti oleh sesetengah pompuan, seolah2 perkataan itu membawa satu wabak penyakit.

Termasuk aku ker?

Mungkin jugak. Aku pun kadang2 seram dengan perkataan tu. Kenapa? Sebab satu dunia melabelkan yang orang gemuk itu tak menarik. Tak attractive. Maka marilah kita sama2 menyalahkan dunia tentang ajaran sesat ni. Ajaran yang menjadikan ramai perempuan lebih rela berbulimia dan beraneroxia nervosa! Lancang sungguh satu dunia ni ek..melabelkan orang dari rupa fizikal. Lelaki pun sama. Yang dipandang dulu rupa paras, hati budi jatuh nombor dua. (Dan ternyata sekarang aku bersikap sungguhlah biasnya…aku tau..aku bias! Sori le!) Tapi aku tau tak semua camtu…Dan disebabkan satu dunia (yang sedang aku persalahkan) itu, ramai yang bertypical minded, memandang seseorang hanya pada satu pandangan. Mereka pandang depan, tapi tidak dari belakang, dari atas mahupun dari bawah. Isu ini memang sensitif bagi sesetengah pompuan (dan sesetengah lelaki jugak), dan aku mintak maaf awal2 kalau aku terlazer hari ni.

Bagi aku semua orang ada kelebihan, antara nampak atau tidak je. Tak kira la dia tu gemuk ke, kurus ke..bersyukur je la, tu Allah s.w.t dah bermurah hati kasi kita badan, kalau diberiNya kita kaki tangan tanpa badan? Macamana? Ini ingatan untuk aku jugak agar jangan cerewet sangat. Walaupun aku tau sesekali lagi dan lagi dan lagi aku akan comment tentang fizikal aku tiap kali ada orang cakap aku gemuk, ianya tetap satu nasihat untuk aku. Biasalah..naluri perempuan, tetap tak dapat dipisahkan dengan rasa dissatisfaction! Dan nak tau apa yang sampai sekarang aku masih tak berjaya mendietkan diri…dan hanya sekadar berdiet di mulut? Sebab bila aku pikir balik, selagi kita puas hati ngan diri kita, pedulik la apa orang cakap. Kurus slim kedengking macam model sekalipun, kalau perangai tak direstui…tak guna jugak. Biorler aku makin berisi pun, asal aku happy. Orang nak kata gemuk pun gemuk la, pedulik hapa aku. Kenapa? Aku gemuk takde orang nak tegur ke? Takde orang nak kawan ke? Takde orang ndak ke? Alah…taste orang lain-lain. Pedulikkk!!! Aku ramai je kawan, ramai je nak tegur. Masih lagi glemer. Masih lagi ramai peminat. Huh! (Warning: Ayat nih mengandungi unsur2 riak tahap maksimum). Sebenarnya orang yang tak puas hati ngan diri dia adalah orang yang tak konfiden… (yup! Aku pun rasa gitu gak kengkadang..tak nafi!) Jadi, konfidenkanlah diri anda!

Cuma satu je nak cakap lagi…lain kali nak buat ayat tu berlapis la skit. Consider la jugak hati orang…jangan pakai redah je…bergurau-bergurau jugak, tapi kena la ada batasnya. Nasib baik aku yang kena, tak terasalah sangat sebab aku jenis tak kisah. Lantak le. Tapi cuba kalau ayat2 pedas tu terkena pada mereka2 yang cukup sensitif. Tak pasal2 terluka hati dia. Jangan ingat kita sorang je ada perasaan. Tuhan anugerahkan RASA itu untuk setiap makhlukNya yang bernama manusia…dan ingat le..bukan kita sorang je makhluk yang bernama manusia. Kat Malaysia je dah ada 22 juta…

Monday, February 18, 2002

Lepas sembahyang Zohor tengahari tadi kat Surau Educ, aku tak tau apsal...tapi aku rasa tenang sangat. TIba2 aku rasa hati aku aman, dan tenteram. Aku rasa relaks dan tak risau macam selalu. Dan buat pertama kalinya, satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan menyelinap masuk. Ikhlas. Yup. Dah lama aku tak rasa perasaan tu. Ikhlas. Ikhlas sangat2. Dan aku rasa lega. Because after all these time, akhirnya aku jumpa juga apa yang aku cari. That's the feeling I've been longing to get. Selama ni aku paksa diri, aku cuba yakinkan diri tentang perasaan tu, aku hidup dalam pura-pura..pretending yang aku bahagia dengan apa yang aku lalui, sedangkan jauh di sudut hati, aku masih terperangkap dengan mimpi yang aku cipta sendiri. Aku cuba pejamkan mata tentang semuanya..dan dengan penuh yakin, aku cuba percaya tentang sesuatu yang aku tahu hanya satu rekaan-yang aku imagine sendiri. But insya Allah, not anymore. Semoga Allah tetapkan hati aku untuk rasa ini. Aku sayangkan rasa ini, dan aku tak nak ianya hilang lagi..

Selama ni aku cuba percaya yang aku dah berjaya atasi masalah tu. Tapi aku sendiri tahu yang sisanya masih berbaki. Tapi saki baki tu sekarang dah hilang. Yup. Saki baki rasa tu dulu dah hilang. Hari ni. Dan insya Allah, hari2 akan datang jugak. Alhamdulillah, hari yang aku tunggu2 sampai jugak. Hari ni. I was always hoping that one day, I will wake up and feeling this way. Dan hari ni aku berjaya. Dan aku cuma harap, ianya kekal. Insya Allah, ianya takkan pergi. Lagi. Takkan berubah. Lagi. Dan aku rasa tenang yang amat. Aku rasa happy sangat, and its like my life is nearly complete. Aku dah dapat apa aku nak. And I'm proud of myself. :) Aminnn....!

Cukuplah aku sorang paham apa yang aku rasa..! :) Feels like standing at the edge of the earth, with one PEACE of mind! :)

Satu badan aku rasa lemah tak bermaya. Puncanya, satu hari suntuk aku tak makan..kecuali breakfast tadi. Makan roti bakar 2 keping kat rumah, dan makan mee goreng yang tak habis dan berjaya dihabiskan oleh si Tita kat Siti's Cafe. Tu je. Minum air pun tak banyak mana pun. Tak cukup 8 gelas pun. Sudahnya, di pengakhiran hari ini, aku rasa macam takde energy langsung. Dahlah malam Cik Yah ajak gi Megamall the whole family, lepas tu pegi Sri hartamas untuk dinner. Mula2 aku order gak nasi goreng USA, tapi kensel...pasal perut aku meragam. Tiba2 je mencucuk2...memulas-mulas. Terus tertutup pintu hati nak makan. Aku takut aku muntah je kalau aku force..angin la nih. Padan muka! Tak makan lagi kau Miyyah! Dah tahu badan ko tu sensitif, tak boleh tak ikut timing untuk makan, yang tak lunch tadi apsal?...Aku lupa.... Ni pening lagi la ni. Penatnya...!

Sunday, February 17, 2002

Semalam lepas aku report duty untuk blog ni, terus masuk bilik..dan berborak ngan Nadiah (yang berjaya aku convincekan untuk balik rumah Cik Yah ngan aku) sampai kul 2 pagi. Lama dan banyak cerita yang keluar. Dia luah semua yang terbuku dalam hati dia.. Kesian jugak aku tengok dia. Simpati ada. Banyak jugak aku nasihat dia.. dan alhamdulillah, dia bukan jenis yang terlalu mengikut emosi...

Dan bagus jugak aku heret D balik rumah Cik Yah, takde la dia sengsorang kat gombak. Sepanjang hari temankan dia ke Mid Valley..sehari suntuk. Dari kul 12++ sampai kul 5 petang baru kitorang kuar dari bangunan tu. Sekurang2nya dia takde la pikir sangat. Dia banyak berubah jugak semenjak clash 3 minggu lepas tu...dia cakap banyak benda2 yang dia tak pernah buat dia buat. Risau jugak..tapi aku tahu dia masih boleh beza yang mana betul dan yang mana salah. Dan kawan2 dia pun banyak bantu dia...takpe la!

Kadang2 terpikir jugak, sekukuh2 relationship diorang pun boleh putus, seram jugak aku dengar. Aku memang tak tahu macam mana rasanya bila putus, sebab aku tak pernah alami pun, tapi aku tahu betapa sakitnya bila something yang kita nak, yang dah dalam genggaman, tapi akhirnya tak dapat jugak... Yang tu aku tahu camna sakitnya. Lebih kurang la kot... (bagussssnya conclusion aku...!!!)

Jumpa Jasni kat Mid Valley tadi..dia jaga kaunter perfume kat sana. Sudahnya...berkeping2 kad yang dispray ngan minyak wangi aku dapat. Sampai pening2 aku cium macam2 bau..dahlah aku ni jahil perfume..beli skirt kat jusco..diskaun 50% tu... tempted la kan... seronok jugak la kuar ngan Nadiah...perangai lebih kurang..(dah namanya sepupu!) Nadiah citer pasal Rayhanah, sepupu kitorang yang kat Terengganu. Budak bertuah tu baru nak masuk 15, tapi dia dah berjaya buat satu keluarga besar kitorang risaukan dia... seram jugak dengar cerita dia..

Saturday, February 16, 2002

Aku dah tak tetapkan hati aku untuk sesiapa. tapi pengalaman mengajar aku untuk berhati-hati...
Lambat sampai ke Longgok de Module tadi. Sudahnya kitorang tak jadi judge pun..hehehe....lambat sangat. Maunya tak, pegi Menjerit dalam KLCC tadi. Syaer ambik aku kul 10++, kitorang tengok wayang kul 11.55 am. Ngan Feeda sekali la. KL Menjerit tu? Bolehlah, untuk sebuah filem Melayu. Aku suka watak Rosyam Nor...dia memang pandai main perasaan. Scene lumba motor dalam filem tu memang nampak real. Liza Hanim pun ada bakat la..untuk menyerlah...! Plot dia terlalu jiwang untuk aku.. aku kurang gemarkan watak Ayu, yang Nisda pegang. Terlalu soft, lembut dan lemah gemalai sehinggakan membuat aku sendiri jadik lemah menengok watak tu berlakon..! Dah terlalu banyak watak2 seperti tu dibawa dalam filem. Heroin dia mesti lemah lembut, manja2 skit..gelak sipu-sipu...dan yang gitu2 tu mesti asal dari kampung.

In my personal point of view, stereotype la watak gitu dalam filem. Dalam realitinya, "kampung" bukan platform untuk memunculkan seorang gadis yang ayu, lemah lembut etc. Dalam realiti, bukan semua perempuan dari kampung, yang pertama kali menjejak kaki ke Kuala Lumpur jahil tentang serba serbi. Aku pun asal orang kampung. Ramai kawan2 aku pun asal dari kampung. Tapi tak pulak aku rasa aku ni lemah lembut. Memang aku tak nafikan, ada yang betul2 lemah lembut...tapi sesekali, apa salahnya portraykan seorang manusia "kampung" yang celik pandangan, dan tidak buta pengalaman. Aku rasa ramai je yang berfikiran terbuka. Selalu sangat peminat filem/drama dibobrokkan dengan watak gadis kampung yang jahil serba serbi...cuba buat kelainan skit.

Tapi aku tak mengatakan yang KL Menjerit tak bagus. Bagus...boleh diimprove lagi. Rosyam umpamanya, aku suka watak dia yang banyak bermain perasaan. Kadang2 tu, without words, kita penonton boleh baca apa yang tersirat pada wajah dia, emotion dia..menunjukkan dia berjaya menjiwai watak dengan baik. Watak Tun bagi aku terlalu lembut, dan kadang2 nampak "terbuai" dalam dunia dia sendiri. Nisda ada bakat, cuma perlu diperasahkan lagi, terutamanya bab2 dia bermain dengan emosi tu...Mamat plak, watak dia tak develop sangat..dan sekali lagi watak yang dibawa Danny dimatikan dengan accident.

Memang takde filem yang perfect. Dan KL Menjerit memang tak terkecuali. But its a good try. Cuma diornag patut beratkan jugak tentang lumba motor haram...banyakkan skit adegan tu, barulah Kuala Lumpur betul2 menjerit. Dan untuk filem ni, aku bagi 3/5 dah la.. kira banyak la tu untuk filem Melayu.

Fuuuhhh...berjela aku komen tentang KL Menjerit tadi. Best la jugak. Lepas tu, lepak kat Wangsa Maju sebelum hantar Feeda balik rumah dia. Syaer melaram ngan kereta Kelisa baru dia. Sampai2 UIA, dah kul 4.30. Haaiii...banyaknya kul 3++ aku yang aku cakap kat Yat semalam...! Tak ramai yang datang. Tengok diorang present, ingat Longgok De Module yang dulu. Masa aku jadi participant. Banyaknya kenangan masa tu. Banyaknya flashback yang aku ingat. Dan jugak mengingatkan aku betapa banyaknya yang telah aku tinggalkan...

Banyak yang aku pikir. Balik2 dari UIA tadi, rasa nak termenung panjang pun ada. Ateh cakap dia nak kawin bulan 5 ni. 27.5.2002 ni. Pilihan keluarga. Terkejut jugak.dan tak sangka jugak. Hai, semua junior aku langkah bendul. Yun nak bertunang ngan abang Mohair this year. Aku je belum lagi. Amir tanya aku, bila lagi? Aku gelak2. Aku buat2 kira jari. Aku cakap kat dia "Esok". Tensen je muka mamat tu. Lepas tu aku cakap ler..."Lambat lagi". Dia dah tak tanya dah. Paham aje la Mir...kawan ko yang sorang ni masih belum terbukak hatinya...

Dalam perjalanan balik ke PJ, Syaer buat ayat best dalam kereta. Masa tu tengah berborak pasal jodoh2 ni la..

"Kadang-kadang manusia ni sengaja tutupkan hati dia nak terima orang lain. Sebab dia dah tetapkan hati dia tu untuk seorang je. Tapi kita tak tahu kan, mungkin yang seorang tu bukan jodoh kita...tapi tak nak bagi peluang pada orang lain.. tutup mata untuk orang lain..."

Ayat dia bukanlah exactly macam tu. Tapi lebih kurang la maksud dia. Aku terdiam kat situ...

Friday, February 15, 2002

Aku tak bodoh! Aku bijak! Bijak! Bijak! :)
Mode: Unknown.
Time: 10.03 pm

Budak2 tengah layan Pendekar Bujang Lapok kat luar. Terkekek2 dengar suara Shakir ngan Nadzir gelak..cerita P Ramlee, memang evergreen. Dari dulu sampai sekarang, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tak basi langsung. tak boring. Mesti boleh gelak terkekek2 lagi walau dah tengok hatta sejuta kali sekalipun. Tak macam cerita sekarang, tengok sekali dah cukup. Tak payah nak tengok lagi. Cukup. (Tapi mungkin sesekali boleh tengok lagi jugak...bila dah takde keje lain...) Kenapa la orang sekarang kering idea sangat. Aku boring betul nengok trend skarang...asyik2 love story..bohhhhh saaaannnn!! Macam tak ada keje lain. Malas sebenarnya nak membuai2kan perasaan...muak. Bored. Malas. Fed-up. Jiwang2 bukan dunia filem aku. Aku tak suka perasaan aku diganggu. Aku tak suka layan blues tengok movie karat. Baik tengok cerita orang bunuh orang, atau cerita psychotic killer atau cerita orang sakit jiwa (cam aku!)...dan bukan sekadar cerita yang suruh menitiskan air mata untuk seorang lelaki! (Atau seorang wanita!) Aku muak, pasal aku tak suka. Nanti aku nangis betul. Nanti aku nangis payah nak berenti. Kalau tak, takkan la kengkawan aku bagi title "Ratu Air Mata" kat aku kan...tengok citer katun pun boleh nangis... Cuma citer melayu je aku tak nangis. Tak sampai hati nak nangis.

Baik aku nangis tengok movie yang ntah apa2, dari nangis dalam realiti yang cuma buat sakit jiwa..

Kengkawan cakap aku ni minah jiwang jugak... suka buat ayat jiwang2, ayat kias2. Tapi aku tak pernah dan tak hingin nak jadi manusia romantik. ROMANTIK? Hiiiii...geli kepala aku. Tapi aku tak nafi, aku memang suka buat ayat kias2 kat diorang. Aku tak jiwang ler. Ayat2 aku bukan ayat minah bunga2, cintan cintun. Sekadar bermain ayat, berluahkan emosi yang terbuku dihati..itu je.

Tapi esok aku nak gi tengok KL Menjerit gak. Cite jiwang jugak. hehhehe....Syaer ajak (Lagi!). Ni kes nak kuar dari 2 minggu sudah yang tak settle2 lagi la nih! Lepas tu ada invitation dari Steadfast untuk jadi judge Longgok de Module petang esok. Yat cakap datang ler awal skit, tapi aku tak cakap ler aku ngan Syaer nak pi Menjerit dalam wayang paginya...! Takpelah. Biarla kitorang datang lambat. Tak rugi apa2 kan. Biarlah. Biar aku tak payah jumpa orang lama2. Biar aku tak payah berborak lama2. Biar aku tak payah menahan sengeh dan senyum aku lama2. Biar aku tak payah tahan seksa jiwa lama2. Biar. Walau jauh dalam hati, keeageran untuk berjumpa ngan satu2nya keluarga besar aku di UIA dulu membuak2.. biar. Biar aku berkorban perasaan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi.
Aku jugak yang bodoh.
Kepala otak aku skarang masih terngiang2 lagi lagu "Julia" yang aku dengar kat radio pagi tadi sebelum pegi kerja. Melekat terus..tak boleh nak kuarkan dari otak..! Aiseh! Terlambat naik bas dari rumah Kak Yong tadi..ingat nak catch bas kul 10 pagi...sekali terlepas la pulak! Naik ler bas yang lepas tu, dekat kul 10.15 la..sah2 terlepas bas LRT... dari Puchong ke Gombak..waaaa!!! jauh tul perjalanan aku hari ni (dan semalam jugak!)..naik bas dari Puchong ke K.Lumpur, pastu transit LRT PUTRA plak ke Gombak..peerghh!! Penat ooo! Afiqah Najla punya pasal, sanggup je....!!! Tapi petang ni balik rumah Cik Yah la.. esok pagi mak datang rumah cik Yah.

Aku ngantuk masa atas bas tu, tapi tak tido la...cuak jugak kan, aku tak biasa lagi area tu.. Masa bas tu berenti kat IOI Mall, ramai ler yang nak turun. Sekali bas tu dia tutup pintu, macam tak nak bagi orang turun...rupa2nya ada sorang mamat ni tak bayar tambang lagi..dia nak turun camtu je..driver bas tu perasan dari awal la kot.. dan dengan selambanya mamat tu ke depan, pegi bayar tambang..adduuihhh! Tambang bas pun malas nak bayar! Kan dah malu..semua orang pandang je dia...dia boleh buat derrkk jek, turun bas..tapi lepas tu dia jalan laju2 la..tau pun malu! Sape suruh naik bas tak nak bayar tambang? Kalau tak nak bayar tambang, jalan kaki ler...tak malukan diri sendiri...! Yang aku kagum tu, driver bas tu la..terer betul dia, boleh detect orang tak bayar tambang bas...!

Masa bas tu lalu Brickfield, aku turun kat KL Central, naik LRT. Sempat merayau cari paper jap. Masa nak naik escalator kat dalam PUTRA LRT tu, nampak 2 orang couple mat saleh tengah mintak direction kat sorang budak lelaki ni..terkial2 dia..kesian pulak aku tengok. Masa aku lalu tepi diorang, yang pompuan senyum kat aku. Aku senyum ler balik. Aku tengok budak laki tu beria2 explain, aku maleh la nak kacau.. Tak lama lepas tu, budak laki tu naik escalator tu gak..tapi bila sampai atas, dia terjenguk2 kat bawah, agaknya dia risau kot, direction yang dia bagi kat diorang tadi salah ke apa...Tu pu nyaris2 dia nak turun balik, tapi lepas dia nampak couple mat saleh tu blah, baru nampak dia ok...heheh!!aku dok perati je..dalam hati macam kagum pun ada..bagus betul dia tu, ada sense of responsibility. Nampak muka pun tau cam innocent la budaknya...

Sampai lambat kat opis. Kul 12.20 gak sampai. Tita call masa aku sampai kat Terminal Putra, cakap yang Dr Subra tak nak start meeting sampai aku datang. Aku lupa!!! Tiap Jumaat kitorang ada meeting kul 12-1! Menggelabah jap, terus naik teksi..nak cepat punya pasal! Tapi sampai2 tu, dia tak marah pun..hehehehe...

Thursday, February 14, 2002

Semalam tido rumah Kak Yong di Puchong. Awal Isya' semalam Kak Yong, Abang Amad, Afiqah Najla ngan mak sampai dari Terengganu. Tengok muka Fiqa, terus hilang semua tensen aku. Terhibur giler tengok muka budak cute tu. Semua orang seronok giler tengok dia. Ye la...cicit pompuan sulung dalam keluarga. Maunya tak meriah sambutan...! Dahlah kiut miut je...muka dia ada potential jadik muka budak nakal ler...ehhehehe! Jahat tul aku nih...

Bagitau mak pasal offer jadi lecturer kat UUM. Ingatkan dia tak kasi, sekali dia suruh aku gi je. Terkedu aku. Aku cakap la jugak pasal tutor kat UPM, n my plan to apply yang caw. Terengganu punya. Mak cakap, buat la. Tengah borak2 sekali mak buat ayat best..bila aku cam reluctant nak pegi... Dia kata "Awak tu yang tak nak lari dari KL"..terdiam terus aku. Terpikir balik. Betul ker hah? Mungkin betul kot, hati aku memang berat kat sini. Tapi sampai bila...*sigh* aku pun tak tau. Aku betul2 tak boleh made up my mind tentang future aku. Aku takut sangat aku salah langkah Aku takut decision yang bakal aku buat akan jadikan aku manusia terkilan. Aku tak nak menyesal akan datang. Aku nak hidup ngan hati yang puas. Aku takut aku terkilan seumur hidup, bila apa yang aku nak aku tak dapat...!

Sampai bila aku nak terus camni? Cerewet...memilih...betul ke apa aku buat nih hah?

Monday, February 11, 2002

Wa datang masa aku dah terlelap petang semalam..ngantuknya tak yah cakap la. Masa naik kete, mamai2 lagi mata. Lepas makan malam, kitorang kuar 3 orang, aku, Wa ngan Fisha, kawan si Wa tu. Mula2 ingat nak gi kedai depan je, sekali kedai tutup and we end up in Sri Gombak, makan kerang rebus kat Jees. Ramai orang kat situ. Bebudak UIA pun ramai. The memories just flashed back. Suddenly aku ingat masa zaman2 kat kampus lepas, time kuar malam2 pegi makan kat sana...rindu..! Balik singgah 7-Eleven..belek2 Ujang...mula2 ingat tak nak beli dah..sekali belek2...citer tu ada! Terus ler beli. Malam tu tido lambat baca ujang. Merepek tul aku nih. Orang lain baca buku2 ilmiah, aku baca ujang...! Why aah...tapi citer tu makin lama makin buat aku rasa tak sedap ati...banyak benar persamaannya...

Pegi ofis pagi tadi Wa tolong hantarkan. Dia nak ke Kementerian Pendidikan nagn Fisha, amik borang MUET. Diorang nak sambung buat degree kat UPSI. Nak jadi cikgu katanya...baguslah...! Sampai2 ofis, Tita ngan Mahmud dah ada. and Tita told me that WE HAVE TO DO THE MOCK INTERVIEW TODAY!!! Aku dahlah tak prepare apa2 pun, tapi nak buat camna...terpaksa la. Kelam kabut jugak nak prepare. Risaunya tak yah cakap la, aku ngan Tita 2-2 tak prepare. What if we humiliate ourselves in front of them? What if aku jadik gagap tak boleh kuar suara? What if diorang hentam kitorang ngan soalan susah2..what if?... Rasa nak je aku balik rumah. nak je aku lari. Nak je aku create apa2 alasan so that I dont have to do all those things today! I'm just not ready!

But the plan goes on anyway. We went to his class at 3.00 pm and we have to wait...nervousnya tak yah cakaplah. But finally, it's not as bad as we thought. The class was so co-operative, and they even give out some useful comments for us. Anyway, ada 4 orang je pun students kelas tu...aku lupa la plak budak2 master kat sini sikit je...buat penat aku risau je. Talking about the interview, it just occured to me the previous experience dealing with presentations. I remembered the time we've been doing Oral Communicative Skills few semesters back. Hari2 kena ngadap kelas. Hari2 bercakap dfepan kelas. I know how I love to talk so much, and I really dont mind doing presentations in front of everyone...but the butterflies are always there-in my stomach! Everytime I have to present something, my whole body system suddenly disfunctional. I guess practise is the vital part. Aku pun tak sure aku boleh ada confident camni kalau aku tak selalu praktis confront orang. It's good. Especially when going for interviews...which implemented nicely for the last few interviews that I went to. Semua orang ada stage-fright. Aku pun. Hoping its going to get better..*sigh*

Sunday, February 10, 2002

Ingatkan nak kuar tapi macam malas la pulak. Budak2 tu tido kul baper ntah semalam. Dok layan internet..dan aku plak, tertido sambil layan CD Lifehouse...nasib baik dia boleh berenti sendiri, kalau tak, mau sampai pagi radio tu memekak... Bangun2 pagi tu, turun bawah, masak nasik untuk anak2 dara berenam tuh. Sorang lagi kawan Nahar, si Wan-best fren dia yang belajar kat UIA PJ datang semalam. Meriah ler rumah. Aku masak nasi goreng je...tapi licin budak2 makan. Boleh tahan jugak perut sorang2! tapi puas hati la jugak kan, masakan aku akhirnya habis dimakan begitu sahaja..ehheheheh!!! Tengahari diorang plak yang masak. Tapi aku tolong la jugak..tolong makan! Nahar dengan riakknya turun dapur, potong sayur ngan sotong. Nadzir called tanya dah makan belum. Habis dikecohnya kat Nadzir, bagitau yang dia masak. Cheeh! Takat potong sayur pun nak kecoh...tapi dia bangga plak tu mengaku tak reti masak depan member2 dia.

Teringat zaman kanak2 riang dulu. Aku pun tak reti masak gak. tapi aku belajar. Expertise aku dalam kuih muih, kek2 dan biskut2. Itu aku terer ler. Time raya muka aku je la yang menjahanamkan oven kat dapur rumah. Masak daily food boleh gak...cuma MIM ALIF LAS je...hehehe. Ye la, sebelum ni dok kat hostel, makan hari2 nasi bungkus. Bila nak masak...! Balik rumah je la baru boleh pegang senduk! Tu pun selalu mak halau...dia rimas orang kacau dia kat dapur. Tapi aku masak gak kan! kan! Kan! Time emergency..hehhehehe!!! Kalau nak harapkan adik pompuan aku sorang tu, aljawabnya tak berasap ler dapur. Hhehe...teringat kat mak yang selalu membebel pasal Nahar. Risau benar dia kat minah tu. Perangai macam lelaki...Nak tergelak pun ada. Tu ok aah tu, nasib baik tak jadi tomboy...

Syaer called masa aku masak pagi tadi, mula2 cam nak jadi balik plan nak gi tengok KL Menjerit tu. Sekali dia telepon sekali lagi, tak jadi plak. Kejap jadi, kejap tak jadi la dia nih! Nahar tepon Shud, tanya dia kat mana, nak ajak temankan aku malam ni. Sekali Shud cakap dia ada exam pagi esok...tak jadi ler. Chor nak datang teman, so aku cakap takpe la, susah sangat aku gi je la tido rumah dia kat Gombak. Kesian plak dia nak datang PJ nak temankan aku... baik aku gi sana terus kan. Esok nak gi kerja pun dekat je...! Wa nak datang amik masa dia hantar Shud ke UIA PJ petang nih..nak kena siap ler...

alamak, baju tak jemur lagi...!

Saturday, February 09, 2002

Aku baru je sudah edit jernel ni. pasal aku rasa dah tiba masanya kot untuk ditatapkan dan dikategorikan sebagai U -tontonan umum. nervesnya! Bukan semua aku boleh tulis kat sini. Ada sesentengah benda better aku simpan takat dalam Buku Ijau atas meja. Bukan semua benda sesuai untuk semua orang...aku manusia yang tak nak dan tak suka buat orang terasa...

Tinggal sengsorang kat rumah Cik Yah. Cik Yah n famili pegi Langkawi, pasal company Ayah Cik buat Family Day kat sana. Sampai 12 hb baru diorang balik. Ingat nak lepak kat lain, tapi cam malas la. Call nahar, n Nahar akan balik petang karang, temankan aku sampai esok. Esok nak kuar ngan Syaer dan Feeda. Ingat ajak diorang temankan ke kan! Sebab Nahar kena balik Ahad petang. Hari Isnin dia tak cuti. Takkan aku nak dok sengsorang malam2 kot. mak cakap hari tu nak datang 13hb, tapi aku kena tepon balik la nak confirm...alamak! Lupa! Mak ngan ayah gi Medan...12 hb baru balik. Ikut rombongan Jabatan Pendidikan Terengganu. Aduih! Mak ayah aku ni kan! Memang kaki merayap betullah...

Nak kena kemas rumah, basuh baju..buat semua kerja rumah ler hari ni. Malas nak kuar, esok kuar lagi.

10.45 pm. Syaer called petang tadi, cakap esok tak jadi kuar. Dia kena pegi Penang, sepupu dia kawin. Dia cakap mula2 tak nak gi, pastu kena paksa ngan family dia. Nak buat camna...tangguh lagi la jawabnya..! Dah 2 kali dah... frust gak la, tapi nak buat camna kan, menda dah jadi. Nahar balik umah petang gak, bawak 4 orang kengkawan dia...semua lemah lembut..ayu2, SUNGGUH berbeza ngan adik aku yang sorang tuh. Camna diorang jadik rapat pun tak tau ler...opposite attacts la kot kan! Malam, 6-6 orang berendam dalam pool, hehehe..aku tak pernah masuk pons sebelum ni. First time aah! Ye la..lepak sini pun bukannya boleh masuk...kaum2 jantan semua satu rumah! Segan la ooi! ini je chancenya. Pagi esok nak masuk lagi nih...hehehe!

Since tak jadi kuar ngan Syaer esok, aku ingat aku nak gi lepas geram...nak gi tengok wayang ler. Percaya atau tidak, aku tak tengok lagi citer Lord of The Rings tu...huh! Semua orang membebel kat aku suruh gi tengok. Aku memang nak gi, dah janji ngan Tita, tapi selalu tak jadi. Esok nih, aku tak tau ler...silap2 aku gi tengok citer lain nih...

Baru je tepon bunyi msg, ntah sape2 ntah hantor msg, MAXIS MOBILE AKAN MERAYAKAN ULANGTAHUN KE 6, SAMPAIKAN MSG INI KEPADA 15 PELANGGAN, ANDA AKAN MENERIMA RM100 KE DALAM AKAUN ANDA. Fuuiiiiyooo! tahun lepas dapat dia cakap RM10 je, tahun ni dah nak RM100 tu.. tahun lepas aku dapat version English punya, tahun ni BM plak..kesian betul sape2 yang percaya...prank basi la....!!!

Friday, February 08, 2002

Naik bas kul 9.55 pagi..so sampai UIA kul 10.05. Pegi beli roti kat kedai sebelah Siti tu pastu gi Department hantar resume As (dia mintak lecturer kat IKIP).Naik 413, Dr Subra takde lagi. Mahmud je ada. Singgah dah bilik dia b4, dia soh naik dulu. So, prepare la kejap untuk explain kat dia tentang apa yang kitorang dah buat for the whole week. Bila dia masuk, Tita starts explaining..time aku nak explain aku nyer part, dia dok menyampuk sampai aku hilang mood. Tensen tul. Dia nak suruh kitorang buat mock interviews ngan master students next week in order to prepare us. Macam training ler. Dia nak suruh kitorang buat hari Isnin, tapi kitorang pakat tak nak buat lagi. Mana sempat ooi! Kitorang pakat 2 orang nak diamkan aje...eheheh...Dr Subra tu ada potential nak lupa...Nampaknya tak boleh cuti jugak hari kamis ngan Jumaat...Discuss pasal questionnaires yang Mahmud dah buat...kena alter lagi, Dr Adrian ngan Dr Nuraihan dah bagi balik comments diorang..Lepas tu, relaks aah skit. Semua orang takde so aku melepak ngan Tita kat situ.

Internet pun laju la skit pasal semua orang gi semayang jumaat, takde orang guna. Surf lagu2 yang nak pesan CDnya dari Mamaque Tita, dia nak balik Penang hari Ahad ni. Tita hantar email kat Bin panjang berjela2, marah benar la kot. Aku tak tau ler apa dia cakap kat dalam email tu, tapi tak sempat hantar sebab server dah buat hal...orang dah balik semayang dah masa tu..Tita cakap dia nak hantar hari Isnin karang. Tak habis2 lagi gaduh dia ngan Elias. Aku pun tak taulah minah tu...ego tinggi melangit...

Balik mak Tita datang amik. Singgah rumah dia, Aunty Rozi ajak makan..sambil tengok Mis Tres Hermanas, tak abih2 lagi citer tu. Lepas abih citer baru balik rumah Cik yah. Malamnya pegi makan kat SS5, Jaya Restoren tu. Tapi aku tak makan ler, pasal dah banyak makan kat umah Tita petangnya. Lepas tu, pegi rumah Cik Ani (dia gi Mekah)...Shu'Ah kasi a long list of companies untuk dicontact nak cari kerja. I'm not in the mood yet, but i'm planning to start contacting them next week. GRADUAN pun dah ada kan, so boleh la check dan start 2nd phase untuk cari permanent job kan! -1st phase dulu yang thru ads and internet. This time, thru contacts and those who're not listed in ads. Bila la boleh start...

Tido lambat gak, dok alter resume..gatal tangan. Last2 susah nak tido terus. Tak tau ler kul baper aku terlelap.

Thursday, February 07, 2002

Beria2 plan nak pegi awal..sekali tak jadi. Lambat siap. Sebelum kuar rumah, makan nasi lemak yang Cik Yah beli kat luar. Banyak nasik dia..lauk ayam plak tu..pedas lagi. Aku dah agak dah, perut aku mesti tak tahan punya pedas2 nih...! Dalam LRT memulas2..so singgah rumah Tita kejap, terus redah toilet dia. Nasib baik la rumah dia sebelah LRT je..heheh...kalau tak tak tau la.. Sampai UIA kat kul 12 gak (as usual kitorang amik bas 11.40) Pegi Darul Kutub dan pegi beli air kat kedai sebelah Siti's Cafe tu..lupa nama kedai dia. Then, pegi Department jumpa Kak Eda untuk printkan letter untuk Dr. Syukran. Pegi Dean's office cari abg Zarul yang handle pasal stationeries yang kitorang require tu..tapi dia takde.

Then, terus terperap dalam 413 sampai kul 3++. Siapkan board kat luar. Dah lawaaa!! Board kitorang ler yang paling lawa kat situ. Kira glemer kejap, ramai yang berenti tengok. Ye la, we're new in the neighbourhood. Ustaz BARB kat sebelah peramahnya kan main. Siap mintak kitorang tolong dia buat ayat nak hantar kot internet. Dia lemah English. Dia cakap tak kisah ke kalau dia mintak tolong lagi...kitorang cakap le tak kisah. Hidup berjiran..hehehehe (konon) Cam tak caya je keliling lecturer2 yang ngajor kitorang dulu..hehehehe!!!

Try gak nak masuk net, tapi LEMBAP giler2..malas ler. Then gi makan kat HS, n thank God hari ni tak jumpa sesaper pun. Bagus ler...! Jumpa Alfian je, dia datang borak je la kejap...lepas tu blah. Dia nak kasi tiket theatre kat Dewan Philharmonic Petronas for next week tu..aku tak ingat nama theatre tu apa...! Lepas tu terus balik umah. Sampai2 rumah, semua orang tak balik lagi so kena tunggu le kat luar. Dekat setengah jam le jugak melangguk kat luor tu...!

Syaer called awal malam, tanya plan hari Ahad nih nak kuar ngan Feeda. Si Feeda beria2 nak gi tengok KL Menjerit. Ikut je la, orang nak belanja! semalam time2 tu Nora yang called, hari ni Syaer plak. Dan 2-2 kali masa tengah borak, Nadzir panggil suruh turun makan. Masa makan tadi, kena perli2 ngan Ayah Cik ngan Cik Yah, diorang ingat boipren le tu. Nak tergelak pun ada. Nadzir memang sah2 ingat aku dah ada tu...tak larat dah nak nafi...suka hati diorang le. Aku cakap yang betul tak nak caya...

Baru teringat, 12-13hb raya cina..opis tutup ler. Aku pons cuti gak la kan. Apa kata kalo aku sambung je cuti 2 hari lagi. Balik jaga rumah yang takde orang. Tinggal Asyraf, Kak Yatmi ngan Tok je. Kesian la..! (Dan rasa bersalah masih tak habih lagi nih!)

Wednesday, February 06, 2002

Aku kat opis ngan Tita. Baru sudah temankan tita makan dan pegi CAC tengok exhibition JobFair. Takdelah ramai sangat orang...gerai pun tak banyak... dapat Aspirasi Graduan satu..haaii!! Geram betul tengok booth Petronas..teringin betul nak gi interview Petrosains dulu tu...

Tak buat apa sangat pun hari ni. Pinjam buku kat library (guna matric card Tita) n I have to read everything before Friday nih... aduuihh! malas betul nak baca la..tapi kena la baca gak...

Jumpa Watif ngan Yat lagi kat HS..diorang memang muka tetap ler jaga gerai Konsert In-Team kat situ..ehhehe...jumpa Linda, Anis, Kak Shita n Sanela. Sanela nak balik Bosnia Ahad nih. Masa jumpa Yus...menjerit2 dia dia nampak aku! Excitednya...asyik dok gelak jer ngan dia, lawak betullah! Dia dok buat laaawaaakkk manjang... ntah apa2 ntah! Yaya pun lalu gak kat situ..dia sekali menjerit2...heheheh! terasa glemer la pulak! Masa balik dari CAC tu, Jack ada kat situ berkeliaran lagi...aduhai..hari2 memang aku akan nampak muka sama je la..!

Malam penat snagat, lepas makan terus tido awal. Sekali mak tepon kul 11.11 malam. Dengan mamai2nya angkat tepon. Terasa bersalah la pulak tak call awal2..kesian mak. Dia suruh balik Terengganu jaga rumah 13-16hb ni pasal dia ngan ayah nak turun KL hantar Kak Yong ngan Afiqah. Tak tau lagi boleh ke tak, ye la, aku baru je start keje kan..tapi mak cakap kalau tak boleh takpe la..! Terasa bersalah lagi nih...!

Tuesday, February 05, 2002

Bangun2 dah 8.30 pagi. Ya Allah...terlambatlah pulak nak gi UIA. Nasib baik hari ni Dr Subra tak datang, so releks aa skit kan... Dekat kul 12 noon gak sampai sana. Terus pegi library cari buku on Needs Analysis etc. Tengah surf Net kat Level 3 tu, sekali ada suara terkejutkan aku. Ceh! Bahau rupanya. Buat suspen betul! Dia tanya apa aku buat kat situ..so aku explain la kat dia kan...aku try sembunyi tangan kiri aku, tak nak kasi dia nampak jari tengah aku yang berbalut tu...sekali dia nampak jugak. terus dia gelak2. Macam2 dia buat ayat yang tak berapa sedap telinga mendengar..otaakk dia tu memang dah tak betul dah! Dirty minded tul! geram betul aku! Malu pun ada. Aku dahlah tak suka mende tu semua...dia ngusik2. Dia cakap.."akak..tak baik tau...tak baik terpengaruh ngan Mr. Bean.." Ni kalo paham, paham la, kalau tak paham, tak paham la, aku tak nak explain..bila aku marah dia, dia gelak2. Dia kata nak buat camna, dah dia terpikir camtu...memang tak senonoh betul!

Aku ngadu la pasal jari aku...yang darah dia boleh dapat semangkuk..dia gelak. Dia tanya "Apsal tak minum je?" Gross betullah. Dia cakap lagi "Lain kali minum je kak..boleh geng ngan Kemat..tu keturunan Raja Bersiung tu.." Rasa nak cekik2 je budak tu..nasib dia lagi besar dari aku je...mulut takde insurans tul..! Tensen je aku. Patu dok ugut2 nak kecoh kat bebudak lain. Pehal plak. Jari aku berbalut pun nak kecoh satu UIA ke? Haaii...nasib baik ler aku ni penyabor. Kena buli lagi la ko Miyyah!

Dahlah masa gi makan kat HS lepas tu (dalam kul 3++ la..) jumpa Yat ngan Watif lagi.. Mula2 Watif, bila Yat datang, Watif pegi beli makanan...so, sorang2 datang mengadu kat aku, bercerita ttg apa yang dah jadi..especially kat group binding la ...macam2 diorang bukan citer, eheheh! Bagus betul ada informer tak bergaji...

Jumpa Ed jugak, dia suruh datang JobFest kat CAC..aku ingat nak gi esok ler. Own pun jumpa. Dia pun tau aku dah keje situ. Then, naik-naik 413, Internet connection dah boleh dah. Tapi server lembap giler aah! Dekat 4.30 baru kuar dari situ.Tita tak balik sekali pasal dia ada kelas Flash petang tu, kul 5..so aku menapak la gi Hafsa sorang diri tunggu LRT. Tengah jalan, Jack ngan Indera lalu naik motor, tersengeh2 si Jack...aduih! Nak tergelak pun ada!

Monday, February 04, 2002

Aku nak gi kerja ni. Masuk kul 12 noon. Tapi haprak satu pun aku tak baca lagi apa yang aku kena baca..teruk tul.. Alah! Tita pun tak buat apa2 lagi gak...! Hhehehehe!! Aku ngan dia kan puak2 last minute nyer budak.

Sampai2 kat Asia Jaya, beli tiket LRT yang bulanan tu, senang skit nak ulang alik...jimat skit belanja! Singgah rumah Tita kejap, print mende alah yang nak kena tampal kat depan pintu tu, lepas tu baru pegi UIA. Sampai sana dah kul 12.15. Dr Subra takde kat bilik. Dia sibuk so dia tinggalkan kunci ngan kitorang..aduhai..aku dah agak dah.. dia memand selalu camtu, selalu lupa..ni lupa lagi la yang dia patut dengar kitorang explain kat dia pasal Interviewing yang dia soh baca tu. Nasib baik aku tak baca...hahahaha!!! So lepak je la dalam bilik 413 tu, baca apa patut, listkan semua yang nak kena buat..hhmm...nampaknya this week banyak abihkan masa review buku2, pegi library je la, chewah! Rasa cam jadik student balik je kan! (Kempunan ler nih!) Aku siap tido2 lagi dalam 413 tu, ngantuk giler. Terjaga pun sebab hp Tita berbunyik...

So kemas2..masa tu kul 3 dah, lapor la pulak, so ingatnya nak gi makan kat Hs je, lepas tu tukar plan. Since dua2 orang dah ada tiket bulanan LRT tu, kenapa tidak digunakan sepenuhnya kan! Hheheh! Biar kita untung.....! So, ajak tita gi Ampang park. Tapi punyalah nak abihkan masa sebab bas lrt kul 3.20, lalu la jugak kat hs tu. Terserempak ngan Yat, Watif ngan Jack tengah jaga gerai...gerai apa ntah, cam gerai konsert..apa2 la...! betullah, diorang ada kat Ulu Yam semalam, patutler semua orang tak nak balas msg aku. Yat tanya pasal kerja aku, tapi rasanya Nadiah dah cakap all the details. Yat bagitau, dia kata Azam ajak diorang attack aku ramai2 akhir bulan nih..tu takde kerja lain la tu, kes nak suruh aku belanja la tu! Cheeh! Jumpa Feeda ngan Nana jugak...menjerit2 minah tu excited nampak aku..ntah apa2 ntah...heheheh! terasa glemer kejap..heheheh...(perasan lagi...!)

Singgah Big Bookshop kat Ampang Park, beli few books yang murahlah, ingat nak beli Sheldon's, tapi tak cukup duit, tak gi cucuk lagi la..so aku beli buku craft je satu, ngan quotation books 2..murah jer...tu yang sanggup beli tu! Sampai2 Asia Jaya, hujan lebat giler turun..ingat nak naik bas, tapi punya lama tunggu, dengan hujan yang menggila (chewah! Gempaq tu bahasa aku!), aku call Nadzir soh datang amik. Lencun gak la...

Malam tu, pegi makan reramai kat Sri Hartamas...kenyang giler...dan sekarang, walaupun aku sudah mengantuks, tapi aku tak nak tido lagi..dan zzzzz...ngantuk ler..

Sunday, February 03, 2002

Sedetik waktu yang bahagia

Selamat tinggal teman
Yang kukenal sedari dulu, di usia mudaku
Pernah seiring meredah bukit-bukit
Dan pepohon merimbun
Sama-sama mula mengenal huruf
Dan erti cinta kasih…

Selamat jalan duhai teman
Berat hati untuk melangkah pergi
Kala burung masih berlagu ria di langit
Kala menyambut lewat baru musim bunga ini
Dan kala menjeling gadis-gadis yang manis berkeliaran
Ingatlah tentang daku hai teman
Yang aku masih bersama kalian…

Kita sama-sama melarik tawa, menyimpul ceria
Menganyam detik-detik waktu yang bahagia
Sayang semua yang kita dambakan
Hanya musim-musim indah yang kini bergelar kenangan…

Selamat tinggal ayah
Doakan pemergian anak ini
Yang pernah menconteng arang
Pada ayah yang tidak lelah
Mengajar tentang baik buruk kehidupan
Dan aku masih terkial mencari jalan

Selamat jalan duhai ayah
Berat hati untuk melangkah pergi
Kala burung masih berlagu ria di langit
Kala menyambut lewat baru musim bunga ini
Dan kala melirik kanak-kanak bertempiaran
Ingatlah, yang aku masih bersama kalian…

Kita sama-sama melarik tawa, menyimpul ceria
Menganyam detik-detik waktu yang bahagia
Sayang semua yang kita dambakan
Hanya musim-musim indah yang kini bergelar kenangan…

Selamat tinggal Michelle anakku,
Yang menghulur secangkir sayang
Dan memimpinku mencari sinar harapan
Tiap tiba detik ayah keresahan
Kau datang menemani
Untuk ayah bangkit kembali…

Selamat jalan duhai Michelle
Berat hati untuk melangkah pergi
Kala burung masih berlagu ria di langit
Kala menyambut lewat baru musim bunga ini
Dan dengan liar bunga bertaburan
Betapa ingin diri ini di sana bersama kalian…

Amacam? Best tak...? Aku buat sindiri ler. Hasil translate lagu nih...hehehehe:

Seasons in the sun

Goodbye to you my trusted friend
we´ve known each other since we were nine or ten
together we´ve climbed hills and trees
learned of love and abc´s
skinned our hearts and
skinned our knees

Goodbye my friend it´s hard to die
when all the birds are singing in the sky
now that spring is in the air
pretty girls are everywhere
think of me and i´ll be there

We had joy we had fun
we had seasons in the sun
but the hills that we climbed were
just seasons out of time

Goodbye papa please pray for me
I was the black sheep of the family
you tried to teach me right from wrong
too much wine and too much song
wonder how I got along

Goodbye papa it´s hard to die
when all the birds are singing in the sky
now that the spring is in the air
little children everywhere
when you see them i´ll be there

We had joy, we had fun
we had seasons in the sun
but the wine and the songs like the
seasons have all gone

Goodbye michelle my little one
you gave me love and helped me find the sun
and every time that i was down
you would always come around
and get my feet back on the ground

Goodbye michelle it´s hard to die
when all the birds are singing in the sky
now that the spring is in the air
with the flowers everywhere
i wish that we could both be there...

aku translate lagu tu untuk adik aku, Nahar. Dia kena present this week kat dalam kelas English dia. Amacam? Ada bakat tak? Memnag ler tak perfecto tapi boleh la kan!

Malam pegi rumah Chor kat Gombak. On the way singgah beli buah kat satu gerai tu...masa tengah tunggu Cik Yah, sekali Kemat msg, beria2 dia suruh aku dengar ERA. Aku pons dengan excitednya suruh la Nadzir bukak ERA. Sekali Jay cakap, Estima tak boleh dengar ERA, pasal tak sampai dia punya apa mende alah yang dia panggil tu..transmitter? Apa2 je la..tapi memang tak boleh dengar! Tensen la kejap. Ingatkan dedicate lagu ke apa kan..! Sampai2 rumah Chor, terus suruh Wa pasang ERA, sekali kuar lagu Mimpi Laila..errkk! Ini dah lagu lain....!!!! Aku tau mesti lagu lain...!!! Aku tanya la Kemat, apa ada kat ERA since aku tak bleh dengar.. dia cakap ada lagu yang aku suka, yang aku suruh dia mainkan ngan gitar masa kat KLCC dulu.. aku plak tak ingat lagu mana.. Dia suruh teka. Aku ingatkan lagu Kau Ilhamku tu, sekali dia cakap lagu Gersang...ala...Masih Aku Terasa tu....dia ingat daa..! Terharu la pulak..heheheh. ye lah, dia dengar lagu tu, terus ingat aku..ehheheh!!! Perasan laagiiiii!!!!! Bagus betullah dia tu...! (Walaupun aku tau tu mesti kes nak perli aku jiwang ler tu...)

Saturday, February 02, 2002

Hmmm..hari ni punya citer plak. Pagi2 lagi kena bangun, ikut Cik Yah gi Esso dia kat Desa Pandan, hari ni Customer Appreciation Day. So, semua orang kena la tolong dia kat sana...ramainya umat tak yah cakap la..aku plak kena jaga air botol kat tengah2 alam tuh. RM1.00 satu. Mula2 tu tebal la jugak muka, tapi lama2 dah biasa la. Macam2 kerenah orang yang membeli...ntah apa2 ntah. Tahan sabar je la. Yang tanya macam2 soalan...kita ni beria2 la explain, sekali dia cakap "Takpe la dik..lain kali je la.." Panas betullah. Yang try mengayat tak yah cakap ler..tensen tul..tapi laku jugak kan aku jual air liur..dari 24 kotak air mineral yang letak kat luar tu..aku berjaya jual 21 kotak..tinggal 3 jek yang tak sempat jual...hehhehe...not bad..not bad..! (Angkat diri lagi la ko ni Miyyah!)

Penatnya tak yah cakap la...maunya tak, tercegat je sepanjang hari...jarang sangat berenti rehat..duduk jauh sekali.. balik umah ngan Nadzir n Faisal..tertidor dalam Pajero. Sampai kat umah, nak ngangkat la harta karun dalam pajero tu..ntah camna masa nak melangkah naik tangga...tersadung kaki aku. Bedebab! Aku jatuh. Tangan yang pegang tutup kaca sama2 tersorong ke tangga. Aku tahan ngan lutut aku, so that tak tersembam terus..tangan kiri aku tnggelam ngan kaca yang dah penuh satu tangga. Sakitnya tak yah cakap la..bayangkan, kulit tangan kiri aku penuh ngan kaca yang halus2 tu..dan aku mula nampak darah mengalir.. Mula2 perlahan..lepas tu makin laju..dan laju...dan laju...

Aku tergamam kat situ. Panik. Nadzir pun panik. Cik An yang kebetulan ada kat situ terdiam terus. Ayah Cik kuar dari pintu dan dia pun sekali panik tengok darah yang menitik2 macam air.. Lepas tu Cik An start balut tangan ngan tisu..dan bersihkan tangan aku..pedihnya..!!! Masa tu terbayang camna la orang accident..aku baru kena skit, kalau yang accident teruk tu camna la...terus teringat kat Najat..Ed.. aku tak boleh bayang...aku nampak satu luka dalam kat jari tengah...dan kepala aku mula nak pening. Cepat2 aku kalih arah lain. Tak nak tengok...silap haribulan, ada jugak yang tumbang kat situ. nasib baik aku boleh tahan tengok darah..

Then diorang suruh aku masuk dalam rumah. Nadzir pegi amikkan first aid..dan Cik An tolong bersihkan tangan aku yang penuh ngan darah tu. Nasib baik tak banyak yang lukua. Jari tengah je yang teruk. Terhiris betul2 atas urat..patutlah teruk sangat darah mengalir..yang jari2 lain, semua luka sikit je..Dan time aku menaip ni, tangan aku berbalut nih...dah kurang skit dia punya berdenyut..
To love is to risk not being loved in return.
To hope is to risk pain.
To try is to risk failure,
but risk must be taken,
because the greatest hazard in life is to risk nothing.

a good quote to start my first entry.

I was the type of person who'd hardly risk anything in my life. I didn't dare to face the truth. I didn't dare to share my thoughts. I didn't dare to trust people. I didn't dare to change. I DIDN'T DARE to do anything that would harm ME. MYSELF. But now, I dare picking up the challenge. To share, to trust, to change. For ME.

Aku ni jenis PHOBIA. PARANOID. FRANTIC. Dan perkataan yang sewaktu dengannya...heh! Aku tau risiko untuk orang yang aku kenal baca aku punya 'pelepasan kegeraman' ni amatlah ada. Walaupun most of my friends bukan jenis yang gila Internet cam aku (except for Tita), tapi risiko dia tetap ada kan? I don't know how to put this on words, but to those reading this jernel, and if you happen to know me...tak kira la secara formaliti or by accident, aku merayu kat korang...tolong respek privacy aku. I might be laughed or be despised for what I write. I know all the consequences. Ini pelepasan kegeraman aku, and I was really hoping that you could respect that. Tolong ler jangan gelak kat aku (walaupun pada realitinya akulah manusia paling selalu digelakkan orang...), Ini luahan aku. For ONCE, I try to learn the word TRUST. Please...help me.


Ssemalam first day at work. Tapi takdelah sangat. Cuma kena brief ttg apa yang sebenarnya nak kena buat untuk research project tu je..pegi library petang, search for Interviewing, Dr Subra nak dengar kitorang explain hari Isnin ni. Cam amik kelas Research balik je. Bezanya cuma kali ni aku tak yah amik exam, dan aku dibayar untuk apa yang aku buat. Jumpa Juhaida kat library, Aini pun jumpa gak. Ateh, Q, Nana, Po'a, Eda...ramai la jugak. Q, Po'a ngan Ateh komen yang aku dah makin tembam..aaaaarrrghhh!!! Tidaaaakkkkk! 2 minggu dulu tak tembam lagi pun... Balik penat sangat.. sekali takde orang kat umah. Call Nadzir, dia baru sudah amik Dzafir kat skolah..so suggest makan nasi lemak kat gerai depan CyberCafe tu, sebab Cik Yah kuar dan kitorang pun takde kunci. Masa nak menapak tu, hantar msg kat Azam, kat Yat, bagitau yang aku dah start keje.

Malam pegi rumah Chor.Masa baru kuar tu, dapat msg dari Azam tanya kerja kat mana...dan aku cakap la kat UIA. Dan dia tak balas2 dah sampai sekarang... kul 12.30 gak sampai rumah. Penat memang la penat, tapi tak boleh tido. Kul 2++ baru nak lena...tiba2 depressed lagi..tak tau pesal.